CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Selasa, 24 Februari 2015

Sheikh Rohimuddin Nawawi Al Bantani








BIODATA BELIAU : 

Nama : Abu Muhamed Rohimuddin Nawawi Al-Bantany
Tempat tinggal dan lahir : Bekasi, 8 October 1965
Alamat Indonesia : Pesantren Al-Ajhariyah (I) Ceger Kaum Ds. Muktiwari Cibitung Bekasi Jawa Barat
Alamat Mesir : 86/19 Swiesri B 10th Dc. Nasher City Cairo Egypt

Nama Isteri :  Afra Abidah Ismail Ahmadi Ahmad II MA, Lc.

Nama-nama anak :

1. Asmaa
2. Mohamed
3. Shaymaa
4. Ghaydaa
5. Raghdaa

Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.

Latarbelakang pendidikan : 

A. Tidak Formal

1. Mendapat pendidikan awal di Pesantren ayahnya (KH. Nawawi Jahari)

2. Pesantren Kempek Cirebon Jawa Barat

3. Pesantren Asysyadziliyah Karawang Jawa Barat

4. Pesantren Sarang Lasem Rembang Jawa Tengah

5. Pesantren Lirboyo Jawa timur

Antara guru-guru beliau di Indonesia:


  1. – Al-marhum K.H. Nawawi (ayahnda Sheikh Rohimuddin)
  2. - Al-Marhum K.H. Umar Soleh
  3. - Al-Marhum K.H. Aqiel Siraj
  4. – Al-Marhum Kiyai Syadzeli
  5. – Al-Marhum K.H. Mahrus Ali
  6. – KH. Maemun Zuber



Pendidikan Formal

- Ibtidaiyah Al-Ajhariyyah Tahun 1980

- Tsanawiyah Al-Ajhariyyah Tahun 1982

- Aliyah Al-Ajhariyyah Tahun 1995
– S1 (Universitas Syarif Hidayatullah Jakarta), Fakultas Adab, Jurusan Bahasa Sastra Arab Kopertasi INISA Tambun Bekasi Th.1990
– S1 Fakultas Bahasa Arab Jurusan Bahas Arab Universitas Al-Azhar Cairo tahun 2001

- S2 Fakultas Adab Jur. Bahasa & Sastra Arab Universitas Cairo th.2000

- S2 Fakultas Adab Jur. Bahasa & Sastra Arab Ist. Liga Arab th2006

Guru-guru beliau yang lainnya : 



  1. al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani
  2. Sheik Al-Habib Yossef Al-Bakhour Al-Hasani Al-Huseni
  3. Sheikh Umar Hasyim (mantan rektor Al-Azhar)
  4. Sheikh Mutawalli As-Sya’rawi (seorang mufassir besar di Mesir)
  5. Sheikh Zaki Ibrahim (Seorang mursyid besar tarikat sufiyah di Mesir)
  6. Sheikh Ibrahim Al-Khuli
  7. Dr Sa’ad Jawis
  8. Syekh Abdullah bin Mohammad Idris Al-Hasani(Mursyd Thariqah Qadiriyah)
  9. Syek Dr Ali Jumah
  10. al-Marhum Syaikh Gad al Haq
  11. Syaikh ‘Abdullah


Buat masa ini beliau adalah merupakan antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Dar Hasani di Mesir, dan merupakankhalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Di samping juga bakal menjadi tenaga pengajar di Ma'ahad Az-Zein di Bogor bagi membantu Sheikh Muhammad Noeruddin al-Banjari.

Sumber : 

1. http://warasatul-anbiyak.blogspot.com/2012/09/sheikh-rohimuddin-cucu-ulama.html
2. https://rohimuddin.wordpress.com/biografi/

Ahad, 22 Februari 2015

BENARKAH SHEIKH DR ALI JUM'AH MENGHALALKAN ZINA ?



BENARKAH SHEIKH DR ALI JUM'AH MENGHALALKAN ZINA ?

Bekas Mufti Mesir - Dr Ali Jum'ah telah difitnah lagi oleh mereka yang membenci beliau.

Jahatnya manusia yang membenci ini sanggup memviralkan pernyataan yang dipotong dari pernyataan yang sebenar dan kemudian menyebarkan pula gambar-gambar dengan berisikan tulisan fitnah berkenaan.

Benarkah beliau menghalalkan zina ?

Lihat pernyataan yang sebenarnya :

http://www.elwatannews.com/news/details/659816

Video keseluruhan :


Banyak berita yang “memfitnah” salah seorang ulama senior al-Azhar, Dr. Ali Jumah. Dalam berita yang diposting oleh news.fimadani.com tersebut disebutkan bahawa mantan mufti Mesir, Dr. Ali Jumah menghalalkan Zina.

Saya melayari beberapa sumber, ternyata berita tersebut di putarbelitkan oleh media. Hampir dipastikan, yang memutarbelitkan tersebut adalah oktum yang selama ini memang tidak suka dengan para ulama Azhar, terutama Dr. Ali Jumah.

Menjawab berita tersebut, Dr. Ali jumah secara jelas mengatakan bahawa memang dalam al-Quran tidak ada ungkapan yang menggunakan kata “hurrimat” terkait dengan pengharaman zina. Al-Quran menggunakan ungkapan “janganlah kalian mendekati zina”. Secara logiknya, jika mendekati zina saja diharamkan, maka berzina jauh lebih haram lagi.

Dalam usul Fikh ini masuk dalam Qiyas awla.

Menurut beliau, pengharaman atas sesuatu perkara tidak harus langsung menggunakan kata hurrimat. Beliau memberi contoh dengan hukum haramnya makan haiwan sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah, atau tidak membaca Bismillah, seperti yang beliau nukil (petikan) dari Imam Zarkasyi dalam kitab al-Bahru al-Muhith. Firman Allah:

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ
Ertinya : “Dan janganlah kamu memakan haiwan-haiwan yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, sesungguhnya perbuatan tersebut adalah suatu kefasikan.” (al-An’am, 6: 121).

Jelas sekali ayat di atas tidak menggunakan lafaz hurrimat. Meski yang demikian, hukum memakannya haram. Sayangnya, perkataan Dr. Ali Jumah dipotong sehingga seakan-akan beliau menghalalkan zina. Tujuan utamanya sangat ketara, ingin menjatuhkan wibawa ulama’ Azhar. Logiknya tabayyun yang biasanya sering diulang akan hilang sama sekali. Kerana tidak sesuai dengan visi mereka.

Sumber sekunder : http://blog.cc.net.my/2015/bekas-mufti-mesir-menghalalkan-zina/

Bacaan tambahan boleh dibaca di sini :

http://al-faedah.blogspot.com/2015/02/video-memfitnah-sheikh-ali-jumuah.html

Sabtu, 21 Februari 2015

Hukum Membuat Binaan Di Kubur - Mufti Brunei

Hukum Membuat Binaan Di Tanah Kubur

Oleh : Mufti Brunei 

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Islam memuliakan umatnya bukan sahaja ketika hidupnya, bahkan selepas mati pun ia tetap dimuliakan dan dipelihara akan haknya. Salah satu contoh terdekat ialah pendirian syariat Islam
terhadap kubur.

Walaupun kubur merupakan tempat persemadian jasad orang yang sudah meninggal dunia, ia
bukanlah satu tempat sembarangan yang boleh diperlakukan sesuka hati. Dalam syariat Islam, perkara kubur mempunyai hukum-hakam, adab-adab yang mesti dipatuhi serta kehormatannya yang tersendiri.

Apabila orang yang dikasihi pergi menyahut seruan Ilahi, perasaan kasih sayang serta ingatan yang ada semasa hidup terhadap simati tidak akan lenyap begitu sahaja, apatah lagi bagi mereka yang paling rapat dengan simati seperti ahli kerabat, keluarga atau waris. Justeru itu, tidak menghairankan adanya kesungguhan serta keprihatinan ahli kerabat, keluarga atau waris dalam menjaga dan memperelokkan lagi kubur-kubur ahli keluarga masing-masing dengan cara menambak kubur-kubur
mereka dengan batu atau simen, membina atap, kubah dan seumpamanya. Bahkan ada juga yang membina pelbagai bentuk binaan di sekeliling kubur bagi kemudahan mereka melakukan ziarah seperti binaan yang berbentuk bangku dan yang seumpamanya.

Yang menjadi persoalan di sini ialah jika binaan itu dibuat di tanah perkuburan musabbalah, atau lebih dikenali sebagai tanah perkuburan awam. Kalau kita perhatikan sebahagian binaan yang dibuat itu, ada yang seolah-olah memperlakukan tanah perkuburan musabbalah itu umpama milik persendirian mereka sehingga menjejaskan kawasan kubur-kubur lain yang berdekatan. Ini satu realiti yang dapat kita lihat dengan jelas kerana terdapat sebahagian binaan yang dibuat itu terlalu besar
serta merangkumi ruang yang luas hingga mempersempitkan kawasan tanah perkuburan musabbalah tersebut.

Ini dengan sendirinya membataskan atau menyempitkan serta mengurangkan jenazah yang dapat dikebumikan di sana pada masa akan datang. Perkara ini mendatangkan persoalan kerana tanah perkuburan musabbalah merupakan hak milik orang awam dan setiap orang memiliki hak untuk dikebumikan di sana. Apakan syara‘ membenarkan perlakuan atau tindakan seumpama ini?

Hukum Binaan Yang Dibuat Di Tanah Kubur

Maksud binaan di sini ialah apa sahaja yang dibina di dalam tanah kubur mahupun di atas tanahnya seperti atap, kubah, rumah, masjid, bangku, lantai simen, tambak (dibentengi atau dilingkungi sekeliling kubur itu dengan batu atau simen) dan sebagainya. Tidak kira sama ada binaan tersebut terletak pada ruang liang lahad sahaja, ataupun merangkumi ruang lebih luas daripada itu.

Hukum binaan di tanah kubur berbeza di antara tanah kubur di tanah milik persendirian dengan tanah kubur yang terletak di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf.

1. Binaan Di Tanah Kubur Yang Terletak Di Tanah Milik Persendirian

Sekiranya tanah perkuburan itu adalah tanah milik khas persendirian, maka apa sahaja binaan yang dibuat sama ada di atasnya, di sekelilingnya mahupun di dalam kubur berkenaan adalah makruh hukumnya.

2. Binaan Di Tanah Kubur Yang Terletak Di Tanah Perkuburan Musabbalah Dan Wakaf

Adapun hukum membuat binaan di tanah perkuburan musabbalah pula, iaitu tanah yang biasa digunakan untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut oleh penduduk kawasan itu, seperti tanah-tanah perkuburan Islam yang disediakan oleh pihak Kerajaan di Negara Brunei
Darussalam, menurut ulama mazhab asy-Syafi‘e, hukumnya adalah haram, sekalipun tidak diketahui asal puncanya dan tiada diketahui orang yang mewakafkan atau mensabilkannya.

Manakala tanah perkuburan yang diwakafkan bagi perkuburan orang Islam pula, hukumnya adalah sama seperti tanah perkuburan musabbalah iaitu haram, tidak kira sama ada diketahui orang yang mewakafkannya ataupun tidak.

Perkara ini ada disebutkan dalam kitab-kitab ulama mazhab asySyafi‘e, antaranya sepertimana yang dikatakan oleh Imam anNawawi Rahimahullah dalam kitabnya al-Majmu‘:

Ertinya: “Sahabat-sahabat kami Rahimahumullah berkata: “Tidak ada beza dalam membina binaan itu di antara membina kubah atau rumah atau selain keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika tanah perkuburan itu adalah perkuburan musabbalah (tanah perkuburan orang awam) adalah haram ke atasnya berbuat sedemikian; Sahabat-Sahabat kami berkata (lagi): “Dan hendaklah dirobohkan binaan tersebut tanpa ada pertikaian (para sahabat-sahabat kami)… (Tetapi) jika sekiranya tanah perkuburan itu miliknya sendiri (maka) adalah harus dia membina apa-apa binaan dengan dihukumkan makruh dan tidak dirobohkan (binaan itu).”

Al-‘Allamah al-Syaikh Ibrahim al-Baijuri Rahimahullah pula berkata:

Ertinya: “Maka adalah dimakruhkan (membina) binaan di atas kubur jika (binaan itu) bukan di tanah perkuburan orang awam mengkebumikan mayat. Jika tidak, (jika binaan itu di tanah perkuburan orang awam) adalah haram (hukumnya) sama ada (binaan itu) di atas tanah atau di dalam tanah. (Oleh itu) adalah wajib ke atas pemerintah meroboh segala binaan-binaan yang terdapat di tanah perkuburan musabbalah bagi tujuan pengkebumian mayat iaitu tanah perkuburan yang telah
menjadi kebiasaan penduduk suatu negeri mengkebumikan mayat, kerana ianya menyempitkan ke atas manusia (yang lain); dan (pengharaman itu) tidak ada beza di antara binaan yang berbentuk kubah atau rumah atau masjid atau selainnya yang di antaranya ialah susunan batu-batu yang biasa diketahui (tambak daripada batu atau simen yang membentengi atau yang melingkungi kubur); (kecuali) apa yang dikecualikan oleh sebahagian ulama seperti kubur para nabi, syuhada, orang-orang
salih dan seumpama mereka.”

Binaan Di Tanah Kubur Boleh Dirobohkan Jika Ia Menyalahi Syara‘

Menurut ulama mazhab asy-Syafie, sekiranya binaan dibuat di atas tanah milik khas persendirian, walaupun hukumnya makruh, binaan itu tidaklah perlu dirobohkan.Bagaimanapun, jika binaan itu dibuat di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf, maka menurut pendapat muktamad dalam mazhab asy-Syafi‘e, pihak berkuasa atau pemerintah memiliki hak serta autoriti, bahkan wajib merobohkan sebarang binaan di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf jika ia bertentangan dengan keizinan syara‘.

Sayyidina Umar bin al-Khatthab Radhiallahu ‘anhu pada suatu ketika terlihat satu kubur yang dibina kubah di atasnya. Lalu beliau pun merobohkannya lalu berkata:

Ertinya: “Kamu biarkanlah mayat itu dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri.”

Adapun sebab kenapa membuat binaan di tanah perkuburan musabbalah ini ditegah oleh syara‘ dan wajib dirobohkan adalah kerana ia menyempitkan tanah perkuburan orang Islam tanpa sebarang maslahat dan keperluan yang diiktiraf oleh syara‘. Hakikatnya, setelah mayat itu hancur luluh anggota badan serta tulang-tulangnya, binaan itu tetap sahaja kekal, dan ini sekaligus menyukarkan atau menghalang mayat yang lain untuk dikebumikan di kawasan tersebut. Ini jelas satu perbuatan
menghalang dan mengambil hak orang Islam yang lain yang juga memiliki hak menggunakan tanah perkuburan berkenaan.

Mengenai binaan-binaan yang dibuat di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf ini, segala tindakan ke atasnya hendaklah diserahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa atau pemerintah yang memiliki hak serta autoriti sahaja. Jangan pula orang ramai bertindak sesuka hati meroboh atau membuka binaan tersebut kerana dikhuatiri ini boleh menimbulkan
pertelingkahan, perseteruan dan sebagainya.

Bila Binaan Di Tanah Kubur Diharuskan?

Tegahan daripada membuat binaan di tanah kubur ini tidak bersifat mutlak. Ada beberapa keadaan yang diizinkan syara‘ untuk membuat binaan yang munasabah jika terdapat sesuatu hajat keperluan yang diiktiraf oleh syara‘, antaranya:

1. Takut digali oleh pencuri atau binatang.

2. Ditakuti runtuh kerana banjir atau tanah susur dan seumpamanya.

Ini sepertimana tanah perkuburan yang terletak di kaki bukit atau tanah curam yang dikhuatiri tanah-tanahnya itu runtuh. Maka boleh didirikan binaan seperti sekatan tembok umpamanya bagi menghalang dari terjadinya tanah susur atau runtuh.

Dalam keadaan-keadaan seumpama ini, syara‘ memberikan keizinan untuk membuat binaan yang
munasabah dan bersesuaian bagi menjaga maslahat tanah-tanah kubur berkenaan. Bahkan ia boleh menjadi wajib sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar alHaitami
Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj.

3. Sebahagian ulama juga memberikan pengecualian daripada tegahan ini jika kubur tersebut adalah kubur para nabi, para sahabat, para syuhada, para wali, orang-orang salih serta yang seumpama mereka. Sebab, perkara inidapat membantu memakmurkan kubur mereka dengan amalan ziarah serta tabarruk (mengambil berkat) serta menghalang kubur-kubur mereka daripada dibongkar.

Adakah Meletakkan Nisan Di Atas Kubur Juga Ditegah?

Sepertimana yang telah dijelaskan tadi, segala bentuk binaan yang didirikan di tanah kubur yang tidak ada keperluan atau hajat untuk didirikan padanya adalah ditegah.

Berbeza halnya dengan batu nisan. Memandangkan kubur terutamanya kubur-kubur di tanah perkuburan awam biasanya diletakkan berhampiran antara satu sama yang lain, ini akan  menyukarkan penziarah mengenal kubur ahli keluarga yang ingin diziarahi. Kerana itu, menurut syara‘, sunat hukumnya meletakkan nisan di atas kubur kerana ia merupakan hak yang
berhubung dengan simati yang berada di dalam kubur.

Demikianlah beberapa penjelasan mengenai hukum binaan yang didirikan di tanah kubur. Orang awam mestilah menyedari dan mengambil perhatian akan hal ini. Sikap tolak ansur dan menghormati hak sesama orang Islam hendaklah diamalkan kerana itu adalah sikap sebenar seorang muslim.

Mayat dalam kubur tidak memerlukan segala binaan tersebut kerana ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat ataupun perlindungan bagi mereka. Jadi, sebagai curahan kasih sayang serta bakti untuk simati, adalah lebih baik simati didoakan, disedekahkan pahala serta dipanjangkan amal jariahnya. Yang demikian itu adalah lebih utama dan lebih bermanfaat untuk simati.

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2014/30%20Julai%202014.pdf

Jumaat, 20 Februari 2015

Asing Boleh Jadi Terpuji Dan Juga Tercela

Oleh : Ustaz Mohd Dailami 

Rasulullah SAW bersabda :

"Pada awal munculnya Islam merupakan sesuatu yang asing, dan akan kembali menjadi asing seperti permulaannya.Maka berbahagialah orang-orang yang asing”

[Hadith Muslim, Kitab Iman, Hadith no.210; Al-Tirmidhi, Kitab Iman Hadith no.2553; Ahmad, Musnad 10 yang dijanjikan Syurga, Musnad Abi Ishaq Saad bin Abi Waqqas, Hadith no.1518]

1. غَرِيبًا : Berasal daripada perkataan ightaraba yang bermaksud keseorangan dengan sebab terasing, hal ini kerana kesabaran mereka menghadapi kesusahan di awal Islam dan juga kegigihan mereka dalam mengamalkan Islam.Mereka ialah orang yang menghidupkan sunnah Nabi ketika manusia melupakannya, menganggap ketinggalan zaman, tidak mengikuti arus semasa dan pelbagai tuduhan lain.

2. فَطُوبَى : Kebaikan, keberuntungan.

Kadang kadang sesuatu yang asing tidak selalunya bermaksud memiliki jumlah yang kecil atau terpinggir, ia juga memberi gambaran keadaan hidup yang berlainan daripada pola hidup masyarakat lain yang tidak mengamalkan Islam.

Secara amnya kebenaran tidak dinilai berdasarkan quantiti, namun perlu lebih berhati hati kerana golongan yang sesat juga selalu menggunakan alasan ini bagi menggambarkan kebenaran mereka yang dilihat jauh terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.Para Ulama' tidak akan bersepakat dalam perkara kesesatan.Oleh itu Ijma' merupakan salah satu sumber utama Ahli Sunnah Wal Jama'ah selepas Al Qur'an dan Sunnah.

Oleh kerana setiap orang mempunyai penilaian maka penilaian juga terbahagi kepada baik dan buruk.Dan penilaian persepakatan Ulama' walaupun masih boleh dibahaskan namun merupakan perkara yang paling utama didahulukan daripada pendapat yang terpencil atau janggal.

“ Hendaklah kamu berada bersama jamaah, dan janganlah kamu berpecah (daripada jamaah)” 

(Riwayat Tarmizi).

Ibnu Mas'ud menerangkan bahawa

"Dan apa yang kamu tidak suka dalam menyertai jemaah adalah lebih baik daripada apa yang kamu suka dalam berpecah “ (Kitab Al-Syariah oleh Al-Aajurri : 17)

“ Dan antara pintu-pintu besar bagi syaitan (untuk masuk menguasai hati manusia) ialah : taksub kepada aliran-aliran pemikiran (termasuk taksub tidak bermazhab) dan keinginan-keinginan tertentu, rasa dendam terhadap pihak lawan serta memandang rendah dan hina terhadap mereka; perkara-perkara tersebut boleh membinasakan ahli ibadat dan juga orang fasik. Ini ialah kerana mencerca manusia dan menyebut kekurangan mereka merupakan bahagian daripada sifat haiwaniah yang tertanam dalam tabiat manusia.Apabila syaitan berjaya membisikan kepada manusia bahawa perbuatan tersebut adalah benar dan ianya sesuai pula dengan perangai manusia berkenaan sehingga kemanisan untuk melakukan perbuatan tersebut telah menguasai hatinya. Keadaan ini membuatkan ia mengerah sepenuh tenaganya untuk melakukan perbuatan- perbuatan yang dibisikkan oleh syaitan sebagai benar itu. Ia melakukan semua itu dengan gembira dan senang hati dengan sangkaan bahawa ia berjuang untuk kepentingan agama, tetapi pada hakikatnya ia berjuang pada mengikut jejak langkah syaitan 

(Al-Ihya : 45/3).

Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.'[Ali ‘Imran : 103]

Memperjuangkan perkara yang halal dan haram tanpa menghiraukan kemarahan manusia adalah sifat yang terpuji, tetapi memperjuangkan perkara khilafiah atau perbezaan pendapat tanpa menghiraukan pandangan, tafsiran Ulama' yang mu'tabar dengan jalan mengejek, menyesatkan sebagaimana yaqinnya orang jahil, memberi maksud yang sama memaksa orang lain untuk menerima pendapat yang dipilih olehnya sahaja tanpa menghiraukan keindahan dan keistimewaan pendapat yang dianggap lebih kuat oleh segolongan besar Ulama' mu'tabar lain, dan perkara ini merupakan sikap yang perlu dijauhi bagi ahli ilmu agar tidak mengeruhkan keharmonian masyarakat.

Hinggakan Rasulullah SAW juga mengumpamakan umat Islam seperti sebuah bangunan yang kukuh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang mukmin itu bagi mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, yang mengukuhkan akan sebahagian ke atas bahagian lain”. (HR Bukhari)

"Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pengajaran wahai! orang-orang yang mempunyai penglihatan “ (Al-Hasyr : 2)

Wallahu a'lam.
Mohd Dailami.
Qahirah, Mesir.
8 feb 2015.

Khamis, 12 Februari 2015

PEMALSUAN KITAB AL IBANAH SUSUNAN IMAM ABU HASAN AL ASY'ARI

Oleh : Ustaz Ashfi Raihan
Bismillah Ar-rahmaan Ar-rahiim.

إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرإ ما نوى

HR: al-Bukhari, Muslim, Abû Dâwûd, al-Nasâ’î dan Ibn Mâjah

قال أبو إسحاق رحمه الله، كنت في جنب الشيخ أبي الحسن الباهلي كقطرة في البحر، وسمعت الشيخ أبا الحسن الباهلي قال، كنت أنا في جنب الشيخ الأشعري كقطرة في جنب البحر

Al-Ustâdz Abû Ishâq al-Isfarâyînî berkata, “Berada di samping al-Syeikh Abû al-Hasan al-Bâhilî, aku terasa bagaikan setetes embun di lautan” . Sementara aku dengar al-Syeikh Abû al-Hasan al-Bâhilî berkata, “di samping al-Syeikh Abû al-Hasan al-Asy‘arî, aku terasa bagaikan tetesan embun di pinggir lautan” . -Tabyîn Kidzb al-Muftarî, hal.141-

لو لم يصنف عمره غير الإبانة واللمع لكفى

Sekiranya semasa hidupanya al-Asy‘arî hanya menulis kitab al-Ibânah dan al-Luma‘, itu sudah memadai. -Tabyîn Kidzb al-Muftarî, hal.134-

Dâr al-Anshâr Mesir edisi Doktor Fawqiyyah Husein Mahmûd (al-Ibânah dengan cetakan sama yang terdapat di Perpustakaan Utama Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta dengan edisi Syeikh Zâhid al-Kautsarî, seorang ulama pada masa Khilâfah ‘Utsmâniyyah).
Dâr al-Anshâr Mesir edisi Doktor Fawqiyyah Husein Mahmûd (al-Ibânah dengan cetakan sama yang terdapat di Perpustakaan Utama Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta dengan edisi Syeikh Zâhid al-Kautsarî, seorang ulama pada masa Khilâfah ‘Utsmâniyyah).
Maktabah al-Mu’ayyad Saudi Arabia bekerja sama dengan Maktabah Dâr al-Bayân Suriah edisi Basyîr Muhammad ‘Uyûn.
Maktabah al-Mu’ayyad Saudi Arabia bekerja sama dengan Maktabah Dâr al-Bayân Suriah edisi Basyîr Muhammad ‘Uyûn.
Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah Lebanon edisi ‘Abdullâh Mahmûd Muhammad ‘Umar.
Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah Lebanon edisi ‘Abdullâh Mahmûd Muhammad ‘Umar.

Al-Ibânah ‘an Ushûl al-Diyânah

Al-Ibânah ‘an Ushûl al-Diyânah. Itulah nama lengkap dari salah satu karya Mishbâh al-Tawhîd Abû al-Hasan al-‘Asy‘arî (260-324H), seorang Mujaddid peralihan abad ke-3 sampai ke-4 Hijriyah. Al-Ibânah adalah salah satu karyanya dengan metode Tafwîdh dan membuktikan bahwa ia telah melepaskan diri dari ideologi sekte Mu‘tazilah kepada ajaran Salaf al-Shâlih yang dinilai steril mengikuti ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Istilah “Salaf al-Shâlih” telah memberi pukauan kuat terhadap banyak kalangan terutama bagi pemerhati sejarah al-Asy‘ariyyah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jamâ‘ah, sehingga masing-masing mereka merasa sebagai pengikut Salaf al-Shâlih. Tak ayal, kandungan al-Ibânah yang dinilai mengikuti Salaf al-Shâlih pun menjadi rebutan beberapa kalangan.
Kalangan al-Asy‘ariyyah menganggap bahwa merekalah yang berhak terhadap al-Ibânah lantaran al-Asy‘ariyyah adalah penisbatan kepada al-Asy‘arî sang penulis kitab, dan beberapa alasan lain. Begitu pun kalangan yang mengaku sebagai pengikut Salaf al-Shâlih menganggap bahwa merekalah yang berhak terhadap al-Ibânah meski keberatan disebut sebagai al-Asy‘ariyyah, lantaran mereka menilai bahwa al-Asy‘ariyyah adalah sekte bid‘ah dan sesat menyesatkan sehingga berimbas kepada pen-drop out-an terhadap cendikiawan muslim yang dikenal sebagai al-Huffâzh, bahwa mereka bukan pengikut Salaf al-Shâlih meski tidak secara mutlak. Seperti al-Khathîb al-Baghdâdî, al-Bayhaqî, al-Nawawî, al-‘Asqalânî dan al-Suyûthî yang dikenal sebagai pemuka al-Asy‘ariyyah, Radhiyallâhu ‘Anhum.

Jika al-Asy‘ariyyah mengaku sebagai pengikut Abû al-Hasan al-Asy‘arî, hal ini tentunya sangat wajar. Sebagaimana al-Hanafiyyah adalah pengikut Abû Hanifah, al-Mâlikiyyah sebagai pengikut Mâlik, al-Syâfi‘iyyah sebagai pengikut al-Syâfi‘î, al-Hanâbilah sebagai pengikut Ibn Hanbal, Radhiyallâhu ‘Anhum. Namun akan terasa janggal jika pengakuan itu muncul dari kalangan yang mengaku sebagai pengikut Salaf al-Shâlih namun pada sisi lain mereka mencerca kalangan al-Asy‘ariyyah. Bahkan al-Asy‘ariyyah dianggap telah keluar dari paham al-Asy‘arî. Dan tentunya ini sah-sah saja karena mereka pun boleh berpendapat. Dan yang menjadi barometer bagi kalangan ini untuk mengatakan bahwa al-Asy‘ariyyah sebenarnya tidak mengikuti al-Asy‘arî adalah isu-isu yang beredar bahwa al-Ibânah merupakan bukti peralihan al-Asy‘arî dari paham -yang konon katanya- Kullâbiyyah kepada Salaf al-Shâlih. Menurut mereka al-Asy‘arî dalam al-Ibânahnya mengakui Allah subhânahû wa ta‘âlâ menetap, menempati, bersemayam atau duduk di atas ‘arasy, sekaligus mereka beranggapan bahwa al-Asy‘ariyyah sebetulnya mengikuti paham Kullâbiyyah, bukan al-Asy‘arî. Lalu, ada apa dengan al-Ibânah sehingga kalangan ini begitu yakin akan isu-isu yang beredar sehingga menjadi pegangan bagi mereka untuk memisahkan al-Asy‘ariyyah dengan al-Asy‘arî? Dan siapakah Kullâbiyyah yang mereka anggap sebagai panutan al-Asy‘ariyyah dan dinilai sebagai sekte bid‘ah?

Three in One (3 in 1); Tiga al-Ibânah, Satu al-Asy‘arî

Proyek pengelabuan umat yang dilakukan beberapa kalangan sentak menggelitik telinga para santri tradisional tanah air yang notabene mereka mempelajari kitab-kitab karya para ulama al-Asy‘ariyyah seperti al-Jawâhir al-Kalâmiyyah, al-Aqwâl al-Mardhiyyah, Kifâyah al-‘Awwâm, Fath al-Majîd (bukan kitab Wahhâbî), Ummu al-Barâhîn, al-Dasûqî, Nazhm Jawhar al-Tawhîd, dan lain sebagainya. Isu-isu yang mereka angkat adalah bahwa para santri dan masyarakat yang mengaku sebagai pengikut al-Asy‘arî yang disebut dengan al-Asy‘ariyyah telah menyalahi al-Asy‘arî sendiri, terbukti bahwa al-Asy‘arî dengan kitab al-Ibânahnya dan beberapa kitab lain berbeda akidah dengan orang-orang yang mengaku sebagai pengikutnya atau al-Asy‘ariyyah. Al-Asy‘arî mengakui keberadaan Allah subhânahû wa ta‘âlâ bertempat di atas ‘Arasy sementara al-Asy‘ariyyah tidak. Tentunya hal ini bertolak belakang antara al-Asy‘arî dengan pemahaman penggikutnya. Begitulah diantara argumen mereka untuk merusak keharmonisan antara al-Asy‘arî dan al-Asy‘ariyyah. Sebuah usaha yang amat buruk dan tercela. Namun apa benar seperti itu? Kita akan mencoba membandingkan, al-Ibânah manakah kira-kira yang menjadi landasan bagi sementara kalangan yang mengatakan bahwa al-Asy‘arî meyakini Allah subhânahû wa ta‘âlâ bertempat (hulûl), bersemayam, menetap. Berikut scannan tiga versi al-Ibânah karya al-Asy‘arî;
  1. Dâr al-Anshâr Mesir edisi Doktor Fawqiyyah Husein Mahmûd (al-Ibânah dengan cetakan sama yang terdapat di Perpustakaan Utama Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta dengan edisi Syeikh Zâhid al-Kautsarî, seorang ulama pada masa Khilâfah ‘Utsmâniyyah).
  2. Maktabah al-Mu’ayyad Saudi Arabia bekerja sama dengan Maktabah Dâr al-Bayân Suriah edisi Basyîr Muhammad ‘Uyûn.
  3. Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah Lebanon edisi ‘Abdullâh Mahmûd Muhammad ‘Umar.
Dar Anshar
Dar Anshar
Maktabah Mu'ayyad
Maktabah Mu'ayyad
Dar Kutub
Dar Kutub
-Kalimat bergaris biru pada cetakan Dâr al-Anshâr hal.105 dan Maktabah al-Mu’ayyad/ Maktabah Dâr al-Bayân hal.97;

استواءً يليق به من غير طول الاستقرار

tidak terdapat pada cetakan Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah hal.46. Sehingga kalangan yang disebut oleh para ulama sebagai Antropomorphisme (Musyabbihah) akan memahami dengan artian bahasa yaitu bersemayam, duduk, menetap, dengan kata lain yaitu menempati ‘Arasy.
Dar Anshar
Dar Anshar
Maktabah Mu'ayyad
Maktabah Mu'ayyad
Dar Kutub
Dar Kutub
* Kalimat bergaris biru pada cetakan Dâr al-Anshâr hal.113 dan Maktabah al-Mu’ayyad/ Maktabah Dâr al-Bayân hal.100;

استواءً منزها عن الحلول والاتحاد

tidak terdapat pada cetakan Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, hal.48. Sehingga kalangan yang disebut oleh para ulama sebagai Antropomorphisme (Musyabbihah) akan memahami dengan artian bahasa yaitu bersemayam, duduk, menetap, dengan kata lain semua pemahaman ini adalah Hulûl. Bahkan jika hadis Nuzûl dipahami secara lahirnya yaitu Allah subhânahû wa ta‘âlâ turun ke langit dunia, turun dari atas ke bawah dan berpindah, maka pemahaman ini akan melahirkan Ittihâd sekaligus Hulûl lantaran langit ada tujuh lapis, dan Allah subhânahû wa ta‘âlâ turun ke langit dunia atau langit pertama sehingga langit ke dua sampai ke enam bahkan ‘Arasy akan berada di atas Allah subhânahû wa ta‘âlâ, na‘ûdzu billâh.
Jika konsep “Bi Lâ Kayf” telah tertanam dalam keyakinan kita, maka segala karakter turunnya makhluk yaitu pergerakan dari atas ke bawah dan berpindah pasti ternafi dari Allah subhânahû wa ta‘âlâ karena segala bentuk perpindahan adalah sebuah “Kayf”. Maka, kata “nuzûl, istiwâ’” lebih layak kita katakan Nuzûl-Nya Allah subhânahû wa ta‘âlâ adalah Nuzûl yang layak bagi keagungan dan kemulian-Nya tanpa berpindah, tanpa Kayf. Begitu pun dengan Istiwâ’, Allah Yang Maha beristiwâ’, tidak dapat dikatakan “bagaimana” (sebuah kalimat istifhâm untuk menanyakan metode, tata cara, visualisasi), karena bagaimana mungkin kita akan menanyakan “bagaimana” padahal segala bentuk metode, tatacara, visualisasi (Kayfiyyât) semuanya ternafi dari Allah subhânahû wa ta‘âlâ.

الرحمن على العرش استوى، كما وصف نفسه، ولا يقال له كيف، وكيف عنه مرفوع

Begitu ungkapan shahîh dari Imam Malik dan dinukil oleh al-Baihaqî dan Ibn Hajar. Lihat al-Asmâ’ wa al-Shifât, Dâr al-Hadîts, 1426H, hal.411 dan Fath al-Bârî, Dâr al-Hadîts, 1424H, vol.13,hal.461.
Dar Anshar
Dar Anshar
Maktabah Mu'ayyad
Maktabah Mu'ayyad
Dar Kutub
Dar Kutub
* Kalimat bergaris biru pada cetakan Dâr al-Anshâr hal.117 dan Maktabah al-Mu’ayyad/ Maktabah Dâr al-Bayân hal.102; بلا كيف ولا استقرار tidak terdapat pada cetakan Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah hal.49. Tentunya kita mengetahui arti penting dari ungkapan yang lenyap tersebut. Sehingga dengan adanya ungkapan itu akan memberi penjelasan bahwa sifat Istiwâ’ Allah subhânahû wa ta‘âlâ tidak dapat diartikan dengan pemahaman bahasa kita seperti menetap, bersemayam, bertempat. Lalu mengapa al-Qur’an tidak mencantumkan lafazh itu? Jawabannya adalah karena salah satunya Allah subhânahû wa ta‘âlâ ingin menguji hamba-hamba-Nya agar diketahui siapa saja orang-orang yang di dalam hatinya terdapat Zaigh (kekeliruan). Oleh karena itu ungkapan “Bi Lâ Kayf” sangat berperan dalam membentengi umat muslim dari pemahaman ala Antropomophisme. Dan di sisi lain, dengan mengimani keberadaan sifat-sifat yang Allah subhânahû wa ta‘âlâ tetapkan pada Zat-Nya begitupun yang ditetapkan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam akan menjadi sanggahan bagi sekte Jahmiyyah, Mu‘tazilah dan yang sepaham dengan mereka dari kalangan Mu‘aththilah.
Ini hanyalah sekelumit dari kitab al-Ibânah khususnya bab Istiwâ’. Dan tidak menutup kemungkinan jika kita terus membandingkan antara beberapa cetakan akan tampak penambahan ataupun pengurangan. Namun yang terpenting adalah manakala kita membaca karya al-Asy‘arî seperti al-Ibânah, perlu kiranya pembanding dan pendamping bacaan tersebut seperti karya-karya ulama yang bersanad kepada al-Asy‘arî seperti al-Inshâf karya al-Baqillânî, Musykil al-Hadîts wa Bayânuh karya Ibn Fawrak, al-Jâmi‘ fî Ushûl al-Dîn karya Abû Ishâq al-Isfarâyînî, Ushûl al-Dîn karya ‘Abd al-Qâhir al-Baghdâdî, al-Tabshîr fî al-Dîn wa Tamyîz al-Firqah al-Nâjiyah ‘an al-Firaq al-Hâlikîn karya Abû al-Muzhaffar al-Isfarâyînî, al-Asmâ’ wa al-Shifât karya al-Baihaqî, al-‘Aqîdah al-Nizhâmiyyah fî al-Arkân al-Islâmiyyah karya Imam al-Haramain al-Juwainî, al-Iqtishâd fî al-I‘tiqâd karya al-Ghazâlî, dan masih banyak lagi karena terkadang seorang ulama menulis beberapa karya dalam satu tema akidah.
Di samping al-Ibânah, al-Asy‘arî juga mempunyai karya di antaranya al-Luma‘ fî al-Radd ‘Alâ Ahl al-Zaigh wa al-Bida‘, Kasyf al-Asrâr wa Hatk al-Astâr. Bersama kitab-kitab inilah al-Asy‘arî mengumumkan peralihannya dari Mu‘tazilah ke Ahl al-Sunnah. Pada saat itu kitab-kitab ini dibaca dan ditelaah oleh ahli hadis dan fiqih dari kalangan Ahl al-Sunnah, lalu mereka mengamalkan kandungannya. Sehingga mereka mengakui kelebihan al-Asy‘arî dan menjadikannya sebagai al-Imâm, lalu mereka menisbatkan mazhab mereka kepada al-Asy‘arî, sehingga bernamalah al-Asy‘ariyyah. Lihat Tabyîn Kidzb al-Muftarî, Al-Maktabah al-Azhâriyyah li al-Turâts, cet.1, 1420H, hal.43.
Nah, jikalau benar al-Asy‘arî melalui dua fase peralihan dalam keyakinannya, yaitu dari Mu‘tazilah ke Salaf al-Shâlih (dan ternyata -konon kata mereka- Kullâbiyyah), kemudian dari Kullâbiyyah ke Salaf al-Shâlih yang sebenarnya, tentunya al-Asy‘arî juga mengumumkan peralihannya itu sebagaimana yang ia lakukan saat beralih dari Mu‘tazilah mengingat ini adalah hal yang sangat penting bagi diri al-Asy‘arî dan masyarakatnya karena ia pernah menjadi seorang al-Imâm bagi kalangan Mu‘tazilah dan akhirnya menjadi al-Imâm bagi kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamâ‘ah. Betapa beraninya Mishbâh al-Tawhîd ini mengumumkan keluarnya ia dari paham Mu‘tazilah di tengah kekuasaan Mu‘tazilah. Tentunya akan sangat ringan dan mudah jika ia melakukan hal yang sama jika benar ia keluar dari Kullâbiyyah mengingat Kullâbiyyah bukan sekte, juga bukan pemerintahan.
Sejenak kita perhatikan lagi, adakah kalangan yang lebih baik dari ahli hadis dan fiqh yang kesaksian mereka dapat dipercaya? Merekalah yang menyaksikan al-Asy‘arî menanggalkan jubah Mu‘tazilahnya. Merekalah yang menyaksikan akan kebenaran paham yang didengungkan oleh al-Asy‘arî. Mereka pulalah yang menelaah karya al-Asy‘arî sehingga menjadikannya sebagai al-Imâm untukk mazhab mereka. Jikalau paham yang dibawa oleh al-Asy‘arî setelah beralih dari Mu‘tazilah masih terdapat percampuran antara yang hak dengan yang batil, tentunya ahli hadis dan fiqh itulah yang berada di garis terdepan untuk menangkal kebatilan itu. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, mereka membenarkan paham yang didengungkan oleh al-Asy‘arî karena yang ditawarkan olehnya adalah akidah Salaf al-Shâlih. Ingat, mereka adalah ahli hadis dan fiqh. Atau barangkali “di sana” ada kriteria ahli hadis oleh kalangan yang mengaku pengikut Salaf al-Shâlih yang lebih baik dari kriteria yang diterapkan oleh al-Hâfizh Ibn ‘Asâkir?

Mereka Bertutur Tentang al-Ibânah dan Ibn Kullâb

1. Al-Hâfizh Ibn ‘Asâkir;
Ibn ‘Asâkir berkata, “Aku pernah membaca tulisan ‘Alî ibn al-Warrâq seorang ahli hadis daerah Mesir. Tulisan itu berisikan risalah yang ditulis oleh Abû Muhammad ‘Abdullah ibn Abî Zaid al-Qairuwânî seorang ahli fikih madzhab maliki. Ia adalah seorang pemuka ahli fikih maliki pada masanya dari daerah Maghrib (Maroko sekarang-pen). Risalah itu ditujukan kepada ‘Alî ibn Ahmad ibn Ismâ‘îl seorang mu‘tazilah dari Baghdad sebagai jawaban terhadap risalah yang ia (‘Alî ibn Ahmad-pen) kirimkan kepada kalangan malikiyyah Qairuwân karena ia telah menyisipkan paham-paham mu‘tazilah. Risalah yang begitu dikenal itu sangat panjang. Dan sebagian jawaban yang dituliskan oleh Ibn Abî Zaid terhadap ‘Alî ibn Ahmad adalah sebagai berikut, Anda telah menisbatkan Ibn Kullâb kepada bid‘ah, sementara anda tidak menyebutkan bukti yang dengannya dapat diketahui bahwa Ibn Kullâb memang ahli bid‘ah. Dan sama sekali kami tidak mengetahui adanya orang yang menisbatkan Ibn Kullâb kepada bid‘ah (kecuali ‘Alî ibn Ahmad-pen). Namun informasi yang kami terima, Ibn Kullâb adalah pengikut sunnah (Ahl al-Sunnah-pen) dan ia banyak membantah kalangan Jahmiyyah dan ahli bid‘ah lainnya. Ia adalah ‘Abdullah ibn Sa‘îd ibn Kullâb (al-Qaththân, w.240H-pen)”. Lihat Tabyîn Kidzb al-Muftarî, Al-Maktabah al-Azhâriyyah li al-Turâts, cet.1, 1420H, hal.298-299.
2. Al-Hâfizh al-Dzahabî;
Al-Dzahabî berkata, Ibn Kullâb adalah seorang pemuka teolog daerah Basrah pada masanya. Kemudian lanjut al-Dzahabî sembari menukil, Ia adalah teolog yang paling dekat kepada Ahl al-Sunnah, bahkan ia adalah juru debat mereka (terhadap Mu‘tazilah-pen). Ia mempunyai karya di antaranya, al-Shifât, Khalq al-Af‘âl dan al-Radd ‘alâ al-Mu‘tazilah. Lihat Siyâr A‘lâm al-Nubalâ’, Maktabah al-Shafâ, cet.1, 1424H, vol.7, hal.453.
Al-Dzahabî juga menuturkan, Suatu ketika al-Asy‘arî mendatangi Abû Muhammad al-Barbahârî di Baghdad, lalu ia berkata, “Aku telah membantah al-Jubbâ’î (ayah tirinya-pen), aku telah membantah kaum Majûsi dan Nasrani” . Al-barbahârî malah mengatakan, “Aku tidak paham apa yang anda ucapkan, kami (al-Barbahârî dan kalangan Hanâbilah-pen) tidak mengerti melainkan apa yang dikatakan oleh Imam Ahmad”. Lalu al-Asy‘arî pergi dan menuliskan al-Ibânah, namun pada akhirnya al-Barbahârî tetap saja tidak menerimanya. Lihat Siyâr A‘lâm al-Nubalâ’, Maktabah al-Shafâ, cet.1, 1424H, vol.9, hal.372.
3. Al-Hâfizh Ibn Hajar;
Ibn Hajar berkata, Sesungguhnya al-Bukhârî dalam segala hal yang berkaitan dengan teks-teks gharîb (asing-pen), ia menukil dari pakarnya seperti Abû ‘Ubaidah, al-Nadhr ibn Syumail, al-Farrâ’ dan lain-lain. Adapun perkara-perkara fikih, sebagian besar ia sandarkan kepada al-Syâfi‘î, Abû ‘Ubaid dan yang seperti keduanya. Dan adapun perkara-perkara kalâm (teologi-pen), maka sebagian besar ia ambil dari al-Karâbîsî, Ibn Kullâb, dan yang seperti keduanya. Lihat Fath al-Bârî, Dâr al-Hadîts, 1424H, vol.1, hal.293.
Ibn Hajar juga menuturkan sembari menukil, Ibn Kullâb menggunakan metode Salaf al-Shâlih dalam hal meninggalkan takwîl terhadap ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah. Mereka (Salaf al-Shâlih-pen) disebut sebagai al-Mufawwidhah. Kemudian lanjut Ibn Hajar, Dalam menuliskan al-Ibânah, al-Asy‘arî menggunakan metode Ibn Kullâb. Lihat Lisân al-Mîzân, Dâr al-Fikr, cet.1, 1408H, vol.3, hal.361.

Al-Nuqath al-Muhimmah (Poin-poin penting)

  1. Al-Asy‘arî, ia adalah Abû al-Hasan ‘Alî ibn Ismâ‘îl ibn Abî Bisyr Ishâq ibn Sâlim ibn Ismâ‘îl ibn ‘Abdillah ibn Mûsâ ibn Amîr al-Bashrah Bilâl ibn Abî Burdah ibn Abî Mûsâ ‘Abdillah ibn Qais ibn Hadhdhâr al-Asy‘arî al-Yamânî al-Bashrî, Mishbâh al-Tawhîd.
  2. Semenjak ibunya menikah dengan al-Jubbâ’î, ia digembleng oleh al-Jubbâ’î sehingga ia menjadi pemuka Mu‘tazilah. Dan pada tahun 300H ia beralih kepada metode Salaf al-Shâlih dan mengumumkannya di masjid Bashrah di hadapan para ahli hadis dan fikih.
  3. Adapun isu-isu yang mengatakan bahwa ia bertaubat dari akidah bid‘ah sebanyak dua kali adalah tidak benar. Karena prosesi pengumuman yang dilakukannya di masjid Bashrah di hadapan ahli hadis dan fikih adalah yang pertama dan terakhir.
  4. Sekiranya setelah ia bertaubat dari paham mu‘tazilah masih membawa paham-paham menyimpang tentunya ahli hadis dan fikih yang menyaksikan itu berada pada garis terdepan dalam menangkal pemikiran menyimpang itu.
  5. Kitab al-Luma‘ fî al-Radd ‘Alâ Ahl al-Zaigh wa al-Bida‘, Kasyf al-Asrâr wa Hatk al-Astâr dan beberapa kitab lainnya telah ditelaah oleh ahli hadis dan fikih pada saat itu sehingga mereka menerimanya meskipun al-Ibânah belum ditulis oleh al-Asy‘arî.
  6. Al-Asy‘arî, Ibn Kullâb, al-Karâbîsî dan sebelumnya yaitu al-Bukhârî dan Muslim mempunyai pandangan yang sama dalam masalah akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamâ‘ah. Hal ini tampak ketika mereka berbicara tentang konsep Af‘âl al-‘Ibâd.
  7. Al-Ibânah ‘an Ushûl al-Diyânah, adalah salah satu karya al-Asy‘arî yang mengikuti metode salaf yaitu tafwîdh. Isi dan kandungannya mengikuti metode Ibn Kullâb terutama dalam menyanggah Jahmiyyah dan Mu‘tazilah.
  8. Boleh dikata; al-Asy‘arî, kitab al-Ibânah, Ibn Kullâb dan Ahl al-Sunnah wa al-Jamâ‘ah bagaikan empat sisi pada segi empat yang saling melengkapi karena semuanya mengikuti al-Qur’ân, al-Sunnah dan Salaf al-Shâlih.
  9. Untuk mengenal al-Asy‘ariyyah, rujukan utama adalah karya-karya para ulama yang mempunyai silsilah keguruan kepada al-Asy‘arî seperti al-Khaththâbî (w.319), Ibn al-Mujâhid (w.370H), al-Baqillânî (w.403H), al-Lâlikâ’î (w.418), al-Baihaqî (w.458H), dll.
  10. Al-Zabîdî berkata, “Jika disebutkan tentang Ahl al-Sunnah wa al-Jamâ‘ah (setelah masa salaf) maka yang dimaksud adalah kalangan al-Asyâ‘irah dan al-Mâturîdiyyah” . Lihat Ithâf al-Sâdât al-Muttaqîn, Dâr al-Fikr, vol.2, hal.6.

Daftar Pustaka

  1. Al-Asy‘arî, Al-Ibânah ‘an Ushûl al-Diyânah, Dâr al-Anshâr, Mesir, cet.1, 1379H.
  2. Al-Asy‘arî, Al-Ibânah ‘an Ushûl al-Diyânah, Maktabah al-Mu’ayyid, Saudi Arabia, dan Maktabah Dâr al-Bayân, Suriah, cet.3, 1411H.
  3. Al-Asy‘arî, Al-Ibânah ‘an Ushûl al-Diyânah, Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon, cet.2, 1426H.
  4. Al-‘Asqalânî, Fath al-Bârî bi Syarh Shahîh al-Bukhârî, Dâr al-Hadîts, Mesir, 1424H.
  5. Al-‘Asqalânî , Lisân al-Mîzân, Dâr al-Fikr, Lebanon, cet.1, 1408H.
  6. Al-Baihaqî, al-Asmâ’ wa al-Shifât, Dâr al-Hadîts, Mesir, 1426H.
  7. Al-Dimasyqî, Tabyîn Kidzb al-Muftarî fî Mâ Nusiba ilâ Abî al-Hasan al-Asy‘arî, Al-Maktabah al-Azhâriyyah li al-Turâts, Mesir, cet.1, 1420H.
  8. Al-Dzahabî, Siyâr A‘lâm al-Nubalâ’, Maktabah al-Shafâ, Mesir, cet.1, 1424H.
  9. Al-Zabîdî, Ithâf al-Sâdât al-Muttaqîn fî Syarh Ihyâ’ ‘Ulûm al-Dîn, Dâr al-Fikr, Lebanon, t.t.

Rabu, 11 Februari 2015

DALIL OH DALIL




Dalil Oh Dalil






Oleh : Ustaz Abu Zahrah 

Beletiaq sikit …..

Dia antara kecenderungan orang sekarang adalah apabila diberikan hukum pada sesuatu masalah maka mereka akan bertanya “ada dalilnya?” atau “mana dalilnya”. Pertanyaan sebegini seolah-oleh mereka dari kalangan orang yang ahli di dalam bidang istinbath (mengeluarkan hukum dari al-Qur’an dan hadits). Apakah kita mampu memahami teks al-Qur’an atau hadits seperti para fuqaha memahaminya?

Dibawah ini sekadar satu contoh bagaimana kefaqihan ulama dalam memahami teks hadits yang mungkin pada kita biasa-biasa sahaja.



عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ عَلَيْنَا، وَلِي أَخٌ صَغِيرٌ يُكْنَى أَبَا عُمَيْرٍ، وَكَانَ لَهُ نُغَرٌ يَلْعَبُ بِهِ، فَمَاتَ، فَدَخَلَ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَرَآهُ حَزِينًا، فَقَالَ: مَا شَأْنُهُ؟ قَالُوا: مَاتَ نُغَرُهُ. فَقَالَ: يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ؟ رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي وابن ماجه واللفظ لأبي داود.
Daripada Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sering menjenguk kami, dan aku mempunyai seorang adik lelaki kecil yang dipanggil Abu ‘Umair. Dia mempunyai seekor burung kecil dan selalu bermain dengannya. Suatu ketika burung itu mati. Maka suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjenguknya dan melihatnya sedang bersedih. Lalu baginda bertanya: Apa hal dengannya? Orang-orang menjawab: Burung kecilnya telah mati. Lantas baginda bertanya kepadanya: Wahai Abu ‘Umair, apa yang dibuat oleh si-burung kecil? (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dan lafaz ini adalah bagi Abu Daud)

Mai kita tengok bagaimana ulama berinteraksi dengan hadits ini.

Menurut Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah, ada ulama yang telah mensyarahkan hadis ini di dalam sebuah karya khusus, dan telah mengeluarkan daripadanya lebih dari 60 faedah dan pengajaran. Beliau ialah Abu al-‘Abbas Ahmad Ibn al-Qas al-Tabari al-Syafi’i (Fath al-Bari, 10/481). Ada pula yang telah mengeluarkan daripadanya lebih dari 300 faedah (al-Taratib al-Idariyyah oleh ’Abd al-Hayy al-Kattani, 2/150). Dikatakan, Ibn al-Sabbagh telah membawakan di dalam sebuah majlis pengajiannya di Miknasah, Maghrib, sebanyak 400 faedah daripada hadis ini! (Nafh al-Tayyib oleh al-Maqqari, 6/215). Allah… Allah…

Agak-agak sejauh manakah kefahaman kita bila membaca hadits ini?

Ini 1 lagi contoh bagaimana ulama memahami teks ‘arab.

Di dalam kitab al-Asybah wa an-Nazooir fil Lughah (sebuah kitab karya Imam as-Sayuthi yang sama namanya pada awalnya dengan sebuah lagi karya beliau iaitu al-Asybah wa an-Nazooir fi Qawaid waFuruu’ fiqh asy-Syafi’iyyah). Imam as-Sayuthi menceritakan pengajian beliau dengan gurunya iaitu al-‘Allamah Mahyuddin al-Kafiyaji (Imam as-Sayuthi berguru selama 14 tahun daripada Syeikh al-Kafiyaji yang sangat ‘alim di dalam ilmu lughah dan mantiq).

“Pada suatu hari gurunya berkata: "Engkau ‘irablah ayat 'Zaidun Qoo iimun'." Aku berkata. "Wahai Syeikh, tuan buat kami seperti dikedudukan kanak-kanak, tuan hanya bertanya berkenaan hal ini sahaja?" Syeikhku menjawab: "Pada ayat "Zaidun Qoo iimun" terdapat 113 perbahasan".

Maka Imam as-Sayuthi merasa takjub dengan jawapan Syeikhnya itu lalu beliau tidak berdiri melainkan terus mencapai kitab-kitab beliau untuk mencatit setiap satu perbahasan tersebut, bermula daripada perbahasan ilmu nahwu sehingga hampir kepada perbahasan falsafah dan mantik.

Maka ukurlah diri kita? Sejauhmana penguasaan bahasa ‘arab kita dan sedalam manakah pemahaman kita di dalam teks hadits. Untuk memahami al-Qur’an dan hadits musti menguasai ilmu nahwu, shorof, balaghah, lughah dsb dengan baik. Tidak memada dengan baca buku-buku terjemahan saja.

Saya setuju dengan kenyataan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi seperti dibawah ini:.


"Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadits. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa ‘Arab serta komponen-komponennya serta nawhu dan shoraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya ‘irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh. Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: “Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu." (Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).

abu zahrah abdullah thohir
taman seri gombak
rabu, 14 rabi’us tsani 1436/4 feb 2015