CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memaparkan catatan dengan label Jom Beli Buku Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Beli Buku Agama. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2016

DAPATKAN BUKU 'Q&A HADITS USTAZ KHAFIDZ SORONI'



Alhamdulillah, buku "Q&A HADITS USTAZ KHAFIDZ SORONI"

Pencerahan 41 HADITS yang masyhur dalam masyarakat.


JUDUL: Q&A HADITS
PENULIS: USTAZ MOHD KHAFIDZ SORONI
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-611-2
TEBAL: 248 ms
HARGA: RM 20.00/22.00


SINOPSIS


Sesuatu hadits yang tidak mencapai taraf hadits sahih, malah di kategorikan sebagai sangat dhaif (lemah) tidak wajar disebut sebagai hadits mawdhu‘ (palsu) atau rekaan dengan sewenang-wenangnya. Ulama hadits sejak dari dahulu sentiasa berhati-hati dan sangat beradab dalam menangani hadits-hadits dhaif. Sebagai suatu usaha untuk mendidik umat Islam dan memberi pencerahan yang benar, Ustaz Mohd Khafidz Soroni telah mengumpulkan beberapa hadits tidak sahih yang popular dalam masyarakat dan menyenaraikan kalam-kalam ulama berkenaan hadits tersebut.

Antaranya:

* Tuntutlah ilmu sampai ke china

* Benarkah syurga di bawah tapak kaki ibu?

* Yasin jantung al-quran?

* Rezeki murah kerana istighfar?

* Ikhtilaf umat islam itu rahmat?

* Barakah Rejab, Syaaban & Ramadan

* Hadits ‘Sayidina Ali pintu kota ilmu’ itu benar?

Boleh ditempah melalui :

W.app ➡️ 011-3293 3466
W.app ➡️ 011-3293 3466

http://galeriilmu.com/v4/index.php?route=product/product&product_id=773

Selasa, 9 Oktober 2012

Buku Terbaharu Ustaz Muhadir bin Hj Joll : Q & A Bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari



DAPATKAN BUKU TERBARU AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ JOLL BERTAJUK: "Q & A" BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI TENTANG SOAL-JAWAB AGAMA. 504 m/s 

BERHARGA RM38.00 (SEMENANJUNG) 

RM40 (SABAH/SARAWAK). 

 HUBUNGI PSN 03-78317687/78421700/78421304. 

DIJUAL JUGA DI MPH & POPULAR BOOKSTORE 

UIAM PJ : Al-Akh Fais Ibnu Fuad : 0133950965 

UIAM GOMBAK : Al-Akh Nur Mohamad Adli : 0139490438 

UIAM KUANTAN : Al-Ukh Siti Fatimah Binti Abdul Ghaffar : 0132225962 

 "Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas usaha beberapa ikhwan pengajian yang telah mengumpulkan soalan-soalan yang pernah saya jawab di dalam CD. Saya sangat berbesar hati juga dengan usaha murni salah seorang anak murid saya, Ustaz Muhadir Bin Haji Joll yang telah menyalin semula kesemua kandungan soal jawab dalam CD ini ke dalam sebuah buku seperti yang ada sekarang imi. Tentunya usaha ini bukanlah mudah tanpa himmah (kesungguhan) yang tinggi kerana ia mengambil masa selama 12 jam untuk mendengar keseluruhannya disamping belum ada tajik dan kategori khusus untuk setiap soalan dan jawapan. Semoga Allah SWT membalas usaha beliau ini dengan sebaik-baik balasan. amiin... Semoga buku "Q&A bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki" ini menjadi sebuah rujukan berguna untuk mengetahui jawapan kepada beberapa permasalahan yang melibatkan hukum- hakam agama dan mendatangkan manfaat kepada semua" 

 [As-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki] 

 WAllahua'alam

Isnin, 20 Februari 2012

Majalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Sudah Berada Di Pasaran !



Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, berita baik untuk seluruh asatizah, pelajar, ibu ayah, guru-guru, penuntut ilmu di Malaysia.


Akhirnya Majalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang ditunggu-tunggu dan ditulis oleh asatizah y
ang berwibawa dan berkaliber telah berada di pasaran.

Untuk pengetahuan pembaca setia blog ini, majalah ini dinamakan sebagai Majalah Q & A yang bermaksud Quran dan As Sunnah telah diterbitkan di bawah Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd. Menariknya setiap pengisian di dalam majalah ini ditulis berbentuk soalan dan juga jawapan yang membezakan dengan majalah Islamik yang sedia ada di pasaran.

Antara penulis di dalam majalah yang mempunyai antaramuka yang menarik dan berkualiti ini adalah :

Mufti Wilayah Persekutuan Dato Wan Zahidi bin Wan Teh, Prof Madya Dr Asmadi Mohammad Naim
, Ustaz Azhar Idrus, Habib Ali Zainal Abidin, Ustaz Amaluddin Napiah, Prof Dr Muhaya, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, Ustaz Nazrul Nasir, Ustaz Muhadir bin Hj Joll, Ustaz Kazem Elias dan ramai lagi yang pakar dalam bidang masing-masing.


Turut diselitkan kata-kata mutiara hikmah dari para ulamak dan berilustrasi yang menyejukkan jiwa membacanya.











Edisi Perdana







Bilangan Kedua







Bilangan Ketiga



Berikut antara gambar pelancaran Majalah Q & A antaranya oleh pihak Galeri Ilmu sendiri, bersama Prof Dr Haron Din dan Ustaz Azhar Idrus :






















Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar Majalah Q & A ini boleh berhubung di laman web ini :http://www.iqramall.com

Majalah ini juga boleh didapati di kedai-kedai buku agama serta di Popular di seluruh negara.

Sabtu, 22 Januari 2011

Jom Beli ! Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama : Inilah Jawapannya oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll


















“Buku yang bertajuk “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah
Jawapannya…” yang disusun dan ditulis oleh Yang Berbahagia, Ustaz
Muhadir bin Haji Joll diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada kaum
muslimin. Saya dapati buku ini adalah baik dan bermanfaat kepada
mereka yang berminat untuk mengetahui dalil-dalil dan hujjah-hujjah
permasalahan yang tersebut menurut pandangan Ahli Sunnah Wal
Jama’ah.”
Sahibus Samahah,
Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi
Bekas Mufti Negeri Sarawak

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan
Ulama’: Inilah Jawapannya…” adalah tepat pada masanya
untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan
dalam masyarakat. Penyusun dan penulisnya,
Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, telah berusaha menjawab
persoalan-persoalan ini dengan merujuk kepada penjelasan para
ulama’ muktabar dan berwibawa dari kalangan mutaqaddimin dan
muta’akhkhirin.”

Dato‘ Haji Hashim Yahya
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah dan Pendirian Ulama’: Inilah
Jawapannya…” adalah amat tepat pada masanya. Saya percaya ia
akan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalan
khilafi yyah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisan
buku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajar
dengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, di
samping mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah
dan mengekalkan keharmonian masyarakat.
Dato‘ Haji Wan Mohamad bin Dato‘ Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

“Sepanjang pengetahuan saya, inilah buku berbahasa
Melayu paling lengkap yang pernah saya jumpa, yang
menjawab hampir keseluruhan perkara-perkara yang sering
ditimbulkan di dalam masyarakat terutamanya di dunia
Melayu Islam. Tajuk-tajuk di dalam buku ini disusun dengan
baik sekali bermula dari perkara-perkara yang melibatkan
Aqidah sehinggalah kepada perkara Umum yang meliputi
117 tajuk keseluruhannya, beserta penjelasan daripada para
ulama’ yang muktabar.”
Dato’ Haji Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad
Timbalan Yang Di Pertua,
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tidak
terhingga kerana Ia telah mengurniakan taufi q dan hidayat
kepada saudara yang mulia Ustaz Muhadir bin Haji Joll untuk
menyediakan kitab yang sangat besar faedahnya dalam
menerangkan masalah-masalah agama dalam masyarakat
yang berjudul “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’:
Inilah Jawapannya…”
Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Pemikir Islam/ Felo Amat Utama Akademik,
Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam
(ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Untuk pelajar UIA yang ingin mendapatkan buku ini boleh hubungi ;
Amir : 014-5079363
Hidayah : 013-4564787

Rabu, 6 Oktober 2010

Mesti Beli ! : Buku - 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah

Buku yang ditulis oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) ini amat bermanfaat dan perlu (mesti dibaca) terutamanya kepada mereka yang mengkaji kebenaran.


Apatah lagi di ketika ini, dengan bersandarkan buku agama yang ditulis,melalui ceramah, kuliah di dalam internet melalui saluran blog, forum, facebook terdapat di kalangan individu dan golongan yang membawa fahaman ekstrim yang suka menghukum bid'ah sesat/ahli neraka kepada sesama saudara seIslam dalam perkara khilafiyyah yang sudah menjadi ijtihad para ulamak melalui sumber al Quran dan Sunnah. Hinggalah menimbulkan kekacauan, perpecahan, permusuhan dan akhirnya kegemilangan Islam yang dicita-citakan itu kembali pudar akibat perbuatan/sikap yang mengikut hawa nafsu serta kejahilan dengan menghumban sebahagian besar umat Islam ke dalam neraka.


Kepada para pencinta ilmu dan kebenaran, asatizah, guru-guru, pensyarah, pelajar pengajian tinggi, buku ini perlu dimiliki segera !







Dapatkan segera buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah.
Harga: Semenanjung Malaysia RM 30.00; Sabah/Sarawak RM 33.00
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.


Boleh buat pesanan melalui
Toko Buku as-Sunnah
36, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(berdepan Pintu Gerbang A Stadium Bola Selangor, Shah Alam)
Tel/Fax: +603-55196300 / +60163306300 (Ustaz Khairul Anwar)
email: darulakhyar@gmail.com

Buku ini di tulis oleh teman karib al-Fagir iaitual-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sarawaqi. Beliau adalah merupakan pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor. Dan insyaAllah akan menamatkan pengajian peringkat kedoktoran (PhD) sedikit masa lagi.

Buku ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada tajuk-tajuk perbincangan beliau di dalam buku beliau yang berjudul PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA (buku yang tebalnya mencecah 1,000 halaman ini masih di dalam proses untuk dicetak). Isi kandungan buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah ini membincangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami di dalam rangka memahami perkara-perkara khilafiyyah. Buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian Pertama membincangkan tajuk:

  • Bid’ah
  • At-Tark
  • Mafhum dan bentuk Ibadah
  • Hadits Dhaif
  • Ikhtilaf
  • Mempercayai Ulama` dan pendapat mereka
Bahagian kedua (petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah daripada kitab asal PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan)
  • Melafazkan niat
  • Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
  • Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
  • Doa qunut di dalam sholat Shubuh
  • Kenduri/majlis tahlil
  • Talfiq
  • Tidak bermazhab dan lain-lain

Untuk mengetahuinya, maka sila dapatkan buku tersebut!

Khamis, 26 Ogos 2010

Buku Pilihan JomFaham : Hadiah Cinta Untuk ILahi

Penulis : Ustaz Muhammad Rashidi bin Abdul Wahab

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah dan kurniaNya maka saya dapat menyiapkan buku Hadiah Cinta Untuk Ilahi sebelum tiba bulan Ramadhan tahun 1431 Hijrah / 2010 Masihi ini. Sesungguhnya buku Hadiah Cinta Untuk Ilahi ini merupakan sebahagian daripada usaha dakwah saya khususnya kepada umat Islam di Malaysia.

Harga: RM 18.00

Halaman: 239 muka surat

Penulis: Muhammad Rashidi bin Haji Wahab

ISBN: 978-967-5711-10-7

Penerbit: Oasis Buku Sdn. Bhd.

Sinopsis buku: Buku Hadiah Cinta Untuk Ilahi ini menerangkan penjelasan hukum-hakam berkenaan puasa Ramadhan, puasa-puasa sunat, amalan menghidupkan bulan Ramadhan, solat sunat Hari Raya dan zakat fitrah. Turut dimuatkan juga hikmah ibadat, kelebihan dan keistimewaan amalan tersebut. Kebanyakan hukum-hakam puasa yang terkandung di dalam buku ini dijelaskan mengikut pendapat mazhab Shafie sesuai dengan pegangan mazhab majoriti masyarakat Islam di Malaysia. Walaubagaimanapun, turut dinyatakan juga beberapa pandangan mazhab lain yang difikirkan perlu untuk pengetahuan dan maklumat para pembaca.

“Sehubungan itu, masjid (Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju) ini menyokong dan mengesahkan bahawa isi kandungan buku ini tidak menyalahi akidah serta benar isi kandungannya”. – Ustaz Haji Murshidi bin Abdul Halim. Ketua Imam, Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.

“Secara telusnya, saya mendapati tiada perkara yang samar dan meragukan terdapat di dalam buku ilmiah ini. Sebagai rujukan untuk masyarakat awam, saya memikirkan buku ini amat sesuai untuk diterbitkan memandangkan penulisan buku ini melalui beberapa disiplin dan etika ilmiah di dalam pengkajian permasalahan fiqh yang semakin hari semakin berkembang dan pihak tuan (penulis) juga telah menyusun buku ini dengan panduan kitab-kitab fiqh muktabar mazhab Shafie dan beberapa kitab fiqh yang lain”. – Ustaz Haji Shahrizan bin Haji Daud. Ketua Imam, Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.

“Buku ini sangat menarik dan sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Bahasa yang digunakan pula mudah untuk difahami. Bahkan buku ini juga telah disemak dan disahkan isi kandungannya oleh pihak Cawangan Kawalan Media JAKIM. Semoga ibadat puasa kita akan bertambah kualiti dengan panduan daripada buku bermanfaat ini. InsyaAllah”. – YM Dr. Syed Hadzrulathfi bin Syed Omar. Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Pesanan buku ini boleh dibuat melalui cara-cara di bawah:

Melalui eksekutif pengedaran berikut:

Kawasan Utara & Tengah: Hanapi.

H/P: 019-2297371. Email: hanapi.abdullah@localnet.mynet
Kawasan Selatan & Tengah: Ibrahim.

H/P: 013-3330591. Email: anizam.sohor@localnet.mynet
Kawasan Timur & Tengah: Nizam.

H/P: 019-2297267. Email: ibrahim.johari@localnet.mynet
Kawasan Sabah, Sarawak dan luar Malaysia: Liza.

Tel: 03-55118820. Email: nor.azliza@localnet.mynet

Atau hubungi terus pengedar ALAF 21:

Tel: 03-55118820

Faks: 03-55113817
Email: alaf@alaf21.com.my

Isi kandungan buku Hadiah Cinta Untuk Ilahi ini ialah:

BAB 1: BULAN PUASA

- Pengertian Puasa

- Keistimewaan Bulan Puasa

- Peristiwa Di Bulan Ramadhan

- Persiapan Menyambut Ramadhan

BAB 2: PENETAPAN BULAN PUASA

- Melihat Anak Bulan Pada Malam 30 Syaaban

- Cukup Bilangan Bulan Syaaban 30 Hari

- Ketentuan Hisab Falak

BAB 3: PUASA RAMADHAN

- Pengertian Puasa

- Sejarah Pensyariatan Puasa

- Dalil Pensyariatan Puasa Pada Bulan Ramadhan

- Jenis-Jenis Puasa

- Hukum Meninggalkan Puasa Ramadhan Tanpa Keuzuran

- Hikmah Disyariatkan Puasa

- Kelebihan Puasa Ramadhan

- Tahap Puasa

- Syarat Wajib Puasa Ramadhan

- Keuzuran Yang Diharuskan Berbuka

- Syarat Sah Puasa

- Rukun Puasa

- Rawatan dan Ubatan Bagi Pesakit

- Adab-Adab Puasa

- Makruh Puasa

- Golongan Yang Diberikan Kelonggaran Untuk Berbuka Puasa

- Kaffarah Puasa Ramadhan Yang Dibatalkan

BAB 4: PUASA SUNAT

- Tujuan Puasa Sunat

- Hikmah Pensyariatan

- Jenis-Jenis Puasa Sunat

- Membatalkan Puasa Sunat

BAB 5: PUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

- Puasa Selama Enam Hari Pada Bulan Syawal

- Puasa Qadha dan Sunat Serentak

BAB 6: PUASA MAKRUH DAN HARAM

Puasa-Puasa Makruh

Puasa-Puasa Haram

BAB 7: SOLAT SUNAT TARAWIH

- Pengertian Solat Sunat Tarawih

- Dalil Pensyariatan Solat Tarawih

- Hukum Solat Sunat Tarawih

- Waktu Solat Sunat Tarawih

- Rakaat Solat Sunat Tarawih

- Rukun Solat Sunat Tarawih

- Cara-Cara Menunaikan Solat Sunat Tarawih

- Solat Sunat Witir

BAB 8: QIYAM RAMADHAN

- Dalil Pensyariatan Qiyam Ramadhan

- Hukum Menghidupkan Malam Ramadhan

- Keutamaan Qiyamullail

- Kelebihan Lailatul Qadar

- Tanda Malam Lailatul Qadar

- Cara-Cara Menghidupkan Malam Ramadhan

BAB 9: I’TIKAF DI MASJID

- Pengertian I’tikaf

- Dalil Pensyariatan

- Hikmah Pensyariatan I’tikaf

- Hukum I’tikaf

- Syarat Sah I’tikaf

- I’tikaf Nazar

- Adab-Adab I’tikaf

- Makruh I’tikaf

- Perkara Yang Merosakkan I’tikaf

BAB 10: SOLAT SUNAT HARI RAYA

- Pengertian Hari Raya

- Dalil Pensyariatan Solat Sunat Hari Raya

- Hukum Solat Sunat Hari Raya

- Waktu Solat Sunat Hari Raya

- Cara Solat Sunat Hari Raya

- Khutbah Hari Raya

- Tempat Solat Sunat Hari Raya

- Takbir Pada Hari Raya

- Adab-Adab Berhari Raya

BAB 11: ZAKAT FITRAH

- Pengertian Zakat Fitrah

- Dalil Pensyariatan

- Syarat Wajib Zakat Fitrah

- Golongan Yang Diwajibkan Mengeluarkan Zakat Fitrah

- Golongan Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah

- Jenis Zakat Fitrah dan Kadarnya

- Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

buluh.iluvislam.com

Wallahualam.

Ahad, 4 April 2010

Dapatkan Di Pasaran! : Indahnya Hidup Bersyariat Oleh Dato' Ismail Kamus
























Antara Keistimewaan buku ini ialah :

1. Lengkap membincangkan Syariat - Fardhu Ain seperti :

Bab Aqidah

Bab Bersuci, Solat, Puasa, Zakat dan Haji

Bab Munakahat

Bab Akhlak

Bab amalan-amalan sunat harian


2. Lengkap dengan gambar berilustrasi, kulit tebal dan kertas berkualiti.

Selasa, 30 Mac 2010

Buku Terbaharu Ustaz Mukhlis : Tafsir Maudhu'i : Al Quran Berbicara Tentang Taqwa



















Tafsir Maudhu’i (Tematik): Al-Qur'an Berbicara Tentang Takwa


Al-Qur’an Al-Karim Mengandungi Pelbagai Tema dan Subjek Perbahasan

Allah s.w.t. menurunkan Al-Qur’an kepada umat Islam melalui kekasihNya Saidina Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam yang merupakan utusan Allah kepada umat manusia di akhir zaman. Risalah Islam dan ajaran yang terkandung dalam Al-Qur’an sesuai sepanjang zaman dan sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t..

Antara keagungan Al-Qur’an juga adalah, maknanya yang sangat luas dan mendalam sehingga mutiara pelajaran dan pengajaran di dalam lautan perbendaharaannya tiada pernah habis dikutip sepanjang zaman terutamanya oleh para ilmuwan dan ulama’ Islam. Oleh kerana itulah kita dapati, ilmu tafsir berkembang pesat dalam setiap zaman dan kurun.

Ada bentuk tafsir bi Al-Ma’thur yang menghimpunkan tafsiran-tafsiran Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat r.a. dan para ulama’ salaf, Tafsir Bi Al-Ra’yi yang menghimpunkan tafsiran-tafsiran ulama’ terkemudian, Tafsir Ilmiy yang menghimpunkan penjelasan terhadap sesetengah ayat Al-Qur’an dengan perbahasan saintifik dan sebagainya. Inilah antara sebab utama kemajuan umat Islam suatu ketika dahulu di mana para ulama’ khususnya, sentiasa mengembangkan bidang ilmu pengetahuan yang mana mereka mendapat semangat mengembangkan bidang ilmu daripada keagungan dan keluasan ilmu yang terkandung di dalam Al-Qur’an itu sendiri.

Al-Qur’an berbicara tentang faktor kebahagiaan di dunia sebagaimana ia membicarakan tentang faktor-faktor kebahagiaan di Akhirat kelak. Ia berbicara tentang bidang keduniaan sebagaimana ia juga berbicara tentang keagamaan. Ianya panduan bagi mereka yang mencarinya dan pedoman bagi mereka yang mengikuti ajarannya. Ianya sumber ilmu bagi para penuntut ilmu, penguat semangat bagi mereka yang ingin beramal dengan ajarannya dan pembersih jiwa bagi mereka yang ingin membentuk ketakwaan dalam diri.

Oleh kerana kekayaan subjek dan tema yang dibahaskan di dalamnya, maka sebahagian ulama’ dan para ilmuwan menyusun beberapa ayat yang mempunyai temanya yang sama dan tersendiri lalu membahaskannya dengan sebuah perbahasan yang lebih tersusun. Tafsiran ini menggabungkan pelbagai ayat daripada Al-Qur’an yang mempunyai tema perbincangan yang sama lalu menyusunkan perbahasannya dalam bentuk yang lebih tersusun agar masyarakat awam dan penuntut ilmu khususnya dapat melihat sesuatu topik tersebut dibahaskan dalam Al-Qur’an secara lebih jelas.

Tafsiran sebegini lebih dikenali sebagai Tafsir Maudhu’i atau tafsir tematik yang mana perbahasan dan penjelasan tentang sesuatu ayat itu disusun bergandingan dengan penjelasan-penjelasan terhadap ayat-ayat yang lain yang mempunyai topik, tema atau subjek yang sama daripada keseluruhan Al-Qur’an.

Pengertian dan Perkembangan Tafsir Maudhu’i Secara Ringkas



Tafsir Maudhu’i mengandungi dua perkataan iaitu perkataan tafsir dan perkataan maudhu’i.



Perkataan Tafsir dari sudut bahasa adalah: menyingkap makna dan penjelasan.



Maksud perkataan Tafsir dari sudut istilah ilmu tafsir adalah: menyingkap makna-makna Al-Qur’an.



Maksud perkataan Maudhu’ pula dari sudut bahasa adalah: dari perkataan wadh’u iaitu meletakkan sesuatu pada sesuatu tempat.



Adapun takrif Tafsir Maudhu’i sebagai suatu nama khusus bagi sejenis ilmu tertentu dalam ilmu tafsir antaranya adalah sepertimana takrifan oleh Dr. Al-Mustafa Muslim:



“Suatu ilmu yang mencakupi beberapa isu perbincangan mengikut tujuan-tujuan Al-Qur’an yang tertentu samada ianya dikaji dari sesuatu surah tertentu atau dari banyak surah dalam Al-Qur’an”.



[Mabahis fi At-Tafsir Al-Maudhu’i]



Perkembangan Ilmu Tafsir Maudhu’i



Sesetengah para ulama’ menjelaskan bahawasanya, antara bentuk terawal tafsir maudhu’i adalah himpunan ayat-ayat hukum yang dikenali sebagai Tafsir Ayat Al-Ahkam. Ia suatu bentuk tafsir yang menghimpunkan hukum-hukum fiqh daripada ayat-ayat Al-Qur’an lalu menyusunnya dengan susunan hukum-hakam tersebut secara sistematik.

Kemudian, muncul pula tafsir Asybah wa Nazho’ir di mana seseorang ahli tafsir menghimpunkan banyak makna bagi sesuatu perkataan dalam Al-Qur’an itu sendiri. Seperti contoh, seseorang ahli tafsir menghimpun makna-makna bagi perkataan Khair dalam Al-Qur’an melalui ayat-ayat Al-Qur’an. Antara mereka yang menghimpunkannya adalah Imam Muqatil.

Kemudian, muncul pula kajian-kajian yang lebih spesifik tentang topik dan perbahasan dalam Al-Qur’an seperti menghimpunkan ayat-ayat sumpah dalam Al-Qur’an, ayat-ayat Mansukh (yang dimansuhkan) dalam Al-Qur’an dan sebagainya, yang merupakan antara jenis Tafsir Maudhu’i.

Kemudian, berkembanglah ilmu Tafsir Maudhu’i ini dengan banyak usaha yang dilakukan oleh para ulama’ alam menghimpun topik-topik perbahasan tertentu dalam Al-Qur’an sehingga ianya hampir mencakupi kebanyakkan topik perbahasan Al-Qur’an itu sendiri.



Jenis-jenis Tafsir Maudhu’i dari Sudut Manhaj Para Pengkaji

1) Tafsir Maudhu’i Mutakamil (Menyeluruh)



Ia terbahagi kepada tiga jenis:



1.1: At-Tafsir Al-Maudhu’i lil Mustalah Al-Qur’ani



Iaitu: seseorang pengkaji itu meneliti dan membahaskan kalimat tertentu dalam Al-Qur’an secara meluas seperti perkataan Ummah dalam Al-Qur’an, perkataan Jihad dalam Al-Qur’an dan sebagainya. Ianya fokus terhadap maksud kalimah tertentu dalam Al-Qur’an. Ia suatu perkembangan dari Tafsir Al-Asybah wa An-Nazhoir.



1.2: At-Tafsir Al-Maudhu’i lil Maudhu’ Al-Qur’ani



Iaitu: Seseorang pengkaji menentukan sesuatu topik perbahasan tertentu lalu mengkajinya dari sudut penilaian Al-Qur’an samada dari sudut uslub perbahasannya, perincian maknanya dan sebagainya.



1.3: At-Tafsir Al-Maudhu’ie lil Suwar Al-Qur’aniyyah



Iaitu: Seseorang pengkaji itu mengkaji topik asas atau perbahasan utama bagi sesuatu surah.



2) Tafsir Maudhu’i Tajzi’iyyah



Seseorang pengkaji itu merujuk perbahasannya kepada suatu tajuk perbahasan kecil daripada ayat Al-Qur’an menerusi ayat-ayat dan surahnya, lalu membahaskannya dari sudut tafsir Bil Ma’thur (secara riwayat) mahupun Tafsir Bil Ra’yi (secara berpendapat) samada tafsir itu berbentuk perincian tentang sesuatu ayat, atau ringkasan, atau ianya berbentuk perbandingan antara tafsiran-tafsiran ulama’ mengenai sesuatu ayat.



Antara Kepentingan Tafsir Maudhu’i

Pertama: Membuktikan sudut keagungan dan ketelitian perbahasan dalam Al-Qur’an menerusi himpunan terhadap topik-topiknya yang tertentu.

Kedua: Menunjukkan kepentingan tafsir Al-Qur’an dengan ayat Al-Qur’an yang lain yang mana ianya menjadi kebiasaan dalam perbahasan Tafsir Maudhu’i ini.

Ketiga: Memperbahrui gaya pemikiran masyarakat Islam dan menghidangkan buat mereka bentuk baru dalam memahami Al-Qur’an.

[rujuk buku Al-Qur’an Berbicara tentang Takwa m/s: 2-5 yang diterbitkan oleh Pelima Media Snd Bhd]



Topik Takwa dalam Al-Qur’an

Di dalam Al-Qur’an banyak menyebut perkataan taqwa. Ini menunjukkan tentang kepentingan sifat taqwa itu sendiri dalam kehidupan seseorang hamba Allah.

Taqwa dari sudut syarak bermaksud: pemeliharaan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan Akhirat seseorang. [Ruh Al-Ma'ani karangan Imam Al-Alusi 1/108]

Maksudnya, taqwa bererti, seseorang memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada siksaan di akhirat kelak, seperti tidak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan tidak meninggalkan kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atasnya.

Oleh yang demikian, Allah s.w.t. berfirman berkenaan dengan pemeliharaan diri ini yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”


[Surah At-Tahrim: 6]


Saidina Ali r.a. berkata yang bermaksud:
“(Taqwa ialah) takut kepada Allah yang Maha Agung, beramal dengan Al-Qur’an yang diturunkan, berasa cukup dengan sedikit yang dimiliki dan bersedia untuk kematian”.


Takwa dengan maksud ini sangat ditekankan dalam Al-Qur’an. Bahkan, kalimah-kalimah yang berkaitan dengan takwa berjumlah lebih kurang 272 perkataan yang disebutkan di dalam Al-Qur’an. Ini menunjukkan kepentingan sifat takwa itu sendiri bagi seseorang muslim. Maka, berdasarkan kepentingan sifat takwa inilah, penulis (dengan bantuan Allah s.w.t.) cuba menyusun sebuah perbahasan tentang takwa melalui ayat-ayat yang membicarakan tentang takwa itu sendiri.

Ini secara tidak langsung ingin mengembangkan ilmu tafsir maudhu’i dan mengetengahkannya dalam masyarakat di Malaysia. Ini kerana, perbahasan takwa ini sangat diperlukan oleh masyarakat dan Al-Qur’an adalah sebaik-baik rujukan dalam merujuk berkenaan dengan sifat ini serta langkah-langkah untuk menyuburkan sifat tersebut dalamjiwa manusia.

Maka, dengan bantuan Allah s.w.t., penulis menyusun sebuah buku ringkas berkenaan perbahasan takwa dalam Al-Qur’an lalu diberi judul sebagai: “Al-Qur’an Berbicara Tentang Takwa” yang diterbitkan oleh Pelima Media Sdn. Bhd.


Isi Kandungan Buku

“Pengenalan: Penjelasan Ringkas Tentang Ilmu Tafsir Maudhu’i



- Takrif Tafsir Maudhu’i

- Perkembangan Ilmu Tafsir Maudhu’i

- Jenis-jenis Tafsir Maudhu’i dari Sudut Manhaj Para Pengkaji

- Antara Kepentingan Tafsir Maudhu’i

- Antara Buku-buku Membahaskan Ilmu Tafsir Maudhu’i





Perbahsan Pertama: Perbahasan Taqwa dan Hakikatnya



Fasal Pertama: Perbahasan Makna Taqwa



- Taqwa dari Sudut Bahasa

- Taqwa dari Sudut Syarak

- Jumlah Perkataan-perkataan Berkaitan Taqwa yang Disebut Dalam Al-Qur’an

- Hakikat Taqwa

- Peringkat-peringkat Taqwa

- Pelbagai Makna Perkataan Taqwa dalam Al-Qur'an



Fasal Kedua: Taqwa Menghimpun Segala Kebaikan



- Taqwa Membawa kepada Ketaatan





Perbahasan Kedua: Kemuliaan Taqwa



Di Antara Kebaikan-kebaikan Taqwa



- Taqwa: Sebaik-baik Bekalan Akhirat

- Pakaian Taqwa: Sebaik-baik Pakaian

- Bertaqwalah Hanya Kepada Allah s.w.t..





Perbahasan Ketiga: Sifat-sifat Orang yang Bertaqwa

Fasal Pertama: Antara Ciri-ciri Orang-orang yang Bertaqwa

- Sifat Pertama: Beriman dengan Perkara Ghaib

- Sifat Kedua: Mendirikan Solat

- Sifat Ketiga: Mengeluarkan Zakat

- Sifat Keempat: Beriman dengan kitab Al-Qur'an dan Kitab-kitab Samawi yang lain

- Sifat Kelima: Keimanan Terhadap Hari Akhirat



Fasal Kedua: Al-Birr (Kebaikan) Adalah pada Ketaqwaan

- Pertama: Kebaikan (Taqwa) dari Sudut Aqidah

- Kedua: Al-Birr fi Al-'Amal iaitu Kebaikan (Taqwa) dari sudut Amalan

- Ketiga: Al-Birr fi Al-Akhlak iaitu Kebaikan (Taqwa) dari sudut Akhlak.

- Himpunan Ketiga-tiga Sifat-sifat Al-Birr Membawa kepada Kejujuran dalam Keimanan





Perbahasan Keempat: Perintah Ke Arah Ketaqwaan



Fasal Pertama: Suruhan ke Arah Ketaqwaan kepada Allah s.w.t.



- Perintah Ke Arah Ketaqwaan dalam Bentuk Individu

- Perintah Ke Arah Ketaqwaan dalam Bentuk Jama’ie (Berkumpulan)



Fasal Kedua: Pendorong kepada Ketaqwaan

- Faktor Pertama: Sifat Khauf (Takut kepada Allah)

- Faktor Kedua: Penghayatan tentang Hari Kebangkitan

- Faktor Ketiga: Muroqobah dan Menghayati Sifat-sifat dan Perbuatan-perbuatan Allah s.w.t..

- Faktor Keempat: Banyak Merenung Tentang Penciptaan Alam Ini





Perbahasan Kelima: Kesan-kesan daripada Sifat Taqwa

- Pertama: Sentiasa dalam Perlindungan Allah s.w.t.

- Kedua: Dikurniakan Ilmu daripada Allah s.w.t..

- Ketiga: Diberi Petunjuk dalam Membezakan antara Kebenaran dan Kebatilan

- Keempat: Penebus (kaffarah) Kesalahan dan Penyuci Dosa-dosa

- Kelima: Keselamatan daripada Azab Neraka

- Keenam: Mendapat Kehidupan yang Baik

- Ketujuh: Urusannya Dipermudahkan Oleh Allah s.w.t.

- Kelapan: Dijanjikan Syurga Oleh Allah s.w.t.

- Kesembilan: Mendapat Kemulian Dunia dan Akhirat.

- Kesepuluh: Mendapat Rahmat daripada Allah s.w.t.

- Kesebelas: Mendapat Khabar Gembira di Dunia dan di Akhirat

- Kedua Belas: Mendapat Kasih Sayang Allah s.w.t.



Kesimpulan dan Penutup ”



- Tamat nukilan -



Boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa 2010



Buku yang serba ringkas ini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa 2010 khususnya di “Suficube” (nama booth bagi Pelima Media Sdn. Bhd.), G03, Dewan Tun Hussien Onn, bersebelahan Bilik Kedah, PWTC.



Apa yang baik dan bermanfaat itu daripada Allah s.w.t. dan hanya kepadaNyalah kembalinya segala pujian dan dalam kekuasaanNyalah segala kebaikan. Adapun segala kekurangan yang terkandung dalam penulisan tersebut, maka saya selaku penulis memohon ampun dari Allah s.w.t. dan meminta maaf samada ianya secara sedar ataupun tidak. Kesempurnaan hanyalah milik Allah s.w.t. dan moga-moga amalan ini sempurna dalam pandangan redha dan baik dalam penerimaan (qabul)-Nya. Amiin...



Al-Faqir Al-Haqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Lathif



Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari



‘Amalahullahu bi lutfiHi Al-Khafiy

Sumber : Http://Mukhlis101.Multiply.Com