CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Ahad, 16 Januari 2011

Apakah Hukum Bacaan Kuat Selain Dari Azan ?


Soalan :

Assalamu'alaikum ustaz, dalam artikel di Malaysiakini. Seorang bekas mufti (Dr Asri Zainal Abidin) menyatakan bahawa bacaan selain dari azan patut dihentikan di masjid-masjid. Sila rujuk :

http://www.malaysiakini.com/news/153502


Jawapan :

Wa'alaikumussalam warahmatullah, alhamdulillah segala puji bagi Allah. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, kepada ahli keluarganya dan para sahabat seluruhnya.

Sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa sahaja pernyataan maka perlulah dibuat penyelidikan. Sebagaimana dalam al Quran menyatakan :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Surah al Hujaarat: Ayat 6)

Malangnya apabila perintah Allah ini tidak diambil berat. Maka mudah sahaja mendatangkan hukum dan tuduhan yang mendatangkan kesan buruk terutamanya kepada Umat Islam bahkan Syiar Islam itu sendiri.

Persoalan yang timbul :

1. Adakah dengan hujjah yang digunakan oleh Dr Asri ini. Maka selepas ini, kita terpaksa menutup radio-radio yang berunsurkan Islam kerana DIKHUATIRI menganggu orang bukan Islam ? Menutup kedai-kedai buku agama ? Sekolah-sekolah Agama yang berada di tempat yang dikongsi bersama dengan orang Bukan Islam ? Bahkan ceramah-ceramah dan kuliah ilmu agama yang mengajak kepada Islam juga terpaksa di hentikan kerana hujjahnya yang amat sempit ini ?

2. Benarkah 'pendapat/fatwa' yang dikeluarkan oleh bekas Mufti ini dan tiadakah dalil-dalil dari As Sunnah yang SAHIH mengenai perkara ini ?

Jawapan dari Ustaz Akitiano :

Perlu semua pembaca tahu, bahwa sebelum membahas tentang melantunkan zikir atau selawat dengan penguat suara, ana hanya menegaskan bahwa membaca selawat dan doa adalah disunnahkan dalam Islam. Ini berdasarkan pada hadis Sahih Muslim:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا

تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Diriwayatkan dari Abdillah bin ‘Amr bin al-‘Ash bahwa beliau mendengan Nabi SAW berkata

: “Ketika kamu semua mendengar orang yang melantunkan azan, maka kamu semua sebutlah (jawablah) seperti apa yang dia sebutkan lalu BERSELAWATLAH kalian semua KEPADAKU (Nabi) maka sesungguhnya barang siapa berselawat terhadapku dengan satu selawat, nescaya Allah akan selawat (memberi rahmat ta’zim) terhadapnya dengan sepuluh selawat tadi, lalu berwasilahlah kamu semua kepada Allah menggunakan aku sebagai perantaraan kerana sesungguhnya wasilah itu adalah tempat di syurga. Tidaklah patut tempat tersebut kecuali bagi hamba daripada hamba-hamba Allah dan aku mengharapkan adanya Aku adalah dia. Maka barangsiapa meminta Aku sebagai wasilah maka berhaklah dia mendapatkan Syafaat ”.

Dari sini, jelaslah bahwa berselawat setelah azan adalah disyariatkan dalam Islam dan berdasarkan hadis yang sahih! Oleh sebab itu, tidaklah salah bagi beberapa tarikat seperti Naqshabandi Haqqani atau lainnya melantunkan bacaan seperti “الصلاة والسلام عليك، يا خاتم الأنبياء” setelah azan sebelum doa. Perkara ini juga ditegaskan oleh Syeikh Fuad al-Maliki di Masjid Taman TAR semalam, yaitu 15 Januari 2011.

Ditambah lagi, keutamaan berdoa antara azan dan iqamah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لا يرد الدعاء بين الأذان والإقامة "

Rasulullah SAW bersabda:

tidak akan ditolak doa (yang dipanjatkan) antara azan dan iqamah.

Hadis ini menunjukkan bahwa selagi ada waktu untuk berdoa antara azan dan iqamah, maka doalah!

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Azkar di bab doa setelah azan.

Sedangkan hukum melantunkan bacaan solawat yang bernasyid seperti selawat badar atau lainnya dengan suara indah dan nanyian merdu di MASJID adalah mubah. Ini adalah berdasar dari hadis riwayat Imam Nasa’I di bab Keringanan melantunkan Syair yang bagus di dalam masjid:

عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ مَرَّ عُمَرُ بِحَسَّانَ بْنِ ثَابِتٍ وَهُوَ يُنْشِدُ فِي الْمَسْجِدِ فَلَحَظَ إِلَيْهِ فَقَالَ قَدْ أَنْشَدْتُ وَفِيهِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَالَ أَسَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَجِبْ عَنِّي اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ

Dari Sa’id bin al-Musayyab, beliau berkata: pada suatu saat Umar berjalan bertemu Hasan bin Tsabit yang sedang melantunkan sebuah Syair indah di masjid, lalu Umar menegurnya, namun Hasan menjawab: Aku telah melantunkan Sya’ir di masjid yang di dalamnya ada seseorang yang kemuliaannya lebih mulia daripada kamu, kemudian ia menoleh kepada Abu Hurairah. Maka Hasan melanjutkan perkataannya bukankah kamu telah mendengar sabda Rasulullah SAW, Jawablah dariku, YA Allah semoga Engkau menguatkannya dengan ruh al-Qudus. Lalu Umar menjawab YA Allah, benar (aku sudah mendengarnya).

Hukum lantunan tersebut dengan suara yang kuat (dalam arti dapat didengar oleh orang lain bukan berarti kuat dengan suara yang nyaring lagi mengganggu) dan beramai-ramai adalah mubah. Ini berdasarkan hadis riwayat Nasa’I yang telah disebutkan di atas dan disyarahkan oleh Syeikh Ismail Utsman Zain al-Yamani di dalam kitabnya yang berjudul Irsyadu al-Mu’minin, cetakan Mekkah: Maktabah Mathabi’ al-Zamzam, Hal. 16:

ومما يستأنس به في ذلك إباحة انشاد الشعر في المساجد إذا كان مدائح صادقة أو موعظة و أدبا أو علوما نافعة وهو لا يكون إلا برفع صوت في اجتماع.

Yang biasa diambil dari hadis tersebut (Nasa’i) adalah hukum kebolehan melantunkan sebuah syair di dalam masjid yang di dalam lantunan tersebut berisi pujian-pujian, nasihat-nasihat, pelajaran adab, dan ilmu yang bermanfaat. Dan itu pasti dilakukan dengan suara keras dalam perkumpulan.

Oleh sebab itu, diperbolehkan mengkuatkan suara di masjid dengan syair-syair apatah lagi dengan zikir atau selawat!

Walau bagaimanapun, memang benar bahwa kebolehan tersebut terikat dengan ketentuan apakah sampai menganggu orang solat atau tidur (التشويش). Bahkan batasan ini telah dijelaskan di dalam kitab Bughyat al-Mustarsyidin dan lain-lain seperti berikut (Maaf ana tidak dapat menerjemah semua ibarat ini kerana kesempitan waktu):

1. بغية المشترشدين ص : 66 دار الفكر

(مسألة ك) لايكره فى المسجد الجهر بالذكر بأنواعه ومنه قراءة القران إلا إن شوش على مصل أو آذى نائما بل إن كثر التأذى حرم فيمنع منه حينئذ كما لو جلس بعد الأذان يذكر الله تعالى وكل من أتى للصلاة جلس معه وشوش على المصلين فإن لم يكن ثم تشويش أبيح بل ندب لنحو تعليم إن لم يخف رياء ويكره تعليق الأوراق المنقوش فيها صورة الحرمين وما فيها من المشاعر المسماة بالعمر فى المسجد للتشويش على المصلين وغيرهم ولكراهة الصلاة إلى ما يلهى لأنه يخل بالخشوع وقد صرحوا بكراهة نقش المسجد وهذا منه نعم إن كانت مرتفعة بحيث لا تشوش فلا بأس إلا إن تولد من إلصاقها تلويث المسجد أو فساد تجصيصه ولا يجوز الإنتفاع بها بغير رضا مالكها إلا إن بليت

وسقطت ماليتها فلكل أخدها لقضاء العرف بذلك

2. حواشي الشروانى على تحفة المحتاج الجزء الثانى ص : 58

ولا يجهر مصل ولا غيره إن شوش على نحو نائم أو مصل فيكره كما في المجموع وفتاوى المصنف وبه رد على ابن العماد نقله عنهما الحرمة إن كان مستمعو القراءة أكثر من المصلين نظرا لزيادة المصلحة ثم نظر فيه وبحث المنع من الجهر بحضرة المصلي مطلقا لأن المسجد وقف على المصلين أي أصالة دون الوعاظ والقراء ونوافل الليل المطلقة يتوسط فيها بين الجهر والإسرار بأن يقرأ هكذا مرة وهكذا أخرى أو يدعي أن بينهما واسطة بأن يرفع عن إسماع نفسه إلى حد لا يسمعه غيره.

(قوله لا يجهر مصل إلخ) شامل للفرض وغيره (قوله على نحو نائم) ظاهره ولو في المسجد وقت إقامة المفروضة وفيه نظر لأنه مقصر بالنوم حينئذ سم (قوله ثم نظر فيه) أي ابن العماد أي فيما نقله عن الفتاوى (قوله وبحث إلخ) أي ابن العماد حيث قال ويحرم على كل أحد الجهر في الصلاة وخارجها إن شوش على غيره من نحو مصل أو قارئ أو نائم للضرر ويرجع لقول المتشوش ولو فاسقا لأنه لا يعرف إلا منه ا هـ وما ذكره من الحرمة ظاهر لكن ينافيه كلام المجموع وغيره فإنه كالصريح في عدمها إلا أن يجمع بحمله على ما إذا خاف التشويش اهـ شرح المختصر للشارح ا هـ بصري ويأتي عن شيخنا جمع آخر (قوله مطلقا) أي وإن كان المصلي أقل من مستمع القراءة (قوله يتوسط إلخ) إن لم يخف رياء أو تشويشا على مصل أو نائم وإلا سن له الإسرار كما في المجموع ويقاس على ما ذكر من يجهر بذكر أو قراءة بحضرة من يشتغل بمطالعة أو تدريس أو تصنيف كما أفتى به الشهاب الرملي قال ولا خفاء أن الحكم على كل من الجهر والإسرار بكونه سنة من حيث ذاته نهاية ومغني وقال ع ش قضية تخصيص ذلك التقييد بالنفل المطلق أن ما طلب فيه الجهر كالعشاء والتراويح لا يتركه فيه لما ذكر وهو ظاهر لأنه مطلوب لذاته فلا يترك لهذا العارض اهـ وهذا يخالف لإطلاق الشارح المار ولا يجهر مصل إلخ الذي كالصريح في العموم وقول السيد البصري المتقدم هناك ثم رأيت قال شيخنا في شرح والجهر في موضعه وهو الصبح وأولتا المغرب إلخ ما نصه ويحرم الجهر عند من يتأذى به واعتمد بعضهم أنه يكره فقط ولعله محمول على ما إذا لم يتحقق التأذي ويندب التوسط في نوافل الليل المطلقة بين الجهر والإسرار إن لم يشوش على نائم أو مصل أو نحوهما ا هـ وهو صريح في العموم.

3. حاشية القليوبي الجزء الثاني ص: 127

(ورفع صوته بها) نعم يندب في التلبية الأولى أن يقتصر على إسماع نفسه ولا يندب الرفع كما مر ولو حصل تشويش على مصل أو ذاكر أو قارئ أو نائم كره الرفع بل يحرم إن تأذى به أذى لا يحتمل.

4. البجيرمى على الخطيب الجزء الثانى ص : 65

(و) الخامسة (الجهر) بالقراءة (في موضعه) فيسن لغير المأموم أن يجهر بالقراءة في الصبح وأولتي العشاءين والجمعة والعيدين وخسوف القمر والاستسقاء والتراويح ووتر رمضان وركعتي الطواف ليلا أو وقت الصبح (والإسرار) بها (في موضعه) فيسر في غير ما ذكر إلا في نافلة الليل المطلقة فيتوسط فيها بين الإسرار والجهر إن لم يشوش على نائم أو مصل أو نحوه

(قوله فيتوسط إلخ) حد الجهر أن يسمع من يليه والإسرار أن يسمع نفسه قال بعضهم والتوسط بينهما يعرف بالمقايسة بهما كما أشار إليه قوله تعالى "ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها وابتغ بين ذلك سبيلا" قال الزركشي والأحسن في تفسيره ما قاله بعضهم أن يجهر تارة ويسر أخرى إذ لا تعقل الواسطة اهـ ز ي وفسر الحلبي التوسط بأن يزيد على الإسرار إلى أن لا يبلغ حد الجهر بأن يزيد على أدنى ما يسمع نفسه من غير أن تبلغ تلك الزيادة إلى سماع من يليه ا هـ ورد بأنه لا يناسب قول الشارح إن لم يشوش على نائم إلخ لأنه إذا كان كذلك فهو مقطوع بعدم التشويش تأمل فالصواب تفسير التوسط بما تقدم (قوله إن لم يشوش على نائم أو مصل) وإلا أسر ندبا إن شرعا في النوم أو الصلاة قبل تحرمه فيما يظهر ويحتمل الأخذ بإطلاقهم قاله الشيخ ابن حجر والوجه هو الأخذ بإطلاقهم اهـ شوبري أي فيندب ولو عرض ذلك بعد تحرمه قال الرحماني فإن شوش حرم عند ابن العماد وكره عند حج وقيده ابن قاسم بغير من يسن إيقاظه للصلاة وإلا فلا يكره والمعتمد أنه إن شوش كره فقط ولا يحرم الجهر لأن الإيذاء غير محقق كما قاله الشيخ عبدء البر (قوله أو نحوه) كمدرس أو متفكر في آلاء الله تعالى ومثله الخوف من الرياء وإلا سن له الإسرار كما في المجموع ويقاس على ما ذكر من يجهر بذكر أو قرآن بحضرة من يشتغل بمطالعة أو تدريس أو تصنيف كما أفتى به الوالد ا هـ ولا خفاء أن الحكم على كل من الجهر والإسرار بكونه سنة من حيث ذاته فلا ينافي أن يجهر به أو يسر يكون واجبا اهـ

Dari kesemua ibarat ini, dapat difahami hukum menganggu orang solat tersebut masih ditafsil, yaitu makruh ketika bacaan tersebut masih diragu-ragukan oleh pembaca bahwa ia akan menganggu orang lain yang solat. Hukum menjadi haram apabila ada memiliki persangkaan (dhann) atau yakin bahwa bacaan tersebut benar-benar menganggu orang lain. Walau bagaimanapun, batasan menganggu yang dimaksud adalah apabila telah melampaui batasan kewajaran menurut standard umum.

Bukti batasan yang ana maksudkan adalah berdasarkan dari ibarat “بل يحرم إن تأذى به أذى لا يحتمل” (bahkan haram apabila benar-benar membahayakan dengan bahaya yang benar yang tidak ada kemungkinan lain). Dari kata-kata ini, dapat difahami bahaya yang dimaksud adalah seperti dengan bacaan yang kuat tersebut menyebabkan orang yang solat lupa bacaan fatihahnya sehingga urutannya kucar-kacir. Ketika bacaan kuat tersebut tidak sampai pada derajat ini, maka ia bukan dari “التشويش”. Bahkan ia menjadi sunnah seperti keterangan dari kitab Bughyah: “فإن لم يكن ثم تشويش أبيح بل ندب لنحو تعليم إن لم يخف رياء”.

Selain dari masalah tasywisy, perkara yang perlu diperhatikan adalah masalah riya’ dan tidak. Ini seperti dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin hal. 48:

(مسألة: ك): الذكر كالقراءة مطلوب بصريح الآيات والروايات والجهر به حيث لم يخف رياء ولم يشوّش على نحو مصل

Berzikir seperti membaca al-Qur’an itu digalakkan (disunnatkan) dengan dalil shorihnya ayat-ayat dan hadis-hadis. Sedangkan mengeraskan suara zikir itu boleh selama tidak dikhawatirkan riya’ dan tidak menganggu seperti orang solat.

Dengan kesemua ini,kita menolak tuduhan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berusaha merusak tradisi Islam ini yang banyak dapat memberi manfaat seperti syi’ar dan da’wah. Sedangkan tuduhan bahwa nanti orang yang bukan Islam akan berburuk sangka dengan Islam, serta menyangka selawat atau tambahan lain adalah azan, merupakan sebuah persangkaan yang tidak memiliki dasar. Orang yang bukan Islam banyak membenci Islam adalah dikarenakan mereka memang tidak mendapat hidayah dan memiliki nafsu membeci Islam sejak awal, bukan kerana tambahan ini. Buktinya, banyak di Eropah dan Amerika orang bukan Islam masuk Islam di bawah dakwah yang di bawa oleh ulama sufi seperti Syeikh Nazim yang dalam waktu yang sama tetap melantunkan azan lalu disambung dengan selawat ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW?

Bahkan Allah berfirman: “هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ”.

Dalam ayat ini menunjukkan bahwa Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah untuk membawa Islam agar menunjukkan kepada umat tentang Islam itu sendiri, walaupun orang musyrik tidak menyukainya. Kalau hanya dengan tambahan selawat ini akan menyebabkan orang bukan Islam tidak suka, lalu selawat ini diminta untuk dihilangkan, apakah gunanya Rasulullah SAW diutus untuk membawa agama – sebuah tanggung jawab yang lebih besar dari berzikir dan selawat setelah azan – dan jelas orang musyrik juga tidak suka? Apakah sebab takut salah faham dari orang bukan Islam ini kita disuruh untuk meninggalkan da’wah dan beribadah? Jawabannya tidak! semua salah sangka dapat diselesaikan dengan berdiskusi maupun berdebat secara beradab.

Secara adat umum, bacaan-bacaan selawat tersebut seperti di tanah Jawa, maupun lainnya (Tambahan Admin : Di negeri seperti di Johor : memang terdapat bilal yang akan membaca zikir dan doa 15 atau 20 minit sebelum azan dikumandangkan. Ia sebagai peringatan dan ajakan kepada umat Islam untuk turut mengingati Allah.) yang dilakukan dengan pengeras suara tidak menganggu masyarakat di sekitar masjid bahkan yang solat di dalam masjid sekalipun. Ini dikarenakan bacaan tersebut tidak terlalu nyaring dan hanya dengan suara sederhana, bukan dengan terpekik-pekik. Bahkan masyarakat nusantara merasa amalan ini tidaklah pelik, kecuali sebagian kecil orang yang banyak terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Kenyataan yang berlaku, tidak ada, dan bahkan sangat nadir (langka) orang mengeluh akan amalan ini, kecuali segelintir tadi. Semoga dengan hujjah ini dapat dijadikan I’tibar oleh kita semua sebagai golongan ahli al-sunnah wa al-Jama’ah.

Sumber :

http://akitiano.blogspot.com/2011/01/bacaan-kuat-selain-azan.html

4 ulasan:

boss berkata...

Adakah dengan hujjah yang digunakan oleh Dr Asri ini. Maka selepas ini, kita terpaksa menutup radio-radio yang berunsurkan Islam kerana DIKHUATIRI menganggu orang bukan Islam ?
-mende mengarut ni? tu radio. tu optional, ko nak dgr, maka dgr, bukan menganggu org lain.

Menutup kedai-kedai buku agama ?
-apa kehal melalut?

Sekolah-sekolah Agama yang berada di tempat yang dikongsi bersama dengan orang Bukan Islam ? Bahkan ceramah-ceramah dan kuliah ilmu agama yang mengajak kepada Islam juga terpaksa di hentikan kerana hujjahnya yang amat sempit ini ?
-aku rasa ko x fhm isu.

Admin berkata...

Assalamu'alaikum sulalongkong.

Anda baca sendiri hujjah dr asri :

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

---------------------------------

- Kita dah jawab dengan dalil dan hujjah melalui hadith sahih dan pendapat ulamak.

2. • Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

---------------------------------

Apakah kuliah-kuliah ilmu agama di Masjid, di kawasan terbuka tidak menganggu anak kecil yang tidur ? dan bukan Islam ?

Maka sebab itulah kita datangkan persoalan-persolan yang anda katakan sebagai melalut itu dan anda katakan sebagai tak faham isu.

3. Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

--------------------------------

Siapa ORANG BUKAN ISLAM yang sampai terkeliru tu ? Dan susah sangat untuk kita menerangkan kepada orang Bukan Islam ?

Dan kita sudah berikan contoh seorang pendakwah Islam yang berdakwah melalui corong pembesar suara sebelum azan : . Buktinya, banyak di Eropah dan Amerika orang bukan Islam masuk Islam di bawah dakwah yang di bawa oleh ulama sufi seperti Syeikh Nazim yang dalam waktu yang sama tetap melantunkan azan lalu disambung dengan selawat ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW.

--------

Siapa yang tidak faham isu ? Siapa yang sekarang ini cuba untuk membatasi syiar dan dakwah Islam ?

Jika orang bukan islam tidak faham. Maka kita boleh berikan penerangan dan bukan terus DIHENTIKAN sebagaimana saranan sempit Dr Asri.

Terima kasih berkunjung ke laman kami. Lain kali datanglah dengan adab dan bahasa yang sopan(mudah-mudahan Dr Asri pun pernah mengajar adab bila masuk ke tempat orang lain mengikut AL QURAN DAN SUNNAH ).

Jazakallah.

Abu Muhammad Al-Mujahid berkata...

Salam.

Orang bukan Islam yang berada di negara Islam perlu menghormati keadaan suasana Islam. (Law of land)
Jika kerana bukan Islam kita hendak menutup syiar Islam, ini suatu perkara yang teramat hodoh. Bahkan kita disuruh utk meninggikan syiar Islam.
Pembawa2 serta pengikut2 ajaran baru ini (Wahabiyyah Taymiyyah Salafiyyah) sprti biasa suka utk memadamkan syiar2 Islam sprti maulid Nabi saw, zikir nyaring, berjemaah dan sebagainya dengan membawa dalil AlQuran dan Sunnah. Golongan apakah ini yang ingin memadamkan syiar Islam dgn berpakaian Quran dan Sunnah? "Bijak" sungguh utk dilihat cantik. Mcm org buta pakai cermin mata hitam.

Artis2 yang meninggikan suara dikhalayak ramai tidak pula dibawakan dalil utk mencegahnya, muzik2 rock yang dipasang dishopping complex, lagu2 cina/hindustan yg dipasang dikedai bukan Islam, adakah tidak mengganggu orang2 Islam?
Siapakah yang patut menghormati siapa? Ini TANAH MELAYU.
Tepuk dada tny ad-doctor asri.

akitiano berkata...

Assalam...

Ana rasa sulalongkong tidak memahami kritikan kami terhadap fatwa tersebut. Kami mengkritik fatwa tersebut kerana dasar hukum yang dikeluarkan oleh beliau itu tidak memiliki dasar yang kokoh. Mungkin dengan persangkaan yang baik saja terhadap beliau, bahwa beliau hanya memahami tidak bolehnya tasywisy tanpa memahami konsep dan batas-batas tasywisy...dan kaca mata beliau terhadap fenomena sekarang sangat berbeza dengan adat Islam di Nusantara ini...

Yang lebih menggerunkan adalah jawaban beliau seolah-olah ingin membid'ahkan apa yang menjadi adat amalan kita di nusantara ini dan bid'ah yang dimaksud adlaah bid'ah yang buruk lagi hina...sekarang, pertanyaan kepada saudara, apakah kita berselawat ke atas junjungan Nabi dengan pakai pengeras suara yang tidak melampau seperti kenyataan ini dapat dianggap buruk? atau ia tidak buruk tapi diburuk-burukkan??