Soalan :
Dengan penuh hormat serta takzim sukacita dihadapkan perkara yang terse but di atas iaitu sejenis permainan yang bernama "Tamaguci/Pet" yang berasal dari Jepun, telah tersebar dengan majunya di kalangan penuntut-penuntut sekolah di negara kita ini.
Permainan berkenaan seakan-akan 'Game & Watch', tetapi permainan "Tamaguci/Pet" ini mengandungi unsur-unsur kehidupan seharian misalnya perlu diberi makan, minum, tidur dan juga pandai mati serta berbagai-bagai lagi kerenahnya. Apabila ia lapar ia perlu diberi makan dengan menekan punat-punat yang tersedia ada dan berbagai-bagai keadaan lagi. Apabila permainan ini mati atau lainnya ia akan keluar perkataan 'Die' dengan bertanda palang Kristian (salib).
Permainan ini (pada pendapat kaola mungkin juga dakyah agama Kristian dan juga boleh merosakkan remaja-remaja kita yang terlampau 'iski' dengan permainan ini). Apakah pendapat Islam mengenai permainan yang serba canggih ini?
Sukacita kaola meminta penjelasan daripada Yang Dimuliakan Pehin selanjutnya.
Jawapan:
الحمد الله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بأحسان إلى يوم الدين، اللهم هداية للصواب، وبعد.
Telah maklum kepada umat Islam bahawa cross atau salib itu adalah lambang agama Kristian dan simbol bagi penganut-penganut agama Kristian.
Cross atau salib itu mempunyai pengertiannya tersendiri kepada agama Kristian iaitu bahawa Nabi Isa 'Alaihissalam pada al 'tiqad dan kepercayaan orang-orang Kristian telah disula dan dibunuh oleh musuh Nabi Isa 'Alaihissalam, padahal dalam AI-Qur'an, hadis dan ijmii' umat Islam menyatakan bahawa Nabi Isa 'Alaihissalam tiada dibunuh dan tiada disula oleh musuh-musuhnya.
Nabi Isa 'Alaihissalam diselamatkan dengan diangkat oleh Allah Ta'ala hidup-hidup ke langit. Sehingga sekarang Nabi Isa 'Alaihissalam tetap hidup sehingga akhir zaman di mana akan keluar Al-Imam AI-Mahdi dan zaman keluar dajjal besar yang buta mata sebelah daripada keturunan bangsa Yahudi. Pada waktu itulah Nabi Isa 'Alaihissalam akan turun ke dunia memerangi dajjal yang membuat kacau dan huru-hara besar ke atas umat Islam pada waktu itu dan akhimya akan membunuh dajjal besar itu.
Maka dari itu wajiblah orang-orang Islam menjaga i'tiqad, kepercayaan, agamanya dan dasar-dasar Islam seperti Nabi Isa 'Alaihissalam tiada dibunuh dan tiada disula sebagaimana hal ini disebutkan dalam AI-Qur'an. Adapun membiarkan cross terdedah di tempat-tempat yang boleh dilihat oleh umat Islam adalah suatu mungkar.
Persoalan cross atau salib itu kita timbulkan di sini ialah permainan 'TamaguciIPet' itu ada mengandungi cross, sebagaimana yang dinyatakan dalam soalan penanya. Persoalan yang mungkin dapat kita timbulkan ialah apakah matlamat atau tujuan permainan 'TamaguciIPet' itu? Adakah tujuannya sekadar permainan atau ada tujuan-tujuan lain yang bermaksudkan diayah Kristian baik secara langsung atau tidak?
Yang sudah jelas permainan 'TamaguciIPet' yang mengandungi lambang cross atau salib itu telah ada dalam pasaran. Kanak-kanak Islam dan bukan Islam telah membelinya dan menjadikannya permainan.
Memang tidak dapat diramal dan diduga sejauh mana kesan permainan itu terhadap kepercayaan atau sikap kanak-kanak Islam dan bukan Islam setelah bermain-main dengan permainan itu. Namun yang selamat ialah tidak mendedahkan permainan seperti itu bahkan yang lebih selamat jjka ditutup segala pintu kejahatan daripadanya. Sesuatu yang matlamat pengedarannya adalah untuk menggoncang dan menggugat keimanan umat Islam biarpun sedikit bererti kejahatan. Perkara kepercayaan atau i'tiqiid itu perkara besar, tidak boleh dipermudah-mudah dan diabaikan. .
Memang 'TamuguciIPet' itu suatu permainan, tetapi apabila diselitkan dengan salib, tidak syak, ianya mempunyai tujuan misi atau diayah Kristian. Kalau tidak, mengapakah mesti salib, mengapa tidak lain-lain benda? Hal ini tentunya mengingatkan kita tentang sejarah masa lampau dan sekarang tentang penentangan orang-orang Kristian terhadap Islam dan umat Islam.
Orang-orang Islam semestinya mengambil perhatian terhadap ingatan AI-Qur' an dan hadis mengenai penentangan agama lain terhadap Islam. Penentangan itu akan terus berjalan sampai bila-bila, sama ada kita sedar atau tidak, cuma kaedah atau caranya sahaja yang berubah berdasarkan faktor geografi, tempat, bangsa, masa dan lain-lain. Matlamatnya adalah satu, iaitu bagaimana untuk menghancurkan Islam atau bagaimana memadamkan cahaya Islam itu.
Orang-orang bukan Islam itu sungguhpun nampaknya semacam berpecah belah sesama mereka atau di kalangan mereka sendiri, tetapi mereka tetap bersatu padu dalam memenuhi tuntutan matlamat mereka untuk menghancurkan Islam. Inilah hakikat yang dijelaskan oleh Allah.
يريدون أن يطفئوا نور الله بأفواههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره ولو كره الكافرون.
¬
Tafsirnya: "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir itu tidak suka (akan yang demikian). "
(Surah Al-Taubah: 32)
Sejarah kebencian dan penentangan orang-orang musyrikin, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nashrani terhadap Islam dan umat Islam tidak hanya setakat di zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, dan para sahabat sahaja, tetapi akan berterusan sehingga ke akhir zaman. Penentangan ini meliputi semua segi, sama ada lisan, tulisan, kekerasan, permainan seperti yang sedang kita huraikan ini, kegiatan-kegiatan yang berbentuk kebajikan dan lain-lain lagi.
Keganasan orang-orang Yahudi di Palestin adalah satu contoh yang masih aktif. Perang Bosnia baru berakhir, namun bahangnya masih terasa. Mungkin banyak lagi keganasan yang dilakukan terhadap orang-orang Islam yang tidak sampai ke pengetahuan kita.
Perang Salib sehingga sekarang adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang menunjukkan permusuhan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nashrani terhadap Islam dan umat Islam.
Di Sepanyol kita pemah melawat sebuah bangunan besar yang masih terpakai ada menyimpan sebuah lukisan lama ukuran besar di ruang ligamya yang memaparkan pemandangan seorang Islam (mungkin juga ketua askar atau ketua kerajaan) sedang berlutut menyerahkan sesuatu kepada seorang ketua orang Nashrani dengan disaksikan oleh sekumpulan askar yang ramai. Daripada lukisan ini kita dapat mengagak bahawa satu upacara penyerahan kuasa (menyerah kalah) orang-orang Islam kepada orang-orang Nashrani sedang berlangsung, iaitu natijah daripada peperangan Salib itu.
Gerakan-gerakan untuk menghancurkan Islam oleh Zionis, kelab-kelab di bawahnya seperti Kelab Lion, Kelab Rottery, Komunis hatta fahaman kapitalis bukan lagi menjadi rahsia.
Taktik pengkristianan pun sudah berubah. Memang tidak banyak yang dapat mereka harapkan untuk orang-orang Islam masuk Kristian. Namun sudah cukup dan memadai bagi mereka untuk menggoncangkan aqidah umat Islam dan melonggarkan iltizam terhadap ajaran agama mereka dengan berbagai-bagai cara, seperti melalui sukan, hi buran, kegiatan badan-badan yang dicap sebagai "kebajikan", bahkan dalam medan-medan perbincangan ilmiah dan akademik. Begitu juga media-media elektronik, majalah-majalah, filem dan sebagainya cukup berjaya untuk mencapai matlamat mereka bagi menggoncangkan aqidah umat islam dan meninggalkan ajaran-ajaran Islam yang murni.
Peringatan Al-Qur'an dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bukan hanya terhad di zaman Baginda. Bahkan meliputi seluruh zaman hinggalah ke Hari Kiamat.
Selain ayat di atas (surah AI-Taubah: 32) Allah memberi peringatan di antaranya:
i) Dalam surah Ali-'Imran, ayat 75:
ليس علينا فى الأميين سبيل ويقولون على الله الكذب وهم يعلمون
Tafsirnya: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang ummi, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
ii) Dalam surah AI-Ma'idah, ayat 82:
لتجدن أشد الناس عدوة للذين آمنوا اليهود والذين أشركوا
Tafsirnya: "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mendapati bahawa orang yang paling memusuhi orang-orang mukmin itu ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
Dalam surah Al- Baqarah, ayat 120:
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم.
Tafsirnya: "Dan orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka hati terhadap engkau wahai Muhammad, sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). "
Walaupun untuk menghuraikan misi Kristian akan memakan atau mengambil ruangan yang panjang, namun elok kita memaparkan pengalaman-pengalaman atau makIumat orang-orang Islam tentang misi itu, supaya kita orang-orang Islam sentiasa waspada. Di antara maklumat-maklumat itu ialah Al-' Allamah Al-Sayyid Alwi bin Tahir AI-Haddad, Mufti Kerajaan Johor, katanya:
"Adapun perubahan-perubahan cara setengah-setengah mission pengembang Kristian itu kepada cara-cara pelajaran ilmu pengetahuan dan kebudayaan telah saya dapati rahsia-rahsianya dan keterangan-keterangannya yang sangat mustahak di dalam sebuah buku yang disalin daripada seratus buah buku yang ditulis oleh pakar-pakar pengembang Kristian itu sendiri dan penolong-penolongnya. Setelah diadakan beberapa kongres dan perundingan, semuanya sepakat mengatakan bahawa mengembangkan Kristian dengan cara berterang-terang itu tidak mendatangkan natijah melainkan sangat kecil dalarn golongan orang-orang Islam.
Dan sebab itu mereka telah menetapkan perubahan cara menyeludupkan ajaran-ajaran kristian itu dalam buku-buku pelajaran dan ilmu pengetahuan dan didikan hingga dalam buku-buku kedoktoran dan keenjiniaran (engineering) apatah lagi di dalam buku-buku kebudayaan, kesusasteraan dan lain-lain siaran di mas a sekarang.
Dalam buku yang telah saya sebutkan itu didapati fikiran- fikiran, syarahan-syarahan, pidato-pidato pengembang Kristian. Mereka sepakat mengubah cara-cara mengembangkan Kristian itu daripada cara berterang-terang dengan cara didikan menyeludupkan ajaran-ajaran itu ke dalam buku-buku pelajaran dan lainnya. Buku yang disebarkan itu saya boleh tunjukkan nama buku itu kepada siapa yang hendak tahu bila-bila masa juga.
Tempat-tempat yang mustahak pengembang-pengembang Kristian itu menaruh racun-racun Kristian itu ialah dalam buku-buku tarikh. Mereka tidak sebutkan dalam buku-buku tarikh itu orang-orang Islam yang masyhur di Timur Jauh dan Tenggara Asia dan begitu juga orang-orang Islam yang masyhur di Timur Tengah, tetapi mereka hanya menyebutkan orang-orang masyhur Barat. Kalaupun mereka sebutkan junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, maka mereka sebutkan tohmah-tohmah dan bidasan-bidasan karut atas Baginda, Al-Qur'an dan agama Islam."
Oleh kerana itu mereka mengubah haluan melalui pendidikan dengan menyeludupkan ajaran-ajaran tersebut di dalam buku-buku pelajaran. Sekolah adalah sebaik-baik tempat untuk mencapai matlamat ini. Sebagai contohnya, penggunaan watak Santa Claus ketika menjelang Hari Krismas di dalam perkumpulan sekolah. Santa Claus memberikan hadiah-hadiah kepada penuntut-penuntut termasuklah anak-anak Islam yang belajar di sekolah berkenaan. Santa Claus adalah watak khas dalam agama Kristian. Apakah tanggapan kanak-kanak Islam yang masih mentah itu terhadap Santa Claus? Di peringkat awal kanak-kanak Islam itu tentulah akan menganggap Santa Claus orang yang 'pemurah' atau orang yang baik hati.
Jiwa kanak-kanak yang sedang jinak ini jika terus diasuh dan dipupuk melalui program-program pembelajaran dan alat-alat permainan serta contoh-contoh yang berunsurkan kufur seperti melalui watak Santa Claus, nyanyian-nyanyian keagamaan, pergaulan dan budaya kufur, maka sudah barang tentu matlamat yang lebih jauh untuk memesongkan aqidah kanak-kanak dan generasi Islam itu akan tercapai juga dan tiada mustahilnya.
Kita janganlah menutup mata hati daripada menerima hakikat, bahawa perkara orang-orang Melayu Muslim yang menukar agama mereka adalah sedang berbangkit di negara-negarajiran. Angka ribuan pemah disebut mengenai orang-orang yang telah murtad atau keluar daripada agama Islam. Angka ini dikhuatiri boleh bertambah dari mas a ke semasa berdasarkan keadaan-keadaan zahir yang memberangsangkan, seperti adanya sekolah-sekolah misi yang aktif, ditambah lagi dengan minat orang-orang Islam sendiri kepadanya adalah sanga! mendalam sehingga terfikir oleh pencinta-peneinta hukum Islam supaya digubal Kanun Riddah (Akta Murtad).
Kewajipan orang-orang Islam bukan sahaja menjaga aqidah dan syariat agamanya, bahkan mempertahankan daripada sebarang penyelewengan dan anasir-anasir yang boleh merosakkan aqidah dan syariat itu, tidak kira keeil, lebih-Iebih lagi yang bersifat dasar atau pokok.
Permainan "TamaguciIPet" itu adalah satu diayah Kristian yang sangat halus, sarna seperti lambang cross atau salib di rumah sakit dan di kereta ambulan pada suatu masa dahulu.
Sebagaimana juga suatu waktu yang lalu lencana sekolah-sekolah misi di antara lain mengandungi cross. Tiada lain tujuannya untuk menonjolkan 'kehebatan' simbol itu yang tentunya mempunyai hubungan dengan Nabi Isa dalam agama Kristian menurut i 'tiqad mereka.
Simbol cross atau salib telah tiada tempat di rumah sakit dan kereta ambulan, namun orang-orang Kristian tempatan atau antarabangsa tidak akan berputus asa untuk menonjolkan simbol itu di mana-mana ada kesempatan. Jadinya mengenai permainan "Tamaguci/Pet" itu tidak syak mempunyai tujuan diayah Kristian. Membiarkannya berada dalam pasaran bererti mendedahkannya kepada kemungkaran. Akibatnya sangat jelas sebagaimana penjelasan-penjelasan di atas.
Sehubungan dengan itu permainan "Tamaguci/Pet" itu hendaklah dilarang pengedaran atau penjualannya di negara ini. Bahkan apa sahaja benda yang ada padanya lambang cross atau salib yang mempunyai unsur untuk pendiayahan Kristian wajib dihalang pendedahan dan pengedarannya kerana ditakuti lambat laun akan merosakkan aqidah orang-orang Islam dan dalam waktu yang sarna akan menarik orang-orang bukan Islam lain kepada agama Kristian itu.
Country Of Origin : Brunei darussalam
Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998
Jom Bantu Memberi Faham!
Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.
Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :
1.

Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam
JomFaham
Isnin, 5 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf
-
Shaykh Said Afandi al-Chirkawi - One of the musrhids who has been targetted by the so-called Salafi Wahabi Jihadi - Can you guess who did this? A bomb blast killed leading Islamic scholar in Dagestan - Shaykh Said Afandi al-Chirkawi *By Ibrahim Abdulaev : IslamDag.in...5 minggu yang lalu
-
Kelebihan Selawat - Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita me...5 bulan yang lalu
-
-
Makna Sebuah Kehidupan - * * *Makna Sebuah Kehidupan...* Ketika insan melihat ke langit, Lalu bertanya kepada dirinya, Adakah langit sebagai hujungnya, Hujung bagi sebuah k...Setahun yang lalu
-
Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan
-
ISLAM MENANG ATAU ISLAM SERI? - Para pembaca budiman, Saya masih lagi membuat analisis kedudukan politik di Malaysia. Secara khusus saya membuat analisis mengenai Tahaluf PAS melalui PR, ...3 hari yang lalu
-
Sambutan Hari Ibu - Salah seorang kawan ana bertanyakan hukum merayakan hari ibu. Ada yang mengharamkan dan ada yang menghalalkan. Menurut pandangan ana, merayakannya adalah ...Seminggu yang lalu
-
Debat .. Islamikkah Ia ? - Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan p...11 bulan yang lalu
-
Antara Hikmah dan ‘Illah - (Disiarkan dalam Majalah Tarbawi 3, terbitan Akademi Tarbiah Pemuda) “Ustaz, kalau dah laksanakan hudud pun tak kurangkan jenayah bagaimana ya? Adakah perl...Setahun yang lalu
-
Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha - Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjak...Setahun yang lalu
Ahli Hadith
-
Jasad Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA?? - *Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA* * * Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perb...Seminggu yang lalu
-
Rihlah ke Negeri Johor - Rihlah ku ke Negeri Johor Negeri Johor sebenarnya tidak asing lagi bagi penduduk Kerajaan Sultan Langkat pada masa dahulu, karena hubungan baik yang telah ...6 bulan yang lalu
Ahli Mazhab Syafie
-
-
Mutlak Hanya Allah al-Hadi ....... - Hidayah yang menyuluh kita ke arah jalan yang lurus benar menuju keredhaan Allah SWT adalah sesuatu anugerah Allah yang tiada taranya. Setiap kali membaca ...Sehari yang lalu
-
Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj. - Fasal Yang Kelima Pada Menyatakan Faraj. Ketahui oleh mu bahawa sa Allah taala menjadikan ia bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat ...Seminggu yang lalu
-
-
Hendak Menyertai Jemaah Tabligh - HAMBA ALLAH : Salam..nak tanya sikit...masuk Tabligh bagus tak? ABU ZULFIQAR : Wlksm. Menyertai aktiviti-aktiviti Jemaah Tabligh memang bagus. Tapi s...Setahun yang lalu
-
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan - Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan Assalaamu`alaikum BismiLLaahirRahmaanirRahiim Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...2 tahun yang lalu
-
Ahli Perubatan Islam
-
Di Sebalik Amalan Puja Nenek Moyang - Apa tujuan sesetengah masyarakat bukan Muslim menjalankan pemujaan atau penyembahan nenek moyang/leluhur? Sudah tentu ada sebab-sebab yang menarik untuk k...3 bulan yang lalu
-
DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM TIAF - Maklumat lanjut sila ke www.terapi-alfatah.blogspot.com5 bulan yang lalu
Ahli Psikologi/Kaunseling
-
RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P] - * * * * * * *RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]* * * Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh bicara. Ya, a...7 bulan yang lalu
Ahli Perbandingan Agama
-
Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori Islam: Melaksanakan hudud adalah diperlukan untuk mengimbangi suasana judi dan arak di Malaysia. - Assalaamualaikum. Malaysia satu-satunya negara yang paling unik di dunia. Unik kerana ia dihuni oleh tiga kaum terbesar yang berbeza. Kaum terbesar ialah m...3 minggu yang lalu
-
Of Blogging and Plagiarizing - One of the easiest ways to make an investment for akhirat is to write. And by writing i mean beneficial stuff, not just updates on what you had for break...3 minggu yang lalu
-
Ahli Bahasa Arab
-
Pemergian Almarhum Ustaz Rosni bin Ali Yang Sangat Dirasai - Saya baru dapat berita mengenai pemergian Almarhum Ustaz Rosni, salah seorang pegawai yang sangat rapat dengan pelajar di Mesir. Saya terkejut, dan hiba. ...4 bulan yang lalu
-
Alamat Isim - بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد ؛ بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حص...Setahun yang lalu
-
PERBAHASAN HURUF TA’RIF (HURUF YANG MEMA’RIFATKAN) - ** *DEFISINI :* Huruf ta’rif adalah alif lam yang berfungsi mema’rifahkan suatu kalimat. Manakala menurut Imam Sibaweh : Huruf ta’rifnya adalah lam s...Setahun yang lalu
Ahli Qira'at / Tajwid
-
FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...Sebulan yang lalu
-
-
Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...3 tahun yang lalu
Ahli Pemikir Islam
-
-
Kolej Islam As-Sofa - Alhamdulillah, siap juga video ringkas ini. Khusus untuk semua para pelajar lepasan SPM, ayuh mendaftar di Kolej Islam As-Sofa.Sebulan yang lalu
-
Censuring the confused in their erroneous reading of verse (2:256) in the Holy Qurʾān - by Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal It is important to note that the true scholars of Islām who are expert in the exegesis (tafsīr) of Qurʿān are e...5 bulan yang lalu
-
Kertas Seminar Siyasah Syariyyah anjuran Muafakat Sabtu 12 November 2011 di UIAM - Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...Setahun yang lalu
Ahli Kajian Dan Penyelidikan
-
Rokok: Frequently Asked Questions! - Ikuti soalan dan jawapan dari TSM tentang rokok Semoga dapat memberi tips dan dorongan untuk mereka yang mahu berubah kepada kebaikan. * * *S: Apa ada d...Sehari yang lalu
-
Prof Dr Hamka Dan Tasawwuf - Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka ‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Ma...Setahun yang lalu
-
::Bersama Para Wali Allah:: - Tajuk: “Wanita Yang Tidak Berbicara Melainkan Ayat Suci Al-Quran”٭٭ Oleh: Mohammad Taha Bin Haji Hassan Sewaktu Abdullah bin al-Mubarak di dalam perjalana...2 tahun yang lalu
-
Aku Pijak di Medan Bumi - Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali "Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!" Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjun...3 tahun yang lalu
-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan