Rujuk ulasan Dr Asri yang terbaharu di sini :
1. http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5djag=%3D
2. http://www.starproperty.my/index.php/articles/property-news/owner-has-right-to-let-private-places-of-worship-be-shared-says-ex-perlis-mufti/
Pesanan untuk Umat Islam agar tidak terburu-buru menerima komen yang tidak menyelidik tetapi suka menghukum seperti yang dibuat oleh Dr Asri ini :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al Hujaarat: Ayat 6)|
Jawapan dari Ahli Majlis Fatwa Negeri Johor :
Jangan diikut perangai suka menuduh dan memfitnah ajaran Dr Asri :
1. Hakikat Kebenaran Tugas Membela Mufti Yang DiFitnah
2. Bila 'Pakar Hadith' Berbohong, Mengapa Masih Ada Yang Mengikutinya ?
3. Dr Asri Zainal Abidin, Berhati-hatilah Ketika Mengkritik Ulamak
CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :
Khamis, 22 Ogos 2013
Isnin, 5 Ogos 2013
Persoalan Khatamun Nubuwwah, Nur Muhammad Dan Ayat Ruqyah (Manzil)
Alhamdulillah, penjelasan dari Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS) mengenai :
1. Khatamun Nubuwwah
2. Nur Muhammad.
3. Ayat Ruqyah (Manzil)
Sila muat turun 'download' di sini :
http://sawanih.blogspot.com/2013/08/sedikit-perkongsian-ilmu-sila-muat-turun.html
Jumaat, 26 Julai 2013
Benarkah Bulan Ramadhan Dibahagi Kepada Tiga Fasa Iaitu Awalnya Rahmat, Pertengahannya Keampunan dan Terakhir Pembebasan Dari Neraka ?
Jawapan :
Dalam satu bulan (Qamariyah) sebanyak 29 hingga 30 hari. Apabila dikelompokkan maka ia akan menjadi tiga iaitu 10 hari pertama, 10 hari kedua dan 10 hari ketiga iaitu terakhir.
Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam telah menyebutkan ketiga-tiga fasa tersebut kerana memang dalam satu bulan bila dikelompokkan kepada 10 hari. 10 hari pertama, 10 hari kedua dan 10 hari terakhir. Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam menganjurkan pada fasa yang ketiga iaitu 10 hari terakhir agar lebih meningkatkan ibadah pada malam harinya. Kerana di antara malam-malam ganjil akan turun malam yang lebih baik dari 1000 bulan yang dikenali sebagai Lailatul Qadar.
Pada fasa yang ketiga iaitu 10 hari terakhir Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam memperbanyakkan ibadah sunnah dan i'tikaf, juga membangunkan ahli keluarganya.
Aishah RadiyaLlahu 'anha berkata : Bahawa sesungguhnya RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk (fasa ketiga Bulan Ramadhan) sepuluh hari terakhir beliau bangun dan solat sepanjang malam dan membangunkan keluarganya serta tidak mencampuri isterinya (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) . Nailul Authar IV/270 dan Mukhtasor Sahih Bukhari hal 383.
Dan dalam riwayat Ahmad dan Muslim dari Aisyah RadiyaLlahu 'anha : "Adalah Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersemangat memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir berbeza dengan sebelumnya. (Nailul Author Juz IV/270)
Hadith tersebut sudah jelas, bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam menyebutkan fasa-fasa tersebut. Kalau hadith tersebut menyebutkan ada fasa terakhir iaitu fasa ketiga, bererti ada fasa pertama dan fasa kedua. Hadith berikut ini juga menegaskan adanya tiga fasa tersebut dan justeru itu 10 hari (fasa) pertama disebut rahmat, fasa kedua iaitu 10 hari kedua Maghfirah dan fasa ketiga iaitu 10 hari terakhir disebut itqun minannaar (pembebasan dari neraka).
Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam memberikan khutbah kepada kami pada akhir hari bulan Sya'ban, baginda bersabda : "Wahai manusia, telah hampir datang bulan suci Ramadhan yang penuh berkah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari ibadah seribu bulan. Bulan yang dijadikan oleh Allah, puasa pada siang harinya suatu kewajipan dan solat pada malamnya (selain solat fardhu) sebagai solat sunnah. Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebaikan, pahalanya laksana orang yang melakukan kewajipan pada selain bulan Ramadhan. Barangsiapa yang melakukan kewajipan di bulan tersebut, pahalanya laksana pahala orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajipan di lain bulan suci Ramadhan. Ia adalah bulan sabar, bagi orang yang bersabar tidak lain balasannya syurga, dan merupakan bulan toleransi, dan bulan ditambahkannya rezeki bagi orang Mukmin, orang yang memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka dan baginya pahala seperti pahala orang yang diberinya berbuka puasa tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya.
Mereka bertanya : "Wahai RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, tidaklah semua kami ini mampu memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain ? Maka RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Allah akan memberikan pahala tersebut bagi orang yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan satu biji kurma atau seteguk minuman air putih atau sepotong susu kering. Dan adalah Bulan Ramadhan awwalnya (10 hari pertama) rahmat, pertengahannya (10 hari kedua) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari neraka.
Barangsiapa meringankan hamba sahayanya pada bulan itu Allah mengampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka. Maka perbanyakkanlah di Bulan Ramadhan 4 hal. Dua hal kamu mendapat redha Tuhanmu dan dua hal kamu tidak akan merasa puas dengannya. Adapun dua hal yang membuatkan kamu diredhai Allah adalah : Mengucapkan dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan kamu mohon keampunan kepada-Nya. Adapun dua hal yang kamu tidak akan merasa puas dengannya adalah : Kamu minta syurga kepada-Nya dan minta perlindungan dari api neraka.
Dan barangsiapa yang memberi minum orang yang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku, sekali minum sahaja tidak akan haus selamanya sehingga masuk ke syurga ". Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, kemudian berkata hadith ini sahih. dan diriwayatkan dari jalan al Baihaqi, dan diriwayatkan Abu Asy Syaikh Ibnu Hibban dalam at Tsawwab dengan ringkas (at Targhib wa at Tarhib II/94) dan Al Feqh Al Islamiy Wa Adillatuh (2/572)
Sumber Rujukan : Drs. KH. M. Sufyan Raji Abdullah LC. Menyikapi Masalah-masalah yang dianggap Bid'ah, Cet Pertama 2010, Pustaka Al Riyadl, Jakarta
Khamis, 25 Julai 2013
Fadhilat Sahih Membaca Surah Yaasin
Alhamdulillah, Umat Islam di Malaysia sudah lama menghidupkan sunnah dengan membaca Surah Yaasin samada dalam program tahlil atau bacaan Yaasin dan melazimkan bacaannya pada malam Jumaat.
Antara dalil dari hadith sahih fadhilat membaca Surah Yaasin ditulis dalam Tafsir Ibnu Kathir dan al Fawaid al Majmu'ah fi al Ahadiths al Maudhu'ah :
1. Sabda Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam (yang bererti) :
"Barangsiapa yang membaca Surah Yaasin pada malam hari, maka pagi harinya ia diampuni oleh Allah. Barangsiapa yang membaca surah ad Dukhan, maka ia diampuni Allah (Hadith Riwayat Abu Ya'la)
Menurut al Hafiz Ibnu Kathir, hadith ini sanadnya jayyid (sahih). Komentar Ibnu Kathir ini juga diakui oleh Imam asy Syaukani dalam tafsirnya Fath al Qadir bahawa sanad hadith tersebut jayyid (Sahih).
2. Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda (yang bererti) :
Barangsiapa yang membaca Surah Yaasin pada malam hari kerana mencari redha Allah, maka Allah akan mengampuninya (Hadith Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)
Hadith ini disahihkan oleh Imam Ibnu Hibban dan diakui oleh al Hafiz Ibn Kathir dalam tafsirnya. Al Hafiz Jalaluddin al Suyuthi dalam Tadrib Rawi, dan Imam Asy Syaukani dalam tafsir Fath al Qadir dan al Fawaid al Majmu'ah. Asy Syaukani berkata dalam al Fawaid al Majmu'ah sebagai berikut :
Hadith "Barangsiapa membaca surah Yaasin kerana mencari redha Allah, maka allah akan mengampuninya". Diriwayatkan oleh al Baihaqi dari Abu Hurairah secara marfu' dan sanadnya sesuai dengan kriteria hadith sahih. Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dan al Khatib. Sehingga tidak ada alasan menyebut hadith tersebut dalam kitab-kitab al Maudhu'at (tidak benar menganggapnya sebagai hadith maudhu')". (asy Syaukani, al Fawaid al Majmu'ah fi al Ahadith al Maudhu'ah, hal 302-303)
3. Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."
(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)
Bacaan tambahan :
1. Hukum Membaca Surah Yaasin Pada Malam Jumaat
Selasa, 23 Julai 2013
Hukum Bacaan Yaasin Di Kuburan
Oleh : Ustaz Abu Muhammad
Sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/2013/07/baca-yaasin-di-kuburan.html
Baca Yaasin Di Kuburan
Dalam bulan Ramadhan terutama sekali di hujung - hujungnya dan pada hari lebaran nanti, ramailah saudara-saudara kita mendatangi tanah - tanah perkuburan tempat persemadian insan-insan yang mereka sayangi. Bukanlah maksudnya bahawa menziarahi kubur itu hanya dihukumkan sunnat pada masa-masa tersebut sahaja. Ianya lebih kepada faktor masa yang terluang atau faktor suasana yang syahdu di hari yang mulia menghimbau ingatan kepada mereka-mereka yang telah tiada. Oleh itu, pada ketika itulah penuh segala pusara dengan para penziarah. Dalam ziarah biasanya akan dibaca surah Yaasin dan tahlil sebagai hadiah dan barakah kepada segala arwah tersebut. Jumhur ulama daripada keempat-empat mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah, termasuklah mazhab asy-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah, menghukumkan baik, mustahab, bahkan sunnat untuk membacakan al-Quran di sisi kubur. Syaikh al-Imam al-`Allaamah Muhammad bin Ahmad bin Salim as-Safaarini al-Hanbali rahimahullah (w. 1188H) dalam karya beliau "al-Buhur az-Zaakhirah fi `Uluum al-Akhirah" menyatakan, antara lain sebagai berikut:-
Tokoh yang menjadi panutan puak Wahabi, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, murid Ibnu Taimiyyah al-Harrani telah menukilkan sebuah kisah mengenai pembacaan yaasin di kubur dalam karyanya "ar-Ruh" pada halaman 18 sebagai berikut:-
Tanbih: Pembacaan al-Quran di kubur dipandang sebagai mustahab oleh para ulama Mazhab Syafi`i dan ulama lain. Imam an-Nawawi menyatakan dalam "Syarah al-Muhadzdzab" bahawa dimustahabkan bagi penziarah kubur untuk membaca apa-apa yang mudah daripada al-Quran dan mendoakan bagi mereka. Hal ini merupakan nas atau pandangan yang datang daripada Imam asy-Syafi`i sendiri. Di tempat lain, yakni dalam karangan lain, ditambah bahawa jika dikhatamkan sekalian al-Quran itu di atas kubur tersebut, maka ianya adalah afdhal. Dan adalah imam kita, Imam Ahmad RA, pada permulaannya mengingkari amalan sedemikian, namun kemudian beliau telah menarik balik pandangannya tersebut setelah sampai hadis yang menjadi sandaran amalan ini kepada beliau.
Telah mengkhabarkan kepadaku oleh al-Hasan bin al-Haitsam yang berkata: "Aku telah mendengar Abu Bakar bin al-Athrusy bin Bint Abi Nashr bin al-Tammar berkata: "Ada seorang lelaki yang selalu datang menziarahi kubur ibunya pada hari Jumaat lalu membaca surah Yaasin. Pada sebahagian hari-hari yang dia datang menziarahi kubur ibunya, dia akan membaca surah Yaasin. Selepas membaca Yaasin, dia berdoa: "Ya Allah, seandainya Engkau memberi pahala atas pembacaan surah ini, maka jadikannya bagi segala penghuni perkuburan ini". Tatkala datang Jumaat berikutnya, datang seorang wanita kepada si lelaki tadi seraya berkata: "Adakah engkau si fulan anak si fulanah?" Dia menjawabnya: "Ya." Wanita tersebut berkata lagi: " Adalah anak perempuanku telah meninggal dunia dan aku telah bermimpi melihatnya duduk di tepi kuburnya, lalu aku menyapanya: "Kenapa engkau duduk di sini?" Dia menjawab: "Sesungguhnya si fulan anak si fulanah telah datang menziarahi kubur ibunya dan membaca surah Yaasin serta menjadikan pahalanya bagi segala ahli kubur, maka kami telah diberi kesenangan daripada yang sedemikian atau kami telah diampuni atau yang seumpamanya (yakni para ahli kubur tersebut mendapat kesenangan daripada hadiah pahala bacaan surah Yaasin tersebut atau mendapat keampunan atau yang seumpamanya)."Oleh itu, janganlah kita membenci perbuatan saudara-saudara seagama yang membaca sesuatu daripada al-Quran di sisi kubur atau menghadiahkannya kepada mereka-mereka yang telah berpulang ke rahmat Allah. Rahmat Allah itu amat luas dan banyak jalan atau sebab untuk meraihnya.
Sumber : http://bahrusshofa.blogspot.com/2013/07/baca-yaasin-di-kuburan.html
Jumaat, 19 Julai 2013
Isu Air minum Yang Dicelup Rambut Rasulullah SAW
Apabila menjadi artis yang berhijrah untuk mendalami, lebih menyintai agama itu adalah perkara yang amat positif. Namun itu bukan tiket untuk terus menjadi mufti, atau mujtahid jadian, atau bercakap mengenai hukum yang kita jahil mengenainya. Berhati-hati apabila membicarakan sesuatu 'isu' berkaitan hukum yang anda bukan ahlinya.
Jawapan berkenaan dengan isu air minum yg dicelup rambut Rasulullah SAW - Oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll
Perbuatan itu dinamakan sebagai tabarruk.
Apakah makna tabarruk?
Tabarruk berasal dari perkataan barakah. Makna tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dgn sesuatu yg mulia dlm pandanganNya.
Dipetik dari kitab Mafahim Yajibu an Tushahah oleh Dr. Sayyid Muhammad al Maliki, mafhumnya :
"Sewajarnya kita mengetahui bhw tabarruk itu tidak lain hanya suatu tawassul (jalan) menuju kpd Allah SWT samada ia suatu atsar (peninggalan), tempat atau orang perseorangan. Adapun org yg diberkati Allah hendaklah diyakini bhw dia mempunyai fadilat & taqarrubnya kpd Allah dgn keyakinan bhw dia tetap tidak mampu mendatangkan kebaikan atau menolak kejahatan (bala) kecuali dgn izin Allah SWT. Adapun atsar (peninggalan spt barang-barang dsbnya), maka adalah ia ada hubungan dgn org yg soleh yg diberkati tadi, maka ia adalah mulia kerana kemuliaan yg diberikan kpd org yg menggunakannya tadi. Ia menjadi mulia, diagung, dicintai kerana kemuliaan yg diberikan Allah SWT. Adapun tempat-tempat peninggalan, maka tidaklah ada kelebihan padanya hanya kerana zatnya yg ia semata mata tempat. Keutamaan & kemuliaan disebabkan oleh kebaikan & amal bakti yg selalu dilakukan di tempat itu."
Dalil yg menunjukkan boleh bertabarruk :
Allah SWT berfirman mengenai ucapan Nabi Yusuf a.s, mafhumnya : "Pergilah dgn membawa bajuku ini, kemudian letakkan pd muka ayahku supaya dia dpt melihat." (Surah Yusuf : 93)
Selepas bertabarruk dgn baju Nabi Yusuf a.s, maka dgn izin Allah mata ayahnya yakni Nabi Yaaqub a.s pulih semula (dpt melihat)
Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya :
"Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata :Asma mengeluarkan (menunjukkan) kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yg berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpanoleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dlm air untuk menjadi ubat kpd org sakit di kalangan kami."
Juga boleh rujuk dalil lain dalamsurah al Baqarah : 248, surah Hud : 48, surah an Naml : 8, surah as Saffat :113, surah Maryam : 31, surah Ali Imran : 98, surah al Isra' : 1, surah al Qasas : 30, dan beberapa surah lain.
Kebenaran daripada Rasulullah untuk bertabarruk :
Disebutkan dalam hadith : "Rasulullah SAW membahagi bahagikan rambut Baginda kpd para sahabat supaya mereka bertabarruk dengannya (rambut)." ( HR Bukhari & Muslim)
Hadith daripada Anas r.a : "Ketika Rasulullah SAW melihat Jamrah, Baginda SAW berkorban kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di rambut sebelah kanan lalu mencukurnya, lalu memberikannya (rambut) kpd Abu Talhah. Kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di sebelah kiri lalu mencukurnya, lalu berkata : Bahagi bahagikan kpd org ramai ( Riwayat at Tirmidzi)
Ubaidah r.a berkata. "Kalaulah aku memiliki sehelai rambut Baginda SAW, maka itu lebih berharga bagiku daripada dunia dan segala isinya." (Riwayat al Bukhari)
Abu Bakar r.a berkata "Aku melihat Khalid al Walid meminta rambut bahagian depan Rasulullah dan dia menerimanya. Dia biasa meletakkannya di atas matanya dan menciumnya."
Diketahui bhw kemudian dia meletakannya di 'qalansuwah' (penutup kepala yg dililit serban) miliknya & selalu menang dlm peperangan (Riwayat al Waqi dlm al Maghazi & Ibn Hajr dlm al Ishabah fi Tamyiz as Sahabah)
Contoh dpd para sahabat bertabarruk dgn atsar Rasulullah SAW :
Para sahabat berebut-rebut mengambil wudhu Rasulullah SAW & mengusap usapkannya ke wajah & kedua dua tgn mereka. Bagi mereka yg tidak sempat mendapatkannya, mereka mengusap daripada basahan tubuh sahabat lain yg terkena bekas wudhu Rasulullah SAW lalu mengusapkan ke wajah & tgn mereka." (Riwayat al Bukhari)
Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi SAW dlm sebuah botol perak & org akan pergi & mendapat berkat melalui rambut-rambut itu dan mereka sembuh. (Riwayat al Hafiz al Aini dalam Umdah al Qari)
(Jawapan oleh al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Pensyarah UIA di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam)
Isnin, 15 Julai 2013
Penentuan Imsak Waktu Sahur
Terdapat anggapan bahawa menentukan waktu imsak untuk waktu sahur adalah bid'ah, kerana tidak ada contoh dari Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya.
Jawapan :
Penentuan Waktu Imsak dalam bulan suci Ramadhan adalah untuk memudahkan orang yang makan sahur. Iaitu supaya orang yang akan makan sahut mengetahui batas akhir waktu sahur, sehingga sebelum masuk waktu subuh sudah selesai makan sahur.
Penetapan imsakiyah ini sangat membantu mempermudahkan orang yang sahur. Semua ini dilakukan untuk lebih berhati-hati demi sempurnanya ibadah. Menentukan waktu imsak bukan Bid'ah kerana al Quran telah menentukan dan memberikan gambaran batasan waktu sahur, seperti dalam firman Allah :
فَٱلۡـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِۚ
Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) (Surah al Baqarah : 187)
Ayat tersebut menjelaskan tentang batasan waktu sahur atau yang dikenal sebagai imsak iaitu sampai muncul fajar. Dan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam juga menetapkan waktu imsak iaitu antara selesai makan sahur dan azan subuh kira-kira selama orang membaca ayat al Quran sebanyak 50 ayat dengan bacaan tartil.
عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال : تسحرنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ثم قام إلى الصلاة فقيل له : كم كان بين الأذان والسحور ؟ قال : قدر خمسين آية - رواه البخاري - مختصر صحيح البخاري ص 368 - 369
Zaid ibn Thabit radiyaLlahu 'anhu berkata : Kami sahur bersama Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, kemudian melakukan solat, maka ditanyakan kepadanya : Apa yang menjadi batas waktu antara sahur dan azan Subuh (imsak) ? Jawabnya : "Batasnya (jarak waktunya) iaitu kira-kira cukup untuk membaca 50 ayat al Quran " Hadith riwayat Bukhari (Mukhtasar sahih Bukhari (368-369)
Sumber Rujukan : Drs. KH. M. Sufyan Raji Abdullah LC. Menyikapi Masalah-masalah yang dianggap Bid'ah, Cet Pertama 2010, Pustaka Al Riyadl, Jakarta
Sumber Rujukan : Drs. KH. M. Sufyan Raji Abdullah LC. Menyikapi Masalah-masalah yang dianggap Bid'ah, Cet Pertama 2010, Pustaka Al Riyadl, Jakarta
Rabu, 10 Julai 2013
Benarkah Doa Berbuka Puasa Yang Selalu Kita Baca Adalah Dhoief ?
Kami mendapat maklumat di dalam facebook ada yang beranggapan bahawa Doa Berbuka Puasa yang dibaca oleh umat Islam pada setiap hari di Bulan Ramadhan datangnya dari hadith dhoief sebagaimana dakwaan di bawah :
TELA’AH RIWAYAT HADITS “DO’A IFTHAR”
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ و بك أمنت وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ برحمتك يا أرحم الراحمين
TIDAK ADA HADITSNYA !
Dalam Kitab "Mirqatul Mafatih" dinyatakan:
وأما ما اشتهر على الألسنة اللهم لك صمت [ وبك آمنت ] وعلى رزقك أفطرت فزيادة وبك آمنت لا أصل لها ، وإن كان معناها صحيحاً ، وكذا زيادة وعليك توكلت ولصوم غد نويت بل النية باللسان من البدعة الحسنة .
مرقاة المفاتيح ج 4 ص 426
"...Adapun do'a yang populer dengan tambahan WA BIKA AMANTU... tidak ada asalnya walaupun maknanya baik. (IV:426)
DO'A BUKA PUASA YG DLO'IF
Ditulis oleh : Al Ustadz ‘Abdul Hakim ‘Abdat
Di bawah ini akan saya turunkan beberapa hadits tentang dzikir atau do’a di waktu berbuka puasa, kemudian akan saya terangkan satu persatu derajadnya sekalian. Maka, apa-apa yang telah saya lemahkan (secara ilmu hadits) tidak boleh dipakai atau diamalkan lagi, dan mana yang telah saya nyatakan syah (shahih atau hasan) bolehlah saudara-saudara amalkan. Kemudian saya iringi dengan tambahan keterangan tentang kelemahan beberapa hadits lemah tentang keutamaan puasa yang sering dibacakan di mimbar-mimbar khususnya di bulan Ramadhan.
HADITS PERTAMA
Artinya :
“Dari Ibnu Abbas, ia berkata : Adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : Allahumma Laka Shumna wa ala Rizqika Aftharna, Allahumma Taqabbal Minna Innaka Antas Samiul ‘Alim (artinya : Ya Allah ! untuk-Mu aku berpuasa dan atas rizkqi dari-Mu kami berbuka. Ya Allah ! Terimalah amal-amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui).
(Riwayat : Daruqutni di kitab Sunannya, Ibnu Sunni di kitabnya ‘Amal Yaum wa-Lailah No. 473. Thabrani di kitabnya Mu’jamul Kabir).
Sanad hadits ini sangat Lemah/Dloif
Pertama :
Ada seorang rawi yang bernama : Abdul Malik bin Harun bin ‘Antarah. Dia ini rawi yang sangat lemah.
Kata Imam Ahmad bin Hambal : Abdul Malik Dlo’if
Kata Imam Yahya : Kadzdzab (pendusta)
Kata Imam Ibnu Hibban : pemalsu hadits
Kata Imam Dzahabi : di dituduh pemalsu hadits
Kata Imam Abu Hatim : Matruk (orang yang ditinggalkan riwayatnya)
Kata Imam Sa’dy : Dajjal, pendusta.
Kedua :
Di sanad hadits ini juga ada bapaknya Abdul Malik yaitu : Harun bin ‘Antarah. Dia ini rawi yang diperselisihkan oleh para ulama ahli hadits. Imam Daruquthni telah melemahkannya. Sedangkan Imam Ibnu Hibban telah berkata : munkarul hadits (orang yang diingkari haditsnya), sama sekali tidak boleh berhujjah dengannya.
Hadits ini telah dilemahkan oleh Imam Ibnul Qoyyim, Ibnu Hajar, Al-Haitsami dan Al-Albani, dll.
Periksalah kitab-kitab berikut :
Mizanul I’tidal 2/666
Majmau Zawaid 3/156 oleh Imam Haitsami
Zaadul Ma’ad di kitab Shiam/Puasa oleh Imam Ibnul Qoyyim
Irwaul Gholil 4/36-39 oleh Muhaddist Muhammad Nashiruddin Al-Albani.
HADITS KEDUA
Artinya :
“Dari Anas, ia berkata : Adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : Apabila berbuka beliau mengucapkan : Bismillah, Allahumma Laka Shumtu Wa Alla Rizqika Aftartu (artinya : Dengan nama Allah, Ya Allah karena-Mu aku berbuka puasa dan atas rizqi dari-Mu aku berbuka).
(Riwayat : Thabrani di kitabnya Mu’jam Shogir hal 189 dan Mu’jam Auwshath).
Sanad hadits ini Lemah/Dlo’if
Pertama :
Di sanad hadist ini ada Ismail bin Amr Al-Bajaly. Dia seorang rawi yang lemah.
Imam Dzahabi mengatakan di kitabnya Adl-Dhu’afa : Bukan hanya satu orang saja yang telah melemahkannya.
Kata Imam Ibnu ‘Ady : Ia menceritakan hadits-hadits yang tidak boleh diturut.
Kata Imam Abu Hatim dan Daruquthni : Lemah !
Sepengetahuan saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) : Dia inilah yang meriwayatkan hadits lemah bahwa imam tidak boleh adzan (lihat : Mizanul I’tidal 1/239).
Kedua :
Di sanad ini juga ada Dawud bin Az-Zibriqaan.
Kata Muhammad Nashiruddin Al-Albani : Dia ini lebih jelek dari Ismail bin Amr Al-Bajaly.
Kata Imam Abu Dawud, Abu Zur’ah dan Ibnu Hajar : Matruk.
Kata Imam Ibnu ‘Ady : Umumnya apa yang ia riwayatkan tidak boleh diturut (lihat Mizanul I’tidal 2/7)
Sepengetahuan saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) : Al-Ustadz Abdul Qadir Hassan membawakan riwayat Thabrani ini di Risalah Puasa tapi beliau diam tentang derajad hadits ini ?
HADITS KETIGA
Artinya :
“Dari Muadz bin Zuhrah, bahwasanya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : Allahumma Laka Sumtu wa ‘Alaa Rizqika Aftartu.”
(Riwayat : Abu Dawud No. 2358, Baihaqi 4/239, Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Suni) Lafadz dan arti bacaan di hadits ini sama dengan riwayat/hadits yang ke 2 kecuali awalnya tidak pakai Bismillah.)
Dan sanad hadits ini mempunyai dua penyakit.
Pertama :
“MURSAL, karena Mu’adz bin (Abi) Zur’ah seorang Tabi’in bukan shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (hadits Mursal adalah : seorang tabi’in meriwayatkan langsung dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, tanpa perantara shahabat).
Kedua :
“Selain itu, Mu’adz bin Abi Zuhrah ini seorang rawi yang MAJHUL. Tidak ada yang meriwayatkan dari padanya kecuali Hushain bin Abdurrahman. Sedang Ibnu Abi Hatim di kitabnya Jarh wat Ta’dil tidak menerangkan tentang celaan dan pujian baginya”.
HADITS KEEMPAT
Artinya :
“Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan :
ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتِ اْلعُرُوقُ، وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.
DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL ‘URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (artinya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan/urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, Inysa allah).
(Hadits HASAN, riwayat : Abu Dawud No. 2357, Nasa’i 1/66. Daruquthni dan ia mengatakan sanad hadits ini HASAN. Hakim 1/422 Baihaqy 4/239) Al-Albani menyetujui apa yang dikatakan Daruquthni.!
Saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) berpandangan : Rawi-rawi dalam sanad hadits ini semuanya kepercayaan (tsiqah), kecuali Husain bin Waaqid seorang rawi yang tsiqah tapi padanya ada sedikit kelemahan (Tahdzibut-Tahdzib 2/373). Maka tepatlah kalau dikatakan hadits ini HASAN.
KESIMPULAN
Maka dari penjelasan al ustadz ‘Abdul Hakim ‘Abdat di atas, maka doa berbuka puasa yang benar adalah DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL ‘URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (artinya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan/urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, Inysa Allah).
Doa berbuka puasa yang diambil dari hadits yang ke 1,2 dan 3 karena tidak syah (sangat dloif dan dloif) maka tidak boleh lagi diamalkan.
Sedangkan hadits yang ke 4 karena riwayatnya telah syah maka bolehlah kita amalkan jika kita suka (karena hukumnya sunnat saja).
***
Ditulis ulang dari milis As Sunnah online tanggal 03 Maret 2000
NAMUN SETELAH DIBUAT PENYELIDIKAN TIDAK SEMUA TAKHRIJ HADITH DI ATAS ADALAH TEPAT BAHKAN ADA HADITH YANG BERTARAF HASAN.
Sumber : http://hasbullahmafath.blogspot.com/2009/08/telaah-riwayat-hadits-doa-ifthar.html
PENJELASAN :
Awalnya dari kajian Hadits Dlo’if karya Abdul Hakim Abdat pada hadits ke-3 yang menyimpulkan bahwa Do’a ke-3 itu dla’if dan tidak bisa diamalkan. Saya cari menggunakan Software hadits “Al-Jame’ Al-Kabir” dan “Maktabah Syamilah” ditemukan riwayat Ibnu Abi Syaibah ini :
مصنف ابن أبي شيبة ج: 2 ص: 344
109 ما قالوا في الصائم إذا أفطر ما يقول 9744 حدثنا محمد بن فضيل عن حصين عن أبي هريرة قال كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا صام أفطر قال اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت قال وكان الربيع بن خثيم يقول الحمد الله الذي أعانني فصمت ورزقني فأفطرت
Ibnu Abi Syaibah
dari
Muhammad Bin Fudlail
dari
Hushain Bin Abdurrahman
dari
Abi Hurairah. RA
Lalu saya telusuri setiap rawi mulai dari Ibnu Abi Syaibah dst sampai Abu Hurairah. Namun ketika sampai pada rawi Hushain Bin Abdurrahman ternyata tidak ada gurunya yang bernama Abu Hurairah atau Abdurrahman Bin Shakhr (nama Asli Abu Hurairah). Memang Abu Hurairah pernah menyampaikan hadits kepada yang namanya Hushain, tetapi Hushain Bin Al-Lajlaj bukan Hushain Bin Abdurrahman rawi hadits ini.
Setelah sekian lama mencari korelasi antar rawi hadits ini, ternyata bukan dari Abu Hurairah tetapi dari Abu Zuhrah, sebagaimana dimuat dalam Kitab Do’a Muhammad Bin Fudlail ini,
الدعاء لابن فضيل ، اسم المؤلف: أبو عبد الرحمن محمد بن فضيل بن غزوان الضبي الوفاة: 195هـ ، دار النشر : مكتبة الرشد – الرياض – 1419هـ - 1999م ، الطبعة : الأولى ، تحقيق : د عبد العزيز بن سليمان بن إبراهيم البعيمي
66 حدثنا ابن فضيل حدثنا حصين عن أبي زهرة قال كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا صام ثم أفطر يقول ( اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت )
الدعاء لابن فضيل ج 1 ص 237
Alhamdulillah, Allah melindungi kita dari kesalahan ini…
Maka hadits ke-3 riwayat Ibnu Abi Syaibah memiliki silsilah sanad rawi yang sama dengan riwayat Abu Dawud pada rawi Hushain dan Abu Zuhrah/Mu'adz Bin Zuhroh.
Adapun status Muhammad Bin Fudlail dari Hushain dari Abu Zuhrah
- Muhammad Bin Fudlail bin ghazwan bin Jarir : Tsiqat, memang menurut Ahmad Bin Hanbal "ia dituduh syi'i namun Haditsnya hasan." ia juga rawi Al-Bukhari
- Hushain Bin Abdirrahman, tsiqat.
Selanjutnya, saya fokuskan kepada rowi yang dijadikan alasan hadits ini dianggap dlo'if;
Pertama :
“MURSAL, karena Mu’adz bin (Abi) Zur’ah seorang Tabi’in bukan shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (hadits Mursal adalah : seorang tabi’in meriwayatkan langsung dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, tanpa perantara shahabat).
Kedua :
“Selain itu, Mu’adz bin Abi Zuhrah ini seorang rawi yang MAJHUL. Tidak ada yang meriwayatkan dari padanya kecuali Hushain bin Abdurrahman. Sedang Ibnu Abi Hatim di kitabnya Jarh wat Ta’dil tidak menerangkan tentang celaan dan pujian baginya”.
RIWAYAT IBNU ABI SYAIBAH (HADITS KETIGA), DLO'IFKAH ?
Sebenarnya alasan dlo'if yang kedua sudah terjawab oleh Ibnu Hajar Al-'Asqalany dalam Syarah Abu Dawud sbb:
…Mu’adz Bin Zuhrah dan ada yang menyebut Abu Zuhrah Adh-Dhibby At-Tabi’i. Dalam At-Taqrib disebutkan. Seperti asalnya adalah Maqbul, hadits darinya mursal sehingga membingungkan siapa shahabat yang menyampaikannya secara mursal dengan ungkapan “telah menyampaikan kepada kami, sesungguhnya Rasulullah SAW…”
Ibnu Hajar berpendapat: (Abu Dawud) mengeluarkan hadits ini dalam sunan dan “al-Marasil” dengan satu lafadz. Al-Bukhari menyebutkan nama Mu’adz sebagai tabi’in tetapi ia berkata Mu’adz Abu (Zuhrah). Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Hibban memasukkannya dalam ‘rawi tsiqat” sedangkan Al-Syairazy mencantumkannya dalam “shahabat” tapi disalahkan oleh Al-Mustagfiry. Mungkin saja hadits ini “Maushul” walaupun Mu’adz seorang tabi’in karena ada kemungkinan ia menyampaikan dari shahabat, karenanya Abu Dawud memuatnya dalam Sunan nya dan juga dalam “Al-Marasil” (Faidhul qadir V:106)
Sedangkan bantahan yang kedua dimuat oleh al-'Asqalany dalam Tuhfatul Asyraf تحفة الأشراف ج 13 ص 313 antara lain menyebutkan bahwa kalimat BALAGHOHU memungkinkan hadits ini MAUSHUL bersambung sanadnya.
Diantara yang memandang HADITH INI HASAN dan tidak mendlo'ifkannya serta tentunya MA'MUL BIH (bisa diamalkan) termuat dalam :
1. Asnal Mathalib
وينبغي له أَنْ يَقُولَ بَعْدَ وفي نُسْخَةٍ عِنْدَ الْإِفْطَارِ اللَّهُمَّ لك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت لِلِاتِّبَاعِ رَوَاهُ أبو دَاوُد بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ لَكِنَّهُ مُرْسَلٌ وَرُوِيَ أَيْضًا أَنَّهُ صلى اللَّهُ عليه وسلم كان يقول حِينَئِذٍ اللَّهُمَّ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى
أسنى المطالب في شرح روض الطالب ج 1 ص 422
2. Raudhatul Muhadditsin
Abdul Qadir Al-Arnauth menyatakan : "Namun hadits ini memiliki syawahid yang menguatkannya."
روضة المحدثين - (ج 10 / ص 304)
4729 - عن معاذ بن زهرة أنه بلغه أن النبى صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : " اللهم لك صمت و على رزقك أفطرت " .
** د
( الأذكار 162/1 )
** مرسل
** تعقيب : قال عبد القادر الأرناؤوط 1 / 162 : و لكن له شواهد يقوى بها .
Rujuk : http://islamport.com/w/krj/Web/88/4729.htm
3. Badrul Munir. "Hadits ini diriwayatkan pula secara muttasil."
وقد روي هذا الحديث متصلاً أيضاً ، رواه الدارقطني في
( ( سننه ) ) ( 6 ) من حديث ابن عباس مرفوعاً وقال : ' صمنا وأفطرنا '
البدر المنير ج 5 ص 361
4. Tuhfatul Muhtaj : "Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan ia tidak mendlo'ifkannya.
رواه أبو داود ولم يضعفه وهو مرسل
تحفة المحتاج ج 2 ص 96
5. Zadul Ma'ad ; Ibnul Qayyim Al-Jauziyah mencantumkan do'a ini
زاد المعاد ج 2 ص 237
Catatan : Mursal tabi'in (Abu Zuhroh) termasuk mursal yg dimungkinkan dari rawi tsiqat sehingga Abu Dawud memuatnya dalam "Al-Marasil" juga riwayat "Balaghat" ada kemungkinan Maushul seperti riwayat Imam Malik. (Mausu'ah 'Ulum Hadits Syarif, Wizaratul Awqaf,Mesir : 186)
Wallohu A'lam Bish Showwab
Kiriman Subhan Nurdin
Oleh itu, tidak timbul masalah bahawa doa yang kita baca tidak menepati sunnah, atau bid'ah. Kerana ada sandarannya dari hadith Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam.
Selasa, 9 Julai 2013
Hukum Menggunakan Bekas Minuman Arak
Oleh : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Fatwa Mufti Kerajaan 1999
Soalan:-
Unit Kawalan Akidah dan Syara'iah telah menerima aduan daripada orang awam yang ingin mengetahui kedudukan hukum orang Islam meminum lemonade yang menggunakan bekas botol minuman keras Carlsberg. Sehubungan dengan itu, sukacita unit ini memohon kerjasama dari Jabatan Tuan untuk meminta pandangan dan fatwa daripada Yang Dimuliakan Pehin Mufti mengenai perkara tersebut.
Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، واله وصحبه أجمعين.
Apabila disebut minuman keras, ia adalah istilah yang merangkumi pelbagai jenis minuman yang memabukkan, clan setiap yang memabukkan haram dengan ijmii' ulama.Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda menerusi riwayat Abu Musa:
كل مسكر حرام
Maksudnya: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram. " (Hadis riwayat Ahmad,Muttafaq 'alaih, Abu Daud dan Nasa )
Oleh kerana ia daripada jenis cecair, mengikut jumhur ulama, termasuklah ulama-ulama Syafi'iyyah, selain daripada haram diminum, ia juga dihukumkan najis. Imam Nawawi berkata di dalam Minh&j Al- Th&libin h. 15):
باب النجاسة: وهى كل مسكر مائ
Ertinya: "Bab menerangkan jenis-jenis najis: Dan ia termasuklah setiap cecair yang memabukkan"
Ketika menghuraikan perkataan Imam Nawawi ini, Ibnu Hajar menerangkan bahawa setiap cecair yang memabukkan itu termasuklah jenis khamr dan segala jenisnya sarna ada yang diperbuat daripada anggur ataupun nabiz iaitu yang diperbuat selain daripada anggur. (Al- Tuhfah 1/288)
Dalil kenajisan khamr atau arak ini ialah firman Allah Ta'ala:
إنما الخمر والميسر والانصاب والازلم رجس من عمل الشيطان
Tafsirnya: "Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. "
(Surah Al-Maidah: 90)
رجس atau kekotoran arak di dalam ayat ini diertikan oleh jumhur ulama sebagai najis, dan kenajisannya itu tergolong dalam najis mutawassithah (pertengahan). Cara membersihkan tempat yang terkena najis ini ialah dengan membersihkannya sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.
Mengenai dengan bekas botol arak seperti 'Carlsberg', apabila ianya sudah dibersihkan mengikut cara membersihkan najis mutawassithah, maka ia menjadi botol yang suci, dan apa saja jenis makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalamnya adalah suci dan tidak bemajis.
'
CARLSBERG'
Perkataan 'Carlsberg' pada botol adalah cap bagi salah satu jenama minuman keras. Umumnya orang-orang Islam di negara ini turut mengetahui bahawa 'Carlsberg' itu adalah jenama bagi arak.
Dalam siyasah Islamiyyah, adalah menjadi tugas dan kewajipan pihak berkuasa membuang dan mencegah segala kemungkaran dan menghalang terjadinya sebab-sebab kemungkaran itu.
Ketika membahaskan senarai perkara-perkara yang tidak boleh dizahirkan kepada orang-orang Islam oleh orang-orang kafir dzimmi, Ibnu Hajar di dalam AI- Tuhfah 9/301 antara lain berkata:
ومن إظهار منكر بيننا نحو خمر وخنزير وناقوس
Ertinya: “ (Termasuk yang ditegah) ialah menzahirkan mungkar di kalangan kita orang-orang Islam, seperti arak, babi dan loceng gereja. "Mengikut beliau lagi, di antara sebab ia ditegah itu ialah kerana ianya boleh membawa pelbagai kemungkaran. Selain daripada itu, perkara yang turut dilarang sarna sekali tidak boleh dizahirkan ialah syiar atau lambang kekufuran dan kemungkaran. (AI-Tuhfah 9/301 dan AI-Muhgni 4/323).
Oleh kerana 'Carlsberg' itu salah satu daripada jenis minuman keras, maka wajiblah ia dihalang atau ditegah oleh pihak berkuasa daripada zahir atau muncul secara terang-terangan di kalangan umat dan negeri Islam, sarna ada kemunculannya itu menerusi iklan-iklan di media massa, poster-poster, botol-botol minuman dan sebagainya.
Apabila lambang 'Carlsberg' itu terdapat pada barang-barang yang lazim dan biasa terdedah kepada orang-orang Islam, seperti pada pakaian dan botol-botol minuman, dan dibiarkan beredar dan berleluasa di kalangan orang-orang Islam, maka hal ini seakan-akan mempromosi, melaris atau mengiklankan 'Carlsberg' sebagai salah satu jenama arak yang juga menjadi salah satu lambang kemungkaran itu.
Oleh kerana 'Carlsberg' itu arak atau lambang arak, maka dengan membiarkannya terdedah dan beredar di kalangan orang Islam, sekalipun hanya botol atau namanya sahaja (Carlsberg) yang ditampal dan dipamerkan pada mana-mana objek seperti baju dan sebagainya, ini bermakna membiarkan perkara mungkar itu terjadi dalam masyarakat. Hal ini tidak boleh dibiarkan dan mesti dihalang.
Luqman pernah berpesan kepada anaknya sebagaimana firman Allah:
يبني أقم الصلوة وأمر بالمعروف وأنه عن المنكر
Tafsirnya: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar... "
(Surah Luqman: 17)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pemah bersabda:
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطيع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Maksudnya: "Sesiapa yang melihat satu-satu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kekuasaannya), jika dia tidak sanggup atau berdaya, maka dengan lidah (nasihatnya), dan jika tidak berupaya, maka dengan hati (membencinya) dan cara yang terakhir ini, adalah selemah-lemah iman. "
( Hadis riwayat Ahmad dan Muslim )
Bekas Botol 'Carlsberg'
Apabila botol yang bercap 'Carlsberg' itu berisi arak, lalu dizahirkan di kalangan orang-orang Islam, maka di sini ada dua perkara kemungkaran yang terjadi, pertama lambang atau cap 'Carlsberg' itu sendiri dan kedua ialah arak.
Botol semata-mata yang bercap 'Carlsberg' adalah suci, tetapi oleh kerana ianya diisi dengan arak jadilah ia bemajis. Jika arak dibuang dan botol dibersihkan, maka botol itu menjadi suci, akan tetapi masih tetap mengandungi lambang kemungkaran iaitu cap 'Carlsberg'.
Merujuk kepada hukum perkara yang diminta fatwa: Minum oren 'lemonade' menggunakan bekas minuman keras 'Carlsberg', persoalan yang perlu diperhatikan di sini ialah, adakah bekas minuman keras itu sudah dibersihkan mengikut cara mensucikan najis mutawassithah? Jika sudah, maka oren itu boleh dan halal diminum, akan tetapi jika belum, maka oren itu adalah bercampur najis arak, hukumnya najis dan haram diminum.
Mengenai bekas botol 'Carlsberg' yang dipakai atau dipergunakan semula oleh orang-orang Islam setelah ianya dibersihkan dan tidak mengandungi arak lagi, adalah penggunaan tersebut masih saja boleh menimbulkan fitnah atau kesan negatif kepada pengguna-pengguna Islam, dan bahkan juga boleh menghitamkan imej negara Islam sendiri.
Di antaranya:
(a)Akan timbul tohmah atau sekurang-kurangnya sangkaan, bahawa yang diminum oleh orang Islam itu ialah arak.
(b)Tidak syak lagi, ianya masih saja satu promosi bagi jenama arak yang berlambangkan 'Carlsberg' itu.
(c)Menjual minuman oren dan seumpamanya dengan menggunakan botol bekas minuman Carlsberg, boleh dianggap sebagai senghaja menghina Islam dengan menzahir dan mengembangkan syiar minuman keras itu, padahal masih ada banyak lagi botol-botol lain yang boleh digunakan.
(d) Boleh dianggap sebagai melawan hukum Allah dan undang-undang negara serta tidak bekerjasama dengan pihak kerajaan yang telahpun menguatkuasakan pengharaman arak yang meliputi pengedaran dan penjualannya.
(e) Boleh melahirkan tanggapan adanya kelemahan di dalam kerajaan sehingga tidak dapat mengawal perkara-perkara mungkar yang berkaitan dengan arak, padahal kerajaan telahpun mengisytiharkan pengharamannya.
(f) Boleh mendatangkan sangkaan, khasnya bagi orangorang asing, bahawa di negara ini dibenarkan beredar dan meminum minuman keras dengan sebebasnya.
Oleh yang demikian penggunaan botol-botol 'Carlsberg' sebagai botol minuman oren itu adalah perlu dicegah demi mengelakkan kekeliruan serta mencegahnya daripada menjadi satu promosi kepada jenama arak berkenaan
Melarang atau mencegah manusia daripada berada dalam kedudukan yang diragui atau yang boleh menimbulkan tohmah adalah dituntut oleh syara'. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
Maksudnya: "Tinggalkanlah perkara-perkara yang membawa ragu-ragu kepadamu, (dan) ambillah apa-apa yang tidak meragukanmu. "
(Hadis riwayat Tirmidzi dan Nasa 'i Berkata Tirmidzi hadis Hasan shahih)
Sumber : http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=114&Itemid=48
Langgan:
Catatan (Atom)











