CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Khamis, 21 Januari 2010

Kesimpulan Penting

Perhatian : Artikel ini perlu dibaca keseluruhan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas di bawah label : Siapakah Firqatun Najiah (Golongan Selamat)

Adapun kesimpulan yang dapat kita ambil dari huraian singkat ini adalah : "Kita harus mengi'tiqadkan bahawa Kaum Muslimin itu walaupun berbeza-beza mazhab, pendapat dan pandangan-pandangannya adalah selamat dari khulud (kekal) dalam neraka.

Hal ini kerana Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam telah menjadikan orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah Muhammad RasuluLlah sebagai kaum Muslimin yang bertauhid dan selamat dengan izin ALlah subahanahu Wa Ta'ala walau bagaimanapun besarnya perbezaan di antara mereka dalam masalah-masalah feqh (fari'yyah) sehingga mereka terbahagi dalam beberapa mazhab dan kelompok. Tetapi semua ini adalah dengan syarat bahawa mereka itu tidak melakukan satu perkara yang secara ijma' menyebabkan mereka jatuh kafir.

Dan saya berharap semua kaum Muslimin dapat memenuhi pensyaratan ini dengan izin ALlah Subahanahu wa Ta'ala. Adapun perkara selamat dari neraka dan tidak akan memasukinya selama-lamanya maka itu semua kembali kepada Allah 'azza wajalla.

3 ulasan:

nUr_Of_IsLaM berkata...

ada 73 golongan...di mana 72 msuk ke neraka dan 1 shj ke syurga...iaitu ahli sunnnah wal jamaah...
...ulama terkenal seperti dr. 'aid bin abdullah al-qarni juga dikatakan pendakwah wahabi...
wahabi! wahabi! wahabi!...kdg2 menimbulkan kecelaruan pemikiran...

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum Nur Of Islam,

Mengenai Ciri-ciri Wahhabi sahabat kami ada mengkajinya di sini :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-ringkas-fahaman-wahhabi.html

Fakta menarik : Dr Aidh al Qarni sendiri dihukum sesat oleh Wahhabi Salafi :


Fatwa tentang kesesatan Aidl Al-Qarny

Selasa, 10 Februari 2004 - 00:10:54 :: kategori Fatwa-Fatwa
Penulis: Syaikh Fauzi bin Abdullah Al-Atsary
.: :.
Fadhilatus-Syaikh dari Bahrain, Syaikh Fauzi Al-Atsary (hafizhahullah)
ditanya pertanyaan berikut:

"Siapakah Aidl Al-Qarny dan apakah diperbolehkan mendengarkan kasetnya?"

Syaikh menjawab:

"Seseorang tidaklah seharusnya mendengarkan orang ini dan orang yang semacamnya. Dia ini dari Ahlul Bid'ah, Quthubiyyun dan dia adalah seorang Sufy. Pernyataan-pernyataannya bersesuaian dengan Sufiyyah.

Dia menyeru kepada Quthubiyyah dan politik. Dia berbicara buruk
tentang Ulama.

Dia memiliki kaset rekaman di mana dia berkata bahwa Ulama tidak keluar dalam jihad, dan bahwasanya mereka tidak memberikan fatwa tentang jihad dan banyak kebohongan lainnya tentang Ulama. Maka tidak diperbolehkan mendengarkan kaset-kasetnya."

(Sumber: "Kaset Ushul Da'wah Salafiyyah" -30 July 2003, Copenhagen,
Denmark
[www.darulhadith.com, 29 08 2003]. Diterjemahkan tim salafy.or.id.
Muroja'ah al ustadz Abu Hamzah)

sumber : http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=508

WaLLahua'lam

Pencinta Ilmu berkata...

Alangkah Indah jika segala tohmahan dijawab dengan kata-kata mulia seperti dibawah...Allahummahdina sawa'assabiil...waakhrijna minazzulumaati ilannur.

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    9 bulan yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan