CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Ahad, 14 Disember 2008

Hukum Beramal Dengan Hadith Dhoief

Hukum Beramal Dengan Hadith Dhoief

Ada juga yang membidahkan amal ibadat yang berdalilkan Hadis dha’if...

Pendapat yang macam begini adalah keliru kalau tidak akan dikatakan salah besar.

Hadith yang dha’if bukanlah Hadits yang maudu’ ( hadits dibuat buat ), tetapi hanya Hadits yang lemah sanadnya, dan bukan Hadits yang tidak benar, bukan Hadits bohong, kerana asalnya dari Nabi juga.

Hadits yang dikatakan dha’if atau lemah ini ialah Hadits yang derajatnya kurang sedikit dari Hadits Shahih atau Hadits Hasan.
Hal ini dapat dicontohkan umpamanya kepada sebuah Hadits dari Nabi, kemudian turun kepada Mansur, turun lagi kepada Zeid, turun lagi kepada Khalid dan akhirnya turun kepada Ibnu Majah atau Abu Daud.

Ibnu Majah atau Abu daud membukukan Hadits itu dalam kitabnya.
Kalau orang yang bertiga tersebut, yaitu Mansur, Zeid dan Khalid terdiri dari orang baik-baik, dengan arti baik perangainya, saleh orangnya, tidak pelupa hafalannya, maka haditsnya itu dinamai hadits shahih.

Tetapi kalau ketiganya atau salah seorang dari padanya terkenal dengan akhlaknya yang kurang baik, umpamanya pernah makan di jalanan, pernah buang air kecil berdiri, pernah suka lupa akan hafalannya, maka haditsnya dinamai Hadits dha’if (lemah).

Pada hakikatnya Hadits yang semacam ini adalah dari Nabi juga, tetapi “sanadnya” kurang baik. Bukan Haditsnya yang kurang baik.
Ada lagi yang menyebabkan Hadits itu menjadi dha’if, ialah hilang salah seorang daripada rawinya.

Umpamanya seorang Thabi’in yang tidak berjumpa dengan Nabi mengatakan : Berkata Rasulullah, pada hal ia tidak berjumpa dengan Nabi.
Hadits ini dinamai Hadits Mursal, yaitu Hadist yang dilompatkan ke atas tanpa melalui jalan yang wajar. Hadits ini ialah dha’if juga.
Dan banyak lagi yang menyebabkan dan membikin sesuatu Hadits menjadi dha’if atau lemah.

Tentang memakai Hadits dha’if untuk dijadikan dalil, terdapat perbedaan pendapat di antara Imam-imam mujtahid, yaitu :

1. Dalam madzhab syafi’I Hadits dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti dzikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadits dha’if. Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.

2. Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.

3. Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.

Nah, di sini nampak bahwa Imam-imam Mujtahid memakai Hadits-hadits dha’if untuk dalil kerana Hadits itu bukanlah Hadits yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya.
Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada Hadits dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau dikatakan bid’ah dhalalah.

Dipetik dari buku 40 Masalah Agama Jilid ke 3 oleh K.H. SIRADJUDDIN ABBAS.

Anda juga boleh merujuk di sini :
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=120&t

Bacaan Tambahan :

12 ulasan:

Abu Fatih berkata...

salam,

nak bertanya, hadis-hadis dhoif ini boleh diterima tapi dengan bersyarat, dan ini adalah pendapat Imam Nawawi rhm. Syarat-syaratnya amat ketat antaranya; dalam mengamalkan hadis dhoif hendaklah tidak diyakini bahawa hadis tersebut benar-benar dari Rasulullah saw, sedangkan saudara mengatakan hadis dhoif juga adalah hadis Rasulullah SAW...ini bermaksud saudara yakin hadis dhoif adalah benar-benar datang dari Rasulullah. Minta penjelasan.

Abu Fatih berkata...

Alhamdulillah,jazakallah IbnuNafis atas respon anta.Yang dapat ana fikirkan dalam respon anta:

1) Hadis Dhoif tidaklah dinyatakan dalam kitab-kitab hadis melainkan bertujuan untuk menyatakan kedhoifan hadis tersebut dan tingkatan kedhoifannya samada ringan atau berat.

2) Agar generasi terkemudian berhati-hati dengan hadis-hadis dhoif ini serta tidak diamalkan sewenang-wenangnya melainkan dengan bersyarat.

3) Hadis-hadis dhoif yang mempunyai syawahid telahpun dijelaskan oleh para muhaddithin dan hadis tersebut berada dalam tingkatan yang ringan namun masih tertakluk kepada syarat-syarat yang digariskan oleh jumhur muhaddithin.Namun hadis-hadis ini kita masih boleh beramal dengannya dan pelakunya tidak dikatakan sebagai melakukan bid'ah cuma tidak boleh diyakini ianya adalah daripada Rasulullah saw atas sikap berhati-hati.

4) Tingkatan yang paling rendah sekali dalam tingkatan hadis dhoif adalah hadis maudhu' dan ini perlu dijauhi dan tidak boleh diamalkan sama sekali.

Itu yang dapat ana fikirkan akhi, cuma dalam isu ini ada baiknya kita tidak melakukan sesuatu yang bersumberkan dalil yang dhoif atas semangat berhati-hati dalam beramal kerana sabda Rasulullah SAW, bermaksud: "Sesiapa yang beramal diluar dari petunjuk kami, maka ianya tertolak", dan kita tidak mahu amalan kita menjadi sia-sia disamping kita juga hendak beramal sebanyak mungkin maka yang menjadi panduannya adalah kita beramal setakat apa yang mampu oleh kita dan beristiqamah padanya walaupun sedikit.

Jika pemahaman atau fikiran ini salah ana harap anta perbetulkan.Insyallah semoga ana dapat manafaat darinya.

Jazakallahu khair wa barakallahufik.
Wassalam

Admin berkata...

BismiLlah,

Pernyataan di dalam penjelasan hadith dhoief di atas bukan perkataan saya, tetapi adalah kalam dari ulamak sendiri.

Urusan mengenai hadith dhoief dan pengamalannya diserahkan sepatutnya kepada Ulamak yang muktabar dan bukan kepada orang awam yang bermudah-mudah untuk menolak hanya kerana ia dhoief.

Untuk memahami hadith dhoief dengan lebih jelas. Hadith dhoief ini ialah perawinya kurang kriteria daripada hadith hasan. Contohnya :

Pelupa, akhlaknya tidak bagus, tidak kuat ingatannya, kurang soleh dan taat. Semua ini adalah antara faktor yang boleh menyebabkan hadith itu bertaraf dhoief.

Baiquni menyebutkan : Dan semua yang kurang darjatnya dari darjat hadith hasan, maka itulah yang dinamakan dhoief. Hadith dhoief itu banyak jenisnya (Baiquni halaman 30)

Dan perlu diingat hadith dhoief ini boleh naik darjatnya menjadi hadith hasan lighoirihi apabila banyak hadith sahih yang menyokongnya. Bahkan ia boleh dijadikan sebagai dalil dalam hukum syarak.

Dan lagi, hadith dhoief boleh diamalkan pada fadhail a'mal kerana ia telah disepakati oleh ulama-ulama'. Sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam kkitab Fathul Mu'in :

Sesungguhnya telah sepakat ulama-ulama bahawa hadith dhoief boleh diamalkan pada fadhail a'mal (Fathul Mubin halaman 32).

Imam An Nawawi berkata dalam kitab al adzkar :

Berkata ulama-ulama hadith dan ahli-ahli fiqh, boleh dan bahkan sunat beramal dalam fadhail a'mal , dalam targhib dan tarhib dengan hadith dhaif selama hadith dhaif itu tidak maudhuk.

Adapun dalam hukum halal-haram, jual beli, nikah, talaq dan lain-lain tidak boleh beramal kecuali dengan Hadith Sahih atau Hadith Hasan (Al adzkar : Halaman 7).

CUma janganlah melampaui batas sehingga anti kepada hadith dhoief bahkan disamakan dengan hadith maudhuk. Sedangkan ia ada perbahasan lagi di kalangan ulamak muhaddithin. (Kita pun tak mencapai lagi taraf muhaddith nak membicarakannya)

WaLlahua'lam

Abu Fatih berkata...

Kita sama-sama menulis bukan mengikut kehendak hawa nafsu malah sama-sama memiliki rujukan tentang kedudukan hadis dhoif dalam beramal. Sesungguhnya para ulama hadis sendiri mempunyai 2 pendapat dalam hal ini:

1) Ulama yang menolak secara mutlak penggunaan hadis dhoif.Pendapat ini termasuk pendapat dua imam hadis iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim.
2) Ulama yang membolehkan hadis dhoif untuk fadhail amal, targhib wa tarhib.

Pendapat yang kedua ini adalah merupakan pendapat jumhur ulama bagaimanapun ianya bersyarat, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar Asqalani dalam Fathul Mubin yang anta sendiri ambil secara sebahagian tidak keseluruhannya; maka Ibnu Hajar telah meletakkan 3 syarat apabila hendak mengamalkan hadis-hadis dhoif ini:

1) Hendaklah hadis tersebut tidak terlalu berat kedhoifannya, dhoif syadid.

2) Hendaklah mencakupi amalan yang umum yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Hadis yang Sahih.

3) Hendaklah tidak beriktikad bahawa ianya sabit dari Rasulullah saw.

Malah kita dapati terdapat satu lagi syarat tambahan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya yang lain, tak salah ana Tabyin al-Ajab:

4) Tidak menghebahkannya kepada orang ramai sehingga orang-orang yang jahil menyangka bahawa amalan tersebut adalah dari hadis sahih.

Apa yang nak higlightkan disini ialah anta boleh hendak beramal dengan hadis dhoif tetapi kena bersyarat seperti yang telah ditetapkan oleh ulama hadis. Perlu kita fahami apabila ulama menetapkan syarat dalam sesuatu bab itu bermaksud "berhat-hati" dan berwaspada kerana dalam masalah hadis dhoif ini terdapat ulama yang lebih syadid melarang secara mutlak penggunaan hadis dhoif dalam mana-mana keadaan sekalipun. Untuk memberi kelonggaran maka ia dikenakan syarat.

Maaf jika sikap ana dalam hal ini membuatkan anta menuduh ana sebagai anti hadis dhoif, jika demikian ana termasuk dalam kalangan mereka yang memegang pendapat yang syadid dalam hal ini tetapi jangan dikatakan ulama ini anti hadis dhoif. Hadis Maudhu' adalah Hadis Dhoif, apa lagi pembahagian yang ada selain dari Sahih, Hasan dan Dhoif dan tingkatan setiap daripadanya?

Admin berkata...

Terima kasih atas tegurannya tuan,

walaubagaimanapun saya mengikut pendapat ulamak yang membolehkan diambil hujjah dari hadith dhoief dan saya sudah berikan penjelasannya dari ulamak muhaddith di atas.

Maka terpulanglah kepada tuan samada hendak mengambil pendapat ulamak di atas ataupun mengikut pendapat ulamak yang tuan ikuti. Dr Yusof al Qardhawi pun ada menggunakan hadith dhoief dalam Al Halal wal Haram Fi Islam tetapi bukan sebagai sumber untuk istinbath hukum.

Maaf ya tuan, saya tidak menuduh tuan sebagai anti hadith dhoeif. Cuma saya memberikan penjelasan apa yang berlaku kini.

Kita sama-sama belajar dan sama-sama bertaqlid (mungkin bagi tuan ittiba' pula). Jadi hormati pandangan ulamak yang menerima hadith dhoief. (bukan sedikit pula ulamak yang menerimanya).

Dan berhati-hatilah sebelum menolak hadith dhoief kerana ia juga boleh naik darjatnya kepada hadith hasan lighoirihi. Kita serahkan perkara ini kepada para muhaddith.

Terima kasih ya :)

Admin berkata...

Perbahasannya juga tuan boleh baca di sini :

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=120&thread_id=2441

Abu Fatih berkata...

Jazakallah ibnunafis atas link tersebut, kesimpulannya:

Hadis Dhoif boleh diamalkan TETAPI BERSYARAT sebagaimana yang kita bincangkan.

Namun yang menjadi ana terkilan sedikit apabila anta tidak menyatakan syarat-syarat tersebut.

Sekian saja ana rasa. wabillahi taufik wal hidayah. subhanakallahu wabihamdik asyhadu anllailaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Admin berkata...

Assalamu'alaikum tuan,

Saya memang berharap mereka yang mengikuti penjelasan di dalam blog ini dapat membaca seluruh hujjah sebelum buat kesimpulan.

Artikel ini dah lama ada di blog ini dan saya memang meletakkan tulisan ANDA JUGA BOLEH MERUJUK DI SINI.

Saya harap sangat kerjasama tersebut. Tapi nampaknya memang ada yang tidak baca habis.

Kesimpulannya tuan dah buat,dan semoga kita pun tahu beradab dengan ulamak dalam pendapat mereka.

WaLlahua'lam

rahba81 berkata...

Salam..

Aduhh..nak amal,amal la..tak nak amal sudah..Byk songeh la..

Maaf kerana tak berhikmah..

Aku pilih utk beramal dgn hadith dhoeif ni setakat yg ade dlm kitab fadhail'amal karangan Maulana Zakaria r.a. la..Coz itu yg aku selalu baca dan kaji asal usulnya..

Coz dah Allah buktikan bekas penjaga maqam Rasulullah ni Allah kuburkan dia sebelah dgn kubur Imam Malik..

Ye aku tau setakat kubur sebelah Imam Malik tak boleh di jadikan hujah utk beramal sepenuhnya dgn hadith dhoeif coz nanti ade org akan bidas Abdullah Bin Ubai Bin Salul pun solat belakang Nabi..

Cumanya mutakhir ni,ni la ulamak yg ikhlas dlm perjuangan agama yg Allah terima dan zahir kan atas dunia lg kesan ilmu dan pengorbanannya..

Maaf byk lg alim ulamak yg byk jasanya pd agama aku tak mampu nak sebut cumanya nak bgtau bila bincang bab hadith dhoeif ni org akan selalu refer kitab Maulana Zakaria..Mcm la takde alim ulamak lain yg karang kitab guna hadith dhoeif..

Yg byk songeh ni selalunya mcm tin kosong..Ckp lebih action tarak..
Tgk amal sendiri dulu sebelum argue ilmu org lain..

Aku takde emosi (marah2,tersinggung,suka2)langsung komen mcm ni coz ini pengalaman hidup org korban jln Allah..

Jgn lupa solat 5 waktu berjemaah!..
Coz org byk songeh tak jaga perkara nih..

Wassalam..

Abu Fatih berkata...

Sedih ambo mung cakap gitu rahba, tak polah ambo tau mung memang orang mulia disisi Allah Ta'ala....

rahba81 berkata...

Salam..

Astaghfirullahalzim..
Aku mohon maaf kpd sesiapa yg terasa..
Aku tau aku tak layak nak komen kat sini..
Aku keluar 3h,40h,4b sekali pun belum tentu confirm masuk syurga..
Syurga hak Allah,atas rahmat Dia sesiapa yg dia nak bg syurga..

Satu org perempuan yg hina beri minum pd satu ekor binatang yg hina dari brg yg hina pun Allah boleh bg syurga..

Apa yg aku nak tekan kan kat sini agar semua umat ini tidak terlalu mencari kelemahan ahli agama bahkan berfikir bagaimana nak dtgkn org yg jauh dr agama hampir kpd agama..Itulah keutamaan dan keperluan agama akhir zaman ni..

Ramai org2 tua pencen,pakcik2,muda mudi masih lg melepak kat kedai2
kopi@shopping complex time2 masuk waktu solat masih buat tak reti jer..Ini lah perkara yg membimbangkan..

Lebih teruk lg mereka2 ni boleh plak muzakarah ilmu agama sesama mereka pastu pakai ijtihad ikut akal tanpa refer alim ulamak..Lebih parah lg org mcm aku yg ziarah mereka ni kena pancung ngan ilmu kedai kopi@shopping complex jer..astaghfirullahalazim..

Bersama la kita memajukan agama dan satukan hati umat serta mengurangkan arguement dlm urusan agama walaupun kita tahu bahawa "khilaf itu ade rahmat"..

Maaf andai tersalah kata terkasar bahasa..

rahba81 berkata...

Abu Aiyub Al-Ansari r.a.

Unta Nabi berhenti di hadapan rumah Abu Aiyub ketika hijrah Nabi,maka Nabi istihar akan bermlm di rumah Abu Aiyub..

Abu Aiyub rumahnya 2 tingkat,Nabi tidur di bwh Abu Aiyub dan isteri tidur di atas..

Abu Aiyub boleh sampai terfikir "bagaimana kalau wahyu turun sedangkan aku dan isteri berada atas dan Nabi di bwh"?Abu Aiyub sampai tak boleh tidur lena..

Abu Aiyub sorang sahabat yg tinggi korbannya utk agama pun dek kerana lemah ingatannya hadis yg disampaikan pun jatuh dhoeif..

Siapa la kita jika nak dibandingkan dgn sahabat yg Allah janji syurga atas dunia lg ni..

Wallahualam..