Jawapan :
Telah dijelaskan pernyataan Imam Asy Syafie oleh ulamak-ulamak dalam mazhab Asy Syafie sendiri seperti berikut :
Yakni berhubungan dengan keadaan dan hal-hal tertentu, seperti perkataan beliau Imam Syafi’i :
قال الشافعى : وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت
“asy-Syafi’i berkata : aku menyukai seandainya dibacakan al-Qur’an disamping qubur dan dibacakan do’a untuk mayyit”
(Lihat : Ma’rifatus Sunani wal Atsar [7743] lil-Imam al-Muhaddits al-Baihaqi)
Juga disebutkan oleh al-Imam al-Mawardi, al-Imam an-Nawawi, al-Imam Ibnu ‘Allan dan yang lainnya dalam kitab masing-masing yang sebagai berikut :
قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمه اللَّه: ويُسْتَحَبُّ أنْ يُقرَ أَ عِ ندَه شيء مِنَ القُرآنِ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْده كانَ حَسناً
“Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata : disunnahkan agar membaca sesuatu dari al-Qur’an disisi quburnya, dan apabila mereka mengkhatamkan al-Qur’an disisi quburnya maka itu bagus”
(Lihat : Riyadlush Shalihin [1/295] lil-Imam an-Nawawi ; Dalilul Falihin [6/426] li-Imam Ibnu ‘Allan ; al-Hawi al-Kabir fiy Fiqh Madzhab asy-Syafi’i (Syarah Mukhtashar Muzanni) [3/26] lil-Imam al-Mawardi dan lainnya)
Kemudian hal ini dijelaskan oleh ‘Ulama Syafi’iyah lainnya seperti Syaikhul Islam al-Imam Zakariyya al-Anshari dalam dalam Fathul Wahab :
أما القراءة فقال النووي في شرح مسلم المشهور من مذهب الشافعي أنه لا يصل ثوابها إلى الميت وقال بعض أصحابنا يصل وذهب
جماعات من العلماء إلى أنه يصل إليه ثواب جميع العبادات من صلاة وصوم وقراءة وغيرها وما قاله من مشهور المذهب محمول على
ما إذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو ثواب قراءته له أو نواه ولم يدع بل قال السبكي الذي دل عليه الخبر بالاستنباط أن بعض القرآن إذا
قصد به نفع الميت نفعه وبين ذلك وقد ذكرته في شرح الروض
“Adapun pembacaan al-Qur’an, Imam an-Nawawi mengatakan didalam Syarh Muslim, yakni masyhur dari madzhab asy-Syafi’i bahwa pahala bacaan al-Qur’an tidak sampai kepada mayyit, sedangkan sebagian ashhab kami menyatakan sampai, dan kelompok-kelompok ‘ulama berpendapat bahwa sampainya pahala seluruh ibadah kepada mayyit seperti shalat, puasa, pembacaan al-Qur’an dan yang lainnya. Dan apa yang dikatakan sebagai qaul masyhur dibawa atas pengertian apabila pembacaannya tidak di hadapan mayyit, tidak meniatkan pahala bacaannya untuknya atau meniatkannya, dan tidak mendo’akannya bahkan Imam as-Subkiy berkata ; “yang menunjukkan atas hal itu (sampainya pahala) adalah hadits berdasarkan istinbath bahwa sebagian al-Qur’an apabila diqashadkan (ditujukan) dengan bacaannya akan bermanfaat bagi mayyit dan diantara yang demikian, sungguh telah dituturkannya didalam syarah ar-Raudlah”.
(Lihat : Fathul Wahab bisyarhi Minhajit Thullab lil-Imam Zakariyya al-Anshari asy-Syafi’i [2/23])
Syaikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami didalam al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubraa:
وكلام الشافعي – رضي الله عنه – هذا تأييد للمتأخرين في حملهم مشهور المذهب على ما إذا لم يكن بحضرة الميت أو لم يدع عقبه
“dan perkataan Imam asy-Syafi’i ini (bacaan al-Qur’an disamping mayyit/kuburan) memperkuat pernyataan ulama-ulama Mutaakhkhirin dalam membawa pendapat masyhur diatas pengertian apabila tidak dihadapan mayyit atau apabila tidak mengiringinya dengan do’a”. (Lihat : al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubraa lil-Imam Ibnu Hajar al-Haitami [2/27])
Imam An-Nawawi berkata di dalam kitabnya Al-Adzkar:
أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم ( في ” ج ” : ” ويصل ثوابُه ” ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ ” (رواه مسلم) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا ” ( أبو داود وغير ذلك). واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : ” اللهمّ أوصلْ ثوابَ ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه.
Ertinya:
Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya. Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya.
Mengenai status hadith di bawah ini :
al-Hafizh as-Suyuthi di dalam Syarh ash-Shudur menyebutkan:
“Al-Baihaqi telah meriwayatkan di dalam Syu’ab dan Ath-Thobrani dari Ibn Umar dari Nabi mafhumnya: “Apabila salah seorang daripada kamu meninggal dunia, maka janganlah kamu menahannya dengan lama. Bersegeralah mengebumikannya dan bacakan Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) dekat kepalanya.” Dan menurut lafaz yang diriwayatkan Al-Baihaqi: “Bacalah permulaan Surah Al-Baqarah dekat kepalanya dan akhir Surah Al-Baqarah dekat kakinya, dikuburnya.”
Ia telah dijawab iaitu sanadnya Hasan seperti yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.
وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها
Ertinya:
Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.
Oleh itu, jangan takut jangan tertipu dengan mereka yang mendakwa lebih kenal imam Asy Syafie kononnya Imam Asy Syafie melarang membaca al Quran di kuburan. Insya Allah, apa yang dilakukan oleh Umat Islam di Malaysia ketika menziarahi kubur ada sandarannya dari al Quran dan as Sunnah melalui pemahaman para ulamak muktabar.
Pendapat yang mahsyur dan yang dipilih dari pendapat Imam Ahmad Ibnu Hambal adalah yang mengatakan boleh membaca al Quran di kuburan (Al Fiqh al Islamy Wa adillatuh II/551)
Majoriti para ulamak antaranya Imam Ahmad Ibnu Hambal dalam salah satu pendapatnya, Muhammad Ibnu Hassan, Imam Abu Hanifah dalam satu pendapatnya, para ulamak mutaakhirin Malikiyah dan As SYafi'eyyah berpendapat bahawa membaca al Quran di kuburan setelah mayat dikubur boleh (ad Duur al Muhtar wa raddu al Muhtar I/884. Fath al Qadir I/473. Syarh al Risalah I/289, Mughniy al Muhtaj III/69-70, Al Mughniy II/566-570, Kasyaf al Qona' II/191, al Muhadzab I/464, al Syarh al Saghir I/568)
Sesuai dengan dalil berikut ini :
1. Ibnu Abbas radiyaLlahu 'anhu berkata : Pergi sejumlah sahabat Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam melalui kuburan yang kurang jelas dan ia tidak tahu bahawa itu adalah kubur, tiba-tiba di tempat itu terdapat orang yang sedang membaca Surah Tabarakallazi Biyadihil Mulk (Surah al Mulk) sampai khatam, maka datang sahabat tersebut pada Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam memberitahu perihal yang dilihatnya, lalu ia berkata : Wahai RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Saya pergi ke suatu tempat dan saya tidak tahu bahawa itu adalah kuburan namun saya kira itu adalah kuburan. Di situ ada orang yang sedang membaca surah al Mulk sehingga khatam, maka Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : Itu adalah surah yang dapat mencegah dan ia adalah munjiyah yang dapat menjauhkan dari azab kubur "(Hadith riwayat at Tirmidzi dengan sanad Hasan)
2. Amr ibn al Ash radiyaLlahu 'anhu berwasiat : Bila kamu menguburku maka berdirilah sekitar kuburku kira-kira selama orang menyembelih unta dan membahagikan dagingnya selesai, sehingga saya dapat tenang bersama kamu dan aku tahu apa yang ditanyakan kepadaku oleh utusan dari Tuhanku (Hadith riwayat Muslim (121) dan Riyadhus Solihin hal 313)
Imam an Nawawi meletakkan hadith ini dalam Riyadhus Solihin dalam bab doa untuk mayat setelah dikuburkan dan duduk dikuburan seelah menguburkan kira-kira satu jam untuk mendoakan mayat serta memohonkan keampunan dan membaca al Quran.
Pernyataan Imam as-Suyuthi dalam "al-Hawi lil Fatawi" juzuk 2 halaman 194 menulis:-
و رأيت في التواريخ كثيرا في تراجم الأئمة يقولون: و اقام الناس على قبره سبعة ايام يقرءون القرآن، و أخرج الحافظ الكبير ابو القاسم بن عساكر في كتابه المسمى تبين كذب المفتري فيما نسب إلى الامام ابي الحسن الأشعري سمعت الشيخ الفقيه ابا الفتح نصر الله بن محمد بن عبد القوي المصيصي يقول: توفي الشيخ نصر بن ابراهيم المقدسي في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين و اربعمائة بدمشق و اقمنا على قبره سبع ليل نقرأ كل ليلة عشرين ختمة
(Dan telah aku lihat) dalam kitab-kitab sejarah tatkala menceritakan riwayat hidup para imam (pemuka agama) banyak menulis:- "Dan telah berdiri manusia di sisi kuburnya 7 hari membaca mereka al-Quran." Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu 'Asaakir dalam kitabnya yang berjodol "Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma nusiba ilal Imam Abil Hasan al-'Asy'ariy" bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin 'Abdul Qawi al-Mashishi berkata: "Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam."
Al Hafiz As Suyuthi di dalam Syarh As Shudur menyebutkan : "Al Baihaqi telah meriwayatkan di dalam Syu'ab dan Ath Thobrani dari Ibn Umar dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mafhumnya : "Apabila salah seorang daripada kamu meninggal dunia, maka janganlah kamu menahannya dengan lama. Bersegeralah mengebumikannya dan bacakan Fatihatul Kitab (Surah al Fatihah) dekat kepalanya." Dan menurut lafaz yang diriwayatkan al Baihaqi :"Bacalah permulaan Surah al Baqarah dekat kepalanya dan akhir Surah al Baqarah dekat kakinya, dikuburnya"
Sumber rujukan :
1. Ustaz Abu Muhammad : bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/tunggu-kubur.html
2. Muhadir bin Hj Joll, Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Inilah Jawapannya, Cet Pertama 2011, Mawleed Publishing
3. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur.
4. K.H Sirajuddin, 40 Masalah Agama, Cet 37 2001, Pustaka Tarbiyah Jakarta.
5. Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
6. Drs. K.H.M Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid'ah, Cet 1 2010, Jilid 2, Pustaka Al Riyadhi, Indonesia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan