CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Sabtu, 4 Februari 2012

Maulidur Rasul Di Dalam Al Quran






Oleh : Ustaz Termizi Yaacob

MAULID ADALAH DITUNTUT DI DALAM AL-QUR'AN

Shaykh Ibrāhīm Niāsse al-Kaulakhi berkata bahawa Maulid adalah jelas disahkan dan dituntut didalam al-Qur'An.

Beliau berkata bahawa ALLAH Ta'ala berfirman kepada Sayyidinā Rasūluʾllah sallallahu alaihi wasallam:


وَ كُلاًّ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْباءِ الرُّسُلِ ما نُثَبِّتُ بِهِ فُؤادَكَ وَ جاءَكَ في هذِهِ الْحَقُّ وَ مَوْعِظَةٌ وَ ذِكْرى لِلْمُؤْمِنينَ

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(hud:120)

Shaykh Ibrahim berkata bahawa jika Sebaik-baik Rasul (sallallahu alaihiwasallam) boleh menguatkan imannya dari beberapa sebutan dalam kehidupan rasul-rasul yang mendahuluinya.

Maka adalah jelas bahawa kita boleh memupuk iman kita dari beberapa petikan-petikan dalam kehidupan sebaik-baik Rasul, Sayyidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).

Demikian hujjah Sahib al-Faydah Shaykh Ibrahim Niasse al-Kaulakhi.

Usaha memupuk iman menguatkan hati adalah wajib bagi kita

Di antara ayat-ayat mengenai rasul-rasul terdahulu:


وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدتُّ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali".

(Maryam: 33)


وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا

Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.

(Maryam: 15)

Demikian al-Qur'an mengkisahkan hari2 kesejahteraan kehidupan Rasul-rasul yang terdahulu.

Maka tersangatlah sejahteranya hari2 kehidupan Penghulu kepada segala Rasul untuk dikisahkan.

Tiada ulasan: