Semua orang yang membaca hadith mengakui mengikut hadith. Malah, bukan golongan yang mengikuti kebenaran sahaja, tetapi, golongan syawaz yang tersesat daripada manhaj dan aqidah Islam yang sebenar seperti Muktazilah dan sebagainya juga mengakui mengikut hadith-hadith Rasulullah s.a.w..
Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam kitab Al-Fatawa Al-Hadithiyyah menisbahkan kepada Imam Ibn 'Uyainah sebagai berkata:
"Hadith itu menyesatkan kecuali kepada para fuqaha' (orang yang memahami hadith)".
Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam kitab tersebut lalu mensyarahkan perkataan tersebut:
"Sesungguhnya hadith-hadith Rasulullah s.a.w. samalah seperti Al-Qur'an dari sudut di mana kedua-duanya mengandungi lafaz umum yang maknanya khusus begitu juga sebaliknya, bahkan ada juga mengandungi nasikh mansukh yang tidak patut lagi beramal dengannya. Bahkan dalam hadith juga mengandungi lafaz-lafaz yang zahirnya membawa kepada tasybih seperti hadith yanzilu Rabbuna… yang mana tidak diketahui maknanya melainkan golongan fuqaha' (yang dimaksudkan ahli fiqh di sini merangkumi pelbagai jenis ilmu terutamanya ilmu aqidah dan fiqh itu sendiri).
(Al-Fatawa Al-Hadithiyyah m/s 202)
"Berbeza pula dengan mereka yang sekadar mengetahui apa yang terzahir daripada hadith-hadith (khususnya mutasyabihat) sehingga akhirnya dia (yang hanya faham hadith-hadith mutasyabihat dengan makna zahir) pun sesat seperti yang berlaku pada sebahagian ahli hadith terdahulu dan masa kini seperti Ibn Taimiyyah dan para pengikutnya."
Ini menunjukkan bahawasanya, bukan semua orang mampu berinteraksi dengan nas-nas daripada Al-Qur'an dan hadith tanpa sebarang garis panduan dan ilmu yang mendalam untuk memandunya dalam berinteraksi dengan kedua-duanya tersebut.
Kedudukan Golongan yang Menetapkan Tempat bagi Allah Menurut Ulama'
Imam Fakhruddin Al-Razi (606 H) pula berkata:
الفصل الثالث :في أن من يثبت كونه تعالى جسما متحيزا مختصا بجهة معينة ,هل يحكم بكفره أم لا؟
للعلماء فيه قولان :
أحدهما أنه كافر - وهو الأظهر - وهذا لأن مذهبنا أن كل شئ يكون مختصا بجهة و حيز فإنه مخلوق محدث وله اله أحدثه وخلقه , وأما القائلون بالجسمية والجهة الذين أنكروا وجود موجود أخر سوى هذه الأشياء التي يمكن الإشارة إليها فهم منكرون لذات الموجود , الذي يعتقد أنه هو الإله , وإذا كانوا منكرين لذاته كانوا كفار لا محالة و وهذا بخلاف المعتزلي فإنه يثبت موجودا وراء هذه الأشياء التي يشار إليها بالحس إلا انه خالفنا في صفات ذلك الموجود .
والمجسمة يخالفونا في إثبات ذات المعبود ووجوده فكان هذا الخلاف أعظم فيلزمهم الكفر لكونهم منكرين لذات المعبود الحق ولوجوده والمعتزلة في صفته لا في ذاته
والقول الثاني : أنا لا نكفرهم , لأن معرفة التنزيه لو كانت شرطا لصحة الإيمان لوجب على الرسول صلى الله عليه وسلم أن لا يحكم بإيمان أحد إلا بعد أن يتفحص ذلك الإنسان , هل عرف الله بصفات التنزيه أو لا , وحيث حكم بإيمان الخلق من غير هذا التفحص علمنا أن ذلك ليس شرطا للإيمان
"Fasal Tiga: tentang orang yang menetapkan jisim dan menetapkan tempat khusus bagi Allah, adakah dihukum kafir ke atasnya ataupun tidak? Bagi para ulama' (Ahlus Sunnah), ada dua pendapat:(Asas At-Taqdis m/s 142)
"Pertama: Orang itu (mujassimah) kafir, dan inilah pendapat yang paling jelas (paling banyak ulama' berpegang dengannya, demikian menurut Al-Imam Al-Razi). Ini kerana, pada mazhab kita (Ahlus-Sunnah), setiap sesuatu yang bertempat dengan mana-mana tempat yang khusus, bererti ia adalah makhluk yang baharu, yang mana baginya ada tuhan selainnya yang menjadikannya...
"Kedua: Kita tidak mengkafirkannya (mujassimah) kerana jika mengetahui tanzih (menyucikan Allah s.w.t. dari sebarang kekurangan) merupakan syarat bagi kesahihan iman, maka wajib bagi Nabi s.a.w. untuk tidak menghukum seseorang itu beriman, melainkan setelah Baginda s.a.w. memastikan adakah orang tersebut mengetahui sifat-sifat tanzih bagi Allah s.w.t. ataupun tidak. Oleh kerana hukum imannya seseorang itu tidak memerlukan kepada penelitian (adakah seseorang itu tahu perincian tanzih bagi Allah s.w.t. ataupun tidak), maka kita tahu bahawasanya ia (perincian tanzih bagi Allah s.w.t.) bukanlah daripada syarat kesahihan iman."
Pun begitu, tidak mengkafirkan ahli bid'ah tidak menafikan kesesatan mereka, kerana kesesatan mereka jelas kerana bercanggah dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Ulama' sememangnya berselisih dalam mengkafirkan golongan ahlul-bid'ah termasuklah mujassimah, namun mereka bersepakat tentang kesesatan golongan bid'ah seperti mujassimah dan sebagainya.
Imam Ibn Al-Mu'allim berkata:
(Najm Al-Muhtadi: 544)
والذي يعبد جسمًا على عرشٍ كبير.... عبد غير الله فهو كافر... إن قسمًا من القائلين بالتحيز بالجهة أطلقوا الجسمية ومنعوا التأليف والتركيب وقالوا: "عنيت بكونه جسمًا وجوده " وهؤلاء كفروا.
Maksudnya: Orang yang menyembah jisim di atas Arasy yang besar…maka dia telah menyembah selain Allah s.w.t., maka dia ialah kafir. Sesungguhnya ada juga golongan yang berkata bahawasanya Allah s.w.t. bertempat, bersudut, menetapkan kejisiman bagi Allah s.w.t. dan menafikan cantuman dan susunan dan berkata juga: "saya maksudkan bahawa tuhan itu berjisim ialah kewujudanNya". Mereka juga telahpun kufur.
Imam Ad-Dasuki berkata:
(Hasyiyah Ad-Dasuki 'ala Ummil Barahin: 83- matba'ah bin halabi, Fathani)
"Adapun para pengikut mujassimah yang lain adalah sepertimana golongan jahmiyyah yang menetapkan sudut atas bagi Allah s.w.t.. Adapun tentang kekafiran mereka, maka ada dua pendapat ulama' mengenainya. Pendapat yang muktamad adalah tidak mengkafirkan mereka (walaupun mereka jelas fasiq)."
Oleh kerana itu, Imam Ibn Najim berkata lagi di hujung perenggan:
وهذا إنما لا يكون كفرا إذا لم يثبت شيء من خواص الجسم كالحيز , والجهة إلى أن لا يبقى إلا اسم الجسم وإلا فكفر أيضا
(1/225)
Maksudnya: Maka ia (menganggap Allah s.w.t. berjisim tetapi tidak seperti jisim-jisim yang lain) tidak membawa kepada kekufuran kerana tidak menetapkan sebarang makna daripada ciri-ciri kejisiman seperti mengambil ruang dan bertempat, sehigga di mana dia tidak menetapkan sebarang makna (kejisiman) melainkan sekadar menetapkan nama jisim itu semata-mata. Adapun jika tidak, (iaitu, jika seseorang menetapkan tempat dan menisbahkan tempat bagi Allah s.w.t.) maka dia telahpun kufur juga.
Imam Ibn Najim berkata lagi:
(1/228)
(رجل وصف الله تعالى بالفوق أو بالتحت) (فهذا تشبيه) أي بالأجسام فتجسيم (وكفر) لعله إن كان مراده من الفوق هو العلو , والرفعة , والقهر , والغلبة فلا يكفر
Maksudnya: Adapun jika seseorang menyifatkan Allah s.w.t. dengan bertempat di atas ataupun di bawah, maka itu suatu tasybih (iaitu menyamakan Allah s.w.t. dengan kejisiman) dan kufur. Boleh jadi (Adapun) jika yang dia maksudkan dari fauq itu ialah ketinggian kedudukan, ketinggian martabat, kekuasaan dan penguasaan, maka tidak kafirlah dia.
Imam Al-Mulla 'Ali Al-Qari berkata:
وكذا من قال: بأنه سبحانه جسم وله مكان ويمرّ عليه زمان ونحو ذلك كافر، حيث لم تثبت له حقيقة الإيمان...(syarh fiqh Al-Akbar 271)
Begitu juga dengan orang yang berkata bahawasanya Allah s.w.t. itu berjisim, Allah s.w.t. itu mempunyai tempat (bertempat), Allah s.w.t. diliputi oleh peredaran zaman dan sebagainya, maka dia ialah kafir kerana tidak tetap baginya akan hakikat keimanan…
Dalam Al-Fatawa Al-Hindiyyah juga ada menyebut:
(2/259)
"يكفر باثبات المكان لله تعالى. ولو قال: الله تعالى في السماء فإن قصد له حكاية ما جاء فيه ظاهر الأخبار لا يكفر وإن أراد به المكان يكفر" اهـ
Dikafirkan bagi mereka yang menetapkan tempat bagi Allah s.w.t.. Kalau seseorang berkata: "Allah fi as-sama' ", jika dia maksudkan untuk menceritakan apa yang zahir dari nas-nas (tanpa makna bertempat), maka tidak kafir. Adapun jika dia maksudkan dengan menetapkan tempat, maka dia telah kafir.
Imam Abu Bakr Ibn Al-Arabi berkata:
(Ahkam Al-Qur'an 475)
...وذلك كالقول في التشبيه والتجسيم والجهة , أو الخوض في إنكار العلم والقدرة , والإرادة والكلام والحياة , فهذه الأصول يكفر جاحدها بلا إشكال
Maksudnya: Begitu juga dengan perkataan yang membawa kepada tasybih, tajsim, bertempat (mendakwa bahawa Allah s.w.t. itu bertempat) atau terlibat dalam mengingkari sifat ilmu, kuasa, kehendak, kalam dan sifat hidup (dari Allah s.w.t.), maka ia adalah kesalahan dalam usul yang mana kufurlah yang menafikannya (iaitu, kufurlah orang yang menafikan sifat-sifat ma'nawi tersebut dan yang menetapkan kejisiman dan tempat bagi Allah s.w.t.).
Imam Ibn Al-Arabi berkata lagi:
(Al-Fawakih Ad-Diwani 1/94)
وقع نزاع في تكفير المجسم قال ابن عرفة : الأقرب كفره , واختيار العز عدم كفره لعسر فهم العوام برهان نفي الجسمية...
Telah berlaku perselisihan tentang masalah mengkafirkan orang mujassim (yang menjisimkan Allah s.w.t.). Ibn 'Urfah berkata: Lebih dekat (pendapat yang dipegang oleh beliau) ialah, kufurlah dia (mujassimah). Imam Al-Izz memilih pendapat bahawasanya tidak dikafirkan orang mujassimah kerana orang awam susah memahami bukti-bukti yang menafikan kejisiman
Imam Al-Kharasyi berkata:
(syarh Al-Kharsyi 'ala Khalil 8/62)
مثال اللفظ المقتضي للكفر أن يجحد ما علم من الدين بالضرورة كوجوب الصلاة , ولو جزءا منها , وكذا إذا قال : الله جسم متحيز
Adapun contoh lafaz yang membawa kepada kekufuran ialah, seseorang yang mengingkari apa-apa sahaja yang diketahui secara dhoruri seperti kewajipan solat, walaupun menafikan satu bahagian sahaja daripadanya (solat tersebut), begitu juga, jika seseorang yang berkata: "Allah s.w.t. berjisim dan mengambil ruang"
Imam Al-'Adawiy berkata dalam hasyiah 'ala Al-Kharsyi:
قوله : (وكذا إذا قال : الله جسم متحيز) أي : آخذ قدرا من الفراغ , والمراد أنه قال : جسم كالأجسام هذا هو الذي يكفر قائله , أو معتقده
Kata beliau (Imam Al-Kharasyi): "Begitu juga jika seseorang yang berkata Allah itu berjisim dan mengambil ruang…" (Imam Al-'Adawiy berkata: ) Maksudnya: (Orang itu berkata bahawa) Allah s.w.t. itu mengambil suatu ukuran (bahagian) daripada ruang. Maknanya di sini ialah, orang itu berkata bahawa Allah itu jisim seperti jisim-jisim makhluk. Orang yang berkata dengan perkataan tersebut dihukum kafir, begitu juga dengan yang berpegang dengan fahaman tersebut.
Walaubagaimanapun, Imam Al-Izz bin Abdil Salam mengambil sikap tidak mengkafirkan golongan mujassimah yang menetapkan tempat dan sudut bagi Allah s.w.t. tetapi tetap mencela fahaman tersebut dan membid'ahkannya. Ini kerana, menurut beliau, dalil menafikan tempat itu agak tinggi perbahasannya dan bukan semua orang mampu memahaminya. (rujuk Qowa'id Al-Izz bin Abdil Salam 1/202)
Imam Al-Ramli menjawab soalan mengenai hukum orang yang menetapkan tempat atau posisi bagi Allah s.w.t. yang mana ia membawa kepada kejisiman, dengan berkata:
(Fatwa Al-Ramli 4/20)
"القائل المذكور مسلم , وإن كان مبتدعا"
Orang yang berkata sebegitu tetap seorang muslim walaupun seorang pembid'ah
Imam Az-Zarkasyi pula berkata:
(Al-Bahr Al-Muhith 8/280)
وأما المخطئ في الأصول والمجسمة : فلا شك في تأثيمه وتفسيقه وتضليله . واختلف في تكفيره : وللأشعري قولان . قال إمام الحرمين وابن القشيري وغيرهما : وأظهر مذهبيه ترك التكفير , وهو اختيار القاضي في كتاب " إكفار المتأولين "
Maksudnya: "Adapun orang yang tersalah dalam masalah aqidah dan mujassimah, maka tidak syak bahawasanya dia (mujassimah) berdosa, fasiq dan sesat. Tetapi, para ulama' berselisih pendapat tentang mengkafirkannya (mujassimah). Bagi Imam Al-Asy'ari As-Syafi'e sendiri, ada dua pendapat. Adapun Imam Al-Haramain dan Imam Ibn Al-Qusyairi serta selain daripada mereka berkata: "Apa yang kuat antara dua pendapat ialah, tidak mengkafirkannya (mujassimah). Inilah pendapat yang dipilih oleh Al-Qodhi dalam kitab ikfar al-muta'awwilin."
(Kifayah Al-Akhyar m/s: 647)
Imam Al-Hishni pula menguatkan pendapat Imam An-Nawawi dalam yang mengkafirkan mujassimah dalam syarh Al-Muhazzab, kerana mereka jelas bercanggah dengan ayat-ayat Al-Qur'an yang jelas.
Imam As-Suyuti pula berkata:
(Al-Asybah wa An-Nazho'ir m/s 488)
قاعدة : قال الشافعي : لا يكفر أحد من أهل القبلة , واستثني من ذلك : المجسم , ومنكر علم الجزئيات .
Kaedah: Imam As-Syafi'e berkata: Tidak boleh mengkafirkan seseorangpun dari ahli kiblat (muslim) melainkan mujassim dan orang yang mengingkari ilmu Allah s.w.t. terhadap perkara-perkara juz'iyyat.
Imam Ibn Hajar Al-Haitami juga berkata:
(Al-Minhaj Al-Qowim m/s: 224)
واعلم أن القَرَافي وغيره حكوا عن الشافعي ومالك وأحمد وأبي حنيفة رضي الله عنهم القول بكفر القائلين بالجهة والتجسيم، وهم حقيقون بذلك
Ketahuilah bahawasanya Imam Al-Qarafi dan sebagainya meriwayatkan daripada Imam As-Syafi'e, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah r.a. bahawasanya mereka berpegang dengan pendapat tentang mengkafirkan orang-orang yang menetapkan tempat dan kejisiman bagi Allah s.w.t.. Mereka benar dalam pegangan tersebut.
Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani (wafat 1265H/1297H) berkata:
“Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah Ta’ala pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.”(Al-Jawahir Al- Saniyah m/s 6)
Syeikh Nir Al-Din Al-Rahiri berkata:
“Tiada sah mengikut bid’ah yang jadi kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu tiada mengetahui akan juz’iyat dan ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan ba’ath dan hasyr dan demikian lagi kaum mujasimmah dan yang mengiktikad bahawa Allah Ta’ala berjihah”.(Sabil Al Muhtadin 1/203)
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (wafat 1227H) berkata:
“Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah Ta’ala tiada mengetahui akan segala juz’iyat dan yang ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan bangkit dari dalam kuburdan berhimpun di Mashyar dan demikian lagi kaum mujassimah dan yang berikitikad bahawa Allah Ta’ala berjihah maka tiada sah mengikut mungkin dia seperti sekalian kafir yang lain.”.(Sabil Al Muhtadin 2 /37)
Demikianlah sebahagian pendapat para ulama' mengenai golongan mujassimah. Para ulama' salaf dan khalaf bersepakat dalam menghukum sesat golongan mujassimah yang menetapkan tempat bagi Allah s.w.t., walaupun berbeza pendapat dalam mengkafirkan mereka.
Walau bagaimanapun, dengan wujudnya pendapat ulama' yang mengkafirkan golongan mujassimah ini menunjukkan betapa beratnya kesesatan fahaman tajsim dan fahaman tuhan bertempat ini dan sewajarnya para ulama' berusaha sedaya-upaya untuk membenterasnya.
Sesiapa yang mengikut dan membela fahaman ahli bid'ah dalam aqidah seperti fahaman tajsim dan fahaman tuhan bertempat ini bererti dia telah mengkhianati umat Islam. Diriwayatkan oleh Ibn Adiy daripada hadith Saidatina Aisyah r.a., bahawa beliau berkata:
"Sesiapa yang duduk mendengar daripada ahli bid'ah (tidak menegahnya) bererti dia telah membantu ke atas memusnahkan Islam"(diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani, Al-Hafiz Abu Nu'aim dan sebagainya).
Hanya sikap ta'asub dan jumud sahaja yang menutupi mata dan hati mereka yang terus mahu memilih kesesatan apabila cahaya kebenaran bersinar jelas di hadapannya. Hanya penyakit ujub dan takabbur sahaja membuatkan seseorang tidak mahu menerima kebenaran apabila ianya terzahir dengan bukti yang nyata.
Para ulama' muktabar telah pun mengulas perkara-perkara kesamaran daripada nas-nas yang mengandungi kesamaran, dengan manhaj ilmiah yang teliti berteraskan aqidah Islam yang murni. Namun, hanya mereka yang terus mengikut hawa nafsu sahaja yang akan berpaling daripada kelompok majoriti ulama' dan umat Islam ini seraya menuduh golongan yang mengikut kebenaran sebagai mengikut hawa nafsu. Ianya sesungguhnya merupakan suatu perkataan yang dusta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan