Soalan :
Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola menghadapkan surat ini kepada Pehin adalah untuk memohonkan sebarang nasihat dan fatwa berhubung dengan cadangan Lembaga Bandaran untuk menggunakan bangunan bekas pasar babi, Jalan Teraja, sebagai site office/stor bagi menggantikan site office/stor sementara Jabatan ini yang terletak berdekatan dengan padang Maktab SOAS.
Sebelum kerja-kerja mengubahsuai dan menyertu bangunan tersebut, maka nasihat Pehin yang segera ke arah ini adalah sangat-sangat dihargai.
Jawapan:
الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.
Adalah harus menggunakan bekas bangunan pasar babi bagi tujuan seperti pejabat atau stor atau seumpamanya. Akan tetapi sebelum digunakan bekas pasar berkenaan,wajiblah dihilangkan najisnya terlebih dahulu.
Najis-najis babi atau yang berasal daripada keturunannya digolongkan atau dikategorikan dalam kumpulan najis mughallazhah. Meliputi najis babi itu ialah seperti air liumya, peluh, mani, air susu, air kencing, darah dan sebagainya. Termasuk najis mughallahzah juga ialah anjing.
Adapun semua najis sarna ada mughallazhah, mutawassithah atau mukhaffafah boleh dibahagikan kepada dua macam.
Pertama: Najis 'ainiyyah iaitu najis yang boleh dicapai dengan pancaindera, sarna ada sifatnya, rasanya, warnanya atau baunya.
Kedua: Najis hukmiyyah iaitu najis yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera sarna ada bendanya mahupun sifatnya seperti air kencing yang sudah kering yang tidak dapat dilihat warnanya, tidak dapat dirasa dan tidak dapat dicium baunya.
Setiap yang kena najis mughallazhah tidak dapat disucikan melainkan dengan dibasuh tujuh kali dan salah satu basuhannya itu mestilah dengan air yang bercarnpur tanah yang suci, yang dapat dipakai untuk bersuci, sarna ada najis mughallazhah itu najis 'ainiyyah mahupun hukmiyyah, sekalipun pada bekas gigitan anjing perburuan. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب.
Maksudnya: "Hanya akan bersih bekas air seorang daripada kamu apabila ia dijilat oleh anjing,ialah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan tanah. "(Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud berbunyi:
السابعة بالتراب
Maksudnya: "Ketujuhnya ialah dengan tanah. "(Hadis riwayat Abu Daud).
Mengikut zahir hadis pertarna, basuhan dengan air yang bercarnpur tanah dilakukan pada basuhan pertarna, rnanakala hadis kedua rnenyebutkan pada basuhan yang ketujuh. Akan tetapi para ularna fiqh rnenyebutkan bahawa basuhan yang dicampur dengan tanah itu tidak ditentukan pada basuhan yang ke berapa. Bahkan rnemadailah sama ada pada basuhan pertama, pada basuhan yang terakhir atau pada salah satu basuhan, sebagaimana dalarn riwayat lain oleh Daruqutni yang berbunyi:
إحداهن بالبطخاء
Maksudnya: "Salah satunya dengan tanah. " (Hadis riwayat Al-Daraquthni).
Mengikut zahir hadis ini, yang dibasuh tujuh kali itu ialah jilatan anjing, tetapi para ularna fiqh rnengkiaskan babi kepada anjing, di mana air kencing babi, peluhnya dan sebagainya dikiaskan kepada air liur yang terdapat pada bekas jilatan anjing.
Adapun kadar tanah yang wajib dicampurkan kepada air itu ialah sekira-kira dapat rnengeruhkan air dan dengan perantaraan air itu ia boleh sarnpai ke sernua bahagian yang bernajis itu, sama ada ia telah dicarnpur terlebih dahulu dengan air itu sebelum rnenuangkannya ke ternpat yang bernajis ataupun menuangkan air atau tanah terlebih dahulu ke ternpat yang bernajis, dengan syarat tempat yang kena najis itu basah.
Cara yang paling baik ialah mencampurkan keduanya terlebih dahulu kemudian baru menuangkannya ke tempat yang bernajis. (AI-Tuhfah h. 313).
Diketahui daripada apa yang diterangkan di atas bahawa air yang sedia keruh yang bercampur dengan tanah, tidaklah memerlukan lagi tanah yang lain.
Tidak memadai tanah diganti dengan yang lainnya seperti sabun, tanah yang kena najis, yang sudah dipakai untuk tayamum, dan tidak juga memadai dengan tanah yang bercampur dengan benda cair yang lain daripada air, tetapi memadai dengan lumpur yang basah kerana lumpur terjumlah daripada tanah.
Basuhan untuk menghilangkan benda najis, sekalipun basuhan itu banyak kali, tetapi jika benda najisnya belum hilang melainkan dengan enam kali basuh umpamanya, maka dihitung ia sebagai baru sekali basuh. Oleh yang demikian hendaklah ditambah lagi enam kali dan salah satu daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah.
Kesimpulannya, adalah harus menggunakan bekas bangunan pasar babi itu untuk dijadikan pejabat, stor atau sebagainya setelah dibersihkan terlebih dahulu sebagaimana cara yang ditunjukkan di atas iaitu tujuh kali basuhan, salah satu basuhan itu dengan air yang bercampur tanah.
Untuk memastikan kerja-kerj a pembasuhan atau pembersihan itu menurut yang dikehendaki oleh syara', mintalah bantuan daripada guru-guru agama atau sesiapa yang dapat menunjukkan cara kerana ada kemungkinan bukan bekas bangunan pasar babi itu sahaja yang hendak dibersihkan, bahkan kemungkinan keliling atau ada tempat-tempat yang berhampiran dengannya memerlukan pembersihan seperti parit dan kawasan-kawasannya yang berkaitan.
Country Of Origin : Brunei darussalam
Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998
Jom Bantu Memberi Faham!
Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.
Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :
1.

Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam
JomFaham
Isnin, 5 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf
-
Shaykh Said Afandi al-Chirkawi - One of the musrhids who has been targetted by the so-called Salafi Wahabi Jihadi - Can you guess who did this? A bomb blast killed leading Islamic scholar in Dagestan - Shaykh Said Afandi al-Chirkawi *By Ibrahim Abdulaev : IslamDag.in...2 bulan yang lalu
-
Kelebihan Selawat - Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita me...6 bulan yang lalu
-
-
Makna Sebuah Kehidupan - * * *Makna Sebuah Kehidupan...* Ketika insan melihat ke langit, Lalu bertanya kepada dirinya, Adakah langit sebagai hujungnya, Hujung bagi sebuah k...Setahun yang lalu
-
Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan
-
ISLAM MENANG ATAU ISLAM SERI? - Para pembaca budiman, Saya masih lagi membuat analisis kedudukan politik di Malaysia. Secara khusus saya membuat analisis mengenai Tahaluf PAS melalui PR, ...4 minggu yang lalu
-
Sambutan Hari Ibu - Salah seorang kawan ana bertanyakan hukum merayakan hari ibu. Ada yang mengharamkan dan ada yang menghalalkan. Menurut pandangan ana, merayakannya adalah ...5 minggu yang lalu
-
Debat .. Islamikkah Ia ? - Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan p...Setahun yang lalu
-
Antara Hikmah dan ‘Illah - (Disiarkan dalam Majalah Tarbawi 3, terbitan Akademi Tarbiah Pemuda) “Ustaz, kalau dah laksanakan hudud pun tak kurangkan jenayah bagaimana ya? Adakah perl...Setahun yang lalu
-
Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha - Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjak...Setahun yang lalu
Ahli Hadith
-
Wafatnya Syeikh Malik Ibnu Arabi Sanusi - Pada tanggal 12 rajab 1428 penulis ( Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhari-red) telah samapai ke kota Madinah Munawwar, setelah melaksanakan ziarah ...Seminggu yang lalu
-
Jasad Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA?? - *Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA* * * Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perb...5 minggu yang lalu
Ahli Mazhab Syafie
-
-
Hikam Abi Madyan sambungan 01 - Sambungan Hikam Abi Madyan 01 buat bacaan mlm yang penuh keberkatan. dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Pengasih. Dan lagi barang yang dinaqal dari S...9 jam yang lalu
-
Bilal/ Tukang Bang membaca sesuatu ayat semasa Khatib naik mimbar khutbah jumaat - tiada asalnya?. - *Soal:* Baca satu ayat quran atau hadis untuk menaikkan khatib atau imam keatas mimbar khutbah jumaat , sepertimana yang biasa dilakukan orang , apa kaedah...Seminggu yang lalu
-
Doa Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه - Petikan dari *Tazkirah an-Naas* oleh al-Habib Abu Bakar ‘Atthos bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Zein al-Habsyi رحمه الله تعالى hal 185: Telah berkata Al-H...Seminggu yang lalu
-
-
Hendak Menyertai Jemaah Tabligh - HAMBA ALLAH : Salam..nak tanya sikit...masuk Tabligh bagus tak? ABU ZULFIQAR : Wlksm. Menyertai aktiviti-aktiviti Jemaah Tabligh memang bagus. Tapi s...Setahun yang lalu
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan - Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan Assalaamu`alaikum BismiLLaahirRahmaanirRahiim Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...2 tahun yang lalu
-
Ahli Perubatan Islam
-
Mimpi Anjing Hitam Berkait Saka? - "Salam..saya nak tanya, adakah mimpi anjing hitam nak serang bermksud kita ada saka?" Wlksm. Tidak semestinya. Biasanya mimpi hendak diserang oleh anjing h...Sehari yang lalu
-
DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM TIAF - Maklumat lanjut sila ke www.terapi-alfatah.blogspot.com6 bulan yang lalu
Ahli Psikologi/Kaunseling
-
RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P] - * * * * * * *RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]* * * Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh bicara. Ya, a...8 bulan yang lalu
Ahli Perbandingan Agama
-
Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori islam: Islam is the way of life: Mengatakan “Apakah islam hanya hudud dan qisas sahajakah?” adalah perkataan kufur lagi prajudis. - Assalaamualaikum. Telah jelas dalam dunia moden mahupun dunia kuno zaman dahulu, undang-undang ciptaan manusia tidak sempurna sama sekali. Undang-undang ci...Sehari yang lalu
-
Pain is only temporary but the benefits last forever - During the 1976 Summer Olympic Games, Japan's Shun Fujimoto won the gymnastic's gold medal for making a flawless routine and a perfect landing - on a...2 minggu yang lalu
-
Ahli Bahasa Arab
-
Pemergian Almarhum Ustaz Rosni bin Ali Yang Sangat Dirasai - Saya baru dapat berita mengenai pemergian Almarhum Ustaz Rosni, salah seorang pegawai yang sangat rapat dengan pelajar di Mesir. Saya terkejut, dan hiba. ...5 bulan yang lalu
-
Alamat Isim - بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد ؛ بالجر والتنوين والنداء و أل ومسند للسم تمييز حص...Setahun yang lalu
-
PERBAHASAN HURUF TA’RIF (HURUF YANG MEMA’RIFATKAN) - ** *DEFISINI :* Huruf ta’rif adalah alif lam yang berfungsi mema’rifahkan suatu kalimat. Manakala menurut Imam Sibaweh : Huruf ta’rifnya adalah lam s...Setahun yang lalu
Ahli Qira'at / Tajwid
-
FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...2 bulan yang lalu
-
-
Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...3 tahun yang lalu
Ahli Pemikir Islam
-
Tradisi Pewarisan Ilmu-ilmu Agama (1): Kaedah Pembelajaran Islam dan Pewarisan Ilmu Nabawi - Sesungguhnya, Allah s.w.t. memuliakan umat Islam dengan menjadikan golongan para ulama’ sebagai golongan yang berkhidmat dalam memelihara dan mengembangk...15 jam yang lalu
-
Kolej Islam As-Sofa - Alhamdulillah, siap juga video ringkas ini. Khusus untuk semua para pelajar lepasan SPM, ayuh mendaftar di Kolej Islam As-Sofa.2 bulan yang lalu
-
Censuring the confused in their erroneous reading of verse (2:256) in the Holy Qurʾān - by Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal It is important to note that the true scholars of Islām who are expert in the exegesis (tafsīr) of Qurʿān are e...6 bulan yang lalu
-
Kertas Seminar Siyasah Syariyyah anjuran Muafakat Sabtu 12 November 2011 di UIAM - Siyasah Syar`iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan dan Kestabilan Negara Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad Muqaddimah Tulisan ringkas ini akan cuba mengup...Setahun yang lalu
Ahli Kajian Dan Penyelidikan
-
75% Pakar Perubatan Tolak Kimoterapi Jika Mereka Sendiri Mengidap Kanser - Doktor-doktor dan pakar perubatan akan memberikan rawatan chemotherapy kepada pesakit kanser, tapi tahukah anda bahawa dalam satu kajian yang dijalankan ol...Seminggu yang lalu
-
Prof Dr Hamka Dan Tasawwuf - Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka ‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Ma...Setahun yang lalu
-
::Bersama Para Wali Allah:: - Tajuk: “Wanita Yang Tidak Berbicara Melainkan Ayat Suci Al-Quran”٭٭ Oleh: Mohammad Taha Bin Haji Hassan Sewaktu Abdullah bin al-Mubarak di dalam perjalana...2 tahun yang lalu
-
Aku Pijak di Medan Bumi - Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali "Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!" Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjun...3 tahun yang lalu
-

1 ulasan:
Sedikit penambahan:
SECARA umum najis di jalanan dimaafkan. Dengan itu alas kaki tidak perlu disamak. Jika alas kaki terkena najis memadai dengan mengesatkannya beberapa kali di tanah untuk menghilangkan dan membersihkan najis itu.
Ia tidak perlu disamak. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Apabila kamu terpijak kotoran dengan alas kakinya, sesungguhnya tanah adalah penyucinya." (Sabiq, 2000: I: 20)
Catat Ulasan