Soalan :
Sepucuk surat aduan yang saya terima daripada pengurus umum sebuah akhbar Brunei, menyatakan bahawa saya telah menggunakan ayat-ayat dan petikan-petikan yang berunsur Islam semata-mata untuk tujuan perniagaan. Iklan yang sama telah diterbitkan dalam akhbar lain, sebagaimana yang telah disebutkan oleh pengurus akhbar Brunei di dalam suratnya.
Sebagai orang Islam, kita tahu bahawa di antara sebab menggunakan ayat-ayat AI-Qur'an dan بسم الله الرحمن الرحيم sebagai sebahagian daripada cara hidup kita seharian adalah untuk mendapatkan keberkatan. Sumber utama rnaklumat bagi bahan-bahan produk kami iaitu perubatan Islam yang pertama ialah AI-Qur'an dan hadis Shallallahu 'alaihi wasallam. Rancangan untuk rnembuat keuntungan melalui nama Nabi bukanlah kepercayaan Islam. Ia mungkin boleh dikaitkan dengan kepercayaan agama-agama lain tetapi ianya tidak sesuai kepada kita sebagai orang Islam. Kami ingin bertanya kepada Yang Dimuliakan:
Adakah dibenarkan atau tidak menulis بسم الله الرحمن الرحيم atau mana-mana ayat-ayat AI-Qur'an di dalam iklan kami?" Kami amat berbesar hati jika Yang Dimuliakan Pehin dapat mengirimkan pandangan secara bertulis kepada kami berhubung dengan perkara ini daripada sudut pandangan Islam.
Jawapan:
الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين، وبعد
AI-Qur'an AI-Karim wajib dihormati dan dijaga supaya tiada dicemari oleh sesiapapun. Dengan memuliakan dan mensucikan AI-Qur'an, seseorang itu akan mendapat ganjaran pahala. Akan tetapi sesiapa yang menghina dan membiarkannya dihina sedang dia berupaya menegah penghinaan itu, maka dia dianggap berdosa dan boleh merosakkan aqidah Islamnya.
Menuliskan mana-mana ayat Al-Qur'an, hadis atau nama-nama mulia pada sesuatu yang sudah dipastikan akan terhina atau boleh terhina, seperti di jalan tempat laluan, pada permaidani yang dihamparkan di lantai, pada kasut, selipar dan lain-lain adalah haram.
AI-Qur'an AI-Karim mesti diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi, mulia dan terhormat, dan ia tidak boleh disamakan dengan mana-mana kitab lain, walaupun satu huruf atau satu ayat daripadanya selama ianya dinamakan huruf atau ayat AI-Qur'an.
Di antara yang jelas terang termaktub di dalam mushhaf ialah ayat بسم الله الرحمن الرحيم
Ayat ini biasa disebut basmalah dan basmalah ini terdapat di dalam surah AI-Naml, ayat 30 dan pada setiap awal surah kecuali surah AI-Baraah.
Basmalah yang terdapat di dalam surah AI-Naml adalah disepakati bahawa ianya sebahagian daripada surah tersebut. Manakala pada awal setiap surah diperselisihkan oleh ulama. Mengikut pendapat Imam AI- Tsauri, Ibnu Mubarak dan mazhab kita AI-Syafi'e, basmalah adalah salah satu daripada ayat surah AI-Fatihah dan surah-surah lain kecuali surah AI-Bara'ah. (Tafsir Ma'alim AI- Tanzilli Baqhawi 1/51)
Kedudukan basmafah pernah disebut Baginda ShafLaflahu 'alaihi wasallam dalam sabdanya:
كل أمر ذى بال لا يبدأ فيه بسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع
Maksudnya: "Setiap perkara yang berkebajikan yang tidak dimulai padanya dengan
بسم الله الرحمن الرحيم maka perkara itu terputus (kurang keberkatan). (Kanz Al-'Ummal, No: 2491).
Perkara dalam hadis di atas termasuklah bagi penulisan buku atau surat menyurat. Maka untuk inilah Imam AI-Qurtubi berkata: "Para ulama sepakat menulis (BismiLlahirRahmanirRahim) di awal buku dan surat-surat." (AI-Jami' Ii Ahkam AI-Qur'an Ii AI-Qurthubi 1/97).
Mengikut sejarah dakwah Islam, kepada ketua dan pembesar-pembesar asing, Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah mencantumkan potongan ayat AI-Qur'an dalam surat dakwah yang dikirimkan Baginda kepada mereka.
Di antara surat berkenaan berbunyi:
بسم الله الرحمن الرحيم، من : محمد بن عبد الله رسول الله، إلى : هرقل، عظيم الروم،
سلام على من أتبع الهدى،
أما بعد.
فإنى أدعوك بدعاية الإسلام، أسلم تسلم، يؤتك الله أجرك مرتين، فإن توليت فإن عليك إثم الإريسيين. و( يا أهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سوآء بيننا وبينكم أن لا نعبد إلا الله ولا نشرك به شيئا ولا يتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا أشهدوا بأنا مسلمون)
Ertinya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, daripada Muhammad bin Abdullah, Rasul Allah, kepada Hiraqla (Hiraklius), pembesar Rom. "
Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikut hidayah.
Kemudian daripada itu:
"Maka sesungguhnya saya menyeru Tuan dengan seruan Islam. Islamlah, Tuan pasti selamat, Allah akan memberi ganjaran kepada Tuan dua kali (ganda), Akan tetapi jika Tuan enggan, maka Tuan akan menanggung dosa-dosa orang-orang bawahan (para peladang). Dan (" Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimat yang bersamaan di antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja selain daripada Allah. Kemudian jika mereka (ahli kitab) berpaling. maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah oleh kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. ") (Ibnu Katsir, AI-Bidayah wa AI-Nihayah 3/265).
Di dalam teks surat ini tercantum ayat yang ke 64 daripada surah Ali 'Imran, kecuali lafaz قل tidak dicantumkan.
Berdasarkan keterangan di atas, maka adalah disuruh dalam agama menuliskan kalimat "Basmalah" pada awal setiap tulisan, seperti surat kiriman dan buku ilmu. Begitu juga ayat-ayat Al-Qur'an adalah boleh dituliskan dalam surat dan buku-buku ilmu.
Sekiranya kedua-dua perkara ini dirakamkan atau dicantumkan dalam iklan, slogan, sepanduk dan lain-lain, kemudian dimasukkan dalam majalah atau surat khabar, maka majalah atau surat khabar itu wajiblah dipelihara, jangan terhina, seperti dipijak, dijadikan pembungkus, dibuang ke tempat sampah dan sebagainya.
Jika ianya sudah pasti, atau berat pada sangkaan, atau sudah menjadi adat kebiasaan bagi penggunanya di sesebuah negeri yang tidak menghormati majalah atau surat khabar, misalnya di negeri-negeri yang masih ramai orang jahil atau ramai orang-orang kafir, maka memasukkannya ke dalam sebaran am itu adalah dilarang sebagai langkah berjaga-jaga jangan sampai"Basmalah" atau ayat-ayat berkenaan itu dihinakan atau terhina dan tercemar kesuciannya.
Country Of Origin : Brunei darussalam
Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998
Tiada ulasan:
Catat Ulasan