CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Ahad, 11 Januari 2009

Siapakah Ahlu Sunnah Wal Jama'ah? Bab 5

Sawadhul A'zhom dan Kekeliruan Golongan Minoriti

Sejak akhir-akhir ini, ada suatu golongan yang pada hakikatnya merupakan golongan minoriti dari kalangan umat Islam, cuba mengeluarkan majoriti umat Islam daripada Jamaah Umat Islam, lalu menisbahkan Sawadhul A'zhom kepada diri mereka yang merupakan golongan minoriti, yang pada hakikatnya bercanggah dengan makna Sawadhul A'zhom dari sudut bahasa mahupun dari sudut istilah menerusi siyaq (petunjuk) hadith-hadith pada bab tersebut.

Antara hadith-hadith berkenaan Sawadhul A'zhom adalah:


Rasulullah s.a.w. bersabda:


إنّ أمّتي لا تجتمع على ضلالة فإذا رأيتم الإختلاف فعليكم بالسواد الأعظم

"Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a'zhom. Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadith riwayat Abd bin Hamid dan Ibn Majah).

Sabda Nabi s.a.w.:


لا تجتمع هذه الأمّة على ضلالة أبداً، وإنّ يد الله مع الجماعة فاتبّعوا السواد الأعظم، فإنّ من شذّ شذّ في النار


Maksudnya: Tidak akan berhimpun umat dalam kesesatan selamanya. Sesungguhnya yadd (bantuan) Allah s.w.t. bersama dengan Jamaah. Maka, ikutilah As-Sawadhu Al-A'zhom. Sesiapa yang terpinggir, maka dia terpinggir dalam dalam neraka. (Hadith riwayat Al-Hakim, Abu Na'im dan melalui jalan Al-Dhiya' Al-Maqdisi daripada Ibn Umar)

Dalam hadith ini mengandungi beberapa petunjuk yang menunjukkan bahawasanya, maksud As-Sawadhul A'zhom dalam hadith tersebut adalah golongan majoriti umat Islam.

Pertama, dari sudut bahasanya, As-Sawadhu Al-A'zhom adalah menunjukkan tentang banyaknya bilangan kelompok tersebut.


As-Sawad Al-A'zhom dari sudut bahasanya bererti, warna hitam yang terbesar, yang merupakan kiasan bagi menunjukkan kuantiti yang banyak. Al-A'zhom itu bererti yang terbesar. Maknanya, golongan As-Sawadhu Al-A'zhom adalah golongan yang mempunyai kuantiti yang terbesar dalam kelompok umat Islam, saat berlakunya perpecahan dalam umat Islam.

Kedua, dari beberapa perkataan dalam hadith tersebut, menjelaskan makna As-Sawadhu Al-A'zhom sebagai golongan majoriti dalam umat Islam.

Antaranya, perkataan Al-Jamaah dalam hadith tersebut. Maksud jamaah bererti, suatu kumpulan. Ianya bersifat mutlak. Namun, apabila disyarahkan dengan perkataan As-Sawadhu Al-A'zhom, maka fahamlah kita bahawa, Al-Jamaah itu adalah majoriti. Perkataan Al-Jamaah dan As-Sawadhu Al-A'zhom saling mensyarahkan satu sama lain.

Abu Al-Bahili mensyarahkan Al-Jamaah sebagai As-Sawadhu Al-A'zhom (hadith diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Tabrani).

Ketiga: Lawan bagi Al-Jamaah dan As-Sawadhu Al-A'zhom menurut Rasulullah s.a.w. adalah: "syaz" (hadith riwayat Al-Hakim tadi).

Syaz dalam bahasa Arab bererti, asing atau terpinggir. Jadi, terpinggir ataupun asing itu adalah merujuk kepada sedikit kuantiti atau minoriti. Maknanya, lawan bagi Al-Jamaah dalam hadith tersebut adalah syaz, maka mafhum bagi Al-Jamaah adalah lawan bagi syaz (minoriti). Lawan bagi minoriti adalah majoriti. Maka, majoriti adalah mafhum bagi As-Sawadhu Al-A'zhom.


Ini dikuatkan lagi dengan hadith yang lain yang berbunyi:

Sabda Nabi s.a.w.:

عليكم بالجماعة وإيّاكم والفرقة فإنّ الشيطان مع الواحد وهو عن الإثنين أبعد

Maksudnya: Hendaklah kamu bersama-sama dengan Al-Jamaah. Dan janganlah kamu berpecah-belah. Sesungguhnya, syaitan itu berserta dengan yang satu, sedangkan dia lebih jauh daripada yang dua (berbanding yang satu tersebut). (Hadith riwayat At-Tirmizi daripada jalan Saidina Umar r.a.. Diriwayatkan juga oleh Al-Hakim dan Imam Ahmad).


Maksud perkataan: ((وهو عن الإثنين أبعد الشيطان مع الواحد )) (maksudnya: Syaitan bersama yang satu sedangkan dia lebih jauh darpada yang dua berbanding yang satu) menunjukkan bahawasanya, menurut Nabi s.a.w. bahawasanya, syaitan beserta dengan yang seorang, berbanding yang dua orang.

Ini suatu perumpamaan dalam bentuk nisbah, iaitu 2:1. Di mana, Nabi s.a.w. mengingatkan bahawasanya, syaitan itu akan bersama dengan yang satu berbanding yang dua orang. Maknanya, syaitan akan bersama-sama dengan minoriti berbanding yang majoriti. Ini menunjukkan jemaah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah golongan majoriti dalam kalangan umat Islam. Kerana itulah, Nabi s.a.w. mengingatkan supaya tidak beserta dengan minoriti kerana syaitan beserta yang minoriti, sedangkan dia lebih jauh daripada yang majoriti berbanding yang minoriti.

Hadith lain juga menyebut tentang kepentingan mengikut majoriti umat Islam dengan perkataan العامة iaitu yang am (hadith riwayat Ahmad). Adapun istilah am atau ammah digunakan dalam bermaksud, kebanyakkan umat Islam.

Dalam hadith riwayat Ahmad tersebut juga menyebut bahawa, syaitan umpama serigala yang mencari mangsa kambingnya. Jadi, syaitan berpeluang menangkap kambing yang terpinggir dari kelompok kumpulannya. Perumpamaan ini adalah jelas menunjukkan, celaan terhadap golongan minoriti yang keluar daripada kelompok majoriti umat Islam khususnya dalam masalah usul termasuklah masalah aqidah Islam.

Jadi, syaz dan minoriti dicela oleh Rasulullah s.a.w. dalam galakan supaya kita beserta dengan golongan majoriti umat Islam.

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan