CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Selasa, 6 Januari 2009

Kalam/perkataan Imam Syafie Yang Disalah gunakan

Imam Syafie ada menyatakan :
Apabila hadith itu sahih maka itulah mazhabku


Penjelasan :

Apa yang telah diucapkan oleh Imam Asy Syafie bahawa bila hadith itu sahih maka itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith sahih seseorang itu boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab syafie dan boleh diamalkan menurut zahirnya.

Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai darjat ijtihad dalam mazhab Syafie sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut.

Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafie rahimahuLLah belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih.

Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Asy Syafie dan kitab-kitab para ulama pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun diisyaratkan demikian kerena Imam Syafie RahimahuLLah sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya. atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil atau sebab lainnya.

Al Majmu' Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64.

Sila lihat juga : Syarat-syarat Untuk Menjadi Mujtahid

2 ulasan:

Zainab berkata...

salam,

terima kasih atas penjelasan ini oleh kerana itu orang awam berhak mengikuti mana2 Imam dalam satu2 perkara disebabkan kekuatan hujjah dari Imam tersebut.

Tetapi terdapat banyak ustaz2 kita menabur fitnah kepada mereka yang berpegang kepada mazhab lain(sebut Imam) dalam satu2 masaalah khilaf yang berlaku dengan melebelkan sebagai wahabi.

kenapa jadi begitu tuan syikh?, minta sedikit pandangan.

IbnuNafis berkata...

wa'alaikumussalam wbth,

Benar, orang awam berhak untuk mengikuti mana-mana Imam dalam satu perkara selagi ia berpegang pada Al Quran dan Sunnah serta ijmak.

Ada satu golongan yang suka menghukum sesat tanpa hak di atas khilaf ulamak. Kemudian mereka mengatakan diri mereka sahaja yang benar manakala ulamak yang lain tidak benar dan salah.

Ada yang suka mengatakan Islam itu mudah. Ambil sahaja mana-mana pendapat. Tetapi pada hakikatnya jika kita mengambil mana-mana pendapat dengan alasan Islam itu mudah, ini akan menjerumuskan kita ke dalam talfiq mengikut hawa nafsu (sekiranya bukan berdasarkan kepada keperluan).

Masalah khilaf yang sudah dibincangkan oleh ulamak muktabar ia tidak boleh dihukum sebagai bid'ah kerana mereka telah berusaha untuk mengeluarkan hukum melalui al Quran dan Sunnah serta sumber perundangan lain yang telah dipersetujui.

Semua ulamak yang MUKTABAR. mempunyai kekuatan hujjahnya tersendiri.

WaLlahua'lam

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan