CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Rabu, 24 Disember 2008

Hukum Menggunakan Tasbih

Ini ada jawapan dari Al Syeikh Atiah Soqr, salah seorang daripada mufti Mesir, pada tanggal Mei 1997, beliau telah ditanya mengenai penggunaan tasbih semasa berzikir, adakah ianya suatu amalan bid'ah?

Kesimpulannya, Al Syeikh Atiah telah menjawab soalan tersebut dengan menyatakan bahawa sesungguhnya perkataan tasbih itu sendiri memang bukan berasal daripada perkataan Arab. Katanya lagi : Mengikut kenyataan Profesor Sayyid Abu al Nasr Ahmad Al Husaini di dalam majalah Thaqafah al Hind, keluaran September, 1995 masehi :

"Tasbih ialah suatu alat ibadah yang telah dicipta oleh penganut Agama Brahmiah di India. Kemudiannya merebak ke dalam agama-agama lain dan juga terus meluas ke negara-negara lainnya. Tasbih mengikut bahasa sanskrit lama bermaksud "Rantai Zikir"

"Kemudian bilangan tasbih dan susunannya berbeza mengikut golongan Agama Brahmiah yang berbagai-bagai puak. Ada setengah puak Brahmi, bilangan tasbihnya sebanyak 84 biji dan setengahnya pula 108 biji. Ketika munculnya Agama Buddha di India selepas Agama Brahmiah, para saminya telah memilih menggunakan tasbih berjumlah 108 biji. Setelah penggunaan tasbih oleh penganut Agama Buddha telah berleluasa ke negara-negara lain, paderi-paderi Kristian pula mengikut jejak langkah mereka. Semua ini berlaku sebelum daripada kedatangan Islam."

"Agama Islam, selepas kemunculannya, telah memerintahkan penganutnya supaya mengingati ALlah subahanahu wa ta'ala. Di antaranya dengan cara berzikir. Ada di antara zikir tersebut diperintahkan supaya dilakukan pada waktu-waktu tertentu dan dengan jumlah yang tertentu.

Seperti berzikir selepas solat fardhu dengan bilangan tertentu. Ini semua memerlukan sesuatu untuk dijadikan alat sebagai penghitung jumlah zikir."

"Islam tidak pernah mewajibkan alat-alat tertentu sebagai penghitung jumlah zikir. Kerana alat itu bukannya matlamat ibadah, ianya hanya sebagai penolong kepada kerja ibadah. Dasar dalam Islam ialah selagi alat itu tidak bertentangan dengan dasar yang telah digariskan oleh Islam maka ianya harus digunakan. Oleh itu, Umat Islam bebas menggunakan apa jua alat yang mengikut pandangan mereka, sesuai digunakan sebagai penghitung zikir.


Sungguhpun begitu, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang tercatat dalam hadith sahih telah mengajar umatnya supaya berzikir dengan menggunakan jari-jari tangan sebagai suatu alat untuk menghitung zikir. Kelebihannya ialah semua jari-jari tangan akan menjadi saksi kepada ucapan zikir yang akan dilakukan.

Dalam masa yang sama, RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak pernah menghalang umatnya daripada menggunakan alat-alat lain sebagai penghitung zikir bahkan beliau telah memperakuinya.

Buktinya, beberapa orang sahabat nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah menjadikan biji-biji tamar, anak-anak batu, simpulan benang dan lainnya sebagai alat untuk menghitung jumlah zikir mereka.

Begitu juga tidak pernah tercatat di dalam riwayat hadith, sama ada sahih atau dhaif bahawa RasuLlah telah mengingkarinya.

Rujuk - Fatawa al Azhar (jilid 9, m.s 11)

Sumber Ambilan :Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    5 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan