CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Jumaat, 3 Julai 2009

Hukum Membaca Surah Yasin Pada Malam Jumaat

Antara amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yaasiin dan tahlilan yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Dahulu kerap juga diadakan pembacaan mawlid pada malam tersebut, kat tempat aku lumrahnya dibaca Barzanji dan amalan ini dikenali sebagai "berjikir" i.e. kat tempat aku jika dikatakan " urang berjikir" maka yang dimaksudkan ialah "orang membaca mawlid Barzanji dan qasidah-qasidahnya. Tapi sekarang, amat langka aku lihat surau-surau dan masjid-masjid kat tempat aku yang masih berjikir malam Jumaat, melainkan dalam bulan Mawlid di mana majlis berjikir meriah. Nampaknya masyarakat aku kini lebih suka nonton tv dari melantunkan pujian kepada Allah dan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu...Allah.

Nasib baiklah, upacara membaca Yaasiin dan tahlilan masih menjadi program utama antara Maghrib - Isya` malam Jumaat kat tempat aku. Tetapi sedihnya kini timbul pula orang yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan serta mengeluarkan fatwa membid`ah-dholalah sesiapa yang melakukannya. Tuan-tuan bayangkanlah dahsyatnya fatwa tersebut, siapa baca Yaasiin malam Jumaat bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat dan setiap kesesatan masuk neraka. Jadi langsung tak langsung, rumusannya sesiapa baca Yaasiin malam Jumaat masuk neraka. Hebat sungguh ilmu mufti ini.

Sudahlah kita ni jenis malas baca Quran, bila nak baca Yaasiin malam Jumaat dah dibid`ahkan. Aduh poning kepalo ese, bisa palak aku, kata orang kampung aku. Daie mende yang menjauhkan orang dari membaca al-Quran? Adakah membaca Yaasiin malam Jumaat itu maksiat ? Adakah majlis membaca Yaasiin tersebut satu kemungkaran ? Takkan nak samakan hukum majlis baca Yaasiin malam Jumaat dengan karnival JomHeboh tempat Tok Shahidan isytihar Perlis Darul Sunnah? Kita biarkan Tok Shahidan terojun dengan labu-labunya, Tok Shahidan daripada hang dok pikiaq nak bid`ahkan orang, elok hang pikiaq mana nak cari duit bayaq hutang Majlis Perbandaran Kangaq. Jangan marah noooo.

Kalau ikhwah masih ingat kat Ustaz Abdullah al-Qari tempohari, kalau kome tak ingat, aku habaq mai sikit bagi refresh hang pa punya memory. Ustaz Dollah ni salah seorang tokoh 'sunnah (baca : salafi)' i.e. adik - beradik golongan kaum muda. Dia ni banyak terjemah buku-buku golongan yang sewaktu dengannya, pernah dianugerahkan dengan Tokoh Ma`al Hijrah Negeri Kelantan (kalau tak silap akulah) dan merupakan besan Tok Guru Haji 'Abdullah bin 'Abdur Rahman, Lubok Tapah. Aku nak habaq mai kat korang, Ustaz Dollah yang mempunyai pemikiran `salafi' telah menulis dalam bukunya "Kursus Qari` dan Qari`ah" mukasurat 145:- "Malam Jumaat : Kedapatan Rasulullah s.a.w. membacakan surah Yaa Siin, ad-Dukhaan dan al-Kahfi." Aku rujuk hangpa semua kepada Ustaz Dollah Qari ni bukan apa, saja nak habaq bahawa dalam kumpulan so-called 'salafi/sunnah' pun ada perbezaan pendapat mengenai hukum baca Yaasiin malam Jumaat. Jadi buat apa nak perbesarkan isu-isu remeh seperti ini. Apa faedahnya? Biarlah hamba-hamba Allah yang lemah macam aku ni membaca Yaasiin malam Jumaat, sebab nak baca tiap malam tak larat. Membaca Yaasiin itu ibadah yang punya sumber dalam Syara`, maka sekali-kali tidaklah boleh dikatakan sebagai bid`ah, jika nak kata bid`ah maka ianya hanya bid`ah dari segi bahasa sahaja. Sunnah membacanya setiap malam, tapi berapa ramai yang kuat atau berkesempatan nak baca setiap malam ? Jadi ikutlah kaedah "apa yang tak leh nak diamalkan semua, jangan ditinggalkan semua".

Bagi kita pendokong ulama mazhab, kita tidak ragu lagi bahawa para ulama kita memandang elok akan amalan tersebut. Imam kita as-Sayuthi dalam kitabnya "Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah" menulis:-

  • Imam al-Baihaqi dalam kitab "asy-Syu`ab" telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., katanya:- Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- "MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)".
  • Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- "MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).

Maka teruskanlah beramal dengan membaca surah Yaasiin yang terlalu besar pahala dan fadhilatnya. Jadikanlah ia sebahagian wirid kamu, siang dan malam, atau setidak-tidaknya pada hari atau malam Jumaat. Janganlah kalian termakan dengan dakwaan pihak yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan. Peganglah ajaran para ulama kita terdahulu, yang berkat mereka hidayah Islam dapat kita rasai sekarang. Penutup posting aku kali ini biar aku nak nukil wasiat Imam al-Haddad, tapi sebelum tu, kalau aku lambat nak update blog, kome bawak-bawaklah bersabo, bukan apa tugasan aku banyak dan masa hanya ada 24 jam, doakanlah kebaikan yeee.

Syaikh Ahmad bin 'Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar, murid Imam al-Haddad dalam karangannya "Tatsbitul Fuad" yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, Imam al-Haddad ada berpesan dengan katanya:-

  • Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan "Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi." Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.
Sumber : Bahrusshofa

Jawapan dari Baheis :
Di antara fadilat membaca surah Yasin ialah:

Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.


“Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.
“Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat,” katanya.

“Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.

“Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.

“Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.

Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.

Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.

Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.

“Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.

“Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya,” katanya.

Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.

Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).

“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.

“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya
.

Sumber : BAHEIS

Bacaan Tambahan :

9 ulasan:

Mohd Al-Amin Daud berkata...

Salam.

Wahabi dan salafi ni dah mati hujjah..duk main pusing benda yg sama..kalau dulu berhujjah dengan semua bidaah tu sesat..skrg depa bagi kepada bidaah drpd segi lughah dan ibadah..

Dulu kata baca yasin bidaah skrg kata kenapa dikhususkan di malam jumaat?cuba suruh bagi satu hari yg tidak dikhususkan?kalau baca malam ahad..khusus malam ahad..kalau baca tiap2 hari2,,khusus tiap2 hari..jadi bgtahu satu hari yg kita baca dgn tdk dikhususkan..

Kalau dia kata baca bila2 sahaja..maksudnya kita khususkan kepada bacaan secara tidak tetap..bila2..dan bila2 tu hari apa??

Kesudahanya kita tidak akan dapat lari daripada satu hari dalam seminggu..maka ulama' memilih malam jumaat yg disebut sbg sayyidul ayyam..

Khususkan di malam jumaat tidak mengubah hukum sunat menjadi wajib..tidak ada seorang pun yang mengatakan wajib baca malam jumaat..wahabi sahaja yg suka pusing fakta..

Jika kita khususkan pakai serban setiap hari..ke mana sahaja berserban..apakah itu dikira sebagai mewajibkan serban?

Ah,,dangkal sungguh pemikiran golongan anti ulama' ini..semoga kita tidak mudah terpengaruh dengan pandangan sebegini..

Musa Mohamad berkata...

assalamualaikum, afwan ya akhi.

ibnu jauzi,az-zahabi dan lain2 ulama jelas mengatakan bahawa hadis tentang membaca yasin pada malam jumaat adalah palsu semuanya.

jadi buanglah hadis di dalam artikal anta 2..

nak baca yasin boleh je malam jumaat ke malam apa ke, tetapi pendustaan atas Rasulullah s.a.w tidak boleh di lakukan.

jd itulah harapan ana pada anta supaya membuang hadis yang palsu itu..

thanks..jgn marah karana ana menegur.

IbnuNafis berkata...

Membuang hadith palsu ? Boleh saya tahu atas dasar apa anda berkata. janganlah tiba-tiba kata palsu tanpa datangkan hujjahnya. Itu namanya membuat tuduhan palsu.

Terima kasih ya Musa.

SKSB berkata...

kalau nak cakap hadis tu palsu pun bagi la sumber dalil yang jelas.jangan kelirukan masyarakat dengan ilmu yang ada pada awak sorang.kalau setakat baca dalam web saja tak cukup la ustaz musa.saya bukan ahli hadis tapi bila dengar orang cakap hadis palsu risau pulak orang tu anti hadis.tolong lah en musa jelaskan lagi pasal hadis baca yasin ni.

arisktensai berkata...

assalamualaikum..

wahai saudara musa..saya juga pernah membaca bahawa hadis yg dinyatakan di atas adalah palsu dengan alasan bahawa tidak diketahui asal usul dan sanadnya..

kepada penulis..jika hadis yg saudara catatkan di sini benar-benar sahih, mengapa tidak dinyatakan dari mana asal usulnya seperti dari kitab mana..bab yang mana, hadis no ke berapa..

hanya sekadar memberi pendapat..bukan untuk menilai sesiapa..hanya bertujuan untuk memahami mengenai agama Allah yakni islam..

tq..peace

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum,

saya bukan orang yang pakar hadith untuk menyatakan hadith di atas adalah sahih. Bila disebut tidak diketahui tiada asal dan sanadnya (ia bukan menjadi hujjah hadith tersebut sudah menjadi palsu).

Sila berhubung dengan Ustaz Zamihan Al Ghari mengenai hadith-hadith yang disebut di atas.

Hadith sahih kelebihan membaca yasin :


Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."


(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Nor Hasliza berkata...

Salam...
kalu nk kira bid'ah, byk la bid'ah..pkai keta pun bid'ah...pkai tai pun bid'ah...bce yaasin xslh...bila2 pun bleh bce, cme jgn tetapkan pada hr2 tertentu..wallahua'lam.

Krongthip Mahalakorn berkata...

Assalamualaikom wr.wb.
Saya numpang usrah. Saya ni bukanlah ustaz hanya sekadar muqollid yang mengikut Mazhab.
Persoalannya nak tanya:-
1. Adakah salah membaca Yasiin pada malam jumaat?
2. Adakah membaca Yasiin pada malam Jumaat itu mendatangkan maslahah atau keburukkan pada umat?
3. Adakah ada antara ulama dalam mazhab Shafie bertegas memestikan malam Jumaat kena baca Yasiin?

Dalam ugama tiada paksaan apatah lagi membaca Yasiin. Perkara ini sebenarnarnya kesepakatan alim ulama sebagai mengambil tabarruk malam Jumaat. Kan hari Jumaat itu penghulu hari dalam seminggu dan banyak pula kelebihan berbanding hari lain.Cubalah cari fadhilatnya banyak.
Waktu dibaca selepas maghrib menunggu I'sya'.Jadi bagi mengisi
waktu yang singkat tu amalan apa yang sesuai? Nak baca surah sejadah pendek cepat sangat. nak Baca suratulkahfi panjang sangat.
Jadi sesuailah para a'liman memilih Yassin kemudia bertahlil supaya masa terluang itu dapat dimanfaatkan untuk mendapat redha Allah.
Ada juga masjid atau surau pada malam jumaat biasanya malam off kuliah. Menggantikan program kuliah itulah aktiviti membaca Yasiin dilakukan.

Perkara ini sengaja dibesar-besarkan pihak Wahhabi untuk menunjukkan orang lain salah dia betul. Selain Yasiin ini ada lagi
pertikaian mereka iaitu mengenai bacaan surah sejadah dalam solat subuh hari Jumaat. Membaca surah sejadah dan Hal ata ini Rasulullah lakukan. Dia pertikai lagi mengapa baca surah sejadah pada hari Jumaat sedangkan surah lain ada.
Inilah cara orang tak berilmu berbantah. Bila nabi buat dipanggil Sunnah dan bila kia menurut sunnah kita bukan sahaja mendapat pahala tetapi mmemuliakan Rasulullahd s.a.w dan menurut pperintah Allah supaya memuliakan rasulullah s.a.w.
Bagi golongan awam seperti kita jangan mudah menuduh sesebuah itu palsu. Bila ada perbahasan atau ada perbedaan pendapat antara muhaddithin mengenai sesuatu hadith
maka gologan awam seperti kita yang baru kenal alif .ba'. ta, jangan cepat berburuk sangka atau jump to conclusion.Rujuklah kepad yang ariff.
Jangan kita jumudkan fikiran kita seperti Wahhabi. Wahhabi ni kalau bebicara Asma Wash Sifat tak boleh takwil sehinggakan umat Islam Abu Dhabi di kafirkan keran di sana berpegang kepda Mazhab Maliki. Guru Utama Wahhabi Ibnu Taimiyah melakukan takwil malah takwilnya berbeda pula pada ayat yang sama. Tiga kitab 3 takwilan berbeza tapi tidak pula mereka membidaahkan. Begitu juga yang menyangka Imam2 di Masjidil haram mengambil sumber tanpa putus dari rasulullah itu sebenarnya tidak betul. Mereka itu adalahmurid kepada murid kepada murid Muhammad bin Abdil Wahab yang merupakan pengasas Wahhabi. Ada hadith nabi mengingatkan umat semenjak dulu lagi mengenai kumpulan ini dan Nabi s.a.w. melarang terlibat dengan kumpulan ini. Dari dulu lagi nabi s.a.w dah beri ingatan fasal badui Nadj ini.
Fahamannya ditolak oleh bapanya sendiri Sheikh Abdil Wahab dan abangnya Sheikh Sulaiman Abdil WAhab melalui lisan dan tulisan.

Janganlah terpengaruh dengan ajaran songsang wahhabini. Kalau tak mahu beramal janganlah melarang orang lain beramal dengan membida'ah amalan orang lain. Tak payahlah jaga kubur orang lain tapi jagalah kubur sendiri.

Al_fatih berkata...

Assalam..
wah ternyata komennya banyak yg bermasalah nih... tak kira ternyata orang malon ngebahas yg macam ni sampe begitunya... saya orng palembang indon, kami punya muhammadiyah ,nahdatul ulama, dan beberapa lain... tak pernah mempermasalahkan bid'ah ini... yg pasti ayat jangan dikultuskan salah satu saja karena Al-qur'an saling menunjang satu dan lainny...
yang harus kalian masalahkan adalah "lebih baik faham 1 ayat daripada tidak sama sekali"... hari jum'at adalah raya bagi umat islam jadi kenapa tidak membaca ayat Al-qur'an pada malamnya, orang yang suka yasinan tiap malam jum'at jangan dimasalahkan yg masalah adalah orang yg tidak pernah membaca ayat Allah tapi sok ngomongin bid'ah...
kalian harus tahu dulu apa itu bid'ah dan kenapa dikatakan bid'ah... rosul pernah bilang kejarlah ilmu ke negeri cina, lah kalau kita belajar sempoa sedang rosul tidak bisa masa' dibilang bid'ah, sedang rosul menyarankannya...
orang baca Al-qur'an surat yasiin kok bid'ah...ada2 saja...
wassalam...

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan