(2) PERCANGGAHAN DARI SUDUT SYARIAH
(a) Menolak Pensyariatan Sembahyang
(i) Di dalam beberapa penulisan mereka, kumpulan ini mendakwa bahawa melaksanakan syariat Islam cukup dengan Al-Quran sahaja, contohnya dalam kaifiat melaksanakan ibadat sembahyang. Umat Islam tidak perlu merujuk kepada amalan Rasulullah kerana amalan sembahyang telah pun ada sejak zaman Nabi Ibrahim. Oleh yang demikian kita boleh melakukan sembahyang dengan cara meniru cara datuk nenek kita melakukannya mengikut cara asal Nabi Ibrahim, Ismail, Yaakub, Musa, Isa dan pengikut-pengikut mereka.
Disebabkan Al-Quran tidak menyebutkan perincian, maka cara melakukannya bolehlah dengan akal dan perundingan". (* Fakta ini dipetik dari buku HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK, Kassim Ahmad-hal. 40-41)
(ii) Mengikut hadis, perintah sembahyang diterima oleh Nabi Muhammad di dalam perjalanan "Malam Isra' dan Mikraj" di mana cerita-cerita hadis menggambarkan beliau tawar menawar dengan Tuhan tentang bilangan waktu sembahyang untuk umat Islam dengan Nabi Musa sebagai penasihat beliau: Nyatakan ini satu cerita rekaan untuk menyedapkan telinga yang mendengar. (Petikan dari buku HADIS SATU PENILAIAN SEMULA tulisan Kassim Ahmad-hal. 99).
(iii) Proses pensyariatan sembahyang ini kemudiannya telah diselewengkan lagi oleh Othman Ali, penulis buku BACAAN yang mengatakan bahawa. "Ayat ini bermakna sembahyang hanya tiga kali sehari iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak, tapi ulamak mengajar kita sembahyang lima kali sehari. Ini satu pembohongan,"jelasnya.
Sembahyang juga, kata beliau minimumnya satu rakaat sahaja dan umat Islam juga boleh menggunakan apa sahaja bahasa semasa menunaikannya, termasuk semasa membaca surah al-Fatihah. (Petikan dari Utusan Malaysia 14 Julai, 1995)
ULASAN
lbadat sembahyang adalah rukun Islam yang kedua. Setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam, wajib mendirikan sembahyang, kerana ia adalah daripada perintah Allah s.w.t. Di dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai perkara tersebut. Antaranya yang bermaksud:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim: Ia menamakan kamu "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah ( Muhammad ) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dansupaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNYA) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Hajj: 7
Di dalam Al-Quran tidak disebut mengenai cara mendirikan sembahyang. Disinilah peranan hadith yang dapat menerangkan cara bagaimana sembahyang itu didirikan. Cara mendirikan sembahyang hendaklah kita mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. mengerjakannya, sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang" (Riwayat al-Bukhari)
lbadat sembahyang yang dikerjakan dengan akal dan perundingan serta menggunakan apa sahaja bahasa, tidak akan diterima dan ditolak Allah s.w.t. kerana rnereka-reka sesuatu yang bertentangan dengan syariat yang telah ditentukan oleh s.w.t. adalah dianggap "bidalah". Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Aishah r.a. katanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada suruhan Kami, maka ianya ditolak" (Riwayat Ahmad dan Muslim)
lbadat sembahyang yang difardukan ke atas umat Islam ialah sebanyak lima waktu sehari sernalam. Ini telah disepakati oleh para ulama berdasarkan firman Allah s.w.t yang bennaksud:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad) engkau atau umatmu, pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat". (Surah Hud: 114)
"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (Surah Al-Israa': 7
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang WUSTA (Sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu'. (Surah Al-Baqarah: 238)
Hadis Isra' dan Mikraj yang bermaksud: Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:
"Daripada Nabi s.a.w.: Jibril telah datang dua kali ke Baitullah menemui Rasulullah s.a.w. dan sembahyang bersama Jibril iaitu Sembahyang Zohor pada hari pertama ketika gelincir matahari dan SembahyangAsar diwaktu nampak bayang-bayang dan bersembahyang Maghrib ketika hilang matahari dan Sembahyang Isyak ketika hilang syafaq merah dan Sembahyang Subuh ketika terbit fajar. Dan mengharamkan makan dan minum kepada orang yang berpuasa setelah terbit fajar .........." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Tirmidhi dan Al-Hakim)
Daripada penjelasan di atas dapatlah difahami bahawa ibadat sembahyang adalah sebanyak lima waktu bukannya tiga waktu sepertimana yang didakwa oleh Kumpulan Anti Hadith ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan