CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Sabtu, 21 Disember 2019

ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ?


Jawapan oleh : Ustaz Syed Shahridzan


Mengenai bacaan al-Fatihah dengan suara berbisik, terdapat nukilan dari kitab ‘Hasyiah Al-Syubramullisi ‘ala al-Nihayah’ iaitu salah satu rujukan utama fiqh mazhab Syafi’ie:

( ﻗﻮﻟﻪ : ﻭﻳﺸﺘﺮﻁ ﺃﻥ ﻳﺴﻤﻊ ﻧﻔﺴﻪ ‏) ﺃﻱ ﻓﻠﻮ ﻫﻤﺲ ﺑﻪ ﺑﺤﻴﺚ ﻟﻢ ﻳﺴﻤﻌﻪ ﻟﻢ ﻳﻌﺘﺪ ﺑﻪ ﻓﺘﺠﺐ ﺇﻋﺎﺩﺗﻪ .

Maksudnya: “Kata beliau: Disyaratkan mendengarkan dirinya (rukun qauli), iaitu jika dia berbisik dengan suaranya yang mana tidak memperdengarkan dirinya maka ia tidak dikira (sah), hendaklah dia mengulanginya.”

Menurut zahir kata-kata Sheikh Syubramullisi, jikalau bacaan al-Fatihah berbisik yg tidak didengari telinga sendiri maka tidak sah. Ini bermakna jikalau suara berbisik yang didengar di telinga sendiri hukum fatihahnya tetap sah.

Kesimpulannya menurut mazhab Syafi’ie, bacaan al-Fatihah di dalam solat dengan suara bisikan tetap sah, asalkan bacaan dengan suara bisikan itu didengari oleh telinga.

Fakta yang sama juga disebut dalam kitab Hasyiah al-Syarwani ‘ala al-Tuhfah dan Hasyiah al-Jamal ‘ala al-Manhaj. Oleh itu, fakta yg disebutkan dalam video ini adalah kurang tepat, ia memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.

Walaubagaimana pun usaha al-Fadhil Ustaz Mohammad Asraff al-Hafiz memberi penjelasan dan kesedaran kepada ummah tentang betapa pentingnya bacaan al-Fatihah di dalam solat amatlah terpuji dan perlu diteruskan.

Saya sangat mengharapkan supaya lebih banyak video dari beliau agar kesedaran tentang kepentingan ilmu tajwid dan cinta al-Quran dapat dipupuk dalam jiwa masyarakat kita.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Sumber : https://m.facebook.com/582894800/posts/10157711395969801/?d=n

Sabtu, 7 Disember 2019

KOMPILASI JAWAPAN ISU KANAK-KANAK DALAM SAF SOLAT



1. Jawapan daripada Dr Khafidz Soroni :

https://m.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335/600968816737095/?type=3

- Ada dalil yang sahih susunan saf untuk lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki, wanita.

لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. (أخرجه مسلم وأبو داود والنسائي في الكبرى وابن ماجه)

"Hendaklah berdiri di belakangku dari kalangan kamu orang-orang yang matang/baligh dan faham/berakal, kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka, kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka”.

Bahkan ada diriwayatkan hadis dengan sanad hasan yang menyebut secara jelas susunan saf tersebut iaitu:

عَن أبي مَالك الْأَشْعَرِيّ قَالَ: أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِصَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَقَامَ الصَّلَاةَ، وَصَفَّ الرِّجَالَ وَصَفَّ خَلْفَهُمُ الْغِلْمَانَ، ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ. (رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالْبَيْهَقِيّ بِإِسْنَاد حسن، قاله النووي في خلاصة الأحكام)

Daripada Abu Malik al-Asya‘ri RA katanya: “Mahukah aku khabarkan kamu tentang solat Nabi SAW, iaitu baginda mendirikan solat dan menyusun saf kaum lelaki dan menyusun di belakang mereka saf kanak-kanak, kemudian baru baginda mengimami mereka”. Dalam versi lain:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلِيهِ فِي الصَّلَاةِ الرِّجَالُ، ثُمَّ الصِّبْيَانُ، ثُمَّ النِّسَاءُ. (رَوَاه الْبَيْهَقِيُّ في السنن الكبرى وضَعَّفَهُ)

"Telah berdiri di belakang Rasulullah SAW di dalam solat, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan”. Sanad hadis ini daif, namun DIKUATKAN dengan hadis-hadis di atas.

- kanak-kanak lelaki (mumayyiz) hadir terlebih dahulu dan berada dalam saf dari orang lelaki dewasa.

- pandangan daripada ulamak muktabar mazhab asy Syafie seperti Imam An Nawawi (mujtahid fatwa mazhab Asy Syafie), Imam arRamli, Imam Ibnu Hajar al Haithami, Syeikhul Islam Zakariya al Ansari dan lainnya beserta kitab-kitab mereka.

2. Jawapan daripada Ustaz Syed Shahridzan
(ditujukan juga untuk adik yang bertanya dalam surat)

https://youtu.be/nKzGSXP6N4I

- kanak-kanak lelaki yang mumayyiz terlebih dahulu berada di saf hadapan memang berhak berada di situ.

- mendahulukan lelaki dewasa lebih utama untuk berada di saf hadapan (disertakan hadis sahih dan juga syarah dari Imam An Nawawi), ini juga sunnah.

- Dalam mazhab Asy Syafie dalam PANDANGAN MUKTAMAD - ketika iqamah dan kanak-kanak lelaki MUMAYYIZ dah berada di saf pertama maka tiada hak untuk keluarkan kanak-kanak itu dari safnya. Namun sunnah yang lebih utama adalah untuk lelaki dewasa.

- mengasingkan kanak-kanak lelaki BELUM MUMAYYIZ dari saf dewasa memang berlaku menurut pandangan ulamak dalam Kitab Fathul Bari oleh Ibnu Rajab (bukannya tiada) ini amalan sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

- makruh meletakkan dudukkan sekali kanak-kanak BELUM MUMAYYIZ dan lelaki dewasa dalam satu saf.

- kena jaga bab taharah (kebersihan) di bahagian kemaluan bagi lelaki yang belum bersunat/berkhatan.

3. Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus

- Hukum bawa anak kecil ke masjid
https://youtu.be/esJVsDdBcQc

- Anak buat bising dalam masjid siapa yang salah ?
https://youtu.be/vswNzLhDgBE

4. Jawapan daripada Ustaz Abdul Somad

- Hukum membawa anak solat ke masjid
https://youtu.be/tawIPZ8RHeY

- Anak-anak bermain dalam masjid
https://youtu.be/C196DbriMxY

Selasa, 3 Disember 2019

Qasidah dan Syair memuji Rasulullah SAW – Dibolehkan atau Dilarang?



1-      Kita sedia maklum bagaimana orang-orang Arab sejak zaman Jahiliyah lagi tak dapat dipisahkan dengan bentuk kesenian dan kesusasteraan mereka seperti Syair dan Qasidah. Ini jelas apabila kita mempelajari sejarah Arab bahkan dalam Sirah Nabawiyyah juga ada disebutkan tentang perkara ini.

2-      Malah di dalam Al-Quran sendiri berulang perkataan ‘Syair’ dan sebuah surah dinamakan dengan as-Syu’ara yang bermaksud ‘para penyair’. Bermula dari ayat 224 di dalam surah tersebut kita dapati Allah SWT menyebut bahawa terdapat penyair yang beriman dan beramal soleh dan ada juga penyair yang tidak beriman dan berdusta.

3-      Maka jelas bahawa terdapat perbezaan di antara penyair dan syairnya yang diterima oleh Islam dengan penyair dan syairnya yang tidak diiktiraf di dalam Islam.

4-      Kita dapati para sahabat bersyair dan melantunkan qasidah di hadapan Baginda SAW dan Baginda akan mendengar, terkadang tersenyum dan terkadang memuji syair yang baik. Manakala Baginda akan membetulkan kalau ada syair yang salah dan tidak tepat.

5-      Zaman berzaman juga kita dapati para ulama begitu kreatif dan hebat dalam mengarang syair-syair dan qasidah yang memuji Rasulullah SAW. Ia bukanlah satu perkara yang pelik kerana syair dan qasidah yang memuji Rasulullah SAW telah pun ada pada zaman Baginda SAW sendiri.

6-      Kitab-kitab Hadith dan Sirah sendiri mengumpulkan pelbagai syair pujian terhadap Baginda SAW dikarang dan dideklamasikan oleh para Sahabat seperti Sayyiduna Hassan Bin Thabit RA, Abdullah Bin Rawahah RA, Abu Bakr as-Siddiq RA, Umar Bin al-Khattab RA, Ka’ab Bin Malik RA, Ka’ab Bin Zuhair RA, al-Abbas Bin Abd. Muttolib dan lain-lain.

7-      Syair dan qasidah yang memuji Baginda SAW ini dibacakan di hadapan Baginda SAW dan Baginda SAW tidak memarahi atau melarang. Bagaimanakah pula kita pada hari ni tidak suka atau melarang bacaannya?

8-      Oleh itu para ulama zaman berzaman mengambil contoh perbuatan para Sahabat RA dengan memuji Rasulullah SAW dalam bentuk syair dan qasidah. Syair dan qasidah ini dibukukan dan dibacakan malah disebarkan kepada masyarakat.

9-      Ada pihak yang kita dapati mempunyai ‘alahan’ dan tidak suka syair dan qasidah memuji Rasulullah SAW. Ada pula yang melarang dengan membawa dalil daripada  sebuah Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RH:
لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم
Maksudnya:
‘Jangan berlebihan memujiku sebagaimana orang-orang Kristian memuji berlebihan kepada Isa Bin Maryam AS’. 

10-   Sedangkan maksud Hadith di atas adalah – jangan memuji Rasulullah SAW dengan pujian yang salah iaitu mengangkat Baginda sehingga mencapai tahap ketuhanan seperti yang kita lihat di dalam terjemahan Hadith di atas iaitu potongan ‘sebagaimana orang-orang Kristian memuji berlebihan kepada Isa Bin Maryam AS’.

11-   Seeloknya kita pelajari maksud syair dan qasidah yang memuji Baginda SAW dan menghayati bagaimana para ulama memilih perkataan yang indah dan berirama untuk memuji manusia yang paling indah – Rasulullah SAW.



Adlan Abd Aziz
Timbalan Pengerusi ISLAMI Kebangsaan
*Tirmidhi Centre*

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=438010053564599&id=173690323329908

BEZA SOLAT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Jawapan diberikan oleh Ustaz Adlan Aziz

Sila rujuk : http://alitantawi.blogspot.com/2010/12/ulasan-tambahan-berkaitan-sifat-solat.html?m=1

1-Pertama, saya ingin ringkaskan pandangan yang disebut oleh Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam bukunya al-Majmu' yang merupakan antara rujukan utama dalam Fiqh Mazhab al-Syafie dan juga fiqh perbandingan dengan mazhab lain. Dalam buku ini kita dapati al-Nawawi telah menyebut tentang perbezaan solat lelaki dan solat perempuan. Beliau telah menukilkan pandangan Imam al-Syafie (wafat 204H). Mari kita lihat kesimpulan yang ada dalam buku al-Majmu' ini :

a-Secara keseluruhannya solat lelaki adalah sama saja dengan solat perempuan dari segi pergerakan solat.

b-Namun begitu terdapat beberapa perbezaan yang digalakkan menurut pandangan Imam al-Syafie iaitu:

-perempuan merapatkan dan tidak merenggangkan ketika dalam solat.
-ketika sujud, dirapatkan perut dan pehanya.
-merendahkan suaranya.
-menebalkan jilbabnya.
-merenggangkan jilbabnya ketika ruku' dan sujud untuk mengelakkan daripada dilihat bentuk badan dengan jelas.
-jika terganggu atau berlaku apa-apa, perempuan menepuk tangannya.
[al-Majmu', jilid 3, m.s. 495, cetakan Maktabah al-Irsyad, Jeddah]

2-Kedua, terdapat beberapa hadith yang sememangnya dhaif berkaitan perkara ini. Itu tidak menjadi soal kerana kedhaifan hadith tidak semestinya bermaksud perkara itu sesuatu yang salah. Pengkaji dan penuntut ilmu-ilmu Islam harus sedar bahawa para ulama mengeluarkan hukum dan cadangan serta fatwa bukan semata-mata berdasarkan hadith-hadith sahih, tetapi melihat pelbagai maklumat antaranya ialah - fatwa dan amalan generasi awal dari kalangan sahabat, tabiin dan generasi selepas mereka.

3-Ketiga, oleh itu kita dapati persoalan perbezaan antara perbuatan lelaki dan perempuan dalam solat telah pun diungkapkan oleh sebahagian tokoh-tokoh ilmuan Islam terkemuka malah dari generasi awal. Saya ingin membawa analisis ringkas tentang apa yang disebutkan oleh Imam Abd. Razzaq al-Son'ani dalam bukunya yang terkenal - al-Musannaf - dalam jilid 3, m.s. 137 dan 138 [cetakan al-Maktab al-Islami, tahun1983]:

- Imam Abd. Razzaq telah menulis satu bab berkaitan 'cara wanita mengangkat tangan ketika takbir, juga cara wanita berdiri, rukuk dan sujud ketika solat'.

- Beliau telah membawa sejumlah 8 riwayat yang menunjukkan pendapat daripada : Saidina Ali Bin Abi Tolib, Ataa' Bin Abi Rabah, al-Hasan al-Basri, Qatadah dan Ibrahim iaitu dari kalangan para sahabat dan tabiin yang menunjukkan terdapat - beberapa perbezaan antara cara solat lelaki dan wanita.

- Ini menunjukkan bahawa para ulama selepas mereka yang membawa idea yang sama sebenarnya berpunca daripada generasi yang lebih awal. Walaupun terdapat perbezaan pendapat, kita perlu hormati fatwa dan amalan generasi awal.

- Kita juga dapat melihat pandangan ini dibawa oleh Imam al-Syafie sebagaimana dinyatakan di atas tadi melalui buku al-Majmu' karya al-Nawawi.

4- Keempat, terdapat sebuah buku yang boleh kita jadikan sumber rujukan dalam hal berkaitan ini iaitu - al-Jami' Li Ahkam al-Nisaa' oleh Syeikh Mustafa al-Adwi. [Rujuk jilid 1, bermula muka surat 371, cetakan Dar al-Sunnah, tahun 1992], beliau telah menyenaraikan pelbagai hadith dan fatwa sahabat serta ulama tentang perbezaan solat antara wanita dan lelaki. Walaupun beliau menyatakan kedhaifan hadith-hadith yang berkaitan, namun beliau telah menilai sahih riwayat-riwayat dari tabiin dan ahli ilmu lain tentang perbezaan keadaan pergerakan solat lelaki dan wanita. Malah beliau menyatakan pula fatwa ulama terkemuka berkaitan hal ini, antaranya dari:

-Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra.
-Ibn Qudamah dalam al-Mughni.
-al-Son'ani dalam Subul al-Salam.

Lalu syeikh Mustafa al-Adwi menyimpulkan bahawa terdapat 2 pandangan yang beliau temui berkaitan pergerakan solat wanita. Pertama, ia sama sahaja dengan lelaki. Kedua, ia berlainan pada beberapa tempat dan ini juga adalah diriwayatkan daripada para tabiin. Beliau menerima keduanya.

5-،Kelima, apabila direnungkan sepintas lalu apa yang telah dinyatakan di atas, adakah anda sanggup untuk menyatakan bahawa 'sesiapa yang membezakan solat lelaki dan wanita telah melakukan pembohongan dan berdusta ke atas Rasulullah s.a.w.'? Ini adalah satu sikap yang melampau dan keluar daripada topik perbincangan. Adakah ulama kita yang terdahulu begitu sekali sifatnya dan sikapnya?

Apa yang ditegaskan oleh sebahagian ulama ialah -

-sememangnya secara umumnya lelaki dan wanita sama sahaja dari segi pergerakannya dalam solat.

-namun mereka mencadangkan beberapa cara untuk wanita berdasarkan wanita perlu memelihara dirinya dari pandangan umum ketika solat. Ini termasuk ketika menunaikan solat di masjid-masjid sejak dulu hingga kini.

-tindakan dan pandangan mereka ini tidak langsung ada kaitan dengan istilah 'pembohongan' ke atas Rasulullah s.a.w. dan amat jauh sekali daripada maksud hadith yang disebut oleh penulis.

Semoga Allah SWT menyelamatkan ahli ilmu dan pencinta ilmu daripada sikap melampau. Amin.

Ahad, 17 November 2019

SERBAN PAKAIAN SUNNAH DAN DALIL-DALILNYA

PAKAI SERBAN ITU ADAT ARAB JAHILIYAH?

Imam Bukhari Rh.a dalam sahihnya Bukhari telah memasukkan satu bab iaitu باب العمامة lalu dibawah bab Beliau memasukkan hadis لا يلبس المحرم القميص ولا العمامة ولا السراول الى أخر الحديث

عمائم adalah lafaz jamak kpd عمامة
Memakai imamah (serban) banyak sekali dinukilkan daripada Baginda SAW dan jemaah Para Sahabah R.Anhum Ajmain.
Juga dalam Sahih Bukhari dlm Kitabul Wudhuk diriwayatkan dari tariq Jaafar Bin Amar r.a :
رايت النبي صلى الله عليه و سلم يمسح على عمامته و خفيه....
Aku melihat Baginda SAW menyapu ke atas serban dan kedua khuf Baginda SAW....
Demikian juga riwayat Sahih Muslim dari tariq Mughirah Bin Syu'bah r.a :
توضأ النبي صلى الله عليه و سلم و مسح على الخفين و العمامة...
Telah berwudhuk Nabi SAW dan telah menyapu ke atas kedua khuf dan serban Baginda SAW...
Maka dari hadis-hadis ini telah sabitlah bahawa memakai serban adalah di antara sunnah Baginda SAW dan mereka yang memakainya akan mendapat pahala sunnah dan yang paling penting akan mendapat Muhabbat dan Cinta Allah Rabbul Izzah sepertimana janji Allah dalam firmanNya :
قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفرلكم زنوبكم و الله غفور الرحيم
Katakanlah wahai Muhammad SAW sekiranya kamu mencintai Allah maka hendaklah kamu ittiba'akan daku. Nescaya Allah akan mula mencintai diri kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. (Al-Imran)..

Banyak sekali hadis-hadis yang mentaghribkan supaya istiqamah memakai serban, antaranya Imam Tabrani menukilkan di dalam Mu'jam Kabirnya dan Imam Baihaqi rh.a di dalam Syu'bul Iman akan satu hadis marfu' dari Nabi SAW :
أعتموا تذدادو الحلما......
Pakailah kamu akan serban kerana sesungguhnya dengan memakainya akan menambahkan sifat hilm....

Walaupun hadis ini dinilai dhaif oleh Imam Bukhari rh.a , namun Imam Hakim rh.a telah mentashihkannya dan pula hadis ini mempunyai banyak syawahidnya yang menjadikan hadis ini paling kurang Hadis Hasan Lighairihi....

Antaranya hadis yang dinukilkan oleh Imam Abu Daud rh.a dalam Sunannya dari tariq Rukanah r.a.....:
سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول فرق ما بيننا و بين المشركين العمائم على القلانس
Aku mendengar Baginda SAW bersabda:
Perbezaan di antara kita dengan golongan Musyrikin adalah kita memakai serban di atas kopiah ( sedangkan Musyrikin mereka memakai serban tanpa kopiah)...(Abu Daud/ Bab Fil Ama'im/Hadis no 4078)

Imam Abu Daud tidak memberi komentar apa2 tentang hadis ini yang memberi maksud hadis ini Solih (sohih) menurut pendapatnya...
Begitu pentingnya nilai memakai serban sehingga dijadikan Baginda SAW pengukur untuk membezakan cara dan kaifiat kita memakai serban dengan cara Musyrikin..

Nah! Mana perginya mereka yg mengatakan memakai serban ini adalah sunnah orang arab?? Mereka tidak memerhatikan bgaimana hadis lain mensyarahkan bahawa walaupun orang2 Arab terdahulu memakai serban namun kaifiat memakai serban adalah amat berbeza dengan kita orang2 Islam..

Pertamanya saya tidak berani untuk mengatakan memakai serban ini hanyalah adat orng2 Arab. Ini kerana terdapat satu asar ketika mana seseorang telah bertanya Ibnu Umar r.a (Pencinta Sunnah Baginda SAW yg hakiki)...
يا ابا عبد الرحمان : هل العمامة السنة؟ قال نعم...
Wahai Abu Abdul Rahman (kuniah bg Ibnu Umar) adakah memakai serban itu satu sunnah? Beliau menjawab: ya! (Umdatul Qari Syarah Sahih Bukhari Juzu' 18/ Kitabul Libas/ Babul Ama'im)

Baiklah (ala sabil-taslim) sekiranya kita mengalah bahawa memakai serban ini hanyalah adat orang-orang Arab. Namun adat yang mana telah dijadikan amalan oleh Baginda SAW, secara automatiknya ia akan menjadi sunnah walaupun ianya tidak digelar sunnah ibadah tapi ianya dipanggil sunnah adiyah ataupun sunnah jibliyyah...

Namun yang kita tuntut adalah Cinta dan Muhabbat Allah dan janji kurnia cinta dan muhabbat llah ada di dalam itiiba' Baginda SAW yg sepurna damada dalam ittiba' sunnah ibaadah mahupun sunnah aadah...
Wallhu A'lam.!!

Oleh Maulana Wan Aswadi, Miftahul Ulum Hulu Langat

Sabtu, 16 November 2019

Umur Saidatina Khadijah Ketika Berkahwin Dengan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam

UMUR SAYYIDATUNA KHADIJAH BINTI KHUWAILID RA KETIKA BERKAHWIN DENGAN NABI SAW


1- Kita bersyukur kerana pada setiap masa terutamanya bulan Maulidur Rasul, masyarakat sentiasa mengambil tahu tentang kehidupan Rasulullah SAW.

2- Di antara maklumat penting berkaitan hidup Baginda Rasulullah SAW adalah tentang para Ummahat al-Mukminin (Ibu-Ibu orang beriman) iaitu para isteri Baginda SAW. Semoga Allah SWT meredhai mereka semua. Gelaran sebagai Ibu-Ibu orang beriman disebutkan di dalam Al-Quran dalam Surah al-Ahzab, ayat 6.

3- Isteri Rasulullah SAW yang pertama ialah Sayyidatuna Khadijah Binti Khuwailid RA. Pelbagai kelebihan dan keutamaan beliau disebutkan di dalam Hadith-Hadith. Kita perlu membaca kisah hidup beliau dan perjuangannya bersama Rasulullah SAW.

4- Sebelum beliau berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau telah berkahwin dua kali dan mempunyai beberapa orang anak.

5- Ada yang membangkitkan persoalan – berapakah umur beliau ketika berkahwin dengan Nabi SAW? Pendapat yang popular dan kita semua sedia maklum adalah beliau berumur 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi SAW.

6- Namun masa ke semasa ada sahaja pihak yang mempertikaikan maklumat ini dengan mengatakan ia tidak benar, tidak sahih, tidak betul dan sebagainya.

7- Apabila kita melihat maklumat tentang perkara ini di sisi para ulama Sirah Nabawiyyah dan juga ilmuan yang mengarang tentang biodata kehidupan Sayyidatuna Khadijah RA sendiri, kita akan dapat bahawa di sana ada beberapa pendapat dalam kalangan ulama iaitu:

8- Ada yang menyebut bahawa umur beliau ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW adalah – 40 tahun. Ada juga yang menyebut usia lain seperti: 45 tahun, 44 tahun, 35 tahun, 28 tahun dan 25 tahun. Para ulama menyebutnya sebagai pendapat-pendapat yang wujud padanya perbezaan (khilaf).

9- Begitulah keadaanya pada sebahagian maklumat tentang Sirah Rasulullah SAW. Ada yang disepakati, ada yang diperselisihkan, ada yang masyhur, ada yang tidak diketahui dan ada yang dinafikan ulama.

10- Berkaitan umur Sayyidatuna Khadijah RA ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, kita dapati ulama-ulama sirah menyebutkan beberapa pendapat dalam keadaan terbuka.

11- Sememangnya pendapat ’40 tahun’ juga disebutkan bersama beberapa pendapat lain. Saya cuba membaca kembali sumber-sumber yang popular dan utama tentang sirah dan cuba melihat bagaimanakah ulama menyebut perkara ini. Maka jelas kita dapati:

a) Terdapat ulama yang menyebut pendapat ’40 tahun’ sahaja tanpa menyebut pendapat lain.

b) Ada juga yang menyebut bersama pendapat ’40 tahun’, pendapat-pendapat yg lain juga .

12- Kalau sememangnya ada beberapa pendapat yang disebutkan ulama, maka nyatakanlah dengan harmoni dan tidak saling menyalahkan.

13- Maka janganlah ada pihak yang mengelirukan masyarakat sehingga mengatakan pendapat ’40 tahun’ itu tidak betul atau tidak sahih. Tanya balik diri kita, apakah tujuan dan matlamat seorang ilmuan? Jawapannya untuk menyelesaikan kekeliruan, bukan menambah kekeliruan.

Rujukan:
- كتاب الطبقات الكبير karya Imam Ibn Sa’d RH (wafat 230H )
- دلائل النبوة karya Imam Baihaqi RH (wafat 458H)
- تهذيب الأسماء واللغات karya Imam Nawawi RH (wafat 676H)
- الاستيعاب في معرفة الأصحاب karya Imam Ibn Abd. Barr RH (wafat 458H)
- الإصابة في تمييز الصحابة karya Imam Ibn Hajar al-Asqalani RH (wafat 852H)
- أسد الغابة في معرفة الصحابة karya Imam Ibn al-Athir RH (wafat 630H )
- سير أعلام البنلاء karya Imam Zahabi RH (wafat 748H)
- البداية والنهاية karya Imam Ibnu Kathir RH (wafat 774H)

Adlan Abd Aziz
Tirmidhi Centre

Isnin, 7 Oktober 2019

Siapakah Yang Layak Digelar Pakar Hadith?

Untuk mengetahui seseorang itu pakar atau tidak dalam ilmu hadith kita boleh semak sama ada seseorang itu menepati ciri-ciri pakar yg telah digariskan oleh ulama. Berikut ialah peringkat-peringkat dalam Ahli Hadith, diperingkat mana letaknya kita?

2. Peringkat Pertama: Al-Hakim:

هو من أحاط بالسنة ولم يفته الا يسير

"Seorang yang menghafal/mengetahui sunnah dan tidak ada yang tidak diketahui kecuali sedikit"

3. Peringkat kedua: Al-Hujjah:

هو من أحاط بثلاثمائة ألف حديث

"Orang yang menghafal/mengetahui 300,000 hadits (sanad dan matannya)".

4. Peringkat Ketiga: Al-Hafizh:

هو من حفظ مائة  ألف حديث متنا واسنادا

"Seorang yang menghafal 100,000 ribu hadits, matan beserta sanadnya".

(Ibanah al Ahkam, syarah Bulugh al Maram juz 1 hal. 9).

5. Ketiga-tiga peringkat ini hampir sudah tidak ada atau sudah hampir pupus.

6. Peringkat Keempat: Al Muhaddits

هو من يشتغل بعلم الحديث رواية ودراية ويطلع على كثير من الروايات وأحوال رواتها

"Seseorang yang bergelut (sibuk) dengan ilmu hadits, sama ada riwayat atau dirayah dan mengetahui banyak riwayat-riwayat hadits beserta keadaan perawi-perawinya (jarh wa ta'dil)".

(Taisir Mustholah hadits hal. 17)

Istilah muhaddith lebih tepat dan jelas lagi jika kita lihat pernyataan Imam al Hafizh Sakhawi.

Al Hafizh Sakhawi dalam kitab Fathul Mughits 1/40.

الذي يطلق عليه اسم المحدث في عرف المحدثين ان يكون كتب وقرأ وسمع ووعى ورحل الى المدائن والقرى وحصل أصولا وعلق فروعا من كتب المساند والعلل والتوارخ التي تقرب من ألف تصنيف

"Yang boleh disebut Muhaddits menurut tradisi ulama hadits adalah jika ia menulis, membaca, mendengar, dan memahami hadith, dia pergi ke kota-kota dan desa-desa dan telah menghasilkan ushul (agama), mampu menta'liq furu' fikih dalam kitab-kitab musnad, kitab ilal hadits, kitab sejarah, yang semuanya hampir mendekati 1000 karangan"

7. ANDAIKAN jika anda ada phd hadith yg hanya kaji satu tajuk kecil dari puluhan cabang ilmu hadith (sekitar 70 cabang) dan anda rajin membaca dan mengkaji, anda akan masuk diperingkat mana antara pertama hingga keempat?

8. Apatah lagi jika yg sering menaqal dari perisian maktabah syamilah, forum wahabi ahlalhadeeth, laman web wahabi islamweb dan lain-lain.

9. Sudah tibanya untuk beli baju yg diukur di badan sendiri. Ya !! Kamu yg sedang baca tulisan ini ! Kamu lah.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah Johor Bahru, Johor

Ahad, 6 Oktober 2019

Ada apa dengan DOA QUNUT?



Jawapan dari Al-Alim Maulana Hussein Abd Qadir Yusufi.

Sebenarnya dalil membaca qunut ini kuat.

حدثنا قتيبة ومحمد بن المثنى قالا:حدثنا محمد بن جعفر عن شعبة عمرو بن مرة عن ابن ابي ليلى عن البراء بن عازب(( أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقنت في صلاة الصبح والعشاء))

Di antara sahabat yg meriwayatkan hadis ini juga ialah :
1)Ali bin Abi Thalib.
2)Anas bin Malik.
3)Abu Qurairah.
4)Ibnu Abbas.
5)Khufa' bin Ima' bin Rakhdhah Al-Ghifari

Status hadis ini ialah HADIS HASAN SAHEH.

Ada riwayat yg lain mennyatakan bahawa Nabi S.A.W membaca qunut kelima2 waktu solat.

Di dalam riwayat lain pula menyebutkan bahawa Nabi S.A.W membaca qunut sehingga baginda wafat.

Di dalam riwayat Imam Al-Bukhari pula menyebutkan bahawa Nabi S.A.W membaca qunut 1 bulan kemudian baginda wafat.

..................................................

PEESOALAN.

Adakah Imam Syafie tidak tahu bahawa ada dalil lain yg kuat juga menyatakan bahawa Nabi S.A.W tidak membaca qunut?

Di sisi Imam Abu Hanifah, beliau mentarjihkan hadis tidak membaca qunut pada solat subuh.

Imam Syafie belajar dgn gurunya yg bernama Imam Muhammad bin Hasan Al-Syaibani, gurunya itu pula belajar dgn Imam Abu Hanifah.
Imam Muhammad bin Hasan Al-Syaibani juga berpegang dgn hadis tidak membaca qunut pada solat subuh (Sependapat dgn gurunya Imam Abu Hanifah).

Adapun Imam Syafie apabila beliau menilai dalil2 tersebut, beliau mendapati bahawa dalil2 membaca qunut itu adalah lebih kuat berbanding dalil2 tidak membaca qunut .Lalu beliau mentarjihkan dalil yg menyatakan membaca qunut itu berbanding selainnya.

Ulama2 besar Imam Buwaity,Imam Muzani, Syeikh Zakaria Al-Nasori, Imam Al-Ghazali,Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalini, Imam Nawawi dan lain2 ini menyokong Imam Syafie dan MEREKA SEPENDAPAT mengatakan bahawa dalil membaca qunut itu adalah lebih kuat berbanding selainnya.

Sekiranya dalil membaca qunut itu tidak kuat maka Ulama2 tadi merekalah yg PERTAMA2 akan mengkritik terlebih dahulu.Tetapi mereka tidak pun mengkritik bahkan mereka menyokong.

............................................

Kisah : Orang2 kafir telah berniat jahat memanggil sahabat2 Nabi yg pandai tentang AlQuran untuk mengajarkan AlQuran,hukum-hakam sebagainya kepada mereka. Maka Nabi S.A.W pun memilih dan menghantarkan kpd mereka huffaz dan para qurra' dari kalangan para sahabat kepada mereka. Kemudian orang2 kafir itu mengkhianati dan membunuh sahabat2 tersebut. Lalu sampailah berita sedih ini kepada Nabi S.A.W lalu Nabi membaca qunut dan menyebutkan nama2 pemimpin kafir di dalam qunutnya. Kemudian turulah ayat sebulan setelah itu (ليس لك من الأمر شيء).
Apabila turunya ayat itu Nabi mula meninggalkan MENYEBUT nama2 mereka yakni (pemimpin2 kafir di dalam qunut itu). Bukanlah Nabi MENINGGALKAN membaca Qunut.

Kerana itu Anas bin Malik menyebutkan bahawa Nabi S.A.W membaca qunut sehingga baginda wafat.

Zaman ini orang2 awwam menyangkakan bahawa orang2 yang mempunyai PHD itu telah mengetahui segalanya2. Sedangkan mereka itu hanya menjaja PHD mereka sahaja.

Sebahagian mereka sekiranya mereka berada di negara yang ummat islam tidak mebaca qunut, mereka akan mengatakan bahawa dalil membaca qunut itu lebih kuat. Tetapi sekiranya mereka bersama dengan ummat islam yg membaca qunut pulak mereka akan mengatakan bahawa dalil tidak membaca qunut itu adalah lebih kuat. Dan ini telah berlaku.

Sememangnya hal berkenaan qunut subuh adalah perkara khilaf di kalangan para fuqaha mazhab. Namun begitu Mazhab kita mengatakan qunut subuh adalah sunat berdalilkan Hadis dari Saidina Anas bin Malik sebagai berikut:

ما زال رسول الله يقنت في صلاة الفجر حتى فارق الحياة

" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selalu berqunut pada solat subuh sehinggalah baginda wafat (HR Bukhari dan Muslim).

BUKAN IMAM SYAFIE SAHAJA YANG BERQUNUT.

Perlu juga diketahui bahawa amalan berqunut subuh ini bukan hanya amalan imam as-Syafie. Bahkan para sohabat termasuk Khulafa Ar-Rasyidun turut mengamalkan qunut subuh.

Berikut kenyataan dari kitab Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan at-Tirmidzy yang menaqalkan dari al Hazimiy dalam kitab al-I'tibar menyatakan : " Khilaf para ulama berkenaan qunut pada solat Subuh. Kebanyakan Sohabat , Tabi'in dan para ulama berpendapat adanya qunut pada solat subuh. Di antara mereka yang kami riwayatkan darinya berkenaan hal yang demikian dari kalangan Sohabah ( yang mengamalkan qunut subuh ) adalah :

ِ الْخُلَفَاءُ الرَّاشِدُونَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ رِضْوَانُ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِمْ أَجْمَعِينَ ، وَمِنَ الصَّحَابَةِ عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ ، وَأُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ ، وَأَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ ، وَأَبُو هُرَيْرَةَ ، وَالْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ ، وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ ، وَأَبُو حَلِيمَةَ مُعَاذُ بْنُ الْحَارِثِ الْأَنْصَارِيُّ ، وَخُفَافُ بْنُ إِيمَاءِ بْنِ رَحْضَةَ ، وَأُهْبَانُ بْنُ صَيْفِيٍّ، وَسَهْلُ بْنُ سَعْدٍ السَّاعِدِيُّ ، وَعَرْفَجَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْأَشْجَعِيُّ ،وَمُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ ، وَعَائِشَةُ الصِّدِّيقَةُ ، وَمِنَ الْمُخَضْرَمِينَ أَبُو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيُّ ، وَسُوَيْدُ بْنُ غَفَلَةَ وَأَبُو عُثْمَانَ النَّهْدِيُّ ، وَأَبُو رَافِعٍ الصَّائِغُ
Dari kalangan Tabi'in pula ialah :

وَمِنَ التَّابِعِينَ سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ ، وَالْحَسَنُ بْنُ الْحَسَنِ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ سِيرِينَ ، وَأَبَانُ بْنُ عُثْمَانَ ، وَقَتَادَةُ ، وَطَاوُسٌ ، وَعُبَيْدُ بْنُ عُمَيْرٍ ، وَالرَّبِيعُ بْنُ خَيْثَمٍ ، وَأَيُّوبُ السِّخْتِيَانِيُّ ، وَعُبَيْدَةُ السَّلْمَانِيُّ ، وَعُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ ، وَزِيَادُ بْنُ عُثْمَانَ ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى ، وَعُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ ، وَحُمَيْدٌ الطَّوِيلُ ،

Dari kalangan fuqaha pula ialah :

وَمِنَ الْأَئِمَّةِ وَالْفُقَهَاءِ أَبُو إِسْحَاقَ ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ مُحَمَّدٍ ، وَالْحَكَمُ بْنُ عُتَيْبَةَ ، وَحَمَّادٌوَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ ، وَأَهْلُ الْحِجَازِ ، وَالْأَوْزَاعِيُّ وَأَكْثَرُ أَهْلِ الشَّامِ ، وَالشَّافِعِيُّ وَأَصْحَابُهُ ، وَعَنِ الثَّوْرِيِّ رِوَايَتَانِ ، وَغَيْرُ هَؤُلَاءِ خَلْقٌ كَثِيرٌ ، [ ص: 360 ]

Rujuk : Tuhfatul Ahwazi.

Itulah mereka. MEREKA INI SANGAT SUKA BERBEZA PENDAPAT.

Ijtihad mereka ini lebih kepada MEMBUAT KACAU.

تزببت وأنت حصرم

Sabtu, 5 Oktober 2019

Benarkah Peha Bukan Aurat ? Siri 4 Akhir

Catatan peha dan Ibnu Hazam

1- Saya membuat bacaan sederhana terhadap kitab al-Muhalla bil asar karangan Ibnu Hazam

2- Dikalangan mereka yang berpendapat peha bukan aurat beliau satu-satunya orang yang kita boleh mengetahui usul, dalil dan perinciannya berkaitan perkara ini

3- Manakala mereka yang lain tidak sepertinya. Ia cuma hikayat yang dihikayatkan orang lain tentang mereka.

4- Tidak memenuhi syarat mazhab yang boleh diikuti dan ditaqlid dek kerana tiada murid dan penerus sehingga kita dapat mengetahui perincian mereka

5- Adapun Ibnu Hazam beliau mengatakan zakar dan buahnya serta lubang dubur sahaja yang wajib ditutup dan haram dibuka

6- Bahkan dihujung perbahasannya beliau mengatakan kalau tidak ada hadis sarih tentang wajib menutupnya maka kita tidak akan menghukum wajib menutup hatta dua kemaluan pun

7- Membaca dalil-dalil beliau dan cara beliau memahami dalil saya melihat keajaiban pemahaman secara zahir

8- Dan menyebabkan kita memahami mengapa ulama mengatakan khilaf aliran zahiri tidak muktabar antara yang sering berhujah dengan kaedah ini ialah Imam Nawawi

9- Bacaan sederhana itu melihatkan beliau ialah tokoh yang mewah dengan riwayat hadis dan keluasan maklumat

10- Namun fiqh dan kefahaman terlalu jauh dari mujtahid empat mazhab yang muktabar

11- Beliau dilihat ada mengungkap bahawa perincian Imam Mujtahid seperti Imam Malik Imam Shafie tidak ada dalilnya

12- Akhirnya saya mengucap syukur kerana tersihir dengan kefahaman Imam Syafie sepertimana Imam Ahmad tersihir dengannya

Jumaat, 4 Oktober 2019

Benarkah Peha Bukan Aurat ? Siri 3

Faedah Sabtu - siri 1 (Mazhab Maliki )

1- Sebarang komen menghina dan menggelar akan dipadam

2- Sambungan perbincangan video Dr Rozaimi berkaitan peha lelaki

3- Beliau mengambil kesimpulan berdasarkan pandangan yang mengatakan peha bukan aurat bahawa boleh main bola pakai seluar pendek dan boleh menonton bola@menonton peha kerana peha bukan aurat

4- Diangkat mazhab Maliki dan sebahagian ulamanya bahawa mereka mengatakan peha bukan aurat.

5- Nukilan bahawa mazhab Maliki peha bukan aurat adalah masyhur tetapi salah nukilan tersebut. Maulana Zakariyya menyebut tentang perkara ini didalam Lamie ad-darari. Maka beliau telah menukil langsung dari kitab ulama Malikiyyah iaitu Qutub Dardir dan ad-Dasuqi. Kedua mereka berkhidmat untuk matan Khalil

6- Kitab Matan Khalil adalah kitab muktamad dalam mazhab Maliki. Menurut Dr Ali Jumah Mukhtasor Khalil menjadi hujah kepada ulama Malikiyyah (al-Madkhal ila dirasah al-Mazahib al-fiqhiyyah 164)

7- Didalam matan Khalil disebut secara jelas bahawaaurat ialah antara pusat dan lutut. Pendapat yang mengatakan hanya dua kemaluan aurat ialah bertentangan dengan masyhur mazhab ia merupakan pandangan Asbagh (jika menurut neraca mazhab adalah dhoif). ia disebut didalam Hasyiah Adawi yang merupakan hasyiah kepada syarah matanIbnu Abi Zaid Qairawani (170 cetakan Dar al-Fikr)

8- Perlu difahami didalam mazhab Maliki perempuan ajnabi tidak boleh melihat lelaki bukan mahram melainkan mukanya dan hujung kaki dan tangannya. (Matan Khalil, Hasyiah Dasuqi)

9- Maknanya adalah salah mengatakan jika peha bukan aurat maka takda masalah tengok bola@tengok peha

10-Walaupun atas pendapat peha bukan aurat bukanlah maksud mereka yang berpendapat bahawa ia boleh dibuka sewenangnya kepada sesiapa sahaja

11- Cuba lihat mazhab Maliki mengatakan haram lelaki melihat peha lelaki lain (Hasyiah Dasuqi - cetakan Darul Fikir)

12- Ini adalah punca ulama mengatakan setiap mazhab perlu dirujuk dari sumber primer dan berautoriti

13- Mazhab yang tidak ada pengikut dan ulama yang berkhidmat kepadanya dengan menghurai dan mencambahkannya tidak boleh diikuti kerana kita tidak pasti perincian mazhab tesebut dan huraiannya

14- Didalam masalah peha lelaki walaupun dinukilkan dalam riwayat bahawa Ibnu Abi Ziib, Ato', Ibnu Hazam, Istokhrie mengatakan peha bukan aurat .

Persoalannya adakah kita tahu perincian mazhab mereka, Adaka mereka juga berpandangan bahawa sewenang-wenang
nya boleh buka peha

15- Mungkin Dr Rozaimie boleh mengatakan saya bukan taqlid Maliki atau Bukhari bahkan saya terus dari hadis Anas atau Aisyah maka saya bertanya dalam hadis tersebut aurat terbuka dalam situasi perang, ada kemungkinan tidak sengaja, dalam keadaan orang lain tidak memberi fokus melainkan kepada peperangan, dilihat oleh individi tertentu sahaja

16- Soalan saya apakah petunjuk didalam hadis ini bahawa ia juga boleh terpakai untuk semua situasi dan semua orang sementelahan Dr juga belajar dalam usul fiqh"perbuatan tidak menunjukkan keumuman

17- Oleh sebab itu sebahagian ulama Maliki mengatakan peha hanya boleh dibuka untuk orang yang kita tidak malu darinya berdasarkan hadis Aisyah

18- Soalan saya kaedah istinbat mana yang digunakan sehingga hadis Anas dan Aisyah itu boleh dimaknnakan umum
19- Mengapa tidak mengambil hadis Jarhad yang dihukum sahih oleh Albani dan Ibn Hibban dan hasan oleh Tarmizi dan Nawawi . Hadis Jarhad yang merupakan hadis yang sangat jelas Nabi menyuruh menutup peha dan menerangkan sebabnya ialah peha termasuk aurat. Imam Bukhari sendiri mengatakan yang lebih hati-hati ialah mengamalkan hadis Jarhad

Khamis, 3 Oktober 2019

Benarkah Peha Bukan Aurat ? Siri 2

Faedah Jumaat siri 2

1- Didalam video Dr Rozaimi mengatakan pendapat Imam Shafie dalam bab peha aurat tidak kukuh

2- Pertama saya katakan mengapa beliau tidak sebut pendapat jumhur adalah tidak kukuh kenapa khususkan Imam Shafie. Saya andaikan sebabnya audien dihadapan beliau kebanyakan bermazhab Shafie

3- Beliau meninggalkan pendapat jumhur bahawa peha aurat dengan alasan hadisnya dhoif iaitu riwayat Abi Daud

4- Saya tidak pasti riwayat Abi Daud yang mana satu yang beliau maksudkan. Adakah riwayat Sayyidina Ali atau riwayat Jarhad

5- Riwayat Sayyidina Ali adalah dhoif jiddan seperti yang dihukum oleh Sheikh Albani dalam Irwa' alGhalil dan Imam Nawawi mengatakan kita tidak perlu berhujah dengan riwayat ini kerana kita mempunyai riwayat Jarhad
6- Riwayat Jarhad dengan pelbaga jalur sampai ketahap sohih seperti yang dihukum oleh Sheikh Albani dalam Irwa' al-Ghalil
7- Imam Nawawi hanya menghukumnya sebagai hadis hasan
8- Dan uslub tarjih beliau agak gharib apabila menolak tafsiran bahawa ia tersingkap secara tidak sengaja itu dengan perkataan sahabat yang mempunyai pelbagai ihtimal

Rabu, 2 Oktober 2019

Benarkah Peha Bukan Aurat ? Siri 1

https://youtu.be/n3HkyOtMtsE

Faedah hari Jumaat (siri 1 )

Oleh : Ust Lutfi (Miftahul Ulum Sri Petaling) Tok Kenali Kitab Arab

1- Dalam video diatas Dr Rozaimie bercakap berkaitan peha lelaki dan mentarjihkan pendapat yang mengatakan peha bukan aurat kerana hadisnya kuat dan pendapat Syafie yang mengatakannya aurat tidak kukuh

2- Ada kesilapan dalam menukilkan mazhab fekah (ia kerap berlaku dari beliau mungkin sebabnya ia dijawab secara sepontan@gopoh)

3- Mazhab Shafie pusat dan lutut bukan aurat walaupun ia wajib ditutup sebahagiannya atas qaedah ' ma la yatimmul wajibu illa bihi fahuwa wajib (perkara ini dapat diketahui dari kitab fekah Shafie yang paling kecil ( Dr Rozaime telah mengatakan sebaliknya)

4- Mazhab Hanafie lutut termasuk aurat . Ia boleh dirujuk dalam kitab ulama Hanafie antaranya dalam Lami' Darari syarah Bukhari (Dr Rozaimie telah mengatakan sebaliknya)

5- Mazhab Maliki menurut pendapat yang muktamadnya dan majoriti ulamanya ialah peha lelaki ialah aurat ( al-Muntaqa lil Baji 1/247)

6- Dr Rozaimie menyebut mazhab Bukhari peha bukan aurat
- Ada beberapa perkara tentang Imam Bukhari
- Beliau mengatakan terawikh 20 rakaat
- Beliau mengatakan disunatkan qunut subuh

7- Adapun dalam masalah peha lelaki memang Imam Bukhari dilihat cenderung bahwasanya ia bukan aurat ini yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari namun Imam Badruddin Ain didalam Umdah al-Qari tidak bersetuju ini ialah mazhab Bukhari

8- Walaubagaimanapun Dr Rozaimi tidak menukilkan dari Imam Bukhari secara cermat dan warak

9- Imam Bukhari mengatakan riwayat Anas ( yang zahirnya menunjukkan peha tidak aurat lebih kuat sanadnya) dan riwayat Jarhad (yang menunjukkan wajib tutup aurat) lebih ihtiyat

10- Imam Bukhari mengatakan memakai riwayat Jarhad lebih selamat dan warak dalam agama supaya dapat keluar dari ikhtilaf ulama

11- Jadi mengapa Dr tidak mengamalkan qaul Bukhari ini

12- Kemudian beliau ada menyebut tentang pemain bola Saudi yang memakai seluar pendek (sejak bila amalan pemain bola jadi hujah)

13- Dalam carian di Youtube saya mendapati ulama besar Saudi seperti sheikh Soleh Fauzan, Sheikh Ibnu Usaimin mewajibkan tutup peha ketika main bola
https://youtu.be/zY8HwWpX51Y (Sheikh Soleh Fauzan )
https://youtu.be/zFkSYU7KcAE ( Sheikh Albani )
https://youtu.be/8zEe4la4778 ( Sheikh Ibnu Usaimin)

14- Adapun beliau mengatakan dalil mazhab Syafie tidak kukuh perlu kita ketahui bahawa melihat kepada mereka yang mengatakannya tidak aurat kita dapat ketahui lemahnya kumpulan itu

15- Mereka yang mengatakan tidak aurat ialah kaum zohiri yang khilafnya tidak muktabar - Dr Rozaimie gemar menggunakan pendapat zohiri contohnya dalam bab qada solat

Jumaat, 20 September 2019

ADAKAH TERDAPAT NAMA SURAH DAJJAL DI DALAM AL-QURAN?



NAMA-NAMA SURAH DI DALAM AL-QURAN ADALAH TAUQIFIYAH .

Oleh: Ustaz Nazrul Nasir

Jumhur para Ulama seperti yang ditegaskan oleh al-Imam as-Suyuti rahimahullah di dalam al-Itqan mengatakan bahawa nama-nama surah di dalam Al-Quran adalah bersifat Tauqifi iaitu yang ditentukan oleh Syara' bukan dengan dengan Ijtihadi.

Maka nama-nama Surah bermula daripada al-Fatihah sehingga An-Nas adalah Tauqifi.
Al-Imam as-Suyuti rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya yang agung al-Itqan bahawa terdapat 25 nama bagi surah al-Fatihah.

Manakala Surah Al-Israa' juga dikenal dengan Surah Bani Israel kerana di dalamnya banyak disebut tentang Bani Israel.

Surah At-Taubah dan Surah al-Ahzab disebut juga sebagai surah al-Fadhihah kerana disebut didalamnya dibongkarkan segala perkara dan segala sifat golongan Munafik.

Surah Al-Maidah juga dikenal sebagai surah al-Uqud kerana di dalamnya ada ayat :
( ﯾَـٰۤﺄَﯾُّﻬَﺎ ﭐﻟَّﺬِﯾﻦَ ﺀَﺍﻣَﻨُﻮۤﺍ۟ ﺃَﻭۡﻓُﻮﺍ۟ ﺑِﭑﻟۡﻌُﻘُﻮﺩِۚ ﺃُﺣِﻠَّﺖۡ ﻟَﻜُﻢ ﺑَﻬِﯿﻤَﺔُ ﭐﻟۡﺄَﻧۡﻌَـٰﻢِ ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﺎ ﯾُﺘۡﻠَﻰٰ ﻋَﻠَﯿۡﻜُﻢۡ ﻏَﯿۡﺮَ ﻣُﺤِﻠِّﯽ ﭐﻟﺼَّﯿۡﺪِ ﻭَﺃَﻧﺘُﻢۡ ﺣُﺮُﻡٌۗ ﺇِﻥَّ ﭐﻟﻠَّﻪَ ﯾَﺤۡﻜُﻢُ ﻣَﺎ ﯾُﺮِﯾﺪُ )

Segala surah ini walaupun disebut dengan pelbagai nama NAMUN hakikatnya ianya adalah sifat yang disebutkan di dalam surah-surah tersebut serta ianya disebut di dalam hadis Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Syaikhuna Al-Allamah al-Imam Dr Ali Jum'ah hafizahullah pernah menyebut :
" Bilamana ada sekelompok orang membaca surah an-Nahl , mereka mendapati di dalam surah tersebut terdapat padanya sistem ekonomi Islam yang hebat iaitu terdapat padanya rukun al-Mawarid Al-Iqtisadiyah ( Economics Resources ) iaitu :

1) Al-Amal atau di dalam istilah ekonominya Labor

2) Ra'sul Maal ( Modal ) yang dikenal di dalam istilah ekonomi sebagai Capital

3) al-Ardh ( ﺍﻷﺭﺽ ) yang dikenal di dalam istilah ekonomi sebagai Land

4) at-Tandzim wal Idarah atau lebih dikenal di dalam istilah ekonomi sebagai Entrepreneur.

Keempat-empat perkara ini ada pada gerak kerja Lebah di dalam koloninya.

Maka adakah kita boleh namakan Surah an-Nahl ini sebagai Surah Iqtisad Islami ? Surah Ekonomi Islam? "

Maka Syaikhuna Al-Allamah al-Imam Dr Ali Jum'ah hafizahullah mengatakan bahawa : " Tidak boleh kerana walaupun sifatnya memang terkandung di dalam surah tersebut namun ianya tidak disebut oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam"
Perhatian ini perlu diambil oleh sebahagian pendakwah agar jangan bersenang- senang dan bermudah-mudah untuk melariskan produk kita dengan meletakkan nama Surah pada buku dan tulisan kita agar ianya tidak bercanggah dengan Syara'.

Niat bagus tidak menghalalkan cara kita.
Maka saya menasihati adik-adik pendakwah yang bersemangat dan mungkin berniat baik untuk mendekati audien agar sentiasa berhati-hati dan sentiasalah menuntut Ilmu daripada jalan para Guru yang bersambung silsilah Sanad pengajiannya sehingga Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan , maka kamu akan tumbuh dengan baik. Pokok yang tidak sempurna penjagaannya tidak akan menghasilkan buah yang baik untuk umat.
Rendahkan diri, teruskan belajar dan jangan sombong menerima nasihat.
ﺑﺎﺭﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻴﻜﻢ .

Selasa, 10 September 2019

Dr Mohd Khafidz bin Soroni







Oleh : Ibnu Jawi

Terkenal sebagai seorang yang tawaduk dan lembut tutur katanya, Dr Khafidz Soroni berjaya dalam kajian PhD nya bagi membandingkan ilmu hadis dalam mazhab Syafie dan mazhab Hanafi tanpa sebarang pembetulan.

Dr Mohd Khafidz bin Soroni @ Hj Ahmad Mughni dilahirkan pada 1 Oktober 1974 di Klang, Selangor. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda dari Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Hadis. Seterusnya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Malaya pada peringkat Master dalam bidang al-Quran dan Hadis pula.

Dalam kajian peringkat PhD di Kolej Universiti Islam Antarabangsa, tesis Dr Khafidz Soroni mendapat kepujian yang tinggi. Judul tesis tersebut adalah “Ulum al-Hadis Antara Mazhab Hanafi dan Mazhab Syafie : Perbandingan Antara Kitab Zafar al-Amani dan Kitab Manhaj Dhawi al-Nazar”.
Dr Khafidz Soroni berjaya mengkaji perbandingan pengaruh mazhab Fiqh dalam karya ulum hadis. Kitab yang menjadi subjek kajian adalah karya ulama besar terkenal dari dua mazhab.

Pertama, kitab Manhaj Dhawi al-Nazar fi Sharh Manzumah ‘Ilm al-Athar karya Syeikh Muhammad Mahfuz al-Tarmasi daripada kalangan ulama mazhab Syafie.

Kedua, kitab Zafar al-Amani fi Mukhtasar al-Jurjani karya Syeikh Abdul Hayy al-Laknawi daripada kalangan ulama mazhab Hanafi.
Al-Tarmasi berkecenderungan kepada usul dan prinsip Mazhab Syafie. Beliau sentiasa merujuk kepada pandangan tokoh-tokoh ilmu hadis mazhab Syafie seperti al-Hakim, Ibn al-Salah, Ibn Hajar, al-Nawawi, al-Iraqi dan al-Suyuti. Ini kerana kitab-kitab para ulama hadis tersebut merupakan sumber rujukan utama beliau dalam kitab Manhaj Dhawi al-Nazar.

Al-Tarmasi asy-Syafie banyak menggunakan istilah-istilah yang menunjukkan kecenderungannya pada mazhab Syafie. Al-Tarmasi asy-Syafie dalam beberapa tempat mengangkat dan memperkukuhkan pandangan mazhab Syafie di dalam karyanya ini.

Al-Laknawi lebih cenderung kepada usul dan prinsip mazhab Hanafi. Lebih menjelaskan lagi, kajian mendapati Al-Laknawi al-Hanafi di dalam kitabnya Zafar al-Amani ini menggunakan banyak istilah-istilah yang menunjukkan kecenderungan beliau kepada mazhabnya itu.

Al-Laknawi al-Hanafi banyak mentarjihkan pandangan mazhab Hanafi apabila berlaku pertembungan antara berbagai pandangan di dalam karyanya ini. Selain itu, dapat dilihat dalam syarahnya, al-Laknawi al-Hanafi merujuk kepada banyak kitab-kitab ulama Hanafi.

Bagi melihat kecenderungan mazhab antara al-Tarmasi asy-Syafie dalam kitab Manhaj Dhawi al-Nazar dan al-Laknawi al-Hanafi dalam kitab Zafar al-Amani, beberapa perbahasan hadis dalam kitab mereka dapat dilihat secara jelas. Antaranya adalah hadis Basmallah al-Fatihah dalam solat, Hadis al-Qullatain dan Hadis al-Isfar.

Melalui kajian terhadap contoh-contoh hadis dalam kitab Manhaj Dhawi al- Nazar dan kitab Zafar al-Amani, jelas membuktikan bahawa perbahasan ilmu hadis juga tercorak melalui disiplin mazhab fiqh. Ini kerana penulis kedua-dua kitab tersebut menghurai hadis-hadis menurut kecenderungan mazhab masing-masing.

Selain kajian mengenai perbezaan ilmu Hadis dalam mazhab Syafie dan mazhab Hanafi, Dr Khafidz Soroni juga banyak mengarang jurnal akademik, seminar, laporan penyelidikan, prosiding dan penulisan popular lain. Antaranya, pakar hadis ini giat menulis sebagai kolumnis majalah atau akhbar, bab-bab dalam buku, menyunting bahkan memiliki banyak karya berbentuk buku sendiri.

Antaranya adalah :-

– Mustalah al-Hadith al-Muyassar.
– Kaedah-kaedah Takhrij al-Hadith.
– Manahij al-Muhaddithin: Metod dan Pendekatan Sarjana Hadith
– Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani (1916 – 1990) Dan Ketokohannya Dalam Ilmu Riwayah Al-Hadith
– 40 Hadith Tentang Keberkatan. Kuala Lumpur
– Q & A Hadith : Pencerahan 41 Hadits Yang Masyhur Dalam Masyarakat
– 40 Hadith Tentang Kanak-kanak
– 200 Hadis Pembangunan Insan

Beliau juga menyelia latihan ilmiah serta kertas kerja dan mengajar dalam lapangan ilmu hadis seperti Mustalah al-Hadis, Dirasat al-Asanid, Mabadi’ al-Ta’amul Ma’ al-Sunnah, Ilm al-Rijal, Manahij al-Muhaddisin, Ilm al-Takhrij, Ilm Rijal al-Hadith, al-Hadith al-Mawdhu’i dan lain-lain. Beliau merupakan felo Pusat Kajian Hadis (INHAD) serta banyak menyampaikan ceramah-ceramah ilmiah.

Selain menjadi ahli Lajnah Tahqiq Hadith Kementerian Dalam Negeri, beliau juga merupakan salah seorang Ketua Lajnah Hadis ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI). Beliau sebelum ini giat menghurai tafsiran hadis-hadis akhir zaman agar tidak dipesongkan maknanya oleh golongan teori konspirasi di sawanih.blogspot.com atau https://www.facebook.com/sawanih/

Sumber : https://www.thepatriots.asia/dr-khafidz-soroni-pakar-hadis-yang-membandingkan-ilmu-hadis-mazhab-syafie-dan-mazhab-hanafi/?

Isnin, 9 September 2019

Maulana Wan Tahir al-Mazahiri ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ

Maulana Wan Tahir al-Mazahiri ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ
Maulana Wan Tahir al-Mazahiri (gelaran al-mazahiri beliau gunakan sebagai mengikuti senior beliau-beliau (meskipun beliau tidak sempat menamatkan pengajian beliau di sini) seperti Maulana Razif al-Mazahiri ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ ، Maulana Hazim al-Mazahiri ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ (abang ipar beliau) dan juga untuk tabarukkan)

Asal: Temerloh, Pahang

Sejarah pengajian beliau

1. Darul Ulum Deoband (Sampai Tahun Pertama sahaja kerana mengikuti senior-senior beliau berpindah ke Madrasah Mazahirul Ulum, Saharanfur).

2. Madrasah Mazahirul Ulum, Saharanfur (Tahun 2-4 kerana masalah visa).

3. Menyambung pengajian ke Hadramaut, Yaman (Darul Mustafa selama Darul Mustafa selama sebulan sebagai tabarruk (alami masalah visa).

4. Berpindah ke Jamiah Al-Yamaniah. Berada di sini dalam tempoh lebih kurang 2 tahun, di sini beliau bertalaqqi feqah Syafi'i dengan Syeikh Qosimul Bahr ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ , Syeikh Abduh Sulaiman ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ , Sheikh Makbul Hasan Al-Ahdal ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ . dan di sini juga berkawan dengan beberapa figure Wahabbi Malaysia yang belajar di Jamiah ini. (Ada kisah menarik di sini mengenai figure-figure Wahhabī Malaysia ini , jika nak tahu, kene belanja saya chai dulu).

5. Bertalaqqi dengan masyaikh di Hudaidah (di sini lebih tersusun pengajian feqah Syafi'i beliau).

6.Merasakan diri kekurangan dalam ilmu Hadīth, beliau ke Pakistan, menyambung baki menyambung baki pengajian tafsir Dan daurah al-Hadith di Jamiah Tafsiriyah Syamsul Uloom, Rahim Yar Khan dengan keputusan Mumtaz. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang Takhassus fil Hadith di bawah bimbingan Maulana Nur Basyar ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ di Jamiah Farooqia, Karachi, Pakistan juga dengan keputusan Mumtaz. Juga mendapat ijazah Daurah al-Hadith (Sunan Sittah) dari Maulana Salemullah Khan ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ iaitu ketua Wefaqul Madaris, Pakistan dan antara pemegang Sanad Sahih al-Bukhari tertinggi di dunia.

7. Menyambung pengajian peringkat Takhasus fil Hadīth di Jamiah yang sama dan memperolehi keputusan Mumtaz.

8. Ketika berada di Pakistan juga, beliau mulai melazimi pengajian bersama Maulana Ilyas Ghuman ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ sehingga mendorong beliau menyambung pengajian Takhasus firqah Batilah di markaz ASWJ di Sarghoda di bawah bimbingan Maulana Ilyas Ghuman ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ .

Penglibatan dalam Jemaah Tabligh

1 . Setelah tamat pengajian beliau, beliau telah keluar berdakwah selama 1 tahun di India,Pakistan dan Bangladesh mengikut nisab pelajar agama dalam Jemaah Tabligh.
Penglibatan dalam tariqat/Tasawwuf

1. Beliau telah berbi'ah dengan kesemua 4 cabang tariqat yang muktabar di benua Hindustan iaitu Naqshabandiyyah, Chistīyyāh, Suhwardiyyah, Qadiriyyah dengan beberapa mursyid Tariqat muktabar Pakistan.

2. Beliau dilantik sebagai khalifah majaz lil baiah oleh Sheikhul Tarikat Mutakalim Islam Maulana Ilyas Ghuman dalam keempat-empat cabang tariqat dan memimpin cabang tariqat Chistiyyah
Penglibatan dalam pengajaran/tadris

1. Setelah beliau menamat pengajian, beliau telah dipujuk oleh Maulana Abd Hamid ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ ketika itu mudir madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling untuk berkhidmat sebagai penyarah hadith di madrasah ini tetapi beliau menolak kerana ada sebab dan alasan beliau yang tersendiri.

2. Beliau telah membuka madrasah yang bernama Mazahirul ulum, di Surau at-Rayyan, Seksyen 7,Shah Alam, Selangor. Madrasah ini hanya memfokuskan pengajian Alim kitab turath (Sunan Sittah) dan pengajian bahasa Arab.

Penglibatan dalam penulisan

1. Beliau amat meminati bidang penulisan. Sekarang beliau sedang giat menterjemahkan kitab al-Muhannad ala al-Mufannad beserta syarahan dari guru beliau Maulana Ilyas Ghuman ﺣﻔﻈﻪ ﺍﻟﻠﻪ ke dalam bahasa Melayu (doakan semoga cepat siap).

Penglibatan dalam kelas pengajian umum.

1. Selain mengajar di madrasah beliau, beliau aktif dalam memberikan pengajian di masjid & surau sekitar Shah Alam.
Demikianlah sedikit sebanyak maklumat mengenai guru saya yang saya mahu kongsi bersama dengan kawan-kawan semua.

Sumber : https://m.facebook.com/groups/398637443880126?view=permalink&id=749453692131831&ref=m_notif&notif_t=feedback_reaction_generic5

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10205071425540076&id=1676430727&ref=m_notif&notif_t=feedback_reaction_generic

Rabu, 17 Julai 2019

Aqidah Imam Ibnu Hazm




Oleh : Ustaz Abdul Rahman arRaniri

Golongan wahhabi selalu berhujah dengan kalam Ibn Hazm sedangkan mereka tak tahu Ibn Hazm beri'tiqad bahawa Allah tidak bertempat. Beliau menjelaskan perkara ini dalam kitab 'Ilm al-Kalam 'ala Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, halaman 65 dengan berkata:
"Dan bahawasanya Allah taala tidak berada di suatu tempat atau di suatu masa, bahkan Dialah pencipta masa-masa dan tempat-tempat. Allah berfirman (mafhumnya) : Dan dia menciptakan segala sesuatu lalu dia menetapkan taqdirnya dengan sempurna [al-Furqan : 2] dan Dia berfirman (mafhumnya) : Dia menciptakan langit-langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya [al-Furqan : 59]. Masa dan tempat kedua-duanya adalah dua makhluk. Dan Allah telah ada (sedia kala) tanpa keduanya. Dan tempat hanyasanya untuk jisim-jisim, manakala masa hanyasanya ia adalah tempoh untuk setiap yang diam atau bergerak"..



Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2415628468674226&id=100006812895601&ref=content_filter

Jumaat, 12 Julai 2019

Aqidah Imam Hassan al Banna


Aqidah Imam Hasan al Banna

Imam Hasan Al-Banna juga menyebut:


"Maka tiada makna ‘yad’ (tangan) secara hakikat (secara zahir atau secara makna dari sudut bahasa) kecuali anggota badan dan begitu juga selainnya. [Risalah Al-Aqa'id oleh Hasan Al-Banna]


Imam Hasan Al-Banna berkata sebagai kesimpulan


"Manakala mazhab As-Salaf tidak berpegang secara zahir pada ayat dan hadith tersebut tetapi tidak langsung menyentuh dan berbahas mengenainya sama sekali”

Beliau berkata lagi: "Salaf dan khalaf  bersepakat bahawasanya apa yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. melalui nas-nas mutasyabihat bukanlah dengan makna zahirnya…"


[Ditulis dalam Majmuk Rasa'il Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pada kitab Al-Aqoid m/s 408-418 yang dinukilkan dalam fusulun fi Al-Aqidah oleh Dr. Al-Qaradhawi m/s: 34.]

Selasa, 2 Julai 2019

Hukum Mengucapkan Madad Ya Rasulallah: Pencerahan Kali Kedua Buat Abu Anas Madani (Bhg 2)

Hukum Mengucapkan Madad Ya Rasulallah: Pencerahan Kali Kedua Buat Abu Anas Madani (Bhg 2)

Review By:  Restoran: Menjawab Wahabi
Share Button
Kami akan melanjutkan menjawab hujjah Abu Anas Madani dalam terusan artikel ini. Sudah saya katakan jika Abu Anas menjawab artikel ARG terkait isu al- Madad Ya Rasulallah yang kami tulis lepas lalu untuk menjawab artikel Abu Anas sebelumnya, maka kami melihat tidak ada jawapan atau bantahan Abu Anas secara sighnifikan terhadap hujjah-hujjah dan dalil-dalil kami, bahkan Abu Anas malah menjawab hujjah dan dalil yang tidak kami tulis sama sekali dalam artikel, ini sudah jauh dari sikap profesionalisme dan ketertiban dalam ruang diskusi. Namun kami tetap akan menjawab hujjah yang disinggungkan oleh Abu Anas dalam isu baru yang dilontarkannyya.
abu anas tawassul


Abu Anas mengatakan :

Di bawah ini ana kemukan contoh satu dalil yang menjadi perebutan antara pendokong dan penentang.

Pencerahan kepada cerita Ad-Dharir (Si Buta) yang bertawassul.
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ، أَنَّ رَجُلًا ضَرِيرَ الْبَصَرِأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَنِي،قَالَ: “إِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ وَإِنْ شِئْتَ صَبَرْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ”،قَالَ: فَادْعُهْ، قَالَ: فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيَدْعُوَبِهَذَا الدُّعَاءِ: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ،مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ، إِنِّي تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى لِيَ، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ”.
Uthman bin Hunaif radiallahu meriwayatkan bahawa seorang lelaki yang buta datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Jika engkau mahu, aku akan doakan, jika engkau mahu bersabar, itu baik untuk diri mu. Lelaki itu menjawab: Engkau berdoalah. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh lelaki tersebut untuk berwudhu dan mengelokkan wudhunya dan berdoa dengan doa ini:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan nabi-Mu, Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan Engkau(Muhammad) untuk urusan hajatku ini agar ia selesai. Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untuk diriku”. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3531, sahih gharib]
Hadis ini menjadi hujah kepada sebahagian ilmuan Islam yang membenarkan untuk bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam hatta selepas kewafatan Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.
Pendapat ini dibantah oleh ulama lain.
Yang membantah berhujah bahawa hadis ini menunjukkan tawassul dengan doa orang soleh. Ini berdasarkan perkataan lelaki itu kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku.
Hadis ini menunjukkan lelaki itu dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu kedua-duanya berdoa kepada Allah. Dan inilah yang dimaksudkan dengan doa lelaki itu: “Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untukdiriku”.

Jawapan :

Sangkaan Abu Anas bahwa hadits itu menunjukkan tawassul dengan doa orang soleh, maka ini adalah sangkaan yang bathil lagi silap. Sangat jelas sekali dalalah hadits tersebut menunjukkan bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan orang yang buta tersebut bertawassul dan memohon kepada Allah dengan JAH Nabi.

Seandainya itu tawassul dengan orang soleh, maka Nabi akan mendoakannya langsung dan tidak akan mengajarkannya doa tawassul dengan JAH Nabi, juga mencukupkannya dari doa dan sholat dua roka’at. Maka jelas Nabi memerintahkan hal tersebut adalah sebagai bayan (penjelasan) dan tasyri’ (penetapan syare’at).

Abu Anas mengatakan :

Hadis di bawah menjadi hujah penguat bahawa tawassul hanya dengan orang yang masih hidup.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، فَقَالَ:“اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَاصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا،وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا، قَالَ: فَيُسْقَوْنَ
Bermaksud: Anas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Umar al-Khattab radiallahu apabila berlakunya kemarau, beliau bertawassul dengan ‘Abbas bin ‘Abdul Mutholib. Beliau berkata: Sesungguhnya dulu kami bertawassul kepada Mu dengan Nabi kami sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Engkau berikan hujan kepada kami. Sesungguhnya kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi kami, turunkanlah hujan. Maka hujan pun turun. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no: 3457]

Berdasarkan hadis ini, jika dibenarkan bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Baginda, kenapa Saidina Umar perlu bertawassul dengan ‘Abbas radiallahu ‘anhu?

Jawaban :

Sangkaan anda tidak benar sama sekali dan itu penetapan hukum tanpa dalil.

Pertama : Sangkaan anda “, jika dibenarkan bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Baginda, kenapa Saidina Umar perlu bertawassul dengan ‘Abbas radiallahu ‘anhu?, adalah sangkaan yang dibuat-buat oleh kaum wahabi dan tidak berdasar sama sekali. Justru menyalahi dalil-dalil dan hujjah-hujjah yang telah tegak sebagaimana telah kami paparkan pada artikel sebelumnya, bahwa ulama salaf sama ada dari kalangan sahabat ataupun tabi’in dan seterusnya justru menganjurkan untuk bertawassul kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam selepas kematian Nabi, seperti pengamalan hadits Utsman bin Hunaif selepas kewafatan Nabi, imam Ahmad bin Hanbal, imam al-Qurthubi dan para ulama hadits yang bertawassul kepada Nabi setelah kewafatannya. Bahkan para jumhru ulama mu’tabar mengamalkan tawassul dengan orang shaleh yang sudah wafat.  Silah rujuk artikel kami yang pertama “ Hukum Mengucapkan Madad Ya Rasulallah “, yang tidak anda jawab hujjah-hujjahnya sama sekali.

Kedua : dalalah hadits di atas megandung dua kemungkinan makna :

1. Ucapan saidina Umar  : “ Sesungguhnya kami dulu kami bertawassul kepada Mu dengan Nabi kami sallallahu ‘alaihi wasallam “, maknanya mereka bertawassul ketika Nabi masih hidup, dan selepas beliau wafat maka hal itu terputus.

2. Maknanya, “ Kami dulu bertawassul denganmu sewaktu masih hidup dan selepas wafatmu hingga sampai saat ini. Dan sekarang kami bertawassul dengan pamanmu; Abbas kerana kedudukannya di sisimu wahai Nabi “.

Ini artinya Umar bin Khaththab sebenarnya bertawassul kepada Nabi kerana ia melihat kedudukan Abbas di sisi Nabi sebagai ahlul baitnya, padahal Umar bin Khaththab jelas lebih utama dan besar keududukannya daripada Abbas dan selain Umar masih ada yang lebih utama daripada Abbas yakni Utsman bin ‘Affan dan Ali bin Abi Thalib. Ini juga merupakan rasa tawadhu’ Umar, ia lebih mengutamakan Abbas kerana kedudukan Nabi dan penghormatan kepada ahlul bait Nabi.

Al-Hafidz Ibnu Hajar mengomentari hadits tersebut sebagai berikut :

وليس في قول عمر أنهم كانوا يتوسلون به دلالة على أنهم سألوه أن يستسقي لهم ، إذ يحتمل أن يكونوا في الحالتين طلبوا السقيا من الله مستشفعين به
“ Dalam ucapan Umar tersebut bukan berarti mereka (para sahabat) bertawassul dengannya menunjukkan bahwa mereka memintanya untuk memberikan air kepada mereka, kerana kemungkinan mereka dalam dua keadaan, meminta air dari Allah dengan bertsyaffu’ (tawassul) dengannya “.[1]

Saya bagi contoh logikanya :

Saya sebagai seorang menteri atau pejabat yang diutamakan oleh presiden dan selain saya ada banyak pejabat lainnya yang lebih diunggulkan daripada saya (Misal Utsman dan Ali), jika ada hajat saya selalu meminta bantuan melalui pak presiden dan dikabulkan. Setelah pak presiden wafat, saya meminta bantuan melalui paman presiden (misal Abbas) yang dihormati oleh pak presiden sendiri sebagai keluarganya dan dihormati pula oleh rakyatnya. Tentunya saya lebih utama dan tinggi kedudukannya sebagai menteri daripada paman presiden itu. Lalu saya meminta bantuan melalui paman Nabi bukan melalui pejabat lainnya yang lebih unggul dan utama daripada saya dan paman presiden tersebut, apakah saya berarti meminta bantuan melalui paman presiden tersebut padahal saya lebih utama darinya dan masih ada pejabat lainnya yg lebih utama dari saya dan dari paman presiden itu ?  tentu kemungkinan besarnya saya meminta bantuan dengan paman presiden adalah kerana saya melihat kedudukannya sebagai keluarga presiden. Ini artinya saya memandang presidennya bukan paman itu. Sama artinya saya meminta bantuan dengan presiden atau atas nama presiden.

Dan makna kedua ini lebih sesuai dengan dalil dan hujjah-hujjah kuat yang menunjukkan kebolehan bertawassul dengan Nabi selepas kewafatannya. Sebagaimana telah kami huraikan di artikel pertama.

Abu Anas menaqal :

Petikan Perbincangan 1:

Bank Fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih merumuskan dalam fatwa nombor 1169:

والتوسل بذات النبي صلى الله عليه وسلم، أو بجاهه، أو بحقه، مختلف فيه بين العلماء: فذهب أكثر الفقهاء من المالكية، والشافعية، والحنابلة إلى جوازه، واحتجوا بأحاديث لا يصلح شيء منها للاحتجاج، إذ هي بين الضعيف والموضوع، كما احتجوا أيضاً بعمومات من القرآن، وبأحاديث صحيحة، لكنها ليست نصاً على ما ذهبوا إليه من جواز التوسل المذكور.
Tawassul dengan zat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dengan kemuliaannya, atau dengan haknya, merupakan perkara yang diperselisihi oleh ulama.

Pendapat Pertama:
Kebanyakan fuqaha’ mazhab Malik, Syafie, dan Hanbali membenarkannya
*[Hujjahnya telah disebut dalam pencerahan dengan panjang lebar]
Mereka berhujah dengan hadis-hadis yang tidak dapat dijadikan hujah. Hadis-hadis itu sama ada lemah mahupun palsu. Mereka berhujah juga dengan keumuman ayat-ayat al-Quran, dan hadis-hadis yang sahih, tetapi semuanya tidak menunjukkan secara jelas (nas) membenarkan pendapat mereka yang membolehkan tawassul yang disebutkan.

Jawaban :

Analisa Bank Fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih, tidak sesuai fakta sama sekali dan jauh dari kebenaran. Dalam fatwa itu tidak disebutkan siapa saja para ulama dari kalangan madzhab yang menolak tawassul selepas Nabi wafat, sehingga ianya hanya dugaan saja yang tidak berdasar fakta dan kenyataannya bahkan bertentangan dengan realitanya.

Seluruh jumhur ulama dari 4 madzhab sepakat bolehnya bertawassul dengan Nabi selepas wafatnya.

Madzhab Hanabilah :

Imam Ahmad bin Hanbal membolehkan tawassul dengan Nabi selepas wafatnya, bahkan beliau menganjurkan kepada muridnya :

وسل حاجتك متوسلا اليه بنبيه صلى الله عليه وسلم تقض من الله عز وجل
“ Dan mintalah hajatmu dengan bertawassul kepada Allah dengan Nabi-Nya shalallahu ‘alaihi wa sallam, niscaya hajatmu akan dikabulkan Allah Ta’ala “.[2]

Imam Ibnu Quddamah al-Hanbali :

وإن قلت : اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي فيقضي لي حاجتي،وتذكر حاجتك.وروي عن السلف أنهم كانوا يستنجحون حوائجهم بركعتين يصليهما ثم يقول : اللهم بك أستفتح وبك أستنجح ، وإليك بنبيك محمد صلى الله عليه وسلم أتوجه ، اللهم ذلل لي صعوبة أمري ، وسهل من الخير أكثر مما أرجو ، واصرف عني من الشر أكثر مما أخاف
“ Dan (boleh) juga kamu ucapaka, “ Ya Allah aku memohon pada-Mu dan bertawajjuh dengannabi-Mu Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam nabi Rahmat, wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanku, lalu Allah kabulkan hajatku…dan sebutkan hajatmu. Dan diriwayatkan dari ulama salaf bahwasanya mereka meloloskan hajat mereka dengan sholat dua roka’at kemudian mengucapkan, “ Ya Allah dengan-Mu aku memohon kesuksesan dan dengan-Mu aku memohon keberuntungan, dengan kepada-Mu dengan Nabi-Mu Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam aku bertawajjuh. Ya Allah rendahkan untukku kesulitan urusanku, dan mudahkanlah kebaikan yang lebih banyak dari apa yang aku harapkan, dan hindarkanlah aku dari keburukan yang lebih dari apa yang aku takutkan “.[3]

Ibnu Aqil al-Hanbali (w 503 H), beliau ketika ziarah ke makam Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengicapkan :
يا محمد إني أتوجه بك إلى ربى
“ Wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanku “[4]

Ibnul Jauzi al-Hanbali (w 597 H) mengatakan :

لم يزل ذكر نبينا صلى الله عليه وسلم منشورا وهو في طي العدم توسل به آدم وأخذ له ميثاق الأنبياء على تصديقه
“ Menyebut Nabi Muhamammad senantiasa tersebar sejak beliau belum dilahirkan, Nabi Adam bertawassul dengannya dan mengambil pernajian para Nabi atas pemebenarannya “[5]

Abu Abdillah Muhammad bin al-Husain al-Hanbalijuga menyebutkan dan menganjurkan doa tawassul yang sama seperti di atas.[6]

Al-Imam al-Mardawi (w 885 H) mengatakan :

“ Boleh bartwassul dengan orang shaleh menurut pendapat yang sahih dalam madzhab kami. Bahkan ada pendapat (lemah) mengatakan dianjurkan (mustahab). Imam Ahmad berkata dalam manasiknya yang ditulis oleh al-Marrudzi, “ Bertwassul dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam doanya “, dan beliau menetapkannya di dalam al-Mustau’ab dan selainnya “[7]

Dan masih banyak lagi para syaikh Hanabilah yang membolehkan tawassul dengan Nabi dan orang sholeh setelah wafatnya yang tidak kami sebutkan semuanya di sini. Maka dengan melihat nash-nash ini, hkum tawassul semacam ini adalah Mubah dalam madzhab Hanabilah meskipun ada yang mengatakannya mustahab (dianjurkan). Adakah wahabi mengikuti madzhab Hanabilah ini dalam masalah ini ?

Madzhab Syafi’iyyah :

Imam asy-Syafi’i tersohor bertabarruk dengan makam imam Abu Hanifah. Kisah ini disebutkan oleh imam Ibnul Jauzi dalam Manaqib Ahmad ibn Hanbal”: 455 dan al-Hafidz Ibnu Katsir  “Al Bidayah wa an Nihayah”; Ibnu Katsir,10/331 dari al Baihaqi.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya :

Muhammad bin Ishaq ats-tsaqafi berkata, “ Aku mendengar Abu ishaq al-Qursayi mengatakan, “ Dahulu pada kami ada seseorang di Madinah, jika melihat suatu kemungkaran yang tidak memungkinkan merubahnya, maka ia mendatangi makam Nabi sambil berucap,
أيا قبر النبي وصاحبيه … ألا يا غوثنا لو تعلمونا.

 “ Wahai makam Nabi dan kedua sahabatnya, tolonglah kami jika kalian mengetahui kami “.[8]

Al-‘Amad al-Ashbihani (w 597 H) mengatakan ketika menulis tarjamah seorang sahabatnya :

وينصره على جاحدي نعمائه ، بمحمدٍ وآله.
“ Dan Allah menolongnya atas para pendengkinya dengan berkat Muhammad dan keluarganya “[9]

Ar-Rafi’i al-Qazwini (w 623 H) mengucapkan :

متوسلاً بشفاعـة من عنده يوم الجزاء
“ Dengan bertawassul dengan syafa’at orang yang ada di sisi Allah di hari pembalasan “.[10]

Al-Hafidz Ibnu Shalah (w 643 H) berkata ketika menceritakan mu’jizat Nabi  :

وَذَلِكَ أَنَّ كَرَامَاتِ اْلأَوْلِيَاءِ مِنْ أُمَّتِهِ وَإِجَابَاتِ اْلمُتَوَسِّلِيْنَ بِهِ فيِ حَوَائِجِهِمْ وَمَغُوْثَاتِهِمْ عَقِيْبَ تَوَسُّلِهِمْ بِهِ فيِ شَدَائِدِهِمْ بَرَاهِيْنُ لَهُ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوَاطِعُ وَمُعْجِزَاتٌ لَهُ سَوَاطِعُ وَلاَ يَعُدُّهَا عَدٌّ وَلاَ يَحْصُرُهَا حَدٌّ أَعَاذَنَا اللهُ مِنَ الزَّيْغِ عَنْ مِلَّتِهِ وَجَعَلَنَا مِنَ اْلمُهْتَدِيْنَ اْلهَادِيْنَ بِهَدْيِهِ وَسُنَّتِهِ
“ Demikian itu bahwa karamah para wali Allah dari umatnya, dan terkabulnya hajat-hajat orang-orang yang bertawassul dengan mereka ketika dalam keadaan susah, merupakan bukti yang kuat dan mu’jizat yang terang, yang tidak mampu dihitungnya, kita berlindung kepada Allah dari menyimpang dari ajarannya dan menjadikan kami termasuk orang yang mendapat hidayat dengan petunjuknya dan sunnahnya “[11]

Imam Nawawi rahimahullah berkata :

ثُمَّ يَرْجِعُ اِلىَ مَوْقِفِهِ اْلاَوَّلِ قُبَالَةَ وَجْهِ رَسُوْلِ للهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَتَوَسَّلُ بِهِ فيِ حَقِّ نَفْسِهِ وَيَتَشَفَّعُ بِهِ اِلىَ رَبِّهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالىَ
“ Dan kembali ke tempatnya semula menghadap wajah Rasulallah shallahu ‘alaihi wa sallam dan bertawassul via Nabi untuk haq dirinya serta memohon syafa’at via Nabi kepada Allah Ta’aala “.[12]

Imam Nawawi juga menyebutkan kisah al-Utbi yang datang curhat ke makam Nabi dan bertawassul kepadanya. Kisah ini sangatlah masyhur disebutkan dalam banyak oleh para ulama di antaranya oleh imam Ibnu Asakir dalam Tarikhnya, Ibnul Jauzi dalam Mustir al-Gharam, Ibnu Quddamah al-Hanbali dalam Mughninya, al-Hafidz asy-Syakhawi dalam al-Qaul al-Badi’ fish shalah ‘alal Habib asy-Syafi’, al-Hafidz Ibnu Kastir dalam Tafsirnya di surat an-Nisa, al-Bahuti al-Hanbali dalam kitab Kisyaaful Qina’, dan banyak lagi yang lainnya.

Al-Imam Abul Husain al-Imrani (w 558 H) berkata :

وَيُسْتَحَبُّ اَنْ يَسْتَسْقِىَ بِاَهْلِ الصَّلاَحِ مِنْ اَقْرِبَاءِ رَسُوْلِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا رُوِيَ اَنَّ عُمَرَ اِسْتَسْقىَ بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ اْلمُطَّلِبِ
“ Dan dianjurkan melakukan istisqa dengan bertawassul dengan orang shaleh dari kerabat Rasulullah shallahu ‘alaihi wa salam, karena ada riwayat bahwa Umar bertawassul kepada Abbas bin Abdul Muththlib “[13]

Imam ahli qira’ah Syamsuddin Ibn al-Jazri berkata :

وَاَنْ يَتَوَسَّلَ اِلىَ اللهِ بِاَنْبِيَائِهِ وَالصَّالِحِيْنَ مِنْ عِبَادِهِ
“ Dan hendaknya bertawassul kepada Allah dengan para Nabi-Nya dan orang shaleh dari hamba-Nya “[14]

Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata :
وَفِيْهِ اِسْتِعْمَالُ آثَارِ الصَّالِحِيْنَ وَلِبَاسُ مَلاَبِسِهِمْ عَلىَ جِهَةِ التَّبّرُّكِ وَالتَّيَمُّنِ بِهَا
“ Dalam hadits tersebut diperbolehkannya menggunakan bekas-bekas orang shaleh seperti pakaian mereka dengan segi tabarruk dan mencari berkah dengannya “[15]

Dan masih ratusan ulama syafi’iyyah lainnya yang sepakat menganjurkan tawassul dan tabarruk dengan orang shaleh dan nabi yang telah wafat atau pun masih hidup.

Madzhab Malikiyyah :

Kisah masyhur imam Malik berikut :

 “ Ketika khalifah Manshur melaksanakan ibadah haji dan melanjutkan ziarah ke makam Nabi, lalu ia bertanya kepada imam Malik “ Wahai Abu Abdillah, aku hendak berdoa, apakah aku menghadap kiblat dan membelakangi makam Nabi ataukah aku menghadap makam Nabi dan membelakangi kiblat ? maka imam Malik menjawab “ Kenapa anda harus memalingkan wajah anda dari Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam ? padahal Nabi adalah wasilah / perantaramu dan perantara datukmu Adam kepada Allah Ta’aala, menghadaplah ke makam Nabi dan mintalah syafa’at dengannya, maka niscaya Allah akan memberikanmu syafa’at  “.

Kisah ini menunjukkan bahwasanya imam Malik memandang baik di dalam berdoa menghadap ke makam Nabi, memohon syafa’at dan berwasilah dengannya. Kisah ini disebutkan oleh : Abul Hasan Ali bin Fihr di dalam kitabnya Fadhail Malik, al-Qadhi Iyadh di dalam kitabnya asy-Syifa : 2/41, al-Khuffaji mengatakan sanad ini sahih. Al-Qasthalani menyebutkan kisah ini di dalam kitabnya al-Mawahib : 4/580, az-Zarqani di dalam syarh Mawahibnya : 8/304 dan beliau membantah orang yang mengatakan kisah itu dusta, as-Samhudi menyebutkannya di dalam kitab Wafa al-Wafaa : 2/422, Ibnu hajar di dalam kitabnya al-mundzdzam mengtakan sanad ini sahih. Dan banyak ulama lainnya lagi yang menyebutkan kisah tersebut.

Imam Abdul Haq al-isybili (w 582 H) mengatakan :

 “ Dan dianjurkan bagimu – semoga Allah merahmatimu – membawa mayitmu dekat dengan kuburan orang-orang shaleh dan ahli kebaikan, kamu kubur bersama mereka, kamu turunkan di samping mereka dengan harapan mendapat berkah dan bertawassul kepada Allah dengan via kedekatakn mereka “.[16]

Al-Imam al-Qurthubi (w 671 H) mengatakan :

 “ Semoga Allah menyelamatkan kita dari kengerian hari ini dengan haq nabi Muhammad nabi pembawa rahmat dan dengan haq para sahabatnya yang mulia. Semoga Allah menjadikan kita termasuk orang yang dikumpulkan dalam barisan mereka..dst ”[17]

Al-Qurrafi al-Maliki ( w 682 H) menyebutkan kisah al-Utbi di dalam kitabnya adz-Dzakhirah : 3/375-376.

Ibnu Athaillah as-Sakandari bertawassul dengan mengucapkan : “ Dengan jah nabi Muhammad “, di kitabnya Lathaif al-Minan : 11.

Al-Balwi al-Maliki (w 767 H) mengatakan :

وَأَسْأَلُ اللهَ اْلعَلِيَّ اْلكَبِيْرَ، بِجَاهِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ رَسُوْلِهِ اْلبَشِيْرِ النَّذِيْرِ، أَنْ يَجْعَلَهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا سَعْيًا مُبَارَكاً مَشْكُوْرًا وَعَمَلاً صَالِحًا مُتَقَبَّلاً مَذْخُوْرًا
“ Dan aku memohon kepada Allah yang Maha Luhur dan maha Besar dengan jah nabi Muhammad rasul-Nya yang sebagai pemberi kabar baik dan kabar buruk, untuk menjdikan kita haji yang mabrur, usaha yang berkah dan diterima, amal yang shaleh dan menjadi simpanan “[18]

Ibnu al-Kahthib al-Maliki (w 808 H) mengatakan :

ومنْ تَوَسَّلَ إِلَيْهِ بِمُحَمَّدٍ نَجَاهُ وَنَفعَهُ
“ Barangsiapa yang bertawassul dengan nabi Muhammad maka akan sukses dan mendapat manfa’at “[19]Dan banyak lagi ulama lainnya.

Madzhab Hanafiyyah :

Imam al-Kallabadzi al-Bukhari al-Hanafi (w 308 H) mengatakan :

وَبِاللهِ أَسْتَعِيْنُ وَعَلَيْهِ أَتَوَكَّلُ وَعَلىَ نَبِيِّهِ أُصَليِّ وَبِهِ أَتَوَسَّلُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ
“ Dengan Allah aku memohon pertolongan dan kepadanya aku bertawakkal, kepada nabi-Nya aku bertawassul wa laa haula wa laa quwwata illa billah “.[20]

Ibnu al-Adim al-Hanafi (w 660 H) mengatakan :

بِبَرَكَةِ سَيِّدِ اْلمُرْسَلِيْنَ وَأَهْلِ بَيْتِهِ
“ Dengan berkah pemimpin para rasul dan ahlu baitnya “[21]

Ibnu Abil Wafaa (w 775 H) mengatakan : “ Bertawassul Dengan jah Rasulullah “.[22]

Al-Imam al-‘Aini (w 855 H) mengatakan :

فَهَا نَحْنُ نَشْرَعُ فيِ اْلمَقْصُوْدِ بِعَوْنِ اْلمَلِكِ اْلمَعْبُودِ وَنَسْأَلُهُ اْلإِعَانَةَ عَلىَ اْلاِخْتِتَامِ مُتَوَسِّلاً بِالنَّبِيِّ خَيْرِ اْلأَنَامِ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ اْلكِرَامِ
“ Inilah kami memulaim maksud kami dengan pertolongan Allah al-Ma’bud, dan kami memohon pertolongan kepadanya untuk mengkhatamkan dengan bertawassul via nabi sebaik-baik manusia serta keluarga dan sahabatnya “[23]

Dan masih banyak lagi ulama Hanafiyyah lainnya yang membolehkan dan menganjurkan tawassul kepada nabi atau orang shaleh yang telah wafat, ini adalah pendapat jumhur di kalangan mereka.

Maka setelah menampilkan nash-nash para ulama dari semua amdzhab sepakat bolehnya tawassul dengan Nabi atau orang sholeh yang sudah wafat. Ini sudah kesepakatan para ulama dari semua 4 madzhab. Maka sangkaan fatwa ulama wahabi tersebut adalah dusta kerana tidak sesuai dengan realitanya. Dan yang menolak tawassul semacam ini hanyalah segelintir orang, bagaikan anak kecil yang melempar batu di samudera luas, maka sedikit pun tidak akan membahayakan samudera luas tersebut.

Adapun tuduhan bahwa hadits-hadits tawassul semacam ini adalah bernilai lemah dan maudhu’ maka tidaklah benar sama sekali, seluruh haditsnya sahih dan lemah namun dikuatkan dengan hadits yang lainnya sehingga menjadi hadits yang maqbul.

Abu Anas menaqal :
أما من ذهب إلى المنع من هذا النوع من التوسل فحجته أنه لم
يرد نص صحيح صريح يبيحه، وأن جاه النبي صلى عليه وسلم ومنزلته ليست من عمل الإنسان،
والله تعالى يقول: ﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾ [النجم:39] ومن
أدلتهم أيضاً على منعه أنه وسيلة إلى الاستغاثة بغير الله تعالى، واعتقاد نفعه وضره،
وهذا مفض إلى الشرك، ووسيلة إليه، بالإضافة إلى أن هذا لم يكن من هدي النبي صلى الله
عليه وسلم، ولا من عمل الصحابة، ولا التابعين بعده. والراجح عندنا هو القول الأخير
لقوة أدلة القائلين به، ولكون التوسل من باب الدعاء، والدعاء عبادة، والعبادة توقيفية.
والله أعلم.
Pendapat Kedua:
Adapun para ulama yang melarang tawassul sebegini berhujah bahawa tiada satu dalil yang sahih dan jelas menunjukkan ia dibenarkan. Kemuliaan Nabi sallallahu bukanlah daripada hasil amalan insan, sedangkan Allah berfirman: {Tidaklah untuk manusia itu melainkan apa yang mereka pekerjakan}. [An-Najm: 39].
Antara hujah mereka juga adalah kerana ia merupakah satu wasilah kepada meminta selain Allah, beri’tiqad bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi manfaat dan mudharat. Ini akan membawa kepada syirik dan menjadi wasilah kepada syirik. Tambahan pula, ini bukan daripada petunjuk Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bukan juga amalan para sahabat, dan bukan juga amalan para tabiin selepas mereka.
Jadi pendapat yang kuat di sisi kami (Panel web ini) ialah pendapat yang kedua (yang melarang) kerana kekuatan dalil-dalil mereka. Tawassul itu adalah bab doa, dan doa adalah ibadah, dan ibadah adalah sesuatu yang tawqifi (hanya dilakukan apabila ada dalil)). Tamat Petikan.

Jawapan :

Ini suatu kedustaan dan kejahilan orang yang mengatakannya, sudah jelas dalil yang telah kami huraikan sebelum ini. Semua dalil sahih dan pemahamannya selari dengan pemahaman jumhur ulama dari semua kalangan 4 madzhab. Alasan fatwa itu yang mengatakan tawassul macam ini akan membawa kepada kesyrikan dan menjadi wasilah kepada syirik, ini adalah alasan yang jahil dan dangkal. Al-Quran pun telah membantah pemahaman semacam ini :

Allah berfirman mengenai ucapan nabi Yusuf:

اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَذَا فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا
“Pergilah kalian dengan membawa gamisku ini, lalu letakkanlah ke wajah ayahku, maka ia akan dapat melihat kembali”. (QS. Yusuf: 93)

Dalam ayat ini terdapat penjelasan bahwa Nabi Ya’qub bertabarruk dengan gamis Nabi yusuf. Nabi Ya’qub mencium dan menyentuhkan gamis tersebut ke matanya, sehingga beliau bisa melihat kembali. Apakah anda akan mengatakan perbuatan Nabi Yusuf dan Nabi Ya’qub ini berpotensi kepada kesyirikan ??

Abi Abdillah al-Mahamili (w 330 H) bahwa pernah mengatakan berkata :

أعرف قبر معروفٍ الكرخي منذ سبعين سنةً، ما قصده مهموم إلا فرج الله همه
“ Aku tahu makam Ma’ruf AL-Kurkhi sejak 70 tahun, tidaklah seorang yang susah mendatanginya, kecuali Allah melapangkan kesusahannya “.[24]

Bukankah ucapan ini membawa kepada kesyirikan ?? renungkan dan fikirkan dengan hati yang suci wahai Doctor semua huraikan kami…..

Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Manaaqib Asy-Syafi’i dengan sanad yang shahih :

“ Sholeh bin Ahmad bercerita “ Suatu hari imam Syafi’I dating menjenguk ayahku yang sedang sakit, tiba-tiba ayahku meloncat menuju imam Syafi’I dan langsung mencium kening gurunya tersebut, kemudian ayahku menempatkan imam Syafi’I di tempat duduk ayahku dan ayahku duduk di hadapan beliau kemudian saling bertanta sesaat. Ketika imam Syafi’I bangkit untuk menaiki tunggaannya, maka ayahku meloncat dan memegang tunggangan imam Syafi’i lalu berjalan bersama beliau. Kisah tersebut didengar oleh imam Yahya bin Ma’in, lalu dating dan berkata kepada ayahku “ Yaa Subhanllah (ungkapan heran), sunnguh besar urusan itu sampai-sampai andai berjalan di sisi tunggan (baghlah, peranakan keledai) imam Syafi’I ?? “, maka ayahku menjawabnya “ Wahai Yahya, seandainya anda berjalan di sisi satunya dari tunggangan beliau itu, maka anda pasti akan mendapat manfaat “. Kemudian ayahku berkata “ Barangsiapa yang ingin mendapatkan ilmu fiqih, maka ciumlah buntut keledai tersebut “.[25]

Dalam kisah tersebut, dikisahkan bahwa imam Ahmad bin Hanbal telah berkata :

“Barangsiapa yang ingin mendapatkan ilmu fiqih, maka ciumlah buntut keledai tersebut “

Ungkapan itu, merupakan ungkapan fatal jika mengikuti pemahaman kaum wahabi bahkan dinilai syirik, bagaimana mungkin mencium buntut keledai dapat menjadikan seseorang mendapat ilmu fiqih ?? beranikah anda mensyirikkan imam Ahmad bin Hanbal tersebut ??



Ibnu Abdillah al-Katibiy
Kota Santri, 07/09/2014



[1] Fath al-Bari : 2/337
[2] Majmu’ al-Fatawa : 1/140
[3] Wasiat al-Imam Ibnu Quddamah : 92, tahqiq : Muhammad Anis Mahrat.
[4] At-Tadzkirah : 87
[5] Al-Mudhisy, Ibnul Jauzi : 1/141
[6] Al-Mustau’ab : 3/88
[7] Al-Inshaf : 2/456
[8] Syu’ab al-Iman, al-Baiahqi :
[9] Kharidah al-Qashr : 442
[10] At-Tadwi fi akhbar Qazwin : 2/76
[11]  Aadab al-Muffti wa al-Mustafti : 1/210
[12] Al-Iydhah, Imam Nawawi : 454
[13] Al-Bayan, al-Imrani : 2/677
[14] Muhammad bin Muhammad al-Jazri, al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayydil Mursalin : 25
[15] Fath al-Bari, Ibnu Hajar : 10/198
[16] Al-‘Aqibah fi dzikril maut : 219
[17] At-Tadzkirah : 254
[18] Taj al-Mafriq fii tahliyah Ulama Masyriq : 143
[19]  Wasilah al-Islam : 1/31
[20]  At-Ta’aarruf li madzhab ahli Tasawwuf : 1/21
[21] Bughyah ath-thalab fi Tarikh Halab : 2/3242
[22] Thabaqaat al-hanafiyyah : 1/353
[23]  Umdah al-Qari syarh Sahih Bukhari : 1/11
[24] Tarikh Baghdad : 1/135
[25] Manaaqib Asy-Syafi’I : juz 11 halaman 253