SEDIKIT PENGKISAHAN AMALAN UTAMA ALLAHYARHAM GURU YANG DISAYANGI DATO ISMAIL KAMUS (SAMBUNGAN)
Oleh : Ustaz Mohd Zaki bin Zulkifli
.
3. Ustaz mempunyai sifat tawaduk yang pada saya sukar untuk di cari. Beliau boleh berkawan dengan orang-orang muda. Walaupun kita tahu macam mana kelakuan orang muda. Majoriti kawan-kawan ustaz adalah orang muda. Sampai pernah satu ketika isteri ustaz bergurau: “Abang kawan dengan orang-orang muda, tu yang jadi muda tu”
.
Di awal kemuculan ustaz Don Danial, ustaz tertarik kepada ustaz Don. Lalu di undang makan, undang ke rumah dll. Ustaz tak janggal berkawan dengan orang muda.
.
Ustaz walaupun berilmu tetapi suka dengar ceramah orang lain. Kalau ceramah radio, ustaz suka mendengar ceramah Allahyarham Ustaz Fadzli al Yamani. Kata ustaz, suka dengar ceramah ustaz fadzli kerana lembut je.
.
Bahkan kadang-kadang ustaz tanya saya tentang msalah fiqh. Bukan tak tahu cuma sifat tawadhuk saja. Bahkan pada 14 April 2020,beberapa hari sebelum puasa, saya datang ke rumah ustaz bersama Hj Zulkifli Wahijan. Ustaz tetap tanya, puasa ni ana macam mana. Boleh ke tak puasa.? Padahal ustaz dah tahu jawapannya. (itulah kali terakhir saya bercakap berdepan dengan ustaz๐ญ)
.
Minat ustaz kepada ilmu memang mendalam. Ramai juga ustaz undang guru-guru agama ke Darusslam untuk mengajar ilmu. Antaranya ilmu hadith, falak, fiqh. Semua kos penceramah itu di tanggung oleh ustaz sendiri.
.
Setiap bulan ustaz keluarkan duit untuk membantu pelajar-pelajar miskin yang belajar di Mesir. Mama Nur Raudah Impian lah jurukiranya. Pemurah ustaz dan tak sayang harta memang sukar di cari.
.
Kalau dapat duit ceramah, ustaz akan terus belanja kroni yang ada. Ustaz suka sangat belanja orang makan. Sampai ramai anak muridnya terikut-ikut tabiat ustaz. Sedekahnya bukan sedikit.
.
Gambar di bawah ini sebahagian daripada “kronisme” ustaz. Mereka anak muda yang cintakan ustaz.
.
4. Pagi yang redup inj saya akhirkan episod tulisan saya. Saya berharap memori dan kasih sayang kami tetap utuh kepada ustaz.
.
Penyabar ustaz tidak ada tolok bandingnya. Sesiapa yang rapat mesti mendengar ayat keramat ini: “ ana marah setahun sekali je”. Memang apa yang ustaz sebut tu betul. Bahkan setahun sekali pun kadang-kadang takde. Dengan kami yang degil-degi ni jarang la nak marah.
.
Ustaz mengajar kami berhadapan dengan masalah dan ujian. Ayat biasa akan keluar di mulut ustaz ialah :” cobaan, ujian”. “Bertenang” yang kemudian ini menjadi trade mark ustaz Harryanto juga adalah ungkapan yang selalu di sebut oleh ustaz. Memang ustaz sentiasa bertenang dan menggangap masalah itu adalah cobaan daripada Allah.
.
Hasilnya kalimah ini sentiasa meniti di mulut anak-anak murid. Jadi jika ada masalah sekurang-kurang nya dapat melegakan kerana menyebut kalimah-kalimah tadi.
.
Sakit ustaz ni bukan baru. Rasanya bermula 2008 sudah nampak kesan bengkak di kaki kerana kebocoran buah pinggang. Tapi ustaz tidak pernah mengeluh. Ayat ustaz biasa sebut “ COBAAN”.
.
Semua orang ada masalah. Termasuklah ustaz. Tidak ada orang yang dapat lari daripada masalah, tetapi cara kita menghadapi masalah itu yang penting.
.
Malam jumaat 15 Ramadhan 1441 adalah satu tarikh yang akan di kenang selama-lamanya. Pergi ustaz mengadap Allah dalam keadaan di kelilingi ahli keluarga dan anak-anak murid rapat. Tamatlah segala kesakitan dan keletihan.
.
Semoga segala amal jariah ustaz menjadi pahala yang mengalir untuknya. Buku-buku tulisan ustaz, khususnya INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT adalah tulisan penuh berkat. Di jual melebihi 1 juta dan sekarang dalam proses terjemahan ke Bahasa Jepun.
.
Sungguh indah kata-kata Habib Ali Zainal Abidin yang datang menziarahi ustaz beberapa minit selepas hembusan nafas akhirnya : KITA SEDIH, INI HARI RAYANYA, MATI MALAM JUMAAT LAGI PULA DI BULAN RAMADHAN”. Ya Allah matikan kami sebegin
.
Semoga Allah tempatkan ustaz dikalangan orang-orang solehin. Semoga kami dapat berkumpul dengan ustaz di akhirat nanti di tempat yang penuh kebahagian. Ameen.
.
Inilah akhir tulisan saya. Banyak lagi amalan-amalan khusus ustaz. Cuma ini yang terpenting pada pandanagn saya yang menjadikan kematiannya di waktu yang baik dan di tangisi ramai orang.
.
. ุงูููู
ุงุบูุฑ ูุดูุฎูุงูู
ุฑุจููุง ุงูู
ูุชูู ุงูู ุฑุญู
ุฉ ุงููู ุฏุงุชูุก ุงุณู
ุงุนูู ุจู ูุงู
ูุณ ู
ุบูุฑุฉًูุงุณุนุฉ ูุง ุงุฑุญู
ุงูุฑุงุญู
ูู.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239954129370937&id=100000691456227
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3241205772579106&id=100000691456227
Tiada ulasan:
Catat Ulasan