CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Sabtu, 22 Februari 2014

Siapakah Golongan Anti Hadith Masakini ?

INFO BERGUNA : PENCERAHAN TENTANG GOLONGAN ANTI HADITH

Oleh : Majlis Al-Banjari Litafaqquh Fiddin

Artikel ni admin adaptasi drpd temubual admin dgn tuan guru kita Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari hafizahullah. Pesanan admin, bacalah dengan tenang supaya dapat difahami dengan jelas terutama pada bahagian kalam guru kami.

___________________

Kelompok Anti Hadith ada DUA :

1) Anti semua hadith, tak kira hadith tu Sahih, Hasan, atau Dhaif.
2) Anti hadith Dhaif saja, hadith Sahih dan Hasan mereka terima.

Kedua2 kelompok ni berbahaya.

Kelompok Pertama: Ialah kelompok yg menentang dan tidak menerima kesemua hadith2 Nabi saw.

Kelompok Kedua: Ialah kelompok yg menentang, fobia, dan tidak menerima penggunaan hadith2 Dhaif sekalipun dalam perkara fadhail amal. Kelompok ini menyamakan taraf hadith2 dhaif seperti hadith2 maudhu'.

[] [PERHATIAN] Terkeluar dari maksud kelompok kedua itu adalah golongan yang menetapkan hadith Sahih dan Hasan sahaja sebagai dalil dan hujjah dalam hukum hakam, sementara hadith Dhaif masih dapat diamalkan dalam perkara fadhail amal, sirah, manaqib, dan tarikh. Namun sekiranya hadith dhaif itu memiliki pelbagai syuhud yg dpt menaikkannya ke darjat hasan lighairihi, maka dapatlah ia dijadikan sebagai hujjah dalam hukum ahkam. Dengan pendirian ini, maka kesemua bahagian hadith2 samada Sahih, Hasan dan Dhaif itu dapat dijaga dan diamalkan. Inilah pegangan ulama hadith Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini juga pegangan kita. []

Kelompok Pertama diibaratkan sebagai abang. Manakala kelompok kedua diibaratkan sebagai adik.

Si abang terlalu “extreme” dalam penolakkannya terhadap As-Sunnah. Manakala Si Adik agak lunak dan berhemah dalam penolakannya terhadap As-Sunnah.

Si Abang terang-terangan dalam tindakannya, manakala Si Adik bijak “cover line” dalam aktivitinya.

Kedua2 kelompok ni sangat bijak berkata2 dan pusing2 kata. Sekalipun kedua2 kelompok ni diibaratkan sebagai adik beradik, namun kedua2 kelompok ini saling berlawan dan berlumba dlm menyebarkan fahaman dan melebarkan pengaruh. Biarpun terpaksa menjadikan pihak lain sebagai mangsa dalam persaingan mereka.

Orang awam yg tidak mengerti, akan menganggap siapa di antara mereka (kedua2 kelompok tersebut) yg paling hebat hujjahnya sbg Hero dan Juara pembela Agama. Walhal kedua2nya dalam senyap adalah Juara yg meruntuhkan Agama.

Apabila mereka bertembung, mereka akan saling menghujam dan menghujat. Ini kerana asas “trick” dan manhaj penyebaran fahaman kedua kelompok ini adalah : "Islam tertegak dengan Hujjah".

_____________

Menurut guru kami, yg memberi komentar terhadap cogan kata : "Islam tertegak dengan Hujjah". Beliau memberi pencerahan sebagai berikut :

[] “Yang sebenarnya Islam bukan hanya akan tertegak dengan semata-mata Hujjah, tetapi dengan Ilmu dan Amal yg muwafakat dgn petunjuk Ilahi, atau kata lain yg lebih ampuh : “Hidayah dan Taufiq Allah”.

Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi jika tidak berpijak di atas Ilmu yg benar, akhirnya mereka tersesat. Lihat sajalah kaum Nashrani, dan yg senasib dengannya. Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi jika tak pernah beramal dengan syariat-Nya, akan terjerumus ke dlm kelompok sesat juga. Lihat sajalah kaum Yahudi, dan yg seperangai dengannya. Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi selama jauh dairipada Hidayah dan Taufiq Allah, mereka berlegar-legar dalam relung kesesatan.
Sesiapa sahaja yg memiliki ilmu yg benar yg muwafaqat dengan petunjuk Ilahi dan pedoman Nabawi, serta mengamalkannya dalam setiap detik kehidupan, samada urusan dunyawi mahupun ukhrawi, maka ia akan selamat dan bahagia. Sesiapa sahaja yg dikurniakan Hidayah dan diberikan Taufiq, pasti mereka berjaya di dunia dan sentosa di akhirat.
Golongan yg berjalan di atas Ilmu dan Amal, golongan yg mendapat kurniaan Hidayah dan Taufiq, golongan inilah yg menjadi penegak Agama, golongan inilah yg menyebarkan keindahan dan kesyumulan Islam. Golongan inilah yg diberi kekuatan hujjah melalui lidah dan akhlak. Golongan inilah yg mendapat pertolongan daripada Allah Ta’ala. Golongan inilah yg dapat mengalahkan musuh2 Islam.” []

_________________

{ SOALAN } Mana yg lebih berbahaya antara dua kelompok tersebut?

Kedua2nya adalah berbahaya. Oleh itu, kedua2nya perlu dijauhi oleh orang awam. Kedua2nya perlu disedarkan oleh para ulama. Kedua2 kelompok ini juga perlu di ta’zir (dihukum) oleh pemerintah Negara Islam sekiranya mereka masih aktif menyebarkan fahamnya.

Menghukum kelompok pertama saja, dan membiarkan kelompok kedua adalah satu pekerjaan yg tak berkesudahan. Kerana kedua2nya sama saja nisbah penolakan mereka terhadap As-Sunnah secara syumul. Hanya saja kelompok pertama itu agak keterlaluan, manakala kelompok kedua agak lunak. Namun kedua2 sama dalam tujuan iaitu mengelirukan orang ramai terhadap asas dalil2 syariat.

Adakalanya yg lunak itu lebih berbahaya berbanding yg melampau. Di awal surah al-Baqarah Allah menceritakan sedikit tentang orang2 yg beriman, kemudian sedikit tentang orang yg kafir, kemudian banyak tentang orang2 munafik. Sekali pun kita tahu bahawa orang kafir itu berbahaya, namun para ulama menegaskan bahawa orang2 yg munafik itu lebih berbahaya berbanding orang kafir.

________________

{Soalan} Bukankah kelompok kedua juga menghidupkan As-Sunnah dan mengajak orang kepada Sunnah?

Jangan terpedaya dengan zahir. Para ulama telah pun sepakat menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai Hujjah Syariat.

Al-Quran dan As-Sunnah, merupakan dalil Mujma’ ‘Alaih (Ijmak atasnya), manakala Ijmak dan Qias merupakan dalil Muttafaqun ‘Alaih (Sepakat atasnya).

Ijmak dan Qias itu bukan lain melainkan drpd tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah sendiri. Bermakna, membuang Ijmak dan Qias secara tidak langsung menolak Al-Quran dan As-Sunnah. Dan ini berlaku bukan sahaja kepada Kelompok Pertama, bahkan kepada Kelompok Kedua itu sendiri.

Tentang As-Sunnah itu pun para ulama telah pun sepakat kepada pembahagian darjatnya secara umum iaitu, Sahih, Hasan, dan Dhaif. Inilah pembahagian darjat hadith secara umum yg disepakati dan yg kita semua pelajari. Para ulama juga sepakat ketiga2 darjah hadith ini dapat diamalkan. Hanya pengamalannya saja berbeza, iaitu hadith Dhaif dpt diamalkan pada perkara fadhail amal, manaqib, tarikh, sementara hadith Sahih dan Hasan dapat diamalkan dlm pendalilan hukum hakam.

Ini berbeza dgn Kelompok Kedua yg jelas menolak hadith2 Dhaif dlm urusan fadhail amal. Lebih malang mereka telah menyamakan taraf hadith Dha’if dengan hadith Maudhu’.

Perlu kita ketahui bahawa terjadinya hadith dha’if itu ialah bergantung dgn perawi. Sementara Matan hadith tetap drpd Nabi saw. Ini berbeza dgn hadith Maudhu’ yg sememangnya Matan hadith itu bukan drpd Nabi saw. Menolak hadith dhaif itu secara umum bererti telah membuang sebahagian besar hadith2 drpd Rasulullah saw.

Maka bagaimana dapat dikatakan Kelompok Kedua itu menghidupkan As-Sunnah?

_____________

Allah.. Sangat hebat fitnah yg menimpa kita. Jom perbanyakkan berdoa, moga Allah SWT sentiasa melindungi dan menyelamatkan kita semua drpd fitnah ini.

Sumber  : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=258690684306012&set=a.107399699435112.13204.100004952470547&type=1&ref=notif&notif_t=like_tagged

Tiada ulasan: