CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Isnin, 7 September 2009

Hukum Mengaminkan Doa Khatib Dan Mengangkat Tangan Ketika Berdoa

Penulis : Ustaz Mohammad Elias Pondok Pasir Tumboh

Mengamin kan do’a adalah disunatkan apabila seseorang itu mendengar imam, khatib, atau siapa sahaja sedang berdoa dengan lafaz jamak yakni mereka itu memasukkan orang lain dalam do’a mereka itu.

Adapun hadis yang menyuruh diam semasa khatib membaca khutbah iaitu diam dari percakapan yang dibangsakan manusia, iaitu percakapan yang tidak ada kena mengena dengan ibadat.

Disunatkan mengangkat tangan semasa berdo’a dan mengaminkan do’a.

Adapun hadis لا يرفع يديه في شئ من دعائه إلا في الاستسقاء zahir hadis ini menapi mengangkat tangan selain pada meminta hujan sedangkan banyak hadis-hadis yang berlawanan dengan hadis ini yang mana rasulullah mengangkat tangan semasa berdo’a pada do’a lain daripada do’a meminta hujan.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar didalam kitabnya “الفتح” bahawa tidak mengangkat tangan pada hadis لا يرفع يديه bukan nafi pada asal mengangkat tangan tetapi menafi pada sifat yang khusus yakni melebihi mengangkat tangan dari kadar biasa. Kebiasannya rasulullah mengangkat tangan paras bahu tetapi pada do’a meminta hujan baginda mengangkat tangan membetuli muka dengan dalil didalam hadis itu ada menyebut sehingga kelihatan putih ketiak baginda.

Adapun hadis:

عمارة بن رويبة: “أنه رأى بشر بن مروان يرفع يديه، فأنكر ذلك، وقال: “قبح الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يزيد على أن يقول بيده هكذا”، وأشار بإصبعه المسبحة.

“dari ‘Umaarah ibn Ru’aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan dan mengingkari pekara yang dilakukan oleh Bishr ibn Marwaan dan berkata :’Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.”

menunjukkan larangan ini tertentu pada khatib maka pendengar khutbah tidak termasuk dalam larangan ini, kerana umum dalil mensunatkan mengangkat tangan pada berdo’a maka hendak melarang pendengar dari mengangkat tangan memerlukan dalil yang menyatakan larangan itu.

والله اعلم

Sumber : AlMalakawi

3 ulasan:

Affan Ruslan berkata...

Salam. Tuan, tlg komen sikit ni?Betul ke xboleh angkat tangan?


http://www.youtube.com/watch?v=TO3O5uXzCwg&feature=related

IbnuNafis berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatuLlah,

ia adalah masalah khilafiyyah. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Elias (Pondok Pasir Tumboh). Nak angkat boleh, taknak angkat pun tidak mengapa.

Kita jangan terikut-ikut dengan orang yang ghuluw. Hanya ambil satu pendapat sahaja dan memaksakan pendapat itu kepada orang lain untuk ikut.

Affan Ruslan berkata...

Betul tu syeikh.
Ana pun fikir mcm tu lah, ana dgr Ustaz Azhar Idrus pun ckp pasal khilaf ni klu x silap.

Jazakallah khairan kathira. :)

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan