CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Rabu, 15 April 2009

Penjelasan Mengenai Hadith Jariyah Bab 7

Fasal Kedua: Selayang Pandang Terhadap Hadith Al-Jariyyah Riwayat Imam Muslim

Suatu hal yang perlu kita sedari bahawasanya, hadith Al-Jariyyah riwayat Imam Muslim dengan lafaz aina Allah ini setelah kita selidiki, didapati bahawasanya ianya tidak boleh dijadikan sandaran kepada masalah aqidah kerana faktor-faktor yang telah diperbincangkan pada fasal yang pertama sebelum ini.

Selain daripada ianya syaz (terasing dengan menyalahi yang lebih banyak) dan mudthorib (marjuh atau lemah berbanding yang lebih kuat) dari sudut matannya, ianya juga merupakan hadith yang kembali kepada berbilang-bilang lafaz sehingga tidak lagi boleh dijadikan dalil yang qat'ie yang membawa kepada ilmu atau keyakinan.

Namun, perbahasan tersebut jika dinilai hadith Al-Jariyyah ini dinilai daripada segenap sudut, samada dari sudut perbandingan riwayat, dari sudut perbandingannya dengan usul Islam, perbandingan sanad dan matan dan sebagainya akan membawa kepada keputusan sedemikian (iaitu hadith Al-Jariyyah versi Imam Muslim adalah mudthorib dan sebagainya).

Adapun jika kita menilai hadith Al-Jariyyah versi riwayat Imam Muslim ini secara zatnya, berteraskan aqidah yang sejahtera, tanpa membuat perbandingan riwayat dan sebagainya (walaupun pada hakikatnya, pembuktian ilmiah perlu melalui proses perbandingan riwayat ini), kita akan dapati, lafaz aina Allah (di mana Allah) dan lafaz fi As-Sama' (Allah di langit) itu sendiri merupakan daripada nas-nas mutasyabihat, yang mana yang dimaksudkan bukanlah dengan makna zahir bagi nas-nas tersebut.

Ia kembali kepada dua pendirian utama ahlus-sunnah wal jamaah iaitu samada tafwidh, menyerahkan makna kepada Allah tanpa mentapkan makna zahir atau ta'wil memberi makna lain berdasarkan kaedah bahasa Arab dan konsep murni aqidah Islam. Kedua-duanya adalah manhaj salaf dan khalaf dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat ini.

Kedudukan Persoalan Aina Allah: Hakiki atau Kiasan?

Sebahagian ulama' lain ketika berinteraksi dengan hadith Al-Jariyyah versi riwayat Imam Muslim ini cuba mengambil langkah untuk mendekatkan makna aina dengan kefahaman yang sahih, iaitu dengan kefahaman yang tidak membawa kepada fahaman tajsim atau "Allah s.w.t. bertempat".

Mereka adalah seperti Imam Ibn Al-Jauzi, Imam An-Nawawi, Imam Al-Qurthubi, Imam Al-Baji dan sebagainya. Mereka dengan aqidah murni Islam, dengan menolak konsep dan fahaman "Allah bertempat di atas Arasy", lalu mensyarahkan hadith Al-Jariyyah versi Imam Muslim ini dengan syarahan yang menepati aqidah murni Islam.

Terlebih dahulu, perkara yang paling perlu difahami oleh mereka yang berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat adalah, apa yang zahir daripada mutasyabihat, dengan maknanya dari sudut bahasa, bukanlah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w..

Ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. jika zahir sesuatu nas itu mengandungi kesamaran dan membawa kepada tasybih. Maka, kedudukan nas-nas mutasyabihat ini dipalingkan daripada makna zahirnya dengan dua cara iaitu:

Pertama: Tafwidh Ma'na: Iaitu menyerahkan makna sebenar nas mutasyabihat tersebut kepada Allah s.w.t. tanpa mendalaminya.

Kedua: Ta'wil Qarib: Iaitu memberi makna sebenar (makna lain) kepada nas mutasyabihat tersebut berdasarkan konsep majazi dalam bahasa Arab bersesuaian dengan aqidah Islam yang murni.

Dalam berinteraksi dengan nas aina Allah dalam hadith Al-Jariyyah ini juga, para ulama' ahlus-sunnah wal jamaah, baik salaf mahupun khalaf, menggunakan salah satu daripada dua manhaj tersebut yang mana kedua-duanya sebenarnya adalah ta'wil (palingkan) daripada makna zahir atau daripada maknanya dari sudut bahasa.

Perbahasan mengenai mutasyabihat ini telah banyak alfaqir bincangkan dalam beberapa risalah sebelum ini, maka diharap dapat kembali merujuk semula kepadanya.

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    5 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan