CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Khamis, 18 Disember 2008

Adab Dalam Khilaf Ulamak 2

Kemudian berlaku perubahan penggunaan kalimah fiqh kepada “Mengetahui dan memahami hukum-hukum Syara’ yang berkaitan dengan mukallaf seperti wajib, haram, sunat, makruh, harus, keadaan sesuatu akad itu sah atau batal, keadaan ibadat itu qadha’ atau ada’ dan sebagainya”3.

Perkembangan berikutnya fiqh dari segi istilah dimantapkan dengan maksud “Mengetahui hukum-hukum Syara’ yang Amali dengan berdalilkan dari dalil-dalil tafsili atau hanya’iy”.4

SUMBER HUKUM FIQH

Secara ringkas dapatlah disimpulkan bahawa sumber hukum fiqh ada yang disepakati ulama’ dan ada yang khilaf. Maka sumber yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas. Sementara yang khilaf pula ialah al-Istihsan, al-Masalih al-Mursalah, al-’Urf, mazhab Sahabi, al-Istishab dan Syar’u Man Qablana.5

PERBAHASAN ILMU FIQH

Fokus ilmu fiqh tertumpu kepada segala perkara yang berhubungkait dengan perlakuan dan tindak tanduk lahiriah manusia.

Maka pokok perbincangannya ialah segala perbuatan manusia dalam semua keadaan, sama ada perkara yang berhubung antara manusia dengan Allah s.w.t sebagai Pencipta, atau manusia sesama manusia dan manusia dengan haiwan dan alam sekitar, sama ada perkara yang berhubungan
dengan hukum wajib, sunat, makruh, harus,syarat, sah, mani’, sebab dan batal. Justeru itu ia bukan berkisar mengenai hukum taklifi sahaja malah berhubungan juga dengan hukum wadh’iy.

Sumber rujukan :

3 al-Ghazali, “al-Mustasfa”. jld : 1, hal : 4-5

4 Abu al-Karim Zaidan (1994), Beirut, Muassasah al-Risalah, “al-Wajiz”, hal : 8

5 Boleh dirujuk kepada kitab-kitab “Usul al-Fiqh”

Jelaslah bahawa perbincangan dan skop ilmu fiqh ini menyentuh berkenaan hukum Syara’, iaitu segala apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui wahyu matluw (al-Qur’an) atau wahyu ghair matluw (al-Sunnah). Berdasarkan luas dan syumulnya skop perbincangan ilmu fiqh ini dapatlah ditegaskan bahawa ia mencakupi hukum-hukum berikut:

1. Ibadat seperti solat, puasa, zakat dan hukum-hukum yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya.

2. Sistem mu’amalat

3. Sistem kekeluargaan atau munakahat

4. Sistem kehakiman atau pengadilan

5. Undang-undang khas antarabangsa

6. Undang-undang am antarabangsa

7. Sistem pemerintahan

8. Sistem kewangan

9. Undang-undang jenayah Islam dan lain-lain lagi

MAZHAB-MAZHAB FIQH DALAM ISLAM

Ramai tokoh ulama’ mujtahidin muncul pada peringkat keempat (daripada awal kurun kedua hijrah hingga pertengahan kurun keempat) dalam sejarah perkembangan fiqh. Mereka telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan, menyubur dan memajukan fiqh dan seterusnya mengasaskan madrasah atau sekolah-sekolah fiqh yang berjaya melahirkan ulama’-ulama’ besar dan pengikut-pengikut yang ramai. Madrasah dan sekolah inilah yang dinamakan mazhab-mazhab Islam atau fiqh bersama dengan nama pengasasnya.

Tiada ulasan: