CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Rabu, 4 Februari 2009

Penjelasan Mengenai Selawat Syifa'

Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.
Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini


Sedikit Ulasan:

Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;


Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam

Webmaster Darussyifa’

Sumber : Darussyifa'Online

***

Tambahan : DI SINI

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :

Dalam lafaz selawat tersebuti perkataan solat itu berada pada kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz selawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:

"Ya Allah! selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu selawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan apa yang boleh menjadi ubat baginya (hati)... sehingga akhir."


Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad saw, tetapi selawat yang diucapkan itu. Oleh kerana membaca selawat itu adalah sejenis amal soleh, maka ia termasuk dalam jenis tawasul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syara' dengan maksud ini. Maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat penyembuh.

Dan boleh ditakdirkan juga antara lafaz muhammadin dan lafaz tiib itu dengan dengan sifat yg telah dihazafkan mausufnya..

Fataammal ya akhi.. wink

Rujuk : Forum DigitalMukmin Ustaz Azhar



Ini jawapan dari sahabat saya yang belajar di pesantren di Indonesia. Insya ALlah beliau pakar dalam bidangnya. Bahkan berdidiskusi dalam perkara isu semasa yang melibatkan hukum hakam .

Seperti yang kita tahu, bahwa memang kebanyakan solawat-solawat tidak disusun atau ditaqrir oleh nabi. Ini dikarenakan orang yang mencintai nabi tidak berhenti dari kalangan sahabat sahaja. Malah kecintaan kepada Nabi terus sampai zaman sekarang. Malahan banyak sekali solawat yang disusun oleh ulama salaf yang diclaim oleh Dr. Asri sebagai ulama pegangan beliau.

Oleh karena itu, adalah baik beliau tahu bahwa menurut mayoritas kaum muslimin mulai dari Maghribi sampai dengan Masyriq berpandangan bahwa mengamalkan solawat-solawat yang disusun oleh para ulama dan auliya seperti solawat munjiyat, solawat mariyah, solawat al-fatih, solawat thib al-qulub etc. adalah dibolehkan dan disunahkan sesuai dengan paradigma umum yang mengakui adanya bid’ah hasanah dalam Islam. Banyak sekali dalil yang menjadi dasar dari pandangan ini. Sebagian dari dalil-dalilnya tentunya tidak perlu dibahas di bab ini, karena ia adalah dalil yang sudah dimaklumi di dalam menetapkan dalil bid’ah hasanah. Sedangkan secara spesifik menjelaskan bolehnya bersolawat yang tidak diajarkan Nabi Muhammad SAW adalah sebagai berikut:

حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ بَيَانٍ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي فَاخِتَةَ عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَحْسِنُوا الصَّلَاةَ عَلَيْهِ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ قَالَ فَقَالُوا لَهُ فَعَلِّمْنَا قَالَ قُولُوا اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَاتَكَ وَرَحْمَتَكَ وَبَرَكَاتِكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ إِمَامِ الْخَيْرِ وَقَائِدِ الْخَيْرِ وَرَسُولِ الرَّحْمَةِ اللَّهُمَّ ابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا يَغْبِطُهُ بِهِ الْأَوَّلُونَ وَالْآخِرُونَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Abdullah bin Mas’ud berkata: Apabila kamu semua solawat kepada Rasulullah SAW, maka buatlah sesuatu yang bagus terhadap beliau, siapa tahu mungkin solawat kamu itu diberitahukan (disampaikan) kepada beliau. Lalu mereka bertanya: Ajarkanlah kami cara bersolawat yang bagus kepada beliau! Lalu beliau (Abdullah bin Mas’ud) menjawab: katakan, Ya Allah jadikanlah segala solawat, rahmat, berkahmu, kepada Sayyid para rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, penutup para nabi, yaitu Muhammad Hamba dan Rasul-MU, pemimpin dan pengarah kebaikan dan rasul yang membawa rahmat. Ya Allah anugerahilah beliau maqam terpuji yang menjadi harapan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian.
TERUSKAN HADIS TERSEBUT.

Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, yang menarik disebutkan oleh Ibn Qayyim dalam kitab Jala’ al-Afham; Cairo Dar al-Hadis (p. 36 dan 72), Abdurrazaq dalam kitab al-Mushannaf (3109), Abu Ya’la di dalam musnadnya (5267), al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir (9/115), Ismail al-Qadli di dalam kitab Fadl al-Shalat ala Nabi SAW (p. 59).

Ada lagi:


حدثنا يعقوب بن إسحاق بن الزبير ، ثنا عبد الله بن محمد أبو عبد الرحمن الأذرمي ، نا هشيم ، عن حميد ، عن أنس ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بأعرابي وهو يدعو في صلاته ، وهو يقول : يا من لا تراه العيون ، ولا تخالطه الظنون ، ولا يصفه الواصفون ، ولا تغيره الحوادث ، ولا يخشى الدوائر ، يعلم مثاقيل الجبال ، ومكاييل البحار ، وعدد قطر الأمطار ، وعدد ورق الأشجار ، وعدد ما أظلم عليه الليل ، وأشرق عليه النهار ، لا تواري منه سماء سماء ، ولا أرض أرضا ، ولا بحر ما في قعره ، ولا جبل ما في وعره ، اجعل خير عمري آخره ، وخير عملي خواتمه ، وخير أيامى يوم ألقاك فيه ، فوكل رسول الله صلى الله عليه وسلم بالأعرابي رجلا ، فقال : « إذا صلى فائتني به » فلما صلى أتاه ، وقد كان أهدي لرسول الله صلى الله عليه وسلم ذهب من بعض المعادن ، فلما أتاه الأعرابي وهب له الذهب ، وقال : « ممن أنت يا أعرابي ؟ » قال : من بني عامر بن صعصعة يا رسول الله قال : « هل تدري لم وهبت لك الذهب ؟ » قال : للرحم بيننا وبينك يا رسول الله ، فقال : « إن للرحم حقا ، ولكن وهبت لك الذهب لحسن ثنائك على الله عز وجل »


Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausath dengan sanad yang baik (9448); al-Hafidz al-Haitsami berkata di dalam kitab Majma’ al-Zawaid bahwa perawinya adalah perawi yang sahih, kecuali Abdullah bin Muhammad Abi Abd al-Rahman al-Adzrami yang ama ia berderajat tsiqah. (10/242).

Dengan hadis ini, ia menujukkan bolehnya berdoa dengan doa yang belum pernah diajarkan Nabi SAW. Dalam hadis tersebut, nabi tidak menegur pun A’rabi yang berdoa dengan susunannya sendiri.

Ada lagi yang dilakukan oleh Abdullah bin Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنه أنه كان إذا صلى على النبي صلى الله عليه وسلم قال اللهم تقبل شفاعة محمد الكبرى وارفع درجته العليا وأعطه سؤله في الآخرة والأولى كما آتيت إبرهيم وموسى .


Hadis ini diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam al-Musnadnya dan Abd al-Razzaq di dalam al-Mushannaf, Ismail al-Qadli di dalam Fadl al-Solat ala al-Nabi (p. 52). Yang menarik Ibn Qayyim juga menceritakannya di dalam kitab Jala’ al-Afham (page 76). Imam al-Hafiz al-Sakhawi berkata di dalam kitab al-Qaul al-Badi’ bahwa sanadnya baik, kuat dan sahih (46).

Sedangkan ulama salaf adalah seperti yang diceritakan dalam kitab Jala’ al-Afham page 230, dan al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitabnya al-Qaul al-Badi’ page 254:

وقال عبد الله بن عبد الحكم: "رأيت الشافعي في النوم، فقلت. ما فعل الله بك؟ قال: رحمني وغفر لي وزفني إلى الجنة كما تزف العروس, ونثر علي كما ينثر على العروس، فقلت: بم بلغت هذه الحال؟ فقال لي قائل: يقول لك بما في كتاب الرسالة من الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم". قلت: فكيف ذلك؟ قال: وصلى الله على محمد عدد ما ذكره الذاكرون، وعدد ما غفل عن ذكره الغافلون. قال: فلما أصبحت نظرت في الرسالة فوجدت الأمر كما رأيت: النبي صلى الله عليه وسلم"


Abdullah bin al-Hakam berkata: Aku bermimpi bertemu al-Imam al-Syafi’I setelah beliau meninggal. Aku bertanya: Apa yang Allah lakukan padamu? Beliau menjawab: Allah mengasihiku dan mengampuniku – sampai dengan- Lalu aku (Imam Syafi’i) bertanya kepada Allah: dengan apa aku memperoleh derajat ini? Lalu ada orang yang menjawab: dengan solawat yang kau tulis di dalam kitab al-Risalah:

صلى الله على محمد عدد ما ذكره الذاكرون وعدد ما غفل عن ذكره الغافلون .


Abdullah bin al-Hakam berkata: Pagi harinya aku tenggok kitab al-Risalah, ternyata solawat di dalamnya sama dengan yang aku tenggok di dalam mimpiku.

*Ada yang kata dalil mimpi tidak boleh dijadikan hujjah. Tetapi hujjah di atas ini bukan atas dasar dalil mimpi, tetapi Imam Syafie sendiri mereka-reka selawat ke atas RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Dan banyak lagi dalil-dalil bolehnya bersolawat atau berdoa walaupun tidak diajarkan nabi. Tentunya ada ketentuan-ketentuan yang harus dilalui. Ketentuan tersebut tentunya makna dalam solawat tidak boleh bercanggah dengan akidah Islam, seperti mensyirikkan secara hakiki, secara nahwu juga haruslah betul. Dalam hal ini, semua solawat yang masyhur di kalangan umat Islam mulai dari Moroko sampai ke Indonesia seperti solawat munjiyat, dan lain-lain jelas-jelas tidak bercanggah dalam Islam. Ia boleh diamalkan, dan mendapat pahalalah orang yang mengamalkannya selagi Allah ingin memberinya.

WaLlahua'lam

Untuk belajar lebih lanjut boleh berhubung dengan sahabat saya : Http://akitiano.blogspot.com

9 ulasan:

Ibnurashidi berkata...

Salam..

penerangan yang bagus:)

Admin berkata...

Penjelsan dari ulamak juga tu. Maklumlh Prof Dr Haron Din dan Dr Amran Kasimin. :)

iman daud berkata...

scara tak sedar, rupa nya wahabi byk menular dlm msrkt kita.. trima ksh kpd tuan empunya blog.. truskan berkongsi ilmu dlm blog saudara kerna org jahil spt saya perlukan bimbingan dr saudara walaupn tak pernah bersemuka :)

Tanpa Nama berkata...

oh, jd kita boleh amalkan la selawat ni? oh... tp kalau kita ambil sumber dr Nabi terus boleh kan?

som kalau diberi pilihan nak ambil selawat yg Nabi ajar dgn selawat yg "ulama" buat, kita ambil yg Nabi dulu la kan? utamakan yg nabi dulu la kan? ke boleh je mana2???

fly berkata...

assalamualaikum,
Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.-dan kekeliruan ini timbul daripada apa?siapakah yg membaca terjemahan ini secara langsung kalau bukan orang awam.dan siapakah yg akan terkeliru kalau bukan orang awam.dan berapa keratkah dari kalangan orang awam yg telah sampai penjelasan dr haron din ini?

fly berkata...

Dalam lafaz selawat tersebut perkataan solat itu berada pada kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak)- jika tersilap tolong betulkan, saya tidak nampak ada perkataan solat didlm selawat tersebut.

disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb.-?

Admin berkata...

Assalamu'alaikum fly,

Sepatutnya dah boleh tutup cerita ini. Kecuali memang ada yang sengaja nak cari lagi kesalahan. Anda buka sendiri kamus al munjid tersebut yang telah disebutkan Tuan Guru Dr Haron Din tersebut. Dan sudah dijelaskan pun dalam artikel di atas. Harap baca sampai habis.

Jika anda kata nak keliru atau tidak keliru, berapa ramai umat Islam kat Malaysia ini tahu bahasa arab ? Yang membaca al Quran pun sekadar membacanya, yang membaca hadith pun sekadar ikut pada terjemahan. Jadi janganlah ia dijadikan sebagai satu alasan untuk menghukum syirik atau sesat pada selawat syifa'. Banyak lagi dalam hadith yang mempunyai makna yang perlu dihuraikan oleh ulamak sendiri yang jika dibaca boleh membawa kepada tasybih atau tajsim jika tidak dihuraikan. Oleh kerana sudah jelas terjemahan yang sebetulnya, maka sama-samalah kita berikan terjemahan yang benar mengenai selawat ini.

Harap fahamlah ya. Jika tidak gemar untuk memahami. Saya pun tidak dapat menolong tuan.

Ustaz Azhar pun sudah menjelaskannya dalam nahu bahasa Arab mengenai kalimah dalam selawat syifa'. JazakaLlah.

p/s: saya sarankan bertanya kepada tokoh-tokoh yang memberikan jawapan tersebut itu lebih baik. Mereka lebih pakar mengenainya.

fly berkata...

ini penerangan us azhar:-Dalam lafaz selawat tersebut perkataan solat itu berada pada kedudukan kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb.- yg saya tanyakan ialah dimana perkataan solat pada selawat syifa' tersebut, boleh tolong tunjukkan?

Admin berkata...

Cubalah anda baca : ALlahumma Solli 'ala Muhammad. Tibbil Qulubi wa dawa 'iha.

Bukankah ada disebut dalam penjelasan di atas. Silalah baca ya. Atau paparan di skrin anda ada bermasalah. Jika ada masalah. Kan elok klik pada link yang telah diberikan pada bahagian sumber tersebut. Ia lebih jelas.

Terima kasih ya saudara fly.