Jom Kongsikan Dengan Rakan ^_^

Jom Bantu Memberi Faham!




Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.

Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :

1.


3. Visit our Forum!



Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam Facebook. Ini adalah antara usaha kecil kami untuk berdakwah. AlhamduliLlah setakat ini sudah 4,010 sahabat yang menyertai kami. Jom bergabung di sini:

JomFaham


Jom Beli Buku Berkualiti Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ^_^

Jom 'KLIK' Forum Islamik ASWJ

Jumaat, 19 Disember 2008

Peringatan Ulamak Islam Tentang Golongan Pemecah Belah

Kitab ini merupakan risalah kecil yang ditulis dengan tujuan untuk menjelaskan pelbagai pemahaman. Ia terdiri dari kumpulan 100 pertanyaan yang telah meresahkan pemikiran khalayak ramai pada abad ke 14 Hijrah. Baik sengaja mahupun secara tidak sengaja. Kes-kes tersebut terus muncul sehingga menjadi kayu ukur untuk mengelompokkan kaum muslimin dan memecah belahkan mereka ke dalam pelbagai golongan.

Pada sebahagian golongan, persoalan-persoalan tersebut digembar-gemburkan sebagai perkara qot’ie yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Mereka ini berkeyakinan pendapat yang benar hanyalah pendapat mereka.

Sementara orang yang berpendapat di luar apa yang mereka katakan adalah orang yang keluar dari agama, fasiq, menyumpang atau sekurang-kurangnya tidak komitmen (taat) serta cenderung kepada memudahkan masalah. Ramai yang dituduh tidak mencintai RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam, berhati keras dan kepada batu seperti orang-orang Arab Badwi di masa lalu yang keras dan kasar. Malahan lebih daripada itu banyak yang dituduh munafiq, zindiq, dan musyrik.

Akhirnya kaum Muslimin pun memeraskan seluruh tenaga dan pemikirannya dengan persoalan-persoalan ini. Walaupun pada hakikatnya ia termasuk dalam lingkungan perbezaan pendapat serta setiap mazhab dan aliran mempunyai dalilnya masing-masing. Walau bagaimanapun jumlah masalah-masalahyang disepakati jauh lebih banyak daripada yang dipersilisihkan.

Jika dihitung masalah-masalah feqah yang berasal dari ulama’ terdahulu dengan segala bentuknya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Apabila dihitung peratusan perbezaan pendapat maka rasionalnya tidak lebih daripada satu masalah pada setiap 10,000 masalah. Jadi apakah logic (masuk akal) dan dapat diterima bahawa kita sepakat di dalam 10,000 masalah, lalu apabila kita berbeza pendapat, setiap daripada kalangan kita menyerang dengan ungkapan yang tajam terhadap temannya? Sehingga hal itu menjadi suatu jihad tanpa peperangan. Hal seperti ini jelas hanya menggambarkan kekosongan fikiran, malahan rendahnya penguasaan ilmu feqh dan pemahaman terhadap agama secara keseluruhan.


Sumber :
Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

0 ulasan:

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

  • Al-Quran dan Warna HIJAU - *Al-Quran dan Warna HIJAU * Jujur, warna kegemaran saya ialah Hijau. Sudah pasti warna Putih paling utama kerana ia dicintai oleh Saydina Muhamma...
    2 beberapa jam yang lalu

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan