CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Sabtu, 20 November 2010

Umat Islam Di Malaysia Dalam Bahaya : Abu Numair Nawawi Subandi Pembawa Fahaman Wahhabi Ekstrimis !



Di bawah ini adalah penulisan Nawawi Subandi seorang bekas pelajar UITM yang sekarang ini memegang Biro Multimedia & Penerbitan, Sekreatariat Ulama Muda UMNO (ILMU).

Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi (blog utama beliau adalah http://an-nawawi.blogspot.com/) ialah :

1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/

3. http://galeriniaga.blogspot.com/

4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya) serta menghukum KAFIR kepada golongan Asya'iroh.

Rujuk artikel Nawawi Subandi di sini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2010/06/117-penjelasan-syaikh-muhammad-b-soleh.html

SILA KLIK UNTUK BESARKAN :





















Lihat tulisannya yang mengambil fatwa ulamak Wahhabi iaitu Soleh Uthaimin :

Penjelasan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin Tentang al-Asya’irah & al-Maturidiyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin berkata:


فإذا سئلنا: من أهل السنة والجماعة؟ فنقول: هم المتمسكون بالإسلام المحض الخالص عن الشوب. وهذا التعريف من شيخ الإسلام ابن تيميه يقتضي أن الأشاعرة والماتريدية ونحوهم ليسوا من أهل السنة والجماعة، لأن تمسكهم مشوب بما أدخلوا فيه من البدع. وهذا هو الصحيح، أنه لا يعد الأشاعرة والماتريدية فيما ذهبوا إليه في أسماء الله وصفاته من أهل السنة والجماعة


وكيف يعدون من أهل السنة والجماعة في ذلك مع مخالفتهم لأهل السنة والجماعة؟! لأنه يقال: إما إن يكون الحق فيما ذهب إليه هؤلاء الأشاعرة والماتريدية، أو الحق فيما ذهب إليه السلف. ومن المعلوم أن الحق فيما ذهب إليه السلف، لأن السلف هنا هم الصحابة والتابعون وأئمة الهدي من بعدهم، فإذا كان الحق فيما ذهب إليه السلف، وهؤلاء يخالفونهم، صاروا ليسوا من أهل السنة والجماعة في ذلك


Terjemahan: Sekiranya kita ditanya, siapakah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?

Maka kita katakan: Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan Islam yang murni lagi bersih dari kotoran. Definisi Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ini bererti bahawa al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta golongan lainnya yang seperti mereka tidaklah termasuk Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, kerana pegangan mereka dikotori dengan bid’ah yang mereka masukkan (susupkan).

Ini memang benar, bahawasanya al-Asya’irah dan al-Maturidiyah tidak dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berhubung pendapat mereka dalam persoalan Asma’ wa Shifat (nama-nama dan sifat-sifat) Allah. Bagaimana mereka boleh dianggap sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sedangkan mereka menyelisihi Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?!

Bahawasanya dikatakan: Boleh jadi kebenaran terletak pada al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, atau terletak pada pendapat Salaf. Dan telah diketahui bahawa kebenaran terletak pada pendapat salaf, kerana salaf di sini maksudnya adalah para sahabat, tabi’in, dan para imam yang memegang bendera/panji hidayah (petunjuk kebenaran) setelah mereka. Kerana apabila kebenaran terletak pada salaf, sedangkan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah menyelisihinya, maka mereka tidaklah digolongkan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Rujuk: Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah li Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah,http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17955.shtml

____________________________________________________________________

Ini benar-benar bertentangan dengan permintaan dari ulamak terkenal Dr Yusuf al Qardhawi agar Aqidah Asya'iroh dijaga di Malaysia untuk menjaga dari berlaku perpecahan.

Rujuk : http://jomfaham.blogspot.com/2009/12/saranan-dr-al-qaradhawi-agar-aqidah-al.html

Bahkan ramai ulamak muktabar tergolong dalam Asya'iroh seperti Imam An Nawawi, Imam Izzuddin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Asqolani

Sila rujuk : http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/ulamak-ulamak-asyairah.html


Di dalam blognya yang lain juga menulis bahawa Selawat syifa' dan nariyyah itu syirik :

Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html


Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain di Malaysia, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi umat Islam yang mengamalkannya.

Persoalan selawat syifa' telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa' dan Ustaz Azhar Idrus SUDAH DIJELASKAN DI SINI :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/penjelasan-mengenai-selawat-syifa.html


Ulasan :

Untuk difikirkan oleh Umat Islam di Malaysia : Adakah fahaman ini yang hendak dibawa di Malaysia ? Adakah fahaman wahhabi ini tidak membawa kepada TINDAKAN MILITAN dan PENGGANAS ? Dan mengapa UMNO terus menerima bulat-bulat fahaman Wahhabi Esktrimis seperti ini ?

Pihak Kerajaan, JAKIM, Jabatan Agama Negeri, ulamak, ustaz, ustazah serta mereka yang berautoriti WAJIB mengambil tindakan menghalang/mengharamkan agar pemikiran dan tindakan ekstrimis radikal tidak berkembang terus di negara ini.

Kewajipan bagi mereka yang sedar perkara ini adalah menyebarkan seberapa banyak pendedahan ini kepada umat Islam agar negara Malaysia tidak menjadi huru-hara dan berpecah belah dengan fahaman ekstrimis seperti ini.

8 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

gila puak2 wahabi UMNO ni! pecah belah masyarakat

seijiseimura84 berkata...

fitnah..fitnah....fitnah....tak pernah kita anggap tangan Allah kaki ALlah itu menyerupai manusia.....langsung tak masuk akal....mana2 akal yg sihat tahu benda tu tak betul

Admin berkata...

Assalamu'alaikum,

Bila anda sebut kaki Allah, tangan Allah pun di kepala sudah tergambar.

Sebab itu memang perlu dijauhi fahaman mujassimah.

Agama Buddha, Hindu menggambarkan dewa-dewinya turun dari langit, bertempat. Kemudian beranggota.

Artikel yang kita dedahkan merangkumi : Nawawi Subandi menghukum sesat kepada Asya'iroh dan menghukum syirik kepada umat Islam yang mengamalkan selawat syifa'.

Terima Kasih.

ghostwriter berkata...

Assalamualaikum wbt,

Saya telah berkunjung ke blog Nawawi Subandi itu, dan ternyata terlalu banyak fitnah dan kesesatan yang sangat merbahaya terutama akidah. Nawawi Subandi menamakan blognya Bahaya Syirik, ternyata juga nama yang diberikannya itu mencerminkan diri Nawawi Subandi sendiri. Ibarat meludah ke langit, jatuh ludah ke atas hidung sendiri.

Dia pernah dijemput sebagai penceramah di TV1 pada 5 Jun 2009, Jam 10 malam bersama-sama En.Amal dan Ustaz Hasrizal. Bukan itu sahaja, dia juga sedang giat menulis di akhbar seperti Sinar Harian. Bagaimanakah orang seperti Nawawi Subandi ini mendapat tempat di media massa?

Dia bukan seorang ahli agama tetapi membicarakan soal agama. Sebagai contoh, sekiranya kita mahu belajar ilmu perubatan, apakah munasabah kita belajar dari seorang yang bukan doktor perubatan atau ahli perubatan?

Pihak berkuasa perlu menangani perkara ini secara serius sebelum terlambat. Orang seperti Nawawi Subandi mesti disekat dan dihantar ke pusat pemulihan akidah.

Ideologi yang dibawa oleh Nawawi Subandi ini adalah penyakit berjangkit yang mesti dicegah sebelum merebak ke seluruh Malaysia.

Apabila direnung pada sejarah bermulanya Muhamad bin Abdul Wahab dan konco-konconya di tanah Arab (Arab Saudi), gerakan mereka berjalan di atas kuasa politik dan menguasai pemerintahan. Inilah apa yang sedang Nawawi Subandi dan orang-orang sepertinya cuba lakukan iaitu mencontohi gerakan Muhamad bin Abdul Wahab. Apakah kita mahu lihat Malaysia menjadi seperti Arab Saudi sekarang yang sedang dikuasai oleh fahaman Muhamad bin Abdul Wahab (Wahabi) ?

Mencegah itu lebih dari merawat. Marilah kita berikhtiar dan merancang untuk menghapuskan agenda mereka dan sekaligus menyelamatkan umat Islam khususnya di Malaysia bumi yang tercinta ini.

P/s: Tuan Blog, saya menyeru agar kita sama-sama memikir rancangan rapi untuk menghapuskan agenda mereka. Jika perlu kita adakan ruang mesyuarat dan bertemu atau berbincang dengan lebih rapat. Semoga Allah swt merestui dan memberkati segala usaha kita dalam menghapuskan Wahabi dan ajaran-ajaran sesat yang lain di Malaysia dan seluruh dunia. Amiin...

Krongthip Mahalakorn berkata...

Untuk makluman sekarang jemaah Islam telah berpecah menjadi berkelompok-kelompok. Ada surau untuk untuk yang membaca qunut seperti lazimnya dan kini puak-puak yang tidak mahu membaca qunut telah berhimpun di surau2 tajaan mereka. Selain itu ada juga dari golongan membidaahkan amalan lazim membuka tahfiz sendiri. Sepatutnya pihak berkuasa agama mengkaji latarbelakang pentadbir yang ingin membuka institusi tahfiz. Mereka ini hanya mahu meyebarkan dakyah mereka.

IbrahimNuh berkata...

Saya mengenali Abu Numair Nawawi. Dia tidak seperti yang kamu katakan. Dia berbicara mengenai Al-Quran dan Al-Sunnah serta mengajak orang ramai mencintai Al-Quran dan Al-Sunnah.

Dia mengelak dari berita-berita yang mengacaukan dan tidak pernah menuduh orang di blog ini sesat.

Diharap orang ramai 'JOM FAHAM' dengan kefahaman yang sebenar dan bukannya SUKA MENCACI ORANG YANG HIDUP DAN ORANG YANG SUDAH MATI seperti artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini.

Admin berkata...

Ibrahim Nuh boleh sahaja kami print screen tentang sikap anda pada seorang ustaz dimana anda membodohkan beliau. (ini bukan caci maki pada pandangan Ibrahim Nuh ? )

Di bahagian mana kami ada mencaci maki orang yang telah mati ?

Jangan buat cerita bohong dan anda tahu antara sifat munafiq adalah apabila berkata ia bohong.

Sedangkan yang kami dedahkan adalah ulamak yang meninggal dunia itu pendapatnya digunakan oleh Abu Numair Subandi menghukum sesat kepada Asya'iroh dan di bahagian lain menghukum SYIRIK.

Saya melihat anda ini sebenarnya dijangkiti penyakit taksub dan taqlid membuta tuli terhadap tuan guru anda iaitu Abu Numair Nawawi Subandi. Tanyalah pada diri, adakah manhaj salafussoleh mengajar menghukum sesat, kafir dan syirik tanpa hak ?

Unknown berkata...

salam~
saya sbg Muslim setuju dgn hujah anda semua. Bnyk aspek yg sdg diperangi umat Islam skrg termasuk penjajahan minda. Apa yg disebarkan blogger nawawi ni seolah mengadu dombakan diantara Muslim dgn Muslim yg lain.
Dan sbg Muslim, suka sy nasihatkan anda termasuk sy sndiri agar memperkasakan penelitian dlm pememberian hujah yg mampu menangkis kemudharatan yg akan melanda di kalangan Muslim.
Dan sesungguhnya permasalahan diantara muslim sesama muslim hanyalah membawa kpd kerugian dan ia perlu diperbetulkan dgn cara yg benar sbg contoh kpd bkn Islam.
Sebaliknya pula, jika ianya semakin melarat hanyalah memberi gambaran buruk kpd imej Islam sendiri dan bersesuaianlah jika saya dedahkan ianya membawa keuntungan kpd mereka2 yg memusuhi Islam yg berada dikalangan bkn muslim.