Assalamualaikum Warahmatullah.
PENGENALAN
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.
Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.
Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:
Dari Sudut AQIDAH:
01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.
Dari Sudut FIQH:
01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.
Dari Sudut MANHAJ:
01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.
07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.
12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.
PENUTUP
Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.
‘Memberi dan Berbakti’
Sekian. Wallahualam.
Penulis : Ustaz Buluh
Jom Bantu Memberi Faham!
Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.
Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :
1.

Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam
JomFahamBuku terbaru hasil penulisan Ustaz Mukhlis. Sila dapatkannya di pasaran sekarang !


Testimoni buku "Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri":
1.
Buku ini sangat menarik, penting dan sangat mudah untuk difahami. Bahasanya ringkas, isinya padat dan pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan kehendak semasa. Lebih menarik lagi, isinya mengandungi gabungan antara ilmu tauhid dengan ilmu tasawwuf yang memudahkan para pembaca memahami ilmu tauhid dan menghayatinya dalam kehidupan.
Ustaz AbduLlah Thahir (Http://Al-Fanshuri.Blogspot.Com)
2.
Buku ini amat baik untuk mengenali aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan, aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah aqidah yang sejahtera dan perlu diikuti. Imam AbduLlah Al Haddad berkata : Hendaklah kamu berpegang dengan aqidah Al Asy'ari kerana ianya adalah suatu pegangan yang sejahtera dan bebas dari kufur dan kesesatan.
Ustaz Nasir bin Othman, Imam Masjid Jamek Bahau, Negeri Sembilan
Testimoni buku "Menyingkap Tabir Bahagia" :
1.
Buku ini menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelbagai peringkat umur. Buku ini juga memberi peluang kepada pembaca untuk meneroka dan menemui sinaran kebahagiaan dalaman yang hakiki.Profesor Madya Dr Nik Hasnaa Nik Mahmood. UTM International Campus
Sesuai sebagai bahan pengajaran dan rujukan di sekolah, kolej, universiti, kuliah-kuliah ilmu, ceramah dan sebagainya.
Di Johor, buku ini boleh didapati di Plaza Angsana, Badan cemerlang Sdn Bhd. Atau boleh berhubung dengan :
Pelima Media Sendirian Berhad (852961-A),
3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Nombor Telefon :
Telefon Pejabat • +6 (03) - 8926 7746
Fax Pejabat• +6 (03) - 8927 3479
Telefon Bimbit • +6 (016) - 209 9454
Laman Web : http://www.pelima.com.my/
Selasa, 7 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jom Menuntut Ilmu !
-
-
Majlis Talaqi UIAM Petaling Jaya - MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH صلى الله عليه وسلم MAJLIS TALAQI UIA PJ Oleh Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy "PENGAJIAN KITAB...2 beberapa hari yang lalu
-
-
Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf
-
Selawat dan Salam kepada Nabi Tercinta, Dari Umatmu Yang Banyak Berdosa, Semoga Allah Mengampuni - Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; ...2 beberapa minggu yang lalu
-
Makna Sebuah Kehidupan - * * *Makna Sebuah Kehidupan...* Ketika insan melihat ke langit, Lalu bertanya kepada dirinya, Adakah langit sebagai hujungnya, Hujung bagi sebuah k...5 beberapa blan yang lalu
-
SEMINAR PERUBATAN ISLAM (SEPIM) 2011 - *Seminar Perubatan Islam (SEPIM) 2011/1432H* Anjuran: *Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)* Masa: *8:30 pagi hingga 1:00 petang* Pendaftaran:...6 beberapa blan yang lalu
-
Allah Wujud Tiada Bertempat.. - Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat; وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84 Mak...1 tahun yang lalu
-
Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan
-
Siapa Kata Isu Pemurtadan di Nusantara Tidak Benar? - 20 Ribu Warga Aceh Pindah Agama - Ini bukti bahwa di daerah kuat Islam seperti Acheh saja pemurtadan sudah terjadi, apalagi Malaysia? Kenapa lembaga Islam di Malaysia perlu mempertikai isu ...1 minggu yang lalu
-
Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu - Saya bukan orang politik, tetapi pemerhati politik. Melihat kepada berita dari Harakahdaily 26 November 2011, sefaham saya, *SUDAH TIADA HARAPAN* kepada pe...2 beberapa blan yang lalu
-
Antara Hikmah dan ‘Illah - (Disiarkan dalam Majalah Tarbawi 3, terbitan Akademi Tarbiah Pemuda) “Ustaz, kalau dah laksanakan hudud pun tak kurangkan jenayah bagaimana ya? Adakah perl...3 beberapa blan yang lalu
-
Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha - Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjak...3 beberapa blan yang lalu
-
Pengumuman : Penyertaan Utk Melaksanakan Umrah Bersama Ustaz Mohd Nazrul telah DiTutup - Sekadar Pengumuman kepada sidang pembaca sekalian, buat pengetahuan semua tarikh penyertaan untuk melaksanakan umrah bersama Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir t...9 beberapa blan yang lalu
Ahli Hadith
-
Syeikh Bakri al-Tarabisyi رحمه الله تعالى - Al-Muqri’ Syeikh Bakri bin ‘Abd al-Majid bin Bakri al-Tarabisyi dianggap sebagai pemegang sanad al-Quran yang paling tinggi di dunia. Beliau adalah oran...20 beberapa jam yang lalu
-
Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaludin al-Fulfilani - Pada Tahun 2009 Penulis (Muhammad Husni Ginting ) berangkat umrah dengan para ahbab, umrah ini merupakan satu bahagian kegiatan dari Sahah Husofiyah al-La...3 beberapa minggu yang lalu
Ahli Mazhab Syafie
-
Gharib Khasful Litham 12 - Soal: Seorang makmum yang muwafiq, mula masuk takbir ketika imam mula bangun ke rakaat ketiga imam sembahyang zohor. Apabila imam duduk tahiyyat akhirnya ,...2 beberapa hari yang lalu
-
Maulid - Pesanan Syaikh Nur - Alhamdulillah, sambutan mawlid semakin meriah walaupun tidak disenangi oleh puak ahli bid`ah membid`ah. Namun perlu diperhatikan juga bahawa tujuan mengad...3 beberapa minggu yang lalu
-
Majlis Maulid Akbar di Masjid Sultan Salahuddin 'Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor) - Julung-julung kali di adakan, dimana 3 maulid akan dibaca iaitu adh-Dhiya al-Lami', Simtud Durar dan ad-Daibaie. Jom semarakan rasa kecintaan dan membaharui...3 beberapa minggu yang lalu
-
a - [authorSTREAM id= 359145_634054031065713430 pl= player by= al_malakawiJalil]3 beberapa blan yang lalu
-
Keutamaan berzakat dalam Ramadan - Soalan APAKAH zakat yang paling utama dalam bulan Ramadan? Adakah menunaikan zakat fitrah lebih utama ataupun zakat harta? Mohon penjelasan ustaz. Jawapan ...6 beberapa blan yang lalu
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan - Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan Assalaamu`alaikum BismiLLaahirRahmaanirRahiim Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...9 beberapa blan yang lalu
-
Ahli Perubatan Islam
-
Forum ASWJ - fahamislam.com - Jom kita tahu, faham dan amal. http://fahamislam.com/forum/index.php3 beberapa hari yang lalu
-
Seminar Kaedah Ulama Nusantara - Maklumat Lanjut http://qolbusolehin.blogspot.com/2012/01/seminar-kaedah-ulama-nusantara-kedah.html5 beberapa minggu yang lalu
Ahli Psikologi/Kaunseling
-
Berjuang Bersama Ulama Tanpa Rasa Jemu - *Berjuang Bersama Ulama Tanpa Rasa Jemu* Mudah-mudahan kisah pecinta tegar manusia agung yang kita kongsikan kasihnya ini menjadi motivasi buat mengua...7 beberapa jam yang lalu
Ahli Perbandingan Agama
-
Pluralism agama: Isme sesat lagi menyesatkan yang membawa kepada kekafiran. - Assalaamualaikum dan salam hormat. Islam merupakan satu-satunya cara hidup (Way of life) yang telah ditentukan ALLah Taala. Tidak ada cara hidup yang terba...21 beberapa jam yang lalu
-
Malaysians and Therapists - Listening to people crying while telling their life problems and stories on Prof Muhaya's session on Ikim.fm, i couldn't help but feeling that our Malay...2 beberapa hari yang lalu
-
Ahli Bahasa Arab
-
KURSUS ASAS B.ARAB KOMUNIKASI - 04 - SENARAI 60 KALIMAH FE'EL MADHI DAN TERJEMAHANNYA - Senarai 60 Kalimah Fe'el Madhi Dan Terjemahannya Rajah di atas menunjukkan senarai 60 contoh kalimah fe'el madhi yang boleh dijadikan asas untuk tuan-tu...1 minggu yang lalu
-
Alamat Isim - بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد ؛ بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حص...5 beberapa minggu yang lalu
-
PERBAHASAN HURUF TA’RIF (HURUF YANG MEMA’RIFATKAN) - ** *DEFISINI :* Huruf ta’rif adalahalif lam yang berfungsi mema’rifahkan suatu kalimat. Manakala menurut Imam Sibaweh : Huruf ta’rifnya adalahlam saja...4 beberapa blan yang lalu
Ahli Qira'at / Tajwid
-
Zakat Ternakan Menurut Mazhab Al-Syafie - Diambil dari Blog Ust Zuridan Melihat kepada amalan berzakat di kalangan masyarakat Malaysia, kita dapati meskipun dari segi prinsipnya, mazhab Imam Al-S...2 beberapa minggu yang lalu
-
-
Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...2 beberapa tahun lalu
Ahli Pemikir Islam
-
Kepentingan Penggunaan Akal dan Tradisi Berfikir dalam Neraca Islam - * * *Kepentingan Penggunaan Akal dan Tradisi Berfikir dalam Neraca Islam* Agama Islam adalah sebuah agama yang sangat menekankan kepentingan berfikir d...2 beberapa hari yang lalu
-
The renewal project as indicated by Al-Ghazali and Al-Attas - *Abū ḤāmidMuḥammad Al-Ghazālī* Excerpt from a*l-Munqidhmin al-Ḍalāl,* (“Deliverance from Error”) trans. By R.J McCarthy(Louisville, 2000): “Subsequently...1 minggu yang lalu
-
Nak makan babi? Makanlah. - *Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam dan ahli k...4 beberapa minggu yang lalu
-
Kertas Seminar Siyasah Syariyyah anjuran Muafakat Sabtu 12 November 2011 di UIAM - Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...3 beberapa blan yang lalu
Ahli Kajian Dan Penyelidikan
-
Kod Pakaian Himpunan Ulama dan Cendikiawan Islam Yang Pelik ? - *Oleh :* A. Karim Omar Saya mendapat jemputan untuk hadir Himpunan Ulama’, Cendikiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Hotel Ser...5 beberapa hari yang lalu
-
Produk Sugar-Free Jadi Trend Terkini - Seorang sahabat membuka kotak plastik tertulis "sugar-free" kemudian memasukkan kandungan dari kotak itu ke dalam cawan minumannya. Lalu ia terus minum de...2 beberapa minggu yang lalu
-
::Bersama Para Wali Allah:: - Tajuk: “Wanita Yang Tidak Berbicara Melainkan Ayat Suci Al-Quran”٭٭ Oleh: Mohammad Taha Bin Haji Hassan Sewaktu Abdullah bin al-Mubarak di dalam perjalana...1 tahun yang lalu
-
Aku Pijak di Medan Bumi - Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali "Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!" Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjun...2 beberapa tahun lalu
-

6 ulasan:
Salam,
Sijil Pengajian Usuluddin (Pengajian Berterusan) anjuran Universiti Malaya & JAIS, menggunakan silibus daripada Kitab Tauhid Sheikh Muhammad Ibnu Wahab. Saya telah mengikuti kelas tersebut selama module 1, utk module 2 saya tak masuk sebab dah perasaan rujukan mereka itu. Saya masih ada salinan buku tersebut. Pengajian ini mempunyai 4 module semuanya. Harap pihak berwajib memantau silibus dari pihak U. Kelas hanya dijalankan di masjid-masjid terpilih di seluruh Selangor dan saya mengikutinya di masjid nurul yakin SS7, kelana jaya.
Assalamu'alaikum Saladin,
Diharap perkara ini dapat dilaporkan kepada pihak berkuasa di tempat anda.
Atau boleh berhubung dengan tuan punya blog ini :
http://al-subki.blogspot.com/
Salam, penerangan yang ringkas dan padat ini amat berguna utk semua memahami tentang Wahabi.Amat sukar utk mengubati mereka yang telah dijangkiti virus Wahabi.Namun usaha kini perlu diperluaskan agar mereka yg belum dijangkiti tidak terpedaya dengan fahaman Wahabi.Teruskan perjuangan yang amat murni ini.
assalamualaikum
ustaz bleh trangkan perbezaan antara konsep tauhid yg dipegang oleh wahabi yaitu uluhiyyah rububiyyah dah asma` wa sifat dgn konsep yg sbenar oleh ahlu sunnah wal jamaah..ashairiyyah dan maturidiyyah.syukran
Assalamu'alaikum tuan ibnu,
Tuan boleh rujuk ke link ini :
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/49 - tuan boleh terus bertanyakan dengan ustaz mukhlis ini di dalam blognya dengan lebih lanjut.
Sedikit mengenai Pembahagian Tauhid tersebut :
http://al-ashairah.blogspot.com/search/label/Kebathilan%20Tauhid%20Tiga%20T
WaLlahua'lam
mohon share...
Catat Ulasan