Jom Bantu Memberi Faham!




Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.

Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :

1.


3. Visit our Forum!



Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam Facebook. Ini adalah antara usaha kecil kami untuk berdakwah. AlhamduliLlah setakat ini sudah 5,253 sahabat yang menyertai kami. Jom bergabung di sini:

JomFaham


Jom Beli Buku Berkualiti Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ^_^

Jom 'KLIK' Forum Islamik ASWJ

Isnin, 15 Disember 2008

Hukum Doa Secara Berjemaah Lepas Solat

Hukum Doa Secara Berjemaah Antara Seorang Imam Di akhir Solat dengan Makmum Yang Solat Di belakangnya.

1. Jawapan dari Dr Wahbah az Zuhaili :


Dalam masalah ini terdapat perselisihan antara ulama, Imam Syatibi dan muridnya Abu Yahya Ibn Ashim dan Ibn qasim al qabab dari Malikiyah rahimahuLlah, kerana tidak pernah diketahui bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah berdoa secara berjamaah. Dan hal itu sentiasa demikian sepanjang umur beliau kemudian para khalifah ar Rasyidun setelah beliau kemudian salafussalih.

Adapun yang dilakukan oleh kabanyakan ahli Sunnah di antaranya Ibn 'Irfah al Maliky dan jumhur fuqaha' mazhab berdasarkan apa yang disebutkan oleh Hakim di dalam Mustadraknya :
Sahih isnad hadith yang menyatakan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Tidak berkumpul sekelompok orang lalu sebahagian mereka berdoa sementara yang lain mengaminkan kecuali ALlah subhanahu wa ta'ala akan mengabulkannya."

Terdapat risalah yang baik dan dapat dipercaya dalam hal dalil berdoa secara berjemaah yang dikumpulkan oleh saudara saya sesama Muslim berkebangsaan Amerika. Ia telah memberikan kepada saya salinannya di mana di dalamnya terdapat banyak dalil di mana diaminkan oleh orang yang berdoa dan yang mendengar.

Sumber ambilan :
Prof Dr Wahbah Az Zuhaili, Fatwa-fatwa Semasa, al Fatawa al mu'asaroh, iBook Publication, 2005, Kuala Lumpur

1 ulasan:

Amizz berkata...

Jadi apakah hukumnya. Dr Solah Al-Khaledi meletakkan hukum HARUS dalam blognya http://salah765478.blogspot.com/2012/03/blog-post_4604.html ... Allahualam....

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan