CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Selasa, 3 November 2009

Isu Dr Asri : Antara Yang Hak Dan Yang Batil

* Terkini : 4.50 petang 9/11/2009

Sahabat saya (abang lan) meminta mengulas mengenai isu ini. Di dalam akhbar heboh menceritakan mengenai penangkapan Dr Asri oleh JAIS kerana memberikan ceramah atau kuliah agama tanpa tauliah dan sebelum kejadian itu pula terdapat memorandum yang dihantar oleh NGO Islam yang ditandatangani antaranya oleh :

Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –

1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia

2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan

3. Yayasan Jenderami

4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)

5. Persatuan Peguam Syarie Malysia

6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia

7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

9. Jemaah Islah malaysia (JIM)

10. Persatuan Ulamak Malaysia

11. Yayasan Paksi Kedah

12. Persatuan Ulamak Kedah

13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Mengenai tauliah ada juga yang bertanya, mengapa mengajar agama perlu ada tauliah ? Bagi saya Islam mengajar kita kaedah : mencegah lebih baik dari merawat, dan ia adalah sebahagian dari usaha jabatan-jabatan agama untuk menjaga kemaslahatan ammah. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya mengajar ajaran yang menyeleweng walaupun atas dasar beliau ada PhD sekalipun atau bekas mufti.

* Setelah saya memeriksa di Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, rupa-rupanya Negeri Perlis juga menjalankan tindakan yang sama terhadap mereka yang tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama. Iaitu :


"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-

Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya

Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya

* Boleh tangkap tanpa waran

[dinukil dari http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm ]


Persoalan : Semasa Dr Asri menjadi mufti di Perlis beliau juga pernah menghalang tiga tokoh Ulama Mazhab Syafie dari Yaman untuk memberikan ceramah tanpa tauliah. Oleh itu, mengapa Dr Asri sendiri tidak dapat mengikut undang-undang di negeri lain pula ?

Zaman ini, ramai yang mengaku pendokong al Quran dan sunnah tetapi salah ajaran. Malahan ada yang mentafsirkan al Quran mengikut aqal sendiri seperti laman blog yang merbahaya ini : Http://manatuhanallah.blogspot.com. Sekiranya dibenarkan siapa sahaja mengajar tanpa tauliah yang khusus, Ayah Pin, Anti Hadith, Ajaran Kahfi pun boleh menyampaikan fahaman mereka. Maka apa akan jadi pada pemahaman rakyat jelata ?

Jadi sementelahan hanya mendengar banyak pihak yang menyokong Dr Asri, mengapa pula kita tidak mendengar penjelasan JAIS mengenai penahanan beliau ?

Bagi mereka yang sudah banyak mendengar penjelasan dari Dr Asri mengenai memorandum yang dihantar oleh NGO Islam di youtube. Maka saya juga ingin mengajak mereka yang benar-benar inginkan kebenaran agar menilai pula pandangan sisi lain mengenai Dr Asri selama ini. Sila Klik :

1. Hakikat Sebuah Kebenaran : Tugas Membela Mufti Yang Difitnah

2. Wahai Dr Asri Tolong Jangan Memperlekehkan Ulamak

3. Sheikh Nuruddin Al Banjari Menjawab Isu Hadith Musalsal Bil Musafahah Yang Dibangkitkan Oleh Dr Asri

4. Belajar Menyelidik Sebelum Terima Bulat-bulat Dan Menghukum

5. Tanggapan Kembara Ilmu Ke India - DR MAZA

6. Mereka (Kristian) Hendak Menggunakan Kalimah ALlah ?

7. Sanggahan Pengikut Imam Abu Hasan Al Asy'ari Terhadap Dakwaan Dr Asri

8. Komen Terhadap Artikel Islam : Antara Nas Dan Pendapat Tokoh

9. Komen Terhadap Artikel "Islam Antara Nas Dan Pendapat Tokoh" (Dr Asri)

10. Dr Asri Perlu Ditakdibkan (diperadabkan) - Ketua Pengarah Jakim

11. 'Krisis' Agama Rugikan Umat

12. Asri Wajar Ditahan, Tidak Ikut Undang-undang

14. Sultan Tegas Isu Tauliah Ceramah

15. Mufti Pahang Sokong Tindakan Jais

16. Soal Jawab Agama : Perbezaan Furu' Bukan Pemecah Belah

17. Isu Dr Asri : PGSM Pertahan Memorandum, Tiada Permohonan Maaf

18. Tauliah Elak Penyelewengan

19. Memahami Isu Penangkapan Dr Asri

20. Dr Asri Mungkir Janji

21. Bukti Dr Asri Pernah Menghalang Ulamak Menyampaikan Ilmu Di Perlis Semasa Menjadi Mufti

22. Penceramah Agama Di Johor Perlu Kebenaran Maij

Isu ini masih belum selesai, dan saya dapati Dr Asri meraih simpati oleh ramai tokoh politik malahan juga ilmuwan agama. Walaubagaimanapun, saya percaya yang hak tetap akan datang, dan yang batil akan padam jua.

Semoga terbukalah minda dan mata hati. Nilaikan dengan neraca kebenaran, bukan dengan taksub dan taqlid buta.

Begitulah, bila dahulu perlekehkan ulamak lain, perlekehkan mufti lain. Mungkin ALlah nak tunjukkan sesuatu pada Dr Asri.

Mengapa akhirnya perlu ditunjuk Ijazah itu..

Mengapa ada memorandum sehingga seramai itu NGO yang membuatnya.

Mengapa didedahkan akhirnya siapa Dr Asri

Mengapa dirinya dilihat menguasai suratkhabar

Ditunjukkan juga siapa yang mahu berfikir, dan siapa yang hanya menerima sahaja membuta tuli.

Mengapa beliau perlu mempertahankan dirinya,

Mengapa mufti juga menegur

Mengapa orang awam pun menunjukkan bukti kesalahannya

Mengapa juga ramai yang menyokong di dalamnya adalah parti politik semata-mata bahkan SIS yang diketahui adalah amat memusuhi al Quran dan Hadith. Sehingga pernah menyatakan Al Quran perlu ditafsirkan semula.

Cantik teguran ALlah itu, buat dia, buat kita semua.

p/s: dalam berbicara isu yang masih hangat ini, jangan dilupa ada perkara yang lebih besar Umat Islam di Malaysia yang perlu diutamakan.

Saya membenarkan kepada sahabat yang lain yang mencari kebenaran agar dapat disebarluaskan pendedahan di dalam artikel ini. JazakumuLlah.

14 ulasan:

Nurul berkata...

saya sokong penulis dlm isu ni. Allah knows best. Allah akan tunjuk kebenaran. Amin.

Saya takkan sokong Islam liberal. Manaleh amik mana yg kita nak dan buang mana yg kita taknak? Al-Maidah ayat 3 kata harini dah sempurna semua, redha Islam jd agama kita. Islam, Islam la. Nak tambah hadharila liberal la apala. Wallahua'lam. Org takde ilmu mcm saya ni, inila pandangan saya.

JAKIM bkn bodoh2. Kita org Malaysia kena bersyukur sebab institusi keislaman kat sini bagus. Janganla nak menentang je keje. Cubala terima dengan hati terbuka and guna akal utk fikir baik2. Kalau duduk kat negara yg takder pembelaan untuk org Islam, bru tau. I've travelled, I've saw, I've understood.

Allah knows best.

abdrahman mohdtharin berkata...

saya bersetuju penangkapan dr asri tu,,

jika jais gunakan alasan kerana beliau menyebarkn ajaran awahabi pun adalah perkara ygn boleh diterima.

allah a'alam

Pencinta Ilmu berkata...

Assalamu 'alaikum wrt.
Salam perkenalan. Saya sangat gembira dapat jumpa blog ni. Isinya cukup baik ,ilmiyyah tapi mudah dihadam.Mempertahankan aqidah ASWJ dokongan Imam Abu Hasan Assa'ari dan Abu Mansur Al-Maturidiy tapi masih dalam mengekalkan adab ulama.
Sebenarnya, pada pandangan saya, kekecohan yang timbul akhir-akhir ini tentang ajaran tajsim, talfiq mazhab sesuka hati, tabdi' sana-sini adalah suatu ujian Allah kepada umat ini. Golongan ulama' tak ramai. Jadi bila timbul fitnah sebegini, maka dapatlah kita kenal ulama' ASWJ yang selama ni , tak kenal pun. Alhamdulillah, mereka berperanan juga dalam menangkis keraguan dan kekeliruan fahaman intelektual agama yang mula tersebar di merata ceruk negara. Dulu, golongan ini ramai jugak masa sebelum dan awal kemerdekaan, tapi para ulama' ramai. Mereka low profil tapi bila berhujah, golongan tajdid agama initak berkutik lagi. Sekarang, begitu juga. Jika kita gagal, bermakna ulama' di kalangan kita sudah makin tandus. Maka perlulah di'jihad'kan meghasilkan ulama' yang khatam kitab jauharah tauhid, ummu barahin, al-munqiz minad Dhalal, khatam ummahatul tafasir, khatam talaqqi fathul bari dan syarah sohih muslim, khatam syarah kitab ihya', khatam kitab minhaj imam nawawi dan syarahnya dan lain-lainnya. Jika tidak, golongan yang belajar 'tebuk-tebuk' dan 'ceduk-ceduk' kat universiti tu (macam aku jugak, kata belajar kitab tafsir itulah, hadis itulah, walhal tebuk dan exam dan lulus)akan berleluasa 'memberi fatwa' di mana-mana. Mereka tidak 'ihathoh' ilmu. Senang memberi kenyataan di kalangan orang awam. Tidak jaga fitnah ilmu itu sendiri. Dulu kat kampung saya ada seorang ustaz balik dari mesir yang keras. Mentabdi' aja. Namun berkat usaha beberapa ustaz dan ulama' tua yang low profile akhirnya, dia capai microphone dan berkata, aku 'taraju' ' kata-kata akau dulu. Dia sudah mula insaf dan berlapang dada. Wahai ulama', di mana kalian ketika anak muda yang ketandusan tasawwuf ini 'bermain-main' dengan ilmunya? Wahai para ulama'? jika anda semua mati nanti, adakah lagi ulama' asyairah dan maturidiyyah yang akan membela kami? Tolonglah kami...

Khairul Rrijal berkata...

Assalamu'alaikum

Saya nak tnya ustz,adakah penangkapan Dr Asri adalah kerana beliau tidak ada tauliah semata2 ataupun dia dikatakan berfahaman 'wahabi'. jikalau beliau berfahaman dengan fahaman yang kena dengan citarasa pihak JAIS tetapi belia tidak ada tauliah, adakah beliau akan di tangkap?

apakah usaha yg dilakukan oleh pihak JAIS dalam memastikan kuliah ilmu yg di sampaikan di msjid Sri Petaling yg giat dijalankan saban minggu,bulan dan tahun benar2 di sampaikan oleh org yg bertauliah?

apakah semua syeikh2 yg mengajar di masjid Sri Petaling adalah org yg bertauliah?

apakah ada sebarang penangkapan oleh pihak JAIS terhadap syeikh2 tidak bertauliah yg mengajar di masjid ini?

Jika benar Dr Asri berfahaman dengan fahaman yg menyalahi ASWJ, kenapa tdak ada sebarang usaha yg dilakukan oleh badan2 agama seperti JAKIM untuk memanggil Dr Asri dan mengatakan "hentikan kuliah anda, kerana anda menyalahi ASWJ"

kalu benar2 pihak badan2 agama menyedari tgtng bahayanya fahaman Dr Asri,kenapa tidak ada usaha untuk berdepan dengan Dr asri bagi menjelaskan fahaman beliau sangat bahaya dan seterusnya berdebat dengan beliau?

JomFikir berkata...

Assalamu'alaikum khairul rijal,

sila baca sampai habis artikel di atas, anda akan dapat jawapannya.

Terima kasih

Khairul Rrijal berkata...

Assalamu'alaikum

Untuk pengentahuan tuan blog,Dr Asri bnyk menulis buku,antara bukunya ialah : Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian” (2003),Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah (2004), Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya (2004), Arus Tajdid: Fikrah Merentasi Jemaah (2007) dan bayak lagi.

Oleh itu sangat ingin mecadangkan dengan segala hormatnya tuan blog dan geng2 tuan blog seperti ustaz zamihan menulis dan menerbitkan buku yg menjawab kesemua buku tulisan Dr Maza, buktikan pemikiran, tulisan dan fahamanya bercanggah dengan apa yg tuan blog rasa btul.

Klau setakat tulis dalam blog je......emmmm sape2 pun bleh tlis kn,dan sape2 pun bleh menyembunyikan identitinya agar beliau tdak bleh d pertanggjwabkn dengan tulisannya.

Jadi buatlah tulisan yg berbentuk formal sperti mnulis buku dan d jual kpada org rmai....

Kalau x mampu,terima sajalah lah hakikat bahawa sebenarnya Dr Asri tdak menyeleweng,ttpi kerana kejahilan kitalah,myebabkan kita tdak mmpu melihat kebenaran.

syukran

JomFikir berkata...

Assalamu'alaikum,

Kasihan juga kepada anda khairul rijal, anda datang ke sini hanya untuk taksub sahaja dengan Dr Asri.

Anda tidak pula membaca blog ini. Kami sudah bawakan banyak sumber dan buku-buku bukan sahaja menjawab Dr Asri bahkan juga memperjelaskan kefahaman akan tuduhan-tuduhan wahhabi salafi berserta jawapannya.

Sungguh saya kasihan kepada anda. Semoga dijauhkan daripada sikap taksub dan fanatik kepada seseorang.

Sheikh Fuad Kamaluddin dari Yayasan Sofa yang sudah menulis 115 kitab pun tak pernah bongkak dengan hasil penulisannya.

IbnuNafis berkata...

Khairul Rrijal berkata...

Assalamu'alaikum

Anta ckap mcm 2,buku 'Siapakah Ahli Sunnah Yang sebenar' yg ditulis oleh Dr Azwira pun ustz Zamihan x jwab lgi,pdahal buku 2 khas di tuju untuk menjawab tomahan ustaz Zamihan

Ustaz Zamihan x ajak anta bergabung untuk menjawab balik buku 2 ke?kesian anta dan ustz Zamihan

-----------------------------------

Astaghfirullah,

Nampaknya Khairul Rijal datang ke blog ini pun bukan hati yang jernih atau memerhatikan pendapat orang lain.

Tetapi hanya membawa provokasi dan batu api. Selepas ini saya delete pos saudara Khairul Rijal kerana nampaknya tidak menghormati blog orang lain.

Maaf dan terima kasih ya..

al_madd berkata...

salam ustaz..

apa pandangan ustaz mengenai dakwaan PPGM memohon maaf kepada dr asri atas memo itu??
benarkah?

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum tuan al Madd,

PPGM atau PGSM ya ?

Adakah ini berita terbaharu pula tuan..? setahu saya PGSM tidak meminta maaf memandangkan Dr Asri memungkiri janjinya untuk tidak menghebahkan pertemuan tertutup semasa Datuk Jamil Khir menjadi orang tengah.

Tuan boleh merujuk di laman web PGSM : http://peguamsyarie.org/?p=1251

Kalau PPGM saya tak tahu pula tuan..

WaLlahua'lam

al_madd berkata...

Salam..maaf lambat balas...busy kuliah..

maaf..salah taip..PGSM yang minta maaf..

http://drmaza.com/home/wp-content/pgsm_maaf1.jpg

saya rasa macam surat ini palsu ja...minta pandangan ustaz...

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum tuan al madd,

Mengenai surat tersebut saya tidak tahu samada ia palsu atau tidak, ia perlu dibuat oleh pakar forensik bahagian jenayah untuk memastikan ketulenannya (program televisyen seperti CSI).

WaLLahua'lam

Aku insan yang kerdil di sisiNya.. berkata...

~ http://banterasrasulpalsu.blogspot.com ~

Salam..
Tumpang tanya...adakah KITA aware akan sebaran ajaran sesat ini?
Nampaknya pihak JAKIM memandang sebelah mata, kerana cabaran demi cabaran dari al kazzab ini membuatkan ramai org hilang akan kewibawaan pihak berkuasa tempatan...
Bagaimana pula dgn KITA?
Trimas...

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum,

bila kita ada maklumat maka salurkanlah kepada pihak berkuasa, Jabatan Agama Negeri. Bekerja sebagai binaan yang saling lengkap melengkapi dan teguh meneguhkan antara satu dengan yang lain. Jadi tidaklah kita hanya menunding kerja membanteras fahaman yang menyeleweng hanya untuk golongan tertentu sahaja.

Bila cukup bukti, buat laporan, dan suruh mereka ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih di atas pemberitahuan. Sama-samalah kita flag blog berkenaan. Buat masa ini saya perhatikan blog yang hendak diflag sudah didelete ? Kemungkinan atas usaha sahabat yang prihatin seperti tuan telah membuahkan hasil.

Jangan segan ya untuk berkongsi maklumat yang penting. Demi menjaga aqidah dan maslahah umat Islam.

JazakaLlah. :)

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan