CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Khamis, 1 Mac 2012

Buku 40 Hadith Popular Palsu YANG PALSU



Buku ini telah tersebar di pasaran. Diterbitkan oleh PTS. Dan menurut penulis buku ini bahawa hadith yang didedahkan di dalam bukunya kesemuanya darjatnya adalah PALSU.

Adakah pendedahan penulis ini benar keseluruhannya ? Marilah kita sama-sama menelusuri hadith-hadith yang dihukum sebagai palsu di dalam buku terbitan PTS di atas :

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :

Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

 Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab shu'ab al iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mizzi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

 شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)

 أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

 جامع الأحاديث – (5 / 2)

 اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .

 مسند البزار – (1 / 55(

 وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

 الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86(

 الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

 والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis ini tidak palsu. Bahkan, banyak ulama' menilai hadis ini sebagai hasan seperti Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari. Sebahagiannya menilai hadis ini dha'if. Tetapi, tidak sampai tahap maudhu'.

Komentar dari Ustaz Al Faqir Azam :

Al imam alHafiz Sayyid Ahmad Siddiq alGhumari ada tulis kitab tentang kesahihan ini dalam kitabnya " Fathul malikil Aliy bisihhati hadith Babu Madinatil Ilmi Ali" ianya telah ditahqiq seorang Muhaddith di tarim yaman, iaitu al Habib alMuhaddith Dr. Alawi bin Hamid bin Muhammad bin Syihabuddin.

Memang benar sebahagian hadis yang disahihkan imam al hakim dalam mustadraknya ada kelonggaran dan dikrtitik ulama. Tetapi penulis tidak boleh hanya melihat satu sanad sahaja. Yang dilemahkan azZahabi adalah sanadnya. Cuba baca syawahid dan mutabaat bagi hadith ini yang menguatkannya lagi riwayat imam at tirmizi itu sanadnya hasan.

Berkata Imam as-Suyuti dlm alJami' al-Kabir, "aku pernah menjawab tentang hadis ini lama dahulu bahwa ianya hasan sehingga aku mendapati tashih(pensahihan) Imam Ibnu Jarir bagi hadis Ali ini di dlm Tahzib al-Athar....maka aku beristikharah kepada Allah dan aku meyakini dengan penaikan status hadis dari darjat hasan kepada darjat sahih.."

Menurut alHafiz Sayyid Ahmad al-Ghumari ketika membentang riwayat2 dan jalur sanad yang banyak bagi hadith ini dan komentar para huffaz dan nuqqad tentangnya, sebahagian mengatakan ianya hasan dan sebahagian mengatakan ianya naik kpd martabat Sahih li ghairihi.

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih .

Memang yang selalu kita dengar tentang kelebihan solat terawih pada setiap malam tu ada yang palsu. Namun ada juga hadith sahih yang menyatakan kelebihan solat terawih. Penjelasannya di sini : Fadhilat-fadhilat Sahih Solat Terawih

Hadis ke-15: " kita pulang dr jihad yg kecil kepd jihad yg besar".Para sahabat bertanya:"apakah jihad yang paling besar?"Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati( memerangi hawa nafsu)"

 Hadith ini juga bukan palsu bahkan sanadnya adalah sahih. Penjelasannya di sini : Status hadith : Jihad Al Akbar - Memerangi Hawa Nafsu

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmat

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Munawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyruwa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :

Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya. 

Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu 

Hadith ini bukan palsu. Sebab ada hadith yang bererti : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya".


Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin.

Tidak semua hadith mengenai kelebihan membaca Surah Yasin adalah palsu. Ada hadith sahih kelebihan membaca surah yasin.

 Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


 "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

 (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).

Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

 Rujuk : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

 Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

 Ini bukan hadith palsu

Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu :

 قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :
  "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali" 

(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)

 Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))

 Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat 

 Dijelaskan oleh Ustaz Ayman Akiti : di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa.

Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut: عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)

 Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta'ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat. Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:

 وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

 Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

 Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya. Penjelasannya ada di sini : Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah jelas buku di atas amat bermasalah dan melakukan jenayah ilmiyyah dalam hadith yang amat dahsyat sekali. Kepada asatizah/para pelajar/ibu ayah agar berhati-hati dalam membeli buku agama di pasaran. Apa akan jadi kepada anak-anak kita pada masa akandatang yang membentuk masyarakat dan Umat Islam apabila didedahkan dengan penulis yang mengelirukan umat Islam dan melakukan jenayah Ilmiyyah samada dalam perkara aqidah dan hukum hakam ?

Tolong sebar-sebarkan sebagai langkah mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wallahu'alam

14 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Admin berkata...

Assalamu'alaikum,

mencegah perkara yang mungkar dan mengajak perkara yang ma'ruf tiada istilah terlambat.

Jangan terlalu pesimis seolah-olah sudah tiada ulamak dan asatizah yang memperjuangan kebenaran hingga hari kiamat.

Tetap jalankan tanggungjawab memberitahu, menasihati, menyebarkan, memperjelaskan, mendedahkan, menyampaikan. Usaha perlu diteruskan. Doa dan kemudian baharulah bertawakkal kepada Allah.

Mufarwa berkata...

masyallah. ana sudah beli buku ini dan sudah mengkhatamkannya. ana kurang dalam bab bab ilmu hadis. dan menjadikan semua ulasan penulis itu sebagai pegangan ana. Astaghfirullah. ana harap enta dapat huraikan satu per satu semua hadis2 yang telah diberikan oleh sang penulis buku itu. tolong ya. dan kalau boleh,karanglah satu buku untok menyelar kembali apa yang diperkatakan di dalam buku itu.

Unknown berkata...

Assalamu'alaikum....mohon untuk copy artikel ni untuk disebarkan....

Unknown berkata...

Assalamu'alaikum....mohon untuk copy artikel ni untuk disebarkan....

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini berkata...

Salam.
Saya cadangkan tuan agar menulis sebuah buku khusus bagi menjelaskn kembali kedudukan hadis tersebut bagi mengelakkan ummat terus terpesong dengan penerangan yang salah.

Admin berkata...

Assalamu'alaikum, sila tuan PedangSkan untuk sebarkan perkara ini kepada umat Islam yang lain.

Ustaz Mohd Abd Rashid dan saudara Mufarwa Insya Allah nanti kami akan tanyakan kepada asatizah yang dapat membukukannya. Doakan ya. JazakumuLlahu khairan kathira.

smaqmal berkata...

Setahu ana hadis menuntut ilmu sampai negeri cina dan beberapa hadis yg lain hadis yg doif. walaupun (lemah) tak berhak mengatakannya maudhu' (palsu). ulamaq dari al-azhar (afwan lupa namanya) pernah ceramah tentang hadis ini di rumah Habib Ibra Benyahya Kuantan tahun lalu. di al-azhar pelbagai cabang2 dan ulamaq di dalamnya dari pelbagai mazhab. tapi tak pernah seorang pun yang memberi taraf palsu pada hadis tersebut. Beliau hairan mengapa diluar sana dan dilakukan oleh golongan profesional ustad (prostad) lebih berani dari ulamaq dan ilmuwan di Al-Azhar dan seumpama dengannya.

mahar berkata...

Akum wbt...ana setuju dengan admin blog ni...ana ada beli buku ni sebb tengok tajuk macam best...tp bila dibaca agak timbul beberapa persoalan...bila dirujuk dalam kitab2 muktabar...sesetengah hadis yg penulis buku ni kata palsu memang ada disebut...kalau malas nak baca kitab2 tu...bleh baca dan cari kat maktabah syamilah...semua ada...bagus admin kerana menerangkann akan hal ini..barakallah...teruskan usaha..ingatlah disana yang makin tinggi ilmu pengajiannya hatta dpat phd, prof dan sbgnya...jgn diperkecilkan ulama2 dahulu,,,

Unknown berkata...

Alhamdulillah tidak beli bukunya karena itu2 saja

BRM.Galaxy.Tab berkata...

Buku ini telah banyak dipromosikan dalam facebook. Ramai yang dah terbeli. Elok kiranya pautan ini turut dipromosikan bagi mengibgatkan orang ramai tentang kekhilafan buku itu.

Hunny Kitty berkata...

saya setuju dengan BRM.Galaxy.Tab ....(takut pula rasanya bila tak cukup ilmu tentang hadis ni tapi mahu bercakap mengenainya)

Delisha Haseena berkata...

salam, saya dah baca buku ni. saya nak tanya.. mcmne pula tntg kisah ikrimah yg tlh mmbuatkn ibunya trasa hati lalu ketika mati nazak Rasulullah trpksa bakar mayatnya.. hadis ni dikatakan palsu di dalam buku ini... mohon pnjelasan. shukron

ARIFIN66 berkata...

Wahai sahabat semua,
Kita ada tugas besar untuk membenteras pemikiran golongan yg cuba merosakkan minda Ahli Sunnah di akhir zaman ini. Golongan yg merasakan diri mereka lebih bijak dan lebih baik dr ulama terdahulu. Lalu di keluarkan idea dan fatwa baru. Berhati hatilah. Jika anda menerima bulat2 bermakna anda menidakkan golongan ulama terdahulu yg bukan sekadar berilmu dan beramal dgn ilmunya tetapi bermakrifat khassah yg jarang ada pd ulama sekarang. Mereka bukan sekadar menggunakan ilmu mereka saja tetapi juga menggunakan makrifatullah dlm setiap perkara termasuk juga menilai dan memutuskan benar tidaknya sesuatu perkata itu.