CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Ahad, 11 Januari 2009

Siapakah Ahlu Sunnah Wal Jama'ah? Bab 6 (Akhir)

Tahqiq Mafhum Tho'ifah

Ada sebahagian manusia yang merupakan dalam kelompok minoriti umat Islam tersebut, cuba menegakkan benang yang basah, dengan cuba membuktikan bahawa, merekalah (yang merupakan minoriti umat Islam) yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Al-Jamaah berdasarkan hadith-hadith At-Tho'ifah (kelompok).

Hadith tersebut berbunyi:

Sabda Nabi s.a.w.:

"Akan sentiasa ada tho'ifah (kelompok) daripada umatku yang akan berpegang dengan kebenaran sehingga hari kiamat." (hadith riwayat At-Tabrani dengan perawi-perawinya yang Sahih).

Begitu juga dengan hadith-hadith yang hampir sama dengan maksud hadith ini, yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar)

Guru kami, Sheikh Muhammad bin Ibrahim Al-Kattani berkata:
"Maksud umat dalam perkataan tersebut adalah umat dakwah[2], iaitu seluruh umat manusia, bukan semata-mata umat Islam. Jadi, tho'ifah (kelompok) yang dimaksudkan adalah umat Islam (umat ijabah), yang merupakan kelompok daripada keseluruhan umat dakwah." (Ibro'uz Zimmah: 35)

Ada sepotong hadith yang lain yang menjadi dalil bahawasanya, yang dimaksudkan dalam hadith tadi bermaksud umat Islam keseluruhannya.

Nabi s.a.w. bersabda:
"Akan sentiasa umatku berpegang (memperjuangkan kebenaran sehingga turun Nabi Isa…" (hadith riwayat Abu Ya'la)

Hadith ini walaupun dalam riwayatnya mengandungi Musa bin Ubaidah yang tidak diterima oleh sebahagian ahli hadith, namun asal makna hadith ini juga ada dalam hadith sahih iaitu:

Sabda Nabi s.a.w.:


"…Umatku akan sentiasa memperjuangkan urusan ini (agama Islam atau kebenaran)…" (hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ini menunjukkan, hadith yang menyebut tentang tho'ifah (kelompok) tadi adalah umat Islam berdasarkan hadith riwayat Abu Ya'la, Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad tersebut, bukan sekelompok daripada umat Islam.

Adapun yang mereka perjuangkan adalah Al-Haq (kebenaran) iaitu agama Islam dan aqidah Islamiyah.

Adapun tentang hadith tho'ifah (kelompok) daripada umat Islam dalam beberapa hadith, yang menunjukkan sebahagian kecil daripada umat Islam, bukanlah seperti yang difahami oleh sesetengah kelompok dengan mendakwa, hanya sebahagian kecil sahaja daripada umat Islam yang berpegang kepada kebenaran.

Contoh hadith-hadith tersebut adalah:

Sabda Nabi s.a.w.:

"Akan sentiasa sekelompok (tho'ifah) daripada umatku yang memperjuangkan agama, yang memusnahkan musuh-musuhnya…" (hadith riwayat At-Tabrani)

Sabda Nabi s.a.w. lagi:

"Ada sekelompok (tho'ifah) daripada umatku akan sentiasa memperjuangkan kebenaran. Aku harap mereka adalah ahli Syam" (hadith riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tabrani)

Tho'ifah (kelompok) dalam hadith ini tidak sama dengan tho'ifah dalam hadith yang dibincangkan sebelum ini, kerana tho'ifah dalam hadith ini menceritakan tentang sekelompok daripada umat Islam yang bertugas sebagai golongan mujahid yang berjuang melawan musuh-musuh Islam. Inilah isyarat dariapda hadith riwayat At-Tabrani sebelum ini (perkataannya: "…yang memusnahkan musuh-musuhnya").

Hadith riwayat Al-Hakim ada menunjukkan secara jelas bahawasanya, konteks tho'ifah dalam hadith-hadith tersebut adalah berkaitan dengan golongan mujahidin. Ianya berbunyi:

"Akan sentiasa ada sekelompok daripada umatku yang berperang dalam memperjuangkan kebenaran…" (Hadith riwayat Al-Hakim).

Kesimpulan

Oleh itu, janganlah kalian terpengaruh dengan kelompok minoriti yang mana syaitan lebih hampir kepada mereka berbanding golongan majoriti (Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah), yang menisbahkan Jamaah dan As-Sawadhu Al-A'zhom kepada mereka, sedangkan menurut Nabi s.a.w. sendiri, golongan majoritilah (Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah) yang merupakan jamaah muslimin yang diakui oleh Rasulullah s.a.w..



Kesimpulannya, sememangnya As-Sawadhu Al-A'zhom adalah golongan majoriti umat Islam dalam setiap zaman, sehinggalah hari Kiamat. Oleh itu, hendaklah kita beserta golongan As-Sawadhu Al-A'zhom dalam bidang aqidah khususnya, yang merupakan majoriti umat Islam dari kalangan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah. Janganlah kita keluar daripada kelompok majoriti umat Islam kerana Nabi s.a.w. telahpun memberi amaran kepada sesiapa yang keluar daripada aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam ini, sebagai terasing dan terpinggir di dalam neraka. Na'uzubillah min zalik.

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qawiy Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Ar-Razi
16 Mac 2008

SUMBER ASAL : Mukhlis 101

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan