CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Sabtu, 22 Januari 2011

Jom Beli ! Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama : Inilah Jawapannya oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll


















“Buku yang bertajuk “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah
Jawapannya…” yang disusun dan ditulis oleh Yang Berbahagia, Ustaz
Muhadir bin Haji Joll diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada kaum
muslimin. Saya dapati buku ini adalah baik dan bermanfaat kepada
mereka yang berminat untuk mengetahui dalil-dalil dan hujjah-hujjah
permasalahan yang tersebut menurut pandangan Ahli Sunnah Wal
Jama’ah.”
Sahibus Samahah,
Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi
Bekas Mufti Negeri Sarawak

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan
Ulama’: Inilah Jawapannya…” adalah tepat pada masanya
untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan
dalam masyarakat. Penyusun dan penulisnya,
Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, telah berusaha menjawab
persoalan-persoalan ini dengan merujuk kepada penjelasan para
ulama’ muktabar dan berwibawa dari kalangan mutaqaddimin dan
muta’akhkhirin.”

Dato‘ Haji Hashim Yahya
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah dan Pendirian Ulama’: Inilah
Jawapannya…” adalah amat tepat pada masanya. Saya percaya ia
akan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalan
khilafi yyah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisan
buku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajar
dengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, di
samping mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah
dan mengekalkan keharmonian masyarakat.
Dato‘ Haji Wan Mohamad bin Dato‘ Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

“Sepanjang pengetahuan saya, inilah buku berbahasa
Melayu paling lengkap yang pernah saya jumpa, yang
menjawab hampir keseluruhan perkara-perkara yang sering
ditimbulkan di dalam masyarakat terutamanya di dunia
Melayu Islam. Tajuk-tajuk di dalam buku ini disusun dengan
baik sekali bermula dari perkara-perkara yang melibatkan
Aqidah sehinggalah kepada perkara Umum yang meliputi
117 tajuk keseluruhannya, beserta penjelasan daripada para
ulama’ yang muktabar.”
Dato’ Haji Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad
Timbalan Yang Di Pertua,
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Felo Kehormat Akademik,
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya bersyukur kepada Allah dengan kesyukuran yang tidak
terhingga kerana Ia telah mengurniakan taufi q dan hidayat
kepada saudara yang mulia Ustaz Muhadir bin Haji Joll untuk
menyediakan kitab yang sangat besar faedahnya dalam
menerangkan masalah-masalah agama dalam masyarakat
yang berjudul “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’:
Inilah Jawapannya…”
Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
Pemikir Islam/ Felo Amat Utama Akademik,
Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam
(ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Untuk pelajar UIA yang ingin mendapatkan buku ini boleh hubungi ;
Amir : 014-5079363
Hidayah : 013-4564787

Mazhab Membantu Memahami Agama



Oleh: Ustaz Farid Ravi

SOALAN:

Apakah maksud sebenar mazhab dan apakah kepentingan kita mengikut sesuatu mazhab?

JAWAPAN:

MAZHAB menurut kamus dewan adalah: "Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam". (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm: 1010).

Mazhab adalah berasal daripada bahasa arab, yang bermaksud kecenderungan dalam sesuatu perkara. Soalan sebegini sudah acap kali orang bertanya.

Bila baca soalan sebegini dan sebelum ini ada juga yang bertanya soalan yang seumpama dengan ini lantas apa yang terlintas di benak saya, adakah kita lebih hebat daripada Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali sehingga sudah tidak mahu berpegang kepada mazhab?

Saya tidak salahkan yang bertanya, tetapi saya yakin pertanyaan ini adalah sebagai landasan mendapat penjelasan yang betul dalam persoalan yang dimusykilkan.

Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah.

Contohnya hadis berkaitan wuduk dalam sahih al-Bukhari dalam kitab bersuci, wuduk, di bawah tajuk ini adalah 75 bab dan 105 hadis, di dalam kitab al-Ghusl (mandi) terdapat 29 bab dan 44 hadis.

Kadang-kadang dalam satu bab ada ada dua tiga mungkin lebih lagi. Mungkin juga di antara hadis-hadis itu pada zahirnya macam bertentangan tetapi hakikatnya tidak. Semua ini orang awam boleh faham ke untuk menghasilkan hukum?

Tidak semudah yang disangka. Memang Islam itu mudah, tapi tidaklah sampai dimudah-mudahkan Islam itu.

Pandangan peribadi saya adalah lebih baik orang awam di negara ini berpegang kepada satu mazhab, iaitu mazhab Syafie, yang menjadi pegangan majoriti penduduk dunia.

Saya juga mengagumi dan menghormati mazhab-mazhab yang lain. Tetapi negara ini kita sudah serasi dan menjadi pegangan untuk kian lama.

Silibus fiqh di sekolah dan universiti juga bermazhab Syafie. Oleh sebab itu, saya berani mengatakan mazhab Syafie telah menjadi mazhab rasmi masyarakat yang beragama Islam di negara ini.

Keadaan umat Islam semakin bercelaru dengan berbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan Rasululah SAW. Terutama pada zaman Saidina Ali yang muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Mu'tazilah dan Syiah dan macam-macam ajaran yang membingungkan hala tuju manusia.

Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah al-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani:
"Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun ke dalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)".

ASWJ adalah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasulullah). Keempat-empat Imam ASWJ iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Al-Shafiei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW.

Mendalami ilmu

Imam Hanafi lahir pada 80 hijrah dan Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun yang pertama lagi. Imam Al-Syafie lahir pada pada 150 hijrah dan Imam Hambali lahir pada 164 hijrah.

Semua mereka terkenal dengan sifat-sifat terpuji dan terkenal dengan ketokohan mereka dalam bidang ilmu. Seawal usia mereka telah menghafal al-Quran, selesai menghafal al-Quran mereka akan mendalami ilmu hadis serta ilmu tafsir, disusuli dengan ilmu fiqh dan tauhid.

Mereka sanggup berehlah ribuan batu untuk mendapatkan ilmu, sanggup mengharung perit maung dalam mencari ilmu. Sepanjang riwayat hidup mereka kita akan dengar yang baik-baik, yang indahnya mereka adalah ulama yang jujur dalam menegakkan kebenaran demi Allah SWT dan Rasul-Nya.

Perjuangan mereka jujur ijtihad mereka juga semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Keempat-empat Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain dari al-Quran dan al-hadis. Selain itu, keempat-empat mereka juga mempunyai kitab rujukan pada anak murid dan umum.

Seperti Imam Hanafi yang mempunyai kitab al-hadis yang bernama Al Wasit, Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha, Imam Al-Shafie dalam kitab Al-Uum dan Al-Imam Hambali (Ahmad bin Hambal). (Mazhab bagi keluarga Ibn Tamiyah di mana bapanya adalah ulama bermazhab Hambali) dalam kitab al-Hadis yang terkenal yang bernama Al-Musnad yang merangkumi 35,000 hadis di dalamnya.

Keempat-empat Imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan al-hadis.

Cuma sebagai orang awam yang tidak tahu ayat al-Quran dan al-hadis mana yang diterima pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut.

Memang sudah menjadi sunnatullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim. Walaupun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim.

Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai. Dalam pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis?

Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis. Oleh yang demikian berpegang kepada satu mazhab yang muktabar seperti mazhab Syafie adalah lebih baik dan lebih selamat.

Ini kerana kita akan seragam dalam penghayatan dan pengamalan serta mengelakkan pertelingkahan antara satu sama lain.

Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Khamis, 20 Januari 2011

Fahami Kadar Suara Dalam Ibadah

Oleh : Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni


Respon terhadap artikel:Benarkan hanya azan di pembesar suara, dalam malaysiakini.com, 15 Jan. 2011.


Isu Pembesar Suara


Isunya adalah tentang bacaan-bacaan - selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai, yang kononnya telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Objektif penulisnya barangkali ialah untuk menjaga hati orang bukan Islam dan agar agama Islam tidak dipandang serong oleh mereka. Namun huraian, penghujahan dan konklusi yang diketengahkan olehnya memerlukan kepada sedikit penilaian semula. Alat pembesar suara sudah tentu tidak wujud pada zaman Nabi SAW, namun apa yang ditinggalkan oleh baginda kepada kita ialah hukum mengangkat dan merendahkan suara, yang akan dibincangkan dalam artikel ini.


Antara ‘penyakit’ sesetengah ahli ilmu ialah terburu-buru dalam mengeluarkan hukum atau fatwa tanpa melihat terlebih dahulu dengan teliti dan mendalam terhadap masalah yang dibahaskan.Hanya mengguna pakai sebuah dalil sahaja tanpa melihat dalil-dalil yang lain atau meninggalkan dalil-dalil yang lain, maka terus diputuskan hukum atau fatwa darinya. Kebelakangan, perkara sebegini semakin kerap berlaku baik di kaca tv, radio, akhbar, internet, masjid, dan lain-lain.


Dalil-Dalil Larangan dan Ulasannya


Saya tidak akan mengupas atau mengulas satu persatu isi kandungan artikel tersebut kerana ia akan mengambil ruang yang panjang. Apa yang akan kita bincangkan di sini ialah dari sudut pendalilan yang diguna pakai iaitu tentang kadar suara dalam melaksanakan ibadah, seumpama solat, membaca al-Quran, zikir, doa, azan dan sebagainya.


Antara hujah yang dibangkitkan oleh mereka yang melarang dari mengangkat suara dalam beribadah ialah hadis sahih riwayat Abu Dawud dalam Sunannya (no. 1135):


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قَالَ: اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ: أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ: فِي الصَّلَاةِ. وفي مسند أحمد (رقم 11461) ومصنف عبد الرزاق (رقم 4216): وَهُوَ فِي قُبَّةٍ لَهُ فَكَشَفَ السُّتُورَ.

Terjemahan:

Dari Abu Sa'id al-Khudri katanya: “Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: “Ketahui sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat”. Dalam riwayat Musnad Ahmad dan Musannaf ’Abd al-Razzaq ditambah: ”Sedangkan ketika itu baginda berada di qubbah (tempat ibadah) baginda, lalu baginda pun menyingkap tirai-tirai...”.


Hadis ini perlu diteliti dari pelbagai aspek. Selain tekstual hadis perlu juga dilihat dari sudut kontekstual hadis. Perlu juga ditinjau dengan membuat komparatif dengan nas-nas lain, serta situasi ‘urf. Demikian kaedah yang perlu dipraktikkan bagi mengeluarkan sebuah hukum atau fatwa, tidak semata-mata berpegang kepada sebuah teks yang terhad. Adakalanya teks yang terhad hanya mampu menghasilkan pedoman dan panduan semata-mata, tetapi belum dapat membentuk sebuah hukum yang releven dan fatwa yang autentik.

Tanda-tanda pada zahir hadis tersebut seperti sedang beriktikaf, bermunajat, dan kadar suara yang mengganggu menunjukkan bahawa situasi pada masa itu ialah waktu malam yang bersuasana sunyi dan hening.


Penulis berpendapat, agak jauh untuk dikatakan hadis tersebut diucapkan pada waktu siang kerana suasananya agak berlainan dan kadar suara biasanya tidak begitu mengganggu. Siang adalah masa berkerja dan malam adalah masa beristirehat, maka amat sesuailah pada masa itu dielakkan sebarang gangguan dan amat tepatlah teguran Nabi SAW kepada para sahabatnya itu. Justeru menggunakan hadis ini bagi mengeluarkan hukum umum tanpa ada sebarang pengecualian atau perbezaan perlulah diteliti semula.


Realiti yang berlaku pasa masa kini, penggunaan pembesar suara biasanya selesai pada atau selepas waktu isyak, atau lebih sedikit jika ada penceramah yang melanjutkan celotehnya, dan bermula semula pada waktu pagi sebelum atau pada waktu fajar.Justeru, tidak berlaku sebarang gangguan pembesar suara antara waktu isyak sehingga subuh. Bagaimana situasi sedemikian dapat dikiaskan dengan hadis di atas yang barangkali ditujukan pada waktu dua pertiga malam, atau separuh malam ataupun sepertiga malam.


Manakala hadis yang berbunyi:


عن أَبِي مُوسى الأَشْعَرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: لَمَّا غَزَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم خَيْبَرَ، أَوْ قَالَ: لَمَّا تَوَجَّهَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، أَشْرَفَ النَّاسُ عَلَى وَادٍ فَرَفَعُوا أَصْوَاتَهُمْ بِالتَّكْبِيرِ: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لاَ إِله إِلاَّ اللهُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا، وَهُوَ مَعَكُمْ... (أخرجه البخاري ومسلم)

Terjemahan:

Dari Abu Musa al-Asy’ari RA katanya: Ketika Rasulullah SAW memerangi Khaybar, atau katanya: Ketika Rasulullah SAW menuju kepadanya, orang-orang telah melihat sebuah wadi, lalu mereka mengangkat suara mereka bertakbir; Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha illa Allah… Maka sabda Rasulullah SAW: Kasihanilah diri kamu sekalian, sesungguhnya kamu tidak menyeru yang tuli mahupun yang ghaib, sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu sekalian...”.


Zahir hadis ini menunjukkan bahawa teguran tersebut adalah disebabkan kadar suara yang berlebih-lebihan dan melampaui had dalam mengeras dan meninggikannya. Nabi SAW sentiasa membimbing umatnya kepada sikap bersederhana, maka amat wajar baginda memberi teguran tersebut.


Kata Imam al-Nawawi: Maknanya ialah kasihanilah diri kamu dan rendahkanlah suara kamu. Perbuatan mengangkat suara biasanya dilakukan orang kerana jauhnya orang yang diajak bicara agar ia mendengarnya, sedangkan kamu menyeru Allah Taala dan Dia bukanlah pekak mahupun ghaib, bahkan Dia Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu dengan ilmu dan liputan pengetahuan-Nya. Maka pada hadis ini terdapat galakan agar merendahkan suara ketika berzikir jika keperluan tidak mendesak untuk mengangkatnya. Sekiranya suara direndahkan, itu lebih beradab dalam memuliakan dan mengagungkan-Nya. Manakala jika keperluan perlu untuk mengangkatnya, barulah diangkat sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis (seperti talbiah dan sebagainya).




Dalam hadis yang lain:



عن عقبة بن عامر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الجاهر بالقرآن كالجاهر بالصدقة. والمسر بالقرآن كالمسر بالصدقة)). رواه الترمذي، وأبوداود، والنسائي. وقال الترمذي: هذا حديث حسن غريب.

Terjemahan:

Dari ’Uqbah bin ’Amir katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang membaca kuat dengan al-Quran seperti orang yang berterang-terangan dalam bersedekah. Dan orang yang membaca perlahan dengan al-Quran pula seperti orang yang bersembunyi-sembunyi dalam bersedekah”.



Makna hadis ini menunjukkan kepada keutamaan (keafdalan) dalam membaca al-Quran dan bukannya menunjukkan kepada larangan meninggikan suara. Sedangkan Nabi SAW pernah memerintahkan Abu Bakar al-Siddiq RA agar meninggikan suara:



عن أبي قتادة - رضي الله عنه - أن النبيَّ -صلى الله عليه وسلم- قال لأبي بكر : «مررتُ بك وأنت تقرأُ، وأنت تخفض من صوتك؟» فقال : إني أسمعتُ من ناجيتُ ، قال : ارْفعْ قليلا ، وقال لعمر : مررت بك وأنت تقرأُ ، وأنت ترفع من صوتك؟ قال : «إني أُوقِظُ الوَسنان ، وأطردُ الشيطان، قال : اخفِض قليلا». وفي رواية: «يا أبا بكر ، ارْفع من صوتك شيئا ، وقال لعمر : اخفِضْ من صوتك شيئا». رواه الترمذي وأبو داود بإسناد صحيح.


Terjemahan:

Dari Abu Qatadah RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas baginda: Angkatlah sedikit (suaramu). Dan baginda juga bersabda kepada ’Umar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas baginda: Rendahkan sedikit (suaramu). Dalam riwayat lain: ”Wahai Abu Bakar, angkatlah suaramu sedikit, dan baginda bersabda kepada ’Umar: Rendahkanlah suaramu sedikit”.



Di sini, Nabi SAW menyuruh mengangkat suara jika ianya terlalu perlahan atau tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, dan melarang mengangkatkan suara jika ianya melebihi had, atau kerana ia dapat menimbulkan sifat riyak dan ujub yang ditegah oleh syarak. Secara mafhumnya, baginda mengajarkan bahawa bersederhana itulah yang lebih utama.


Selain hadis Abu Bakar RA tersebut terdapat beberapa hadis lain yang membenarkan mengangkat suara seperti;


حديث أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لَمْ يَأْذَنِ اللهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ أَنْ يَتَغَنَّى بِالْقُرَآنِ يَجْهَرُ بِهِ. (رواه البخاري ومسلم وغيرهما)

Terjemahan:

Dari Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: Allah tidak mengizinkan (meredhai) bagi sesuatu, apa yang telah diizinkan kepada Nabi agar berlagu dengan al-Quran, serta mengangkat suara dengannya”.



Kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar berkenaan dalil-dalil yang zahirnya saling bercanggahan ini: Pengharmonian antara kedua-duanya ialah bahawa suara perlahan itu lebih jauh dari sifat riyak, dan ianya adalah afdal bagi orang yang takutkan demikian. Jika tidak takut riyak pula, maka suara kuat itu lebih afdal dengan syarat tidak menyakiti orang lain seperti orang yang bersolat, tidur dan sebagainya.


Maksudnya suara perlahan itu lebih afdal jika takutkan riyak atau menyakiti orang yang bersolat atau tidur dengan suara kuatnya. Suara kuat pula afdal dalam hal yang selain itu kerana amalan tersebut lebih besar, dan manfaatnya dapat dikongsi oleh orang lain sama ada dengan mendengar (dan banyak dalil menunjukkan ianya sebagai ibadah), belajar, mengikut, insaf atau ianya sebagai syiar agama. Ia juga dapat mengetuk hati si-pembaca, menumpukan perhatiannya untuk berfikir dan memfokuskan pendengarannya sendiri. Ia juga dapat menghalang rasa mengantuk, menambah rasa cergas, membangunkan orang lain yang tidur dan lalai serta menyegarkannya. Maka bila hadir salah satu niat-niat ini, maka suara kuat itu adalah lebih afdal.


Ada diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus dari Ibn ’Umar secara marfu’:


السر أفضل من العلانية والعلانية أفضل لمن أراد الإقتداء به

Terjemahan: “Cara sembunyi itu lebih afdal dari cara terang-terangan, dan cara terang-terangan pula lebih afdal bagi orang yang mahu agar dicontohi”.



Maka kesimpulannya, tinggi atau rendah suara itu semua adalah bergantung kepada situasi, suasana, tuntutan dan juga keadaan. Selain perlu menitikberatkan kesederhanaan dalam semua aspek.


Sila rujuk dengan lebih lanjut tentang mengangkat suara dalam ibadah kepada kitab Sibahah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam ‘Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H), tahkik Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dan kitab Natijah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam al-Suyuti (w. 911H). Namun menurut Syeikh Abu Ghuddah, kitab Imam al-Laknawi lebih detail dan lengkap perbahasannya.


Menangani Isu Sebenar


Isu sebenarnya bukan masalah penyalahgunaan pembesar suara, atau benarkan hanya azan sahaja di pembesar suara, tetapi adalah masalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau) terhadap situasi yang mereka duduki. Kita ada pelbagai situasi, ada masjid yang jauh dari kawasan perumahan dan ada yang dekat, malah sebahagiannya berhimpit-himpit dengan rumah orang atau kedai.Ada masjid yang berdekatan dengan pusat maksiat. Ada masjid yang berdekatan dengan hospital. Ada masjid yang berada di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Ada masjid bandar, dan ada masjid kampung. Ada masjid yang penduduk sekitarnya bersatu hati, dan ada masjid yang penduduk sekitarnya berbalah sesama sendiri. Suasana bandar yang sibuk pastinya berbeza dengan suasana kampung yang lebih tenang.

Peralatan pembesar suara juga perlu diambil kira.


Ada pembesar suara yang mahal dan mengeluarkan suara yang enak dan merdu. Ada pembesar suara yang murah dan mengeluarkan suara yang ’serak’ dan berdesing sekali-sekala. Begitu juga hal dengan tugas bilal, ada bilal yang bersuara merdu dan sedap didengar, dan ada bilal yang bersuara kurang lemak merdu. Ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan, dan ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir pada waktu tertentu sahaja sebelum azan seperti waktu subuh dan maghrib misalnya. Dan sebagainya lagi.


Bayangkan sekiranya masjid tersebut terletak di kawasan yang majoritinya bukan Islam, atau sangat berhampiran dengan hospital, dan alat pembesar suaranya pula sering ’terbatuk-batuk’, dipasang pula alunan bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan dan bilalnya pula bersuara ’serak-serak basah’. Apakah agaknya reaksi dan pendapat anda, jika dibandingkan dengan masjid yang terletak di kampung yang penduduknya sekitarnya bersatu hati dan sudah biasa dengan alunan bacaan al-Quran atau zikir pada waktu sebelum subuh dan maghrib, manakala bilalnya pula bersuara lemak merdu. Apakah sama situasinya?


Bagaimana pula sekiranya masjid tersebut berhampiran dengan pusat maksiat yang pengunjungnya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid. Apakah tidak rugi jika semua ceramah-ceramah yang dijalankan di masjid itu hanya untuk orang di dalam masjid sahaja dan suara tidak keluar melebihi pintunya? Semuanya ini perlu diambil kira, bukannya mengeluarkan hukum secara pukul rata.


Iktibar Dengan Situasi


Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya dari Ghudhaif bin al-Harith, beliau pernah bertanya kepada ’A’isyah RA antaranya:


أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِالْقُرْآنِ أَمْ يَخْفُتُ بِهِ؟ قَالَتْ: رُبَّمَا جَهَرَ بِهِ وَرُبَّمَا خَفَتَ. قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً. رواه أبو داود بإسناد صحيح.

Terjemahan:

Adakah puan pernah melihat Rasulullah SAW mengangkat suara dengan al-Quran ataupun memperlahankannya? Jawab beliau: Adakalanya baginda mengangkat suara dengannya dan adakalanya baginda memperlahankannya. Aku berkata: Allahu akbar, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan.




Kata al-‘Allamah Badr al-Din al-‘Aini (w. 855H) mengulas hadis di atas:



Sabit pilihan bagi si-pembaca (al-Quran atau zikir) sama ada antara mengangkat suara dengannya dan juga memperlahankannya. Diperkatakan, mengangkat suara lebih afdal. Juga diperkatakan, memperlahankan suara lebih afdal. Namun yang benar ialah; ianya terikat menurut iktibar dari segi masa si-pembaca, kedudukannya dan juga situasinya. Maka hendaklah dipelihara mengangkat suara dan memperlahankan suara berdasarkan iktibar tersebut.



Kata-kata Ghudhaif bin al-Harith RA: ”Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan”, wajar direnung dan diambil iktibar. Perbezaan ‘urf dan situasi kerana peredaran zaman perlu juga diambil kira. Apa yang penting, bukan hukum menggunakan pembesar suara yang sudah menjadi ‘urf pada masa kini, tetapi adalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau serta para pengunjung masjid/surau juga) terhadap situasi yang mereka duduki. Dan perbincangan ini secara umum meliputi situasi dalam dan juga luar masjid. Persoalannya, bagaimanakah harus mereka mengendalikannya? Jika penulis artikel tersebut menyemak semula masalah ini dan memikirkan semua faktor-faktor yang dijelaskan, pasti dia akan memperbetulkan semula kenyataannya atau menambah apa-apa kenyataan yang wajar dan lebih diterima. Mengeluarkan sesuatu kenyataan atau hukum secara terburu-buru bukanlah suatu tindakan yang bijak.



Sumber : http://sawanih.blogspot.com/2011/01/kadar-suara-dalam-ibadah.html

Ahad, 16 Januari 2011

Apakah Hukum Bacaan Kuat Selain Dari Azan ?


Soalan :

Assalamu'alaikum ustaz, dalam artikel di Malaysiakini. Seorang bekas mufti (Dr Asri Zainal Abidin) menyatakan bahawa bacaan selain dari azan patut dihentikan di masjid-masjid. Sila rujuk :

http://www.malaysiakini.com/news/153502


Jawapan :

Wa'alaikumussalam warahmatullah, alhamdulillah segala puji bagi Allah. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, kepada ahli keluarganya dan para sahabat seluruhnya.

Sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa sahaja pernyataan maka perlulah dibuat penyelidikan. Sebagaimana dalam al Quran menyatakan :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Surah al Hujaarat: Ayat 6)

Malangnya apabila perintah Allah ini tidak diambil berat. Maka mudah sahaja mendatangkan hukum dan tuduhan yang mendatangkan kesan buruk terutamanya kepada Umat Islam bahkan Syiar Islam itu sendiri.

Persoalan yang timbul :

1. Adakah dengan hujjah yang digunakan oleh Dr Asri ini. Maka selepas ini, kita terpaksa menutup radio-radio yang berunsurkan Islam kerana DIKHUATIRI menganggu orang bukan Islam ? Menutup kedai-kedai buku agama ? Sekolah-sekolah Agama yang berada di tempat yang dikongsi bersama dengan orang Bukan Islam ? Bahkan ceramah-ceramah dan kuliah ilmu agama yang mengajak kepada Islam juga terpaksa di hentikan kerana hujjahnya yang amat sempit ini ?

2. Benarkah 'pendapat/fatwa' yang dikeluarkan oleh bekas Mufti ini dan tiadakah dalil-dalil dari As Sunnah yang SAHIH mengenai perkara ini ?

Jawapan dari Ustaz Akitiano :

Perlu semua pembaca tahu, bahwa sebelum membahas tentang melantunkan zikir atau selawat dengan penguat suara, ana hanya menegaskan bahwa membaca selawat dan doa adalah disunnahkan dalam Islam. Ini berdasarkan pada hadis Sahih Muslim:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا

تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Diriwayatkan dari Abdillah bin ‘Amr bin al-‘Ash bahwa beliau mendengan Nabi SAW berkata

: “Ketika kamu semua mendengar orang yang melantunkan azan, maka kamu semua sebutlah (jawablah) seperti apa yang dia sebutkan lalu BERSELAWATLAH kalian semua KEPADAKU (Nabi) maka sesungguhnya barang siapa berselawat terhadapku dengan satu selawat, nescaya Allah akan selawat (memberi rahmat ta’zim) terhadapnya dengan sepuluh selawat tadi, lalu berwasilahlah kamu semua kepada Allah menggunakan aku sebagai perantaraan kerana sesungguhnya wasilah itu adalah tempat di syurga. Tidaklah patut tempat tersebut kecuali bagi hamba daripada hamba-hamba Allah dan aku mengharapkan adanya Aku adalah dia. Maka barangsiapa meminta Aku sebagai wasilah maka berhaklah dia mendapatkan Syafaat ”.

Dari sini, jelaslah bahwa berselawat setelah azan adalah disyariatkan dalam Islam dan berdasarkan hadis yang sahih! Oleh sebab itu, tidaklah salah bagi beberapa tarikat seperti Naqshabandi Haqqani atau lainnya melantunkan bacaan seperti “الصلاة والسلام عليك، يا خاتم الأنبياء” setelah azan sebelum doa. Perkara ini juga ditegaskan oleh Syeikh Fuad al-Maliki di Masjid Taman TAR semalam, yaitu 15 Januari 2011.

Ditambah lagi, keutamaan berdoa antara azan dan iqamah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لا يرد الدعاء بين الأذان والإقامة "

Rasulullah SAW bersabda:

tidak akan ditolak doa (yang dipanjatkan) antara azan dan iqamah.

Hadis ini menunjukkan bahwa selagi ada waktu untuk berdoa antara azan dan iqamah, maka doalah!

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Azkar di bab doa setelah azan.

Sedangkan hukum melantunkan bacaan solawat yang bernasyid seperti selawat badar atau lainnya dengan suara indah dan nanyian merdu di MASJID adalah mubah. Ini adalah berdasar dari hadis riwayat Imam Nasa’I di bab Keringanan melantunkan Syair yang bagus di dalam masjid:

عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ مَرَّ عُمَرُ بِحَسَّانَ بْنِ ثَابِتٍ وَهُوَ يُنْشِدُ فِي الْمَسْجِدِ فَلَحَظَ إِلَيْهِ فَقَالَ قَدْ أَنْشَدْتُ وَفِيهِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَالَ أَسَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَجِبْ عَنِّي اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ

Dari Sa’id bin al-Musayyab, beliau berkata: pada suatu saat Umar berjalan bertemu Hasan bin Tsabit yang sedang melantunkan sebuah Syair indah di masjid, lalu Umar menegurnya, namun Hasan menjawab: Aku telah melantunkan Sya’ir di masjid yang di dalamnya ada seseorang yang kemuliaannya lebih mulia daripada kamu, kemudian ia menoleh kepada Abu Hurairah. Maka Hasan melanjutkan perkataannya bukankah kamu telah mendengar sabda Rasulullah SAW, Jawablah dariku, YA Allah semoga Engkau menguatkannya dengan ruh al-Qudus. Lalu Umar menjawab YA Allah, benar (aku sudah mendengarnya).

Hukum lantunan tersebut dengan suara yang kuat (dalam arti dapat didengar oleh orang lain bukan berarti kuat dengan suara yang nyaring lagi mengganggu) dan beramai-ramai adalah mubah. Ini berdasarkan hadis riwayat Nasa’I yang telah disebutkan di atas dan disyarahkan oleh Syeikh Ismail Utsman Zain al-Yamani di dalam kitabnya yang berjudul Irsyadu al-Mu’minin, cetakan Mekkah: Maktabah Mathabi’ al-Zamzam, Hal. 16:

ومما يستأنس به في ذلك إباحة انشاد الشعر في المساجد إذا كان مدائح صادقة أو موعظة و أدبا أو علوما نافعة وهو لا يكون إلا برفع صوت في اجتماع.

Yang biasa diambil dari hadis tersebut (Nasa’i) adalah hukum kebolehan melantunkan sebuah syair di dalam masjid yang di dalam lantunan tersebut berisi pujian-pujian, nasihat-nasihat, pelajaran adab, dan ilmu yang bermanfaat. Dan itu pasti dilakukan dengan suara keras dalam perkumpulan.

Oleh sebab itu, diperbolehkan mengkuatkan suara di masjid dengan syair-syair apatah lagi dengan zikir atau selawat!

Walau bagaimanapun, memang benar bahwa kebolehan tersebut terikat dengan ketentuan apakah sampai menganggu orang solat atau tidur (التشويش). Bahkan batasan ini telah dijelaskan di dalam kitab Bughyat al-Mustarsyidin dan lain-lain seperti berikut (Maaf ana tidak dapat menerjemah semua ibarat ini kerana kesempitan waktu):

1. بغية المشترشدين ص : 66 دار الفكر

(مسألة ك) لايكره فى المسجد الجهر بالذكر بأنواعه ومنه قراءة القران إلا إن شوش على مصل أو آذى نائما بل إن كثر التأذى حرم فيمنع منه حينئذ كما لو جلس بعد الأذان يذكر الله تعالى وكل من أتى للصلاة جلس معه وشوش على المصلين فإن لم يكن ثم تشويش أبيح بل ندب لنحو تعليم إن لم يخف رياء ويكره تعليق الأوراق المنقوش فيها صورة الحرمين وما فيها من المشاعر المسماة بالعمر فى المسجد للتشويش على المصلين وغيرهم ولكراهة الصلاة إلى ما يلهى لأنه يخل بالخشوع وقد صرحوا بكراهة نقش المسجد وهذا منه نعم إن كانت مرتفعة بحيث لا تشوش فلا بأس إلا إن تولد من إلصاقها تلويث المسجد أو فساد تجصيصه ولا يجوز الإنتفاع بها بغير رضا مالكها إلا إن بليت

وسقطت ماليتها فلكل أخدها لقضاء العرف بذلك

2. حواشي الشروانى على تحفة المحتاج الجزء الثانى ص : 58

ولا يجهر مصل ولا غيره إن شوش على نحو نائم أو مصل فيكره كما في المجموع وفتاوى المصنف وبه رد على ابن العماد نقله عنهما الحرمة إن كان مستمعو القراءة أكثر من المصلين نظرا لزيادة المصلحة ثم نظر فيه وبحث المنع من الجهر بحضرة المصلي مطلقا لأن المسجد وقف على المصلين أي أصالة دون الوعاظ والقراء ونوافل الليل المطلقة يتوسط فيها بين الجهر والإسرار بأن يقرأ هكذا مرة وهكذا أخرى أو يدعي أن بينهما واسطة بأن يرفع عن إسماع نفسه إلى حد لا يسمعه غيره.

(قوله لا يجهر مصل إلخ) شامل للفرض وغيره (قوله على نحو نائم) ظاهره ولو في المسجد وقت إقامة المفروضة وفيه نظر لأنه مقصر بالنوم حينئذ سم (قوله ثم نظر فيه) أي ابن العماد أي فيما نقله عن الفتاوى (قوله وبحث إلخ) أي ابن العماد حيث قال ويحرم على كل أحد الجهر في الصلاة وخارجها إن شوش على غيره من نحو مصل أو قارئ أو نائم للضرر ويرجع لقول المتشوش ولو فاسقا لأنه لا يعرف إلا منه ا هـ وما ذكره من الحرمة ظاهر لكن ينافيه كلام المجموع وغيره فإنه كالصريح في عدمها إلا أن يجمع بحمله على ما إذا خاف التشويش اهـ شرح المختصر للشارح ا هـ بصري ويأتي عن شيخنا جمع آخر (قوله مطلقا) أي وإن كان المصلي أقل من مستمع القراءة (قوله يتوسط إلخ) إن لم يخف رياء أو تشويشا على مصل أو نائم وإلا سن له الإسرار كما في المجموع ويقاس على ما ذكر من يجهر بذكر أو قراءة بحضرة من يشتغل بمطالعة أو تدريس أو تصنيف كما أفتى به الشهاب الرملي قال ولا خفاء أن الحكم على كل من الجهر والإسرار بكونه سنة من حيث ذاته نهاية ومغني وقال ع ش قضية تخصيص ذلك التقييد بالنفل المطلق أن ما طلب فيه الجهر كالعشاء والتراويح لا يتركه فيه لما ذكر وهو ظاهر لأنه مطلوب لذاته فلا يترك لهذا العارض اهـ وهذا يخالف لإطلاق الشارح المار ولا يجهر مصل إلخ الذي كالصريح في العموم وقول السيد البصري المتقدم هناك ثم رأيت قال شيخنا في شرح والجهر في موضعه وهو الصبح وأولتا المغرب إلخ ما نصه ويحرم الجهر عند من يتأذى به واعتمد بعضهم أنه يكره فقط ولعله محمول على ما إذا لم يتحقق التأذي ويندب التوسط في نوافل الليل المطلقة بين الجهر والإسرار إن لم يشوش على نائم أو مصل أو نحوهما ا هـ وهو صريح في العموم.

3. حاشية القليوبي الجزء الثاني ص: 127

(ورفع صوته بها) نعم يندب في التلبية الأولى أن يقتصر على إسماع نفسه ولا يندب الرفع كما مر ولو حصل تشويش على مصل أو ذاكر أو قارئ أو نائم كره الرفع بل يحرم إن تأذى به أذى لا يحتمل.

4. البجيرمى على الخطيب الجزء الثانى ص : 65

(و) الخامسة (الجهر) بالقراءة (في موضعه) فيسن لغير المأموم أن يجهر بالقراءة في الصبح وأولتي العشاءين والجمعة والعيدين وخسوف القمر والاستسقاء والتراويح ووتر رمضان وركعتي الطواف ليلا أو وقت الصبح (والإسرار) بها (في موضعه) فيسر في غير ما ذكر إلا في نافلة الليل المطلقة فيتوسط فيها بين الإسرار والجهر إن لم يشوش على نائم أو مصل أو نحوه

(قوله فيتوسط إلخ) حد الجهر أن يسمع من يليه والإسرار أن يسمع نفسه قال بعضهم والتوسط بينهما يعرف بالمقايسة بهما كما أشار إليه قوله تعالى "ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها وابتغ بين ذلك سبيلا" قال الزركشي والأحسن في تفسيره ما قاله بعضهم أن يجهر تارة ويسر أخرى إذ لا تعقل الواسطة اهـ ز ي وفسر الحلبي التوسط بأن يزيد على الإسرار إلى أن لا يبلغ حد الجهر بأن يزيد على أدنى ما يسمع نفسه من غير أن تبلغ تلك الزيادة إلى سماع من يليه ا هـ ورد بأنه لا يناسب قول الشارح إن لم يشوش على نائم إلخ لأنه إذا كان كذلك فهو مقطوع بعدم التشويش تأمل فالصواب تفسير التوسط بما تقدم (قوله إن لم يشوش على نائم أو مصل) وإلا أسر ندبا إن شرعا في النوم أو الصلاة قبل تحرمه فيما يظهر ويحتمل الأخذ بإطلاقهم قاله الشيخ ابن حجر والوجه هو الأخذ بإطلاقهم اهـ شوبري أي فيندب ولو عرض ذلك بعد تحرمه قال الرحماني فإن شوش حرم عند ابن العماد وكره عند حج وقيده ابن قاسم بغير من يسن إيقاظه للصلاة وإلا فلا يكره والمعتمد أنه إن شوش كره فقط ولا يحرم الجهر لأن الإيذاء غير محقق كما قاله الشيخ عبدء البر (قوله أو نحوه) كمدرس أو متفكر في آلاء الله تعالى ومثله الخوف من الرياء وإلا سن له الإسرار كما في المجموع ويقاس على ما ذكر من يجهر بذكر أو قرآن بحضرة من يشتغل بمطالعة أو تدريس أو تصنيف كما أفتى به الوالد ا هـ ولا خفاء أن الحكم على كل من الجهر والإسرار بكونه سنة من حيث ذاته فلا ينافي أن يجهر به أو يسر يكون واجبا اهـ

Dari kesemua ibarat ini, dapat difahami hukum menganggu orang solat tersebut masih ditafsil, yaitu makruh ketika bacaan tersebut masih diragu-ragukan oleh pembaca bahwa ia akan menganggu orang lain yang solat. Hukum menjadi haram apabila ada memiliki persangkaan (dhann) atau yakin bahwa bacaan tersebut benar-benar menganggu orang lain. Walau bagaimanapun, batasan menganggu yang dimaksud adalah apabila telah melampaui batasan kewajaran menurut standard umum.

Bukti batasan yang ana maksudkan adalah berdasarkan dari ibarat “بل يحرم إن تأذى به أذى لا يحتمل” (bahkan haram apabila benar-benar membahayakan dengan bahaya yang benar yang tidak ada kemungkinan lain). Dari kata-kata ini, dapat difahami bahaya yang dimaksud adalah seperti dengan bacaan yang kuat tersebut menyebabkan orang yang solat lupa bacaan fatihahnya sehingga urutannya kucar-kacir. Ketika bacaan kuat tersebut tidak sampai pada derajat ini, maka ia bukan dari “التشويش”. Bahkan ia menjadi sunnah seperti keterangan dari kitab Bughyah: “فإن لم يكن ثم تشويش أبيح بل ندب لنحو تعليم إن لم يخف رياء”.

Selain dari masalah tasywisy, perkara yang perlu diperhatikan adalah masalah riya’ dan tidak. Ini seperti dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin hal. 48:

(مسألة: ك): الذكر كالقراءة مطلوب بصريح الآيات والروايات والجهر به حيث لم يخف رياء ولم يشوّش على نحو مصل

Berzikir seperti membaca al-Qur’an itu digalakkan (disunnatkan) dengan dalil shorihnya ayat-ayat dan hadis-hadis. Sedangkan mengeraskan suara zikir itu boleh selama tidak dikhawatirkan riya’ dan tidak menganggu seperti orang solat.

Dengan kesemua ini,kita menolak tuduhan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berusaha merusak tradisi Islam ini yang banyak dapat memberi manfaat seperti syi’ar dan da’wah. Sedangkan tuduhan bahwa nanti orang yang bukan Islam akan berburuk sangka dengan Islam, serta menyangka selawat atau tambahan lain adalah azan, merupakan sebuah persangkaan yang tidak memiliki dasar. Orang yang bukan Islam banyak membenci Islam adalah dikarenakan mereka memang tidak mendapat hidayah dan memiliki nafsu membeci Islam sejak awal, bukan kerana tambahan ini. Buktinya, banyak di Eropah dan Amerika orang bukan Islam masuk Islam di bawah dakwah yang di bawa oleh ulama sufi seperti Syeikh Nazim yang dalam waktu yang sama tetap melantunkan azan lalu disambung dengan selawat ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW?

Bahkan Allah berfirman: “هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ”.

Dalam ayat ini menunjukkan bahwa Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah untuk membawa Islam agar menunjukkan kepada umat tentang Islam itu sendiri, walaupun orang musyrik tidak menyukainya. Kalau hanya dengan tambahan selawat ini akan menyebabkan orang bukan Islam tidak suka, lalu selawat ini diminta untuk dihilangkan, apakah gunanya Rasulullah SAW diutus untuk membawa agama – sebuah tanggung jawab yang lebih besar dari berzikir dan selawat setelah azan – dan jelas orang musyrik juga tidak suka? Apakah sebab takut salah faham dari orang bukan Islam ini kita disuruh untuk meninggalkan da’wah dan beribadah? Jawabannya tidak! semua salah sangka dapat diselesaikan dengan berdiskusi maupun berdebat secara beradab.

Secara adat umum, bacaan-bacaan selawat tersebut seperti di tanah Jawa, maupun lainnya (Tambahan Admin : Di negeri seperti di Johor : memang terdapat bilal yang akan membaca zikir dan doa 15 atau 20 minit sebelum azan dikumandangkan. Ia sebagai peringatan dan ajakan kepada umat Islam untuk turut mengingati Allah.) yang dilakukan dengan pengeras suara tidak menganggu masyarakat di sekitar masjid bahkan yang solat di dalam masjid sekalipun. Ini dikarenakan bacaan tersebut tidak terlalu nyaring dan hanya dengan suara sederhana, bukan dengan terpekik-pekik. Bahkan masyarakat nusantara merasa amalan ini tidaklah pelik, kecuali sebagian kecil orang yang banyak terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Kenyataan yang berlaku, tidak ada, dan bahkan sangat nadir (langka) orang mengeluh akan amalan ini, kecuali segelintir tadi. Semoga dengan hujjah ini dapat dijadikan I’tibar oleh kita semua sebagai golongan ahli al-sunnah wa al-Jama’ah.

Sumber :

http://akitiano.blogspot.com/2011/01/bacaan-kuat-selain-azan.html

Rabu, 5 Januari 2011

Pelancaran Pecah Tanah Menara As Sofa - Mercu Tanda Ahlu Sunnah Wal Jama'ah


MENARA As Sofa bakal menjadi mercu tanda Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila ia siap dibina kelak.


ALUNAN irama merdu qasidah yang memuji Rasulullah S.A.W berselang-seli dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang diperdengarkan kepada khalayak oleh sekumpulan anak muda.

Kelihatan seragam dengan jubah berona coklat muda dan ketayap putih di kepala, persembahan yang ditampilkan kumpulan qasidah itu mampu mengajak hadirin yang hadir menginsafi diri dan mengenang kisah pengorbanan seorang manusia agung yang tersebar ke seluruh pelosok alam.

Bukan sahaja terharu, bahkan ramai yang mengalirkan air mata apabila nama Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W disebut-sebut dalam bait-bait syair Arab yang dikumandangkan kumpulan berkenaan.

Situasi berkenaan merupakan salah satu aktiviti yang mengisi ruang sempena berlangsungnya majlis pecah tanah pembinaan Menara As Sofa di kawasan emas, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Idea pembinaan menara tersebut dicetuskan oleh Penasihat Yayasan Sofa, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki dalam usaha untuk mengukuhkan martabat Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara ini.

Beliau yang turut memegang beberapa portfolio penting dalam kerajaan Negeri Sembilan seperti pengerusi akidah, ahli Majlis Agama Islam dan Ahli Majlis Fatwa Negeri memberitahu acara tersebut menyaksikan satu tanda aras baru dalam usaha dakwah yang digerakkan oleh Yayasan Sofa.

"Sesungguhnya dakwah dan risalah Islam harus dirasai impaknya oleh seluruh peringkat masyarakat terutama di pusat-pusat kehidupan umat.

"Sehubungan itu, adalah tidak wajar jika dakwah Islamiyyah hanya menjadi fenomena pinggiran dan ditandai dengan imej dhaif dan mundur. Sebaliknya, gerakan dakwah harus tampil dengan wajah yang dinamik, segar dan meyakinkan,"

katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Tambah beliau, bagi merealisasi hasrat itu, segala prasarana, infrastruktur dan keperluan dakwah ASWJ perlu dipastikan berada pada tahap terbaik dan terkini seiring dengan realiti zaman dan medan dakwah yang dihadapi.


MAJLIS Pecah Tanah Menara As Sofa turut menarik minat penduduk Kampung Baru untuk sama-sama hadir memberi sokongan.


Institusi pendidikan

"Dengan semangat tersebut kita berharap agar pembinaan Menara As Sofa ini akan mampu menempatkan usaha dakwah kami pada tahap yang lebih efektif bagi memenangi hati khalayak," ujarnya sambil melahirkan harapan agar menara itu menjadi mercu tanda yang dapat diimarahkan oleh semua pencinta ASWJ.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dr. Yusri Mohamad menjelaskan, apabila siap kelak mereka akan menempatkan beberapa institusi dakwah dan pendidikan yang bernaung di bawah yayasan berkenaan.

"Di samping itu, pembinaan menara setinggi 19 tingkat ini akan turut dilengkapi dengan pelbagai prasarana moden dan canggih demi memastikan kemajuan sahsiah, perkembangan ilmu Islam dan dakwah hakiki dapat dicapai kelak,"
kata Yusri yang merupakan Pensyarah Kuliyah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pada majlis itu juga turut diadakan pameran berkaitan sejarah awal penubuhan Yayasan Sofa dan perkembangan dakwah mereka sama ada di dalam mahu pun di luar negara.

Tidak ketinggalan, acara yang berlangsung pada malam 15 Muharam 1543H itu turut diisi dengan majlis pelancaran Kitab Tafsir Surah Al-Ikhlas karangan Sheikh Muhammad Fuad sendiri yang kemudian dihadiahkan kepada lebih 2,000 tetamu yang hadir.


Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm