CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Isnin, 29 Disember 2014

15 FAKTA IMAM ASY SYAFIE LAYAK DIPANGGIL WAHHABI ? - HATI-HATI PENIPUAN HAIRI NONCHI



HATI-HATI PENIPUAN WAHHABI

Tersebar artikel kononnya Imam Asy Syafie mengikut sebagaimana ajaran Wahhabi tulisan Hairi Nonchi

1. Apabila kita lihat isi artikel ternyata bukan semuanya adalah dari ijtihad Imam asy Syafie. Ini namanya PENIPU ATAS NAMA IMAM ASY SYAFIE. Ingat tanda-tanda munafiq ?

2. Antara ciri-ciri wahhabi yang utama adalah 3 T iaitu Tasyrik (mengkafirkan), Tabdi' (membid'ah sesatkan) dan Takfir (mengkafirkan) ulamak dan umat Islam tanpa hak serta membawa aqidah mengimaginasikan Allah.

3. DOA QUNUT SUBUH - Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie tidak pernah menyatakan doa qunut subuh adalah bid'ah sesat. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib Imam As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari. Rujuk Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.50. Imam Asy Syafie sendiri menyatakan :

"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai" 

Al-Um jilid 1 hlm.205.

4. SOLAT SUNAT QOBLIYAH SEBELUM SOLAT JUMAAH - Melemahkan pandangan bukan bermakna membid'ahkan, mengkafirkan atau mensyirikkan Solat Sunat Qabliyah 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat seperti Wahhabi,

5. AZAN DUA KALI SEBELUM SOLAT JUMAAT - Imam Asy Syafie tidak pernah membid'ahkan dua kali azan sebelum Solat Jumaat. Beliau menerangkan

Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih saya sukai

(Umm Juz I, halaman 195). Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af'al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan. TETAPI al albani membid'ahkan lihat kitabnya al-Ajwibah al-Nafi’ah.

6. KENDURI ARWAH - Makruh dalam mazhab asy Syafie bukan bermakna berdosa. Ertinya tuntutan supaya meninggalkan dengan tidak pasti, apabila dibuat tidak berdosa dan apabila ditinggalkan pula mendapat pahala. Di dalam kenduri arwah terdapat sunnah yang dihidupkan seperti memberi makan jiran tetangga, membaca al Quran, berselawat, bertahlil dan sebagainya. Dan ini bukanlah bentuk ratapan. Imam Asy Syafie serta ulamak yang disebutkan tidak menyatakan ia sebagai bid'ah sesat. Maka hujjah wahhabi tertolak sama sekali.

7. Imam Asy Syafie adalah mujtahid mutlaq. Tiada satupun ulamak wahhabi yang bertaraf mujtahid mutlak. Bahkan pengikut wahhabi bertaqlid buta dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, Al Albani, Sheikh Bin Baz, Sholeh Uthaimin, Soleh Fauzan dan sebagainya. Bukankah dalam artikel tersebut ramai nama ulamak muktabar seperti Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam Izzuddin Abdis Salam adalah pengikut Imam Asy Syafie ? Ulamak hebat pun bertaqlid inikan pula orang awam yang jahil. Tetapi wahhabi selalu perasan diri mereka seperti mujtahid mutlaq.

8. ZAKAT FITRAH GUNA WANG - Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bayar zakat fitrah guna wang. Dalam mazhab Asy Syafie ia diharuskan kerana darurat atau perintah raja. Lihat kitab al-Itharah, bahwa keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah al-Muhazzab 5/431, kitab al-Majmu’ (5:429)

9. LAFAZ SAYYIDINA - Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan. Imam Ar Ramli iaitu antara Mufti Muqallid dalam Mazhab Asy Syafie mengatakan lafaz sayyidina dalam solat diutamakan. Rujuk - Ar Ramli, Tuhfat al Muhtaj, vol 2, hlm 86. Ibnu Qasim al 'Ubbadi menyatakan ia diutamakan - Hasyiyah Tuhfah 1 hlm 368. Syeikh Syihabuddin al Qaliyubi - pengarang dan pensyarah kitab Minhaj Imam An Nawawi menyatakan ia memuliakan dan menghormati nabi (Qaliyubi 1, hlm 167). Imam Abu Bakar Syatta menyatakan ia diutamakan - I'anatut Tholibin 1, hlm 169.Turut dibolehkan oleh Imam Izzuddin Abdissalam dan Asy Syarqowy.

10. Imam Asy Syafie tidak membid'ahkan bacaan Surah Yaasin malam Jumaat.

11. BERDOA DAN BERZIKIR BERJEMAAH LEPAS SOLAT- Imam Asy Syafie tidak menyatakan berdoa dan berzikir beramai-ramai lepas solat berjemaah adalah bid'ah sesat sebagaimana wahhabi. Bahkan Imam Asy Syafie menyatakan berdoa dan zikir secara senyap atau keras adalah hasan/baik. Beliau memilih untuk zikir secara senyap. Lihat Kitab al-'Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242. Imam An Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al Asqolani menyatakan doa dan zikir keras beramai-ramai lepas solat jemaah adalah mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh. Rujuk kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237 dan Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, hal. 260

12. LAFAZ NIAT SEBELUM SOLAT - Imam asy Syafie dan ulamak yang disebutkan tidak membid'ahkan. Ulamak dalam mazhab Asy Syafie seperti al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami mensunnahkan lafaz niat sebelum solat didalam Kitab Tuhfatul Muhtaj (II/12), Syekh Zainuddin bin Abdul Aziz didalam Fathul Mu'in Hal. 1, Imam An Nawawi dalam Minhaj At tholibin, Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, kerana Imam Asy Syafie membenarkan penggunaan qiyas dalam mengeluarkan hukum rujuk kitab beliau Ar-Risalah. Wahhabi pula jahil dalam mazhab Asy Syafie memandai-mandai berbicara tentang mazhab Asy Syafie.

13. SAMPAI PAHALA BACAAN PADA SIMATI - Wahhabi membid'ah sesat bacaan al Quran kepada simati dan menuduh umat Islam ke kubur sebagai penyembah kubur ! . Dalam mazhab Asy Syafie ia adalah khilaf. Imam An Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar - doa untuk orang yang sudah mati dan pahala kepada mereka adalah sampai. Imam An Nawawi adalah mujtahid fatwa dalam Mazhab Asy Syafie menganjurkan supaya berdoa supaya pahala bacaan al Quran sampai kepada simati. Imam al Qurtubi menyatakan harus - Tazkirah al Qurtubi. Pendapat muktamad dalam mazhab Asy Syafie menyatakan sampai - lihat kitab Al-Bujairimi Minhaj

14. MENGAPUR DAN MEMBANGUNKAN KUBUR - Ulamak Mazhab Asy Syafie yang lebih mengetahui pandangan Imam Asy Syafie mensyarahkan pandangan beliau. Ia dilihat pada pemilikan tanah kubur oleh mayat berkenaan samada milik sendiri, disabilkan. Ibnu Hajar al Haitami menyatakan sesetengah ulamak asy syafie mengharuskan binaan kubur orang soleh di tanah yang bukan disabilkan ( Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) Beliau menyatakan tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.” (kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah). Sila rujuk perincian permasalah ini di - http://khairuummah77.wordpress.com/2009/05/30/penjelasan-kekeliruan/

15. AQIDAH IMAM ASY SYAFIE - Imam Asy Syafie rahimahuLlah (204) berkata :

Allah wujud tidak bertempat, Dia menciptakan tempat dan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya seperti mana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak bagi Allah berubah sifatNya atau zatNya (Ittihaf Saadah Al Muttaqin : 2/24), (al-Fiqh al-Akbar, h. 13).

Imam Asy Syafie rahimahuLlah berkata : Aku beriman (dengan nusus mutasyabihat) tanpa tasybih. Aku percaya tanpa tamsil. Aku menegah diriku dari cuba memahaminya. Aku menahan diriku dari mendalaminya dengan seboleh-bolehnya. (Daf'u Syubhah man Syabbaha oleh Imam Taqiyuddin ad Dimasyqi al Hisni (829 H) m/s 147)

Imam Asy Syafie misalnya pernah mentakwil 'wajah Allah' yang terdapat dalam ayat, "Ke mana pun kamu menghadap, maka di situlah wajah Allah. (Surah al Baqarah ayat 115). Beliau berkata, maksudnya, wallahua'lam, maka di situlah arah, iaitu kiblat, yang telah Allah arahkan agar kamu menghadap kepadaNya. (Al Asma' wa As Sifat, jilid ke 2, hal-35)

16. Imam Asy Syafie pun tidak membahagikan dan belajar tauhid 3 (Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma' wa As Sifat) yang dicanangkan Wahhabi. Sifat 20 disusun oleh ulamak dalam asya'iroh memudahkan umat Islam mempelajarinya untuk tahu, memahami, mengamalkan dan menghayati dalam kehidupan. Ia tidak bertentangan dengan aqidah Imam Asy Syafie serta salafussoleh. Bahkan Sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi amat bertepatan dengan aqidah Imam Asy Syafie yang menolak mujassimah dan musyabbihah.

17. MENYAPU MUKA LEPAS SOLAT - Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie iaitu Imam An Nawawi menyatakan di dalam Kitab al-Azkar:

وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

Wallahua'lam bissowab.

SUMBER

Tiada ulasan: