CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Ahad, 19 Oktober 2008

Pandangan Ulamak Mengenai Bid'ah

A. Al Imam Al Ghazali RahimahuLlah

Tersebut dalam kitabnya 'Ihya' Ulumiddin' (Jld 2/hlm 3) selepas memperkatakan tentang makan di atas meja, beliau menyatakan :

"Ketahuilah, walaupun kami menyatakan makan di atas safrah (berlapik di atas lantai) lebih afdal, tapi tidaklah bererti kami mengatakan makan di atas meja dilarang samada makruh atau haram, kerana tidak sabit larangan mengenainya. Dan tidak juga dikatakan : Dia telah melakukan bid'ah selepas RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi wasallam, kerana bukan semuanya bid'ah (perkara baru) itu dilarang, tapi yang dilarang ialah bid'ah yang bertentangan dengan sunnah (hadith) yang sahih dan menolak satu perkara yang diperintahkan oleh syariat sedangkan illahnya (Sebab yang mewajibkan) masih ada. Bahkan melakukan perkara-perkara baru itu menjadi wajib pada keadaan-keadaan tertentu jika berubah sebab-sebabnya. Dan meja itu tidak digunakan melainkan untuk meninggikan makanan supa senang dijamah.

B. Al Imam Ibnu Taimiyyah RahimahuLlah

Beliau ada menyatakan di dalam kitabnya : "Minhaj As Sunnah an Nabawiyah" (Jld 4/hlmn 224) selepas memperkatakan mengenai para sahabat berkumpul untuk menunaikan solat Terawih berjemaah dengan berimamkan Ubai bin Ka'ab, lalu berkata Saidina Umar : yang bermaksud : Itulah sebaik-baik bid'ah.

Menurut ibnu taimiyyah : Perhimpunan ini yang tidak pernah dilakukan sebelumnya dan ia dinamakan bid'ah, kerana dalam bahasa Arab : Sesuatu yang diwujudkan kali pertama dikatan bid'ah.

Bukanlah dimaksudkan bid'ah di sini bid'ah dari segi syarak seperti menggalakkan sesuatu yang tidak diredhai ALlah, mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh ALlah, mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan oleh ALlah. Kerana itu jangan melakukan sesuatu dengan i'tiqad yang menyalahi syariat. Oleh itu, sekalipun seseorang itu melakukan sesuatu yang diharamkan dan dia masih ber'itiqad bahawa perkara itu tetap haram, tidak lagi dikatakan bahawa dia telah melakukan bid'ah."

Sumber rujukan : Salah Faham Terhadap Bid'ah, Al Bid'ah fi mafahim al Islami ad Daqiq, Dr Abdul Malik Abd Rahman as Sa'adi, Darul Nu'man, 2002

Tiada ulasan: