CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Ahad, 26 April 2020

Status Hadis Doa Makan





Oleh - Dr Mohd Khafidz bin Soroni


1. Kata Imam an-Nawawi (w. 676H) dlm kitab al-Azkar:

(بابُ ما يقولُ إذا قُرِّب إليه طعامُه)

روينا في كتاب ابن السني عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقول في الطعام إذا قُرِّبَ إليه: " اللَّهُمَّ بارِكْ لَنا فِيما رَزَقْتَنا، وَقِنا عَذَابَ النَّارِ، بسم الله ".

Bab apa yg perlu diucapkan apabila dihidangkan kepadanya makanan:

Telah kami riwayatkan dlm kitab Ibn as-Sunni drpd ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA drpd Nabi SAW bhw baginda SAW mengucapkan pd makanan apabila dihidangkan kepadanya: Ya Allah, berkatilah kami pd apa yg Engkau rezekikan kepada kami dan lindungilah kami drpd azab api neraka. Dengan nama Allah”.

Jelasnya, doa ini dianjurkan oleh Imam an-Nawawi dan ramai ulama lain yg mengajarkan kitab beliau ini kpd masyarakat Islam. Bagaimanapun, al-Hafiz Ibn Hajar mengulas statusnya begini: “Hadis ini gharib. Dikeluarkan oleh Ibn as-Sunni, sedangkan pd sanadnya ada Ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah (ابن أبي الرعيرعة) [atau az-Zu‘aizi‘ah (ابن أبي الزُعَيْزِعَة)]. Kata al-Bukhari: ‘Amat munkar hadisnya’. Ibn ‘Adi menyebutkan hadis ini di antara hadis-hadis yang diingkari orang terhadapnya, kata beliau: ‘Tiada yg menyokong hadis-hadisnya’. Ibn Hibban merekodkannya dlm kitab ad-Dhu‘afa’ dan menilainya sbg amat lemah. Kemudian Ibn Hibban menyebutkan sesudahnya nama lain yg sama, Muhammad ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah drpd Abu al-Malih, dan menisbahkannya kpd pemalsuan hadis. Jadi seolah-olah di sisi Ibn Hibban ada dua org yg berbeza. Dan aku tidak melihat demikian pd rujukan yg lain. Dan pengetahuan yg sebenarnya hanya di sisi Allah” (Demikian dlm al-Futuhat ar-Rabbaniyyah oleh Ibn ‘Allan al-Makki w. 1057H). Walaupun Ibn Hibban sebenarnya ada melabel salah satunya sbg ‘Dajjal’, namun al-Hafiz Ibn Hajar spt melihat ianya sbg berlebihan atau tidak jelas, dan hanya merumuskan kedudukan hadis sbg gharib shj, bukan palsu.

2. Bagaimanapun, doa makan ini ada disokong oleh athar Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA sptmn diriwayatkan dalam kitab Zawa’id al-Musnad oleh ‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, iaitu:

عن ابن أعبد، قال: قال لي علي بن أبي طالب: «يا ابن أعبد هل تدري ما حق الطعام؟» قال: قلت: وما حقه، يا ابن أبي طالب؟ قال: «تقول: بسم الله، اللهم بارك لنا فيما رزقتنا» ، قال: وتدري ما شكره إذا فرغت؟ قال: قلت: وما شكره؟ قال: «تقول: الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا»

Drp Ibn A‘bud katanya: ‘Ali bin Abi Talib RA pernah bertanya kpdku: “Wahai Ibn A‘bud, adakah kamu tahu apakah dia hak makanan itu?” Jawabku: Apakah haknya, wahai Ibn Abi Talib? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Dengan nama Allah. Ya Allah, berkatilah kami pada apa yg Engkau rezekikan kepada kami”. Tanya beliau lagi: “Kamu tahu apakah dia syukurnya apabila kamu tlh selesai?” Jawabku: Apakah dia syukurnya? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Segala puji bagi Allah yg tlh memberi kami makan dan minum”.

Kata al-Haythami dlm Majma‘ az-Zawa’id: “Ibn A‘bud menurut Ibn al-Madini: ‘Tidak begitu dikenali (dlm hal periwayatan)’, dan baki para perawinya adalah thiqah (dipercayai)”. Syekh Syu‘aib al-Arna’ut menilai sanadnya sbg daif. Ini krn perawi drp Saidina ‘Ali RA, iaitu Ibn A‘bud tidak diketahui kedudukannya dari segi jarh dan taadil. Namun begitu, Syekh Ahmad Syakir tetap menilai sanadnya sbg hasan. Ini krn dialog dlm riwayat tsb menunjukkan beliau merupakan org yg dekat dan dikenali oleh Saidina ‘Ali RA.

3. Ungkapan doa ini juga merupakan antara doa yg dibaca oleh salah seorang al-Fuqaha’ as-Sab‘ah (7 pakar rujuk ilmu fiqah) yg terkenal di Madinah, iaitu ‘Urwah bin Zubair (w. 93H), apabila dihidangkan kpdnya makanan, minuman ataupun ubat, sptmn yang diriwayatkan Imam Malik dalam kitab al-Muwatta’nya:

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ كَانَ لَا يُؤْتَى أَبَدًا بِطَعَامٍ، وَلَا شَرَابٍ حَتَّى الدَّوَاءُ فَيَطْعَمَهُ أَوْ يَشْرَبَهُ، إِلَّا قَالَ: «الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا، وَأَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَنَعَّمَنَا، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَلْفَتْنَا نِعْمَتُكَ بِكُلِّ شَرٍّ، فَأَصْبَحْنَا مِنْهَا وَأَمْسَيْنَا بِكُلِّ خَيْرٍ، نَسْأَلُكَ تَمَامَهَا، وَشُكْرَهَا لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ، إِلَهَ الصَّالِحِينَ، وَرَبَّ الْعَالَمِينَ، الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ»

4. Kesimpulannya, walaupun hadis doa tsb diriwayatkan oleh perawi yg sangat daif, namun menurut kaedah Imam an-Nawawi dan lain-lain, hadis daif baginya boleh diamalkan selama mana ia tidak diyakini sbg palsu. Justeru itu, beliau memuatkannya di dlm kitab al-Azkarnya. Ia juga disokong oleh athar Saidina ‘Ali RA, meskipun sanadnya ada sedikit pertikaian. Bahkan, ungkapan doa ini turut diamalkan oleh sebahagian ulama Salaf dan zahirnya mrk tiada masalah dalam soal penyusunan doa sendiri, khususnya menurut amalan Ahli al-Madinah. Oleh krn ia hanya suatu doa, maka data2 ini sudah cukup utk membolehkan kita mengamalkan doa tsb tanpa perlu meyakini hadisnya sbg sahih. Dan boleh juga diutamakan atau digabungkan dgn doa makan yg lbh sahih, iaitu: (اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ). Matan lengkapnya:

عن ابنِ عباس، قال: قال رسولُ الله - صلَّى الله عليه وسلم -: "إذا أكل أحدُكم طعاماً، فليقل: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ، وإذا سُقي لبناً، فليقل: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ، فإنه ليسَ شيء يُجزئ من الطعامِ والشرابِ غير اللبنُ". [رواه أحمد (1978) وأبو داود (3730)، والترمذي (3758)، وقال: حديث حسن، والنسائي في الكبرى (10045) وابن ماجه (3322) بسند حسن]

Drpd Ibn ‘Abbas RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan berilah kami makanan yang lebih baik lagi drpdnya’. Dan apabila dia diberi susu, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan tambahkanlah lagi bagi kami drpdnya’, krn sesungguhnya tidak ada suatupun yg dapat menyamai makan dan minum selain drpd susu”. (HR Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi, katanya: Hadis hasan, al-Nasa’i dan Ibn Majah dgn sanad hasan)

Wallahu a‘lam.

https://sawanih.blogspot.com/2020/02/status-hadis-doa-makan.html?m=1

Sabtu, 25 April 2020

Perbahasan Ringkas Solat Tarawih 20 Rakaat


Perbahasan ini bukan berkaitan dengan masalah berapa jumlah rakaat tarawih yang dikerjakan Rasulullah, tetapi berkaitan dengan polemik atsar dari Umar bin Khaththab tentang tarawih yang dilakukan di zamannya. Perbahasan ini tentu sangat menarik kerana atsar Umar tersebut merupakan tonggak kepada ijma’ yang selama ini menjadi panduan ahlussunnah wal jama’ah, bahawa jumlah rakaat tarawih adalah 20 rakaat.

Ada empat riwayat yang berbeza-beza seputar atsar Saidina Umar bin Khaththab tersebut. Ada yang meriwayatkan tarawih yang dikerjakan Saidina Umar bin Khaththab adalah 20 rakaat dan ditambah witir 3 rakaat (23 rakaat), ada yang menyebutkan 8 rakaat tarawih dan ditambah witir 3 rakaat (11 rakaat) seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, ada yang menyebutkan 8 rakaat tarawih dan witir 5 rakaat (13 rakaat), dan ada yang menyebutkan 20 rakaat tarawih dan witir 1 rakaat (21 rakaat).

Polemik ini muncul kerana tuduhan sebahagian Salafi Wahabi, bahawa yang shahih dan mahfuzh dari empat riwayat yang ada adalah riwayat 11 rakaat. Sedangkan riwayat 21 rakaat, 13 rakaat, dan 23 rakaat dianggap syadz sehingga tidak dapat dijadikan hujjah.



Riwayat Pertama: Tarawih 20 rakaat



Riwayat Yazid bin Khushaifah dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً

“Para shahabat di masa Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu di bulan Ramadhan menjalankan (tarawih) duapuluh rakaat” (Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra)



Atsar ini shahih menurut Imam an-Nawawi dalam Khulasha al-Ahkam (I/576) dan al-Majmu’ (IV/32), al-Hafizh az-Zaila’i dalam Nashb ar-Rayah (II/154), al-Hafizh al-Iraqi dalam Tharh at-Tastrib (III/97), al-Hafizh Badruddin al-Aini dalam Umdah al-Qari (VIII/485), al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-Mashabih fi Shalah at-Tarawih (I/337), dan lain-lain.

Kemudian datang al-Albani yang bertaqlid kepada al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi yang melemahkan hadits tarawih 20 rakaat diatas. Dan penilaian ini kemudian diikuti oleh pengikut mereka hingga sama sekali tidak memperdulilan penilaian huffazh-huffazh yang telah disebutkan. Padahal dari sisi lain, dalam ilmu jarh wa ta’dil, jika ada hadits yang sudah dinilai shahih oleh para huffazh hadits tanpa ada perselisihan sama sekali, maka ulama muta’akhirin tidak diperkenankan mengkaji ulang kembali kesahihan hadits tersebut.

Mungkin inilah salah contoh fanatik bermanhaj bagaimana mereka lebih percaya penilaian al-Albani berbanding Imam an-Nawawi dan lain-lain huffaz.



Riwayat Kedua: 11 rakaat (8 tarawih dan 3 witir)



Diriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

“Umar bin Khathathab memerintahkan Ubay bin Ka’b dan Tamim ad-Dari untuk menjadi imam orang-orang melaksanakan shalat 11 rakaat” (Dikeluarkan oleh Malik dalam al-Muwaththa’)



Riwayat ini dikuatkan dengan ucapan al-Juri dari Malik:



الَّذِي جَمَعَ عَلَيْهِ النَّاسَ عُمَرُ بنُ الخَطَّابِ أَحَبُّ إِلَيَّ وَهُوَ إحْدَى عَشَرَةَ رَكْعَةً وَهِيَ صَلاَةُ رَسُولِ الله صَلَّى الله علَيه وسلَّم قِيْلَ لَهُ : إحْدَى عَشَرَةَ رَكْعَةً بِالوِتْرِ ؟ قَالَ : نَعَمْ وَثَلاَثَ عَشَرَةَ قَرِيْبٌ

“Tarawih yang orang-orang dikumpulkan oleh Umar bin Khaththab lebih aku sukai. Iaitu 11 rakaat. Itulah shalatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam”. Kemudian ditanyakan kepada Malik: “11 rakaat dengan witirnya?”. Malik menjawab: “Betul, dan 13 lebih mudah”.



Menurut al-Albani, ucapan ini dianggap pengingkaran Malik kepada tarawih 20 rakaat.



Riwayat Ketiga: 13 rakaat (8 tarawih dan 5 witir)



Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (IV/254) menyebutkan riwayat dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



كُنَّا نُصَلِّي زَمَنَ عُمَرَ فِيْ رَمَضَانَ ثَلاَثَ عَشَرَةَ رَكْعَةً

“Kami shalat (tarawih) di zaman Umar di bulan Ramadhan adalah 13 rakaat”.



Riwayat Keempat: 21 rakaat (20 tarawih dan 1 witir)



Riwayat dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



اِنَ عُمَرَ جَمَعَ النَّاسَ فِيْ رَمَضَانَ عَلَى أُبَيّ بنِ كَعْبٍ وَعَلَى تَمِيْمٍ الدَّارِيّ عَلَى إحْدَى وَعِشْرِيْنَ رَكْعَةً

“Sesungguhnya Umar mengumpulkan orang-orang dibawah pimpinan shalat Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari 21 rakaat” (Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf)



Hadits ini shahih.



Dengan riwayat yang berbeza-beza ini, Salafi Wahabi mentarjihnya dan mengatakan, bahawa riwayat 11 rakaat adalah paling rajih. Sedangkan riwayat tarawih 20, baik dengan witir 1 atau 3 dianggap syadz. Syadz adalah jenis hadits lemah. Ditambah lagi tuduhan bahawa riwayat tarawih 20 haditsnya terjadi idhthirab (kegoncangan), iaitu kadangkala disebut 23 dan kadangkala disebut 21. Dan itu juga didakwanya sebagai tambahan kelemahan.

Alasan mereka, bahawa Yazid bin Khushaifah, perawi hadits tarawih Umar 20 rakaat dianggap kurang “tsiqah” dibandingkan dengan Muhammad bin Yusuf, perawi hadits tarawih Umar 8 rakaat. Muhammad bin Yusuf dinilai al-Hafizh Ibnu Hajar “tsiqah tsabt”, sementara Yazid bin Khushaifah hanya dinilai “tsiqah”. Dengan demikian, menurut teori ilmu hadits al-Albani, hadits tarawih 20 rakaat adalah syadz. Syadz adalah hadits shahih yang menyelisihi hadits shahih lain yang lebih kuat atau lebih banyak perawinya.

Tetapi benarkah demikian?



Menurut saya, ada kesalahan ilmiyyah ketika menuduh riwayat tarawih 20 riwayat syadz. Bukankah hadits tarawih 20 rakaat diterima oleh segenap ulama, bahkan Ibnu Taimiyyah dan ulama Salafi Wahabi sendiri di Masjidil Haram juga melaksanakan tarawih 20 rakaat? Bukankah pula dalam kajian ilmu mushthalah hadits, ketika ada hadits yang diterima oleh ulama dalam amal dan fatwa, maka status hadits tersebut maqbul atau diterima, walaupun sanad hadits tersebut lemah.

Al-Hafizh as-Suyuthi dalam Tadrib ar-Rawi (I/76) berkata:

يُحْكَمُ لِلْحَدِيْثِ بِالصِّحَّةِ إِذَا تَلَقَّاهُ النَّاسُ بِالقَبُولِ وَإنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ إسْنَادٌ صَحِيْحٌ

“Hadits dihukumi shahih ketika diterima oleh ulama walau sanadnya tidak shahih”



Apa buktinya?



Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, sebagaimana dinukil dalam Umdah al-Qari (XVII/156), berkata:



وَهُوَ قَوْلُ جُمْهُوْرُ العُلَمَاءِ وَبِهِ قَالَ الكُوْفِيُّونَ وَالشَّافِعِيّ وَأَكْثَرُ الفُقَهَاءِ وَهُوَ الصَّحِيْحُ عَنِ أُبَيّ بنِ كَعْبٍ مِنْ غَيْرِ خِلاَفٍ مِنَ الصَّحَابَةِ

“Tarawih 20 adalah pendapat majoriti ulama. Dan inilah yang dikatakan ulama Kufah, Imam asy-Syafi’i, dan kebanyakan ahli fikih. Dan itulah yang shahih dari Ubay bin Ka’b dengan tanpa ada perselisihan dari shahabat”.



Imam Tirmidzi dalam Sunan berkata:



وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ عَلَى مَا رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَعَلِيٍّ وَغَيْرِهِمَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِشْرِينَ رَكْعَةً وَهُوَ قَوْلُ الثَّوْرِيِّ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ وقَالَ الشَّافِعِيُّ وَهَكَذَا أَدْرَكْتُ بِبَلَدِنَا بِمَكَّةَ يُصَلُّونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً

“Dan kebanyakan ahli ilmu mempedomani yang diriwayatkan dari Umar, Ali dan shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang lain yang bertarawih 20 rakaat. Itulah pendapat Imam Tsauri, Imam Ibnu Mubarak, dan Imam asy-Syafi’i. Imam asy-Syafi’i berkata: “Demikian itu aku temui di daerah kami, Mekkah yang shalat tarawih 20 rakaat”.



Al-Hafizh Abu Zur’ah al-Iraqi dalam Tharh at-Tatsrib (III/406):



وَبِهَذَا أَخَذَ أَبُو حَنِيفَةَ وَالثَّوْرِيُّ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَالْجُمْهُورُ

“Dan dengan ini (tarawih 20 rakaat) diambil Imam Abu Hanifah, Imam Tsauri, Imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan mayoritas ulama”.



Ibnu Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (II/250) menulis:



قَدْ ثَبَتَ أَنَّ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ كَانَ يَقُومُ بِالنَّاسِ عِشْرِينَ رَكْعَةً فِي قِيَامِ رَمَضَانَ وَيُوتِرُ بِثَلَاثٍ فَرَأَى كَثِيرٌ مِنْ الْعُلَمَاءِ أَنَّ ذَلِكَ هُوَ السُّنَّةُ لِأَنَّهُ أَقَامَهُ بَيْنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَلَمْ يُنْكِرْهُ مُنْكِرٌ

“Sungguh telah tetap, Ubay bin Ka’b melakukan tarawih Ramadhan bersama para shahabat sebanyak 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Maka banyak ulama memandang bahwa itulah sunnah, karena itu dikerjakan ditengah-tengah shahabat muhajirin dan anshar serta tidak ada yang inkar”.

Apakah ini bukan merupakan bukti shahih diterimanya riwayat tarawih 20 rakaat?



Dalam literatur kitab-kitab musthalah hadits, jika ada hadits yang lahiriyyah bertentangan satu dengan yang lain, seperti atsar tentang tarawih ini, maka kewajiban kita adalah menghimpun semuanya, bukan memvonis naskh atau bahkan mentarjihnya. Dan faktanya, hadits-hadits yang riwayatnya berbeza-beza tersebut masih boleh dihimpun.

Untuk atsar tarawih 11 rakaat dengan atsar tarawih 23 rakaat, al-Hafizh al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Baihaqi (II/496) mengulas:

وَيُمْكِنُ الجَمْعُ بَيْنَ الرِّوَايَتَيْنِ بِأَنَّهُمْ كاَنُوْا يَقُوْمُوْنَ بِإِحْدَى عَشَرَةَ ثُمَّ كَانُوْا يَقُوْمُوْنَ بِعِشْرِيْنَ وَيُوْتِرُونَ بِثَلاَثٍ.

“Masih mungkin menggabungkan antara dua riwayat, bahawa para shahabat melaksanakan tarawih 11 rakaat, kemudian melaksanakan 20 rakaat tarawih dan melakukan witir 3 rakaat”.



Artinya, riwayat tarawih 20 adalah yang terakhir diamalkan shahabat sehingga itulah riwayat yang diterima oleh ulama ulama muslimin.



Bahkan, jikapun riwayat-riwayat diatas tak bisa dihimpun, sebagaimana klaim sebagian kaum Salafi Wahabi, maka seharusnya riwayat tarawih 20 rakaat adalah lebih unggul, karena banyak sekali penguat dari riwayat lain.



Salah satunya adalah riwayat shahih dari Saib bin Barqan berikut:



كُنَّا نَقُوْمُ زَمَنَ عُمَرَ بنِ الخَطَّابِ بِعِشْرِيْنَ رَكْعَةً وَالْوِتْرِ

“Kami di zaman Umar bin Khaththab melakukan tarawih 20 rakaat dan witir” (Dikeluarkan oleh Baihaqi)



Dalam Hasyiyah syarah Ma’ani al-Atsar (I/352), Syaikh Muhammad Zuhri menilainya sanadnya shahih. Dan ini merupakan tamparan buat mereka yang mengatakan tidak ada penguat yang shahih.



Lebih jauh dikatakan, riwayat tarawih di zaman Umar 11 rakaat justru dinilai al-Hafizh Ibnu Abdil Bar dalam al-Istidzkar (II/69)

sebagai salah faham.



هَذَا كُلُّهُ يَشْهَدُ بِأَنَّ الرِّوَايَةَ بِإحْدَى عَشَرَةَ رَكْعَةً وَهْمٌ وَغَلَطٌ وَأَنَّ الصَّحِيْحَ ثَلاَثٌ وَعِشْرُوْنَ وَإحْدَى وَعِشْرُوْنَ رَكْعَةً وَالله أعْلَم

“Ini semua membuktikan bahwa riwayat 11 rakaat adalah salah sangka dan kesalahan. Dan yang shahih adalah 23 rakaat dan 21 rakaat”.



Jika dikatakan, atsar tarawih 20 rakaat adalah idhthirab, karena kadang disebutkan 23 dan kadang 21, maka dapat dijawab bahwa tuduhan tersebut tak bisa diterima. Karena, selama hadits yang berbeda-beda riwayatnya tersebut masih boleh dihimpun sudah cukup sebagai penafian idhthirab. Karena ada kemungkinan witir dilaksanakan 1 rakaat dan kadang 3 rakaat.

Dan berikut penjelasan al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (IV/253):

وَالاِخْتِلاَفُ فِيْمَا زَادَ عَنِ العِشْرِيْنَ رَاجِعٌ إِلَى الاخْتِلَافِ فِيْ الوِتْر وَكأَنّهَ كاَن َتَارَةً يُوْتِرُ بِوَاحِدَةٍ وَتَارَةً بِثَلاَثٍ

“Perbezaan dalam riwayat tarawih yang lebih dari 20 rakaat adalah kembali kepada perbezaan dalam witir. Dan seakan-akan suatu waktu witir dengan satu rakaat dan suatu waktu dengan 3 rakaat”.



Bahkan, jika hanya kerana perbezaan riwayat terus dihukum idhthirab, maka sepatutnya riwayat tarawih 11 rakaat juga harus dihukum idhthirab kerana kadangkala disebut 11 rakaat dan kadangkala disebut 13 rakaat.





Ditulis Oleh Ustaz Nur Hidayat


https://web.archive.org/web/20180530073151/http://www.aswj-rg.com/2015/06/perbahasan-ringkas-solat-tarawih-20-rakaat.html

Rabu, 22 April 2020

MENJAWAB KEKELIRUAN SEBAHAGIAN TOP 5 LEMAH ATAU PALSU TENTANG RAMADHAN



Soalan : Assalamu'alaikum ustaz, mohon pencerahan mengenai video yang ditularkan di atas.  Seolah-olah salah besar mengamalkan sebahagian hadis-hadis yang disebutkan ? 

ULASAN : Dr Mohd Khafidz bin Soroni

Oleh kerana berlaku kekeliruan dalam sesetengah masyarakat, maka izinkan saya untuk mengulas sedikit pada hadis-hadis yang diutarakan. Tanpa menafikan ada penilaian hadis yang sama-sama dipersetujui, namun ada dua buah hadis yang perlu kepada penjelasan dan ulasan lanjut kerana kedaifan hadis-hadis tersebut secara umum tidak terlalu teruk dan masih boleh diguna pakai sebagai fadhail amal sekurang-kurangnya, iaitu;

Hadis i: TIDUR ORANG YANG BERPUASA ADALAH IBADAH

Iaitu hadis:

" نوم الصائم عبادة وصمته تسبيح وعمله مضاعف ودعاؤه مستجاب وذنبه مغفور"

Hadis ini riwayat al-Baihaqi dlm Syu‘ab al-Iman drpd ‘Abdullah bin Abi Awfa RA melalui 3 jalan riwayat. Kata al-Baihaqi bagi jalan riwayat ke 2 dan ke 3: “Ma‘ruf bin Hassan, daif dan Sulaiman bin ‘Amru al-Nakha‘i, lbh daif lagi daripadanya”. Manakala, jalan riwayat pertama tidak diulas oleh al-Baihaqi. Namun, kelemahannya masih ada kerana ‘Abd al-Malik bin ‘Umair menurut Ahmad adalah bercelaru hadisnya, dan menurut Ibn Ma‘in, seorg yg bercampur aduk hafazannya, dan menurut Abu Hatim, bukan hafiz. Demikian ulasan al-Munawi di dlm Faidh al-Qadir. al-Hafiz as-Suyuti di dalam al-Jami‘ as-Saghir mengisyaratkan hadis ini sebagai daif. Demikian juga penilaian Mulla al-Qari di dalam al-Asrar al-Marfu‘ah.

al-Hafiz al-‘Iraqi menambah bahawa hadis ini turut diriwayatkan dalam Amali Ibn Mandah daripada riwayat Ibn al-Mughirah daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA dengan sanad yg daif. Cuma lafaz (الصائم) ditukar kepada lafaz (العالم). Kata al-‘Iraqi: “Boleh jadi ‘Abdullah bin ‘Amru RA, kerana ulama tidak menyebut bagi Ibn al-Mughirah sebarang riwayat lain melainkan daripadanya”. Kata al-‘Iraqi lagi: “Juga diriwayatkan oleh Abu Mansur ad-Dailami dlm Musnad al-Firdaus daripada hadis ‘Abdullah bin Abi Awfa RA, namun pada sanadnya ada Sulaiman bin ‘Amru al-Nakha‘i, salah seorg pendusta”. Iaitu sepertimana dalam salah satu jalan riwayat al-Baihaqi di atas. 

Sayyidi Ahmad al-Ghumari (w. 1380H) di dlm kitab al-Mudawi telah membawakan dua riwayat sokongan drpd hadis Ibn Mas‘ud RA [riwayat Abu Nu‘aim dlm al-Hilyah]; dan hadis ‘Ali bin Abi Talib RA [riwayat Hamzah as-Sahmi dalam Tarikh Jurjan dan Abu Talib al-Haruni dlm Amalinya]. Namun, kedua-duanya bersanad daif. Apa pun, kesemua jalan riwayat ini saling kuat menguatkan antara satu sama lain dan kemungkinan menunjukkan hadis ini ada asalnya daripada Nabi SAW. 

Dikatakan, hadis ini bercanggah dengan hadis sahih: (من قام رمضان ايمانا واحتسابا). Namun, saya tidak pasti apa percanggahannya kerana hadis di atas tentang kelebihan orang yang berpuasa secara umum, sedangkan hadis sahih tersebut berkaitan qiyam Ramadhan (solat tarawih). Apakah orang yang berqiyam tidak tidur sepanjang malam dan siang?

al-Hafiz Ibn Rajab (w. 795H) dlm Lata’if al-Ma‘arif ada memberikan penjelasan yg cukup baik berkenaan maksud hadis ini. Kata beliau: “Jika dia berniat dengan makan dan minumnya supaya kuat badannya untuk berqiyam dan puasa, maka dia beroleh pahala dengan sebab itu. Sepertimana jika dia berniat dengan tidurnya pada malam dan siang hari supaya kuat untuk beramal, maka tidurnya itu adalah ibadah. Di dalam sebuah hadis marfu‘: ‘Tidur orang yang berpuasa itu ibadah’. Kata Hafsah binti Sirin: Menurut Abu al-‘Aliyah: ‘Org yang berpuasa itu di dalam ibadah selama mana dia tidak mengumpat seseorg, walau dia tidur di atas tilamnya sekalipun’. Lalu Hafsah sering berkata: ‘Alangkah untungnya ibadah, sedang aku tidur di atas tilamku’. Ia dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq.”

Hadis ii: RAMADHAN ADALAH BULAN AWALNYA RAHMAT, PERTENGAHANNYA KEAMPUNAN DAN PENGAKHIRANNYA PEMBEBASAN DARI API NERAKA

Iaitu hadis;

هو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.

Rangkap hadis ini ada diriwayatkan daripada hadis Abu Hurairah RA [riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam Fada’il Syahr Ramadhan, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, dan lain-lain]; dan hadis Salman RA [riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam Fada’il Syahr Ramadhan, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, al-Baihaqi dalam Fada’il al-Awqat, dan lain-lain].

Dalam sanad hadis Abu Hurairah RA terdapat Maslamah bin al-Salt dan kedudukan beliau hanya majhul (tidak diketahui), bukannya sebagai pendusta. Maka, sanad tersebut seharusnya daif saja. Manakala hadis Salman RA pula dalam sanadnya terdapat dua org perawi yang dikritik iaitu, Yusuf b. Ziyad al-Basri dan ‘Ali b. Zayd. [i] Yusuf  b. Ziyad munkar hadisnya dan [ii] ‘Ali b. Zayd  menurut ramai pengkritik hadis seorg yang daif, manakala menurut sebahagian mereka seperti al-Tirmizi, al-‘Ijli, Ya‘qub b. Syaibah, Ibn ‘Adi  dan as-Saji, beliau masih boleh diambil kira (lihat Tahzib al-Tahzib).

Apapun, riwayat mereka disokong oleh jalur riwayat lain, sepertimana dalam al-Amali al-Khamisiyyah oleh as-Syajari. Di mana, riwayat Yusuf  b. Ziyad disokong oleh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah. Manakala riwayat ‘Ali b. Zayd  disokong oleh Qatadah b. Di‘amah, seorang perawi thiqah. Malah, di dalam Musnad al-Harith, hadis ini diriwayatkan pula melalui jalur riwayat lain, tidak melalui jalur Yusuf b. Ziyad al-Basri dan ‘Ali b. Zayd!

Justeru, rangkap hadis tersebut boleh dinilai hasan li-ghairih atau daif saja sekurang-kurangnya. Ada pun yg menolak hadis ini dengan hujah bahawa ia bercanggah dengan dalil-dalil yang menunjukkan seluruh Ramadhan itu mencakupi ketiga-tiga perkara sekaligus, iaitu setiap harinya adalah rahmah, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Maka, menurut hemat saya, ianya tidak bercanggah sekiranya kita menafsirkan hadis tersebut sebagai pengukuhan dan penegasan terhadap kelebihan bulan Ramadhan yang cukup besar. Dengan maksud, orang yg berpuasa selain mendapat rahmah, keampunan dan kebebasan dari api neraka pada setiap hari Ramadhan, turut mendapat rahmah yg besar di awalnya, pengampunan yang berganda di pertengahannya dan kebebasan yang sebenar dari api neraka di akhirnya.

Wallahu a‘lam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1540865102747457&id=558058371028140

Selasa, 21 April 2020

Bolehkah menyebut As solah La ilaha illaLlah ?

SOALAN

(1) Semalam ketika berbual dengan imam jemputan dari syria dia tanya saya (dalam bahasa arab ):

"Kenapa ketika nak tarawih disini orang kata " صلاة التراويح جامعة رحمكم الله ", orang lain kata "الصلاة لا إله إلا الله"?. Apa maksudnya ?.

Saya jawab tak tahu dan saya tak amalkannya. Kami berdua tak faham maksud susunan ayat ini, bukan tak tahu makna perkataannya.

Secara literal, maknanya ialah " Solat itu tiada tuhan selain ALLAH". Dan kita tahu ini ayat yang menyalahi syariat.

" laun lah kalau mereka sebut 'الشهادة لا إله إلا الله' ada la benar juga", katanya lagi.

ada yang boleh beri penjelasan?. Kita harus didik diri kita faham dengan semua ibadah yang kita lakukan dan tahu sumbernya dari al-quran dan sunnah, bukan hanya ikut saja apa yang orang buat.hujah ulama buat, kita buat je la, itu bukan hujah utama dalam islam. Lagipun tak semua ulama ucap ayat ni. Wallahua'lam.

Mohon pencerahan dari al fadhil ustaz.

(2)  Betul ke kata org salah jika baca begini :
الصلاةُ لا اله الا الله
?
.
.
JAWAPAN Ustaz Abu Usamah Mohd Hanifah
.
.
بسم الله. حمدا لله. صلاة وسلاما على رسول الله. أما بعد.
.
.
1.0  Kalau hendak diselidiki dan dibongkar lagi kesalahan-kesalahan seperti diatas yang berlaku didalam masyarakat Melayu kita maka pastinya banyak lagi yang kita akan jumpai. Sehinggakan dalam bacaan Wajib juga ada yang tersalah seperti bacaan Fatihah dan Tasyahhud.

1.1  Begitu juga kesalahan dalam sebutan lafaz Azan, Lafaz Iqamah, doa-doa dengan bahasa arab selepas solat dan lain-lain, Zikir-zikir, ucapan selepas solat Tarawih sebelum solat Witir dan lain-lain lagi.
.
.
2.0  Orang islam yang bukan orang arab termasuklah orang melayu kita, mereka memuliakan bahasa Arab sebagai bahasa agama mereka. Mereka amat suka kepada penggunaan bahasa Arab, namun ramai di kalang mereka ini tidak pandai berbahasa Arab, dan tidak sedikit di kalangan mereka yang menggunakan kalimah-kalimah arab sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang diungkapkan oleh mereka itu sendiri, akhirnya penggunaan kalimah-kalimah tersebut tidak betul, maka terjadilah kesalahan dan kesilapan, yang mana kesalahan dan kesilapan tersebut hanya dapat difahami oleh orang yang pandai berbahasa Arab.
.
.
3.0  Ucapan sebahagian ahli jemaah masjid ditempat kita :

 " الصلاة لا إله إلا الله "

setelah mereka mendengar ucapan Bilal :

"صلاة القيام/صلاة التراويح جامعة رحمكم الله "

Maksudnya : (mari) solat qiyam/(mari) solat terawih, semoga kalian dirahmati allah.

Sebenarnya ungkapan seperti ini masih lagi ada jalan keluarnya untuk tidak dihukumkan bahawa ia adalah salah secara mutlak.

Penggunaan seperti ini kalau betul pada susunannya maka tidaklah salah penggunaannya.
.
.
4.0  Susunan yang betul dalam penggunaannya adalah ahli jamaah hanya mengucapkan perkataan " الصلاة " tanpa perlu disambungkan dengan perkataan " لا إله إلا الله ". Setelah itu barulah meneruskan dengan ucapan "لا إله إلا الله".
.
.
5.0  Untuk lebih memahami lagi perbincangan ini sila perhatikan penjelasan di bawah ini :

(1) Apabila Bilal mengucapkan perkataan :

"صلاة القيام/صلاة التراويح جامعة رحمكم الله"

" (mari) solat qiyam/(mari) solat terawih, semoga kalian dirahmati allah."

Maka ahli jamaah ucap dengan ucapan " الصلاة " dengan maksud kami ingin mengerjakan solat tersebut.

Setelah itu barulah ahli jemaah mengucapkan ucapan :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له ...

(2) Namun apabila disambungkan terus perkataan

" الصلاة "
 dengan ucapan :
 "لا إله إلا الله وحده لا شريك له"

Maka secara zahirnya ia boleh membawa kepada maksud yang salah seperti apa yang disebutkan diatas.
.
.
5.0  Adapun sandaran terhadap ucapan bilal :

"صلاة القيام/صلاة التراويح جامعة رحمكم الله"

ialah hadith Aisyah r.anha :

عَنْ عَائِشَةَ رضي اللَّه عنها أَنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُول اللَّهِ صلى اللَّه عليه وسلم، فَبَعَثَ مُنَادِيًا يُنَادِي: الصَّلاة جامعة.

" Dari aisyah R.anha bahawa telah berlaku gerhana matahari dizaman nabi ﷺ. lalu baginda ﷺ menghantar seorang yang menyeru dengan ucapan " الصَّلاة جامعة " " solat secara berjamaah."

[ HR Al-bukhari dan Muslim ]

Dikiaskan solat terawih yang dikerjakan secara berjemaah dengan solat gerhana kerana sama-sama dikerjakan secara berjamaah.

Maka sebagaimana disunatkan ucapan tersebut pada solat gerhana, ucapan tersebut juga digalakkan pada solat sunat tarawih atas pandangan sebahagian ulama fiqh.

Berkata imam An-nawawi Rahimahullah didalam kitab المجموع juz.3 hlm.77 :

وَكَذَا يُنَادِي لِلتَّرَاوِيحِ الصَّلَاةَ جَامِعَةً إذَا صُلِّيَتْ جَمَاعَةً.

" Seperti ini juga digalakkan menyeru dengan ucapan " الصَّلاة جامعة " untuk solat terawih yang dilakukan secara berjamaah."

5.1.Manakala ucapan "رحمكم الله" yang memberi maksud semoga kalian dirahmati oleh Allah maka ia termasuk dalam keumuman harus kita berdoa tanpa dibataskan dengan waktu sedangkan tidak ada satu dalil yang sahih pun melarang kita berdoa untuk saudara-saudara kita agar mereka mendapat rahmat Allah taala.

5.2  Ketika mana ada seruan untuk solat terawih secara berjemaah maka tidaklah salah orang-orang yang mendengar seruan tersebut menyahut dengan ucapan " الصلاة " yang memberi maksud kami ingin mengerjakan solat tersebut.

5.3  Manakala ucapan : " لا إله إلا الله وحده لا شريك له "... setelah itu sebenarnya ia adalah sebagai melafazkan kalimah tauhid sebelum memulakan solat Qiyamullail demi untuk menzahirkan keimanan kepada allah, sesuai dengan apa yang disebut oleh nabi ﷺ :

من قام رمضان إيماناً واحتساباً، غُفِرَ له ما تقدم من ذنبه.

" Barangsiapa yang  berqiam di bulan ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjarannya nescaya diampun baginya segala apa yang terdahulu daripada dosanya."

[ HR Al-bukhari dan Muslim ]
.
.
هذا رأيي والله أعلم بالصواب

وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1627604397390433&id=100004226647287

Isnin, 6 April 2020

BIDAAH HASANAH YANG DIAKUI OLEH IMAM AS-SUYUTHI

Zaman sekarang, ada orang tak tahu malu memperalatkan nama Imam As-Suyuthi, kononnya Al-Imam tidak mengakui bidaah hasanah.

1. Melafazkan niat sebelum solat
(Ruj: Al-Ashbah Wan Nazair, 32)

2. Sambut majlis maulidurrasul
(Ruj: Al-Hawi Lil Fatawi, 190)

3. Membaca Al-Quran Untuk Si Mati
(Ruj: Syarh Ash-Shudur, 297)

4. Talqin Si Mati Setelah Dikebumikan
(Ruj: Al-Manzhumah As-Suyuthi)

5. Membaca Al-Quran Di Kubur Untuk Si Mati
(Ruj: Ihya' Fadhail Ahl Bait, 53)

Kredit : Ustaz Hafiz Za'farani

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3567815689957605&id=100001876275514