Ketegangan ini membuatkan Sultan Zhahir murka kepadanya dan Baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar meninggalkan Damsyik. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala menerima perintah pengusirannya dengan hati yang lapang kerana beliau tidak mempunyai sebarang hajat di sisi makhluk ini dan beliau juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan, baik dari segi kedudukan ataupun harta benda.
Maka Imam Nawawi rahimahuLlahu ta'ala dengan segera mengembailkan kitab-kitab yang beliau pinjam dan beliau juga pergi menziarahi kubur guru-gurunya untuk mendoakan mereka dan juga menziarahi sahabat-sahabatnya.
Yang masih hidup untuk meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Setelah itu terus sahaja Imam Nawawi balik ke Kampung di Nawa. Dan setelah beliau bertemu ayah dan keluarganya beliau pergi menziarahi ke Baitul Maqdis dan al Khalil lalu beliau kembali semula ke kampung halamannya.
Di Pihak Sultan zhahir Baibras pula, walaupun telah mendapat fatwa dari ulama yang lain yang membenarkan Baginda mengutip sebahagian harta rakyat untuk persiapan perang namun kerana fatwa ini masih belum disokong oleh Imam Nawawi RahimahuLLahu ta'ala maka Baginda sultan masih belum berani bertindak dan akhirnya kutipan itu tidak jadi dilaksanakan.
Para ulamak yang merupakan murid Imam Nawawi yang tinggal di Damsyik membuat rayuan kepada Sultan Zhahir supaya baginda berkenan membenarkan semula Imam Nawawi untuk mengajar di Damsyiq. Lalu para ulama ini berutus surat kepada Imam Nawawi dan merayu agar beliau dapat kembali semula mengajar di Damsyiq. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala berkata : Aku tidak akan kembali mengajar di Damsyik kalau Sultan Zhahir masih berdaulat di sana.
Kemudian dengan kehendak ALLah ta'ala tidak lama kemudian selepas itu, Sultan Zhahir Baibras meninggal dunia dan dikuburkan di sana (Damsyiq). Manakala Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala pun jatuh sakit dan akhirnya beliau kembali ke rahmat ALlah di kampungnya., disisi orang tua dan keluarganya pada 24 Rejab 676Hijrah dan dikuburkan di sana (Nawa) dengan umur yang hanya 45 tahun sahaja. Tetapi dipenuhi dengan mujahadah dan keasyikan mencari ilmu serta menyebarkannya sehingga beliau meninggaldunia dalam keadaan bujang.
Sumber : Imam Nawawi, terjemahan Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki) Bimbingan ke arah Ma'rifatuLlah, Bustanul 'Arifin (Taman Orang-orang yang Arifin), Terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islam, 2005.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan