Dari kalangan sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam, mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum fiqh, riwayat, dan kemampuan istinbath (mengeluarkan hukum). Yang paling mahsyur di kalangan mereka ialah para Khulafa'ur Rasyidin (Abu Bakar, 'Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib radiyaLlahu 'anhum), AbduLlah bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu, Abu Musa al Asy'ari radiyaLlahu 'anhu, Mu'az bin Jabal radiyaLlahu 'anhu, Ubay bin Ka'ab radiyaLlahu 'anhu dan Zaid bin Tsabit radiyaLLahu 'anhu. Ada pun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.
Selanjutnya, pada zaman tabi'in daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum Muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku) pada 2 mazhab yang utama iaitu :
1. Mazhab ahli hadith
2. Mazhab ahli ra'yu
kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukilkan keterangan Ibnu Khaldun RahimahuLlah.
Tokoh-tokoh mazhab ahli hadith di Hijjaz ialah sa'id Ibnul Musayyab Al Makhzumi, Urwah Ibnul Zubair, Salim bin AbduLlah bin 'Umar, Sulaiman bin Yasar, dan Nafi' budak AbduLLah bin 'Umar RadiyaLLahu anhum. Pada umumnya penduduk Hijjaz dan sekitarnya taqlid kepada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra'yu di Iraq ialah AlQamah bin Qais an Nakha'i. Masruk bin Ajda' Alhamdani Ibrahim bin Zaid An Nakha'i dan Sa'id bin Jubair RadiyaLlahu anhum. Sebahagian besar penduduk Iraq dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Di antara tokoh kedua-dua mazhab ini terjadilah diskusi dan perdebatan hebat pada suatu saat. Tetapi di kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatannya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak mempedulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa sahaja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggungjawab bagi orang-orang yang bodoh (awam).
Ketiga : Adanya dalil akal yang nyata. Untuk ini kami mengambil ibarat dari perkataan Syeikh AbduLLah Darraz sebagai berikut :
"Dalil taqlid dari segi akal fikiran ialah bagi orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk ijtihad, bila terjadi suatu masalah hukum. Ada dua kemungkinan. :
Pertama : dia tidak terkena kewajiban melakukannya sama sekali (tidak wajib beribadah) maka hal ini menyalahi ijma'.
Kedua : Dia terkena kewajiban melakukan ibadah. Ini bererti dia harus meneliti dalil yang menetapkan suatu hukum atau ia harus taqlid.
"Untuk yang pertama, jelas tidak mungkin sebab dengan melakukan penelitian itu, ia harus meneliti dalil-dalil semua masalah sehingga harus meninggalkan kegiatan sehari-hari. Iaitu menginggalkan semua pekerjaan yang ada, yang akhirnya akan menimbulkan kekacauan. Oleh itu, tidak ada kemungkinan lain, kecuali taqlid. Itulah kewajiban dia bila menemui masalah yang memerlukan pemecahan hukum."
Oleh kerana itu, setelah para ulama melihat dalil-dalil yang cukup sempurna dari al Quran dan As Sunnah, serta dalil akal yang menegaskan bahawa bagi orang awam dan orang alim yang belum sampai pada tingkatan mampu melakukan istinbath dan ijtihad harus taqlid pada mujtahid. Para ulama pun menyatakan bahawa kedudukan fatwa mujtahid terhadap orang awam adalah seperti dalil al Quran dan As Sunnah bagi seorang mujtahid. Hal ini kerana Al Quran al Karim selain mewajibkan orang yang alim berpegang pada dalil-dalil dan keterangan di dalamnya, juga mewajibkan kepada orang bodoh (awam) berpegang pada fatwa orang alim hasil ijtihadnya.
Untuk menjelaskan masalah ini, lebih lanjut Syeikh Asy Syatibi berkata sebagai berikut yang bermaksud :
"Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqallid)adalah sama sahaja. Kerana mereka sedikit pun tidak mampu mengambil faedah darinya. Jadi, masalah meneliti istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan sungguh ALLah subahanhu wa ta'ala telah berfirman yang bermaksud : "(Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui) - Surah an Nahl :43)
Orang yang taqlid bukanlah orang yang alin. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya dalam urusan hukum agama secara mutlak. Jadi, kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syara'."
Demikianlah penjelasan Syeikh Asy Syathibi RahimahuLLah, dan kami masih ingin mengingatkan para pembaca mengenai dalil-dalil yang sudah kami kemukakan pada bahagian terdahulu. Iaitu dari Imam Izzuddin Ibnu Abdis Salam, Imam Ibnu al Qayyim, Imam Al Kamal, Ibnul Humam dan Imam Ad Dahlawi menolak alasan-alasan Syeikh Khajandi - penulis kitab Halil Muslimu Mulzamun Bittiba'i Madzabin Mu'ayyanin Minal Madzaahibil Arba'ah.
Semua dalil yang sudah kami sajikan menekankan kewajiban taqlid bagi orang yang kedudukan ilmiahnya terbatas dan tidak mampu melakukan istinbath hukum dan berijtihad. Sudah jelaslah dalil-dalil berdasarkan penukilan yang sah dan ijma' serta dalil akal yang menunjukkan berlakunya taqlid dan bahkan wajib hukumnya bila tidak mampu mencapai taraf istinbath dan ijthad.
Dengan demikian, tidak ada bezanya apakah mujtahid yang ditaqlidi adalah seorang sahabat atau salah seorang dari imam-imam mazhab empat selama mereka adalah mujtahid, dan taqlid adalah orang awam yang tidak mengetahui cara mencari dalil dan melakukan istinbath. Oleh kerana itu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pendapat bahawa pertumbuhan mazhab empat adalah bid'ah dan mengikuti serta taqlid kepada mereka termasuk bid'ah juga?
Mengapa pertumbuhan mazhab empat dianggap bid'ah. Tetapi mazhab ahli hadith dan mazhab ahli ra'yu tidak dianggap bid'ah? Mengapa orang yang taqlid kepada Imam Hanafi dan Imam Asy Syafi'i di anggap ahli bid'ah tetapi yang taqlid kepada Imam An Nakha'i di Iraq dan Imam sa'id Ibnu Musayyad di Hijjaz tidak dianggap demikian?
Mengapa mengikut mazhab empat dianggap bid'ah, tetapi apabila mengikuti mazhab AbduLLah bin Abbas radiyaLLahu 'anhu, AbduLLah bin Mas'ud radiyaLLahu 'anhu atau Sayyidah Aisyah Ummul Mukminin radiyaLLahu 'anhu tidak dianggap bid'ah?
Bid'ah apa yang dilakukan oleh keempat-empat imam mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Ahmad bin Hanbal), sehingga kita harus menghalagi orang-orang awam taqlid kepada mereka? Masalah apa yang ditambah-tambahkan oleh keempat-empat imam mazhab yang tidak ada pada mujtahidin terdahulu iaitu zaman sahabat dan tabi'in?
Apa yang dianggap sebagai perbuatan baru yang dilakukan oleh para imam mazhab empat ialah usaha mereka mengodifikasikan Sunnah dan Fiqh. Di samping itu, juga meletakkan dasar-dasar dan method istinbath serta cara membahas suatu masalah.
Hasil usaha ini sedikit sebanyak telah mengurangkan perbezaan pendapat para ahli ra'yu dan ahli hadith sebelumnya sehingga tiang-tiang mazhab empat menjadi kukuh dan kuat. Kaedah-kaedah (method) dasar mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Asy Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal telah dibukukan. Demikian juga segala permaslaah yang bersumber dari kaedah-kaedah dasar tersebut.
Para ulama mazhab telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyaring semua masalah. Usaha-usaha inilah yang menjamin kesinambungan (kelangsungan) mazhab empat hingga sekarang. Kitab-kitab mereka pun tersebar ke mana-mana dan mendapat dokongan para ulama dari semasa ke semasa meskipun mereka sepakat bahawa orang alim yang mempunyai kemampuan istinbath dan berijtihad dilarang taqlid kepada mereka.
Inilah masalah baru yang hanya ada pada mazhab empat dan tidak ada pada mazhab-mazhab lain. Kami tidak mengetahui bid'ah dan kesesatan yang dilakukan oleh berjuta-juta pengikut mazhab empat. Dengan alasan yang bagaimana Syeikh Khajandi menganggap bahawa mazhab-mazhab tersebut adalah bid'ah yang terjadi setelah 111 hijriyyah. Sehingga ia mengatakan orang-orang yang taqlid kepada mazhab empat bagaikan himar lepas tidak terkendali?
Dengan penjelasan terperinci tentang masalah taqlid yang disertai dalil-dalilnya. Juga tentang kedudukan mazhab empat bila dibandingkan dengan mazhab-mazhab sebelumnya. Para pembaca yang insaf tentunya dapat menilai syeikh Khajandi sebagai penulis Halil Muslimu Mulzamun Bittiba'i Madzabin Mu'ayyanin Minal Madzaahibil Arba'ah tersebut adalah menyimpang dari kebenaran.
1 ulasan:
Salam syeikh.
Blh tlg terangkan kepada saya apa itu:
1. Mazhab ahli hadith
2. Mazhab ahli ra'yu
Jzkk
Catat Ulasan