CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Ahad, 17 April 2022

Pencerahan Mengenai Hadis Perpecahan Umat

Dr Mohd Khafidz Soroni
Sejarah membuktikan perpecahan dalam kalangan umat Islam satu realiti yang benar-benar berlaku. Perpecahan yang dikeji oleh syarak ini berpunca daripada masalah usul dan pokok agama, bukannya yang berpunca daripada masalah furuk serta cabangnya. Daripada aspek berkenaan munculnya pelbagai fahaman bidaah yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Qadariyyah, Jabariyyah, Jahmiyyah, Mujassimah, Musyabbihah, Batiniyyah, Wahhabiyyah, Liberalisme, Anti-Hadis dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ahli bidaah itu masih dianggap golongan minoriti sahaja kerana majoriti umat Islam dari dahulu sehingga kini masih berpegang teguh dengan fahaman ASWJ berkat usaha gigih yang digemblengkan oleh ulama muktabar.
Terdapat hadis yang mengungkapkan tentang bahaya perpecahan umat ini iaitu hadis Muawiyah bin Abi Sufyan RA katanya: "Rasulullah SAW pernah berdiri menghadap kami lalu bersabda: 'Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan sebelum kamu daripada kalangan ahli kitab telah berpecah kepada 72 kumpulan dan sesungguhnya umat ini pula akan berpecah kepada 73 kumpulan iaitu 72 di dalam neraka dan hanya satu di dalam syurga iaitu al-jamaah.'" Riwayat Ahmad, al-Darimi dan Abu Dawud dengan sanad hasan
Hadis yang semakna juga diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat RA. Antara yang serupa dengan hadis Muawiyah RA yang menyebutkan hanya satu kumpulan di dalam syurga iaitu al-jamaah ialah hadis Anas bin Malik RA (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Abu Ya'la) dan hadis Awf bin Malik RA (Riwayat Ibn Majah).
Dalam hadis Abdullah bin Amr bin al-As RA, kumpulan yang di dalam syurga itu disebut sebagai kumpulan yang mengikut jalan Nabi SAW dan sahabatnya RA iaitu sabdanya: "Jalan yang aku dan para sahabatku berada di atasnya." Riwayat at-Tirmizi, katanya: Hasan gharib
Lafaz ini turut disokong oleh hadis Anas RA (Riwayat at-Tabarani dalam al-Mu'jam as-Saghir dengan sanad baik). Terdapat sebuah lagi hadis yang menjelaskan tentang kumpulan yang selamat itu iaitu hadis Abu Umamah al-Bahili RA yang diriwayatkan dengan lafaz 'as-sawad al-a'zam' yang bermaksud: "Kumpulan yang terbesar." Riwayat at-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan al-Kabir dengan sanad hasan
Dengan mengumpulkan semua jalan riwayat, dapat dirumuskan bahawa maksud al-jamaah ialah kumpulan umat Islam terbesar yang mengikut jalan Nabi SAW dan sahabatnya RA. Merekalah yang dikenali sebagai Ahli Sunah Waljamaah. Ini berdasarkan pandangan ramai ulama seperti al-Khattabi, Abdul Qahir al-Baghdadi, as-Syahrastani, Ibn Hazm dan Ibn al-Jawzi yang menujukan maksud perpecahan umat yang dinyatakan dalam hadis itu ialah perpecahan umat al-ijabah iaitu seluruh umat Islam yang menyahut seruan dakwah Nabi SAW.
Dikukuhkan lagi dengan beberapa hadis Nabi SAW yang antaranya menyebut: "Qadariyyah adalah majusi umat ini. Sekiranya mereka sakit, janganlah ziarahi mereka dan sekiranya mereka mati pula, janganlah saksikan jenazah mereka." Riwayat Abu Dawud dan al-Hakim, katanya: sahih
Begitu juga hadis: "Khawarij adalah anjing-anjing api neraka." Riwayat Ahmad dan Ibn Majah dengan sanad hasan
Bagaimanapun, terdapat banyak hadis yang menyatakan orang yang mempunyai iman walaupun seberat zarah tidak akan kekal di dalam neraka dan mereka akan keluar juga daripadanya berkat kalimah tauhid yang diimani.
Terdapat satu pandangan menarik yang mentafsirkan perpecahan umat yang dinyatakan dalam hadis tersebut ialah perpecahan umat ad-da'wah iaitu seluruh manusia yang ditujukan kepada mereka seruan dakwah Nabi SAW sehingga hari kiamat sama ada Muslim atau kafir. Pandangan ini dikemukakan oleh Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Ibrahim al-Kittani dalam kitabnya Ibra' al-Zimmah bi Tahqiq al-Qawl Hawla Iftiraq al-Ummah (1997).
Berdasarkan pelbagai dalil, Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani berpendapat bahawa perpecahan yang berlaku sebenarnya adalah pada umat ad-da'wah, bukannya pada umat al-ijabah (khusus umat Islam). Pendapatnya ini mungkin mengambil iktibar nasib golongan yang kekal di dalam neraka selama-lamanya. Kesimpulannya turut diperkuatkan dengan pelbagai hadis tentang kelebihan menjadi umat Nabi SAW, seperti sabda baginda: "Sesungguhnya kamu sekalian menyempurnakan 70 umat. Kamu sekalian adalah yang paling baik dan paling mulia di sisi Allah." Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Hadis hasan
Meskipun demikian, terdapat banyak dalil lain yang menunjukkan bahawa tidak semua umat Islam selamat daripada api neraka dan masuk ke syurga tanpa melalui proses 'penyucian' disebabkan pelbagai perbuatan maksiat, jenayah serta ideologi bidaah yang bertentangan dengan fahaman ASWJ.
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Disiarkan pada: Mac 6, 2022 @ 6:00am

Sabtu, 16 April 2022

Ulasan Mengenai Syarahan Perdana Prof. Dr. Jawiah Dakir: “Keberadaan al-Mawdu' dalam Masyarakat Melayu” (2014)

 




Ulasan Mengenai Syarahan Perdana Prof. Dr. Jawiah Dakir: “Keberadaan al-Mawdu' dalam Masyarakat Melayu” (2014)


Oleh : Dr Khafidz Soroni (KUIS)


1- Pertama sekali, kerana banyak permintaan, perlu saya nyatakan ulasan ini hanya merujuk kepada laporan berita yang tersebar mengenai Syarahan Perdana Prof Dr Jawiah Dakir sahaja. dan bukannya ulasan untuk menolak kajian atau syarahan Prof Dr Jawiah Dakir tersebut. Tujuannya supaya laporan yang mengandungi ungkapan berlebih-lebihan, bercampur aduk, tidak tepat dan berulang kali tersebar itu tidak terus diviralkan, Kandungan laporan itu tidak mencerminkan syarahan sebenar dan menimbulkan kegusaran ramai masyarakat hingga dikhuatiri mungkin terus menimbulkan perspesi negatif terhadap sifat amanah para alim ulama serta rasa curiga apakah kini masih ramai ilmuwan yang bersandarkan kepada hadis palsu?  


2- Saya telah mendengar Syarahan Perdana Prof Dr Jawiah Dakir bertajuk: “Keberadaan Al-Mawdu' dalam Masyarakat Melayu” (2014). Antara lain, beliau menjelaskan tentang kajian-kajian yang dijalankan pada tahun 90an, definisi hadis palsu, sejarah dan faktor kemunculan hadis palsu, contoh-contoh hadis palsu yang direka oleh golongan pemalsu hadis dan seterusnya dihuraikan tentang keberadaan hadis palsu dalam masyarakat Melayu. 


https://youtu.be/dx3N2epbZY8


3- Bagaimanapun, laporan berita dimulakan dengan mengatakan 34.42% daripada hadith yang sering dipetik dan digunakan di kalangan masyarakat Melayu adalah mawdu atau palsu. Sedangkan, ia sebenarnya hanya merujuk kepada nisbah peratus bagi 285 hadis sahaja berbanding jumlah keseluruhan 828 hadith yg dikaji, bukannya jumlah keseluruhan hadis yang wujud dan diamalkan dalam masyarakat Melayu. 


4- Oleh kerana laporan dimulakan dengan menyebut masyarakat Melayu, maka penjelasan seterusnya seolah berkaitan dengan masyarakat Melayu sahaja, sedangkan sebenarnya bukan begitu. Antaranya;   


• hadis palsu membawa kepada perpecahan umat pelbagai puak serta percanggahan dalam aqidah sehingga merangkumi soal ibadat dan penghayatan. [-Pada hal ini merujuk kepada sejarah kemunculan hadis palsu dan ia memang disebut dalam kebanyakan rujukan ‘ulum al-hadith]


• hadith palsu itu bukan saja diperkatakan oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama, tetapi oleh orang yang bertauliah (seperti para asatidz ASWJ Nusantara, juga habib-habib yang mengaku dari zuriat Nabi salallaahu alaihi wassalam) dalam bidang keagamaan. [- Ybhg Prof tidak menyebut apa yang ditulis dalam kurungan di atas yang seakan sengaja membawa unsur fitnah dan ‘pembunuhan’ karakter para ulama dan ahlul bait ASWJ].


• hadis palsu diungkapkan dalam khutbah Jumaat di seluruh negara [-Walhal kajian hanya dibuat di dua buah negeri sahaja. pada tahun 2004], dalam kitab agama bahasa Arab, buku motivasi dan buku mengenai hari-hari penting dalam Islam seperti Israk-Mi’raj. [- Ini pula merujuk kepada sumber-sumber dapatan kajian tahun 2009] 


• kedengaran di kaca TV dalam rancangan seperti "Forum Perdana" yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri. [-Walhal kajian hanya merujuk kepada individu tertentu sahaja. bukan semua individu yang terbabit pada sepanjang masa]


• tokoh-tokoh agama termasuk imam, habib habib dan para asatidz mengambil jalan mudah dengan mengulangi hadith hadith yang disampaikan oleh ‘ulama’ terdahulu. [Ungkapan berbau generalisasi ini tidak sepertimana yang diungkapkan oleh Yang Berbahagia Prof]


• ia diulangi berkali-kali hingga merentasi zaman dan benua. Itulah sebabnya hadith mawdu/palsu demikian terus digunakan sehingga ke hari ini. [Ungkapan berbentuk bombastik ini juga tidak sepertimana yang diungkapkan oleh Yang Berbahagia Prof]


5- Saya yakin gambaran ‘kronik’ yang digembar-gemburkan seperti laporan di atas tidaklah sekronik pada realiti sebenar masa kini (2021). Terutama apabila masyarakat sudah semakin celik mengenai hadis. Saya yakin Yang Berbahagia. Prof sendiri telah memberi sumbangan kepada kesedaran masyarakat ini. Jika masih ada pun, maka ia disebabkan mereka yang tidak mahu merujukkan hadis kepada ahli pakarnya, dan peratusnya telah sedikit berbanding hadis sabit yang diguna pakai. 


6- Laporan itu menyebut lagi, daripada 828 hadith yang popular dalam masyarakat Melayu 285 adalah mawdu‘/palsu. Walhal disebut dalam syarahan, ia merujuk kepada hadis yang tidak boleh dijadikan hujah sebagai hadis kerana ia sama ada mawdu/palsu, la asla lah (tiada asal baginya), tidak ditemui lafaznya, kata-kata sahabat, tabiin atau ulama. Prof masih menyebut jika ia kata-kata sahabat, tabiin atau ulama, maka sandarkanlah kepada mereka, bukannya kepada Nabi SAW. Jumlah 285 itu pula adalah yang dikutip daripada pelbagai sumber seperti kitab jawi, majalah agama, kitab bacaan awam seperti Israk Mikraj, buku fadilat, buku motivasi dan ceramah umum tv. Itu pun brdasarkan kajian tahun 2009, iaitu hampir 12 tahun yang lalu. Walaupun masih timbul persoalan, jumlah 285 hadis yang dinilai demikian itu apakah semuanya disepakati palsu atau ada perselisihan pendapat di kalangan ulama tentang statusnya? Dari aspek ini menurut pendapat saya, masih terbuka untuk kajian lanjutan.   


7- Laporan turut menyebut, kitab "Ihya’Ulum al-Din" oleh Imam al-Ghazali mengandungi sehingga 265 buah hadith yang dikenal pasti sebagai mawdu‘/palsu dalam pelbagai bab, termasuk mengenai AQIDAH. Walhal jumlah 265 hadis itu bukan hadis mawdu‘ sahaja, tetapi termasuk hadis-hadis yang dikritik. Bilangan itu pun hanya merujuk kepada takhrij dan penilaian al-Hafiz al-'Iraqi sahaja. Prof kemudian menyatakan, namun masih beribu-ribu lagi hadis Ihya’ yang boleh diamalkan dan menyarankan kitab Ihya’ dibaca dgn takhrij al-‘Iraqi, tanpa menafikan kewibawaan Imam al-Ghazali.   


Di samping, saya percaya jika kajian merujuk kepada Ithaf al-Sadah al-Muttaqin oleh al-Hafiz Murtada al-Zabidi yg menemui sumber hadis yang tidak ditemui sebelumnya dan meneliti apakah semuanya disepakati palsu atau ada perselisihan pendapat tentang statusnya, nescaya angka tersebut akan menurun lagi. Kita yakin, Imam al-Ghazali bukan sengaja memuatkan hadis palsu itu -jika disepakati- di dalam kitab Ihya’nya. Ya, kitab Ihya’ perlu dibaca bersama takhrij al-Hafiz al-‘Iraqi dan juga al-Hafiz Murtadha al-Zabidi. Malah, kini ada kajian terbaru yang lebih halus dan teliti dibuat oleh sesetengah sarjana Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Lihat juga artikel saya; https://sawanih.blogspot.com/2011/12/status-imam-al-ghazali-450-505h-dalam.html


8- Selain kitab "Ihya’ Ulum al-Din", turut disebutkan beberapa kitab masyhur ulama terdahulu, secara tidak sengaja telah menggunakan hadith-hadith demikian dalam kitab-kitab mereka seperti "Durrah al Nasihin", "Irshad al-‘Ibad Ila Sabil al-Rashad", "Matla‘ al-Badrayn”, dan “al Jawhar al Mawhub wa Munabbihat al-Qulub". Namun, ada yang dinyatakan peratusannya masih dikira rendah. Perlu diketahui, kewujudan hadis palsu dalam sesebuah kitab ulama, bukan alasan untuk mencela kitab tersebut dan merendah-rendahkan pengarangnya. Kewujudan hadis palsu dalam karya ulama, khususnya yang bukan ahli hadis hakikatnya bukanlah satu perkara yang pelik. Perkara ini pernah saya sentuh dalam artikel: Tak Pelik Ulama ‘Terguna’ Hadis Palsu: http://sawanih.blogspot.my/2013/12/tak-pelik-ulama-terguna-hadis-palsu.html


Secara ringkas, Ybhg Prof tidak menafikan sumbangan, ketokohan dan jasa para ulama tersebut yang wajar disanjung. Menurutnya, karya berkaitan tidak perlu ditolak, malah gagasan ilmunya masih releven untuk dirujuk. Hanya aspek hadis saja yang perlu diberi penekanan dari segi statusnya. 

 

9- Laporan juga menyatakan sebab-sebab hadith dipalsukan hingga telah menyelinap masuk ke kitab yang ditulis oleh ulama’ yang disegani. Antaranya kerana konflik yang tercetus di antara Sunni dan Syiah menyebabkan wujudnya hadith-hadith mawdu/palsu kerana masing-masing ingin menguatkan tuntutan mereka dan telah memalsukan hadith untuk mencapai maksud mereka.


Saya katakan, laporan ini mengelirukan dan seolah membayangkan ia merupakan sebab kepada hadith palsu menyelinap masuk ke kitab yang ditulis oleh ulama’ yang disegani sepertimana kitab-kitab yang telah disebutkan di atas! Walhal tiada kaitan sama sekali di antara konflik Sunni dan Syiah dgn objektif kitab-kitab tersebut. Hakikatnya Prof sedang menjelaskan tentang pengaruh politik dalam sejarah dan faktor awal kemunculan hadis palsu di kalangan umat Islam. 


10- Para ulama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah jelas bersepakat haram meriwayatkan hadis palsu. Namun, jika ada hadis yg diperselisihkan sama ada palsu atau tidak, maka tidak wajar kita menuduh salah ijtihad ulama yang memilih penilaian atau status tidak palsu. Tidak sewajarnya juga ilmuwan yang cuai dan tidak tahu kepalsuan hadis digelar sebagai pemalsu atau penyebar hadis palsu dan diaibkan kerana menyebutkan hadis palsu dalam kitab atau ceramah mereka, walhal mereka hanya tidak mahir ilmu hadis. Kita pasti, jika mereka yakin hadis itu benar-benar palsu dan dusta ke atas Nabi SAW, nescaya merekalah orang pertama yang paling menjauhinya.  


Wallahu a'lam.

Jumaat, 15 April 2022

SENARAI 70 ARTIKEL BERMANFAAT HARIAN METRO

 Senarai 70 Artikel Bermanfaat (Harian Metro)


(2020)


1. Pemahaman Konsep Bidaah: Kemuktabaran Ulama Syafie 

(atau: Kemuktabaran Konsep Bidaah Menurut Perspektif Ulama Syafie)

 https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/587172/kemuktabaran-ulama-syafie

Ahad, 7 Jun 2020


2. Ulama Pewaris Nabi: Kekang Cubaan Calar Imej 

(atau: Hadis Sahih Memerlukan Kefahaman yang Sahih)

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/593665/ulama-pewaris-nabi

Jumaat, 26 Jun 2020

 

3. Ancaman Islam Di Nusantara: Pertahan akidah bukan taasub

  https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/596076/pertahan-akidah-bukan-taasub

Jumaat, 3 Julai 2020


Siri Lentera Hadis 


4. Ahli Hadis Perintis Konsep Berita Sahih

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/599005/ahli-hadis-perintis-konsep-berita-sahih

Ahad, 12 Julai 2020


5. Cabaran intelektual terhadap Hadis Sahih

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/601442/cabaran-intelektual-terhadap-hadis-sahih

Ahad, 19 Julai 2020


6. Sistem sanad pelihara ketulenan ilmu

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/603957/sistem-sanad-pelihara-ketulenan-ilmu

Ahad, 26 Julai 2020


7. Pengajian bersanad tradisi ilmuwan silam

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/08/606628/pengajian-bersanad-tradisi-ilmuwan-silam

Isnin, 3 Ogos 2020


8. Hadis Daif: Harus Digunakan Untuk Fadilat Amal

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20200809/281767041573169

Ahad, 9 Ogos 2020


9. Hadis Daif: Kiasan cinta Majnun terhadap Laila

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/08/610815/kiasan-cinta-majnun-terhadap-laila 

Ahad, 16 Ogos 2020 


10.  Hadis palsu: Masyarakat perlu sentiasa cakna

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20200823/281754156696859

Ahad, 23 Ogos 2020 


11. Memahami 5 kaedah penyusunan hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/08/615349/memahami-5-kaedah-penyusunan-hadis

Ahad, 30 Ogos 2020


12. Sahabat RA: Keunggulan generasi perawi pertama

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/09/617821/keunggulan-generasi-perawi-pertama

Ahad, 6 September 2020


13. Ilmu Rijal al-Hadith: Biografi perawi, rujukan penting

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/09/619987/biografi-perawi-rujukan-penting

Ahad, 13 September 2020


14. Ilmu al-Jarh wa al-Ta‘dil: Proses kenal pasti kredibiliti perawi hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/09/622442/proses-kenal-pasti-kredibiliti-perawi-hadis

Ahad, 20 September 2020


15. Kedudukan tinggi hadis mutawatir

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/09/624709/kedudukan-tinggi-hadis-mutawatir

Ahad, 27 September 2020


16. Kedudukan hadis ahad dalam syarak

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/10/627085/kedudukan-hadis-ahad-dalam-syarak

Ahad, 4 Oktober 2020


17. Kaedah rungkai percanggahan antara hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/10/629491/kaedah-rungkai-percanggahan-antara-hadis

Ahad, 11 Oktober 2020


18. Memilih pandangan terbaik antara hadis bercanggah

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/10/631925/memilih-pandangan-terbaik-antara-hadis-bercanggah

Ahad, 18 Oktober 2020


19. Mengenal nasikh, mansukh dalam hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/10/634499/mengenal-nasikh-mansukh-dalam-hadis

Ahad, 25 Oktober 2020


20. Kecermatan ulama hadis dalam isu takfir 

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/636752/kecermatan-ulama-hadis-dalam-isu-takfir

Ahad, 1 November 2020


21. Takzim perawi hadis terhadap Nabi Muhammad ﷺ

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/639382/takzim-perawi-hadis-terhadap-nabi-muhammad

Ahad, 8 November 2020


22. Mengenal hadis riwayah dan dirayah

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/641863/mengenal-hadis-riwayah-dan-dirayah

Ahad, 15 November 2020


23. Kembara ilmiah kumpul hadis Nabi SAW

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/644491/kembara-ilmiah-kumpul-hadis-nabi-saw

Ahad, 22 November 2020


24. Tradisi, kaedah pembacaan kitab hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/647234/tradisi-kaedah-pembacaan-kitab-hadis

Ahad, 29 November 2020


25. Adab menuntut ilmu menurut disiplin hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/650268/adab-menuntut-ilmu-menurut-disiplin-hadis

Ahad, 6 Disember 2020


26. Mengenal ulama hadis mutaqaddimin, mutaakhirin

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/652621/mengenal-ulama-hadis-mutaqaddimin-mutaakhirin

Ahad, 13 Disember 2020


27. Perbezaan metode penilaian hadis (mutaqaddimin & mutaakhirin)

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/655037/perbezaan-metode-penilaian-hadis

Ahad, 20 Disember 2020


28. Dar Al-Hadith Al-Asyrafiyyah institusi hadis tertua

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/657402/dar-al-hadith-al-asyrafiyyah-institusi-hadis-tertua

Ahad, 27 Disember 2020


(2021)


29. Semua hadis sahih dikira mazhab Imam Syafie?

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/659609/semua-hadis-sahih-dikira-mazhab-imam-syafie?

Ahad, 3 January 2021


30. Pendekatan ulama Syafie terhadap hadis sahih

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/662219/pendekatan-ulama-syafie-terhadap-hadis-sahih

Ahad, 10 January 2021


31. Kepentingan pelaksanaan proses takhrij hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/664957/kepentingan-pelaksanaan-proses-takhrij-hadis

Ahad, 17 January 2021


32. Sumbangan Imam Syafie dalam bidang hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/667434/sumbangan-imam-syafie-dalam-bidang-hadis

Ahad, 24 January 2021


33. Al-Baihaqi pengumpul ilmu Imam Syafie

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/669686/al-baihaqi-pengumpul-ilmu-imam-syafie

Ahad, 31 January 2021


34. Kewibawaan Imam Malik dalam bidang hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/02/672127/kewibawaan-imam-malik-dalam-bidang-hadis

Ahad, 7 Februari 2021 


35. Abu Hanifah imam ilmu fiqah & hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/02/674283/abu-hanifah-imam-ilmu-fiqah-hadis

Ahad, 14 Februari 2021  


36. Imam Ahmad hafaz satu juta hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/02/676579/imam-ahmad-hafaz-satu-juta-hadis

Ahad, 21 Februari 2021


37. al-Bukhari: Berguru lebih 1,080 Syeikh

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/02/678980/berguru-lebih-1080-syeikh

Ahad, 28 Februari 2021


38. Kitab Al-Bukhari paling sahih selepas al-Quran

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/03/681379/kitab-al-bukhari-paling-sahih-selepas-al-quran

Ahad, 7 Mac 2021


39. Sahih Muslim kitab hadis kedua paling sahih

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/03/684004/sahih-muslim-kitab-hadis-kedua-paling-sahih

Ahad, 14 Mac 2021


40. At-Tirmizi imam hadis tersohor dari kota Tirmiz

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/03/686394/tirmizi-imam-hadis-tersohor-dari-kota-tirmiz

Ahad, Mac 21, 2021


41. Imam Abu Dawud tulis setengah juta hadis

https://www.hmetro.com.my/amp/addin/2021/03/688835/imam-abu-dawud-tulis-setengah-juta-hadis

Ahad, March 28, 2021


42. Imam an-Nasaie dimusuhi kerana cinta Ahli Bait

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/04/691087/imam-nasaie-dimusuhi-kerana-cinta-ahli-bait

Disiarkan pada: April 4, 2021


43. Kitab terakhir kelompok al-Kutub as-Sittah (Sunan Ibn Majah)

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/04/693485/kitab-terakhir-kelompok-al-kutub-sittah

Disiarkan pada: April 11, 2021


44. Peranan hadis daif bahas kelebihan ramadan

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/04/696148/peranan-hadis-daif-bahas-kelebihan-ramadan

Disiarkan pada: April 18, 2021 


45. Waspada hadis palsu mengenai Ramadan

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/04/698741/waspada-hadis-palsu-mengenai-ramadan

Disiarkan pada: April 25, 2021


46. Lailatul Qadar: Malam teragung dalam setahun

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/05/701256/malam-teragung-dalam-setahun

Disiarkan pada: Mei 2, 2021


47. Hidupkan malam Aidilfitri dengan amal ibadat

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/05/704002/hidupkan-malam-aidilfitri-dengan-amal-ibadat

Disiarkan pada: Mei 9, 2021


48. SOP kawal wabak selari tuntutan syariat

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/05/706400/sop-kawal-wabak-selari-tuntutan-syariat

Disiarkan pada: Mei 16, 2021


49. Seruan Baitulmaqdis terhadap umat Islam

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/05/709085/seruan-baitulmaqdis-terhadap-umat-islam

Disiarkan pada: Mei 23, 2021


50. Perlunya taubat dalam setiap keadaan

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/05/711716/perlunya-taubat-dalam-setiap-keadaan

Disiarkan pada: Mei 30, 2021


51. Isi masa 'lockdown' dengan perkara bermanfaat

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/06/714353/isi-masa-lockdown-dengan-perkara-bermanfaat

Disiarkan pada: Jun 6, 2021


52. Menghormati ulama suatu kewajipan

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/06/717143/menghormati-ulama-suatu-kewajipan

Disiarkan pada: Jun 13, 2021 


53. Bunuh diri dosa besar, khianati amanah

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/07/726218/bunuh-diri-dosa-besar-khianati-amanah

Disiarkan pada: Julai 4, 2021


54. (Ahli musibah) Hayati motivasi Rasulullah SAW

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/07/729145/hayati-motivasi-rasulullah

Disiarkan pada: Julai 11, 2021


55. Menghayati ibadat haji dari kejauhan

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/07/731934/menghayati-ibadat-haji-dari-kejauhan

Disiarkan pada: Julai 18, 2021


56. Amalan tidak palsu dalam hadis palsu

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/07/734418/amalan-tidak-palsu-dalam-hadis-palsu

Disiarkan pada: Julai 25, 2021


57. Dosa salah guna teknologi komunikasi

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/08/737373/dosa-salah-guna-teknologi-komunikasi

Disiarkan pada: Ogos 1, 2021


58. Bahaya mengumpat dalam media sosial

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/08/739921/bahaya-mengumpat-dalam-media-sosial

Disiarkan pada: Ogos 8, 2021


59. Berhati-hati dengan nikmat lidah

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/08/742657/berhati-hati-dengan-nikmat-lidah

Disiarkan pada: Ogos 15, 2021


60. Harus guna hadis daif dalam sirah Nabi SAW

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/08/745441/harus-guna-hadis-daif-dalam-sirah-nabi-saw

Disiarkan pada: Ogos 22, 2021


61. Kredibiliti tokoh hadis Ibn Ishaq, al-Waqidi

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/08/748154/kredibiliti-tokoh-hadis-ibn-ishaq-al-waqidi

Disiarkan pada: Ogos 29, 2021 

 

62. Mimpi bukan hujah dalam syarak

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/751102/mimpi-bukan-hujah-dalam-syarak

Disiarkan pada: September 5, 2021


63. Nilai mimpi menurut perspektif syarak

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/753742/nilai-mimpi-menurut-perspektif-syarak

Disiarkan pada: September 12, 2021


64. Mimpi bertemu Nabi SAW & isu yaqazah

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/756563/mimpi-bertemu-nabi-saw-isu-yaqazah

Disiarkan pada: September 19, 2021


65.  Cabaran umat hadapi teori konspirasi

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/759224/cabaran-umat-hadapi-teori-konspirasi

Disiarkan pada: September 26, 2021


66. Bolehkah dedah keburukan orang lain?

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/761893/bolehkah-dedah-keburukan-orang-lain

Disiarkan pada: Oktober 3, 2021 


67. Tahap keyakinan terhadap hadis

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/764452/tahap-keyakinan-terhadap-hadis

Disiarkan pada: Oktober 10, 2021


68. Usah buka aib, beri teguran secara tertutup

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/767047/usah-buka-aib-beri-teguran-secara-tertutup

Disiarkan pada: Oktober 17, 2021


69. Mendalami peribadi agung Rasulullah SAW

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/772239/mendalami-peribadi-agung-rasulullah-saw

Disiarkan pada: Oktober 31, 2021


70. Keagungan maqam Rasulullah SAW dalam selawat

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/11/774580/keagungan-maqam-rasulullah-dalam-selawat

Disiarkan pada: November 7, 2021

Selasa, 23 Mac 2021

HADIS BERKAITAN KELEBIHAN PUASA 6

 



Mohon pencerahan mengenai status hadis berikut yang diriwayatkan daripada Ibn Umar, di mana beliau berkata bahawa Rasululullah bersabda :


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَأَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ


Mafhumnya: Barang siapa berpuasa Ramadhan dan mengikutinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawwal, keluarlah dosa-dosanya (sehingga dia menjadi bersih dari dosa) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. (Riwayat Imam at-Thabrani)


Ulasan Dr. Mohd Khafidz Soroni (KUIS):


1. Hadis tersebut riwayat at-Thabarani dalam Al-Mujam al-Awsat:


8622 - حدثنا مسعود بن محمد الرملي ثنا عمران بن هارون نا مسلمة بن علي ثنا أبو عبد الله الحمصي عن نافع عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من صام رمضان وأتبعه ستا من شوال خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه". لم يرو هذا الحديث عن نافع إلا أبو عبد الله الحمصي، تفرد به مسلمة بن علي.


2. Terdapat pada sanadnya Maslamah bin ‘Ali. Kata al-Hafiz al-Haithami dalam Majma‘ az-Zawa’id:

“Terdapat pada sanadnya Maslamah bin ‘Ali al-Khusyani, seorang yang daif.” 

Namun, kebanyakan ulama jarh wa taadil seperti al-Bukhari, Abu Hatim, Abu Zur’ah, an-Nasa’i, ad-Daraqutni dan lain-lain menilainya sebagai perawi yang amat daif. Justeru, al-Hafiz az-Zahabi dan al-Hafiz Ibn Hajar merumuskan statusnya sebagai matruk (ditinggalkan). Walaupun beliau amat daif, namun tiada ulama jarh wa taadil yang mengecapnya sebagai pendusta atau pemalsu hadis (متهم بالكذب أو بالوضع).


3. Ini hanyalah dari aspek sanad. Manakala dari aspek matan, ia tidak mengandungi perkara yang aneh kerana kelebihan seperti itu juga warid bagi orang yang berpuasa dan berqiyam Ramadan, sebagaimana dalam riwayat Imam Ahmad, an-Nasa'i dan Ibn Majah:


روي عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَرَضَ صِيَامَ رَمَضَانَ عَلَيْكُمْ وَسَنَنْتُ لَكُمْ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ". (رواه أحمد والنسائي وابن ماجه) 


Manakala kelebihan hadis di atas adalah bagi orang yang berpuasa Ramadan dan berpuasa 6 hari dalam Syawal. Kelebihan besar seperti itu turut warid bagi amalan yang lebih pendek daripada itu, iaitu bagi orang yang berwuduk dengan sempurna dan bersolat dengan khusyuk, seperti berikut:


عن عقبة بن عامر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "ما من مسلم يتوضأ فيسبغ الوضوء، ثم يقوم في صلاته فيعلم ما يقول إلاّ انفتل وهو كيوم ولدته أمه". (رواه الحاكم وقال: صحيح الإسناد)


4. Oleh kerana ia berkaitan fadhail amal sahaja, maka al-Hafiz al-Munziri masih merekodkannya di dalam kitabnya At-Targhib wat Tarhib dengan lafaz tamridh (رُوِي) yang menunjukkan kedaifannya. Penggunaan hadis berkaitan fadhail amal melalui kaedah ‘selagi mana tidak sampai ke tahap palsu’ adalah manhaj ramai ulama hadis seperti Imam al-Baihaqi, al-Hafiz al-Munziri, Imam Ibn as-Solah, Imam an-Nawawi dan lain-lain. 



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1576936949140272&id=558058371028140

Selain turut menggunakan kaedah ‘memastikan matan hadis tidak mengandungi perkara yang menyalahi usul atau dalil syarak’. Metod ini turut diikuti oleh ramai ulama fiqah dan ulama tasawuf.


5. Manakala yang menolak hadis ini walaupun untuk fadhail amal adalah kerana sanadnya yang amat daif, seiring dengan syarat yang telah ditetapkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dan diikuti oleh ramai ulama hadis selepasnya. 


6. Maka, isu di sini adalah isu metod; yang manakah lebih baik? Ya, metod al-Hafiz Ibn Hajar sudah tentu lebih baik dan cermat. Namun, dalam perbahasan ilmiah tiada siapa yang berhak untuk ‘memaksakan’ sesuatu pandangan ke atas orang lain. Sebagaimana kita juga tidak berhak, misalnya untuk memaksa ulama Hanafi dan ulama Maliki menolak kehujahan hadis mursal. 


Mengaib atau menyesatkan metod hadis yang tidak kita pilih, bukanlah cara dan adab para alim ulama yang muktabar.  


Wallahu a‘lam.

................................


(Penjelasan oleh Dr. Mohd Khafidz Soroni, Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI)

Belajar Hadis Agar Pegangan Mazhab Tidak Terlucut - Maulana Hussein Abdul Kadir


Status Kelebihan Gaharu Dan Oud




 Status Kelebihan Gaharu dan Oud


Ulasan Dr Khafidz Soroni :


Kelebihan gaharu atau oud memang ada disebutkan dalam hadis Nabi SallaLlahu'alaihi wasallam yang sahih sepertima yang dinyatakan dalam info tersebut. Cuma perenggan kedua di atas seperti mengulang semula hadis tersebut, tidak disusun secara ilmiah dan bercampur dengan syarah hadis. Di bawah ini saya cuba terjemahkan semula dengan terjemahan bahasa Malaysia;


عن أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ، قَالَتْ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، يَقُولُ: عَلَيْكمْ بِهذا الْعُودِ الْهِنْدِيِّ فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ، يُسْتَعَطُ بِهِ مِنَ الْعُذْرَةِ، وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ. (أخرجه البخاري ومسلم وغيرهما، وفي رواية: بالقسط، وهو العود الذى يتبخر به)


Daripada Ummu Qais bint Mihsan RadiyaLlahu 'anha katanya: Aku dengar Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda: “Hendaklah kalian menggunakan oud hindi (gaharu) ini. Sesungguhnya terdapat padanya 7 penawar, ia boleh digunakan untuk merawat masalah kahak dan ditelan untuk sakit radang paru-paru”. (HR al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Dalam riwayat lain: al-qust, seerti dengan oud)


كَانَ ابْنُ عُمَرَ «إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ، وَبِكَافُورٍ يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ» ثُمَّ قَالَ: «هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ». (رواه مسلم والنسائي وابن حبان)

Ibn ‘Umar RA apabila membakar wangian, beliau membakar gaharu tanpa sebarang campuran dan dengan kapur barus yang dibakar bersama gaharu. Kemudian katanya: “Beginilah cara Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam membakar wangian”. (Hadis Riwayat Muslim, an-Nasaie dan Ibn Hibban)


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1680135762153723&id=558058371028140

POLEMIK UMUR SAIDATINA KHADIJAH SEMASA BERKAHWIN DGN NABI SAW

 POLEMIK UMUR SAIDATINA KHADIJAH SEMASA BERKAHWIN DGN NABI SAW

تحقيق القول في عمر جديجة عندما تزوجها الرسول 


Oleh : PU Salman 


Baru2 ni saya ditanya oleh sahabat saya us Halim Din tentang satu video (dibawah) seorang pengacara menukilkan pendapat mengatakan umur Khadijah 28 tahun semasa berkahwin dgn Nabi saw dan umur 40 itu dari syiah. Malahan pengacara itu mengatakan umur 40 tidak sahih. Ini seolah2 tidak meraikan khilaf, malahan ramai ulama yg berpegang kata 40.


PENDAPAT ULAMA YANG KATA 40


Ibnu Saad dalam kitab Tobaqat meriwayatkan:


أخبرنا محمد بن عمر، أخبرنا المنذر بن عبد الله الحزامي، عن موسى بن عقبة عن أبي حبيبة، مولى الزبير قال: سمعت حكيم بن حزام يقول: تزوج رسول الله صلى الله عليه وسلم خديجة وهي ابنة أربعين سنة، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ابن خمس وعشرين سنة،


Hakim bin hizam berkata:

Rasulullah saw berkahwin dengan Khadijah semasa Khadijah berumur 40 tahun dan Rasulullah berumur 25 tahun.


Perawi Muhammad bin Umar al-waqidi ini ulama bersilisih pendapat . ada yang mengatakannya thiqah dan ada yang mengatakannya lemah malahan ada menuduhnya berdusta (matruk). Kata ulama mungkin ia diterima dalam periwayatan sirah dan bercampur aduk dalam periwayatan hadis.


Imam Ibnu Abdul Barr berkata:


كانت إذ تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم بنت أربعين سنة، فأقامت معه صلى الله عليه وسلم أربعا وعشرين سنة، وتوفيت وهي بنت أربع وستين سنة وستة أشهر


Khadijah berumur 40 tahun semasa dikahwini Nabi saw, hidup bersama Nabi saw 24 tahun dan meninggal Ketika umur 64 tahun. (isti’ab mi makriftil ashab)


Ibnu Imad :


وتزوج خديجة وهو ابن خمس وعشرين سنة وهي بنت أربعين على الصحيح فيهما 


Nabi saw berkahwin dgn khadijah saw umur Ketika umur 25 dan Khadijah umur 40 ituk pendapat yg sahih.(syazaratus zahab)


Ibnu Burhan al-halabi berkata:


وتزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي يومئذ بنت أربعين سنة. قال: وقيل خمس وأربعين سنة، وقيل ثلاثين، وقيل ثمان وعشرين


Rasulullah saw mengahwini Khadijah semasa Khadijah umur 40 tahun. Pendapat lemah kata 45tahun, 30 tahun dan 28 tahun.(Isanul Uyun  fi sirati amin makmun)


Syeikh Musa Rasyid al-Azami (ahli sirah masa kini) berkata:


Adalah umur khadijah semasa berkahwin dengan Nabi saw adalah 40 tahun.(Lu’lu’ maknun fi Sirah Ma’mun)


Imam Muhammad bin Yusuf as-Solehi seorang ahli sejarah Islam yg ulung berkata:


“Pendapat umur Khadijah 40 tahun masa berkahwin dengan Nabi saw adalah pendapat sahih yg masyhur.”(subulul huda war rasyad – sebuah ensiklopedi sirah yang hebat )

Ibnul Athir berkata:


 كان عمرها حينئذ أربعين سنة


Umur Khadijah Ketika itu 40 tahun.(asadul ghabah)


Imam Mulla Ali al-Qari berkata:


تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن خمس وعشرين سنة ولها يومئذ أربعون سنة


Rasulullah saw berkahwin dgn khadijah Ketika baginda berumur 25 dan Khadijah 40 tahun.(Jam’ul wasail)


Ibnu hajar al-Asqalani berkata:


وعن حكيم بن حزام أنها كانت أسنَّ من النبي صلى اللَّه عليه وسلّم بخمس عشرة سنة


Dari hakim bin hizam berkata : Khadijah lebih berusia dari Nabi saw 15 tahun.


Abu Hasan Ali an-Nadawi berkata:


Umur Khadijah berumur 40 tahun . beliau merujuk kepada sirah ibnu hisyam dan sirah ibnu kathir.(Sirah Nabawiyyah)


ULAMA YANG MENGATAKAN SAIDATINA KHADIJAH BERKAHWIN DGN NABI DGN UMUR LEBIH MUDA DARI 40


Ibnu saad meriwayatkan:


أخبرنا هشام بن محمد بن السائب، عن أبيه، عن أبي صالح عن ابن عباس قال: كانت خديجة يوم تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم ابنة ثمان وعشرين سنة


Ibnu Abbas berkata: adalah Khadijah semasa berkahwin dengan Nabi berumur 28 tahun.

Perawi hadis ini hisyam al-kalbi adalah sangan doif iaitu berstatus matruk.


Ibnu asakir meriwayatkan Khadijah beumur 30 tahun (Tarikh dimasyq)


KHULASAH


Ulama sirah tidak sepakat tetapi lebih ramai yang mengatakan 40 , mengapa pengacara itu kata ini pendapat tidak sahih dan menuduh ia dari syiah. kita boleh berpegang umur 28 ka , 30 ka malahan ada pendapat sebut 45 tahun tetapi bila masuk TV dan bagitau 40 tu pendapat tidak sahih dan syiah sehingga boleh mengelirukan masyarakat , ini yang tak bagus.


Sumber :


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3716345408484716&id=100003278813911&ref=content_filter




Amalan Bulan Rejab

 Artikel Berkaitan Bulan Rejab 


1. Status Hadis “Rejab adalah bulan Allah, Syaa’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatKu”? 


https://m.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335/576388669195110/?type=3 


2. Amalan di Bulan Rejab 


https://m.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335/575814695919174/?type=3 


3. Status Doa Bulan Rejab 


https://m.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335/934929146674392/?type=3 


4. Artikel Bulan Rejab - Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1176931252474179&id=558058371028140

Ahad, 10 Mei 2020

KENANG-KENANGAN DAN AMALAN ALMARHUM DATO' ISMAIL KAMUS

SEDIKIT PENGKISAHAN AMALAN UTAMA ALLAHYARHAM GURU YANG DISAYANGI DATO ISMAIL KAMUS (SAMBUNGAN)

Oleh : Ustaz Mohd Zaki bin Zulkifli
.
3. Ustaz mempunyai sifat tawaduk yang pada saya sukar untuk di cari. Beliau boleh berkawan dengan orang-orang muda. Walaupun kita tahu macam mana kelakuan orang muda. Majoriti kawan-kawan ustaz adalah orang muda. Sampai pernah satu ketika isteri ustaz bergurau: “Abang kawan dengan orang-orang muda, tu yang jadi muda tu”
.
Di awal kemuculan ustaz Don Danial, ustaz tertarik kepada ustaz Don. Lalu di undang makan, undang ke rumah dll. Ustaz tak janggal berkawan dengan orang muda.
.
Ustaz walaupun berilmu tetapi suka dengar ceramah orang lain. Kalau ceramah radio, ustaz suka mendengar ceramah Allahyarham Ustaz Fadzli al Yamani. Kata ustaz, suka dengar ceramah ustaz fadzli kerana lembut je. 
.
Bahkan kadang-kadang ustaz tanya saya tentang msalah fiqh. Bukan tak tahu cuma sifat tawadhuk saja. Bahkan pada 14 April 2020,beberapa hari sebelum puasa, saya datang ke rumah ustaz bersama Hj Zulkifli Wahijan. Ustaz tetap tanya, puasa ni ana macam mana. Boleh ke tak puasa.? Padahal ustaz dah tahu jawapannya. (itulah kali terakhir saya bercakap berdepan dengan ustaz😭) 
.
Minat ustaz kepada ilmu memang mendalam. Ramai juga ustaz undang guru-guru agama ke Darusslam untuk mengajar ilmu. Antaranya ilmu hadith, falak, fiqh. Semua kos penceramah itu di tanggung oleh ustaz sendiri.
.
Setiap bulan ustaz keluarkan duit untuk membantu pelajar-pelajar miskin yang belajar di Mesir. Mama Nur Raudah Impian lah jurukiranya.  Pemurah ustaz dan tak sayang harta memang sukar di cari.
.
Kalau dapat duit ceramah, ustaz akan terus belanja kroni yang ada. Ustaz suka sangat belanja orang makan. Sampai ramai anak muridnya terikut-ikut tabiat ustaz. Sedekahnya bukan sedikit. 
. 
Gambar di bawah ini sebahagian daripada “kronisme” ustaz. Mereka anak muda yang cintakan ustaz.
.
4. Pagi yang redup inj saya akhirkan episod tulisan saya. Saya berharap memori dan kasih sayang kami tetap utuh kepada ustaz.
.
Penyabar ustaz tidak ada tolok bandingnya. Sesiapa yang rapat mesti mendengar ayat keramat ini: “ ana marah setahun sekali je”. Memang apa yang ustaz sebut tu betul. Bahkan setahun sekali pun kadang-kadang takde. Dengan kami yang degil-degi ni jarang la nak marah.
.
Ustaz mengajar kami berhadapan dengan masalah dan ujian. Ayat biasa akan keluar di mulut ustaz ialah :” cobaan, ujian”. “Bertenang” yang kemudian ini menjadi trade mark ustaz Harryanto juga adalah ungkapan yang selalu di sebut oleh ustaz.  Memang ustaz sentiasa bertenang dan menggangap masalah itu adalah cobaan daripada Allah.
.
Hasilnya kalimah ini sentiasa meniti di mulut anak-anak murid. Jadi jika ada masalah sekurang-kurang nya dapat melegakan kerana menyebut kalimah-kalimah tadi.
.
Sakit ustaz ni bukan baru. Rasanya bermula 2008 sudah nampak kesan bengkak di kaki kerana kebocoran buah pinggang. Tapi ustaz tidak pernah mengeluh. Ayat ustaz biasa sebut “ COBAAN”.
.
Semua orang ada masalah. Termasuklah ustaz. Tidak ada orang yang dapat lari daripada masalah, tetapi cara kita menghadapi masalah itu yang penting.
.
Malam jumaat 15 Ramadhan 1441 adalah satu tarikh yang akan di kenang selama-lamanya. Pergi ustaz mengadap Allah dalam keadaan di kelilingi ahli keluarga dan anak-anak murid rapat. Tamatlah segala kesakitan dan keletihan. 
.
Semoga segala amal jariah ustaz menjadi pahala yang mengalir untuknya. Buku-buku tulisan ustaz, khususnya INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT adalah tulisan penuh berkat. Di jual melebihi 1 juta dan sekarang dalam proses terjemahan ke Bahasa Jepun.
.
Sungguh indah kata-kata Habib Ali Zainal Abidin yang datang menziarahi ustaz beberapa minit selepas hembusan nafas akhirnya : KITA SEDIH, INI HARI RAYANYA, MATI MALAM JUMAAT LAGI PULA DI BULAN RAMADHAN”. Ya Allah matikan kami sebegin
.
Semoga Allah tempatkan ustaz dikalangan orang-orang solehin. Semoga kami dapat berkumpul dengan ustaz di akhirat nanti di tempat yang penuh kebahagian. Ameen.
.
Inilah akhir tulisan saya. Banyak lagi amalan-amalan khusus ustaz. Cuma ini yang terpenting pada pandanagn saya yang menjadikan kematiannya di waktu yang baik dan di tangisi ramai orang.
.
. اللهم اغفر لشيخناومربينا المنتقل الى رحمة الله داتوء اسماعيل بن قاموس مغفرةًواسعة يا ارحم الراحمين.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239954129370937&id=100000691456227

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3241205772579106&id=100000691456227