CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Isnin, 15 Julai 2013

Penentuan Imsak Waktu Sahur



Terdapat anggapan bahawa menentukan waktu imsak untuk waktu sahur adalah bid'ah, kerana tidak ada contoh dari Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya.

Jawapan :

Penentuan Waktu Imsak dalam bulan suci Ramadhan adalah untuk memudahkan orang yang makan sahur. Iaitu supaya orang yang akan makan sahut mengetahui batas akhir waktu sahur, sehingga sebelum masuk waktu subuh sudah selesai makan sahur.

Penetapan imsakiyah ini sangat membantu mempermudahkan orang yang sahur. Semua ini dilakukan untuk lebih berhati-hati demi sempurnanya ibadah. Menentukan waktu imsak bukan Bid'ah kerana al Quran telah menentukan dan memberikan gambaran batasan waktu sahur, seperti dalam firman Allah :

فَٱلۡـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۚ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ

Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) (Surah al Baqarah : 187)

Ayat tersebut menjelaskan tentang batasan waktu sahur atau yang dikenal sebagai imsak iaitu sampai muncul fajar. Dan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam juga menetapkan waktu imsak iaitu antara selesai makan sahur dan azan subuh kira-kira selama orang membaca ayat al Quran sebanyak 50 ayat dengan bacaan tartil.

عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال : تسحرنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ثم قام إلى الصلاة فقيل له : كم كان بين الأذان والسحور ؟      قال : قدر خمسين آية  - رواه البخاري   - مختصر صحيح البخاري ص 368 - 369

Zaid ibn Thabit radiyaLlahu 'anhu berkata : Kami sahur bersama Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, kemudian melakukan solat, maka ditanyakan kepadanya : Apa yang menjadi batas waktu antara sahur dan azan Subuh (imsak) ? Jawabnya : "Batasnya (jarak waktunya) iaitu kira-kira cukup untuk membaca 50 ayat al Quran " Hadith riwayat Bukhari (Mukhtasar sahih Bukhari (368-369)

Sumber Rujukan : Drs. KH. M. Sufyan Raji Abdullah LC. Menyikapi Masalah-masalah yang dianggap Bid'ah, Cet Pertama 2010, Pustaka Al Riyadl, Jakarta

Tambahan Bacaan : Adakah Waktu Imsak Dalam Islam ?

Tiada ulasan: