SEDIKIT PENGKISAHAN AMALAN UTAMA ALLAHYARHAM GURU YANG DISAYANGI DATO ISMAIL KAMUS
Oleh : Ustaz Mohd Zaki bin Zulkifli
.
1. Ustaz memang istiqamah melakukan qiamullail. Sesiapa yang pernah tidur sebilik dengan ustaz, atau bermusafir bersamanya pasti mengetahui perkara ini. Pertama kali saya musafir bersama ustaz ialah ke Brunei atas urusan perasmian Darusyifa Brunei. Pihak Darussyifa memberikan kami berdua sebuah bilik di tingkat bawah. Sementara Allahyarham Dato Haron Din di tingkat atas. Saya tidur sebilik dengan ustaz. Apabila pukul 4 pagi, ustaz akan bangun dan mandi kemudian meneruskan ibadat qiamullail. Sembahyang sunat 17 rakaat dan kemudian berwirid dan berzikir. Kadang-kadang solat sunatnya lebih dari itu.
.
Di tengah-tengah rehat antara solat, saya mendengar suara sayup-sayup: “ki, ki ...bangun". Saya pun menjawab:”baik ustaz” sambil tersipu-sipu malu. Apa tak malu, tuan guru kejut suruh qiamullail. Amalan ini pada hemat saya adalah hasil didikan Allahyarham ustaz Haron Din sebagai gurunya kepada ustaz. Ustaz selalu bercerita pengalaman tidur bersama ustaz Haron Din. Cerita ustaz,Ustaz pernah kejutkan Ustaz Haron din terlampau awal untuk qiam kerana tersilap jam.Huhu. Ustaz Haron Din juga orang yang istiqamah qiamullail.
.
Dalam siri-siri musafir selepas itu, saya melihat itulah amalan kelaziman ustaz. Kadang-kadang bila musafir ramai-ramai, kami qiamullail dalm bilik hotel berjamaah. Memang qiamullail adalah sebati dengan jiwanya sehingga ustaz merasa lazat berqiam.
SEDIKIT PENGKISAHAN AMALAN UTAMA ALLAHYARHAM GURU YANG DISAYANGI DATO ISMAIL KAMUS (SAMBUNGAN)
.
2. ustaz memang sangat memuliakan ulama' dan amat gemar menziarahi ulama. Antara tujuan ustaz ziarah ulama' ialah ingin bersilaturrahim dengan ulama'dan megambil ilmu dan keberkatn mereka.
.
Antara ulama'yang ustaz pernah diziarahi ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah. Ustaz pernah menceritakan bagaimana Tok Guru Haji Lah memberikan ustaz sebuah bilik khas. Kata Tok Guru: ustaz sorang tido disni. kawan-kawan ustaz yang lain di bilik lain. Sampai ke hari ini, hubungan antara keluarga Allahyarham Tok Guru Haji Lah dan ustaz. Pernah satu ketika, Dr Lokman( anak tok guru haji lah lubuk tapah) menjumpai satu sampul surat yang bertulis nama Dato Ismail Kamus selepas kematian Tok Guru. Surat itu di sampaikan kepada dato oleh Dr Lokman. Isi kandungannya mengenai ilmu perubatan.
.
Ustaz sering ke Kedah. Di sana ustaz menemui gurunya Allahyarham Pak Su Pa Kubang Rotan. Ustaz amat sayang kepada Pak Su Pa.
.
satu ketika, ketika kami sedang ziarah Pak Su Pa, ada orang datang ke rumah Pak Su Pa untuk satu tujuan. Sambil itu orang tersebut menceritakan tentang Pak Su Mid Bukit Tembaga yang di katakan wali itu. Masa itu Pak Su Mid tidak terkenal seperti sekarang. Ustaz dengar je cerita itu, terus ustaz nak jumpa. Alhamdulillah dapat jumpa denga Pak Su Mid. Tanya Pak Su Mid: Yang mana satu Ustaz Ismail Kamus ni, saya pernah dengar nama tapi tak tengok tuan lagi?... Baru-baru ni saya menziarahi Pak Su MId dengan sahabt saya Haji Zain, beliau masih bertanya tentang ustaz. Ingat sungguh Pak Su dengan ustaz.
.
Ketika Syeikh Yusri Jabar al Hasani, ualama' Mesir datang buat daurah Muktasar Abi Jamrah di Masjid as Syakirin Gombak, ustaz beberapa kali duduk dalam majlis syeikh. Duduk pula di bahagian depan. Padahal masa tu ustaz dah kurang sihat.
.
Kami pernah ke Terengganu untuk menziarahi Tuan Guru Haji Hadi. Alhamdulillah hasrat ustaz untuk ziarah TGHH tercapai dengan susunan sahabat-sahabat Terengganu Hafiz Suehanim Zainal Ariffin Zack Zamzuri Aziz dan lain.
.
Tentang musafir ke Indonesia menziarahi ulama'-ulama'di sana itu banyak sangat cerita nya. Cuma apa yang menghairankan saya, setiap kali berjumpa dengan ulama'-ulama'ini, mereka pandang sahaja ustaz sudah ada kecintaan sesama mereka. Seolah-olah mereka ada hubungan di alam lain ...
.
Guru utama ustaz ialah Dato Dr Haron Din. Beza usia mereka tidak banyak. Dengan Ustaz Haron Din usatza banyak belajar samada ilmu agama mahupun ilmu perubatan. Saya menyaksikan sendiri bagaimana sifat hormat ustaz kepada Dato’Haron Din. Bagaimana ustaz bersalaman mencium tangan ustaz Haron Din. Bagaimana kisah hormatnya sampai kadang-kadang ustaz tinggalkan urusan kerana ustaz Haron Din ajak memancing.....
.
Ya Allah..banyak kalau hendak di tulis. Biarlah sedikit tulisan ini menjadi motivasi untuk kita semua....
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239206416112375&id=100000691456227
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239408232758860&id=100000691456227
Tiada ulasan:
Catat Ulasan