Dan dua azan solat Jumaat dihubungkan dengan 2 azan untuk solat Subuh ertinya : dan sunat juga 2 azan bagi solat Jumaat(I'anatut Tholibin Juz 1, Hal 232).
Dalil dari fatwa di atas ialah :
1. Dalam kitab Hadith Bukhari :
Dari Saib bin Yazid, beliau berkata :
adalah azan pada hari Jumaat mula-mulanya manakala Imam telah duduk di atas mimbar, begitu pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pada masa Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu ketika pada masa Saidina Uthman bin Affan RadiyaLlahu 'anhu dan manusia sudah banyak beliau menambah 'azan yang ketiga' di atas Zaura(Hadith diriwayatkan oleh Bukhari - sahih Bukhari Juz 1, hal 116).
Hadith ini menyatakan :
1. Pada mulanya, iaitu pada zaman rasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan seterusnya pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar RadiyaLlahu anhuma iaitu sampai pada tahun 23 Hijrah. Azan solat Jumaat hanya sekali iaitu pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar. Azan ini dinamakan sebagai 'azan pertama'
2. Kemudian khalifah yang ketiga saidina Uthman bin Affan (berkuasa dari tahun 23 Hijrah-35 hijrah) menambah sebuah azan lagi di atas zaura. Azan tambahan ini dinamai dalam hadith ini 'azan ketiga' kerana Qamat dianggap 'azan kedua'
Secara tertibnya : 1. Azan 1 pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar
2. Azan 2 -Qamat atau Iqamat
3. Azan 3 - azan tambahan dari Saidina Uthman.
3. Azan ketiga ini ditambah oleh Khalifah Uthman kerana melihat bahawa manusia sudah ramai, brejauhan tempat bekerja sehingga diperlukan satu azan lagi yang diletakkan terdahulu dari 'azan kedua' iaitu dinamakan azan ketiga.
Azan ketiga yang dikerjakan terdahulu ini boleh ibaratnya boleh - dianggap 'lonceng baru' yang memberitahu penumpang bahawa keretapi akan berangkat, dan hendaklah bersiap-siap.
2. Hadith Riwayat Imam Bukhari :
Dari Saib bin Yazid berkata :
Pada mulanya azan Hari Jumaat itu ketika Imam telah duduk di mimbar. Hal ini terjadi pada ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan Umar radiyaLlahu 'anhu. Maka ketika tiba zaman Khalifa Uthman bin Affan radiyaLlahu 'anhu iaitu pada ketika manusia sudah ramai, beliau memerintahkan agar diadakan azan ketiga di atas Zaura'. Maka tetaplah situasi secara demikian(Hadith riwayat Bukhari - Sahih Bukhari Juz 1 halaman 117).
Hadith yang kedua ini sama dengan hadith yang pertama, tetapi yang kedua bertambah kalimah 'maka tetaplah situasi secara demikian' . Kalimah ini bererti, bahawa azan ketiga itu diterima baik oleh seluruh ulama Islam, tiada yang membantah sehingga diamalkan secara demikian terus menerus sehingga sekarang.
Di dalam Kitab Mawahibul Laduniyah karangan Imam Qasthalani :
Kemudian dari itu, bahawasanya perbuatan Saidina Uthman menjadi IJMAK SUKUTHI, kerana tiada seorang yang membantah (Mawahibul Laduniyah Juz II, halaman 249 - zarqani Juz II hal 382).
Jika sudah dinamakan IJMAK maka ia adalah dalil yang kuat bahawa azan ketiga sunat hukumnya. Bolehkah menolak IJMAK ? Sila rujuk : Hukum Mengikut Jemaah/Ijmak Ulamak
Tersebut dalam kitab hadith yang bererti :
Berkata RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam : Pegang teguhlah sunnah aku dan sunnah khalifah-khalifah ar Rasyidin sesudah aku(Hadith riwayat Abu Daud - Sunan Abi Daud Juz 4 Halaman 201).
Imam Syafie dalam kitab Al Umm menerangkan :
(Umm Juz I, halaman 195).
Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih saya sukai
Imam syafie adalah mujtahid mutlaq terkenal dengan Ahlu Hadith tentu sangat menyukai ibadat yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam tetapi beliau menyukai juga apa yang diperintahkan oleh Saidina Uthman sebagai Khalifah ar Rasyidin, walaupun yang terjadi pada masa RasuluLlah lebih disukai.
Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af'al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan.
WaLlahua'lam
Sumber Rujukan :
1. K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan, Malaysia
2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan