CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Khamis, 27 Jun 2013

Sheikh Nuruddin Al Banjari dan PenCINTA ILMU dizalimi ?




Sheikh Nuruddin adalah salah seorang alim ulamak yang gigih dalam menyebarkan ilmu bukan sahaja kepada para pelajar di Universiti Al Azhar dari pelusuk nusantara seperti Malaysia, Indonesia bahkan juga kepada umat Islam di Malaysia khususnya. (Biografi al Fadhil Sheikh Nuruddin al Banjari sila klik - DISINI)

Kecintaan beliau kepada ilmu serta para pencinta ilmu membawa Sheikh Nuruddin al Banjari ke Malaysia dengan bercambahnya kuliah-kuliah ilmu agama samada di surau, masjid, seminar, majlis khatam kitab hadith  dan sebagainya. Sehinggalah bersiaran di slot CINTA ILMU di TV AL HIJRAH pada setiap Hari Khamis Dan Jumaat jam 0615petang.

Rata-rata umat Islam yang dahagakan ilmu agama amat menyukai cara penyampaian Sheikh Nuruddin, dalam ketegasan beliau ada kasih sayang dan juga didikan seorang murabbi.

Sayangnya slot yang dapat kita tontoni setiap hari Khamis dan Jumaat telah tidak lagi bersiaran kerana ada 'tangan-tangan ghaib' yang hasad kepada beliau kerana ketegasannya yang tidak berkompromi dengan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah menyebabkan kontrak beliau tidak disambung lagi untuk slot berkenaan. Para pencinta ilmu pun mulalah tertanya-tanya ke mana menghilangnya pemberi mutiara ilmu sekian lama ?

Stesyen TV AL HIJRAH adalah antara stesyen televisyen yang diharapkan dapat membawa umat Islam kepada kefahaman Islam yang sahih dan benar berteraskan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah serta program yang islamik dan seharusnya terus mempromosikan alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah agar terus menjadi ikon di negara ini.

Menutup pintu-pintu ilmu hanya membawa kepada kejahilan yang berterusan kepada umat Islam. Membawa masuk secara senyap-senyap wahhabi takfiri seperti Rasul Dahri dan Fathul Bari dan 'memberi suara' kepada mereka menyemarakkan pula fahaman ekstrimis di Malaysia.

Di akhir zaman ini ketika ramainya ulamak muktabar meninggalkan kita, ada pula yang ingin menyekat ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dari menyampaikan ilmu.

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai tanda sokongan kepada Tuan Guru Sheikh Nuruddin agar pencinta ilmu terus mendapat pengetahuan dari beliau, dan juga meminta agar TV AL HIJRAH meneruskan slot bersama Sheikh Nuruddin, mari kita bersama-sama 'like' / SUKA page ini di facebook :

Kami Mohon TG Syeikh Nuruddin Kembali Bersama Cinta Ilmu

Sabtu, 22 Jun 2013

Hukum Menyebut Zikir Allah Allah Allah




Di antara dalil yang menunjukkan bolehnya berdzikir dengan lafazh ( الله ) saja adalah hadits yang diriwayatkan oleh imam Muslim dan lainnya dari sahabat Anas –semoga Allah meridlainya- bahwa Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:

" لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض : الله ، الله " رواه مسلم وغيره

Maknanya: "Tidak akan tiba kiamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) Allah, Allah" (H.R. Muslim dan lainnya)

Dalam salah satu riwayat Muslim dinyatakan:

"لا تقوم الساعة على أحد يقول : الله ، الله ".

Maknanya: "Kiamat tidak akan dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) Allah, Allah".

Allah ta'ala berfirman:

قل الله ثم ذرهم في خوضهم يلعبون سورة الأنعام : 91

Maknanya: “Katakanlah : Allah , kemudian biarkanlah mereka bermain dalam kesesatannya" (Q.S. al An'am: 91)
Dalam ayat ini terdapat dalil bahwa orang yang menyebut nama Allah secara tersendiri akan memperoleh pahala.

Ulama salaf dan mutaqqimun yang mengharuskan zikir Allah Allah atau menyebut Allah Allah; antaranya:

1. Abu al-Husain an-Nuri (295H)
2. Az-Zubaidi (Pengarang "al-Jam'u baina as-Sahihain")
3. Abu Hamid al-Ghazali
4. Fakhruddin ar-Razi
5. Ibn Rajab al-Hanbali
6. Ibn 'Abidin
7. Zakaria al-Ansari
8. al-Manawi
9. ar-Ramli
10. Ibn Hajar al-Haithami

Dalil mereka ialah zahir ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh berzikrullah serta hadith-hadith yang menyebut Allah Allah.

Antara ayat-ayat zahir tersebut ialah:

- الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم
- والذاكرين الله كثيرا والذاكرات
- واذكر ربك كثيرا وسبح بالعشي والإبكار
- اذكروا الله ذكرا كثيرا وسبحوه بكرة وأصيلا

dan ayat-ayat yang menyuruh menyebut nama Allah:

- واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا
- واذكر اسم ربك بكرة وأصيلا
- ومن أظلم ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه
- في بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه
- ويذكروا اسم الله في أيام معلومات

ayat-ayat ini berulang-ulang menunjukkan ta'kid kepada suruhan menyebut nama Allah. Doa dan zikir yang tidak hanya menyebut nama Allah tetapi dgn tambahan lain seperti tasbih, tahmid, takbir... telahpun disuruh dalam ayat-ayat yang lain.

Jika Allah SWT bertujuan untuk menyuruh bertasbih atau bertakbir, lafaznya jelas: bertasbihlah kamu kepada Allah atau bertakbirlah kamu kepada Allah.

Juga seperti: bacalah dgn menyebut nama Tuhanmu, atau bertasbihlah dgn menyebut Tuhanmu...tetapi disini khas "sebutlah nama Tuhanmu" tanpa dikaitkan dengan zikir-zikir yang lain. Wallahu a3lam.

Ayat-ayat ini dikuatkan dengan hadith-hadith Nabi serta perbuatan Bilal r.a yang menyebut Ahad Ahad dan dalam riwayat lain Bilal menyebut: Allah Allah.

Antara hadith-hadith ini:

1-حديث أنس رضي الله عنه :
ففي صحيح مسلم 1/131 : ( عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض : ( الله الله ) اه
وفي لفظ لمسلم 1/131 : ( لا تقوم الساعة على أحد يقول : ( الله الله ) اه
قال الإمام النووي في شرح مسلم 2/178 : ( قوله صلى الله عليه وسلم على أحد يقول ( الله الله ) هو برفع اسم الله تعالى وقد يغلط فيه بعض الناس فلا يرفعه
واعلم أن الروايات كلها متفقة على تكرير اسم الله تعالى في الروايتين وهكذا هو في جميع الأصول قال القاضي عياض رحمه الله : وفى رواية بن أبى جعفر يقول : لا إله إلا الله , والله سبحانه وتعالى أعلم ) اه
وقال ملا علي القاري في مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح 5/226 : ( أي لا يُذكَرُ الله فلا يبقى حكمة في بقاء الناس، ومن هذا يُعرَفُ أن بقاء العالم ببركة العلماء العاملين والعُبَّاد الصالحين وعموم المؤمنين، وهو المراد بما قال الطيبي رحمه الله: معنى حتى لا يُقالَ الله، الله حتى لا يُذكَرَ اسمُ الله ولا يُعبَد ) اه

في مستدرك الحاكم 4/548 : ( عن سعد بن حذيفة قال : رفع إلى حذيفة عيوب سعيد بن العاص فقال ما أدري أي الأمرين أردتم تناول سلطان قوم ليس لكم أو أردتم رد هذه الفتنة فإنها مرسلة من الله ترتعي في الأرض حتى تطأ خطامها ليس أحد رادها ولا أحد مانعها وليس أحد متروك يقول : ( الله الله ) إلا قتل ) اه
قال الحاكم : هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه , وقال الذهبي في التلخيص : صحيح
وهذا وإن كان موقوفا فله حكم الرفع لأنه لا يقال من قبيل الرأي وحذيفة رضي الله عنه راوية أحاديث الفتن

في الجواب الكافي لابن القيم ص 31 : ( روى ابن أبي الدنيا عن ابن عمر رضي الله تعالى عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : والذي نفسي بيده لا تقوم الساعة حتى يبعث الله أمراء كذبه, ووزراء فجرة, و أعوانا خونة, وعرفاء ظلمة, وقراء فسقة سيماهم سيما الرهبان , وقلوبهم أنتن من الجيف, أهواؤهم مختلفة فيتيح الله لهم فتنة غبراء مظلمة فيتهاوكون فيها
والذي نفس محمد بيده لينقضن الإسلام عروة عروة حتى لا يقال : ( الله الله ) اه

في مستدرك الحاكم 4/596 : ( عن محمد بن الحنفية قال : كنا عند علي رضي الله عنه فسأله رجل عن المهدي فقال علي رضي الله عنه هيهات ثم عقد بيده سبعا فقال ذاك يخرج في آخر الزمان إذا قال الرجل : ( الله الله ) قتل ... ) اه
قال الحاكم : هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه , قال الذهبي في التلخيص : على شرط البخاري ومسلم

في مستدرك الحاكم 4/539 : ( عن عبد الله رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض : ( الله الله ) اه
قال الحاكم : هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه , قال الذهبي في التلخيص : على شرط البخاري ومسلم

في الفتن لأبي عمرو الداني 4/827: ( عن ابن عباس قال : لا تقوم الساعة وواحد يقول : ( الله الله ) اه

ففي مصنف عبد الرزاق 11/234 وشعب البيهقي 2/238 وتاريخ ابن عساكر 10 /443 والاستيعاب لابن عبد البر 1/181 : ( عن معمر عن عطاء الخراساني قال : كنت عند سعيد بن المسيب فذكر بلالا رضي الله تعالى عنه فقال: كان شحيحا على دينه و كان يعذب في الله عز وجل ، و كان يعذب على دينه فإذا أراد المشركون أن يقاربهم قال : ( الله الله ) اه
وفي مصنف ابن أبي شيبة 6/396 ومسند أحمد 1/404 وسنن ابن ماجه 1/53 وصحيح ابن حبان 15/558 ومستدرك الحاكم في 3/320 : ( عن ابن مسعود قال : ... فما منهم من أحد إلا وقد واتاهم على ما أرادوا إلا بلالا فإنه هانت عليه نفسه في الله وهان على قومه فأخذوه فأعطوه الولدان فجعلوا يطوفون به في شعاب مكة وهو يقول : ( أحد أحد ) اه
قال الحاكم: صحيح الإسناد ولم يخرجاه وقال الذهبي في التلخيص : صحيح وقال البوصيري في مصباح الزجاجة 1/23 : هذا إسناد رجاله ثقات

في سيرة ابن هشام 3/182: ( وكان شعار أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم يوم بدر: أحد أحد ) اه
2-حديث حذيفة رضي الله عنه : 3-حديث ابن عمر رضي الله عنه : 4-حديث علي رضي الله عنه : 5-حديث ابن مسعود رضي الله عنه : 6-حديث ابن عباس رضي الله عنه : 7-قصة بلال رضي الله عنه : 8- شعار الصحابة في غزوة بدر :

Ringkasan dan mafhum dari 8 Hadith di atas: 


1. Hadith Anas r.a mafhumnya: Di bumi terdapat orang yg menyebut "Allah Allah", kemudian apabila tiada lagi orang yg menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya kiamat. (H.R Muslim)

2. Hadith Huzaifah: menceritakan fitnah yg akan berlaku sehingga siapa yg menyebut Allah Allah akan dibunuh. (H.R Hakim dan disahihkannya)

3. Hadith Ibn Umar r.a: Islam akan hilang sehingga tiada siapa lagi yg menyebut Allah Allah. (H.R Ibn Abi Dunya)

4. Hadith Ali r.a: di akhir zaman siapa yg menyebut Allah Allah akan dibunuh. (H.R Hakim disahihkannya)

5. Hadith Ibn Mas'ud r.a: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tiada siapa di bumi yang menyebut: Allahu Allah". (H.R Hakim disahihkannya)

6. Hadith Ibn Abbas r.a: Tidak akan berlaku kiamat jika masih ada seorang yang masih menyebut Allah Allah. (Ad-Dani dalam Fitan)

7. Hadith Bilal r.a menyebut Allah Allah ketika disiksa. (H.R Abd Razak, Baihaqi, Ibn 'Asakir, Ibn Abd Bar) dan riwayat Bilal r.a menyebut Ahad Ahad (H.R Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim disahihkannya)

8. Syiar para sahabat pada peperangan Uhud adalah laungan: Ahad Ahad. (Sirah Ibn Hisyam)

Selain hadith-hadith ini, terdapat juga hadith-hadith yang Nabi SAW menyebut Allah Allah.

- اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
- الله الله فيما ملكت أيمانكم أشبعوا بطونهم واكسوا ظهورهم وألينوا القول لهم
- الله الله في قبط مصر فأنكم ستظهرون عليهم ويكونون لكم عدة وأعوانا في سبيل الله

Sumber 

Isnin, 13 Mei 2013

Kelebihan Bulan Rejab




Antara kelebihan Bulan Rejab


1. Jawapan dari Ustaz Salman Maskuri :

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-

- Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

- Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

2. Daripada Uthman bin Hakim al ansari beliau (Uthman) pernah menanyakan Sa'id bin Jubair tentang puasa Rejab (pada bulan Rejab) dan kami ketika itu berada pada bulan rejab. Sa'id menjawab :

"Aku mendengar Ibn Abbas berkata. "Adalah Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam berpuasa (Rejab) sehingga kami menyangka baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam berbuka sehingga tidak nampak berpuasa"


Riwayat Muslim. Lihat sahih Muslim Beirut : dar Ihya' Thuras al Arabi t.th 2/811

Imam Nawawi menyatakan :

 "Apa yang zahir dari ucapan Sa'id bin Juba'ir menjadi bukti bahawa tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana (semata) bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. dan tidak ada larangan (yang thabit) untuk melakukan ibadat puasa di Bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa tersebut. 

(Lihat Syarh an Nawawi ala Shahih Muslim, Beirut: Dar Ihya' Thurathal arabi, 1392H, 8/38)

al Imam al hafiz, Syaikh Ibn Rajab al Hanbali menyebutkan di dalam Latho'if al Ma'arif

"Dan adapun puasa (puasa Rejab) , maka tidak ada suatu khabar yang shahih tentang fadhilat puasa Rejab secara khusus dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dan tidak juga dari para sahabat baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi diriwayatkan dari Abi Qilabah, dia berkata : "Di dalam syurga ada mahligai untuk sesiapa yang berpuasa Rejab". Imam al Baihaqi berkata : "Abi Qilabah adalah dari Kibar Tabi'ien (Tabi'ien terkemuka), dia tidak akan berkata seperti itu melainkan diambil daripada seseorang (iaitu para sahabat) yang perkataannya di ambil pula dari RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Sesungguhnya telah warid tentang puasa pada bulan-bulan Haram (termasuk Rejab) keseluruhannya dari hadith Mujibah al Bahiliyyah dari bapanya dan bapa saudaranya, sesungguhnya Nabi berkata kepadanya :
"Puasalah pada bulan-bulan Haram, dan tinggalkanlah." Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam mengucapkannya sebanyak tiga kali. Hadith ini ditakhrijkan oleh Abu Daud dan selainnya. Ibnu Majah mentakhrijkannya dengan lafaz di sisinya: "Puasalah pada bulan-bulan Haram". Sesungguhnya setengah daripada para Salaf berpuasa sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, al Hasan al Bashri dan Abu Ishaq as Subaili. Sufyan At Thauri berkata: Bulan-bulan Haram, aku menyukai untuk berpuasa dalamnya"

Rujuk Latho'if al Ma'arif fi ma li Mawasim al 'Am min al Wazha'if, al Imam al Hafiz Zain Ad Din bin Rejab al Hanbali, ta'liq Muhammad al Iskandarani, Beirut: Dar al Kitab Al Arabi
Cetakan Kedua, 1416H/1996M, ms. 120.

3. Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre :

Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."


4. Jawapan Ustaz Subki, Mudir Tahfiz Repek :

Ada hadith sahih yang menyatakan sunat berpuasa Bulan Rejab sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy Syaukani dalam kitabnya Nailu Authar.

Hadith tersebut ialah suatu hari Usamah bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : "Mengapa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam banyak berpuasa pada bulan Sya'ban." Jawab baginda : "Kerana Bulan Sya'ban merupakan bulan yang para sahabat aku terlupa untuk berpuasa padanya kerana mereka sentiasa menitikberatkan berpuasa bulan Rejab dan Ramadhan." Kata Imam asy Syaukani berdasarkan hadis sohih yang mengandungi dialog ini menunjukkan sunat berpuasa dalam bulan Rejab.

Hadis ini memberikan gambaran para sahabat telah biasa berpuasa dalam bulan Rejab sebelum Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berpuasa dalam bulan Sya'ban lagi dan Baginda memperakui tindakan sahabat banyak berpuasa dan sentiasa berpuasa dalam bulan Rejab. Wallahua'lam.

5. Jawapan Kyai Idrus Ramli :

PUASA REJAB ADALAH SUNNAH

Madzhab Hanafi

Dalam al-Fatawa al-Hindiyyah (1/202) disebutkan:

في الفتاوي الهندية 1/202 : ( المرغوبات من الصيام أنواع ) أولها صوم المحرم والثاني صوم رجب والثالث صوم شعبان وصوم عاشوراء ) اه

“Macam-macam puasa yang disunnahkan adalah banyak macamnya. Pertama, puasa bulan Muharram, kedua puasa bulan Rajab, ketiga, puasa bulan Sya’ban dan hari Asyura.”

Madzhab Maliki

Dalam kitab Syarh al-Kharsyi ‘ala Mukhtashar Khalil (2/241), ketika menjelaskan puasa yang disunnahkan, al-Kharsyi berkata:

(والمحرم ورجب وشعبان ) يعني : أنه يستحب صوم شهر المحرم وهو أول الشهور الحرم , ورجب وهو الشهر الفرد عن الأشهر الحرم ) اه وفي الحاشية عليه : ( قوله : ورجب ) , بل يندب صوم بقية الحرم الأربعة وأفضلها المحرم فرجب فذو القعدة فالحجة ) اه

“Muharram, Rajab dan Sya’ban. Yakni, disunnahkan berpuasa pada bulan Muharram – bulan haram pertama -, dan Rajab – bulan haram yang menyendiri.” Dalam catatan pinggirnya: “Maksud perkataan pengaram, bulan Rajab, bahkan disunnahkan berpuasa pada semua bulan-bulan haram yang empat, yang paling utama bulan Muharram, lalu Rajab, lalu Dzul Qa’dah, lalu Dzul Hijjah.”
Pernyataan serupa bisa dilihat pula dalam kitab al-Fawakih al-Dawani (2/272), Kifayah al-Thalib al-Rabbani (2/407), Syarh al-Dardir ‘ala Khalil (1/513) dan al-Taj wa al-Iklil (3/220).

Madzhab Syafi’i

Imam al-Nawawi berkata dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (6/439),

قال الإمام النووي في المجموع 6/439 : ( قال أصحابنا : ومن الصوم المستحب صوم الأشهر الحرم , وهي ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب , وأفضلها المحرم , قال الروياني في البحر : أفضلها رجب , وهذا غلط ; لحديث أبي هريرة الذي سنذكره إن شاء الله تعالى { أفضل الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ) اه

“Teman-teman kami (para ulama madzhab Syafi’i) berkata: “Di antara puasa yang disunnahkan adalah puasa bulan-bulan haram, yaitu Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab, dan yang paling utama adalah Muharram. Al-Ruyani berkata dalam al-Bahr: “Yang paling utama adalah bulan Rajab”. Pendapat al-Ruyani ini keliru, karena hadits Abu Hurairah yang akan kami sebutkan berikut ini insya Allah (“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa bulan Muharram.”)”.
Pernyataan serupa dapat dilihat pula dalam Asna al-Mathalib (1/433), Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah (2/53), Mughni al-Muhtaj (2/187), Nihayah al-Muhtaj (3/211) dan lain-lain.

Madzhab Hanbali

Ibnu Qudamah al-Maqdisi berkata dalam kitab al-Mughni (3/53):

قال ابن قدامة في المغني 3/53 frown emoticon فصل : ويكره إفراد رجب بالصوم . قال أحمد : وإن صامه رجل , أفطر فيه يوما أو أياما , بقدر ما لا يصومه كله … قال أحمد : من كان يصوم السنة صامه , وإلا فلا يصومه متواليا , يفطر فيه ولا يشبهه برمضان ) اه

“Pasal. Dimakruhkan mengkhususkan bulan Rajab dengan ibadah puasa. Ahmad bin Hanbal berkata: “Apabila seseorang berpuasa Rajab, maka berbukalah dalam satu hari atau beberapa hari, sekiranya tidak berpuasa penuh satu bulan.” Ahmad bin Hanbal juga berkata: “Orang yang berpuasa satu tahun penuh, maka berpuasalah pula di bulan Rajab. Kalau tidak berpuasa penuh, maka janganlah berpuasa Rajab terus menerus, ia berbuka di dalamnya dan jangan menyerupakannya dengan bulan Ramadhan.”

Ibnu Muflih berkata dalam kitab al-Furu’ (3/118):

وفي الفروع لابن مفلح 3/118 : ( فصل : يكره إفراد رجب بالصوم نقل حنبل : يكره , ورواه عن عمر وابنه وأبي بكرة , قال أحمد : يروى فيه عن عمر أنه كان يضرب على صومه , وابن عباس قال : يصومه إلا يوما أو أياما … وتزول الكراهة بالفطر أو بصوم شهر آخر من السنة , قال صاحب المحرر : وإن لم يله .

“Pasal. Dimakruhkan mengkhususkan bulan Rajab dengan berpuasa. Hanbal mengutip: “Makruh, dan meriwayatkan dari Umar, Ibnu Umar dan Abu Bakrah.” Ahmad berkata: “Memuku seseorang karena berpuasa Rajab”. Ibnu Abbas berkata: “Sunnah berpuasa Rajab, kecuali satu hari atau beberapa hari yang tidak berpuasa.” Kemakruhan puasa Rajab bisa hilang dengan berbuka (satu hari atau beberapa hari), atau dengan berpuasa pada bulan yang lain dalam tahun yang sama. Pengarang al-Muharrar berkata: “Meskipun bulan tersebut tidak bergandengan.”

Rujukan :

1. http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/kelebihan-syaban.html
2. Muhadir bin Hj Joll, Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Inilah Jawapannya, m/s 511-516, Cet Pertama 2011, Mawleed Publishing, Selangor
3. http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/membaca-yasin-3-kali-di-malam-nisfu.html
4. http://www.idrusramli.com/2014/puasa-rajab-tidak-bidah-tetapi-sunnah/

Bacaan Tambahan :

1. Rejab : Bulan Bercucuk Tanam Amalan Menuju Ramadhan

Ahad, 12 Mei 2013

Di Bahagian Manakah Imam Asy Syafie Mengucapkan Pembahagian Bid'ah ?

Ramai ulamak yang memberikan pembahagian bid'ah antaranya :

1. Imam asy Syafie
2. Abu Nu'aim
3. Al Baihaqi
4. Ibnu Hajar al Haithami
5. Ibnu Hazm
6. Ibnu Al Amir al Sun'ani
7. Imam an Nawawi
8. Ibnu Hajar al Asqolani
9. Imam Izzuddin Abdis Salam.
10. Ibnu al Jauzi
11. Imam al Ghazali
12. Ibnu al Athir
13. Ibnu Taimiyyah
14. Al Ubbi (Pensyarah Kitab Sohih Muslim)
15. Imam Suyuthi
16. Ibnu Rejab al Hanbali
17. Al Syaukani

Dan ramai lagi ulamak lain

Soalan :
Dibahagian mana Imam Asy Syafie mengucapkan pembahagian bid'ah ?

Jawapannya :

Kita juga perlu merujuk kepada ulamak di dalam mazhab Asy Syafie yang lebih arif mengenai methodologi Imam Asy Syafie dalam mengistinbath hukum, dan juga mendalami mazhab beliau.

Imam Asy Syafie menyebutkan : 

Bid'ah itu dua jenis: "Bid'ah yang dipuji dan bid'ah yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya maka ia dikeji (Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim (Lihat Fath al Bari 17/10)

Dalam riwayat lain, Imam Asy Syafie mengatakan :

"Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (pertama) perkara baharu yang bercanggah dengan al Quran atau Sunnah atau athar sahabat atau ijma', maka inilah Bid'ah Dholalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid'ah yang bukan keji" (Muhaddathah ghairu mazmumah) (Riwayat al Baihaqi dengan sanad yang sahih di dalam kitabnya Manaqib Syafi'e (lihat Fath Al Bari 17/10)

Rujuk : Muhadir bin Hj Joll, Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Inilah Jawapannya, m/s 9-10, Cet Pertama 2011, Mawleed Publishing, Selangor

Sabtu, 11 Mei 2013

Status Hadith : 9/10 Rezeki Dalam Berniaga



Oleh : Ustaz Mohd Khafidz Soroni (Jabatan Al Quran dan Al Sunnah & Institut Kajian hadis (INHAD) KUIS

Terdapat sebuah hadis yang sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis tersebut dicatatkan oleh Imam al Ghazali (w. 505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya' 'Ulumiddin. Beliau pula hanya menukilkannya daripada kitab Qut Al Qulub oleh Abu Talib al Makki (w. 386H). Hadisnya berbunyi :

عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق

"Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"

Soalan : Dimanakah sumber asal hadis ini?

Jawapan : 

Walaupun Tajuddin as Subki (w.771H) menyatakan beliau tidak menemukan sanad hadis ini, berdasarkan kajian dan rumusan ulama hadis, hadis yang semakna dengannya ditemui di dalam sumber-sumber berikut :


  • Gharib al Hadits oleh Abu 'Ubaid al Qasim bin Sallam (w.224H) (1/80)
  • Sunan Sai'd bin Mansur (w. 227H), sepertimana kata as Suyuti (w.911H) dalam al Jami' as Saghir (no 3296). 
  • Musnad Musaddad (w.228H), sepertimana dalam Ithaf al Khayarah al Maharah oleh al Hafiz al Busiri (no 2730)
  • Islah al Mal oleh Ibnu Abi Ad DUnya (w. 281H) (no 202)
  • Gharib al Hadith oleh Ibrahim al Harbi (w.285H), sepertimana kata al 'Iraqi dalam Takhrij Ihya' 'Ulumiddin (2/79)

Kesemuanya meriwayatkan daripada jalur riwayat Nu'aim bin Abd ar Rahman secara mursal kecuali dalam sunan Sa'id bin Mansur terdapat satu riwayat sokongan daripada Yahya bin Jabir at Ta'i juga secara mursal. Bagaimanapun kesemuanya tidak meriwayatkan lafaz hadith di atas tadi, tetapi dengan lafaz berikut :

تسعة اعشار الرزق في التجارة

" Sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan"

Soalan : Bagaimana hukum hadis ini ?

Jawapan :

1. Menurut al Hafiz al 'Iraqi (w.806H) dalam takhrijnya terhadap kitab 'Ihya' Ulumiddin : "Para periwayatnya adalah tsiqah (dipercayai). Nu'aim bin Abd ar-Raman dikategorikan oleh Ibn Mandah termasuk daripada kalangan para Sahabat r.a, tetapi itu tidak benar. Menurut abu Hatim ar Razi dan Ibnu Hibban beliau adalah seorang tabi'i (sempat bertemu Sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam), maka hadith ini adalah mursal"

2. Al Hafiz al Busiri (w.840H) dalam Ithaf al Khayarah al Maharah menyatakan bahawa sanadnya dhaif kerana Nu'aim bin Abd ar Rahman adalah majhul iaitu dengan maksud hanya seorang perawi sahaja yang diketahui meriwayatkan hadith daripada beliau.

3. Kata Murtadha az Zabidi (w. 1205H) dalam Ithaf as Sadah al Muttaqin: "Ia turut diriwayatkan oleh Said bin Mansur dalam Sunannya daripada hadis riwayat Nu'aim bin Abd ar Rahman dan hadis riwayat Yahya bin Jabir at Ta'i secara mursal dengan tambahan akhir: "....dan satu persepuluh pula di dalam bidang penternakan." Dalam riwayat lain "...dan satu persepuluh pula dalam bidang penghasilan."

Nu'aim bin 'Abd ar Rahman adalah perawi maqbul (diterima) daripada peringkat kedua. Yahya bin Jabir at Ta'i pula adalah qadhi Hims (di Syria), seorang perawi saduq (benar), sepertimana dalam kitab al Kasyif. Namun, di dalam kitab at Taqrib disebut seorang yang tsiqah (dipercayai), tapi banyak memursalkan hadith."

4. Meskipun as Suyuti dalam al Jami' as Saghir menyatakan ia daripada Nu'aim bin Abd ar Rahman dan Yahnya bin Jabir at Ta'i secara mursal, beliau mengisyaratkan hukumnya sebagai hasan. Sedangkan hadis mursal adalah tergolong dalam kategori hadith dhaif kerana terputus sanadnya.

Kemungkinan beliau berpendapat, kedua-dua riwayat mampu saling menyokong dan meningkatkan martabatnya kepada darjat hasan, yakni hasan li-ghairih. Namun, riwayat-riwayat mereka tidak dapat ditemukan dalam kitab Sunan Sa'id bin Mansur yang dicetak pada hari ini kerana ia tidak lengkap disebabkan banyak bahagian yang sudah hilang.

Soalan : Adakah hadith tersebut tidak dapat diamalkan?

Jawapan : 

Tidak tepat jika ada yang mengatakan ia hadis palsu kerana hadith tersebut sama ada dhaif atau hasan sepertimana menurut al Hafiz as Suyuti. Maka tidak salah jika ia diamalkan, terutama dalam bab motivasi.

Agama Islam memang menggalakkan perniagaan. Bahkan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam sendiri pernah berniaga semasa mudanya dan para Sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini (lihat misalnya, buku Fadhilat Tijarah oleh Maulana Syeikh Muhammad Zakariyya al Kandahlawi).

Alhamdulillah, ramai yang telah termotivasi dengan hadith tersebut sehingga berjaya dalam perniagaan mereka.

Maksudnya juga benar kerana banyak rezeki yang diperoleh dengan perniagaan dan ia mampu menjana kekuatan ekonomi umat Islam. Malah jika difikirkan, kebanyakan bidang pekerjaan seperti penternakan, pertanian, pertukangan dan sebagainya akan berakhir dengan urusan jual beli juga bagi mendapatkan hasil keuntuntan. Wallahua'lam.

Sumber : Majalah Q& A m/s 77-78, Januari 2013, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Selangor

Isnin, 22 April 2013

Ciri-ciri Peniaga Muslim Bab Akhir



Gambar hiasan


Oleh : Mufti Brunei

Ciri-Ciri Peniaga Muslim

(Bahagian Akhir)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Dalam sebuah hadits yang lain daripada Abu Qatadah al-Anshariy Baginda bersabda:

Maksudnya: “Awas, jangan banyak bersumpah dalam berjual beli, sesungguhnya ia memang melariskan tetapi kemudian menghilangkan berkat”. (Hadits riwayat Muslim)

Secara umum, antara maksud berlaku jujur dalam urusan jual-beli itu merangkumi:

1. Peniaga yang tidak menyembunyikan apa-apa kekurangan atau kerosakan pada barang jualannya.

Jika disembunyikan, maka perbuatan sedemikian boleh dianggap sebagai suatu penipuan kepada pembeli.

Balasan atau akibat daripada perbuatan menyembunyikan ‘aib barangan antaranya disebutkan dalam hadits
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam lalu di hadapan satu longgokan makanan yang dikumpulkan, lalu Nabi memasukkan tangannya ke dalam longgokan tersebut dan Baginda mendapati jari-jari Baginda basah. Baginda lalu bertanya: Maksudnya:

“Apakah ini wahai pemilik makanan?”

Dia menjawab: “Telah (basah) terkena air hujan wahai Rasulullah!”

Baginda bersabda: “Kenapa tidak kamu letakkan saja yang basah itu di atas longgokan makanan supaya orang ramai dapat melihatnya? Sesiapa yang menipu (memperdaya), maka dia bukan daripada (golongan) ku.” (Hadits riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadits yang lain pula, daripada Watsilah bin al-Asqa‘ dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:

“Barangsiapa menjual (suatu) yang ‘aib tanpa memaklumkannya, tidak lepas (sentiasa) dia dalam kebencian Allah dan tidak lepas (sentiasa) malaikat melaknatnya.” (Hadits riwayat Ibnu Majah)

2. Peniaga yang tidak curang pada sukatan dan timbangan, iaitu mengurangkan timbangan atau sukatan ketika menjual tetapi meminta dilebihkan ketika dia membeli. Perbuatan ini juga adalah suatu bentuk penipuan dalam jual-beli. Ini kerana perbuatan mengurangi timbangan itu bermakna mengurangi hak manusia
dan perkara ini adalah dilarang. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka  bumi.” (Surah Hud: 85)

Pada awal Surah al-Muthaffifin menceritakan bahawa Nabi Syu‘aib ‘Alaihissalam apabila diutus kepada kaumnya penduduk negeri Madyan, Nabi Syu‘aib ‘Alaihissalam bukan sahaja diperintahkan untuk menyeru mereka kepada tauhid; bahkan juga menyeru mereka agar menyempurnakan sukatan dan timbangan.
Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syu‘aib. Dia berkata: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (ma‘mur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu
jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Surah al-A‘raf: 85)

Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam mendapati penduduk Madinah tergolong antara orang yang berkelakuan buruk dalam sukatan. Apabila mereka membeli daripada peniaga lain, mereka meminta supaya disukat dan ditimbang dengan betul dan
sahih, tetapi bila mereka menjual pula, mereka akan mengurangkan timbangan dan sukatan daripada yang sepatutnya. Lalu Allah menurunkan ayat di atas dan setelah itu mereka pun memperbaiki cara mereka melakukan sukatan.

Antara balasan bagi mereka yang cuai (dengan sengaja) dalam sukatan dan timbangan ialah mendapat kecelakaan, iaitu azab yang amat pedih di akhirat kelak, menjadi punca turunnya bala sepertimana Allah Ta‘ala telah membinasakan dan melenyapkan kaum Nabi Syu‘aib ‘Alaihissalam kerana perbuatan mereka menipu orang ramai dalam perkara timbangan dan sukatan, terkeluar daripada golongan umat Nabi Muhammad dan dihapuskan keberkatan.

Berhati-Hati Dalam Jual Beli 

Dalam perbualan seharian, kita seringkali mendengar seseorang mengeluh apabila mendapati dirinya diperdaya dalam urusan jual-beli yang pada kebiasaannya hanya disedari setelah berlalu urusan tersebut beberapa ketika. Situasi ini juga sering berlaku pada barangan yang cepat berubah, umpamanya barangan dapur seperti sayur-sayuran,udang dan ikan yang basah atau segar berubah menjadi busuk dan seumpamanya.

Dalam perkara ini, apakah perkara yang perlu diambil perhatian oleh kedua-dua pihak, iaitu penjual dan pembeli agar tidak berlaku tuduh-menuduh?

Dalam perkara jual-beli sesuatu benda, khususnya yang cepat berubah-ubah seumpama udang segar atau basah, maka dalam keadaannya yang sedemikian itu dinasihatkan agar pembeli hendaklah memeriksa betul-betul akan kesegaran udang tersebut supaya dia tidak menyesal. Bagi pihak penjual pula, dia hendaklah melihatkan keadaan udang yang dijualnya itu kepada pembeli, sama ada segar atau sebaliknya. Perbuatan sedemikian sangat bertepatan dengan hukum syara‘ kerana antara syarat sah jual-beli benda yang dibeli itu dilihat pada waktu berlaku jual-beli.

Selain itu, perlu juga diberi perhatian bahawa cara dan tempat menyimpan barangan tersebut hendaklah bersesuaian. Ini kerana dari mula membeli udang tersebut sehingga sampai ke rumah jika ia diletak atau disimpan di bahagian belakang kenderaan yang tidak bersesuaian umpamanya, maka perkara ini mungkin boleh menyebabkan udang tersebut cepat berubah.

Oleh itu, berhati-hati pada membeli barang adalah dituntut dalam Islam,terutama sekali pada barang yang mudah berubah, supaya tidak menyesal dan membuat sebarang tuduhan terhadap penjual dan sebagainya.

Menghindari Tipu Daya Dalam Jual-Beli

Sebagai pengguna atau pembeli, mengambil langkah berhati-hati di samping mengetahui perkara-perkara penting dalam urusan jual-beli adalah suatu amalan yang bijak. Namun jika seseorang itu masih merasa takut diperdaya dan seumpamanya, maka berikut dibawakan beberapa amalan yang boleh diamalkan agar terhindar dari perkara yang tidak diingini.

Antaranya seperti yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah ajarkan apabila seorang sahabat mengadu kepada Baginda bahawa dia kena tipu dalam jual-beli, lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpesan kepadanya:

“Apabila kamu membeli, maka kamu kata: ertinya ‘tiada tipu-daya (iaitu dengan kata-kata yang manis).”

Selain itu bagi menjauhkan diri dari tipu-daya dalam urusan jual-beli, perjanjian, kontrak dan sebagainya, ulama menyarankan kepada kita untuk selalu membaca ayat ke 44 daripada Surah Ghafir, firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “…dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.” (Surah Ghafir: 44)

Kenapa kita disuruh untuk menyerahkan urusan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala? 

Ini kerana Allah Yang Maha Mulia melihat perkara hambaNya. Allah Ta‘ala akan menolong orang yang selalu berdamping dan menyerahkan perkara kepada Allah Ta‘ala sebagaimana firmanNya dalam surah Ghafir ayat 45:

Tafsirnya: “(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah), maka dia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu-daya mereka…” (Surah Ghafir: 45)

Dalam ayat ini, Allah Ta‘ala berjanji kepada orang yang berserah kepadaNya dan selalu membaca ayat ke 44 daripada surah Ghafir itu, maka dia akan dilindungi oleh Allah Ta‘ala dari segala kejahatan, sama ada dalam jual-beli, perjanjian, kontrek dan lain-lain hal ehwalnya dari kejahatan tipu daya manusia.

Sebagai kesimpulan, dalam mencari keuntungan atau laba dari mana-mana mata pencarian, kejujuran yang antaranya menjadi punca mendapat keberkatan itu sangat penting dan diutamakan.

Keberkatan sesuatu rezeki itu akan memberi kesan langsung pada diri, ahli keluarga dan kepada sesiapa saja hasil itu bakal dibelanjakan. Menurut hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam antara punca pendapatan yang terbaik itu ialah dengan cara berniaga.

Bagaimanapun, untuk mencapai kedudukan sepertimana yang dimaksudkan dalam hadits tersebut, perlu ada pada diri peniaga ciri-ciri dan akhlak sebagaimana yang telah diperincikan. Selain itu, sebelum melangkah jauh lagi dalam bidang perniagaan, terlebih dahulu adalah menjadi fardhu ‘ain ke atasnya untuk  mengetahui ilmu fiqh, agar menjadi landasan baginya dalam urusan jual-beli dan untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2012/bil32_bhg2.pdf

Khamis, 11 April 2013

ADAKAH DISUNATKAN AZAN DAN IQAMAH BAGI SEMBAHYANG QADHA’ DAN SEMBAHYANG JAMA‘?

Oleh : Mufti Brunei





ADAKAH DISUNATKAN AZAN DAN IQAMAH BAGI SEMBAHYANG QADHA’ DAN
SEMBAHYANG JAMA‘?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Azan kerana sembahyang disyariatkan hanya untuk sembahyang fardhu Jumaat dan sembahyang-sembahyang fardhu lima waktu sahaja. Azan tidak disyariatkan pada sembahyang-sembahyang sunat sama ada yang disunatkan berjemaah seperti sembahyang ‘Idilfithri, ‘Idiladhha, sembahyang gerhana matahari atau bulan, sembahyang meminta hujan dan sembahyang tarawih, ataupun yang tidak disunatkan pada sembahyang itu berjemaah seperti sembahyang dhuha dan sebagainya. Selain daripada itu azan juga tidak disunatkan bagi sembahyang nazar dan jenazah.

Hukum azan kerana hendak sembahyang fardhu adalah sunat, sunat ‘ain bagi sembahyang bersendirian dan sunat kifayah bagi sembahyang jemaah.

Pada dasarnya azan merupakan pemberitahuan masuk waktu sembahyang fardhu. Oleh kerana itu azan hanya akan dilaungkan setelah masuknya waktu sembahyang. Namun berlaku juga azan sembahyang yang dilaungkan di luar daripada waktu asal sembahyang yang diwajibkan seperti azan bagi sembahyang qadha’ dan sembahyang jama‘, walaupun pada dasarnya disyariatkan azan itu sebaik sahaja masuknya waktu sembahyang kecuali bagi azan subuh.

Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah Ta‘ala di dalam kitab alBuwaithi ada menyebutkan bahawa pensyariatan azan sebagai pemberitahuan masuknya waktu sembahyang itu gugur dengan adanya perbuatan sembahyang. Ini bererti pensyariatan azan itu adalah kerana sembahyang, bukan kerana waktu dan pendapat ini adalah yang muktamad.

Berdasarkan kenyataan tersebut maka azan bagi sembahyang qadha’ itu adalah kerana sembahyang yang hendak didirikan dan ianya tidak terhalang disebabkan waktunya yang telah luput.

Azan Bagi Sembahyang Qadha’

Disunatkan azan bagi sembahyang qadha’ adalah pendapat yang ashah di sisi para ulama. Sunat azan dan iqamah bagi sembahyang qadha’ kerana kefardhuan sembahyang itu dengan beberapa ketetapan seperti berikut :-

i. Qadha’ tidak lebih dari satu sembahyang fardhu

Menurut pendapat ashah, disunatkan azan sebagaimana juga  disunatkan iqamah bagi sembahyang qadha’.

ii. Qadha’ lebih dari satu sembahyang fardhu

 Bagi qadha’ sembahyang fardhu yang luput beberapa waktu yang dilakukan secara berturut-turut, adalah
disunatkan azan pada sembahyang yang pertama sahaja sebagaimana pendapat ashah jumhur sahabat dan tidak perlu azan pada sembahyang-sembahyang seterusnya tanpa khilaf (percanggahan pendapat).Namun disunatkan iqamah bagi setiap sembahyang qadha’ yang dilakukan secara berturut-turut tanpa khilaf.

 Disunatkan azan dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang-sembahyang qadha’ yang dilakukan secara berasingan iaitu tidak berturut-turut atau terdapat jarak waktu sekurang-kurangnya dua rakaat sembahyang di antara sembahyang-sembahyang yang hendak dilakukan itu.

 Disunatkan azan hanya pada permulaan sembahyang dan iqamah bagi setiap sembahyang qadha’ dan tunai yang dilakukan secara berturut-turut tidak kira sama ada dimulakan dengan sembahyang qadha’ atau sebaliknya asalkan azan itu dilaungkan setelah masuknya waktu sembahyang tunai tersebut.

Akan tetapi jika dimulakan dengan sembahyang qadha’ dan azan itu dilaungkan sebelum lagi masuk waktu sembahyang tunai, maka sunat baginya azan sekali lagi untuk sembahyang tunai tersebut kerana kefardhuan waktunya tanpa khilaf.

Dalil bagi disyariatkan azan pada sembahyang yang luput dan iqamah pada setiap sembahyang yang didirikan ialah hadits daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhuma katanya:Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalailalaikan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan khandaq. Maka Baginda memerintahkan Bilal untuk azan, lalu dia pun azan.

Kemudian iqamah lalu mendirikan sembahyang Zuhur,
kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang Asar,
kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang Maghrib,
kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘Isya’ .”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Selain bagi sembahyang qadha’, azan juga disunatkan bagi sembahyang jama‘, sama ada jama‘ taqdim mahupun jama‘ ta’khir.

Azan Bagi Sembahyang Jama‘

Bagi sembahyang jama‘ (dua sembahyang fardhu yang dihimpunkan), jika dihimpunkan secara taqdim (sembahyang Asar yang dilakukan di dalam waktu sembahyang Zuhur atau sembahyang ‘Isya’ yang dilakukan di dalam waktu sembahyang Maghrib) maka disunatkan azan tanpa khilaf bagi sembahyang yang pertama dan iqamah bagi setiap keduanya.

Jika dua sembahyang fardhu itu pula dihimpunkan secara ta’khir (sembahyang Zuhur dilakukan dalam waktu
sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib dilakukan dalam waktu sembahyang ‘Isya’) maka hukumnya adalah seperti sembahyang-sembahyang yang luput disebabkan luputnya waktu sembahyang yang pertama yang diikuti dengan waktu sembahyang yang kedua, iaitu disunatkan azan dan iqamah pada sembahyang yang pertama sama ada yang empunya waktu ataupun bukan, kemudian disunatkan iqamah sahaja
pada sembahyang yang kedua.

Perbuatan ini adalah bersandarkan kepada hadits daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya: Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bertolak (dari ‘Arafah) sehingga sampai ke Muzdalifah. Lalu di
tempat itu, Baginda menjama‘ sembahyang Maghrib dan ‘Isya’ dengan sekali azan dan dua kali iqamah, dan tidak didirikan sembahyang apapun antara keduanya.” (Hadits riwayat an-Nasa’ie)

Demikian beberapa penjelasan mengenai azan bagi sembahyang qadha’ dan jama‘. Sebagai kesimpulan, azan tetap disunatkan bagi sembahyang qadha’ dan jama‘ dengan ketetapan tertentu iaitu:-

1) Sunat azan dan iqamah bagi sembahyang yang luput satu waktu.

2) Sunat azan pada sembahyang pertama dan sunat iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang jama‘ taqdim dan ta’khir serta sembahyang yang luput beberapa waktu yang dilakukan secara berturut-turut.

3) Sunat azan dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang-sembahyang qadha’ yang dilakukan secara berasingan (tidak berturut-turut).4) Memadai azan pada sembahyang pertama dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang qadha’ berserta sembahyang tunai yang dilakukan secara berturut-turut.

Akan tetapi disunatkan azan sekali lagi jika azan pada sembahyang qadha’ yang dilakukan sebelum masuk
waktu sembahyang tunai walaupun dilakukan secara berturut-turut.

Jelasnya di sini tuntutan azan itu tidak gugur disebabkan luputnya waktu wajib sembahyang atau disebabkan terkeluar dari waktu asal. Ini menunjukkan bahawa azan itu mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi di dalam Islam. Oleh yang demikian, peliharalah kehormatannya dan  kautlah ganjaran pahala yang lebih dengan tidak meninggalkannya.

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2013/20Feb2013.pdf

Ahad, 3 Mac 2013

Hukum Binaan Di Atas Kubur




Oleh : Ustaz Nik Nazimuddin

Siri Pertama

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه ومن تبعهم الى يوم

القيامة , أما بعد:

Disusunkan artikel ini bertujuan menerangkan kepada masyarakat tentang beberapa hukum yang dikelirukan oleh sesetengah pihak yang menggunakan zahir lafaz hadis tanpa merujuk kepada huraian ulama mujtahid yang berkelayakkan dalam menghuraikan hukum-hakam yang tersirat di dalam sesebuah hadis. Para ulama yang muktabar memperincikan lagi maksud sebenar huraian imam ikutan mereka itu. Maka mantaplah segala hukum dan terhindar daripada huraian mengikut hawa nafsu, ilmu yang cetek serta akal yang dangkal. Ini kerana, tidak semua diberikan ilmu yang seperti ulama-ulama tersebut. Merekalah pewaris nabi yang beramanah dalam menjaga agama ini.

ان العلماء ورثة الأنبياء ورثوا علما…

Ertinya: “ Sesungguhnya para ulama adalah pewaris kepada para anbia dan mereka itu mewarisi keilmuan.…” (Al-Hadis)

Hukum Binaan Di atas Kubur

Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):


” ورأيت من الولاة (بمكة) من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس “
Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”

Katanya lagi: ” فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس “
Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh  orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):


” ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم “
Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-

1)     Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri

2)     Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan

3)     Binaan yang menyebabkan:

a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku   kesesakan)

b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihan

Para ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-

Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri

Binaan yang di maksudkan itu ialah binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas) dan juga binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.

Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :

” (ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره “
Ertinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”

As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:


” أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة “
Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan

( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”

Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.

Di dalam kitab Murghni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna  adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”

Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam  tanah perkuburan milik sendiri

Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri. Tujuan didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur mereka dan sempena mengambil berkat.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):


” قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك “
Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”

Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan

Di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan, haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.

Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:


“( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم) البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها “
Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة) pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”

Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur  para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.

Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح ) ketika membahaskan larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:


” والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها “
Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan  di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah  Nihayah juga menegaskan:

 “ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”

(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)

Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :

” وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي) , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته…”

Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”

Sumber : http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=28%3Ahukum-binaan-di-atas-kubur&catid=9%3Asoal-jawab-agama&Itemid=25

Tambahan :

1. Hukum Binaan Di Atas Tanah Perkuburan Fatwa Negeri Kedah

2. Hukum Menambak Kubur Fatwa Brunei Darussalam

Ahad, 24 Februari 2013

Ciri-ciri Peniaga Muslim Bab 1



Oleh : Mufti Brunei

(Bahagian Pertama)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Salah satu keperluan masyrakat dalam kehidupan seharian mereka ialah jual-beli, sama ada sebagai pembeli ataupun penjual atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, ada pihak yang menjalankan urus-niaga dan jual-beli sebagai salah satu daripada sumber mata pencarian
mereka dan ini selari dengan kehendak syara‘ yang menuntut agar umatnya mencari rezeki melalui jalan yang halal dan baik. Sebenarnya dalam jual-beli itu terdapat faedah, iaitu membantu orang ramai dengan mewujudkan atau menghadirkan keperluan mereka. Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda bahawa sebaik-baik sumber mata pencarian atau pendapatan itu ialah dengan berniaga, dan pekerjaan sebagai peniaga itu  merupakan antara pekerjaan yang  terbaik dan mulia.  Selain itu, para sahabat
Radhiallahu ‘anhum turut menjadikan  perniagaan itu sebagai sumber mata pencarian mereka.

Dalam hadits  yang lain  pula menyatakan bahawa  seafdhal-afdhal cara mencari pendapatan atau sumber rezeki antaranya  ialah setiap jual-beli yang  mabrur.

Jual-beli yang  mabrur itu diertikan kepada dua,

1. sama ada jual-beli yang  diterima di sisi Allah Ta‘ala  dan diberikan  ganjaran,

2. atau jual-beli yang diterima oleh syara‘, iaitu jual-beli yang tidak fasid (batal), tiada tipu-daya di dalamnya dan tiada khianat.

Kejujuran Dalam Urusan Jual-Beli

Semua orang maklum bahawa sifat jujur itu sentiasa dituntut dalam semua  perkara dan keadaan, antaranya dalam  urusan  jual-beli.  Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan seorang pemuda dan ahli perniagaan yang sangat terkenal dengan kejujurannya sehinggakan kerana kejujuran Baginda itu Baginda dikenali dengan gelaran al-Amin.Peniaga jujur yang mengikut landasan syara‘ bakal memperolehi kedudukan yang tinggi  berdasarkan  hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id sabda  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Pedagang yang jujur lagi  bersifat amanah, (dia) beserta para nabi, orang-orang yang jujur dan para syuhada’ (orang-orang yang mati syahid).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Namun sesekali perkataan ‘jual-beli’ atau ‘berniaga’ itu dicemari  juga  dengan perkara  yang  negatif.  Perbuatan ini mungkin dilakukan oleh mereka yang tidak mencontohi peribadi  dan  akhlak Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam atau pedagang  yang jujur seperti yang  dimaksudkan dalam hadits di atas. Oleh  yang demikian, syara‘  telah menetapkan garis-pandu dan landasan yang betul untuk dipatuhi dalam urusan jual-beli  terutama sekali terhadap peniaga.

Mengetahui  hukum syarat jual-beli  itu adalah  fardhu ‘ain, kerana dengan mengetahui perkara ini umat Islam  akan  terhindar daripada  melakukan  perkara yang dilarang oleh syara‘. Dalam erti kata yang lain, jika mempelajari perkara rukun dan syarat jual-beli itu diabai-abaikan, maka akibat yang  mungkin berlaku ialah pelanggaran  hukum-hukum Allah Ta‘ala.

Khalifah Umar ibnu Al-Khattab  Radhiallahu ‘anhu pernah berpesan kepada sekalian peniaga muslim, beliau berkata: “Tidak boleh menjual atau membeli di pasar, melainkan orang itu terlebih dahulu mengetahui hukum jual-beli yang telah ditentukan oleh ilmu fiqh. Siapa yang tidak memenuhi syarat ini, dikhuatiri dia akan makan riba sedangkan  dia tiada mengetahuinya”.

Pesanan ini ada kebenarannya kerana, sama ada disedari atau tidak, perkara-perkara yang menyalahi syara‘ dilakukan oleh peniaga-peniaga muslim seperti menipu, bersumpah palsu dan lain-lain, termasuk mengamalkan riba.

Ciri-Ciri Peniaga

Bagaimanakah ciri-ciri peniaga yang jujur atau yang menepati maksud hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam?

Antara  ciri-ciri itu telah disebutkan dalam sebuah hadits daripada Mu‘az bin Jabal  Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik  pendapatan ialah  pendapatan para peniaga, (iaitu) apabila mereka bercakap mereka tidak berbohong, dan jika mereka diamanahkan mereka tidak khianat, dan jika mereka berjanji mereka tidak mungkir, dan jika mereka  membeli mereka tidak mengeji, dan jika mereka menjual mereka tidak  (keterlaluan) memuji, dan jika ada atas mereka hutang mereka tidak menangguh-nangguhkan, dan jika mereka memberi hutang mereka tidak menyusahkan.” (Hadits riwayat al-Baihaqi)


Berikut dibawakan penerangan daripada Kitab Faydh al-Qadir mengenai ciri-ciri peniaga yang menepati maksud hadits di atas, iaitu:

i. ‘Apabila  bercakap mereka tidak berbohong’ ialah apabila  mereka memberitahu atau mengiklankan perihal dan keadaan barang dagangan mereka, mereka tidak menipu mengenai suatu perkara pun pada apa yang mereka katakan kepada pembeli atau pelanggan mereka.

ii. ‘Apabila diamanahkan mereka tidak khianat’, ialah  apabila  mereka (peniaga) diberi kepercayaan mereka tidak berlaku khianat, misalnya jika pembeli, pelanggan dan selain mereka meminta untuk diberitahukan apaapa perkara  umpamanya  mengenai pembelian atau berapa modal  peniagaannya.

iii. ‘Apabila berjanji  mereka tidak mungkir’ ialah  seumpama  pelunasan hutang-hutang perniagaan, mereka tidak mengkhianati atau mengingkarinya dengan senghaja selagi masih mampu dilunaskan.

iv. ‘Apabila membeli mereka tidak mengeji’ ialah mereka tidak mengeji atau mencemuh barangan yang mereka beli. Sebaliknya jika suatu barangan itu dikomen sudah lama, kualitinya kurang memuaskan dan seumpamanya, sedangkan hakikatnya tidak seperti yang dikatakan, pada kebiasaannya tujuannya ialah  agar barangan itu  dijual dengan harga yang lebih rendah.

v. ‘Apabila menjual  barangan  mereka  tidak (keterlaluan) memuji’, iaitu pujian yang tidak membawa kepada penipuan atau berkata dusta.Sebaliknya  jika  suatu barangan itu dipuji secara keterlaluan  antara
tujuannya ialah untuk menarik hati pembeli agar barangan itu laris dibeli atau pembeli tidak merasa keberatan untuk membayar dengan harga yang lebih tinggi.

Kesimpulan yang dapat diambil  daripada  penerangan di atas  ialah  sumber pendapatan sebagai  peniaga itu adalah sebaik-baik keuntungan  dengan syarat kesemua sifat-sifat peniaga itu dipatuhi. Sebaliknya, jika hilang sesuatu daripada sifat-sifat itu, maka keuntungan  atau pendapatan  sebagai  peniaga itu menjadi seburuk-buruk  pendapatan. Perkara inilah yang perlu  diambil perhatian dan dijauhi oleh para peniaga pada masa kini.

vi. ‘Apabila berhutang mereka tidak menangguh-nangguhkan’ ialah tidak melewatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang-piutang mereka kepada pemiliknya (pemiutang).

vii. ‘Apabila memberi  hutang  kepada orang lain,  sedangkan  hutang itu dilunaskan, mereka (peniaga) itu bertimbang rasa, tidak berlaku keras atau  menyusahkan.

Maka inilah  sifat dan  akhlak orang-orang  yang menjaga  batas-batas yang digariskan Allah Ta‘ala. Orang  yang menjaga batas-batas Allah Ta‘ala itu ialah orang-orang yang Allah telah  ikatkan perjanjian taat setia kepada mereka dan telah  dihadiahkan syurga sebagai  ganti  kepada  jiwa/diri mereka.  Bagaimanapun  kesemua ini  tidak akan mampu untuk  ditunaikan melainkan  bagi  mereka  yang  teguh  dan yakin  bahawa  tetap ada penjamin rezeki dalam  urusan pemberian  rezeki. Mereka ini adalah  orang-orang yang sempurna rasa takutnya, yang tenang jiwanya dan dijauhkan hatinya  daripada  perasaan kecintaan  (tamak  mendapatkan) mata pencarian tanpa mengira dengan cara apa dan bagaimana sekalipun. Mereka yang memiliki sifat dan  akhlak ini juga  layak  dikatakan sebagai ‘bertaqwa’ sesuai dengan sebahagian ayat kedua dan ketiga dari surah at-Talaqfirman Allah Ta‘ala:


Tafsirnya: “… dan sesiapa yang bertaqwa kepada  Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkanya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya …”

(Surah at-Talaq: 2-3)

Akibat Dan Balasan Perbuatan Memperdaya

Sekalipun terdapat undang-undang yang mencegah penipuan dalam urusan jual-beli, namun sesekali masih kedengaran kejadian demikian berlaku. Dari segi syara‘, perbuatan menipu, memperdaya, menyembunyikan ‘aib atau kekurangan barangan, curang dalam sukatan dan timbangan adalah perbuatan derhaka dan mengakibatkan dosa.

Perbuatan sedemikian hendaklah dijauhi oleh orang Islam supaya berkat dan selesa hidup seseorang
itu pada dirinya, ahli rumahnya, anak-anaknya dan lainnya. Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam memberi peringatan kepada peniaga-peniaga dalam sabda Baginda:


Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga adalah orang-orang yang melakukan dosa. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, tidakkah Allah telah menghalalkan jual beli?” Rasulullah menjawab: “Ya betul! Akan tetapi mereka bercakap namun mereka juga berbohong, dan mereka bersumpah akibatnya mereka juga berdosa”. (Hadis riwayat Ahmad)

bersambung

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2012/bil32_bhg1.pdf