CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :
Ahad, 16 Februari 2014
Hukum Membaca Surah al Fatihah Kepada Orang Islam Yang Meninggal Dunia
Sunat apabila mendengar kematian atau mendengar musibah menyebut InnaliLlahi wa inna ilaihi roji'uun. Namun adakah tidak boleh membaca surah al Fatihah dan menghadiahkannya kepada simati apabila mendengar perkhabaran kematian mengenainya ?
Jawapan :
Oleh : Dr Abd Malik Abd Rahman as Sa'adi (Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, pakar feqh di Iraq)
Tidak terdapat satu dalil yang khusus yang membolehkannya dibaca untuk orang-orang yang telah mati melainkan ketika solat jenazah.
Namun begitu, ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana :
Ia adalah 'Fatihah al Kitab' (Pembukaan al Quran), As Sab'u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.
Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua'lam.
Setiap yang telah diperkatakan tadi juga boleh dikategorikan termasuk di dalam kaedah : "Buatlah kebaikan, semoga kamu berjaya" وافعلوا الخير لعلكم تفلحون
Namun begitu, walaupun kami berpendapat perkara yang telah berlalu tadi bukanlah satu yang bid'ah di dalam agama, tetapi patut juga kamu ketahui bahawa ia dikira sebagai bid'ah SEKIRANYA kamu melakukannya, kemudian menghubungkannya secara terus kepada Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan mengatakan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah melakukan yang demikian atau berkata " Rasulullah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda : "Lakukan seperti berikut.." kerana itu adalah satu pendustaan terhadap Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam.
TETAPI kita melakukannya berdasarkan satu keizinan yang umum, kerana itu kita tidak mengaitkannya dengan masa atau tempat atau sifat atau cara tertentu bagi keizinan tersebut. WaLlahua'lam.
Sumber Rujukan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq
Respon Isu : https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/?type=1&theater
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan