CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Isnin, 25 Februari 2019

Aqidah al Imam al Syafiey berdasarkan kitab Fath al Bari

Aqidah al Imam al Syafiey berdasarkan kitab Fath al Bari.

Terdapat segelintir manusia menisbahkan kepada al Imam al Syafie dan kepada pengarang-pengarang kitab yang muktabar sesuatu yang mereka tidak pernah menyebut atau menulisnya.

Antaranya adalah, tulisan segelintir yang mengatakan al Imam al Syafie menyebutkan Allah Taala memiliki dua tangan berdasarkan kitab Fath al Bari. Disini saya bawakan teks asal beserta dengan terjemahannya sekali.

وَأخرج ابن أَبِي حَاتِمٍ فِي مَنَاقِبِ الشَّافِعِيِّ عَنْ يُونُسَ بْنِ عَبْدِ الْأَعْلَى سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ يَقُولُ لِلَّهِ أَسْمَاءٌ وَصِفَاتٌ لَا يَسَعُ أَحَدًا رَدُّهَا وَمَنْ خَالَفَ بَعْدَ ثُبُوتِ الْحُجَّةِ عَلَيْهِ فَقَدْ كَفَرَ وَأَمَّا قَبْلَ قِيَامِ الْحُجَّةِ فَإِنَّهُ يُعْذَرُ بِالْجَهْلِ لِأَنَّ عِلْمَ ذَلِكَ لَا يُدْرَكُ بِالْعَقْلِ وَلَا الرُّؤْيَةِ وَالْفِكْرِ فَنُثْبِتُ هَذِهِ الصِّفَاتِ وَنَنْفِي عَنْهُ التَّشْبِيهَ كَمَا نَفَى عَنْ نَفْسِهِ فَقَالَ لَيْسَ كمثله شَيْء وَأَسْنَدَ الْبَيْهَقِيُّ بِسَنَدٍ صَحِيحٍ عَنْ أَحْمَدَ بْنِ أَبِي الْحَوَارِيِّ عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عُيَيْنَةَ قَالَ كُلُّ مَا وَصَفَ اللَّهُ بِهِ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ فَتَفْسِيرُهُ تِلَاوَتُهُ وَالسُّكُوتُ عَنْهُ وَمِنْ طَرِيقِ أَبِي بَكْرٍ الضُّبَعِيِّ قَالَ مَذْهَبُ أَهْلِ السُّنَّةِ فِي قَوْله الرَّحْمَن على الْعَرْش اسْتَوَى قَالَ بِلَا كَيْفٍ وَالْآثَارُ فِيهِ عَنِ السَّلَفِ كَثِيرَةٌ وَهَذِهِ طَرِيقَةُ الشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ

Telah mengeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Manaqib al Syafie, satu riwayat daripada Yunus Bin Abd al A’la, aku telah mendengar bahawa al Imam al Syafie berkata “ Allah Taala itu memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang tidak diberi sebarang kelonggaran untuk seseorang itu menolaknya. Maka barang siapa yang menyalahi (menolak sifat dan nama Allah itu) setelah thabit hujjah ke atasnya (kebenaran nama-nama dan sifat-sifat Allah Taala) sesungguhnya dia telah menjadi kufur.

Dan adapun jika sebelum didirikan hujjah ke atasnya maka dikira satu keuzuran (jika menolak nama-nama dan sifat-sifat Allah Taala) dengan sebab kejahilannya itu, kerana pengetahuan berkenaan dengan perkara tersebut tidak boleh dicapai melalui akal, pemerhatian atupun fikiran seseorang. Kita hendaklah menthabitkan sifat-sifat ini, dan menafikan sebarang bentuk tasybih (penyama-rupaan Allah Taala dengan makhluk) sebagimana Allah Taala menafikan (penyama-rupaan tersebut) daripada diriNya. Maka firman Allah Taala: Dan tidak terdapat sesuatu pun yang seumpamaNya.

Dan al Imam al Baihaqi menyandarkan satu riwayat kepada sanad yang soheh, (iaitu) daripada Ahmad Bin Abi al Hawari, daripada al Imam Sufyan Bin ‘Uyainah berkata “Setiap apa yang Allah Taala sifatkan diriNya di dalam al Quran maka tafsirannya adalah sekadar membacanya sahaja, dan diam daripadanya (tidak mentafsirkannya)”. Dan berdasarkan jalan (periwayatan) Abi Bakar al Dhoba’iy berkata “Mazhab Ahl al Sunnah terhadap firman Allah Taala “ al Rahman ( Allah Taala) di atas ArasyNya beristiwa” ianya bermaksud: Istiwak dengan tanpa sebarang kaifiyat, sedangkan athar daripada salaf padanya (tidak menyebutkan kaifiyat ini) terlalu banyak, maka inilah jalan al Imam al Syafi’ey dan al Imam Ahmad Ibn Hanbal”.

Ibn Hajar, Muhammad Bin Ali. (1995M). Fath al Bari Bi Syarh Sahih al Bukhari. Dar al Fikr, Bairut. Jld 15 hlm 365. Kitab al Tauhid

Ustaz Dr. Muhammad Yusry Bin Mazlan
(Pegawai Bahagian Runding Cara Akidah
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Ahad, 10 Februari 2019

KITAB YANG TIDAK KUAT UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN


Kitab-Kitab yang Tidak Kuat Untuk Dijadikan Hujjah (Revisi)*


Beberapa kitab di bawah ini yang sering digunakan kaum Mujassimah-Musyabbihah sebagai sandaran hujjahnya, namun sebenarnya tidak patut untuk dijadikan hujjah karena di antaranya ada kedustaan yang dinsibatkan kepada pengarangnya padahal tidak sama sekali, ada juga yang penulisnya dinilai pendusta, bercampur pikiran dan hafalannya, ada juga yang sanad riwayat kitab tersebut seorang pendusta atau pemalsu hadits, dan juga kadang berisi hadits atau khobar palsu dan mungkar. Sehingga kitab-kitab tersebut tidak kuat atau tidak bisa dijadikan sandaran hujjah dalam masalah hukum apatah lagi masalah akidah. Berikut kitab-kitab tersebut :

1476762_10201216862329647_2027166840_n

1. Syarh as-Sunnah lil al-Barbahari. شرح السنة للبربهاري



Imam as-Sam’ani mengatakan :



قال أبو نعيم : كان له أصل صحيح وسماع صحيح وأصل رديء وسماع رديء يحدث بذا وبذاك فأفسده ، وقال أيضاً : كان كذاباً . قال محمد بن أبي الفوارس أبو بحر بن كوثر شيخ فيه نظر ، وقال أيضاً : كان مخلطاً وله أصول جياد وله أشياء رديئة . قال أبو الحسن بن الفرات كان مخلطاً وظهر منه في آخر عمره أشياء منكرة

“ Abu Nu’aim mengatakan. “ Ia memiliki asal yang sahih dan pendengaran ilmu yang sahih, dan ia pun juga memiliki asal yang buruk dan pendengaran ilmu yang buruk pula. Ia membawakan hadits ini dengan hadits lainnya, sehingga merusaknya “. Beliau juga mengatakan, “ ia seorang pendusta “. Muhammad bin Abi al-Fawaris Abu Bahr bin Kautsar, “ al-Barbahari adalah seorang syaikh yang masih perlu dipertimbangkan “. Beliau juga berkata, “ Beliau tercampur pikirannya, beliau memiliki asal yang bagus dan asal yang buruk “. Abul Hasan bin al-Farrat mengatakan, “ Beliau konon pikirannya tercampur, dan di akhir usianya muncul sesuatu yang diingkari “.[1]



Ibnu Thahir al-Maqdisi mengatakan :



وأما البربهارية فإنهم يجهرون بالتشبيه والمكان ويرون الحكم بالخاطر ويكفرون من خالفهم

“ Adapun al-Barbahariah (pengikut al-Barbahari), maka sesungguhnya mereka menampakkan tasybih dan tempat (kepada Allah), mengambil hukum dengan lintasan hati dan mengkafirkan orang yang menentang mereka “.[2]



Bahkan sudah ada kitab yang menyatakan tidak validnya kitab syarah as-Sunnah dinisbatkan kepada al-Barbahari, kitabnya berjudul :



فتح الباري بتكذيب نسبة كتاب شرح السنة للبربهاري

“ Fath al-Bari bi takdzib nisbati kitab Syarh as-Sunnah lil Barbahari “. Karya tulis syaikh Laits Makkah.



2. Risalah ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah wa az-Zanadiqah. رسالة الرد على الجهمية والزنادقة



Risalah ini dinisbatkan kepada imam Ahmad bin Hanbal pada kurun 4 hijriyyah. Dalam sanad riwayat risalah ini terdapat al-Khidhir bin al-Mutsanna (الخضر بن المثنى), ia dinilai Majhul oleh ulama.



Al-Hafidz adz-Dzahabi mengatakan :



لا كرسالة الاصطخري ولا كالرد على الجهمية الموضوع على أبي عبد الله فإن الرجل كان تقياً ورعاً لا يتفوه بمثل ذلك ولعله قاله

“ Bukan seperti risalah al-Ishthikhri dan juga risalah ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah yang dinsibatkan palsu kepada Abu Abdillah (imam Ahmad), karena beliau adalah orang yang bertaqwa dan wirai’ yang tidak mungkin berucap ngawur semacam itu..”[5]



Beliau juga mengatakan :



إلى أن ذكر أشياء من هذا الأنموذج المنكر والأشياء التي والله ما قالها الإمام ، فقاتل الله واضعها ، ومن أسمج ما فيها قوله : ومن زعم أنه لا يرى التقليد ولا يقلد دينه أحداً ، فهذا قول فاسق عدو لله ، فانظر إلى جهل المحدثين كيف يروون هذه الخرافة ويسكتون عنها

“ Sampai ia menyebutkan beberapa dari sesuatu yang mungkar dan beberapa perkara yang demi Allah tidak diucapkan imam Ahmad, maka semoga Allah memerangi orang yang memalsukannya. Di antara ucapan yang …..[6]



3. ar-Radd ‘ala al-Marisi li Utsman ad-Darimi. الرد على المريسي لعثمان الدارمي



Lajnah (Dewan fatwa) al-Azhar menyatakan :



وهو من الكتب التي يعتبرها القوم من أمهات كتب السنة ، مملوء بوثنيات فاضحة ومخازي رذيلة ؛ فيه إثبات الحركة والحد لله عز وجل ، وأنه مس آدم مسيساً بيده ، وأنه يقعد على العرش فما يفضل منه إلا قدر أربعة أصابع ، وأنه قادر على الاستقرار على ظهر بعوضة ، وأنه إذا غضب ثقل على حملة العرش ، وأن رأس المنارة أقرب إليه من أسفلها ، وغير ذلك مما هو مبسوط في موضعه

“ Itu termasuk kitab yang dipegang oleh mereka (mujassimah) dan dianggap sebagai induk kitab as-Sunnah. Isinya penuh dengan keberhalaan yang jelas dan kehinaan yang nista. Di dalamnya terdaptkan penetapan gerakan dan batasan bagi Allah. Dan Allah menyentuh sesuatu dengan tangan-Nya, Allah duduk di atas Arsy seukuran tidak lebih dari 4 jari. Dan sesungguhnya Allah Maha Mampu duduk di punggung nyamuk. Allah jika murka, maka akan terasa berat beban bagi para malaikat yang menggotong Arsy. Dan sesungguhnya ujung menara lebih dekat dengan Allah daripada yang di bawahnya dan lain-lain yang tercantum dalam kitab tersebut “.[7]



Al-Hafidz adz-Dzahabi menukil dan juga memujinya, akan tetapi beliau memberikan peringatan atas sikap ghuluwnya ad-Darimiy :

وفي كتابه بحوث عجيبة مع المريسي يبالغ فيها في الإثبات ، والسكوت عنها أشبه بمنهج السلف في القديم

“ Dan di dalam kitabnya terdapat pembahasan-pembahasan yang unik bersama al-Marisi, ia berlebihan di dalam itsbat, sedangkan diam darinya (ayat shifat) lebih serupa dengan manhaj salaf terdahulu “.[8]

Lajnah al-Azhar juga mengatakan :

وما اشتمل عليه الكتاب مخالف لما عليه جمهور المسلمين من عهد الصحابة حتى الآن

“ Apa yang terkandung dalam kitab tersebut, bertentangan dengan mayoritas kaum muslimin sejak masa sahabat hingga sekarang ini “.[9]



4. at-Tauhid li Ibni Khuzaimah. التوحيد لابن خزيمة



Al-Imam Tajuddin as-Subuki mengatakan :



وقد أثنى عليه فيما بلغنى ابن خزيمة واجتمع به غير مرة

“ Sungguh telah sampai padaku bahwa Ibnu Khuzaimah memuji Muhammad bin Karam (Pemimpin sekte Karamiyyah) dan berkumpul dengannya lebih dari sekali “.[10]



Ibnu Khuzaimah sebenarnya telah rujuk (kembali menolak) dari kitab at-Tauhidnya tersebut, sebagaimana pengakuan al-Baihaqi :

واعترف – أي ابن خزيمة – فيما حكيناه عنه بأنه إنما أتى ذلك من حيث إنه لم يحسن الكلام

“ Ibnu Khuzaimah sebagaimana telah kami hikayatkan darinya, telah mengakui bahwa ia membuat kitabnya tersebut karena tidak cakap (pandai) dalam ilmu kalam “.[11]

Beliau melanjutkan :

قلت: القصة فيه طويلة وقد رجع محمد بن إسحاق إلى طريقة السلف وتلهف على ما قال والله أعلم

“ Aku (al-Baihaqi) katakan, “ Kisahnya panjang, dan sungguh Muhammad bin Ishaq telah bertaubat dan kembali kepada jalan ulama salaf dan menyesali atas apa yang pernah ia ucapkan “.[12]



Pernyataan atas pertaubatan Ibnu Khuzaimah ini pun dikuatkan oleh pengakuan al-Hafidz Ibnu Hajar :



ووقع نحو ذلك لإمام الائمة ابن خزيمة ، ثم رجع ، وله في ذلك مع تلامذته قصة مشهورة

“ Dan juga terjadi atas seorang pemimpin dari para pemimpin yaitu Ibnu Khuzaimah, kemudian beliau bertaubat. Beliau dalam hal itu memiliki kisah yang sudah masyhur (terkenal) bersama para muridnya “.[13]



Apalagi Ibnu Khuzaimah jika menuruti pemahaman wahabi adalah seorang quburiyyun atau penyembah kuburan. Berikut kesaksian para ulama semasanya yang dinaqal oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dan al-Hakim :



وسمعت أبا بكر محمد بن المؤمل بن الحسن بن عيسى يقول خرجنا مع امام أهل الحديث أبي بكر بن خزيمة وعديله أبي علي الثقفي مع جماعة من مشائخنا وهم إذ ذاك متوافرون إلى زيارة قبر علي بن موسى الرضا بطوس قال فرأيت من تعظيمه يعني ابن خزيمة لتلك البقعة وتواضعه لها وتضرعه عندها ما تحيرنا

“ Aku telah mendengar Abu Bakar bin al-Mu’ammal bin al-Hasan bin Isa mengatakan, “ Kami keluar bersama imam ahli hadits yakni Abu Bakar bin Khuzaimah sahabatnya Abi Ali ats-Tsaqafi bersama para jama’ah dari kalangan guru kami. Mereka kemudian sepakat untuk menziarahi makam Ali bin Musa ar-Ridha di Thus “. Ia berkata, “ Maka aku melihat sikap ta’dzhim (pengagungan) Ibnu Khuzaimah kepada makam tersebut. Sikap rendah hati dan dan tadharru’nya (permohonannya yang semangat) di sisi makam itu yang membuat kami heran (takjub) “.[14]



Maka bagaimana kaum wahabi mengambil pemahaman dari Ibnu Khuzaimah dalam masalah akidah yang menurut mereka adalah musrik ??



5. Al-Ibanah li Ibni Baththah. الإبانة لابن بطة العكبري



Adz-Dzahabi mengatakan :



ومع قلة إتقان بن بطة في الرواية كان إماما في السنة إماما في الفقه صاحب أحوال واجابة دعوة رضي الله عنه

“ Walaupun Ibnu Baththah kurang kuat dalam segi riwayat, akan tetapi ia adalah seorang imam dalam sunnah, imam dalam fiqih, memiliki ahwal dan doa yang dikabulkan radhiallahu ‘anu “.[15]



Beliau juga mengatakan :

لإبن بطة مع فضلة أوهام وغلط

“ Ibnu Baththah memiliki keutamaan akan tetapi ia memiliki waham dan kekeliruan “.[16]



Dalam kesempatan yang lain adz-Dzahabi juga mengatakan :

فبدون هذا يضعف الشيخ

“… Dan selain atsar ini, syaikh (Ibnu Baththah) dinilai lemah “[17]



Maksud adz-Dzahabi adalah selain riwayat atsar itu, Ibnu Baththa dinilai lemah pada periwayatan lainnya.



Ibnul Atsir mengatakan :



كان إماماً فاضلاً عالماً بالحديث من فقهاء الحنابلة

“ Beliau seorang imam yang utama dengan hadits termasuk ulama fiqih Hanabilah “.[18]



Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan :

وقفت لابن بطة على أمر استعظمته واقشعر جلدي منه

“ Aku perhatikan Ibnu Baththah ada satu perkara yang aku anggap itu suatu perkara besar dan membuat kulitku merinding “ kemudian beliau menjarhnya bahwa ia adalah seorang wadhdha’ (pembuat riwayat palsu, dan beliau sering melakukan penghapusan nama para imam lalu mengganti nama imam lainnya di tempat yang dihapusnya “.[19]



Al-Khathib al-Baghdadi mengatakan :



قال لي أبو القاسم الأزهري: ابن بطة ضعيف ضعيف ليس بحجة وعندي عنه معجم البغوي ولا أخرج منه في الصحيح شيئا قلت له: فكيف كان كتابه بالمعجم فقال: لم نر له أصلا به وإنما دفع إلينا نسخة طرية بخط ابن شهاب فنسخنا منها وقرأنا عليه شاهدت عند حمزة بن محمد بن طاهر الدقاق نسخة بكتاب محمد بن عزيز في غريب القرآن وعليها سماع ابن السوسنجردي من ابن بطة عن ابن عزيز فسألت حمزة عن ذلك فأنكر أن يكون ابن بطة سمع الكتاب من ابن عزيز وقال: ادعى سماعه ورواه

“ Abul Qasim mengatakan padaku, “ Ibnu Baththah itu dhaif (lemah), dhaif tidak bisa dijadikan hujjah. Aku memiliki darinya kitab Mu’jam al-Baghawi dan aku tidaklah mentakhrij darinya sedikit pun dalam sahih, maka aku bertanya padanya, “ Bagaimana adanya kitab Mu’jam itu ? “, ia menjawab, “ Tidak ada asalnya kitab itu, sesungguhnya telah diberikan padaku naskah baru dengan tulisan Ibnu Syihab, maka kami menggantinya darinya dan kami membaca atas Ibnu Syihab, saku menyaksikan di sisi Hanrah bin Muhammad bin Thahir ad-Daqqaq nskah dengan kitab Muhammad bin Aziz tentang Gharib al-Quran, atasnya penerimaan Ibnu as-Susanjardi dari Ibnu Baththah dari Ibnu Aziz. Lalu aku bertanya pada Hamzah tentang itu semua, maka beliau mengingkari Ibnu Baththah mendengar kitab dari Hamzah, ia telah mengaku mendengar dan meriwayatkannya “. [20]



Al-Kautsari mengatakan :



ابن بطة الحنبلي : صاحب ( الإبانة ) ، كان من أجلاد الحشوية وله مقام عندهم إلا أنه لا يساوي فلساً ، وهو الذي روى حديث ابن مسعود ( كلّم الله موسى عليه السلام يوم كلمه وعليه جبة صوفٍ ، وكساء صوف ، ونعلان من جلد حمار غير ذكي ) فزاد فيه : ( فقال : من ذا العبراني الذي يكلّمني من الشجرة ؟؟ قال : أنا الله !!والتهمة لاصقة به لا محالة لانفراده بتلك الزيادة كما يظهر من طرق الحديث في ( لسان الميزان ) وغيره وما فعل ذلك إلا ليُلقي في رُوعِ السامع أن كلام الله من قبيل كلام البشر بحيث يلتبس على السامع كلامه تعالى بكلام غيره . تعالى الله عن مزاعم المشبهة في إثبات الحرف والصوت له تعالى ، وكتبه من شر الكتب وله طامات فلا تعويل على روايته

“ Ibnu Btahthah al-Hanbali penulis kitab al-Ibanah (ash-Shugra) termasuk anggota hasyawiyyah akan tetapi tidak dianggap. Dia seorang yang meriwayatkan hadits Ibnu Mas’ud “ Allah telah mengajak bicara Nabi Musa di hari Ia mengajak bicara, dan Dia menggunakan jubah woll, selendang woll dan dua sandal dari kulit himar “ , lalu Ibnu Baththah menambahinya “ Lalu Ia berkata “ Siapakah al-Ibrani yang mengajak bicara padaku dari balik pohon ? “ inna lillah, tuduhan itu ada padanya tidak diragukan lagi, karena ia tersendiri dari riwayat tersebut sebagaimana nampak jelas dalam jalan-jalan hadits lainnya di dalam Lisan al-Mizan dan selainnya. Tidaklah Ibnu Baththah berbuat demikian kecuali supaya pendengarnya merasa takut bahwa kalam Allah itu dari sisi kalam manusia sekiranya menjadi samar bagi pendengar antara kalam Allah dan kalam lainnya. Sungguh Allah maha Suci dari pemikiran kaum Musyabbihah di dalam menetapkan huruf dan suara bagi Allah Ta’ala, kitab-kitabnya di antara kitab-kitab yang paling buruk…”.[21]



Jika melihat penjelasan para ulama jarh, maka tampak Ibnu Baththah adalah wadhdha’ yakni pemalsu riwayat. Dengan ini riwayatnya lemah dan tidak bisa dijadikan hujjah.



6. Ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah dan at-Tauhid Ibnu Mandah. الرد على الجهمية والتوحيد ابن مندة



Al-Hafidz Ibnu Nu’aim mengatakan :

اختلط في آخر عمره ….. وتخبط في أماليه ، ونسب إلى جماعة أقوالاً في المعتقدات لم يُعرفوا بها نسأل الله الستر والصيانة

“ Ia bercampur pikirannya di akhir usianya…..dan kacau dalam angan-angannya. Menisbatkan kepada sekelompok ulama beberapa ucapan dalam masalah akidah yang tidak diketahui dari mereka, kami memohon kepada Allah penutupan dan penjagaan-Nya “.[22]



Imam Ibnu ‘Asakir mengatakan :

إن له في معرفة الصحابة أوهاماً كثيرة

“ Dia memiliki wahm (kebingungan) yang banyak tentang pengetahuan para sahabat “[23]



Dengan ini ia adalah lemah, riwayat yang disandarkannya kepada beberapa ulama salaf dalam masalah akidah adalah tidak bisa dijadikan hujjah.



7. Syarh Risalah Ibnu Abi Zaid al-Qairawani. شرح رسالة ابن أبي زيد القيرواني



Kitab ini sering dinakal oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim. Adz-Dzahabi mengatakan :



وقد نقموا عليه – أي علماء السنة – في قوله بذاته ، فليته تركها

“ Para ulama Ahlus sunnah telah membantahnya pada ucapannya , Dengan Dzat Allah “, andai ia meninggalkan ucapan itu “.[24]



Imam al-Abiy mengatakan :

قلت : ما نسب من القول في الجهة إلى الدهماء ومن بعدهم الفقهاء والمتكلمين لا يصح ، ولم يقع إلا لأبي عمر في الاستذكار ولابن أبي زيد في الرسالة ، وهو عنهما متأول

“ Aku (al-Abiy) katakan, “ Ucapan Allah di suatu arah yang dinisbatkan kepada para duhama dan fuqaha serta mutakallimin adalah tidak valid, dan tidak terjadi hal itu kecuali oleh Abu Umar dalam al-Istidzkarnya dan Ibnu Abi Zaid dalam risalahnya, sedangkan menurut beliau berdua adalah ditakwil “.[25]



8. al-I’tiqad wa Ibthal at-Takwilat, al Qadhi Abu Ya’la al-Farra. الاعتقاد وإبطال التأويلات للقاضي أبو يعلى الفراء



Imam Ibnul Atsir mengatakan :



وفيها أنكر العلماء على أبي يعلى بن الفراء الحنبلي ما ضمنه كتابه من صفات الله سبحانه وتعالى المشعرة بأنه يعتقد التجسيم ، وحضر أبو الحسن القزويني الزاهد بجامع المنصور وتكلم في ذلك ، تعالى الله عما يقولون علواً كبيراً

“ Dan pada tahun 429 H, para ulama mengingkari Abu Ya’la al-Farra al-Hanbali atas isi kandungan kitabnya yang berbicara soal sifat-sifat Allah Ta’ala yang mengisyaratkan bahwa ia meyakini tajsim. Abul Hasan al-Qazwaini seorang ulama yang zuhud mendatangi masjid Jami’ al-Manshur dan membicarakan Abu Ya’la, sungguh Maha Suci Allah dari apa yang mereka ucapkan dengan ke maha tinggian yang besar “.[26]



Ibnul Atsir mengatakan :

لقد شان أبو يعلى الحنابلة شينا لا يغسله ماء البحار

“ Sungguh Abu Ya’la telah mengotori madzhab Hanabilah dengan sesuatu yang tidak akan bisa dibersihkan dengan sebanyak air lautan “.[27]



Bahkan al-Hafidz Ibnu Arabi sangat mengingkari Abu Ya’la dan ia telah menghina Allah Ta’ala dengan semua yang diucapkannya tentang sifat-sifat Allah.[28]



Akan tetapi dalam teks-teksnya yang lain beliau mengakui kemaha sucian Allah dari tempat dan gerakan[29], dan mungkin saja beliau wafat atas akidah tanzih tersebut.



9. al-Idhah fi Ushuluddin, Ibn az-Zaghuni. الإيضاح في أصول الدين لابن الزاغوني



Al-Hafidz adz-Dzahabi juga mengatakan :

ورأيت لأبي الحسن بخطه مقالة في الحرف والصوت عليه فيها مآخذا والله يغفر له، فيا ليته سكت

“ Aku telah melihat terhadap ucapan Abul Hasan (az-Zaghuni) tentang huruf dan suara yang di dalamnya ada beberapa ….semoga Allah mengampuninya, sungguh alangkah baiknya jika dia mau diam “[30]



Ibnul Jauzi al-Hanbali mengatakan :



ورأيت من أصحابنا من تكلم في الأصول بما لا يصلح وانتدب للتصنيف ثلاثة : أبو عبدالله بن حامد وصاحبه القاضي وابن الزاغوني ، فصنفوا كتبا شانوا بها المذهب ورأيتهم نزلوا إلى مرتبة العوام

“ Aku melihat sahabat kami (dalam madzhab Hanbali) ada ulama yang membicarakan masalah akidah dengan sesuatu yang tidak patut dibicarakan, dan berani menulis kitab tiga orang yaitu Abu Abdillah bin Hamid dan sahabatnya yaitu Al-Qadhi Abu Ya’la dan Ibnu az-Zaghuni. Mereka telah menulis kitab yang mengotori madzhab Ahmad bin Hanbal dan aku melihat mereka telah turun ke tingkatan orang awam “[31]



10. al-Ghunyah, syaikh Abdul Qadir al-Jailani. الغنية للامام عبد القادر الجيلاني



Kitab ini memang karya beliau, akan tetapi para ulama mengatakan adanya distorsi dalam beberapa teks kitab tersebut yang menyatakan tajsim bagi Allah, yakni “ Allah menetap di arah Atas “ dan mereka melakukan kedustaan atas nama beliau dengan menyatakan, “ sesungguhnya huruf mu’jam itu bersifat qadim yang tidak ada wujud permulaannya “ dan lainnya.





Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan :

وإياك أن تغتر بما وقع في الغنية لإمام العارفين وقطب الإسلام والمسلمين الأستاذ عبد القادر الجيلاني ، فإنه دسه عليه فيها من سينتقم الله منه وإلا فهو بريء من ذلك وكيف تروج عليه هذه المسألة الواهية مع تضلعه من الكتاب والسنة وفقه الشافعية والحنابلة حتى كان يفتي على المذهبين ، هذا مع ما انضم لذلك أن الله منّ عليه من المعارف والخوارق الظاهرة والباطنة وما أنبأ عن ما ظهر عليه وتواتر من أحواله

“ Waspadalah engkau, hangan tertipu atas kitab al-Ghunyah karya imam arifin dan quthub islam dan muslimin yakni ustadz Abdul Qadir al-Jailani. Karena telah melakukan pemalsuan atas nama beliau segelintir kaum yang akan Allah hukum mereka atas hal itu. Sungguh syaikh terbebas dari pemalsuan itu. Bagaimana beliau bisa mengetengahkan masalah lemah tersebut padahal beliau snagat berpegang teguh dnegan al-Quran dan Sunnah dan bermadzhab dengan dua madzhab yakni syafi’iyyah dan Hanabilah, bahkan beliau terkadang berfatwa atas dasar dua madzhab….”[32]



Kami pun telah mengklarifikasikan hal ini dengan berjumpa dan mewancarai secara live kepada cucu beliau syaikh Afeefuddin al-Baghdadi. Dan beliau menginformasikan bahwa kitab tersebut memang ada beberapa ucapan yang dipalsukan atas nama datuk beliau syaikh Abdul Qadir al-Jailani oleh kalangan salafi. Beliau memiliki kitab tahqiq lainnya yang sudah diterbitkan insya Allah dan menjawab isu ini.



11. as-Sunnah, al-Khallal. السنة للخلال



Imam Ibnul ‘Ammad mengatakan :



في هذا الكتاب أطال الخلال في تقرير قعود النبي صلى الله عليه وسلم مع الباري سبحانه على الفضلة التي تفضل من العرش. وحشر مع ذلك نقولاً عن بعض المحدثين في تكفير منكره ورميه بالبدعة والتجهم وغير ذلك مما لو قرأه رجل لم يسمع عن الإسلام شيئاً ولظن أن هذا الخبر ركن من أركان الإسلام ، وفيه أيضًا الكذب على الإمام أحمد وأنه تلهف لسماع هذا الخبر إذ لم تحصل روايته له من علو

“ Dalam kitab ini, al-Khallal telah panjang lebar di dalam menetapkan duduknya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama Allah Ta’ala atas keutamaan yang dianugerahi di Arsy. Ia telah mengumpulkan nukilan-nukilan dari sebagian ahli hadits yang menghukumi kafir bagi orang yang mengingkarinya, dan memvonis bid’ah dan jahmi bagi mereka yang mengingkarinya dan lainnya dari apa yang seandainya sesorang membacanya, maka tidak akan terdengar dari agama Islam sedikit pun tentang hal itu dan akan menyangkan bahwa khobar tersebut adalah bagian dari rukun Islam. Di kitab tersebut juga ada kedustaan atas nama imam Ahmad bin Hanbal, dan sesungguhnya al-Khallal sangat ambisi untuk mendengarkan khobar tersebut, karena ia tidak mendapatkan riwayatnya dari atas “.[33]



Beliau juga memvonis imam at-Tirmidzi dengan sebutan ahli bid’ah, al-Khallal mengatakan :



قال أبو بكر الخلال : قرأت كتاب السنة ….. فبلغني أن قوماً ممن طرد إلى طرسوس من أصحاب الترمذي المبتدع أنكروه

“ Abu Bakar al-Khallal mengatakan, “ Aku telah membaca kitab as-Sunnah…..maka sampai padaku sesungguhnya ada suatu kaum yang diusir ke Thursus dari sahabat at-Tirmidzi ahli bid’ah yang mereka ingkarinya…”[34]



Pada halaman 234, ia juga mengatakan :



أشهد على هذا الترمذي أنه جهمي خبيث

“ Aku bersaki atas at-Tirmidzi bahwa ia adalah seorang jahmi lagi buruk “.



12. I’tiqad as-Sunnah, Abu Bakar al-Ismai’ili.اعتقاد السنة لأبو بكر الاسماعيلي



Al-Hafidz adz-Dzahabi mengatakan :

هذا الكتاب لا يثبت عن الإمام ؛ في سنده مجهول وهو مسعود بن عبد الواحد الهاشمي

“ Kitab ini tidak tsabit dari imam al-Ismai’ili, dalam sanadnya terdapat orang yang majhul yaitu Mas’ud bin Abdul Wahid al-Hasyimi “.[35]



Sedangkan beliau adalah seorang ulama Ahlus sunnah yang beraqidah tanzih sebgaimana nukilan al-Hafidz Ibnu Hajar dari al-Ismai’ili yang mengatakan :

لا يظن أن الله ذو أعضاء وجوارح لما في ذلك من مشابهة المخلوقين تعالى الله عن ذلك ليس كمثله شيء

“ Tidak boleh menyangka bahwa Allah memiliki anggota tubuh, karena hal itu sama saja dengan menyerupakan Allah kepada makhluk-Nya, sungguh maha Suci Allah dari hal itu, dan Allah tidak ada sesuatu pun yangs erupa dengan-Nya “.[36]



13. Dzam al-Kalam wa ahlih, lil Harawi. ذم الكلام وأهله لأبو اسماعيل الهروي الأنصاري



Al-Imam Tajuddin as-Subuki mengatakan :

وكان الأنصاري المشار إليه رجلاً كثير العبادة محدثًاً إلا أنه يتظاهر بالتجسيم والتشبيه وينال من أهل السنة وقد بالغ في كتابه ذم الكلام حتى ذكر أن ذبائح الأشعرية لا تحل

“ al-Harawi al-Anshari yang diisyaratkan kepadanya, adalah seorang yang banyak beribadah, ahli hadits akan tetapi ia menampakkan akidha tajsim dan tasybih dan bermusuhan dengan ahlus sunnah, sungguh beliau telah berlebihan di dalam kitabnya Dzamm al-kalam hingga menyebutkan bahwa semebelihan dari kalangan al-Asya’irah tidak halal untuk dimakan “.[37]



14. Syarh al-Aqidah ath-Thahawiyyah, Ibnu Abil Izz al-Hanafi. شرح العقيدة الطحاوية لابن أبي العز الحنفي



Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Atsqalani menyebutkan bahwa para ulama Mesir khususnya para ulama Hanafiyyah, telah mengingkarinya dan memerintahkan para qadhi untuk menghukumnya. Termasuk ulama yang mengingkarinya adalah Jamaluddin al-Kurdi, Syarafuddin al-Ghazi, Ibn Muflih, Ibn Hajji dan lainnya.[38]



Imam Murtadha az-Zabidi mengatakan :



ولما تأملته حق التأمل وجدته كلاماً مخالفاً لأصول مذهبه إمامه ، وهو في الحقيقة كالرد على أئمة أهل السنة ، كأنه تكلم بلسان المخالفين ، وجازف وتجاوز عن الحدود ، حتى شبه قول أهل السنة بقول النصارى ، فليتنبه لذلك

“ Ketika aku merenunginya, maka aku mendapatkan ucapannya bertentangan dengan akidha madzhab imamnya. Sebenarnya kitab itu seperti membantah terhadap para imam Ahlus sunnah, seolah-olah ia berbicara dengan lisan para penentang, ngawur dan berlebihan tentang batasan, sehingga menyerupakan ucapan Ahlus sunah dengan ucapan Nashara, maka hati-hatilah “.[39]



15. ash-Shifat, ad-Daraquthni.[40] الصفات للدارقطني



Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan :

لا تصح نسبته للإمام الدارقطني وسنده باطل موضوع ؛ ففي سنده (أحمد بن عبيد الله أبو العز بن كادش ، قال ابن النجار : كان مخلطاً كذاباً لا يحتج به وللأئمة فيه مقال ، قال السمعاني : كان ابن ناصر يسيء القول فيه ، قال الأنماطي : كان مخلطاً ، وقال ابن عساكر : قال لي أبو العز بن كادش : ووضعت أنا في حق أبي بكر حديثاً بالله أليس فعلت جيداً

“ Kitab tersebut tidak sah dinisbatkan kepada ad-Daraquthni, sanadnya bathil dam palsu. Dalam sanadnya ada Ahmad bin Ubaidillah Abul Izz bin Kadasy. Ibnu an-Najjar mengatakan, “ Ia seorang yang bercampur ingatannya, pendusta dan tidak bisa dijadikan hujjah, para imam telah memperbincangkannya…”[41]



16. al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah dan Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Mushallin, Abul Hasan al-Asy’ari. الابانة عن اصول الديانة و مقالات الاسلاميين واختلاف المصلين



Al-Kautsari mengatakan :

والنسخة المطبوعة في الهند من الإبانة نسخة مصحَّفة محرفة تلاعبت بها الأيدي الأثيمة، فيجب إعادة طبعها من أصل موثوق

” Dan naskah Al-Ibanah yang sudah tercetak di Hindi adalah naskah yang sudah dirubah dan didistorsi oleh tangan-tangan jahil, maka wajib mengembalikan kembali peredarannya pada naskah yang aslinya yang terpercaya ”[42]



Syaikh Wahbi Ghawaji dalam sebuah risalah yang berjudul ‘ Tinjauan Ilmiyyah di dalam penisbatan kitab Al-Ibanah seluruhnya pada imam Abul Hasan ‘, beliau berkata :

أتى فيها بأدلة موضوعية تدل على أن قسمًا كبيرًا مما في الإبانة المتداولة اليوم بين الناس لا يصح نسبته للإمام الأشعري

” Telah tampak di dalamnya dengan bukti-bukti objektif yang menunjukkan bahwa sebagian besar apa yg ada dalam kitab al-Ibanah saat ini yang sudh luas beredar di kalangan orang adalah tidak sah dinisbatkan kepada imam Abul Hasan al-Asy’ary “



Adapun kitab Maqalat al-Islamiyyin, maka kami telah mengkajinya ia memang benar nisbat kepada imam Abul Hasan al-Asya’ri. Dalam membicarakan soal teks-teks mutasyabihat atau ayat shifat, beliau memang sudah masyhur menggunakan metode tafwidhul ma’na. Sebagaimana salah satu metode dari dua metode yang digunakan ulama Asya’irah yang juga merupaka metode jumhur ulama salaf. Namun kalangan mujassimah menyangka dan mengklaim bahwa beliau berpaham secara makna dhahir dan hakikatnya dari nash-nash shifat, ini jelas klaim yang bathil.



Dua metode tafwidh dan takwil sudah masyhur di kalangan ulama salaf. Imam an-Nawawi mengatakan :

Imam an-Nawawi mengatakan :

اعلم أن لأهل العلم في أحاديث الصفات وآيات الصفات قولين: أحدهما وهو مذهب معظم السلف أو كلهم أنه لا يتكلم في معناها بل يقولون: يجب علينا أن نؤمن بها ونعتقد لها معنى يليق بجلال الله تعالى وعظمته مع اعتقادنا الجازم أن الله تعالى ليس كمثله شيء، وأنه منزه عن التجسم والانتقال والتحيز في جهة وعن سائر صفات المخلوق، وهذا القول هو مذهب جماعة من المتكلمين واختاره جماعة من محققيهم وهو أسلم

“ Ketahuilah ulama dalam hadits-hadits sifat atau ayat-ayat shifat memiliki dua pendapat : Yang pertama adalah madzhab mayoritas ulama salaf atau keseluruhannya, yaitu tidak membicarakan maknanya bahkan mengatakan, “ Wajib atas kita mengimaninya dan meyakini hal itu punya makna yang layak bagi keagungan Allah disertai keyakinan kita yang kuat bahwa Allah Ta’ala tidak seperti sesuatu dan Allah disucikan dari jisim, berpindah, berbatas di suatu arah dan dari semua sifat makhluk. Ucapan ini adalah madzhab sekelompok dar- mutakallimin dan dipilih oleh sekelompok para pentahqiq mereka, dan ia lebih selamat “. [43]



Imam Badruddin bin Jama’ah juga mengatakan :

واتفق السلف وأهل التأويل على أن ما لا يليق من ذلك بجلال الرب تعالى غير مراد واختلفوا في تعيين ما يليق بجلاله من المعاني المحتملة فسكت السلف عنه، وأوله المتأولون

“ Ulama salaf dan ulama takwil sepakat atas apa yang tidak layak bagi keagungan Allah, bukanlah yang dimaksud. Mereka berbeda pendapat di dalam menentukan kemungkinan makna-maknanya yang layak bagi keagungan Allah… Ulama salaf diam dari ini sedangkan ulama takwil mentakwilnya “.[44]



Bahkan al-Hafidz Ibnu Katsir mengakui pernyataan di atas, beliau pernah menaqal takwilan ulama salaf :



“ Dan langit kami bangun dengan “ aydin “ dan kami benar-benar meluaskannya “. (Ibnu Katisr menafsirkan) : “ Dan langit kami bangun”, maksunya adalah kami jadikan atap yang terjaga dan tinggi , “ Dengan ayidn “, maksudnya adalah dengan kekuasaan “, telah mentakwilnya hal itu (dengan kekuasaan) Abbas, Mujahid, Qatadah, ast-Tsauri dan selain satu (banyak) “. [45]



Sebenarnya masih banyak lagi kitab-kitab yang tidak dinisbatkan kepada ulama yang dinisbatkannya atau memiliki sanad yang palsu atau pendusta yang tidak kami tampilkan di sini. Semoga yang ringkas ini dapat bermanfaat bagi Ahlus sunnah wal Jama’ah.





Ibnu Abdillah al-Katibiy & Shofiyya an-Nuuriyyah

Kota Santri, 26-09-2014





* Artikel ini telah kami revisi ulang kerana ada sikit kesilapan yang sebelumnya kami memasukkan kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah seorang imam hadits yang hafidz dan tsiqah dan dalam revisi ini, kami tiadakan.

[1] Al-Ansab : 2/126

[2] Al-Bad’u wa at-Tarikh : 5/150

[3] Al’Uluw : 199

[4] Lisan al-Mizan : 7/340. Disebutkan juga dalam Siyar A’lam an-Nubala : 14/21

[5] Siyar A’lam an-Nubala : 11/287

[6] Siyar A’lam an-Nubala : 11/303

[7] Maqalat al-Kautsari :262-268

[8] Al-‘Uluw : 195

[9] Maqalat al-Kautsari :265

[10] Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra : 3/304

[11] Al-Asma wa Ashifat, al-Baihaqi : 258

[12] Al-Asma wa Ashifat, al-Baihaqi : 259

[13] Fath al-Bari : 13/492

[14] Tahdzib at-Tahdzib : 3/195

[15] Mizan al-I’tidal : 3/15

[16] Siyar A’lam an-Nubala : 6/5

[17] Siyar A’lam an-Nubala : 6/533

[18] Al-Lubab : 1/160

[19] Lihat Lisan al-Mizan, Ibnu Hajar Al-Atsqalani : 4/113

[20] Tarikh Baghdad : 10/373

[21] Ta’nib al-Khathib : 216

[22] Tarikh Ashbihan : 2/306

[23] Lisan al-Mizan : 6/557

[24] Al-‘Uluw : 256

[25] Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim : 2/41

[26] Al-Kamil fit Tarikh : 8/288

[27] Kamil fit Tarikh : 10/52

[28] Al-‘Awashim min al-Qawashim : 209

[29] Al-Mu’tamad fi Ushul ad-Diin : 56

[30] Siyar A’lam an-Nubala : 19/76

[31] Daf’u Syubah ast-Tasybih : 97

[32] Al-Fatawa al-Haditsisyyah : 149

[33] Syadzarat adz-Dzahab, Ibn al-Ammad : 1/261

[34] As-Sunnah, al-Khallal : 266

[35] Mukhtashar Al-Uluw : 249

[36] Fath al-Bari : 8/846

[37] Thabaqat Syafi’iyyah al-Kubra : 4/272

[38] Lihat kitab Inba al-Ghumar : 2/95-97

[39] Ittihaf Sadah al-Muttaqin : 2/146

[40] Ibn Khalkan mengatakan, “ ad-Daraquthni : Dalnya difathah dan Ra’nya difathah kemudian qafnya didhommah, tho’nya sukun kemudian nun. Nisbat kepada Daraquthn daerah yang besar di kota Baghdad “. (Wafiyyatul A’yan)

[41] Lisan al-Mizan : 1/532

[42] Muqaddmiah Tabyin al-Muftari.

[43] Syarh Muslim : 3/19

[44] Idhah ad-Dalil : 103

[45] Tafsir Ibnu Katisr : 4/303

Sabtu, 2 Februari 2019

Aqidah Salafussoleh VS Aqidah Mujassimah

Soalan :


Adakah Mujassimah ini kafir? Boleh ke kita kata mereka ini Islam atau mukmin ?

Jawapan :

Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan

Mereka digelarkan sebagai Kaum Musybih (meyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.

Ada juga yang menamakan kaum ini dengan kaum mujassimah, iaitu kaum yang menubuhkan/menjasadkan/menjisimkan. Kerana mereka mengatakan Allah bertubuh, terdiri dari darah daging, muka,bermata, bertangan, berkaki dan bahkan ada yang mengatakan Allah itu berkelamin dan kelaminnya itu lelaki (Lihat Syarah Nahjul Balaghah juz iii, hal 225)

Seorang Ulama' Islam dari Ahlu Sunnah wal Jama'ah iaitu Jamaluddin Ibnu Al Jauzi Al Hanbali (bukan Ibnu Qayyim al Jauzi - ramai yang terkeliru antara kedua-duanya) telah mengarang sebuah kitab untuk menolak fahaman kaum musyabbihah/mujassimah/hasyawiyah ini dengan mengarang sebuah kitab yang diberi nama "Daf'u Syubahah At Tasybih Wa Ar Radd 'alal Mujassimah (penolak syubhat tasybih dan penentang kaum mujassimah)

Kaum ini mengambil ayat mutasyabihah dengan lahiriah sahaja. Dan ia amat merbahaya kepada aqidah. Sebagai contoh :

يد الله فوق ايديهم

ertinya : "tangan Allah di atas tangan mereka" (surah al Fath : 10)

الرحمن على العرش استوى

ertinya : Ar Rahman itu duduk bersila di atas Arasyh (Taha : 5)

Mereka menterjemahkan ayat di atas dengan diambil zahir ayat semata-mata. Iaitu jika disebut bertangan, ya bertangan, kalau disebut bermuka, ya bermuka, kalau disebut bersila, ya bersila.

Sekiranya kita menterjemahkan al Quran itu menurut zahir sahaja maka ia akan membawa kesalahan seperti ayat di bawah :

اعملوا ما شئتم

Ertinya : Buatlah apa yang kamu sukai (Fusilat : 40)

Sekiranya ayat ini diertikan secara yang tersurat sahaja, maka Allah ini memberi erti Allah memberi izin dan menyuruh kita membuat apa sahaja yang kita sukai.

Dan contoh lain dalam surah al Kahfi ayat 29 menyebutkan :

فمن شاء فليوءمن ومن شاء فليكفر

Ertinya : Maka barangsiapa yang menyukai iman ia boleh beriman dan barangsiapa yang suka kafir maka ia boleh menjadi kafir (Al Kahfi:29)

Jika ayat ini diambil secara zahir tanpa melihat kepada majaz dan pemahaman para ulamak muktabar, maka dapat diambil kesimpulan bahawa Allah telah mengizinkan kita menjadi kafir sebagaimana Dia mengizinkan kita menjadi orang Islam. Alangkah bahayanya fahaman ini.

Ulamak salafussoleh menolak fahaman Mujassimah antaranya :

1. Imam Abu Hanifah radiyallahu 'anhu :

Allah adalah sesuatu yang tidak sama seperti sesuatu yang lain. Makna sesuatu itu adalah (Dia) wujud tanpa jisim, tanpa jauhar dan tanpa ardh (Al Fiqh Al akbar)


2. Imam Abu Al Fadhl Abdul Wahid bin Abdul aziz At Tamimi (410H) meriwayatkan :

Imam Ahmad bin Hanbal mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman. Beliau (Imam Ahmad) berkata : Sesungguhnya, nama-nama diambil daripada syariat dan bahasa. Adapun ahli bahasa meletakkan nama tersebut (nama-nama yang boleh membawa kepada maksud jisim) dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran, ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya. Sedangkan Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kejisiman tersebut (Maha suci Allah subahanahu wa ta'ala daripada makna-makna lafaz mutasyabihat tersebut dari sudut bahasa). (Manaqib Imam Ahmad karangan Imam al baihaqi)

3. Imam At Tohawi (321H) berkata juga ketika menjelaskan tentang aqidah Imam Abu Hanifah (150H) dan anak muridnya :

"Maha Tinggi dan Suci Allah subahanahu wa ta'ala daripada sebarang had, sempadan, anggota dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat) (matan Aqidah Tohawiyah)

4. Imam Abu Hasan Al Asy'ari (324 H) mengingkari kejisiman bagi Allah dalam buku beliau yang bertajuk Al Luma' (m/a 18)

5. Imam Abu Bakar Al Razi (370 H) berkata :

Allah subahanahu wa ta'ala juga bukan suatu jisim ataupun yang menetap pada jisim, sedangkan Dialah Maha Pencipta segala sifat baharu dan segala jisim (Syarh Bad'ie Al Amali m/s 159-160)

6. Imam hadith menolak fahaman tajsim :

Imam Ibn Al-Batthal Al-Maliki berkata:

غرض البخاري في هذا الباب الرد على الجهمية المجسمة في تعلقها بهذه الظواهر، وقد تقرر أن الله ليس بجسم فلا يحتاج إلى مكان يستقر فيه، فقد كان ولا مكان ، وانما أضاف المعارج إليه إضافة تشريف ، ومعنى الارتفاع إليه اعتلاؤه - أي تعاليه - مع تنزيهه عن المكان

Imam Al-Bukhari membentangkan bab ini dalam menolak golongan Jahmiyyah dan Mujassimah pada pergantungan mereka terhadap makna-makna zahir (mutasyabihat) tersebut. Maka, beliau (Imam Al-Bukhari) telah menetapkan bahawasanya Allah s.w.t. tidak berjisim dan tidak berhajat kepada tempat untuk menetap padanya. Allah s.w.t. telah wujud tanpa bertempat, maka Al-Ma'arij (naik) kepadaNya itu merupakan suatu nisbah kemuliaan... [Bahjah An-Nufus 13/416]

Kedudukan Ahli Tajsim/Golongan Mujassimah Menurut Ulama Sunnah :

1. Imam As Sayuthi berkata : Kaedah : Imam Syafie berkata : Tidak boleh mengkafirkan seseorangpun dari ahli kiblat (Muslim) melainkan mujassim dan orang yang mengingkari ilmu Allah terhadap perkara-perkara juz'iyyat (As Asybah wa An Nazho'ir m/s488)

2. Imam Ibn Hajar al Haithami berkata :

Ketahuilah bahawasanya Imam al Qarafi dan sebagainya meriwayatkan daripada Imam as Syafie, Imam Malik, imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah radiyallahu anhum bahawasanya mereka berpegang dengan pendapat tentang mengkafirkan orang-orang yang menetapkan tempat dan kejisiman bagi Allah subahahu wa ta'ala. Mereka benar dalam pegangan tersebut. (Al Minhaj al Qowin m/s 224)

3. Imam Al Mulla 'Ali Al Qafri Al hanafi juga berkata :

Maksudnya : Begitu juga dengan orang yang berkata bahawasanya Allah itu berjisim, Allah itu mempunyai tempat (bertempat), Allah diliputi oleh peredaran zaman dan sebagainya, maka dia ialah kafir kerana tidak tetap baginya akan hakikat keimanan (Syarh Fiqh Al Akbar m/s 271)

Namun Imam Al Ramli As Syafie ketika menjawab soalan mengenai hukum orang yang menetapkan tempat atau posisi bagi Allah yang mana ia membawa kepada kejisiman, beliau berkata :

القائل المذكور مسلم, وإن كان مبتدعا

Maksudnya :Orang yang berkata sebegitu tetap seorang Muslim walaupun seorang pembid'ah

Demikianlah sebahagian pendapat para ulama' mengenai golongan mujassimah. Para ulama salaf dan khalaf bersepakat dalam menghukum sesat golongan mujassimah, walaupun berbeza pendapat dalam mengkafirkan mereka. Walau bagaimanapun dengan wujudnya pendapat ulama yang mengkafirkan gologan mujassimah ini, menunjukkan betapa beratnya kesesatan fahaman tajsim ini dan sewajarnya para ulama berusaha sedaya upaya untuk membanterasnya.

Bagaimana cara berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat (ayat yang samar-samar maknanya) ?

Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali radiyaLlahu 'anhu berkata :

Ketahuilah bahawasanya kebenaran yang jelas, sepertimana yang dijelaskan oleh ahlul basa'ir (orang yang celik mata hatinya) ialah mazhab salaf, iaitu yang saya maksudkan di sini ialah mazhab para sahabat dan tabi'in dan saya akan jelaskannya beserta dalil-dalilnya.

Maka saya berkata : Hakikat mazhab salaf, yang mana merupakan mazhab yang benar pada pandangan kami (ulama Islam) iaitu apabila sampai suatu hadith yang mutasyabihat kepada orang awam (kaum Muslimin yang awam), maka wajib bagi mereka (orang awam tersebut) berpegang dengan tujuh perkara ini iaitu :

1. Taqdis (menyucikan Allah daripada sifat kejisiman)

2. kemudian tasdiq (membenarkan lafaz yang disebut oleh Allah subahanahu wa ta'ala dan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam).

3. kemudian i'tiraf (mengaku kelemahan diri dalam memahami nas mutasyabihat tersebut)

4. kemudian As Sukut (tidak bertanya tentang maksud sebenar perkataan mutasyabihat tersebut)

5. kemudian al Imsak (tidak mengubah lafaz-lafaz zahir tersebut ataupun mengubah maknanya dengan kefahaman sendiri).

6. kemudian al Kaff( menahan akal daripada memikirkan tentang nas-nas mutasyabihat tersebut)

7. kemudian At Taslim il ahlil makrifat (menyerahkan perbahasan tersebut kepada ahli makrifat yang mendalam ilmu mereka tentang masalah tersebut, tanpa melibatkan diri dalam perbahasan tersebut dengan mereka).

Demikianlah asas-asas bagi orang awam, dalam menjaga aqidah mereka daripada fahaman tajsim dan ta'thil.

WaLLahua'lam