Oleh Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharram
Menyantuni Dr Rozaimi
1- Tulisan ini merupakan kritikan terhadap tulisan Dr Rozaimie dalam 'post' beliau seperti dibawah
https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/1917823934911764
https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/videos/1921249671235857/
2- Ia ditulis secara " laff nasyr ghair murattab " . Hanya disusun mengikut kesesuaian munasabah dan maqam
3- Tahrir mahall niza' تحرير محل النزاع
Penting untuk ditentukan apa sebenarnya yang Dr Rozaimie mahu katakan tentang masaalah ini. Dalam video beliau dengan jelas menyatakan "siapa kata ada faedah" iaitu dalam berzikir Allah Allah dan perkataan beliau seterusnya menggambarkan hadirin secara makna bahawa ini adalah rekaan ulama dan mereka bukan Nabi.
Dalam post pertama beliau telah nyatakkan pandangannya ialah tidak digalakkan menyebut Allah Allah sebagai zikir khusus
Namun dalam post kedua beliau menggambarkan masalah ini sebagai khilaf kerana ada ulama yang mengharuskan
Saya tidak pasti adakah wujud unsur 'spin' atau tafsil ba'da ijmal
4- Permasaalahan ini sebenarnya berpaksikan metodologi dalam memahami keabsahan bida'h hasanah atau tidak dan ia menjadi punca pandangan-pandangan kritis dari Dr terhadap banyak isu yang diangkat beliau. Selagi Dr Rozaimie berpuas hati dengan hujah yang menolak bidaah hasanah maka selagi ltu titik temu tidak akan dijumpai
5- Menghukumnya sebagai tiada faedah@ bida'h makruhah ialah lanjutan dari pendapat Sheikh Ibnu Taymiyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim. Kerana itu saya mengatakan ia adalah memberi nyawa semula kepada himpunan ilmu Sheikh Ibnu Taymiyah. Beliau dilihat begitu bersungguh menafikan amalan zikir Allah Allah dalam fatawa nya. Tidak ada ulama lain yang menulis sepanjang beliau menurut pengetahuan saya. Maulana Syabbir Usmani menyifatkan perbuatan Sheikh Ibnu Taymiyah sebagai اطنب اطنابا بليغا
6- Dr Rozaimie menyangkal istidlal para ulama dengan membawa ayat واذكر اسم ربك tentang galakkan zikir mufrad .
Beliau membawa petikan tafsir Qurtubi berkenaan dengan ayat ini yang tidak dinyatakan oleh Imam Qurtubi sebagai menunjukkan galakkan zikir mufrad bahkan Imam Qurtubi memberi tafsiran yang lain
7- Saya tidak memahami apa manhaj yang dipegang oleh beliau. Adakah apabila Imam Qurtubi atau seseorang mufassir tidak mentafsirkan sesuatu ayat dengan sesuatu tafsiran maka tafsiran itu akan menjadi salah .
Adapun jika Dr Rozaimie tidak nampak sisi mana ayat ini yang menunjukkan galakkan zikir mufrad maka itu tiada kaitan dengan istidlal dan hujah itu hanya terpakai untuk beliau amalkan seorang diri dan tidak boleh digunakan untuk ilzam khasam الزام الخصم
8- Apabila sesuatu tafsir tidak bertentangan dengan kaedah bahasa Arab dan qawaid syara' dan musallamat maka ia boleh menjadi salah satu wajah dalam mentafsir ayat
9- Ulama yang beristidlal dengan ayat ini (walaupun Dr menggelarkan mereka golongan panas hati )
Berkata ayat ini menyebut " sebutlah Nama Tuhanmu " dan zahir ayat ini menyuruh menyebut nama Tuhan .
10- Maka nama Tuhan kita ialah Allah. Lalu kalimah Allah disuruh sebut didalam ayat ini dan ia dimaksudkan dalam ayat ini secara دخولا اوليا
11- Jika Dr ingin membantah tafsir ini maka nyatakan dari sisi mana ia bertentangan dengan bahasa Arab, Qawaid syarak dan musallamat
12- Adapun membawa satu tafsir yang tidak sama dengan tafsir "golongan hati panas " maka tidak ada markah untuk hujah itu kecualilah jika Imam Qurtubi menyebut secara sorih tidak boleh ditafsir begini
13- Itupun ia tidak boleh menjadi حجة ملزمة 14 - Saya cuba jenguk- jenguk kitab tafsir yang lain adakah mereka ada mentafsir ayat ini selain dari apa yang di tafsir oleh Imam Qurtubi maka saya dapati mereka ada mentafsir selain dari tafsiran Imam Qurtubi . Dan adakah kita boleh mengatakan tafsiran mereka salah kerana ia tidak disebut oleh Imam
15- Jawabannya sudah tentu tidak . Jika tidak maka dimana punca dikatakan tafsiran "golongan panas hati " yang merujuk kepada zikir mufrad itu salah
16- Tafsiran ulama terhadap ayat واذكر اسم ربك . سورة المزمل yang tidak terdapat dalam Tafsir Qurtubi
Tafsir Ibnu Kasir اكثر من ذكره
Tafsir Jalalain قل بسم الله الرحمن الرحيم في ابتداء قراءتك
Tafsir Baidhowi واذكر اسم ربك ودم على ذكره ليلا ونهارا
Tafsir Baghowi واذكر اسم ربك بالتوحيد والتعظيم
16 - Apabila kita melihat tafsir-tafsir ini maka kita dapati bukan semua makna boleh difahami hanya dengan zahir ayat bahkan ada yang mentafsirkannya berdasarkan isyarat nas اشارة النص dan ada yang berdasarkan takwil nas تأويل النص
17- Namun selagi ia tidak bertentangan dengan konteks ayat , bahasa Arab , qawaid syarak dan musallamat maka ia masih boleh diterima . Tinggal lagi tafsiran mana yang lebih rajih dan 18- Saya akan menjamu pembaca dengan tafsiran tentang ayat ini oleh Maulana Qadhi Muhaddis Sanaullah al- Usmani . Beliau seorang ulama ulung pada zamannya berasal dari Pani Pat India mempelajari fekah dan hadis dari Shah Waliyullah Muhaddis Dehlawi. Kerana mendalamnya ilmu beliau dalam bidang hadis dan fekah maka Sayyid Abdul Aziz Dehlawi memberi gelaran Baihaqi zamannya.
19- Tafsiran beliau seperti berikut (intisari)
" Berkemungkinan juga maksud ayat ini ialah berzikir dengan lidah bersama dengan hati
dan maksud sentiasa berzikir ialah sentiasa dan berterusan secara uruf iaitu mengikut kemampuan manusia. Zikir lisan seperti ini akan membawa kepada ' tabattul ' (memutuskan diri dari makhluk dan berhubung hanya dengan Allah )
Berdasarkan takwil dan tafsir ini terdapat isyarat kepada BERZIKIR DENGAN MENGULANG - ULANG ISIM ZAT (lafaz Allah )
Dan didalam ayat رب المشرق والمغرب لا اله الا هو terdapat isyarat kepada kekuasaan Allah yang meliputi seluruh mumkinat dan isyarat kepada zikir nafi dan isbat لا اله الا الله
Dan kedua-dua zikir ini adalah asas kepada tariqah arbab kamalat al wilayah
Dengan ini baru jelas perbezaan antara معطوف و معطوف عليه
Diantara tiga ayat قم الليل و رتل القران و اذكر اسم ربك
Empat amal ini adalah jalan menuju kepada mendekatkan diri kepada Allah dan memperolehi darjat
1- Solat
2- Membaca Quran
3- Zikir mufrad (mengulang lafaz Allah)
4- Zikir nafi dan isbat (mengulang لا اله الا الله
Tafsir al- Mazhari 7/111 20 - Sebelum saya ingin meneruskan kritikan saya ingin menasihati Dr Rozaimie supaya jangan menuduh apa yang orang tidak katakan. Beliau mengatakan dalam post keduanya ketika mengkritik Ustaz Kamarudin Toyo
" Soalan yang ustaz harus jawab ialah mengapa ustaz tidak ajak manusia berzikir dengan ayat yang sempurna seperti yang Nabi amalkan dan anjurkan? Adakah begitu berat lidah kita menuturkan sesuatu yang Nabi sendiri kata ia ringan di lidah dan berat di timbangan amal? Sama-sama kita fikirkan."
Sejak bila orang yang mengatakan boleh berzikir dengan zikir mufrad tidak mengajak manusia dengan zikir sempurna. Sampai pula dituduh berat lidah menuturkan zikir-zikir lain
21- Di akhir post kedua beliau mengatakan
" Namun sekali lagi saya tidak nafikan sememangnya ada ulama yang benarkan. Namun, zikir dengan ayat sempurna itu lebih baik. Walau bagaimanapun, mengatakan yang membantah sebagai pengikut dajjal dan yahudi itu sangat tidak wajar."
- Beliau tidak menerangkan secara jujur bahawa ini pandangan majoriti ulama Islam . Dan banyak berlaku beliau mengangkat pendapat syaz dan membayangkan seolah-olah ia yang paling rajih bahkan hak
- Kalau khilaf masaalah ini seputar yang mana lebih afdhal maka mengapa perlu disindir dikutuk dengan pelbagai gelaran mereka yang berpandangan boleh bahkan mustahab
- Ataupun perkataan beliau di post terakhir ini adalah spin dari kegopohan awal beliau ketika mengulas masaalah ini seperti dalam video
22 - Saya dapati banyak hujah beliau sama dan sebiji seperti yang terdapat dalam forum diskusi dalam internet oleh salafi Arab . Sama ada ia adalah 'copy paste ' atau ia hanya secara kebetulan. Namun saya tiada masaalah dengan hujah copy paste sekiranya hujah itu betul 23- Saya ingin mengulas pernolakan Dr Rozaimie terhadap hujah ulama yang mengharuskan zikir berdasarkan hadis riwayat Muslim
عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض : الله الله
Dalam satu riwayat dalam Muslim
لا تقوم الساعة على أحد يقول : ( الله الله)
Beliau berhujah dengan tiga bentuk
1- Dengan mentafsirkannya dengan tafsiran lain dengan mengambil kira datang dalam riwayat lain dengan lafaz yang berbeza . Ia adalah kaedah جمع الطرق seperti yang dilakukan oleh Hafiz Ibn Hajar
2- Dengan membawa tafsir ulama terhadap hadis ini iaitu Imam Tibie dan Munawi
3- Dengan membawa hujah akli secara mafhum mukhalafah
24- Sebelum saya meneruskan hujah saya ingin menzahirkan kepelikan terhadap urutan hujah Dr Rozaimie jika dilihat pada cara beliau berhujah maka ia menunjukkan perbuatan zikir mufrad ini tidak harus/tiada faedah namun jika baca petikan akhir post keduanya beliau gambarkan bahawa zikir mufrad adalah tidak afdhal
Soalannya tidak harus/tiada faedah atau tidak afdhal ?
Berbeza sangat kedua-dua hukum tersebut
Kepala hujah tidak sama dengan ekornya dan muqaddimah hujah berbeza dengan natijahnya. Apapun, Dr Rozaimie yang layak menjawab kepelikan ini
25- Menjawab hujah pertama
Menjama'kan riwayat hanya diperlukan apabila berlaku
percanggahan diantara riwayat, apabila ada riwayat yang tidak jelas dan mujmal maknanya, apabila ada keringkasan dalam sesebuah riwayat, apabila zahir makna batil dalam sesebuah riwayat
Didalam riwayat ini dan riwayat Imam Ahmad , Ibn Hibban dan Hakim serta satu riwayat dari Ibnu Abi Ja'far yang menyatakan
" Bahawa tidak akan berlaku kiamat terhadap orang yang mengucap لا اله الا الله "
Lafaz Allah Allah tidak perlu ditakwilkan dengan lafaz La ilah ilallah kerana tiada percanggahan antara keduanya dan ia adalah zikir orang Islam dan ucapan mereka dan ia sesuai dengan hadis yang dibawa oleh Dr Rozaimie yang menyatakan orang Islam akan dimatikan dahulu sebelum berlaku kiamat
Seperti mana lafaz لا اله الا الله menunjukan tauhid maka lafaz Allah Allah juga menunjukan tauhid apabila diucap oleh orang Islam.
hadis ini ingin menyatakan kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang Islam .Menyebut لا اله الا الله dan lafaz Allah Allah adalah tanda orang islam. Zikir pertama dipanggil nafi dan isbat manakala zikir kedua diipanggil zikir ismu zat
Mungkin Dr akan berhujah dalam hadis ini sebut dua kali sahaja sedangkan ahli sufi sebut beribu kali. Saya tidak fikir Dr akan berhujah dengan hujah dangkal ini. Cuba fikir jika dua kali sudah memberi manfaat 'menahan kiamat' bagaimana pula jika beribu kali
Imam Qurtubi dalam kitabnya yang membicarakan asmaul husna mentafsirkan hadis ini dengan katanya apabila menjelang kiamat lafaz ALLAH akan dicabut dari lidah orang yang engkar sehingga kalimah Allah langsung tiada yang sebut maka barulah berlaku kiamat
Tafsiran seperti ini lebih benar kerana masih mengamlkan makna zahir kedua-dua riwayat , Dr Rozaimie biasa dengar kaedah
" Menggunakan kedua-dua dalil lebih baik dari meninggalkan salah satu dari keduanya "
اعمال الدليلين اولي من اهمال احدهما
26- Bukankah mentakwilkan Allah Allah dengan لا اله الا الله adalah perbuatan takwil dengan syubhah yang sangat ditahzir olek kawan-kawan Dr Rozaimie
27- Jika mahu ditarjihkan maka riwayat Allah Allah lebih afdhal dengan beberapa sebab
- Imam Nawawi berkata semua naskah kitab Muslim meriwayatkan hadis ini dengan mengulang lafaz Allah Allah
- Hanya satu riwayat dari Ibnu Abi Jaafar yang meriwayatkan dengan لا اله الا الله
- Riwayat dalam kitab Muslim sudah tentu lebih kuat berbanding kitab lain
(Bagaimana mungkin di"paksa" riwayat Muslim yang diriwayat oleh majoriti untuk mengikuti lafaz riwayat-riwayat yang lain
- Dari segi makna riwayat lafaz Allah Allah lebih kuat dan bersesuaian dengan maqam iaitu
- Hadis ini ialah tentang tanda kiamat maka Nabi ingin menyatakan bahawa bila menjelang kiamat bukan setakat lafaz لا اله الا الله tidak diucapkan bahkan lafaz Allah Allah
(Walaubagaimanapun saya tidak berpandangan dengan cara jam' turuq dan tarjih dalam hadis ini ) 27- Menjawab hujah kedua
Saya suka apabila Dr Rozaimie membawa hujah kedua ini dengan membawa tafsiran Imam Tibie dan Imam Munawi .Saya suka kerana mereka berdua adalah ulama serta beramal dengan tariqah (sila baca riwayat hidup mereka ). Justeru ia menunjukkan Dr Rozaimie sudah berjinak-jinak dengan perkataan-perkataan pengamal tariqah
28- Perkataan Imam Tibie sepatutnya tidak boleh menjadi hujah menafikan bahkan mengisbatkan sebutan zikir Allah Allah . Cuba baca betul-betul apa yang Imam Tibie tulis
" Makna tidak dikatakan Allah ialah tidak disebut nama Allah dan Allah tidak disembah
حتى لا يذكر اسم الله ولا يعبد
Bukankah perkataan Imam Tibie ini jelas mentafsirkan qawl dengan zikr
- Manakala syarahan Imam Munawi juga jelas menunjukkan maksud hadis ini ialah berzikir dan mengucap kalimah Allah
وليس المراد أن لا يتلفظ بهذه الكلمة ، بل أنه لا يذكر الله ذكرا حقيقيا ، فكأنه لا تقوم الساعة وفي الأرض إنسان كامل
Kata Imam Munawi " Bukanlah maksud hadis semata-mata kalimah Allah tidak dilafazkan bahkan maksud hadis ini (menjelang kiamat) Allah tidak dizikirkan dengan zikir yang sebenar (seperti kalimah Allah diucapkan oleh orang kafir atau orang mulhid)".
29- Adapun orang yang berzikir mereka menyebut kalimah Allah dengan zikir yang hakiki maka sabitlah kebaikan dan faedah menyebut nama Allah
30- Jika Dr Rozaimi ingin tahu Imam Munawi adalah penyokong tegar zikir mufrad
- Didalam kitab yang sama yang Dr Rozaimie petik perkataan Munawi iaitu kitab Faidhul Qadir Imam Munawi telah berkata
قال في فيض القدير 2/309 : ( قالوا وليس للمسافر إلى الله في سلوكه أنفع من الذكر المفرد القاطع من الأفئدة الأغيار وهو الله )
Ahli sufi berkata " Tidak ada zikir yang lebih afdhal untuk musafir yang menuju kepada Allah didalam suluknya berbanding zikir mufrad yang memutuskan dan melenyapkan selain dari Allah daripada hati-hati"
- Di tempat lain beliau berkata 3/116 Faidh al-Qadir
( ويقعد فارغ القلب مجموع الهم ولا يفرق فكره بقراءة ولا غيرها بل يجتهد أن لا يخطر بباله شيء سوى ذكر الله فلا يزال قائلا بلسانه : ( الله الله ) على الدوام مع حضور قلبه إلى أن ينتهي إلى حالة يترك تحريك اللسان ويرى كأن الكلمة جارية عليه ثم يصير إلى أن ينمحي أثره من اللسان فيصادف قلبه مواظبا على الذكر ثم تنمحي صورة اللفظ ويبقى معنى الكلمة مجردا في قلبه لا يفارقه وعند ذلك انتظار الفتح ) اه
" Dan hendaklah dia duduk dalam keadaan sunyi hati, tawajjuh dan jangan dia kacau fikirannya dengan amalan lain seperti membaca al-Quran dan lain-lain bahkan hendaklah dia bersungguh-sungguh sehingga jangan ada lintasan selain dalam hatinya seterusnya berterusan dia mengulang-ngulang dngan lidahnya kalimah Allah Allah ........
وفي شرح حديث أسماء ابنة عميس - قالت : علمني رسول الله صلى الله عليه وسلم كلمات أقولهن عند الكرب ( الله الله ربي لا أشرك به شيئا ) الذي رواه ابن ماجه 2/1277وأبو داود 2/87 - قال المناوي في شرح الحديث في فيض القدير 1/286: ( الله الله ) وكرره استلذاذا بذكره واستحضارا لعظمته وتأكيدا للتوحيد فإنه الاسم الجامع لجميع الصفات الجلالية والجمالية والكمالية ) اه
31- Dalam kitab Tobaqat Sufiah Kubra
" Beliau mengatakan hujah mereka yang menolak zikir mufrad terlalu lemah seperti sarang labah-labah" 32- Menolak hujah ketiga
Hujah ketiga beliau seperti berikut
" Jika benar maksud hadis ini seperti mana yang didakwa oleh orang yang panas hati. Maka adakah bermakna kiamat akan berlaku walaupun orang yang berzikir dengan zikir yang ada dalam hadis dengan lafaz yang lengkap? Ini kerana mereka meninggalkan lafaz Allah Allah secara mufrad (tunggal)? Sedangkan hadis sahih menyebutkan bahawa sebelum kiamat Allah akan menghantar angin yang akan mematikan semua orang yang beriman? "
33- Hujah ini yang paling kurang difahami boleh keluar dari tokoh seperti Dr Rozaimie . ( I can't brain)
Mungkin pembaca boleh merasai kejanggalan hujah ini
34- Beliau mengeluarkan mafhum mukholafah yang pelik
Sepatutnya apabila hadis itu berbunyi " Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah lafaz Allah Allah tidak lagi diucapkan "
Maka mafhumnya " Hari kiamat akan berlaku bila kalimah Allah Allah pun sudah tidak diucapkan
Berdasarkan konteks hadis ini adalah ghayah dan klimaks yang Nabi ingin sampaikan. Iaitu begitu teruknya manusia sehingga kalimah Allah pun tidak diucapkan
Kalau subhanAllah Alhamdulillah dan zikir lain disebutkan lebih-lebih lagi kiamat tidak akan berlaku
36- Dr Rozaimi yang mulia . Walaupun kami tiada PHD tapi jangan bercakap dengan kami macam kami ini bodoh sangat sampai perkara setara ini pun kami tak boleh faham
37- Gunalah mafhum muwafaqah memahami hadis ini iaitu
Jika Allah Allah pun boleh menahan kiamat maka kalimah yang lebih daripada itu lebih-lebih lagilah
38- Kalau Dr salah sangka kami memahami hadis ini seperti yang Dr sangka maka berkat malam Khamis ini kami maafkan39- Sebelum mengakhiri santunan untuk yang terakhirnya (siri 10 ) saya ingin menyatakan masaalah ini tidak akan menyebabkan orang panas hati jika Dr Rozaimie merespon nya dengan baik
40- Perkara yang tidak boleh diterima apabila menyebut ia tiada faedah dan mengejek golongan yang memakai logo capal Nabi di songkok dan membayangkan bahawa golongan zikir mufrad sebagai membuat ulama mereka macam Nabi
41- Dr Rozaimi tidak perlu mengikut Sheikh Ibnu Taymiyah dalam masaalah ini yang bersifat keras ketika mengulasnya sehingga berkata " Zikir begini hanya dibuat oleh ضلال المتأخرين golongan yang sesat dari kalangan mutaakhirin
42- Syabas Dr dihujung post kedua agak reda sikit dengan mengatakan ia tidak afdhal . Walaupun ramai orang kata itu spin atau u turn tapi apa salahnya kalau kearah yang lebih hak. Saya anggap ia adalah رجوع . Semua pembaca perlu menerima rujuk beliau
43- Senarai nama yang membenarkan dan mengamalkan terlalu agong tokohnya yang agak kurang sopan dilayan hujahnya macam seperti budak " Jibam "
44- Nama seperti
Sheikh Junaid Baghdadi , Sheikh Zakariyya al- Ansori , Sheikh Ibnu Hajar al- Haitamy, Imam al-Munawi, Sheikh Waliyullah Muhaddis Dehlawi, Imam al- Munawi, Para muhaddisini aliran Deoband dan banyak lagi
45- Tidak semudah itu gunung - gunung ini boleh dihadapi 46- Saya seperti Dr Rozaimi tidak bersetuju ayat
" قُلِ اللَّهُ ۖ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ "
dijadikan dalil untuk mengisbatkan zikir mufrad. Berdasarkan siyaq dan sabaq ayat (konteks ayat ) maka ia tidak boleh menunjukkan kepada saranan zikir mufrad secara mantuq atau mafhum
47- Namun saya bersetuju ia boleh diambil istinbat tentang zikir mufrad berdasarkan tafsir isyari ( lihat perbahasan tafsir isyari karangan Sheikh Abd Fattah Qudaish al-Yafie , Maulana Asyraf Ali Tanwi dalam muqaddimah kitab beliau Masail Suluk dan penerangan tentang Tafsir sufi oleh Shah Waliyullah Dehlawi dalam al-Fawzul al-Kabir bersama syarahnya al-Aun al-Kabir
48- Berkata Sheikh Ibnu Ajibah sebahagian mufassirin telah mengkritik para sufi yang beristidlal dengan ayat ini . Namun sebenarnya mereka tidak memahami maksud dan kehendak mereka
Maksud mereka ialah
" Ucapkanlah lafaz Allah dengan hatimu dan ruhmu dan hilangkan dirimu dari selain Allah kemudia biarkan orang lain tenggelam didalam selain Allah dan bemain dengan hawa nafsu mereka "
Para sufi tetap mengakui makna zahir sesebuah ayat yang mereka huraikan secara tafsir isyari
Seperti para sahabat menggunakan ayat yang diturunkan untuk orang kafir di praktikkan untuk diri mereka. Sedangkan jika dilihat konteks ayat maka ia langsung tidak merujuk kepada diri mereka
Walaupun ayat diatas diturunkan tentang orang Yahudi namun diambil iktibar untuk diri sendiri
49- Maulana Asyraf Ali Tanwi berkata
" Masaalah - masaalah tasauf ada dua bahagian bahagian pertama ia ditunjukkan oleh oleh al-Quran dengan kaedah-kaedah dalalah yang muktabar disisi ahli ilmu dan ijtihad secara nas. Ia dinamakan TAFSIR < ISTINBAT< FIQH
Yang kedua Tidak ada petunjuk kepadanya secara mantuk dan secara qias berdasarkan persamaan pada illat syarak tetapi dia ada petunjuk secara tidak langsung berdasarkan munasabat dan perkaitan
Jenis ini dipanggil i'tibar الاعتبار
50- Imam Zarkasyi berkata didalam kitab usul tafsirnya al-Burhan
" Adapun huraian ahli sufi didalam mentafsir al-Quran ada pendapat mengatakan ia bukanlah tafsir tetapi ia adalah tindak balas jiwa dan sentuhan perasaan yang mereka rasai ketika membaca al-Quran
Contohnya sebahagian ahli sufi berkata tentang ayat ini
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قَاتِلُوا الَّذِينَ يَلُونَكُم مِّنَ الْكُفَّارِ
" Wahai orang yang beriman perangilah orang-orang kafir yang berdekatan dengan kami "
Berkata sebahagian ahli sufi tentang ayat ini
" Maksusnya ialah nafsu. Kerana kita disuruh memerangi orang yang dekat dengan kita dan yang paling dengan kita ialah nafsu "
Banyak pakar tafsir membincangkan tentang kalam ahli sufi berkaitan sesebuah ayat
Kesimpulannya ayat ini tidak menunjukkan kepada zikir mufrad secara istinbat mantuk dan mafhum namun ia boleh dimbil isyarat nya dan dibawa kepada masaalah ini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=945159782326239&id=100004966779883&_rdr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan