1. Menyakiti kaum Muslimin lain yang tidak termasuk dalam kelompok mreka kerana seringkali dituduh sebagai Ahlu An Nar (penghuni neraka) . Dan akibatnya sesama kaum Muslimin sering terjebak di dalam pelbagai konflik dan permusuhan - perkara ini sudah terjadi di Malaysia. Lihat sahaja di dalam internet dan juga perpecahan yang berlaku di Malaysia akhir-akhir ini yang menggoncang persaudaraan dan perpaduan umat Islam.
2. Menggembirakan orang-orang kafir kerana mereka yang memang menginginkan retaknya hubungan di antara umat Islam, merasa tidak perlu bersusah payah menimbulkan provokasi, cukup hanya menjadi penonton kerana umat Islam sendiri sudah bermusuhan antara satu dengan yang lain.
Dari segi nas-nas agama, pengakuan mereka sebagai satu-satunya Firqah Najiah akan mengakibatkan majoriti umat Muhammad ini dari agama Islam (kerana telah dijatuhkan hukuman kafir atau syirik). Padahal dalam hadith-hadith sahih disebutkan bahawa umat Muhammad atau umat Islam akan menjadi majoriti penghuni di Syurga. Mari ktia perhatikan hadith sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim sebagai berikut yang bererti :
Dari Ibnu Mas'ud radiyaLlahu anhu dia berkata :
Pernah kami sekitar 40 orang lebih bersama RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam sebuah rumah kecil yang bundar. Lalu beliau bersabda : Mahukah kamu menjadi 1/4 penghuni syurga? Kami menjawab : Ya. Beliau bersabda lagi : "Mahukah kamu menjadi 1/3 penghuni syurga? . Kami menjawab : Ya. Beliau lalu bersabda : "Demi zat yang jiwa Muhammad ada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya saya benar-benar mengharapkan agar kalian semua (iaitu umat Islam) menjadi 1/2 penghuni syurga. Yang demikian itu kerana tidak ada yang akan masuk ke syurga kecuali orang Muslim dan tidaklah kamu semua akan berada dalam golongan orang-orang yang berbuat kesyirikan kecuali seperti rambut putih yang ada pada kulit lembu yang htiam atau seperti rambut hitam yang ada pada kulit lembu yang merah.Hadith sahih di atas dengan jelas menunjukkan bahawa umat Islam ini adalah majoriti penghuni syurga di mana Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam mengharapkan agar umat Islam ini menjadi 1/2 ahli syurga. Para ulama berkata bahawa semua harapan (roja') yang berasal dari ALlah subahanahu wa ta'ala atau dari Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam maka ia pasti akan terbukti.
Menurut imam al Qurthubi petunjuk harapan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu dapat dilihat pada firman ALlah ta'ala :
وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ (٥)(Surah ad Dhuha : ayat 5)
Ertinya : Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
Menurut as Suddi ayat ini menunjukkan adanya syafa'at bagi seluruh kaum Mukminin. (Lihat Tafsir al Qurthubi XX/68). Begitu juga dengan firman ALlah dalam sebuah hadith qudsi riwayat Imam Muslim yang bererti :
Sesungguhnya Kami benar-benar akan memuaskanmu berkaitan umatmu dan Kami tidak akan membuatmu sedih(Dalilul Falihin II/267)
Pada hadith tersebut Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam menggambarkan umat Islam ini adalah 1/4nya adalah penduduk syurga lalu naik jumlahnya menjadi 1/3 lalu naik lagi menjadi 1/2 penduduk syurga. Teknik penyampaian ini lebih menyentuh hati dan menggugah perasaan serta menunjukkan adanya pemuliaan (ikram) terhadap umat ini kerana memberikan sesuatu kepada seseorang secara berulang-ulang menunjukkan adanya perhatian terus menerus kepada orang tersebut. Dan juga teknik penyampaian seperti ini mengandungi adanya pengulangan terhadap penyampaian khabar gembira (bisyarah) dan ini akan mendorong seseorang untuk juga memperbaharui atau mengulang-ulang rasa syukurnya kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. Bahkan dalam riwayat lain disebutkan :
Sesungguhnya penduduk syurga itu terdiri dari 120 saf, 80 safnya terdiri dari umat ini (iaitu umat Islam).
Hadith ini menunjukkan bahawa penghuni syurga nanti 2/3 nya terdiri dari umat Islam.Bererti umat Islam ini lebih dari 1/2nya adalah penghuni syurga iaitu melebihi jumlah yang disebutkan dalam hadith pertama di atas. Hal ini tidaklah menunjukkan adanya percanggahan antara dua hadith tersebut melainkan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dalam hal ini telah memberitahu lagi dengan jumlah yang lebih banyak. (lihat Dalilul Falihin II/271 terbitan Darul Kutub al Ilmiyyah pada bab ar Roja').
Selanjutnya penegasan Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam dalam riwayat Bukhari dan Muslim di atas :
Dan tidaklah kamu semua akan berada dalam golongan orang-orang yang berbuat kesyirikan kecuali seperti rambut putih yang ada pada kulit lembu yang hitam atau seperti rambut hitam yang ada pada kulit lembu yang merah.
Bukankah ini menunjukkan bahawa umat Islam yang jatuh ke dalam perbuatan syirik hanyalah minoriti seperti sedikitnya rambut putih di atas kulit lembu yang hitam. Cubalah perhatikan lembu yang kulitnya berbelang-belang, bukankah yang majoritinya itu adalah rambut yang berwarna hitam dan rambut putihnya sangat sedikit. Sementara terang dan jelas dinyatakan dalam hadith itu bahawa umat Islam yang jatuh dalam kesyirikan hanyalah laksana rambut putih yang ada pada kulit lembu berwarna hitam.
Dengan nas ini terbuktilah bahawa sikap mereka yang terlalu mudah menuduh orang lain dengan syirik dan kafir hingga menghukum kepada kafir atau musyriknya majoriti umat ii adalah nyata bertentangan dengan penjelasan Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam.
Sebagai penambahan sebelum menela'ah kitab tulisan Doktor Azizah al Kayali mari kita renungkan 2 hadith Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam berikut :
(Hadith muttafaqun 'alaih).
Dari Ubadah bin Shamit radiyaLlahu 'anhu dia berkata: bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam : Barangsiapa bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain ALlah yang Esa serta tidak ada sekutu bagiNya dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan RasulNya, bahawa Nabi Isa adalah hamba ALlah dan utusanNya (ke Bani Israel) juga kalimatNya yang disampaikan keapda Maryam serta ruh dariNya. Dia juga bersaksi bahawa syurga itu haq, dan neraka juga haq, maka ALlah apsti akan memasukkannya ke dalam syurga walau bagaimanapun amal perbuatannya
Hadith yang direkodkan oleh Muslim dari Ubadah bin Shamit juga RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain ALlah dan bahawa Muhammad adalah utusan ALlah maka ALlah akan mengharamkan atasnya api neraka.
Dengan demikian maka semua kaum Muslimin itu, sepanjang dia masih beriman, pasti akan masuk syurga. Mengenai apakah secara langsung tanpa hisab atau masuk neraka terlebih dahulu baru kemudian masuk syurga, semua itu hanya ALlah yang tahu dan kita wajib menyerahkan keputusannya kepada kehendak ALlah subahanahu wata'ala.
Penterjemah Abu Al Fayadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan