CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Jumaat, 8 Mei 2020

Pandangan Ulama Hadis India Berkaitan Zikir Allah Allah

Amalan dan pandangan ulama hadis benua Hind berkaitan berzikir dengan lafaz Allah secara tunggal

Oleh : Ustaz Ahmad Lutfi Muharram 


1- Sheikh Waliyullah Dehlawi seorang ulama hadis yang tidak asing lagi didalam kitabnya القول الجميل في بيان سواء السبيل menerangkan kaifiat secara panjang lebar berzikir dengan lafaz isbat mujarrad ( menyebut lafaz Allah secara tunggal) dan beliau menyatakan ini adalah tahap berzikir selepas zikir nafi dan isbat (menyebut لا اله الا الله )

2- Didalam tafsir Maariful Quran Mufti Shafi' Usmani (ayah kepada Mufti Taqi Usmani) ketika mentafsirkan ayat واذكر اسم ربك dalam surah Muzammil beliau menakalkan dari tafsir Mazharie bahawa ayat ini menunjukkan kepada  tuntutan berzikir menyebut nama Allah sahaja. Kemudian Mufti Syafi' menyatakan ia menunjukkan bahawa pandangan yang mengatakan berzikir lafaz jalalah secara tunggal adalah perkara bidah adalah pandangan yang tidak betul

3- Maulana Syabbir Usmani pengarang syarah Sahih Muslim  ketika mensyarahkan hadis riwayat Muslim لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الارض الله الله 

Beliau berkata ," Diulang-ulang kalimah Allah didalam hadis ini memeberi isyarat bahawa disyariatkan berzikir dengan mengucap lafaz Allah secara tunggal dan ia adalah sanggahan terhadap mereka yang menafikan bahawa ia adalah amalan yang disyariatkan dan terpuji. Seperti Sheikh Ibnu Taymiyah didalam fatawanya. Beliau telah berhujah secara panjang lebar dan berlebihan dalam menyatakan bahawa ia adalah zikir yang tidak disyariatkan. Barangkali Sheikh Ibnu Taymiyah terlupa hadis ini . Maha suci Allah yang tidak tidur dan lupa  ( Fathul Mulhim bab al-Iman )


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=935456063296611&id=100004966779883&_rdr

Tiada ulasan: