“Buku yang bertajuk “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: InilahJawapannya…” yang disusun dan ditulis oleh Yang Berbahagia, UstazMuhadir bin Haji Joll diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada kaummuslimin. Saya dapati buku ini adalah baik dan bermanfaat kepadamereka yang berminat untuk mengetahui dalil-dalil dan hujjah-hujjahpermasalahan yang tersebut menurut pandangan Ahli Sunnah WalJama’ah.”
Sahibus Samahah,
Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi
Bekas Mufti Negeri Sarawak
Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah & PenjelasanUlama’: Inilah Jawapannya…” adalah tepat pada masanyauntuk menjawab persoalan-persoalan yang sering ditimbulkandalam masyarakat. Penyusun dan penulisnya,Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, telah berusaha menjawabpersoalan-persoalan ini dengan merujuk kepada penjelasan paraulama’ muktabar dan berwibawa dari kalangan mutaqaddimin danmuta’akhkhirin.”
Dato‘ Haji Hashim Yahya
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah dan Pendirian Ulama’: InilahJawapannya…” adalah amat tepat pada masanya. Saya percaya iaakan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalankhilafi yyah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisanbuku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajardengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, disamping mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaahdan mengekalkan keharmonian masyarakat.
Dato‘ Haji Wan Mohamad bin Dato‘ Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
“Sepanjang pengetahuan saya, inilah buku berbahasaMelayu paling lengkap yang pernah saya jumpa, yangmenjawab hampir keseluruhan perkara-perkara yang seringditimbulkan di dalam masyarakat terutamanya di duniaMelayu Islam. Tajuk-tajuk di dalam buku ini disusun denganbaik sekali bermula dari perkara-perkara yang melibatkanAqidah sehinggalah kepada perkara Umum yang meliputi117 tajuk keseluruhannya, beserta penjelasan daripada paraulama’ yang muktabar.”
Dato’ Haji Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad
Timbalan Yang Di Pertua,
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
“Saya bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tidakterhingga kerana Ia telah mengurniakan taufi q dan hidayatkepada saudara yang mulia Ustaz Muhadir bin Haji Joll untukmenyediakan kitab yang sangat besar faedahnya dalammenerangkan masalah-masalah agama dalam masyarakatyang berjudul “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’:Inilah Jawapannya…”
Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Pemikir Islam/ Felo Amat Utama Akademik,
Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam
(ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Untuk pelajar UIA yang ingin mendapatkan buku ini boleh hubungi ;
Amir : 014-5079363
Hidayah : 013-4564787
Sumber : http://jomtalaqi.blogspot.com/
2 ulasan:
assalamualaikum.
buku ni dah ada di pasaran ke?
Wa'alaikumussalam,
Buku ini sudah berada di pasaran (tapi terhad) .
Boleh membeli atau tempah pada nama yang berikut. Sila klik :
http://1.bp.blogspot.com/_qAJ5keByjBg/TTvOi1zgFYI/AAAAAAAAAFI/WTjWWySqjOk/s1600/poster+perkara+asas+%2528kuning%2529.jpg
Catat Ulasan