CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

KONGSIKAN

Sabtu, 8 Februari 2014

Adakah Kitab al Feqh al Manhaji Adalah Kitab Muktabar Dalam Mazhab Asy Syafie ?



Bagaimana pula dengan Al Feqh Al Manhaji karangan susunan Dr Mustofa al Khin, Dr Mustafa al Bugho dan Ali ASy Syarbaji ?

Jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre :

1) feqh manhaji lebih kurang seperti nota ringkas mazhab syafie mengikut 3 ulamak syria tersebut. Maka yg mengajarnya perlu ada kefahaman jitu dlm mazhab syafie utk mengajarnya dengan tepat mengikut mazhab dan sesuai dgn masyarakat malaysia.

2) feqh manhaji BUKAN rujukan utama feqh syafie oleh mana2 ulamak sebab mengetahui ia IBARAT NOTA RINGKAS moden. Ia sangat bermanfaat namun ia bukan tempat rujuk.

3) ia sesuai dibacakan kpd org awam oleh mereka ygTELAH BELAJAR kitab2 muktabar mazhab. Ia BUKAN kitab utk org yg nak tafaqquh belajar.

WaLlahu a'lam bissowab.


Panduan cara mengeluarkan hukum dari mazhab Syafie:

Oleh : Ustaz Al Al-Malakawi Mohamad Elias (Pondok Pasir Tumboh)

Mazhab syafie ada mempunyi ulamanya sendiri yang mengeluarkan fatwah. Terkadang fatwa mereka itu ada yang bersalahan antara satu sama yang lain jadi bagaimana kita, orang yang terkemudian hendak mengetahui, seterusnya menghukum atau menfatwa dengan pendapat mereka itu.

Di sini saya akan bawakan kaidah untuk mengatahui mana kah pendapat yang paling kuat antara sekelian pendapat dan dapat kita beramal dengannya.

Kitab yang muktamad yang wajib dibuat dalil pada hukum atau fatwa adalah mengikut aturan berikut

telah mufakat sekelian ulamak yang terkemudian daripada Imam Nawawi, bahawa perkatan yang muktamad (yang hendaklah dipegang) didalam mazhab Syafie yaitu kaul (pendapat) yang disepakati oleh Imam Nawawi dan Imam Rafie (kedua-duanya adalah Mujtahid Fatwa dalam Mazhab Asy Syafie).

sekira bersalahan keduanya maka pendapat yang dipegang oleh Imam Nawawi itulah yang muktamad

sekiranya satu masalah itu disebut salah seorang dari mereka itu maka masalah itu lah yang mutamad.

masalah yang tidak disebut keduanya maka kaul yang muktamad yang dipegang ulama tarjih.

sekiranya bersalahan kitab Imam Nawawi pada membahaskan suatu masalah maka hendaklah dipegang kitab dengan mengikut aturan ini

Tahkik

Majmuk

Raudah

Minhaj

Didahulukan pendapat yang mufakat di dalam kebanyakan kitab Imam Nawawi daripada pendapat yang mufakat sedikit kitab Imam Nawawi.

didahulukan pendapat yang disebut pada babnya daripada pendapat yang disebutkan pada lain babnya. Kaidah ini dipakai pada sekelian karangan ulama Syafieyah.

sekiranya bersalahan antara fatwah dan karangan seorang ulama hendaklah didahulukan karangannya

kaul yang muktamad didalam karangan Imam Nawawi dan Rafie itulah yang dimuatkan didalam kitab Tuhfah bagi Syeh Ibnu Hajar dan Nihayah bagi Syeh Ramli.maka dua kitab ini yang paling muktamad daripada yang lain yang setaraf dengannya. Kerana pangkat dua ulama ini dengan nisbah ulama mutakhirin terlebih dari yang lain

sekiranya bersalahan antara Nihayah dan Tuhfah pada suatu masalah maka boleh kita brpegang dengan mana-mana pendapat dari dua kitab itu

Sekiranya ada perselisihan di dalam kitab-kitab Syeh Ibnu Hajar hendak lah didahulukan:

Tuhfah

Fathul Jawad

Imdad

Fatawa

Syarah Muktasar

Syarah a’bab

masalah yang tidak disebut di dalam Tuhfah dan Nihayah dan tidak disebut di dalam kitab-kitab syeh Ibnu Hajar yang lain maka yang muktamad ialah:

yang disebut Syekul islam (zakariah Ansari)

kalam Khatib

Hasyiah Ziadi

Kalam Hasyiah Ibnu Kasim

Kalam Umairah

Kalam Hasyiah Syabral-malisi

Kalam Hasyiah Mahali

Kalam Saubari

Kalam Inani

Ini jika tidak menyalahi mazhab.

Sumber : http://almalakawi.wordpress.com/2009/05/22/cara-mengambil-hukum-yang-muktamad-di-dalam-mazhab-syafie/




Tiada ulasan: