Hukum Berdoa Dengan Mengangkat Tangan
Imam Bukhari telah mewujudkan satu bab khusus mengenai mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa. Kemudian beliau telah menyebut tiga hadith menyokong pendapatnya bahawa berdoa mengangkat kedua belah tangan memang suatu amalan yang disyariatkan. Ketiga-tiga hadith tersebut ialah :
1. Hadith pertama ini adalah daripada Abu Musa al 'Asy'ari radiyaLlahu anhu katanya yang bermaksud : "Berkata Abu Musa al 'Asy'ari : "Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Di saat itu aku terlihat warna putih kulit di bawah kedua-dua ketiaknya."
2. Hadith kedua ialah daripada AbduLlah Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu, katanya yang bermaksud : "RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya sambil berdoa: "Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan Khalid".
3. Hadith ketiga daripada Abu AbdiLLah, katanya yang bererti :
"Kata Uwaisi: "Muhammad bin Ja'afar telah memberitakan kepadaku daripada Yahya bin Sa'id dan Syarik, bahawa kedua-duanya telah mendengar daripada Anas, daripada Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam, bahawa Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya (ketika berdoa) sehingga aku nampak kulit berwarna putih di bawah kedua-dua ketiak RasuluLlah sallaLlahu 'alaii wasallam
(sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar jilid 18/ m.s 113)
Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani telah mengulas hadith di atas dengan katanya :
Maksudnya : "Hadith pertama menjadi hujah untuk menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga menampakkan kulit berwarna putih di bawah ketiak tidak boleh dilakukan melainkan berdoa meminta hujan. Bahkan hadith pertama juga dan hadith berikutnya menjadi dalil bagi menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa kedua-dua tangan langsung tidak boleh diangkat semasa berdoa melainkan berdoa meminta hujan. Mereka berpegang dengan kepada hadith Anas yang bermaksud : "Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam langsung tidak pernah mengangkat kedua-dua tangannya ketika berdoa melainkan berdoa meminta hujan sahaja."
Hadith ini memang sahih, tetapi para ulama' telah menyatukan maksud Hadith Anas bin Malik ini dengan ketiga-tiga Hadith di atas tadi dan semua Hadith yang mempunyai makna sepertinya, dengan pentafsiran bahawa penafian mengangkat tangan oleh RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang dinyatakan oleh Anas ialah dari segi cara mengangkat tangan sahaja dan bukannya menafikan langsung tidak mengangkat tangan,"
Kesimpulannya, cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk meminta hujan berbeza dengan cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk tujuan lainnya.
Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa untuk meminta hujan adalah lebih tinggi iaitu sehingga kedudukan kedua-dua tangan sampai menyamai paras muka dan mengangkat tangan ketika berdoa untuk lainnya ialah hanya setakat menyamai paras kedua-dua bahu sahaja. (Dalam masa yang sama) jangan terkeliru dengan hadith-hadith yang menyebutkan :
"Sehingga dapat dilihat kulit putih kedua-dua ketiaknya" ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk lainnya. Bahkan hendaklah disatukan kedua-dua riwayat ini dengan maksud, kulit putih di bawah kedua-dua ketiak lebih banyak dapat dilihat ketika berdoa meminta hujan berbanding berdoa untuk tujuan lainnya. Boleh jadi juga kerana kedua-dua telapak tangan semasa berdoa meminta hujan ditelungkupkan ke bawah iaitu menghadap ke permukaan bumi, sedangkan berdoa untuk tujuan lainnya, kedua-dua telapak tangan dihalakan ke langit."
Berkata Imam al Munziri :"Kalau diandaikan hadith-hadith tersebut tidak dapat disatukan maksudnya, maka mensabitkan wujudnya perbuatan mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk tujuan lainnya oleh Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam mestilah diberikan keutamaan berbanding sebaliknya (berdoa dengan langsung tidak mengangkat kedua-dua tangan untuk tujuan lainnya).
Kata Ibnu Hajar al Asqolani : "Saya ingin tegaskan: "Lebih-lebih lagi kerana banyak hadith-hadith yang diriwayatkan telah memberikan penjelasan mengenainya.
Imam an Nawawi telah mengulas Hadith Anas yang menafikan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa dengan katanya : "Hadith Anas ini dari segi zahirnya telah menimbulkan kekeliruan bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengangkat tangan ketika berdoa melainkan berdoa untuk meminta hujan. Hakikat sebenar dalam permasalahan ini bukannya begitu. Bahkan telah wujud hadith-hadith sahih yang menyatakan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat tangan ketika berdoa di banyak tempat selain daripada berdoa meminta hujan. Ianya terlalu banyak untuk dihitung! Aku telah menghimpunkan lebih kurang 30 hadith yang berkaitan dengan RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, yang dipetik daripada kitab Sahih Bukhari dan Muslim atau salah satu daripada keduanya dan aku telah memuatkannya di dalam kitab Syarhu al Muhazzab pada akhir Bab Sifat Solat.
Hadith Anas tadi hendaklah ditafsirkan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak mengangkat tangannya ketika berdoa sehingga menampakkan kulit putih dibawah kedua-dua ketiaknya melainkan berdoa untuk meminta hujan atau ianya bermaksud Anas RadiyaLLahu anhu tidak pernah melihat Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, tetapi para sahabat lainnya melihatnya mengangkat tangan. Justeru itu, kita perlu memberi keutamaan kepada para Sahabat yang memperakui bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya ketika berdoa yang berlaku dalam banyak peristiwa kerana bilangan mereka ramai berbanding dengan Anas seorang sahaja yang menafikankanya disebabkan ketiadaannya.
Kata-kata Anas radiyaLlahu anhu mestilah ditafsirkan semula seperti yang telah kami sebutkan tadi. WaLlahua'lam.
(sumber : Syarh an Nawawi 'ala Muslim Jilid 3/ m.s 299)
Sumber ambilan : Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan
Jom Bantu Memberi Faham!
Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.
Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :
1.

Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam
JomFaham
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf
-
Shaykh Said Afandi al-Chirkawi - One of the musrhids who has been targetted by the so-called Salafi Wahabi Jihadi - Can you guess who did this? A bomb blast killed leading Islamic scholar in Dagestan - Shaykh Said Afandi al-Chirkawi *By Ibrahim Abdulaev : IslamDag.in...5 minggu yang lalu
-
Kelebihan Selawat - Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita me...5 bulan yang lalu
-
-
Makna Sebuah Kehidupan - * * *Makna Sebuah Kehidupan...* Ketika insan melihat ke langit, Lalu bertanya kepada dirinya, Adakah langit sebagai hujungnya, Hujung bagi sebuah k...Setahun yang lalu
-
Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan
-
ISLAM MENANG ATAU ISLAM SERI? - Para pembaca budiman, Saya masih lagi membuat analisis kedudukan politik di Malaysia. Secara khusus saya membuat analisis mengenai Tahaluf PAS melalui PR, ...Seminggu yang lalu
-
Sambutan Hari Ibu - Salah seorang kawan ana bertanyakan hukum merayakan hari ibu. Ada yang mengharamkan dan ada yang menghalalkan. Menurut pandangan ana, merayakannya adalah ...Seminggu yang lalu
-
Debat .. Islamikkah Ia ? - Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan p...Setahun yang lalu
-
Antara Hikmah dan ‘Illah - (Disiarkan dalam Majalah Tarbawi 3, terbitan Akademi Tarbiah Pemuda) “Ustaz, kalau dah laksanakan hudud pun tak kurangkan jenayah bagaimana ya? Adakah perl...Setahun yang lalu
-
Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha - Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjak...Setahun yang lalu
Ahli Hadith
-
Jasad Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA?? - *Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA* * * Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perb...2 minggu yang lalu
-
Rihlah ke Negeri Johor - Rihlah ku ke Negeri Johor Negeri Johor sebenarnya tidak asing lagi bagi penduduk Kerajaan Sultan Langkat pada masa dahulu, karena hubungan baik yang telah ...6 bulan yang lalu
Ahli Mazhab Syafie
-
Hukum Hudud - Sedikit Peringatan buat diri yang lupa. Dengan Nama Allah Tuhan yang Pemurah lagi pengasih. Hukum Hudud setengah drpd hukum Jenayah Islam. Hukum hudud da...3 jam yang lalu
-
Antara Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab dan Snouck Hurgronje dalam sejarah Aceh. - Munculnya *Pakar konspirasi* belanda, *Dr Snouck Hurgronje*, dalam sejarah Aceh, nama ini sangat menonjol dilidah dan hafalan orangramai. Snouck sanggup ...Sehari yang lalu
-
-
Hikmah Dalam Menjawab - Membelek-belek kitab *Majmu` Mawaa’idz wa Kalam* al-Imam al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى. Maka terpanggil al-fagir untuk...3 hari yang lalu
-
Mutlak Hanya Allah al-Hadi ....... - Hidayah yang menyuluh kita ke arah jalan yang lurus benar menuju keredhaan Allah SWT adalah sesuatu anugerah Allah yang tiada taranya. Setiap kali membaca ...6 hari yang lalu
-
Hendak Menyertai Jemaah Tabligh - HAMBA ALLAH : Salam..nak tanya sikit...masuk Tabligh bagus tak? ABU ZULFIQAR : Wlksm. Menyertai aktiviti-aktiviti Jemaah Tabligh memang bagus. Tapi s...Setahun yang lalu
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan - Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan Assalaamu`alaikum BismiLLaahirRahmaanirRahiim Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...2 tahun yang lalu
-
Ahli Perubatan Islam
-
Di Sebalik Amalan Puja Nenek Moyang - Apa tujuan sesetengah masyarakat bukan Muslim menjalankan pemujaan atau penyembahan nenek moyang/leluhur? Sudah tentu ada sebab-sebab yang menarik untuk k...3 bulan yang lalu
-
DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM TIAF - Maklumat lanjut sila ke www.terapi-alfatah.blogspot.com5 bulan yang lalu
Ahli Psikologi/Kaunseling
-
RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P] - * * * * * * *RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]* * * Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh bicara. Ya, a...7 bulan yang lalu
Ahli Perbandingan Agama
-
Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori Islam: Menyelewengkan maksud syubhat demi menolak perlaksanaan hudud. - Assalaamualaikum dan salam hormat. Syubhat, adalah satu dari alasan penentang perlaksanaan hudud dalam negara yagn diperintah umat Islam. Mereka berkata hu...4 hari yang lalu
-
Of Blogging and Plagiarizing - One of the easiest ways to make an investment for akhirat is to write. And by writing i mean beneficial stuff, not just updates on what you had for break...4 minggu yang lalu
-
Ahli Bahasa Arab
-
Pemergian Almarhum Ustaz Rosni bin Ali Yang Sangat Dirasai - Saya baru dapat berita mengenai pemergian Almarhum Ustaz Rosni, salah seorang pegawai yang sangat rapat dengan pelajar di Mesir. Saya terkejut, dan hiba. ...4 bulan yang lalu
-
Alamat Isim - بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد ؛ بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حص...Setahun yang lalu
-
PERBAHASAN HURUF TA’RIF (HURUF YANG MEMA’RIFATKAN) - ** *DEFISINI :* Huruf ta’rif adalah alif lam yang berfungsi mema’rifahkan suatu kalimat. Manakala menurut Imam Sibaweh : Huruf ta’rifnya adalah lam s...Setahun yang lalu
Ahli Qira'at / Tajwid
-
FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...Sebulan yang lalu
-
-
Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...3 tahun yang lalu
Ahli Pemikir Islam
-
-
Kolej Islam As-Sofa - Alhamdulillah, siap juga video ringkas ini. Khusus untuk semua para pelajar lepasan SPM, ayuh mendaftar di Kolej Islam As-Sofa.Sebulan yang lalu
-
Censuring the confused in their erroneous reading of verse (2:256) in the Holy Qurʾān - by Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal It is important to note that the true scholars of Islām who are expert in the exegesis (tafsīr) of Qurʿān are e...6 bulan yang lalu
-
Kertas Seminar Siyasah Syariyyah anjuran Muafakat Sabtu 12 November 2011 di UIAM - Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...Setahun yang lalu
Ahli Kajian Dan Penyelidikan
-
Apa Yang Masyarakat Tidak Diberitahu - Apa yang masyarakat tahu: MSG ialah bahan perisa makanan yang buat makanan jadi sedap Apa yang masyarakat tak tahu: MSG ialah sejenis excitotoxin - bahan ya...Sehari yang lalu
-
Prof Dr Hamka Dan Tasawwuf - Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka ‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Ma...Setahun yang lalu
-
::Bersama Para Wali Allah:: - Tajuk: “Wanita Yang Tidak Berbicara Melainkan Ayat Suci Al-Quran”٭٭ Oleh: Mohammad Taha Bin Haji Hassan Sewaktu Abdullah bin al-Mubarak di dalam perjalana...2 tahun yang lalu
-
Aku Pijak di Medan Bumi - Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali "Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!" Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjun...3 tahun yang lalu
-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan